CSR Tetuan Ram Reza Muhammad Ke Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari, Kampung Melayu Subang

Wednesday 16 December 2020

‘Jangan pernah merasa malu ketika hanya mampu memberi sedikit untuk bersedekah kerana selalu ada kebaikan dalam memberi. Tidak peduli seberapa kecil yang kamu berikan.’ – Ali bin Abi Thalib

Dalam menempuh pandemik Covid-19, tidak dilupakan juga pada yang memerlukan dan terkesan dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang dimumkan sepanjang tahun ni. Untuk tahun 2020 Tetuan Ram Reza & Muhammad memilih untuk menghulurkan sumbangan kepada Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari, Kampung Melayu Subang kerana jaraknya yang dekat. Lebih afdhal kiranya kita membantu di kawasan sekitar dahulu sebelum pergi lebih jauh kan? 

Melalui dana yang dikumpulkan oleh NGO Pertubuhan Pembela Masyarakat (PEBELAS) dalam tempoh masaa sebulan, beberapa barang keperluan seperti pampers pelbagai saiz, susu tepung, makanan, pakaian dan juga sejumlah wang didermakan untuk membantu meringankan beban penjaga Pn. Ummu serta suaminya dalam menjaga kebajikan anak-anak syurga ni. 

Beberapa orang wakil dari HQ dan branch Petaling Jaya bersama managing partner RRM, En. Nor Hisham Muhammad, senior partner, Ms Noraida Hassan dan junior partner, En Izharul Effendy turut hadir menyumbangkan masa dan tenaga. Sengaja memberi ruang dan peluang kepada warga RRM yang muda dan beberapa orang chambering student supaya dapat menambahkan lagi pengalaman dan mencorak mereka untuk peka dengan masyarakat dan komuniti sekitar. 

Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari (”PJCKB”) yang menempatkan anak-anak yatim, fakir miskin, golongan asnaf zakat telah pun beroperasi sejak tahun 2010 dan sekarang mempunyai seramai  110 orang kanak-kanak yang terdiri dari umur 1-15 tahun yang tinggal di 4 buah asrama  yang berasingan tetapi di bawah satu pertubuhan iaitu, PERTUBUHAN KEBAJIKAN KASIH BESTARI. 

PJCKB juga turut membantu menjaga  seramai hampir 50 orang anak yatim dan asnaf zakat yang tinggal di sekitar Kampung Melayu Subang. Tetapi mereka ini tidak menetap di asrama dan dibantu apabila perlu sahaja. Keutamaan tetap diberikan kepada yang berada di asrama. 

Pusat jagaan amal ni agak terkenal juga sebab pernah featured dalam TV3 bersama Sarah Suhairi dan Nas Terjah, program NONA, mall besar seperti GM Klang ataupun Jakel, McDonald, Royale Chulan Hotel, Little Caliphs dan beberapa syarikat lain yang terkenal. 

Dari segi pendidikan, Puan Ummu memastikan setiap anak akan diajar mengaji Al-Quran, pendidikan teras di institusi pendidikan persendirian dan juga subjek tambahan seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Arab. Untuk tumbesaran yang lebih cerdas pula, mereka dilatih bersukan seperti berbasikal, menunggang kuda, wall climbing, badminton, bermain catur, dan juga permainan papan seperti Saidina. Aktiviti tambahan seperti melukis, bercucuk-tanam dan mengemas asrama dan kawasan sekeliling. 

Umum tahu projek Corporate Social Responsibility (CSR) ni akan memberi impak baik dari segi pertumbuhan sosial dan rohani. Salah satu objektif utama CSR Tetuan Ram Reza & Muhammad  bersama NGO Pertubuhan Pembela Masyarakat (PEBELAS) ini adalah untuk memupuk semangat bekerjasama dan saling membantu juga meningkatkan sifat berkongsi sesama komuniti. Dari situ aras dinamik antara tenaga kerja dapat diperkukuhkan lagi dan menghidupkan suasana kerja yang mampan. 

Bak kata orang sebelum sayang orang lain, kita kena sayang dengan diri sendiri dulu. Sama juga seperti Tetuan Ram Reza & Muhammad bila kebajikan tenaga kerja terjaga dengan bantuan lunchbox setiap Isnin hingga Khamis, insentif duit raya, misi Kita Jaga Kita dengan membantu warga RRM yang memerlukan dana dan bantuan makanan ketika lockdown, peruntukan tetap untuk covid-19 kit (surgical mask, sanitizer dan disinfectant spray) juga suntikan ilmu dan kata-kata motivasi dalam program sharing session dan online class

Untuk alam sekitar pula, warga Tetuan Ram Reza & Muhammad sebaik mungkin mengurangkan penggunaan kertas, menjimatkan air dan mengurangkan pelepasan karbon dengan berkongsi pengangkutan ke tempat yang sama. Perubahan yang besar terhasil dari jumlah yang kecil tapi dilakukan dengan kerap. 

