SEEngapore? Jom Guna Promo Code Traveloka!

Wednesday 5 September 2018


Bulan September ialah bulan kebagiaan bila banyak sangat tarikh yang boleh ditanda untuk pergi melancong sana sini. Say no more to ‘Wake Me Up When September Ends’! Nak sembang tentang percutian, nama Traveloka mesti akan muncul sebagai pakar dalam percutian dan perjalanan. Dari tiket penerbangan hingga book hotel, Traveloka akan bantu untuk memastikan pengalaman percutian yang terbaik dalam atau luar negara.

Tak tahu nak bercuti di mana? Jom kita pergi ke SEEngapore bersempena dengan Promosi TRAVELOKA Promo Code SEEngapore - For a roaring good time!


Singapore bukan nama asing lagi sebagai pilihan destinasi perlancongan terbaik di Asia tambah pula selepas wujudnya movie Crazy Rich Asians yang mempamerkan kecantikan dan keunikan Singapore. Tengok dalam movie sahaja tak puas selagi tak merasai sendiri pengalaman bercuti di sana dan merasai pelbagai aneka makanan yang mengiurkan seperti yang ditayangkan dalam movie antaranya Satay Newton Circus, Banh Mi, Chili Crab, Fried Carrot Cake, Deep Fried Buns, Hong Kong Soya Sauce Chicken Rice & Noodle, Hainanese Chicken Rice, Dimsum, Ais Kacang, Cendol dan banyak lagi!

Selain makanan yang popular di Singapore, keindahan mercu tanda dan tempat pelancongan yang selalu dikunjungi dan ditayangkan dalam movie Crazy Rich Asians ialah Merlion Park, Universal Studios Singapore, Changi Airport, Newton Centre, Bukit Pasoh Road, CHIJMES Hall, Supertrees Grove di Garden by the Bay, Ann Siang Hill di Chinatown, Esplanade Park, Tyersall Park, Pulau Hantu, Teluk Sentosa, Lau Pa Sat, Old Airport Road Food Centre, Smith Street, Star Trek House, Marina Bay Sands Skypark.

Image result for singapore places

Excited? Jom ke Singapore dan tempah dengan Traveloka! Traveloka adalah “one-stop travel app” yang menawarkan kemudahan perjalanan/percutian ke Singapore.  Sangat mudah untuk yang susah untuk buat keputusan dan bagi yang sibuk dengan urusan kehidupan seharian.
Kenapa perlu pilih Traveloka?
  • ·        Kerana perbandingan harga yang jujur dan tiada langsung caj ataupun cukai tersembunyi
  • ·   Sentiasa menawarkan harga rendah kepada pelanggan dan meriah dengan promosi seperti sekarang - Promo Code SEEngapore!
  •     Sebanyak 200,000 reviews dari verified user yang pernah menggunakan khidmat Traveloka supaya dapat membantu pengguna memilih yang terbaik.
  •       Jaminan penginapan hotel yang terbaik
  •        Mempunyai pelbagai kemudahan sistem pembayaran. 
  •       Diskaun istimewa untuk pengguna baik penerbangan mahupun penginapan.

Untuk Promosi TRAVELOKA Promo Code SEEngapore ni you guys boleh tempah tiket penerbangan penerbangan dengan menggunakan diskaun hebat dari Traveloka. Diskaun yang ditawarkan ialah sebanyak RM50 flat rate discount untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia ke Singapore. Tempahan boleh dibuat dengan menggunakan Traveloka samada melalui laman web atau aplikasi dengan menggunakan kupon GOSG!

Image result for singapore places

Menarik? Tapi sebelum tu, jom tengok dulu syarat-syarat untuk menggunakan promo code Traveloka ni :

1. Promosi MYR50 hanya sah untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di          Malaysia dalam satu booking ID.
2. Pilih penerbangan dan gunakan kupon kod “GOSG” sewaktu pembayaran.

