Wordless Wednesday : Shilpa Shetty Saree Style

Wednesday 5 August 2020
































masalah endometriosis
Klik gambar untuk ke website Hello Doktor untuk lebih banyak artikel kesihatan

Penyakit endometriosis adalah masalah yang sering melanda kaum Hawa, dan ia juga berpotensi mengganggu sistem pembiakan seseorang wanita.

Namun, bagaimana pula halnya bagi si gadis yang belum berkahwin?

Sekiranya perkara ini menjadi suatu persoalan buat anda, teruskan membaca kerana artikel ini bakal mengupas isu tersebut.

Apa itu endometriosis?

wanita

Endometriosis adalah gangguan yang menyakitkan di mana tisu yang serupa dengan tisu yang biasanya melapisi bahagian dalam rahim wanita, endometrium tumbuh di luar rahim.

Endometriosis selalunya melibatkan ovari, tiub fallopio dan tisu yang melapisi pelvis wanita dan jarang bagi tisu endometrium boleh merebak di luar organ pelvis.

Dengan endometriosis, tisu seperti endometrium akan menebal, pecah dan berdarah pada setiap kitaran haid. Tetapi kerana tisu ini tidak mempunyai cara untuk keluar daripada badan, ia menjadi terperangkap.

Apabila endometriosis melibatkan ovari, sista yang disebut endometrioma mungkin boleh terbentuk.

Endometriosis boleh menyebabkan kesakitan yang kadang-kadang boleh menjadi agak kronik terutamanya semasa haid. Masalah kesuburan juga mungkin timbul. Namun jangan risau, kerana terdapat rawatan yang mampu membantu.

Tisu-tisu yang terperangkap di pelvis anda boleh menyebabkan:

  • Berlakunya kerengsaan
  • Pembentukan parut
  • Sakit yang teruk semasa haid anda
  • Mengalami masalah kesuburan
Endometriosis adalah keadaan ginekologi yang biasa, yang mempengaruhi sehingga 10 peratus wanita. Anda tidak keseorangan jika mengalami gangguan ini.

Gejala-gejala utama penyakit endometriosis

Walaupun para wanita banyak mengalami kekejangan semasa haid, namun mereka yang mengalami endometriosis biasanya menggambarkan kesakitan haid yang jauh lebih teruk daripada biasa.

Kesakitan juga boleh meningkat dari masa ke masa. Tanda-tanda dan gejala endometriosis yang sering terjadi termasuk:

  • Haid yang menyakitkan (senggugut): Kesakitan dan kekejangan pada pelvis mungkin bermula sebelum dan berlanjutan beberapa hari sehingga haid. Anda juga mungkin mengalami sakit bahagian belakang dan perut.

  • Sakit ketika melakukan persetubuhan: Kesakitan semasa atau selepas hubungan seks adalah kerap berlaku buat wanita dengan endometriosis.

  • Sakit dengan pergerakan usus atau ketika membuang air kecil: Anda kemungkinan besar mengalami gejala ini semasa haid.

  • Pendarahan haid yang berlebihan: Anda mungkin mengalami haid yang berat sekali.

  • Kemandulan. Kadang-kadang, penyakit endometriosis pertama kali didiagnosis pada mereka yang mencari rawatan untuk masalah kemandulan.
Antara tanda dan gejala lain ialah anda mungkin mengalami keletihan, cirit-birit, sembelit, kembung atau loya, terutamanya semasa haid.

Tahap kesakitan anda tidak semestinya merupakan petunjuk yang boleh dipercayai mengenai tahap keadaan masalah ini. Anda mungkin mengalami endometriosis ringan dengan kesakitan yang teruk, atau anda mungkin mengalami endometriosis yang kronik dengan kesakitan yang sedikit.

Endometriosis kadang-kadang disalah anggap sebagai masalah lain yang boleh menyebabkan sakit bahagian pelvis, seperti penyakit radang pelvis (PID) atau sista ovari. Ia juga mungkin dikelirukan dengan sindrom iritasi usus (IBS), keadaan yang menyebabkan serangan cirit-birit, sembelit dan kekejangan perut.

Apakah endometriosis boleh berlaku terhadap wanita belum berkahwin?

sakit perut ketika haid

Ya, masalah ini sememangnya boleh berlaku terhadap wanita belum berkahwin asalkan mereka sudah akil baligh, mana-mana wanita pun berisiko terhadap endometriosis.