'Dalam keadaan ekonomi yang terjejas teruk kerana Covid-19, mungkin kita tak dapat menyumbang dengan banyak tapi kita cuba buat apa yang termampu agar aura positif dapat memberi impak kepada yang lainnya.' - Junior partner, En Izharul Effendy

Untuk yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berhubung dengan NGO Pertubuhan Pembela Masyarakat (PEBELAS) di Facebook ataupun menyumbang terus kepada Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari, Kampung Melayu Subang. Semoga amal ibadah kita diterima, Insya-Allah. 

Drama Review : The Gifted - Graduation

Tuesday 15 December 2020

Director : Waasuthep Ketpetch

Writer : Waasuthep Ketpetch

Cast : Korapat Kirdpan, Wachirawit Ruangwiwat, Harit Cheewagaroon, Pattadon Janngeon, Atthaphan Phunsawat, Ramida Jiranorraphat, Napasorn Weerayuttvilai, Nattawat Finkler, Chanikarn Tangabodi, Phuwin Tangsakyuen, Apichaya Thongkham

Genre : Sci-fi / Thriller / Mystery / Drama

Running Episodes : 13 episodes

Release Date : 6 September – 29 November 2020

Production Company : GMMTV, Parbdee Taweesuk

Distributor : GMM 25

Trailer :

 

Sequel drama terbaik dari negara Thailand untuk tahun 2018, meneruskan kisah perjuangan Pawaret "Pang" Sermrittirong (Korapat Kirdpan) untuk hapuskan privilege student The Gifted di Ritdha High School supaya semua hak pelajar terbela dan mendapat peluang juga layanan yang sama rata. 

Untuk previous installment yang diadaptasikan dari filem pendek dan novel The Gifted karya Dhammarong Sermrittirong, misi Pang terhenti bila mereka semua gagal halang pengetua Supot Chueamanee (Wanchana Sawasdee) dalam meeting bersama Kementerian. Akibatnya, Namtaan (Apichaya Thongkham) terpaksa berpindah ke luar negara dek ibu dia risaukan keselamatan dia. 

Sebelum ni director Waasuthep Ketpetch bagitahu apa The Gifted program dan develop potential kesemua pelajar yang terpilih dan apa side effects mereka semua. So dalam sequel ni director tambah lagi watak baru baik dari Kementerian mahupun pelajar junior The Gifted dengan kuasa yang belum ada di The Gifted 1. Sayangnya pelajar-pelajar junior diserang virus NYX 88 yang mengakibatkan brain infection bila mereka menggunakan kuasa. 

Pengetua Supot ceritakan kepada Pang yang Kementerian adalah dalang wujudnya virus NYX 88 sebab mereka tak nak projek rahsia ni terbongkar dan mengancam negara suatu hari nanti. Bestnya dalam sequel ni bila kita boleh tahu sejarah The Gifted yang bermula 30 tahun lepas. Tapi cerita jadi mengelirukan dan berat bila future Grace (Chanikarn Tangabodi) merasuk tubuh Grace yang sekarang.

 

Like in my previous review, I did mentioned yang perspektif Pang dan pengetua Supot berbeza thus an adult, apa yang Pang perjuangkan ni bukanlah sesuatu yang besar pun tapi bila future Grace datang, baru nampak lah apa kesannya kepada negara bila wujud The Gifted. Tapi hujungnya Pang berubah pendirian pulak. Eh, so what’s the whole point of this mission? Pffttt I don’t know. Imagine layan 13 episod penuh dengan plot twist only to end up at square one. 

"Young people, at any given time, like to gather to make a social change. But do you know what their main problem is? Their ideology. One day they will find out that, even though their ideology is the same, their true desires aren't. They will argue, betray, and break up. It will take some time for them to learn, that an effective group is not formed based on the same ideology, but on the same interest." - Supot Chueamanee

Lagi bagus Pang pergi study supaya dapat grad dengan cemerlang dan figure out apa major course dia nak ambik bila dekat uni instead of buang masa menyusahkan pengetua dan cikgu-cikgu yang lain. Dah la dia selesaikan masalah kebanyakan masanya dengan guna emosi. Setahun pula tu terbuang bukan kerana covid-19 tapi kerana huru-hara diorang buat dalam previous season. Plot twist, bukan diorang yang buat. Bagi satu spoiler je boleh kan? 

