Tuesday, 29 August 2017

Bendera Malaysia Dekat Site

Dah hujung-hujung projek ni memang banyak lah meeting dengan client. Client kitorang haruslah pihak TUDM Subang. Bila sembang dengan askar dekat-dekat nak Hari Merdeka ni, dia punya patriotik tu memang tinggi. 

Selalu kalau dekat sekolah dah nampak dah budak-budak sekolah pasang bendera, hias kelas tema Hari Kemerdekaan. Dekat kem ni pun dah banyak bendera kena pasang. Tapi yang cacatnya dekat site office ni satu pun tak ada. 

Haruslah kena bebel dengan askar. 

'Ni kenapa site office ni satu bendera Malaysia pun takde ni? *insert bebelan Hari Kemerdekaan*. At least pasang satu bendera pun dah boleh dah daripada kosong macam ni. Apa pun takde'

Okayyyy, nah satu bendera. 



Malas sebenarnya nak pasang banyak sebab dekat site ni dah wujud kera. Kalau jenis behave takpe, ni jenis suka buat onar lepastu degil. Bab melawan no 1. Datang bukan seekor dua je, kadang sampai 5,6 ekor. Habis bersepah office sebab diorang. Kucing pun dah tak berani nak datang sini. 


So, letak je satu ni. Kalau kena koyak tak rasa rugi sangat hewhewhew

Korang dah start buat decorate dah ikut tema Hari Kebangsaan? Ke ada yang tengah sibuk tempah baju anak-anak nak pakai nanti? Anyway, Happy National Day to Malaysians & yang paling penting selamat bercuti :D

1 comment:

  1. Bagus2.. Semangat... Boleh tambah lagi bendera tu...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...