Tuesday, 3 April 2018

Book Review : Gantung 2


Penulis : Nadia Khan
Penerbit : Buku Fixi
Genre : Fiksyen
Helaian : 284 mukasurat, 36 bab 1 epilog
Rating : 5/5
Sinopsis :

Dia membuka nota tu dan menunjukkannya pada Gibbs; KJ turut menjenguk.

“What does this mean?” Tanya Gibbs.
“Tak tahu. Mungkin… apa yang aku pernah buat kat sekolah?”
“Seriously, Ray…takkau kau rasa ni ada kena-mengena dengan sekolah?”
“Melainkan kau ada buat benda lain yang ktorang tak tahu,” sampuk KJ

Kalau bukan tu, aku kena mengaku semua kesalahan aku. Kesalahan yang mungkin aku buat secara tak sengaja atau di bawah sedar. Kesalahan yang aku buat lepas dah tinggalkan SMCGT – dan aku jadi manusia heartless yang tak lagi korang kenal….

Review :
Buku Gantung 2 ni sequel kepada Gantung 1 yang mengisahkan tentang kehidupan Khalil pada tahun 2021 hingga 2023. Tahun pemerintahan Kanye West (harap ni cuma dalam buku je lah. Tak sanggup nak imagine in real life).

Sebelum baca yang kedua ni memang wajib baca yang pertama sebab nanti confirm tak faham apa yang jadi sebab ada banyak flashback. Aturan susur masa dalam Gantung 2 ni pun berterabur so kalau dah lama baca Gantung 1 pastu baru nak sambung Gantung 2 ada kemungkinan akan terlupa apa yang penulis tengah sembang.

Dan wujud juga watak-watak baru baik dalam flashback mahupun sekarang. Membantu atau merapu? Yes, sangat membantu dalam kehidupan Khalil dan kenapa Khalil pilih untuk hidup macam dia hidup sekarang. Memang emosi jugak baca Gantung 2 ni sebab terbawa-bawa dengan perasaan emosi Khalil. Terutamanya masa dia jumpa Rehan dan kisah Khalil dengan Natalia di Prague.

Kalau dalam Gantung 1 boleh agak dah apa misteri yang Nadia Khan simpan, tapi yang ni memang tak boleh nak agak. Banyak kali jugak salah teka nak pulak masa Khalil kena culik. Memang intense gila baca sebab nak tahu siapa dalang dan apa motif sebenarnya.

Walaupun happy ending tapi tetap sedih sampai menangis teruk sebab cerita Khalil dah habis, cerita The Musketeers dah habis. Nampak je macam happy ending tapi jiwa tersiksa jugak. Tak boleh move on lagi. Faham tak perasaan nak tau ending tapi dalam masa yang sama taknak cerita tu habis. Sakit tau takkk.


8 comments:

  1. Tahu pasal novel gantung dengan gantung 2 tapi tak beli pun.. Kena masuk popular ni hehehe

    ReplyDelete
  2. atie sedih laa.klu boleh nk ray ckp kt gibbs yg dia suka gibbs

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn! Gibbs dah tunjuk dah yang dia memang care dengan ray. Tu salah satu sebab kenapa nangis baca buku ni :(

      Delete
  3. Macam best. Bookmark dulu. Nanti nak cari Gantung 1 & 2

    ReplyDelete
  4. Dah masuk Astro kan skrg. Adik mai pun dh mcm Pana dah duk angau kat Ray, haha.

    ReplyDelete
  5. dah nampak novel ni tapi belum rasa nak baca lg.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...