Bukan setakat diskaun penerbangan sahaja tapi Traveloka juga mempunyai tawaran potongan tempahan hotel sehingga 20% di Singapore sepanjang bulan September ni (tertakluk kepada perubahan). Yang menariknya tiada kupon yang diperlukan untuk mana-mana hotel yang menjadi pilihan dan idaman sepanjang percutian di Singapore.

Image result for singapore places

Jika ada masalah dengan penginapan yang tak sama dengan review dalam apps Traveloka, jangan risau sebab Traveloka akan gantikan dengan harga yang sama tapi dengan service yang berbeza untuk keselesaan dan kegembiraan pengguna.

Cara untuk buat tempahan dengan apps Traveloka pun tersangatlah mudah dan menjimatkan masa. Cuma perlukan 6 langkah mudah seperti dalam gambar di bawah.


Lebih mudah lagi jika ada apps Traveloka dalam smartphone dan boleh dimuat turun melalui Google Play Store ataupun Apps Store. Dah ada apps Traveloka ni pun bagus sebenarnya untuk you guys tahu diskaun dan promosi terbaru yang ditawarkan nanti.

Tarikh 1 September hingga 30 September ni hanya tarikh untuk menempah tiket penerbangan dan hotel sahaja tapi you guys boleh bercuti pada bila masa sahaja yang you guys idamkan kalau tak sempat di bulan September. Mungkin Disember musim cuti sekolah nanti?

Image result for singapore places

Dah selesai urusan penerbangan dan penginapan, boleh rancang barangan atau souvenirs untuk dibeli di Singapore nanti. Ataupun tak perlu susah payah sesak kepala beli barang cuma bawa perut melenggang pergi jamu selera dengan makanan yang terdapat di Singapore ni.

Fun tips untuk yang ingin menderma kepada Tabung Harapan Malaysia menerusi apps Traveloka boleh menggunakan kod MYHARAPAN dan Traveloka akan menyumbang RM1 kepada negara!

So guys apa lagi yang ditunggu? Tempah lah tiket penerbangan dan hotel penginapan dengan Traveloka Promotion untuk ke SEEngapore!

Blog Performance August 2018

Sunday 2 September 2018

Sembang pasal bulan September ni mesti bersepah dekat socmed share lagu 'Wake Me Up When September Ends'. Setiap tahun dari wujudnya lagu memang macam tu dah. Terasa betul manusia yang lahir bulan September ni dah kalau semua nak skip bulan September. T.T

Tbh, blog ni dah berhabuk kalau you guys perasan sebab bulan ni busy sikit dengan kerja tambah pulak busy dekat Twitter sejak viral post Priyanka dengan Nick bertunang tu. Ramai pulak yang nak gossip Bollywood so tersyok lepak sana. Nak blogwalking pun tak sempat. Ada la sikit sempat singgah. Lagipun tengok stats tak jatuh teruk pun hehe

1) PV



Dari 30k PV bulanan dah meningkat ke 50k bulan ni. Mendadak naik sebab Hantu Kak Limah punya pasal la ni. Tak sangka pulak boleh achieve sampai banyak ni sebab target 30k maintain 2 atau 3 bulan cenggitu. September nak maintain tak pun cecah 60k sebulan tapi tak nampak lagi post apa nak buat. 

Bulan ni target all time stats cecah 150k pun terlebih capai cuma tak sempat nak cecah 200k je. So bulan September harap boleh cecah sampai 250k. 

2) Post


As I said earlier, PV naik mendadak sebab HKL so bulan ni memang HKL lah paling atas dalam carta. Lirik lagu Wany Hasrita pun meroket jugak. Tak sangka pulak boleh dapat beribu lepas lagu Sumandak Sabah. Sekarang ni kalau malas nak update blog, tempek lirik lagu je sebab menyumbang banyak. 


