Lunch di Macha & Co. 1Utama

Monday 10 September 2018

Since its public holiday memang semua restoran penuh and of course lah servis mesti ambil masa dari yang sepatutnya sebab ramai orang. So tengahari tu decide makan dekat Macha & Co sebab tak ramai satu hal, teringin nak makan nasi daun pisang lepas baca novel Kelabu satu hal. 

Since its my first time, kena lah minta recommendation dari staff restoran tu sendiri tapi dia pun tak reti nak suggest yang mana so kitorang ambik makanan basic je. Set platter dengan nasi briyani. 

Related image

Image result for macha & co 1utama

Tak lama pun nak tunggu makanan siap sebab dah sedia ada rasanya tinggal nak hidangkan je. Service from the staff also quite good, decoration pun just nice tapi dia tak pasang lagu hindustan :P


Dalam set platter ni ada nasi semangkuk, papadom, peria goreng, rasam, yogurt masam, ubi keledek lenyek dan sayur kubis. Kuah kari tu campuran 4 kuah - kari ayam, kari ikan, kari ketam dengan dal. Ada cili kering dengan dal digoreng garing. 


I really enjoyed eating this platter set sebab gabungan semua except rasam dengan cili kering seriously a great combination. Set ni sesuai untuk vegan lah sebab semuanya sayur and since I'm not a vegan, mintak ayam dari set briani sebab ayam dia besar hihu. 


Set briyani ni agak kecewa sikit sebab briani dekat kedai mamak biasa lagi sedap since briani agak kering. Apart from that okay je rasanya, habis jugak makannya. Coffee bru tu sedap jugak lah cuma pahit sikit but fun fact, coffee bru ni antara minuman laku keras di Macha & Co. 

Not sure about next time but I definitely have some good vatavaran at here. 

Lirik Lagu Rampas - Akim & The Majistret

Sunday 9 September 2018

Emosi, emosi, emosi! Kalau you guys perasan karya Hang Nadim sekarang kebanyakannya emosi lepas pemergian ibunda tersayang. Sama juga dengan buah tangan terbaru bertajuk Rampas ni. 

Image result for rampas akim

Paling emosi dengar part chorus tambah bila dalam MV dapat tengok tone dan body language Akim masa nyanyi 
Rampas semua,
Badan ku belahlah dua,
Ambil semua ku ada,
Ikutkan sahaja hati,
Atau apa yang kau rasa

Elemen muzik retro menambahkan lagi melankolik lagu Rampas and surprisingly lirik ni ditulis oleh Bunga Cantik, nama pena Stacy Anam. Mungkin hadiah Stacy selepas kejayaan Hang Nadim mencipta lirik untuk Cakap Ke Tangan. Talented couple!

Fun fact, lagu Rampas merupakan terbitan syarikat rakaman Akim & Stacy which is Rhythm & Rhyme Entertainment. 


Lagu : Rampas  
Penyanyi : Akim & The Majistret
Lirik : Bunga Cantik
Komposer : Hang Nadim, Laq
Genre : Pop Rock/Ballada
Syarikat Rakaman : Rhythm & Rhyme Entertainment 
Pengedar : Nova Music Videos

VERSE 1

Air mata separuh mati yang ditahan,
Diberhentikan lekuk kelopak,
Dingin tubuh terkulai diam tak bernadi,
Tangan bersaksi kita bergenggam,

CHORUS

Rampas semua,
Badan ku belahlah dua,
Ambil semua ku ada,
Ikutkan sahaja hati,
Atau apa yang kau rasa,

VERSE 2

Langkah pun lemah dalam susur pancaroba,
Lekat dipersimpangan dilema,
Cuba keluar di jalan yang tak berarah,
Tunggu serpihan bongkah cahaya,

PRE-CHORUS

Putus segala,
Hijab kau dan aku,
Sampai nanti,
Kita bertemu,

CHORUS

Rampas semua,
Badan ku belahlah dua,
Ambil semua ku ada,
Ikutkan sahaja hati,
Atau apa yang kau rasa

Resipi Medium Rare Steak ala Jamie Oliver

Friday 7 September 2018

Musim Raya Haji ni memang dah sinonim dengan stok daging banyak dalam peti ais so disebabkan teringin nak makan steak tapi mahal ya ampun dekat restoran tu, kita masak sendiri je lah berbekalkan video masakan Jamie Oliver. 

