Semak Pusat Mengundi Dengan Apps MySPR

By farhanna jafri - 00:29


Sekarang dah boleh check dah pusat mengundi di mana, bukan kawasan mengundi tapi diadakan di sekolah mana. Yang mana dah daftar tapi belum check lagi, ada eloknya check awal-awal sebab ada banyak perubahan yang berlaku. Kalau boleh setiap minggu check sebab bila-bila sahaja perubahan tempat boleh berlaku. Check awal-awal boleh plan cantik-cantik, kan?

1) Download apps MySPR di IOS ataupun Playstore


2) Pilih Semakan Daftar Pemilih


3) Masukkan No. Kad Pengenalan tanpa tanda -, kemudian tekan Semak

Nanti akan keluar semua butiran peribadi, lokaliti, daerah mengundi, parlimen, negeri, pusat mengundi, saluran, masa mengundi dan no. siri pengundi macam ni. 


Senang sangat nak check, kalau malas nak download apps pun boleh tumpang kawan punya. Selamat mengundi!

  • Share:

You Might Also Like

5 comments

Terima kasih sudi komen :)