Shaadi Mubarak Varun Dhawan & Natasha Dalal!

Monday 25 January 2021


Semalam, 24 Januari 2021 berlangsungnya majlis perkahwinan Varun Dhawan dengan cinta hati dia dari zaman sekolah, Natasha Dalal. Tahun lepas dah tahu dah diorang nak buat majlis kahwin tapi tak tahu tarikhnya bila. Tengok schedule Varun pun macam penuh je dengan shooting. Tup tup minggu lepas dah busy dah beli barang kahwin. 



Asalnya both of them nak buat majlis dekat Vietnam tapi sebab pandemik, Varun dengan Natasha tukar venue ke The Mansion House, Alibaug. Tetamu tak ramai sangat pun dalam 50 orang je itupun ada contract tak boleh ambil gambar dengan video. 

Majlis kahwin delay satu jam sebab majlis mandi kunyit dengan majlis berinai lambat habis. Several beautiful pictures from groom and bride.



Setakat ni belum ada lagi gambar selain yang Varun share dekat Instagram dan gambar berjumpa dengan press lepas officially announced as husband and wife. 


Mengenakan busana pengantin serba putih gading, lehenga Natasha direka khas oleh Manish Malhotra dan kurta Varun dari Kunal Rawal. 

  • Varun Dhawan

Kalau tak kenal siapa Varun Dhawan, dekat Malaysia ni dia famous dalam movie Dilwale (2017). Watak dia sebagai adik kepada SRK yang jatuh cinta dengan adik Kajol. Movie debut dia Student Of The Year, rasanya banyak kali jugak tayang dekat TV3. 


  • Natasha Dalal 

Being fan of Varun, sejak tahun 2014 lagi dah tahu tentang kewujudan Natasha Dalal ni sebab dia selalu ikut Varun pergi movie premiere ataupun private party. Masa tu Natasha just labelled as 'rumoured girlfriend' sampai ada peminat Varun ugut nak bunuh Natasha. Pfftt

Keluarga Varun dengan Natasha dah rapat sejak kecil lagi sebab keluarga Natasha ada gudang tekstil antara yang terbesar di India. Keluarga Varun pula dalam film business so mesti la ada order costumes dengan Dalal. 

Varun pernah bagitahu dalam interview dengan Bebo yang dia jatuh cinta dengan Natasha sejak sixth grade lagi. Tapi stay berkawan baik sampai habis sekolah. 



Tapi 3 kali jugak lah Natasha reject dia sebelum diorang officially bercinta itupun keep in private je. Natasha ada minat yang berkaitan dengan bisnes keluarga bila dia study dalam fashion design di The Fashion Institute of Technology, New York dan buka butik Natasha Dalal Label khas untuk bridal wear dan wedding attire.

Tahun 2018 Varun dah mula expose Natasha Dalal secara official, bagitahu dalam interview yang Natasha punca utama dia berlakon dalam movie intense macam Badlapur dengan October. 


'She’s my rock, she’s my anchor. She’s the stabilising factor in my life. It’s pretty much like family. I’m with her because she has her own individuality, she has her own voice which is super strong with things she wants to do and things she wants to achieve in life. And, as her partner, that is something I want to support. And, she has been so supportive where my career is concerned, always, from day one actually.' - Varun Dhawan

“Varun and I were in school together. We stayed friends until we were in our mid-20s and then, I remember, we started dating just before I moved away. It was around then that, I think, we realised we were more than just good friends.” - Natasha Dalal


Masa interview dengan media family dengan kawan-kawan, semua cakap Varun happy sangat sepanjang hari, energy lain macam dan ramah layan semua tetamu yang datang. Dari gambar yang diorang share boleh nampak yang  Varun happy sangat. Berseri-seri muka dia dengan Natasha. 


Karan Johar pun datang untuk meraikan protege kesayangan dia. 