Watak Mr. Pom (Chatchawit Techarukpong (Victor)) agak lemah dalam season 2 ni. Sama juga dengan watak Wave (Wachirawit Ruangwiwat), Claire (Ramida Jiranorraphat) dan Ohm (Harit Cheewagaroon) padahal kuasa diorang power masa Season 1. Tak sangka Wave still guna device untuk curi dengar conversation dalam bilik padahal dia power IT. Hack lah device watak-watak drama ni. Fast & Furious dah buat macam tu takkan lah Wave tak mampu lagi. Sebelum ni tak didedahkan apa kuasa si kembar Jack (Chayapol Jutamas) & Joe (Chayakorn Jutamas) jadi kali ni diorang ada screentime lebih sikit untuk show off kuasa diorang yang okay lahhhh. 

Visual dan sinematografi tetap ampuh dan cantik sama seperti season 1. Product placement kali ni lebih tersusun dan relate dengan jalan cerita so tak nampak annoying. Siap ada cerita pendek tersendiri pula di hujung episod. Background music The Gifted franchise cool macam drama dia jugak sebab dia ada music tersendiri. Bila keluar music tu rasa misteri dan saspen tu timbul. Kudos to the team! 

Tak pasti akan wujud Season 3 The Gifted ataupun tak sebab belum ada official announcement ataupun sebarang hint diorang bagi. Sepatutnya Season 2 diorang chill je sembang pasal setahun yang hilang tu dan masukkan half je konflik ataupun sembang tentang sejarah The Gifted 30 tahun lepas. Biar fans and audience betul-betul kenal dan connected dengan semua watak. Masuk Season 3 tambah sikit lagi konflik dari Kementerian pula. Season kemudiannya pandai-pandai la kembangkan. Orang kata biar lambat, asal mantap. Baru la nampak steady as a franchise. 

Tapi apa boleh buat, nasi dah jadi bubur kan? Makan je lah. Quite disappointed but not bad lah untuk layan sebab banyak social message dan life lesson dalam drama The Gifted Graduation ni. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 7/10

 

Tak tahu lah sejak bila wujudnya Flavyo popcorn ni sebab tahu tahu dah famous dah dek kerana founder dia, Hermy Rahim. Sebelum ni around 2018 memang selalu je order popcorn caramel macam ni. Harga sebalang masa tu RM25. 

Tapi nak dapat masa tu agak susah la, kena pergi dekat kedai baru dapat merasa. Mungkin supplier tak ramai kot. Popcorn tu sama bentuk jugak macam ni bulat, gemok, crunchy bila makan. Tapi yang syoknya ada flavor chocolate. Dah stop beli lepas kes bad customer service bila dia open untuk online order. 


Bila makan Flayvo Popcorn ni tak lah teruja mana pun sebab dah pernah makan. Yang bestnya harga dia lebih murah sebab sebalang besar dengan berat 380gram ni RM18 je. Sesuai lah dengan tagline dia - 'Harga Marhaen, Rasa Kayangan'. 

First layer memang rangup dan terasa limpahan caramel tu tapi bila dah masuk layer yang dekat tengah tu dah mula hilang rangup dia. Mungkin sebab buka banyak kali kot, angin pun dah masuk. 

Hopefully Flavyo keluarkan flavor chocolate pulak lepas ni, boleh borong letak dekat meja office. Sambil buat kerja, sambil makan popcorn caramel ni memang tak sedar bila masa habis. Kalau yang tengah jaga badan memang menangis lah cerita dia. 

Klik gambar untuk baca lebih banyak artikel kesihatan

Ramai sering menganggap penyakit seperti kanser payudara dan osteoporosis adalah eksklusif untuk mereka yang bergelar wanita. Walau bagaimanapun, sedikit trivia berkenaan dengan hukum alam, ia tidak mempunyai sebarang bentuk diskriminasi. Mungkin mereka lebih berisiko, namun lelaki juga boleh didiagnosis dengan masalah terbabit.

Artikel ini akan memperkenalkan 7 ‘penyakit wanita’ yang turut mempengaruhi kaum Adam.


#1 Osteoporosis, penyakit tulang rapuh 

Osteoporosis agak popular dan jika anda perhatikan iklan di televisyen, kebanyakan penghidap (jika bukan semua) diperwatakkan oleh pelakon wanita. Keadaan ini menyebabkan timbul salah faham berkenaan dengan maklumat demografi dan risiko bagi penyakit tulang rapuh. Apabila tulang anda mengalami penurunan ketumpatan, ia mudah retak dan menyebabkan komplikasi serius.