Semasa kitaran haid, badan anda akan melapisi lapisan rahim dan ini membolehkan darah haid mengalir daripada rahim anda melalui bukaan kecil di serviks dan keluar melalui faraj anda.

Punca sebenar endometriosis masih tidak diketahui, dan terdapat beberapa teori mengenai penyebabnya, walaupun tidak ada satu pun teori yang terbukti secara saintifik.

Salah satu teori tertua adalah mengenai endometriosis berlaku kerana proses yang disebut menstruasi retrograde. Ini berlaku apabila darah haid mengalir kembali melalui tiub anda ke rongga pelvis dan bukannya keluar daripada badan anda melalui faraj.

Teori lain adalah bahawa hormon mengubah sel di luar rahim menjadi sel yang serupa dengan sel yang melapisi bahagian dalam rahim, yang dikenali sebagai sel endometrium. Ini juga mungkin berlaku kerana sel-sel di perut anda tumbuh dari sel-sel embrio, yang dapat berubah bentuk dan bertindak seperti sel-sel endometrium.

Sel-sel endometrium yang dipindahkan ini mungkin berada di dinding pelvis anda dan permukaan organ-organ pelvis anda, seperti pundi kencing, ovari, dan rektum anda. Mereka terus tumbuh, menebal, dan berdarah sepanjang kitaran haid anda sebagai tindak balas terhadap hormon kitaran haid.

Masalah endometriosis ini juga mungkin berkaitan dengan genetik atau toksin di persekitaran.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Pantri komuniti #AyamBersamaMu kini berdiri dengan sendiri di 13 lokasi di seluruh negara dengan kerjasama komuniti yang menyumbangkan dan mengambil keperluan harian seperti makanan, bagi membantu mereka yang memerlukan, dan disokong oleh sumbangan produk dari Ayam Brand, Mission Foods dan Alce Nero, antara yang terlibat.

Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) sedang bekerjasama dengan Ayam Brand™ bagi membawa kempen kebajikan komuniti viral #AyamBersamaMu ke komuniti Orang Asli di Selangor. Komuniti Orang Asli turut terjejas mata pencarian akibat kurangnya peluang ekonomi ekoran wabak COVID-19.

The Director General of JAKOA, Prof Dr Juli Edo (centre) togather with the Orang Asli communities in Kampung Orang Asli Changkat Bintang, Selangor

Versi kempen kebajikan komuniti tersebut yang diubahsuai kini sedang dilancarkan di Kampung Orang Asli Changkat Bintang dengan bekalan produk Ayam Brand dan Alce Nero untuk sebulan bagi kegunaan 39 keluarga Orang Asli.

Ketua Pengarah JAKOA, Prof Dr Juli Edo berkata kempen #AyamBersamaMu diperlukan sebagai sokongan dalam bentuk nyata dan psikologi bagi komuniti Orang Asli menerusi sumbangan makanan keperluan dalam tempoh sukar ini.

Villagers (left) in Kampung Orang Asli Changkat Bintang receiving 1 month canned food supply from Ayam Brand

“Pakej rangsangan yang disediakan untuk Orang Asli telah membantu banyak komuniti tetapi mereka masih menghadapi cabaran ekonomi, khususnya dalam menyara hidup keluarga. Kempen #AyamBersamaMu ini merupakan bantuan yang positif dan tepat pada masanya bagi komuniti Orang Asli, dan menjadi peringatan buat mereka bahawa mereka tidak keseorangan. Ada organisasi dan individu yang prihatin akan nasib mereka. Ucapan terima kasih kami buat Ayam Brand dan Alce Nero di atas kemurahan hati syarikat-syarikat ini menyumbangkan produk makanan sihat berkualiti premium,” kata Prof Dr Juli Edo.

Oleh kerana komuniti-komuniti ini tinggal jauh di pedalaman, JAKOA akan mengendalikan sokongan logistik dan menyelaraskan tugas dengan Tok Batin dan orang tua-tua di kampung dalam mengedarkan sekotak 27 produk kepada ketua-ketua keluarga dalam setiap komuniti, dan pada masa yang sama mengamalkan penjarakan sosial.

“Komuniti-komuniti ini amat terjejas di segi ekonomi, dan sumbangan barangan makanan yang tahan lama merupakan penghubung nyawa yang penting. Kami berharap lebih banyak organisasi akan menyertai kempen #AyamBersamaMu atau memulakan usaha kebajikan sendiri,” tambah beliau.