Nak masak pun mudah sangat tambah pula bahan yang memang sedia ada dekat dapur dan yang paling penting, masak 6 minit je dekat dapur lepastu dah boleh makan. 


Bahan-bahan diperlukan: 

Bahan A
- Daging bahagian isi
- Rosemary
- Paprika
- Lada putih
- Serbuk bawang putih 

Bahan B
- Minyak zaitun
- Garam
- Lada hitam 
- Butter
- Lemon
- Tomato ceri

Cara Penyediaan : 

1) Perap Bahan A selama beberapa lama yang you guys nak. Lumur minyak zaitun, garam dan lada hitam dekat daging lepastu tepuk-tepuk manja sikit. Nak tabur garam dengan lada hitam ala Salt Bae pun boleh uolls. Sukatan ikut suka tekak masing-masing lah ye who cares kan.

2) Letak daging tadi dalam kuali. Make sure kuali panas gila sampai berasap tu baru letak sebab taknak isi dalam masak. Lepastu balikkan daging untuk masak sebelah lagi dan juga bahagian sisi. 

3) Kemudian spread butter pada daging, nak banyak ke sikit kuah tu bergantung pada tekak masing-masing. Masak sekejap sampai butter jadi keperangan lepastu angkat dan hidangkan. 

4) Hiris lemon kemudian perah dalam kuali supaya bercampur dengan butter tadi lepastu titiskan atas daging yang dihidang bersama tomato tadi. Siap!

Lemon tu kalau suka masam-masam manis, perah la banyak. Kalau tak suka sangat tak payah letak pun takpe. 

Movie Review : Munafik 2

Thursday 6 September 2018

Image result for munafik 2 poster

Pengarah : Syamsul Yusof
Penulis Skrip : Syamsul Yusof
Pelakon : Syamsul Yusof, Maya Karin, Fizz Fairuz, Mawi, Fauzi Nawawi, Nasir Bilal Khan, Rahim Razali, Weni Panca, Roslan Salleh
Genre : Seram/Drama/Islamik
Durasi Tayangan : 121 minit
Tarikh Tayangan : 30 Ogos 2018 (Malaysia)
26 September 2018 (Indonesia)
Syarikat Produksi : Skop Productions
Pengedar : President Productions (Malaysia), CBI Pictures (Indonesia)
Trailer :

Sequel movie Munafik 1 dah berjaya mengutip 21 juta setakat ni, congrats Skop Productions. Bila viral di socmed mula terdetik apa yang best sangat dengan movie ni ditambah pula ramai yang jatuhkan hukum berdosa, hati gelap bila ada yang mengkritik jalan cerita Munafik 2 yang longgar. So last night decided untuk try rasa sendiri pengalaman berdosa tu ditambah pula dengan rasa nak sokong filem buatan tempatan walaupun dah berapa kali hampa dengan buah tangan Syamsul Yusof.

Permulaan movie dipaparkan kisah kengerian Sakinah (Maya Karin) bersama anak perempuannya Aina bila diganggu beberapa jenis hantu dan juga ayahnya sendiri, Imam Malik (Roslan Salleh). Langkah seribu Sakinah diakhiri di rumah Ustaz Azhar (Mawi) yang sedang mengaji dengan beberapa orang rakan. Ustaz Azhar meminta bantuan Ustaz Adam untuk ubatkan Imam Malik yang disihir Abuja (Nasir Bilal Khan).

Image result for munafik 2

Ibunya menegah kerana risau dengan keselamatan Adam di kampung sunyi jauh dari bandar tapi Ustaz Adam tetap dengan pendiriannya untuk membantu Imam Malik kerana persahabatan mereka yang akrab. Dengan berat hati, ibunya bersetuju dengan syarat Adam harus pulang pada malam tu juga.

