Cuti Peristiwa Bersempena PRU14

By farhanna jafri - 02:02

Semalam telah diisytiharkan 9 Mei 2018 bakal menjadi tarikh bersejarah untuk rakyat Malaysia buat kali ke14 untuk mengundi siapakah Perdana Menteri negara ni. Kecoh sana sini bila tarikh 9 Mei jatuh pada hari Rabu, hari berkerja buat pekerja dan pelajar IPT.



Walaupun pihak peguam dah share Akta Pilihanraya supaya majikan membenarkan tempoh bersesuaian untuk pekerja pergi mengundi tapi belum cukup meredakan kekecohan rakyat di social media kerana ramai yang terpaksa balik ke kampung halaman dan akan mengambil masa yang agak lama terutamanya Sabah & Sarawak.

Lagi parah bila Air Asia menaikkan harga tiket selepas pengumuman pihak SPR. Makin bertambah ramai yang enggan pulang mengundi kerana masalah kewangan terutamanya student IPT. Kos pergi balik untuk penerbangan sahaja dah menelan RM400, belum masuk kos tambahan yang lain. Ramai juga yang mengecam tindakan Air Asia sehingga pagi ni pihak Air Asia menurunkan kembali harga tiket kepada harga normal, RM150. Tapi bukan semua, masih ada juga penerbangan yang dinaikkan mendadak macam tiket dari Kelantan ke Kota Kinabalu pada asalnya RM199 tapi naik mendadak ke RM849 oleh pihak Air Asia


Tak lama kemudian, Kementerian mengeluarkan kenyataan cuti peristiwa bertarikh 9 Mei supaya semua rakyat Malaysia dapat turun mengundi. Walaupun PH mengeluarkan kenyataan, tarikh 10 & 11 Mei akan menjadi cuti umum tapi belum cukup kuat untuk meyakinkan rakyat yang turun mengundi sebab cuma andaian. Kenyataan ni keluar lepas satu petition mendesak Kerajaan Sementara mengisytiharkan cuti umum yang ditandatangani oleh 100,00 orang rakyat Malaysia sendiri. 

 Media preview

Lega rasa hati bila baca kenyataan ni sebab tak perlu nak apply cuti dah. Malaysia Airlines pun dah keluarkan statement untuk membantu kepada yang bakal pulang mengundi menggunakan khidmat MAS. 

Happy jugak tengok Twitter ramai yang sudi membantu student ataupun sesiapa yang kekangan dana untuk pulang ke tempat mengundi under hashtag #PulangMengundi dan juga #CarpoolGE14. Well there are silver lining in everything kan?

Selamat Mengundi semua & say no to #UndiRosak.

  • Share:

You Might Also Like

16 comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Selamat mengundi!! Hana lambat lagi nak terbabit sama ni heehehe
    .
    Thanks for sharing kak FJ ^^

    ReplyDelete
  3. Kesian juga yg kena mengundi jauh dari tempat tinggal semasa. Sehari cuti tu kak ana rasa tak cukup. Memang kebarangkalian ramai tak turun mengundi tahun ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah setuju dengan kenyataan Ana. Mana yang duduk jauh tu, mana boleh nak balik hari untuk mengundi saja. Tak boleh cuti untuk hari rabu je.. Rasa macam first time mengundi di hari kerja.

      Delete
  4. First time Siqah nak mengundi tahun ni. Excited!! :D

    ReplyDelete
  5. Selamat menjalankan tanggung jawab

    ReplyDelete
  6. Selamat mengundi bagi yang layak

    ReplyDelete
  7. Meskipun agak sulit menerjemahkan bahasa tapi sedikit mirip dengan bahasa Indonesia, tapi saya dapat makna dari tulisan diatas, salam kenal hehe

    ReplyDelete
  8. Ma shaa Allah banyaknya naik dari RM800 ke RM200. Ambil kesempatan betul ni

    ReplyDelete
  9. Selamat mengundi, semoga memilih yang terbaik...

    ReplyDelete
  10. Mujurlah diberi cuti.. Mudahlah pada yang jauh untuk balik dan mengundi..

    ReplyDelete
  11. Selamat mengundi. Ika first time taun ni nak ngundi. jadi eksited terlebih haha

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)