 "I am filled with a multitude of emotions and memories as I write this post! I still remember meeting this kid in Goa! Long hair, big dreams in his eyes and a swag that was waiting to explode on celluloid. A few years later he was my Assistant on MNIK! I silently observed his determined sincerity and also how hilarious he can be ...sometimes even unintentionally. When he faced the camera for me for the first time I developed an immediately protective feeling of love and care for him. Almost assuming the role of a parent.... that feeling today came alive in abundance as I saw him walk with his loved one around the holy fire of trust and commitment... My boy is all grown up and ready for this beautiful phase in his life... Congratulations my darling Natasha and Varun! My blessings and love forever. Love you." - Karan Johar

Sayangnya Sid Malhotra dengan Alia Bhatt tak dapat datang sebab masing-masing busy dengan shooting dekat luar kawasan. Hopefully boleh nampak trio dengan mentor berkumpul balik dekat wedding Alia atau Sid nanti. 


Anyway, shaadi mubarak ho for Varun & Natasha! Have a happy married life. 

Movie Review | Antologi Rasa

Sunday 24 January 2021

Director : Rizal Mantovani

Writer : Ika Natassa

Cast : Herjunot Ali, Carissa Perusset, Refal Hady, Atikah Suhaime, Angel Pieters

Production Company : Soraya Intercine Films

Distributor : Netflix

Genre : Romantik / Drama

Running Time :108 minutes

Release Date : 14 Februari 2019

Trailer :

‘Sebuah perjalanan selalu mengajar kita untuk melihat sesuatu. Tapi kalau sebuah perjalanan ajar kita untuk melihat sesuatu, kenapa ke mana-mana aku pergi, aku cuma nampak dia?’ - Keara

Movie Antologi arahan Rasa Rizal Mantovani bermula dengan naratif dari Keara (Carissa Perusset) yang pergi bercuti dengan Harris (Herjunot Ali) di Singapura setelah Ruly (Refal Hady) cancel last minute sebab nak tolong Denise (Atikah Suhaime) siapkan projek. 

Keara jatuh cinta dengan Ruly kerana kacak, sopan, baik dan menjaga agama tapi Keara lebih selesa berkawan dengan Harris. Siang malam seperti belangkas tambah pula dia dan Harris bekerja sama level manakala Ruly dengan Denise di tingkat 19. Malangnya Ruly jatuh cinta dengan Denise yang cantik, baik hati, pandai masak dan bersifat keibuan tapi Denise memilih Kemal sebagai suami.

Harris pula playboy yang jatuh cinta dengan Keara tapi kena friendzone sejak awal lagi. Dia tahu Keara cintakan orang lain tapi dia tak pernah tahu lelaki tersebut ialah Ruly. Masa di Singapura Keara dah penat dianggap seperti halimunan oleh Ruly dan terima Harris dalam keadaan mabuk. Dia salahkan Harris dengan semua yang jadi dan putus kawan. 

Bila pulang ke Jakarta Keara makin rapat dengan Ruly bila mereka berdua satu team untuk projek di Bali. Dari situ Ruly kenal Keara yang suka dengan fotografi. Actually Ruly just nak rebound dan move on dari Denise. Tapi bila dia dapat tahu Denise kemalangan sampai masuk hospital, Ruly buang Keara macam tu je. Keara cari Harris balik sudahnya. 

Tajuk movie yang diadaptasikan dari novel karya Ika Natassa ni nampak macam berat sangat perasaan tu tapi sebenarnya perjalanan perasaan yang tak matang dari perspektif kehidupan Keara. Tak baca pun novel dia tapi ramai yang cakap movie ni ambil inti yang sama dengan novel. Jadi tak perlu lah go through benda yang sama dua kali. 

Movie Antologi Rasa ni jadi best nak layan sebab lakonan Junot sebagai Harris dan karakter watak yang menghiburkan. Watak Keara annoying sangat bila dia bangun tidur dekat Singapura sampai lah dia kena dump dengan Ruly. Geram je tengok dia salahkan Harris rosakkan friendship diorang sedangkan salah tu pada dia sebenarnya. Bila dia kata kalau dia mabuk, Harris tak patut mabuk tu macam ehhhh kau dah kenapa? 

Excited nampak Atikah Suhaimie dalam movie Indonesia lepas franchise My Stupid Boss tapi tak banyak pun watak dia boleh buat setakat senyum dan ketawa lepastu terbaring dekat atas katil hospital. Sayang la watak Ruly dengan Denise tak dikembangkan sangat padahal dua watak ni yang bikin galau perasaan Keara dan Harris. Tak tahu la Keara suka ke tak dengan Denise sebab tak ada scene diorang berdua menyembang hal personal. 