Settle halau hantu di rumah Sakinah dan beberapa siri bercakap dengan jin yang memuja Yakjuj Makjuj dan beberapa dialog dengan Abuja, dalam perjalanan pulang Adam diganggu dengan syaitan Indonesia yang menuduh dia munafik sampai dia pengsan dalam bot. Esok pagi baru sedar lepas dipapah oleh Ustaz Azhar dan Ustaz Azman (Fizz Fairuz). Dari situ bermula episod Ustaz Adam diganggu Abuja dan Sakinah yang pertahankan anak perempuannya dari dikorbankan oleh Abuja supaya semua pengikutnya dapat minum darah Aina.

Related image

Dari awal movie memang gelak je dengan jalan cerita kehidupan orang kampung Ustaz Azhar ni. Terlampau banyak tanda tanya lepas tengok movie ni. Kata Ustaz Azhar, dia lemah iman sampai terpaksa minta bantuan Ustaz Adam untuk menentang Abuja tapi scene di rumah usang tu dia yang selamatkan Ustaz Adam. Belum masuk scene dia kata dia tak ada bagitau seorangpun yang Ustaz Adam nak datang tapi masa Sakinah datang minta tolong tu kan dia dah cakap dia nak minta tolong orang yang handal so Sakinah + Aina + 3 orang kawan dia dah berapa ramai dah tu tahu. Its better kalau diorang tunjuk ada bisikan kepada Abuja tentang kedatangan Ustaz Adam instead of Ustaz Azhar nak keluarkan dialog macam tu?

Okay masuk part Sakinah, di mana logiknya kau sembunyi dekat dalam gua padahal kau boleh pergi  dekat Ustaz Azhar suruh dia bawa kau keluar pergi jumpa polis? Ustaz Azhar bukannya busy pun sebab bini dia dah lari. Kau sembunyi dekat gua yang Abuja dah pernah datang untuk tangkap kau. Masa bunuh orang dengan kapak dah handal dah tapi bab sembunyi gagal teruk. Lagi tak faham kenapa Ustaz Azhar tak kebumi je mayat malamtu jugak walhal dah reput dah mayat Imam Malik tu. Saja je kan nak acah seram. Fyi, scene seram yang predictable = tak seram.

Image result for munafik 2

Oh ya scene Sakinah dirasuk tu ada sembang pasal Dajjal, Yakjuj Makjuj, Hari Akhirat and so on tapi tak tahu apa yang relate dengan Abuja sebab Abuja tak sembah segala yang disebut oleh jin yang gigih pecahkan lantai rumah Sakinah padahal boleh je terbang ikut tingkap. Dah la Sakinah tu miskin, mana entah nak cari duit repair segala yang rosak. 

Kalau di pertengahan cerita nampak Sakinah main kapak, pukul dengan kayu tapi dekat hujung cerita dia fitnah Ustaz Adam rogol dia semata untuk selamatkan anak dia. Tambah hek eleh bila Sakina acah syahdu bila tahu Abuja nak bunuh Ustaz Adam. Dah tahu Abuja tu penipu tapi tetap percaya. Karakter yang menyinga bertukar penakut secara total dengan Abuja, mungkin director nak highlight betapa kejamnya Abuja so dia kecilkan watak Sakinah.

Image result for munafik 2

Now we discuss about Abuja yang digeruni penduduk kampung katanya. Nasir Bilal Khan did justice for his role. Muka dia yang ngeri memang sesuai lah dengan watak Abuja yang mampu minum semangkuk darah pekat. Lakonan dia memang bagus tapi siri perdebatan dengan Ustaz Adam tak banyak sebab masa Abuja banyak dihabiskan dengan scene bersama Sakinah. So I tak tahu mesej dakwah apa yang banyak sangat sampai orang terus insaf because most of their dialogues pun lemah. Dialog syaitan Indonesia tu je yang ampuh dalam movie ni. Tak sia-sia dia datang jauh dari seberang untuk tunjuk jaguh dia. Semangat Asian Games agaknya.

Hujung movie Ustaz Adam ada mention yang Abuja tu Firaun zaman ni ditambah pula dengan dialog Omar (Fauzi Nawawi), pengikut setia Abuja yang kata Abuja mampu bagi kemewahan kepada pengikut dia padahal duduk dekat istana usang cuma tempek bendera sikit. Ribut sekali terus hancur istana tu. Jangankan tempat tinggal, smartphone pun tak ada! Makan pun tak mewah, berjalan pun guna unggun api lagi jadi Firaun jenis apa Abuja ni? Menangis Firaun tengok movie ni direndahkan martabat dia sampai macam tu sekali.