Walaupun kajian menunjukkan setinggi 1 daripada 3 wanita menghidap masalah ini, namun lelaki juga tidak terlepas daripada didiagnosis walaupun tidak sekerap itu (1 daripada 5 lelaki). Keadaan ini berlaku berikutan perubahan proses fisiologi wanita selepas mereka mencapai usia menopaus.

Namun, apabila mencecah usia 65 hingga 70 tahun, proses patologi penyakit berlaku pada kadar yang hampir sama bagi kedua-dua jantina.


#2 Kanser payudara, boleh didiagnosis pada lelaki


Walaupun payudara sering dianggap sebagai penyakit wanita, namun pernyataan tersebut adalah tidak tepat.

Kedua-dua lelaki dan wanita mempunyai tisu payudara. Cuma wanita mengalami tumbesaran dan peningkatan pada jumlah tisu payudara akibat peningkatan hormon ketika mereka akil baligh. Payudara lelaki akan kekal rata seumur hidup mereka.

Melalui fakta tersebut, kita boleh simpulkan segelintir lelaki berisiko untuk mendapat masalah kanser payudara walaupun sangat jarang berlaku. Terdahulu, kajian menunjukkan kira-kira 1 peratus lelaki berisiko mendapat masalah kanser ini namun insidennya semakin meningkat tahun demi tahun.

Oleh sebab ia merupakan satu bentuk tabu, keadaan kesihatan ini sukar dikesan pada peringkat awal, maka tahap kelangsungan hidup lelaki jauh lebih rendah berbanding dengan wanita yang turut mempunyai kanser payudara.


#3 Masalah berkaitan organ tiroid

Tiroid adalah organ kelenjar kecil yang terletak di bahagian bawah hadapan leher. Ia merupakan satu organ yang penting dalam mengawal kadar metabolisme badan melalui penghasilan dan rembesan hormon. Jika jumlah hormon yang dihasilkan berada di luar kawalan, ia boleh menyebabkan masalah hipertiroid.

Penghidap boleh mengalami simptom seperti:

  • Kelesuan
  • Mudah lupa
  • Rambut dan kulit kering dan kasar
  • Berat badan susut secara berlebihan
  • Apa akan terjadi jika jumlah hormon yang dihasilkan tidak mencukupi? Anda boleh didiagnosis dengan masalah hipotiroid.

Simptomnya adalah:

  • Lemah otot
  • Sukar tidur
  • Berat badan naik
  • Mudah marah
Walaupun keadaan kesihatan ini adalah 5 hingga 8 kali ganda lebih lazim didiagnosis dalam kalangan wanita, namun lelaki turut menjadi mangsa memandangkan mereka juga mempunyai organ tersebut.


#4 Kecelaruan tabiat pemakanan, hanya untuk wanita?

Apabila kita berbicara mengenai masalah tabiat pemakanan seperti anoreksia dan bulimia, jarang sekali kita terbayangkan lelaki.


Pasti gambaran wanita kurus kering bermain di fikiran anda.

Hakikatnya, 10 hingga 15 peratus daripada jumlah mereka yang didiagnosis terdiri daripada jantina lelaki. Ia bukanlah satu penyakit yang eksklusif untuk wanita.

Atlet, individu obes, lelaki homoseksual dan transgender serta individu yang mempunyai personaliti tertentu seperti mudah resah, perfectionist dan sebagainya berisiko untuk mendapat masalah ini.

Komplikasi serius seperti masalah jantung, osteoporosis, kegagalan organ dan kematian boleh berlaku jika ia tidak dirujuk kepada pakar.


#5 Jangkitan pundi kencing bukan penyakit wanita sahaja

Ya, wanita lebih mudah untuk mendapat jangkitan pundi kencing berikutan struktur uretra mereka yang lebih pendek. Namun, lelaki juga boleh didiagnosis dengan masalah ini terutamanya bagi penghidap:

  • Masalah prostat bengkak
  • Batu karang
  • Kecacatan kongenital pada uretra
Mereka yang mengalaminya boleh mendapat simptom seperti:

  • Kerap kencing
  • Air kencing keruh
  • Tidak boleh tahan kencing
  • Rasa terbakar semasa kencing
  • Demam

#6 Kemurungan, turut dialami kaum Adam


Walaupun wanita adalah dua kali ganda lebih berisiko untuk didiagnosis dengan masalah kemurungan, tapi terdapat percanggahan berkaitan dengan maklumat tersebut.

Secara amnya, lelaki dan wanita boleh menunjukkan simptom kemurungan yang berbeza. Lelaki lebih mudah untuk marah, tertekan dan hilang motivasi untuk melakukan sesuatu manakala wanita pula lebih kepada perasaan sedih dan sering menangis.

