Repack Repack Repack!

By farhanna jafri - 08:07


Antara salah satu kerja nak kena hadap dekat pet store ni ialah repack semula makanan dalam packaging yang dah pecah atau terkoyak dek kerana pekerja buat kerja tak cekap masa angkat pallet dengan forklift ataupun masa buka kotak tertoreh sekali bungkusan tu. Sudahnya produk dikira rosak sebab customer takkan ambil packaging yang dah rosak walaupun dalam masih elok.

Disebabkan kejadian ni, terpaksa lah buat lagi satu kerja iaitu pek semula dalam bungkusan lain dan jual di kedai sendiri. Tapi sebelum nak jual, kena pastikan dulu isi dalam bersih dari serangga maka wujud lah pekerjaan menampi dan mengasing. Dekat sini lah terciptanya senaman otot tangan. Hazabnya menampi ni sampai rasa tangan tu dah hilang dah. Melecet tu satu hal lagi. Tak boleh makan sambil buat kerja pun satu hal sebab makanan binatang bukannya manusia hihu.


Dah settle bersihkan, masukkan dalam bungkusan baru lepastu timbang ikut sukatan yang nak dijual. Part ni dah senang dah kerja tapi lepas dah bungkus tu kena lipat untuk keluarkan angin and you really don't want your product been harassed again with insects. Penat menampi pun tak hilang lagi, makin bertambah penat lah kalau dia masuk lagi. Rasa nak mengamuk je dengan semua orang. 




Nak seal pun satu hal jugak sebenarnya bila bungkusan tu dah penuh tambah pulak tangan gigil sebab penat punya pasal, nak dapatkan setengah inci tu memang hazab jugak. Buat pekak telinga je kena bebel dengan supervisor. Yang penting, siap? 


Percubaan pertama agak gagal banyak sebab banyak betul baki bahagian atas, percubaan kedua dan seterusnya ada lah jadi, ada yang tak jadi but that's okay lah sebab experience. Let's see how much longer I have to adapt with this environment sampai betul mahir dan selesa. 

  • Share:

You Might Also Like

12 comments

  1. mesti enjoy kan kerja kedai pets.. tapi bau makanan kucing ni kadang2 tak senang gak. kalo bukak bekas nak cepat2 tutup. kuat jugak..

    ReplyDelete
  2. Ingatkan re-pack kerepek untuk jual tadi, rupanya makanan kucing. Erm..boleh jadi kerja yang membosankan jugak ye kalau banyak sangat..

    ReplyDelete
  3. all the best FJ ... hwaiting!

    ReplyDelete
  4. semoga tabah menghadapi cabaran di tempat kerja tu...

    ReplyDelete
  5. terbaek.. semoga dipermudahkan urusan kerja :)

    ReplyDelete
  6. ingat koko krunch tadi... hahaha nampak best tapi kalau banyak mesti menyirapkan? hehe

    ReplyDelete
  7. semoga dipermudah urusan kerja =)

    ReplyDelete
  8. ingatkan makanan ape td.. RUpanya makanan kucing.. hehe..

    ReplyDelete
  9. Good luck kak FJ!!! hopefully lepas ni makin terer :3

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)