Related image

Jangankan Iolls sebagai penonton tak percaya, akak baju putih belakang Abuja dari dia datang malam tu sampai dia balik, muka berkerut tak percaya cakap Abuja. Kalau betul orang kampung takut dengan Abuja, takkan keluar persoalan yang mempertikaikan minta bukti. Dah la masa Ustaz Azman bagitahu dia saksi Ustaz Adam rogol Sakinah, diorang kemain berdialog drama dekat situ macam orang kampung tunggul tuli dekat belakang tu. No wonder la memasing pakat balik rumah bila Abuja heret Ustaz Adam masuk gua sebab malas nak layan drama Sakinah ni. Baik tidur lagi bagus. Dah la penat berdiri dengar rap Ustaz Adam. Nasib dia bagitau dia tengah berdakwah, kalau tak sampai ke sudah ingat dia tengah test lirik lagu baru dengan Mawi.

Tak tahu Munafik 2 ni set plot tahun bila sebab polis dengan doktor macam tak wujud dalam dunia diorang ni. Mak Ustaz Adam mati kena tikam pun doktor chill je luluskan pengebumian malam tu juga. Dashat juga tak ada post-mortem padahal 2 kali tikaman. Tapi bagus juga polis tak wujud dalam movie ni sebab nanti siapa nak selamatkan Sakinah? Cuma macam pelik juga lah dialog ayah Adam bila Ustaz Azman ni tanya apa bukti Abuja bunuh ibu Adam kalau polis tanya nanti tiba-tiba ayah Adam tukar dialog ‘yang penting Abuja kena tangkap sebab ajaran sesat’. Ehh? Mungkin kemurungan kot bini kena bunuh. Wayar dah short sikit.

Image result for munafik 2

Kalau pengajaran orang lain dapat ialah jangan tunggang agama but for me janganlah korang ingkar arahan mak sendiri. Kan mak dia dah larang jangan pergi, dia nak pergi jugak. Mak dia suruh balik malam tu jugak, malam baru dia sampai ke rumah Sakinah. Penat mak masak nasi goreng fav dia sampai menangis mak dia risau tapi tetap pergi memang padan muka lah kena kacau Abuja. Yeah not to forget, kalau nak pecahkan keranda baca je ayat Kursi. Kesian Ustaz Azman sakit tangan nak pecahkan pintu rumah Sakinah walhal Ustaz Adam pecahkan keranda sekali tumbuk je lepas baca ayat Kursi. No wonder lah Ustaz Azman geram dengan dia, pesen taknak share tips dengan member. 

Bab lakonan, everyone is great with their roles cuma skrip yang lemah buat karakter nampak tersia. Lakonan Syamsul nampak improve lah dalam movie ni nak dibandingkan dengan lakonan dia dalam Makrifat Cinta. Bab visual memang cantik walaupun batu pecahkan cermin pun dia nak slo-mo but yeah its great. Yang jadi isunya bingitnya ya tuhan tengok movie ni. Musik latar dia gigih sangat nak tambahkan rasa suspense tu but end up jadi annoying. Tapi baguslah bising macam tu, orang lain tak dengar la berdekah teruk sangat.

Image result for munafik 2

Tak pasti kalau ada Munafik 3 ataupun tak tapi Munafik 1 lagi relevan dan bagus jalan ceritanya. Kalau ada Munafik 3 ambil masa sikit dulu lah sebelum karang skrip. Please? 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought 0 = 4.6/10

Movie Review : Race 3


Director : Remo D Souza
Writer :  Shiraz Ahmed
Cast : Salman Khan, Jacqueline Fernandez, Bobby Deol, Daisy Shah, Saqeeb Saleem, Anil Kapoor
Production Company : Salman Khan Films, Tips Films
Distributor : Salman Khan Films, Tips Films
Genre : Action/Thriller
Running Time : 160 minutes
Release Date : 15 June 2018
Trailer :


Franchise Race is one of my favourite franchise di Bollywood tapi bila production team decide untuk tukar leading actor dengan director, I’m quite mehhh jugak la sebab dah tahu capability Remo D’Souza bukan dekat movie direction tapi lebih kepada choreograph dance. 