Kalau bulan Julai entri dalam Popular Post ada 5 entri yang cecah 1k, bulan Ogos makin bersinar tengok entri dah cecah 3k dengan 2k. Sebenarnya sedih tengok Drama Review : Gantung tu dah hampir nak keluar carta padahal dulu dia dekat atas sekali. Oh my Ray :(

3) Keywords


Bulan lepas ada yang tegur jangan letak keywords dekat entri ni sebab taknak orang tahu but as for me, rezeki masing-masing lah. Berapa banyak blog buat movie review untuk satu movie yang sama tapi tak semua jatuh dan tak semua pun naik. I believe people will read eventually your post sebab setiap blog ada loyal reader masing-masing. I bukan nak show off, I cuma share apa yang readers suka baca. Dalam masa yang sama, tolong kawan blogger yang mati idea nak update blog. 

Keywords buat masa ni penuh dengan lirik lagu je lah dah itu je yang banyak update bulan Ogos. Tapi okay lah ada juga movie review yang menyumbang so orang tak lupa blog ni akarnya apa walaupun tuan blog dah malas nak update. T.T

4) Bilangan Entri


Kalau perasan sebelum ni dah cecah 50 entri setiap bulan tapi sekarang kepala 4 je. Itu semua disebabkan oleh entri contest/segmen/GA yang dah dipadam. Banyak lagi nak padam tapi tak sempat lagi nak godek itu ini. Ada jugak yang buat contest tapi lupa nak umum pemenang. September ni malas nak aim banyak dah sebab kerja baru ni susah nak update banyak entri pun. Challenge tiap hari update pun tak mampu nak buat. 

5) Ranking Alexa

Kalau bulan Julai 20k, bulan Ogos meningkat sikit lah ke 17k. Global rank tu bila nak terpadam entah 1 dekat depan tu. Bulan September nak kurangkan lagi 200k kot. Domestik je malas nak ambik port sangat sebab turun naik dia tak boleh dijangka. Walaupun nampak cantik je angka tu tapi ketahuilah bounce rate dah merah menyala dah. Daily visit pun dah merah. 

6) Audience


Audience bulan Ogos banyak negara baru masuk. Entah apa yang dicari sampai ke Netherlands dengan Russia sana. Kalau bulan-bulan sebelum ni kena bergantung harap dengan FB baru boleh cecah banyak readers, sekarang dah tak perlu dah. Tak post dekat FB pun boleh pergi jauh jugak. Sources pun penuh dengan google je. FB duduk dekat bawah tapi still menyumbang besar jugak lah. 

That's all for now, bulan September ni tak aim banyak pun sebab tak mampu nak adjust lagi macam mana nak bahagikan masa supaya blog, twitter dengan FB terjaga cantik. Anyway, thanks for all my readers. Have a nice day ahead :)

Merdeka Haul!

Friday 31 August 2018

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-61 semua! 

Niat asal Hari Merdeka ni nak enjoy tengok sambutan perarakan tapi tahun ni ubah lokasi dari Dataran Merdeka ke Putrajaya so terpaksa lah cancel dengan berat hati sebab dah semangat dah nak pergi. Sudahnya masuk office siapkan kerja. Ni baru je balik ni guys. Gigih tak kaut triple pay? ;)

Tapi tak gigih sangat lah sebab temankan officemate beli barang dekat Tesco untuk project homestay boss. Sementara tunggu dia settle shopping, haruslah kita shopping jugak tapi tak banyak pun sebab gaji tak masuk lagi so beli yang perlu je.


Ni hasil jejak dua drugstore, Caring & Watson. 

Dekat Caring Pharmacy cari ubat untuk buang angin dalam badan so dapat la kaut Naturalle Garlic tablet tu. Ngam pulak datang masa tengah ada sale, 2 box ada 480 tablet baru RM36 lepas 10% discount. 

Lepastu cari ubat cacing sebab dah berzaman tak makan. Sejak bersepah post cacing membiak dalam perut ni, risau jugak kan. Satu Noxworm tu RM7 je. Staff tu kata makan macam coklat je sebelum tidur. Entah ye, entah tidak cenggitu rasa dia. 


