What Makes Me Different From Everyone Else?

By farhanna jafri - 06:54


Pheww this question actually which attract me to do the challenge hihihi, so I list down some of it:


Sembang Benda Betul

Tbh masa zaman kanak-kanak sehingga remaja memang menipu tu dah jadi amalan biasa dah. Harian pun boleh jadi sebab boleh lari dari parents yang garang kemain. Tak pernah fikir langsung apa jadi kalau menipu. Bab dosa pahala tak pernah ambik port langsung pun. Tapi bila diri sendiri kena tipu, baru tahu rasa sakit. Since then taknak dah tipu orang walaupun tipu sunat sampai sekarang memang sembang benda betul je. Kalau salah, terus minta maaf. Kalau teruk macam mana pun hasil selepas cakap benda betul pun, kasi kental hati je lah hadap. Shit happens.

Apathy

Bab ni kadang orang nampak sebagai meroyan ataupun seorang Pana suka emosi sendiri tapi sebenarnya lebih kepada meletakkan diri dalam kehidupan orang tu. Apa jadi kalau kena dekat diri kita? Bila rasa sakit, tu yang boleh jadi emosi padahal tak ada kaitan pun dengan life sendiri. Bila tengok movie boleh jadi emo sebab benda ni lah. Dulu cita-cita nak jadi nurse tau sebab nak jaga orang sakit tapi tengok orang sakit jadi sebak syahdu menangis pulak sebab kesian sudahnya batalkan je hajat tu. Boleh imagine nurse menangis tengok patient penuh satu hospital? Tak kan?

Berpijak Di Bumi Nyata

Benda ni pun selalu buat orang tersalah anggap, dikatanya kita ni pesimis walhal kita ni realis. Memang betul dalam kehidupan ni kalau kita berfikir kita boleh capai sesuatu perkara tapi jangan lah berfantasi sangat. Optimis tu boleh, berfikiran positif tu pun boleh tapi letakkan sesuatu pada tempatnya lah. Kalau ikut data dan ilmu memang tak mampu, buat cara tak mampu lah. Mungkin keajaiban tu wujud tapi bukan untuk semua manusia dan dalam semua keadaan.

Dah lah cukup lah 3, nak pergi layan drama Korea ni. Kbai.

  • Share:

You Might Also Like

8 comments

  1. I love your personality, serious.

    ReplyDelete
  2. Manusia memang ada kekurangan dan kelebihan.. Akak pun macam awak jugak, mudah emo bila tengok movie sedih-sedih, sampaikan hubby akak cakap, citer jea pun, takyah nak emo sangat.. huhu

    ReplyDelete
  3. hahaha sama lah kita , bila tengok movie yang ada part sedih ke , kita yg lebih emo nye , kdg2 xsedor dah nangis haha ^^

    ReplyDelete
  4. jadi diri sendiri lebih baik.. :)

    ReplyDelete
  5. dulu tgk movie takde feeling sgt, sekarang macam terlebih emo pula maybe faktor usia sama kot..haha

    ReplyDelete
  6. Tambahan satu, Farhanna suka blogwalking tiba-tiba pastu komen sampai penat kat blog orang. Betoi x? Hahaha..sebab blog saya terkejut dapat komen Farhanna banyak sangat tiba-tiba..ni tengah balas balik la ni :P

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)