Race 3 mengisahkan tentang Sikander Singh (Salman Khan) yang menjaga business ayah tirinya, Shamsher Singh di kepulauan peribadi Al-Shifah. Di pulau ni satu family Singh menjalankan business senjata api mengikut undang-undang sebagai supply kepada tentera. Dalam masa yang sama, illegally supply senjata api untuk mafia dan kongsi gelap. 


Jadi masalah bila Shamser singh lebihkan Sikander bab business walhal anak kembar dia, Sanjana  (Daisy Shah) dan Suraj (Saqeeb Salim) dapat syer yang kurang berbanding Sikander. Bermula lah bab perebutan harta tapi dengan menggunakan strategi licik yang dimainkan oleh Jessica (Jacqueline Fernandez). Sikander jatuh cinta dengan Jessica di Beijing tapi Jessica menghilangkan diri tanpa berita tapi datang kembali 6 bulan kemudian sebagai teman wanita Yash (Bobby Deol), pengawal peribadi Sikander.


Masalah keluarga, masalah cinta dicampur dengan tugas Shamser beri kepada Sikander untuk mencuri hard disk berteknologi tinggi yang mengandungi rahsia negara India dari bilik rahsia. Sanjana dan Suraj makin menyampah dengan Sikander bila tarikh menandatangan geran. Menyampah jugak dengan Sikander ni sebab orang lain buat kerja berpeluh sana sini, dia menari je tahu. Bila kerja dah settle, Sikander jugak yang dapat nama. Apa benda lah.

Image result for race 3 review

Berbeza dengan plot Race 1 & Race 2, movie Race 3 memang tak ada langsung campur tangan dari pihak polis tapi sepenuhnya dalam family Singh ni sendiri. Kalau familiar dengan plot franchise Race ni, Race memang tak perlukan muscle pun sebab Race ni lebih kepada strategi licik setiap watak. Yang bestnya tengok Race ni memang tak boleh predict plot twist Abbas-Mustan simpan. Dia punya plot twist memang bersepah tapi Remo ni menyanyi je sakan.


Tapi dalam Race 3 banyak guna mucsle, terbang sana sini, belasah sana sini, koyak baju sana sini tapi kepala otak dungu memasing. Dia punya twist pun dah boleh agak. Tiba-tiba nak selitkan mesej persahabatan dan kekeluargaan yang positif lepastu tiba-tiba tukar negatif balik within seconds. Macam mental pun ye jugak.

Image result for race 3 review

Dalam franchise movie Race memang bersepah kereta gempak macam dalam Race 3 ada Ferrari, Lamborghini, Rolls Royce, Bugatti Chiron tapi tak banyak pun scene race dalam movie tu. Ada la sekejap itu pun tiru formation Fast & Furious walhal gempaknya Race 2 bila Mission Impossible ikut stunt dalam Race 2. Nampak tak beza Remo dengan Abbas Mustan?

Bab soundtrack album, lagu dalam movie Race 3 ni memang best nak pulak lagu romantik Selfish tu Salman Khan yang tulis lirik sendiri tapi lagu tema Race - Allah Duhai Hai tak best macam 2 movie sebelum ni. Bab visual, tak impressive mana pun walaupun location cantik but still meaningless to me tambah pulak dengan VFX macam nak mintak penampar. Tapi ada scene Suraj berlawan dengan Jessica tu cantik nak pulak masa masing-masing terbang tu fuhhhh girl power!


Anyway, harap production menyesal teruk dengan keputusan diorang singkirkan Abbas-Mustan dengan Saif Ali Khan dari Race 3 sebab kena kecam teruk dengan netizen even fans Salman sendiri dan pengkritik filem. Race 4 nanti tolong lah tukar director at the very least pun. Kalau masih Remo, memang tak tengok dah lah cerita dia. Sakit jiwa dibuatnya.

1. Team Production +0.3, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 4.5/10