JAKOA picking up the Ayam Brand products from Ayam Brand office

Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbang lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal dan menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524 organisasi dan NGO amal sejak 13 tahun lalu.

Kempen kebajikan komuniti #AyamBersamaMu turut memberi sokongan kepada petugas barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh, golongan gelandangan, golongan OKU, anak yatim, ibu tunggal dan orang tua sejak wabak Covid-19 melanda Malaysia. Dianggarkan 20,000 produk Ayam Brand telah diedarkan setakat ini.

“Kami telah menyantuni pelbagai komuniti, terutama mereka yang memerlukan menerusi kempen kebajikan komuniti ini, dan and berpuas hati bekerja dengan JAKOA bagi membantu komuniti Orang Asli. Produk-produk kami sarat dengan zat makanan dan rendah kandungan gula dan garam, menjadikannya sesuai untuk pemakanan Orang Asli. Kami mengubah suai konsep pantri komuniti kerana kekurangan penderma disebabkan lokasi yang terpencil. Kami mengalu-alukan jenama lain untuk turut serta dalam membantu komuniti ini. Kesimpulan daripada kempen #AyamBersamaMu ini adalah kita mampu bantu-membantu sebagai satu komuniti,” kata Pengurus Pemasaran Ayam Brand Malaysia, Cik Teoh Wei Ling.

The kids in Kampung Orang Asli Changkat Bintang received the pasta products from Alce Nero

Kempen #AyamBersamaMu ini umpama pucuk dicita ulam mendatang bagi penduduk Kampung Orang Asli Changkat Bintang di Selangor.

“Waktu ini merupakan tempoh sukar bagi kami kerana aktiviti ekonomi di kawasan kami telah berkurangan dan peluang tidak banyak. Sumbangan oleh Ayam Brand dan JAKOA ini meringankan kesusahan kami dalam menyara keluarga. Kami amat menghargai rasa timbang rasa dan kuantiti produk berkualiti yang disumbangkan. Ini mampu memastikan kesemua 39 keluarga di sini cukup makan untuk sekurang-kurangnya sebulan. Kami belum pernah mencuba tuna, saba atau pasta jadi ini juga merupakan pengalaman baru buat kami!” terang Tok Batin Hassan bin Kaku.

Seorang penduduk kampung, menganggap sumbangan yang diberi ini sebagai durian runtuh yang amat dialu-alukan oleh komuniti Orang Asli Changkat Bintang.

“Kami semua kenal jenama Ayam Brand, tetapi ia kami anggap mewah dan hanya untuk majlis istimewa. Dan kini kami ada cukup untuk sebulan. Malah kami tidak perlukan alat pembuka tin untuk menikmati tuna, saba, kacang panggang dan santan ini. Kami berasa seolah-olah seluruh rakyat Malaysia bersama kami di dalam kempen #AyamBersamaMu ini,” kata penduduk kampung.


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kempen kebajikan komuniti #AyamBersamaMu, layari https://www.ayambrand.com.my. 



About Ayam Brand

Ayam Brand, a household name in Malaysia and Asia for 128 years, is famed for its wide range of quality and healthy canned food that are preservative free and contain no added MSG. Ayam Brand products are manufactured in state-of-the-art facilities that meet the highest international standards with worldwide-recognized certifications (HACCP, ISO 9001) and are certified ‘Halal’. Since 2013, Ayam Brand has been ranked in the Top 10 of Malaysia’s most chosen FMCG brands, according to the Kantar Worldpanel’s Brand Footprint Study.

Movie Review : Lootcase

Tuesday 4 August 2020


Director : Rajesh Krishnan
Writer : Kapil Sawant, Rajesh Krishnan
Cast : Kunal Khemu, Gajraj Rao, Vijay Raaz, Ranvir Shorey, Rasika Dugal, Aryan Prajapati
Production Company : Fox Star Studios, Soda Films
Distributor : Disney+Hotstar
Genre : Comedy / Crime
Running Time : 132 minutes
Release Date : 31 July 2020
Trailer :


Nandan Kumar (Kunal Khemu), orang biasa yang bekerja sebagai technician di kilang suratkhabar dan hidup dengan isteri dia, Lata (Rasika Dugal) dan anak lelaki tunggal, Aayush (Aryan Prajapati). Dalam perjalanan pulang ke rumah, dia terjumpa luggage besar berwarna merah. Dalam luggage tu ada duit berjumlah Rs100 juta. 