Masuk Watson pulak grab losyen Citra sebab kulit dah gelap dah sekarang. Dulu masa sekolah even aktif sukan pun tak teruk terbakarnya sebab guna Citra Bengkoang ni. For me, so far tak ada lagi losyen yang best macam Citra sebab lembut meresap ke kulit, wangi pulak tu. 

Dah alang-alang Watson ada rak 'Buy 1 Free 1', ambil dua scrub badan Watson. Before this guna Lavender dengan Strawberry memang best. So this time around nak try yang lain pulak. Not sure function berbeza ataupun tak sebab sama je untuk exfoliate dry skin. 

Pergi Watson tak sah kalau tak singgah rak In2it ataupun Silkygirl. Memang selalu sangat nama diseru. Makin kuat seruan hari ni sebab ada lipstick baru 'OMG Its Matte'. Kebetulan yang tersurat sangat bila lipstick yang selalu guna tu dah nak habis. Memang tangan laju je lah calit dekat tangan pilih warna yang mana best. Primrose my love, my choice.

Tapi sedih jugak lah harini sebab tak ada offer untuk facial mask sebab mask dah habis. Harap nanti hujung tahun ada offer 1 facial masak singgit je. Nak penuhkan stok storage. Anyway, that's all for today. The end of August month and HELLO SEPTEMBER!!!

Telemovie Review | Esok Untuk Kita (2018)

Thursday 30 August 2018

Image result for Esok Untuk Kita

Pengarah : Isma Yusoof
Penulis Skrip : Adza Emie
Pelakon : Beto Kusyairy, Sara Ali, Uqasha Senrose, Sharul Kamal, Putri Qaseh Zaibo, Raja Azmi
Terbitan : Kembara Sufi Sdn Bhd
Tarikh Tayangan : Ahad, 22 April 2018
Siaran : Slot LUNA NTV7 (8:30 malam)
Trailer :


Tak tahu lah macam mana boleh terdownload telemovie ni, tahu tahu je dah ada dalam folder. Tertekan masa download drama Pengantin 100 Hari agaknya. Tapi okay je nak layan sebab ada Uqasha Senrose, my fav hihu. 


Telemovie EUK ni mengisahkan tentang Hisyam (Beto Kusyairy) dan Zulia (Uqasha Senrose) yang dah 7 tahun berumahtangga dan dikurniakan seorang cahayamata. Zulia memang agak sibuk dengan kerjaya sampai terabai tanggungjawab kepada keluarga dan kesihatan dia sendiri sampai dia pengsan lepas meeting. Rupanya Zulia didiagnos menghidap kanser dan "hasrat terakhirnya" supaya Hisyam memperisterikan Khalisya (Sara Ali), sahabat baiknya.

Awalnya Khalisya dan Hisyam menolak mentah-mentah hasrat Zulia tapi Zulia berkeras dengan pendirian dia. Diorang dipaksa memilih untuk berkahwin ataupun Zulia refuse untuk membuat pembedahan membuang sel kanser dalam badan yang dah merebak. Dia tahu dia tak mampu nak survive so dia nak suami dan anak dia hidup bahagia tanpa dia. 


Banyak yang berubah lepas Khalisya menjadi isteri Hisyam, lifestyle dan eating habit yang lebih sihat sebab Khalisya trauma bila ibu dan kawan baik dia diserang kanser. Hisyam yang agak kekok pada awalnya mula menyenangi Khalisya. Ibu bapa Zulia pun happy tengok anak menantu happy dengan cara Khalisya. Tapi harmoni sekeluarga tak lama bila Zulia sedar dari koma. Sakit hati dan geram bila semuanya diubah oleh Khalisya. Disebabkan taknak bertengkar, Khalisya keluar dari rumah dengan berbadan dua.