Keadaan ini menyukarkan proses diagnosis justeru ramai lelaki yang mengalami kemurungan tidak mendapatkan rawatan yang sepatutnya. Mereka lebih cenderung untuk mencuba dadah terlarang, alkohol atau terlibat dalam aktiviti berisiko.

Lelaki juga lebih berisiko untuk berjaya membunuh diri sendiri sekiranya mereka mencubanya. Tanpa rawatan, kemurungan boleh menyebabkan komplikasi yang boleh mengancam nyawa.


#7 Masalah autoimun lupus sering didiagnosis pada wanita

Dianggarkan 90 peratus wanita menghidap masalah autoimun ini. 

Selebihnya adalah lelaki yang terkesima dengan diagnosis yang dikatakan ‘sangat jarang’ berlaku dalam jantina mereka. Mereka yang mengalaminya boleh menunjukkan simptom seperti:

  • Bengkak dan sakit sendi
  • Lemah otot
  • Kelesuan ekstrem
  • Demam yang tidak diketahui puncanya
  • Keguguran rambut
  • Kaki bengkak
  • Mata bengkak
  • Sakit mulut
  • Kelenjar bengkak
  • Ruam merah persis bentuk rama-rama pada kawasan hidung dan pipi

Konklusi

Sekiranya anda didiagnosis dengan mana-mana masalah kesihatan seperti yang tersenarai, jangan ragu-ragu. Anda masih lelaki. Lelaki juga boleh mendapat masalah yang sama seperti wanita.

Mungkin anda berasa tertekan selepas didiagnosis dengan kanser payudara namun rawatan awal boleh menyelamatkan nyawa anda. Maka penting bagi setiap lelaki untuk memberikan perhatian terhadap simptom yang mungkin dialami kesan daripada ‘penyakit wanita’.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Movie Review : Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium

Monday 14 December 2020

 

Pengarah :  Mamat Khalid

Penulis Skrip :  Mamat Khalid, Usop Wilcha

Pelakon :  Usop Wilcha, Elizabeth Tan, Namron, Faradhiya, Nasir Bilal Khan, Hitler Zami, Pyan Habib, Wandy Bernama, Man Kadir, Mason R Walker, Mawar Rashid, Eina Azman

Syarikat Produksi :  Mountingboard Prouctions, D Siney Prouctions

Pengedar : Pencil Pictures, Records Sdn Bhd, Netflix

Genre :  Komedi / Seram

Durasi Tayangan :  90 minit

Tarikh Tayangan : 3 September 2015

Trailer : 

Lepas kejayaan franchise Hantu Kak Limah dengan genre yang sama, komedi seram, pengarah penulis Mamat Khalid muncul dengan movie spin off franchise tersebut - Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium. Watak Usop Wilcha mempunyai fanbase yang tersendiri sampai Usop berani menjadi penulis, pelakon malah produser untuk movie yang diterbitkan oleh Mountingboard Prouctions dan D Siney Prouctions ni.

Idea movie ni bukanlah original sebab kita dah pernah tengok konsep movie yang bertemakan makhluk muzium hidup di malam hari selepas berlakon kaku di hadapan pengunjung pada siang harinya dalam franchise movie A Night In The Museum. Sama lah dengan makhluk muzium yang ditempatkan di Uniersiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak ni. 

Kerana Pak Jabit (Man Kadir), Usop Wilcha (Usop) dapat job di pameran hantu muzium bila penghawa dingin selalu bermasalah sampai Cik Sofia (Faradhiya) terpaksa tukar ganti staff elektrikal di situ. Kehadiran Usop Wilcha disenangi oleh Datuk Maharaja Lela a.k.a Pandak Lela (Namron) dan Putum (Hitler Zami) kerana watak Usop yang cinta dan hormat dengan sejarah Tanah Melayu. 

Pameran hantu yang diadakan adalah pameran hantu dan raksasa dari Amerika jadi Tyra Vlad (Elizabeth Tan) dan Mr. Ghollum (Wandy Bernama) yang setup semua benda sebelum tarikh pembukaan. Mereka berdua ternyata ada helah tersendiri, berkait rapat dengan sedutan di awal movie di mana Vlad Dracula (Mason R Walker) akan menghisap darah manusia di seluruh dunia. 

Datuk Maharaja Lela dapat hidu plan jahat ni lalu kumpulkan semua mahkluk muzium yang ada supaya dapat halang generasi akan datang dibunuh dengan kejam. 