Nevertheless sinematografi dan visual cantik sangat dari lensa Muhammad Firdaus especially scene di Bali sebab memang dekat situ kawasannya banyak yang cantik. Watak Keara suka fotografi tapi Carissa nampak kekok dengan kamera. Even cara ambil gambar pun macam amatur. Macam mana dia boleh terpilih untuk masuk pertandingan fotografi tu satu persoalan yang besar juga lah. Bila ada hasil kerja yang cantik dari pengarah sinematografi, kenapa tak tonjolkan melalui watak Keara? 

Suka sangat dengan music album Antologi Rasa dari Stevesmith Music Production dengan kompilasi lagu-lagu berentak pop balada lantas menghidupkan mood dan suasana romantik juga emosi antara watak mereka bertiga. My fav, Nidji - Segitiga Cinta. Lagu Geisha - Rahsia pun not bad jugak. 

 

Sama seperti movie 5cm hasil sutradara Rizal Mantovani dengan konsep cinta yang dipendam lama cuma penangan agak berbeza lah sebab 5cm lebih kemas dan cantik. Siap ada plot twist lagi di hujung cerita. Apa pun movie Antologi Rasa ni ada sweet moment dia tersendiri and I’m glad I’ve been proven wrong. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.4 = 7.7/10

Shopee | Trolley Storage Rack

Dalam rumah ni ada almari mug yang mungkin akan roboh bila-bila masa sahaja lagi sebab dah terlampau banyak mug dah. Bukan guna pun semua tapi dah kalau satu mug 2 hengget je memang laju je tangan masuk dalam basket. 


Bila dah ramai yang jual trolley macam IKEA punya tu mula la teringin jugak sebab senang nak ubah kedudukan. Agak semak dekat depan, boleh ubah ke dapur. Kalau rasa nak bancuh kopi guna mesin Aristo sambil tengok movie, boleh bawa masuk dalam bilik. 


Kebetulan jumpa 3 tier trolley rack dekat Shopee dengan harga RM63.90 sebab kebanyakan trolley besi macam ni harga around RM100 macam tu. Ada pilihan warna hitam, putih ataupun teal. Sebab takut comot so kitorang ambik warna hitam lah. Troli ni boleh tahan berat sampai 50kg so setakat mesin Aristo dengan few mugs, tak lah berat sangat rasanya. 


Sampai je barang terus pasang sebab dah tunggu lama. Bukan Shopee lambat sampai tapi nak checkout tu yang lama haha

First part haruslah identify dulu mana skru yang berkaitan ikut manual yang dia bagi. Bagusnya seller ni sebab bagi extra screw just in case Bella bawak lari masa tengah pasang kan. Tray setiap level pun tak sama sebab ada yang ditebuk 3 lubang, ada yang 2 lubang sahaja so kena make sure lah tray atas dengan bawah tu betul-betul sama macam dalam manual. 


First sekali pasang base macam dalam gambar ni sebab trolley ni kena pasang by level tak boleh pasang berasingan then cantum. Dah siap satu level baru boleh gerak ke next level. Paling lama ambil masa sebab first step dah salah pergi masukkan skru dekat semua tray. 


Lepastu makan masa nak fahamkan sex screw. Masa belajar Kemahiran Hidup dulu tak ada pulak skru nama ni. Nama dia sex screw sebab dia cantumkan dua skru supaya dapat pasang dan ketatkan bahagian di tengah ni. 


Bila dah settle bahagian base dah lega banyak sebab nak pasang tray tak susah pun. Even skru boleh dipasang guna tangan je. Kalau suruh budak-budak pasang pun dah boleh siap. 


Last sekali baru la pasang roda dekat bahagian bawah. Pasang awal-awal kang bergerak pulak, susah la nak buat kerja kan. Lepas setengah jam pusing sana sini, haaa dah siap dah pun. Terus pindah mesin Aristo, some coffee and tea dengan mug dekat troli ni. Bila letak mesin Aristo dalam troli ni nampak kemas la meja makan. Settle satu masalah! 

Kalau ada yang nak beli trolley storage rack ni, boleh klik dekat SINI