Disebabkan roda luggage tu dah rosak, dia terpaksa naik auto rickshaw untuk balik ke rumah. Driver tu dah syak Nandan ni simpan mayat dalam luggage besar tu sebab muka Nandan cuak lain macam. Tapi bukan urusan dia untuk masuk campur. Kerja dia dah selesai, hantar Nandan pulang. 


Nandan sorok luggage merah di rumah jiran dia yang keluar pergi outstation selama 15 hari. Takkan ada yang akan jumpa luggage tu bila kunci rumah ada di tangan dia. Nandan tak berani bawa pulang ke rumah dia sebab Lata tak suka duit haram. Confirm kena bebel teruk memandangkan Lata anak kepada sami.

Nandan bahagia bila ada duit yang banyak sebab Lata tak akan membebel pasal duit lagi. Setiap hari dia akan menyembang dengan Anand Bagman, nama dia beri kepada luggage sebab jadi kawan yang murah hati bantu dia dalam hal kewangan. Bila Lata persoalkan dari mana dia dapat duit, Nandan akan bagitahu Anand Bagman yang bagi. 


Dalam masa yang sama polis tengah siasat kes kemalangan di Pipe Road, tempat yang sama Nandan jumpa luggage tersebut. Lega hati Nandan, CCTV di semua kawasan tu rosak. Tapi garu kepala Insp Madhav Kolte (Ranvir Shorey) sebab dia kena cari luggage tu. Bukan Rs100 juta yang jadi masalah tapi fail sulit milik Menteri Patil (Gajraj Rao) yang buat dia hilang selera makan. 


Tanpa Insp Kolte sedar, dia diintip oleh anak-anak buah gangster Bala Rathore (Vijay Raaz) bila Bala terdengar perbualan musuh dia, Abdul (Shashi Ranjan) dan Omar (Sumit Nijhawan) yang diarahkan Menteri Patil untuk hantar luggage dan fail kepada Tripathi. Peluang untuk dia balas dendam dengan rosakkan rancangan musuh dia supaya boleh rampas habuan tu. Tapi lain pula yang jadi. Angkara dendam dia, habis huru-hara keadaan. 


Jalan cerita Lootcase ni macam lebih kurang sama dengan movie Korea, Beast Clawing At Straw yang diadaptasikan dari novel Jepun. Tak tahu lah movie Lootcase ni tiru yang mana tapi team production Lootcase deliver yang terbaik dalam format comedy yang bukannya slapstick atau repetitive. 

Lakonan semua pelakon dalam movie ni mantap especially Kunal Khemmu sebagai lelaki biasa yang stuck dengan syif malam tapi tak mampu hidup senang macam orang lain. Bila luggage depan mata memang tak tolak rezeki lah kan? Berdekah part dia tanya luggage siapa ni dengan ending scene masa dia cari tote bag Lata. Relatable habis!


Aryan Prajapati pun apa kurangnya bila kena berlakon sebagai anak yang kaki drama. Ada saja perangai dia supaya dia dapat apa dia nak dari ayah dia. Vijay Verma macam biasa lah boleh tapau watak dia untuk movie genre comedy. Rasanya dah dua kali dia berlakon watak gangster suka dengan Nat Geo. Both are funny. Gajraj Rao pun sama pernah bawa watak manipulative tapi dalam movie ni lagi kelakar. Setiap kali scene dia muncul mesti tergelak sebab dialog dia. 


Nothing much for visual and music score tapi tak penting sangat pun sebab jalan cerita dia dah syok nak layan. Since I dah tengok movie Korea tu, plot twist dengan ending tu dah boleh agak macam mana. But still I enjoy layan Lootcase sebab genre comedy lebih menarik dan sesuai untuk tontonan keluarga. Recommended! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.8/10

Nasi Lemak Telur Tersembul By CheTa


Haaa sebelum nak excited sebab ingat Che Ta wife Zain Saidin mak kepada Aaishah Dhia Rana tu, better hold that thought sebab bukan yang tu. Bukannnn....

Ni one of our top client berjinak-jinak dengan dunia masakan so my boss support dengan belanja kitorang breakfast Nasi Lemak Telur Tersembul. Owner sendiri datang hantar sampai ke office Ram Reza & Muhammad dekat Oasis Square Ara Damansara ni. 