Bukan setakat jalan cerita yang ringkas tapi movie Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium sarat dengan info sejarah. Watak berkenaan tak deliver dalam bentuk bercerita tapi menyindir dalam lagak mereka sendiri dengan dialog yang kelakar buatkan mesej tersebut senang diterima. Macam scene Sultan Mahmud (Nasir Bilal Khan) yang geram dengan Hang Tuah bila merajuk tak sudah sampai tinggalkan keris Taming Sari. Scene Usop Wilcha perli Datuk Bendahara (Pyan Habib) paling lemah dalam sejarah Melaka. 

Visual dari lensa Tan Teck Zee dengan suntingan menarik menghidupkan kehidupan malam di muzium UPSI. Cuma VFX nampak lemah walhal banyak digunakan dalam beberapa scene. Kudos to Natasha Sheikh Zamani and her team untuk kostum persalinan di zaman Melayu Melaka. Permaisuri (Mawar Rashid) dan Pontianak (Eina Azman) nampak cantik walaupun cuma muncul sekejap sahaja. Props pun sesuai dengan kehendak scene. 

Walaupun ada kalanya scene kelakar tak menjadi dan ada masanya momentum movie berubah menjadi flat tapi Mamat Khalid tarik balik dengan kemunculan watak-watak baru dan juga plot twist. Lakonan Elizabeth Tan nampak meyakinkan sedangkan baru pertama kali masuk dalam dunia lakonan. Chemistry dia dengan Usop nampak menjadi. Hadiah untuk peminat Elizabeth bila dia menyanyi dengan ukulele di hujung cerita. 

Naskhah Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium menghiburkan dengan signature Mamat Khalid iaitu satira sosial dan kekuatan lakonan barisan pelakon yang selesa bekerja dengan pengarah. Tercapai tak objektif Usop untuk generasi muda berkunjung ke muzium tu tak pasti lah sebab ramai yang tak pergi muzium ni sebab banyak hantu. Hopefully bila masuk dalam Netflix sampai lah mesej tersurat dan tersirat kepada generasi muda ataupun industry perfileman sendiri untuk menghargai sejarah warisan Melayu. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 7.6/10

Pengalaman Buruk Dengan Some by Mi Miracle Toner

Sunday 13 December 2020

 

Ingredients: 

Water, Butylene Glycol (Moisturizer + Solvent + Viscosity Control), Dipropylene Glycol (Solvent + Viscosity Control), Glycerin, Niacinamide, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Extract, Polyglyceryl-4 Caprate (Emulsifying), Carica Papaya (Papaya) Fruit Extract, Lens Esculenta (Lentil) Seed Extract, Hamamelis Virginiana (Witch Hazel) Extract, Nelumbo Nucifera Flower Extract, Swiftlet Nest Extract, Sodium Hyaluronate, Fructan (Moisturizer), Allantoin, Adenosine, Hydroxyethyl Urea (Moisturizer), Xylitol (Moisturizer), Salicylic Acid, Lactobionic Acid, Citric Acid, Sodium Citrate (Chelating + Buffering), 1,2-Hexanediol (Solvent), Benzyl Glycol (Solvent), Ethylhexylglycerin (Preservative), Raspberry Ketone, Mentha Piperita (Peppermint) Oil

The Products Claim : 

AHA, BHA and PHA works as effective exfoliator to leave skin cleaner and more radiant than before. 

Review : 

Sesuai dengan nama, I guna miracle toner ni selama 30 hari setiap hari waktu siang sebagai pelembab muka lepas cuci untuk berwudhu' especially sebab taknak muka kering kena air cond. Tekstur dia ringan dan mudah meresap dalam kulit macam air dan berbau minty sebab herbal ingredients. Sayangnya toner ni buat muka makin kering dan acne makin banyak pulak naik. At first ingatkan sebab nak period ataupun sebab terambil gula banyak sangat. 

Contradict sangat dengan apa yang dia claim untuk hilangkan acne. Lagi parah bila muka breakout bila guna dengan kerap which means siang dan malam lepas guna cleanser. Well the reason I do that sebab I perasan ada tiny bumps so I kena make sure product mana yang bagi kesan macam tu. Bila guna Some by Mi Miracle Toner ni acne naik banyak lepastu muka merah dan gatal. 

Rugi sangat beli sebab tak banyak pun guna. Nasib beli masa tengah sales so tak la rasa kecewa sangat but still I can spend on something useful for my combination skin type kan? Nak jual pun entah siapa nak beli. So maybe I buat toner untuk ketiak atau kaki je la kot lepas ni. 