Simple je jalan cerita telemovie ni tapi cara pengolahan tu cantik je flow dia. Bila tengok telemovie ni rasa happy je tengok Hisyam, Khalisya dengan Zulia hidup berpoligami sebab Hisyam ni jenis yang cool je. Zulia mengamuk macam mana pun dia chill je redakan keadaan. Khalisya emosi macam mana pun, dia tahu nak pujuk. Hisyam tak macam Shah okay ;)

Image result for Esok Untuk Kita

Dalam telemovie ni bukan semata nak angkat hkeharmonian poligami bila ada tolak ansur tapi nak tunjuk yang masing-masing ada impian dan life goal sendiri. Macam Zulia yang berjaya dengan kerjaya tapi tolak ansur antara Zulia dengan Hisyam makes everything in control. Another thing you can learn watching this, tak semua benda dalam hidup ni you boleh buat. Masing-masing ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. 

Walaupun ramai yang tak suka statement ni tapi poligami tu cantik bila ada tolak-ansur, pemimpin yang cool dan bertanggungjawab macam |Hisyam. I have fun watching this sebab cerita ni je yang boleh dapat ending macam I nak. Movie Chori Chori Chupke Chupke dengan Judaai mana dapat ending macam ni. Sobs :(

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8.3/10
Untung nama Farhana sebab dah ada dua lagu dah guna nama Farhana ni. Kalau dulu asal dengar nama Farhana je keluar lagu Farhana-Jinbara tapi sekarang lagu baru untuk gen-Y, Hana hasil buah tangan Faizal Tahir dan dinyanyikan oleh gandingan Aziz Harun & Hannah Delisha. 

Image result for hana hannah delisha aziz harun

Lagu Hana merupakan OST Alamatnya Cinta drama terbaru lakonan Hisham Hamid dan Hannah Delisha yang diinspirasikan oleh drama Korea popular, Fullhouse. Uniknya lagu bergenre pop ni usaha serantau beberapa negara. Aziz Harun dari Brunei, Hannah dari Singapura manakala komposer dari Malaysia. 

Dimuatnaik pada 7 Ogos 2018 dan sudah mendapat 700+ view. Siapa yang belum dengar nah layan soundtrack comel ni. 


Tajuk Lagu : HANA
Penyanyi : Aziz Harun ft Hannah Delisha
Komposer & Lirik : Faizal Tahir, Mike Chan & Romeo
Label : WMG (on behalf of Warner Music (M) Sdn Bhd & Faithful Music)

Hey, apa kabar kamu
Adakah kau berpunya lagi
Dengarkanlah laguku

Said hey, bila nak bertemu
Senyummu tetap bermain di mindaku
Ku rasa kau perlu tahu

Aziz & Hannah :
Oh diantara berjuta
Engkaulah satunya
Wanita yang kucinta
Oh Farhana

Baby baby baby..
Hana, kau buat ku lupa
Hati yang pernah terluka kerna cinta
Ku milikmu selamanya

Hana, kau buat ku bahgia
Tak mungkin ada serupa
Kamu saja
Cintaku sampai ke syurga

Hana oh Hana
Sampai ke syurga
Hana...

Hannah Delisha :
Selama ini puas ku nanti
Bila kan kau pertanyakan diri ini
Haruskah ku yang memulakan dahulu

Aziz & Hannah :
Oh diantara berjuta
Engkaulah satunya
Wanita yang kucinta
Oh Farhana

Ooh Hana, kau buat ku lupa
Hati yang pernah terluka kerna cinta
Ku milikmu selamanya

Hana, kau buat ku bahgia
Tak mungkin ada serupa
Kamu saja
Cintaku sampai ke syurga

Kamu, aku tahu kita
Mahukan yang terbaik saja
Kamu, aku, inikah cinta

Ooh...
Kamu, aku tahu kita
Mahukan yang terbaik saja
Kamu, aku, inikah cinta

Hana, kau buat ku lupa
Hati yang pernah terluka kerna cinta
Ku milikmu selamanya

Hana, kau buat ku lupa
Hati yang telah lama terluka
Ku milikmu selamanya

Hana, oohh...
Kamu saja...
Ku milikmu selamanya