Giveaway by Rasyidahsheresimpleblog


Klik banner untuk join :)

 

SAYANG GIVEAWAY BY SYEEDA SANIEY

 


Klik banner di atas untuk join :)



Pengarah : Osman Ali

Penulis Skrip :  Osman Ali, Ikhwan Sha

Pelakon : Maya Karin, Bront Palarae, Izara Aishah, Remy Ishak, Azad Jasmin, Dira Abu Zahar, Zarina Zainuddin, Cristina Suzanne Stockstill, Suhaili Micheline

Syarikat Produksi :  Grand Brilliance, Nusana Sdn Bhd

Pengedar : Primeworks Studios

Genre :  Romantik / Komedi

Durasi Tayangan :  87 minit

Tarikh Tayangan :  20 Februari 2014

Trailer :

One of my fav local movie finally on Netflix! Yeayyy! 

Movie romantic komedi arahan Osman Ali di bawah produksi Grand Brilliance dan Nusana Sdn Bhd ni mengisahkan Joe (Bront Palarae) berjumpa dengan Gina (Maya Karin) di Phuket, Thailand sebab masing-masing pergi sana untuk mengubat hati yang dilukai oleh ex masing-masing. 

Kecil betul dunia ni bila ex Gina, Hardy (Remy Ishak) akan berkahwin dengan ex Joe, model terkenal si cantik Nita (Izara Aisyah). Gina dengan Joe buat satu plan untuk dapatkan balik ex diorang sebab Gina rasa mereka masih berjodoh. Well actually dia yang belum move on kena dump dengan Hardy. Joe pula sakit hati kena buang just because Nita nak kahwin dengan lelaki handsome dan kaya. 

Sampai di Malaysia, Gina dengan Joe bagitahu plan rahsia dan sulit ni kepada kawan baik mereka, Lola (Dira Abu Zahar) dan Tompy (Azad Jasmin). Plan caras cinta ni ada 3 stage bila mereka akan hancurkan self-confidence, kesefahaman dan juga kepercayaan Nita dan Hardy. 

Jalan cerita yang ringkas dan kemas daripada Osman Ali dan Ikhwan Sha dengan dialog komedi kebanyakannya dari watak Joe dan Tompy. Comic timing Bront Palarae menjadi tambah pula watak Joe dibawa dengan karakter sempoi dia. Makin bertambah jatuh cinta tengok watak Joe sebab dia caring teruk! Dia buat benda simple je, bagi bunga favorite. Walaupun sekuntum dah cukup bermakna sangat daripada yang bagi sedozen tapi tak tahu pun kita suka bunga apa. 

Maya Karin pula nampak selesa dengan watak Gina. Nampak dia senang bekerja dengan Osman Ali since dia pernah berlakon dalam movie Cun (2011) dan Ombak Rindu (2011). Dia dah pandai bermain dengan ekspresi muka, membantu sangat screenplay bila dia tunjuk reaksi berbeza bila dengan Hardy ataupun Joe. Chemistry Bront dengan Maya nampak strong bersama. Scene pujuk memujuk, menyembang ataupun golek-golek sampai jatuh kereta pun sweet je tengok. 

Pelakon sampingan pun membantu menghidupkan emosi dan mood penceritaan walaupun muncul sekejap je. Sweet betul scene Remy Ishak tenangkan Izara, nampak sangat dia memang sayang dan serious dengan relationship diorang. Chemistry Remy dengan Maya pun not bad sebab diorang dah berlakon dalam Cun. Cameo dari Cristina Suzanne pun kelakar sangat. 

Walaupun story dia predictable tapi tak jadi masalah pun sebab movie Sejoli - Misi Cantas Cinta ni jenis yang chill, ringan dan santai dengan mesej yang mudah difahami. Pace pun laju so tak bosan. Even Remy pun nak kahwin cepat lepas putus dengan Nita. Aje gila HIV test tu tahan 6 bulan je. Dia dah la busy, nak kena repeat balik memang buang masa dia. Flashback scenes pun tak ulang balik scene yang dah keluar tapi betul-betul menceritakan apa yang jadi tak seperti movie-movie tempatan yang lain. 89 minit yang ada tu memang digunakan dengan baik. 

Visual dari Khalid Zakaria membantu menjadi penyeri kepada movie cinta ni dengan teknik shot yang menarik dan kreatif ditambah dengan sinematografi kecantikan Phuket, Thailand dan kesibukan kota Kuala Lumpur terutamanya di Bangsar dan Titiwangsa. Music score dari Nurzaidi Abd Rahman menaikkan mood dan lagu romantik balada dari Tomok – Biarkan Sejoli pun sweet.

 

Pendek kata, semuanya cukup rencah dalam movie ni. Ulang tengok banyak kali pun tetap berdekah dengan lakonan sempoi dan jalan cerita yang sweet sampai rasa nak cari jodoh macam Joe. Haa gittew! Thanks Netflix!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review : Hotel Transylvania 2

Director : Genndy Tartakovsky

Writer : Robert Smigel, Adam Sandler

Cast : Adam Sandler, Andy Samberg, Selena Gomez, Kevin James, David Spade, Steve Buscemi, Keegan-Michael Key, Molly Shannon, Fran Drescher, Mel Brooks

Production Company : Columbia Pictures, Sony Pictures Animation, LStar Capital, MRC

Distributor : Sony Pictures Releasing / Netflix

Genre : Comedy

Running Time : 89 minutes

Release Date : 25 September 2015

Trailer :

Sequel dari movie Hotel Transylvania (2012) yang mengisahkan tentang hotel untuk raksasa beristirehat kali ni mengubah konsep mereka dan buka peluang kepada manusia juga untuk check in dan mingle dengan raksasa. Sistem hotel pun dinaiktaraf dengan khidmat teknologi dan marketing strategy menggunakan social media. 

6 tahun selepas Jonathan "Johnny" Loughran (Andy Samberg) datang tanpa sengaja dan mengubah persepsi Vampa (vampire + grandpa) Drac (Adam Sandler) tentang manusia dan berkahwin dengan Mavis (Selena Gomez), kali ni kehidupan Count Dracula bertambah kejutan bila dia mempunyai cucu - Dennis Dracula-Loughran (Asher Blinkoff). 

Something new to the story sebab belum pernah lagi ada perkahwinan campur antara manusia dan raksasa so adakah Dennis akan menjadi manusia seperti Johnny ataupun Pontianak seperti Vampa Drac dan Mavis? Superpower harus muncul bila berusia 5 tahun jadi Papa Drac dah resah bila Dennis masih lagi belum tumbuh gigi taring. Siapa yang akan teruskan legasi dia kalau Dennis jadi manusia? Lagi parah bila Mavis jemput Vlad (Mel Brooks) yang masih dengan pemikiran orthodox dan tinggal bersama kelawar gergasi diketuai Bela (Rob Riggle) yang bencikan manusia. 

Sementara Papa Drac cuba train Dennis jadi Pontianak dengan kawan baik dia - werewolf Wayne (Steve Buscemi), Frankenstein (Kevin James), invisible man Griffin (David Spade) dan mummy Murray (Keegan-Michael Key), Mavis dan Johnny pula pergi ke California untuk check sama ada tempat membesar Johnny sesuai untuk jadi tempat untuk Dennis membesar ataupun tidak. Johnny cuba gagalkan plan Mavis sebab dia tak suka dengan dunia manusia yang anggap dia pelik dan loser. 

Banyak konflik dalam Hotel Transylvania 2 tapi semuanya diseimbangkan dengan drama dan komedi hasil penulisan Adam Sandler sendiri dan Robert Smigel. Walaupun awalnya pengarah Genndy Tartakovsky busy dengan movie Popeye, tapi dia cuba cari masa untuk direct movie ni. Hasilnya lebih menarik, energetic, fast-paced dan lebih kelakar. Adults pun boleh enjoy tengok movie raksasa cebause ni. Except raksasa yang suka makan lepastu ulang ayat ‘I didn’t do that’, bila ulang banyak kali dah tak kelakar dah. 

Kalau dalam Hotel Transylvania, boleh tengok Papa Drac jadi overprotective terhadap Mavis, dalam sequel Mavis pula overprotective terhadap Dennis sampai semua benda dia buat child-proof. Sepatutnya dia chill je kot sebab hotel tu banyak pengawal. Kesian customer yang terkesan dengan paranoia dia. 

Sama dengan previous installment, movie Hotel Transylvania 2 cantik dengan transition menarik dan sinematografi memukau. Hasil kerja visual team tercalon dalam kategori Outstanding Visual Effects in an Animated Feature di Visual Effects Society Awards 2016. Music score dari Mark Mothersbaugh lagi best dari yang original sebab ada barisan penyanyi famous – Ariana Grande, Demi Lovato, Fifth Harmony, Little Mix, Bebe Rexha, Rita Ora,  Meghan Trainor dan Flo Rida. Lagu I'm in Love with a Monster" nyanyian Fifth Harmony menang Choice Music: Song from a Movie or TV Show di Teen Choice Awards 2016.

 

Bukan setakat berjaya raih 474.8 juta kutipan tiket tayangan, movie Hotel Transylvania 2 tercalon dalam banyak kategori anugerah dan menang Favorite Animated Movie di Kids' Choice Awards 2016. Well, kudos to Sony Pictures Animation berjaya deliver animation franchise which can stay long for their comedy and enjoyable life as monster. Bleh, bleh, blehhhh

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.3/10