Image may contain: 2 people, including Izharul Effendy, people standing, people sitting and indoor



Sebungkus Nasi Lemak Telur Tersembul ni berharga RM2.00. For breakfast, portion nasi dengan sambal tu dah cukup dah. Telur dia pun banyak, kena la dengan tagline dia, telur tersembul keluar dari bungkusan tu. 


Image may contain: food


Suka sangat kalau nasi lemak ada alas daun pisang sebab nasi lemak jadi wangi buat tambah selera makan. Nasi pun cukup lemak, sambal dia cukup pedas. Bilis dengan kacang cukup jadi penambah perisa. Sayang takde timun je. 

No photo description available.

Selain dari Nasi Lemak Telur Tersembul, Che Ta dan husband dia ada jual kuih-muih dan roti jala sebagai penghilang craving. Tengok review semuanya suka dengan masakan Che Ta even dah ramai yang jadi loyal customer dah pun. Siapa yang nak order tu boleh la contact :

Whatsapp : 019- 2777 7989

Movie Review : Yaara

Monday 3 August 2020


Director : Tigmanshu Dhulia
Writer : Tigmanshu Dhulia
Cast : Vidyut Jammwal, Shruti Haasan, Amit Sadh, Vijay Varma, Kenny Basumatary, Ankur Vikal, Sanjay Mishra
Production Company : Tigmanshu Dhulia Films, Azure Entertainment
Distributor : Zee5
Genre : Crime / Drama
Running Time : 130 minutes
Release Date : 30 July 2020
Trailer :


Remake dari movie French, A Gang Story yang ditayangkan pada tahun 2011 membawa kita pada kisah persahabatan dan pengkhianatan antara Phagun (Vidyut Jammwal), Mitwa (Amit Sadh), Rizwan (Vijay Verma) dan Bahadur (Kenny Basumatary). Kisah Yaara bermula pada tahun 1990 di bandar Delhi dan kemudiannya flashback dari tahun 1950-an di Jaisalmer, Rajashtan. 


Dari kecil lagi mereka berempat dibawa masuk ke dalam Chaukdi Gang oleh Chaman (Sanjay Mishra) dan dinamakan Awesome Foursome untuk kerja-kerja haram menyeludup di sempadan India dan Nepal. Jalan cerita bergerak seiring dengan masa sampai lah mereka berempat besar kemudiannya kehilangan Chaman bila mereka semua setuju untuk rompak bank di Patna. 


Phagun pula balas dendam dengan Thakur dan bawa orang kanan Thakur, Fakeera (Ankur Vikal) masuk dalam geng mereka berempat. Dia perlukan kemahiran Fakira walaupun susah untuk Mitwa percaya dengan orang luar. Tak lama kemudian, Phagun jatuh cinta dengan Sukanya (Shruti Haasan) kemudian setuju untuk bantu gerakan rebel di kampung tu. 

Tanpa sedar bahaya menanti mereka berempat kemudiannya dipenjarakan di penjara yang berasingan. Mereka semua syak Fakira yang berpaling tadah dan jual maklumat dekat polis kemudian lari ke luar negara. Bila Phagun mula anggap Sukanya buang dia dari hidup, setahun kemudian Sukanya datang dan minta maaf. 


Sukanya baru dapat kekuatan untuk keluar dari rumah dan berjumpa dengan Phagun lepas dia ditangkap kemudian dirogol tanpa belas. Sepanjang 9 tahun dalam penjara, Sukanya selalu datang melawat dan ajar Phagun melalui buku-buku yang dibawa bersama. Lepas keluar dari penjara, Phagun start bisnes selepas berjumpa kembali dengan Bahadur dan Rizwan dan berkahwin dengan Sukanya. 


Tapi lepas 20 tahun, Mitwa datang minta bantuan mereka bertiga untuk loloskan diri dari banyak pihak termasuk polis. JCP Jasmeet Singh (Mohammed Ali Shah) dah bagi amaran serahkan Mitwa kepada dia supaya perkara ni tak jadi lebih buruk. Tapi mereka bertiga lebih sayangkan persahabatan. 

Patutnya mereka bertiga tak perlu susah payah selamatkan Mitwa pun sebab kalau ikutkan tempoh tahanan mereka berempat, Mitwa paling sikit selama 4 tahun je. Phagun – 10 tahun, Bahadur dengan Rizwan pula 7 tahun. Since dia paling sikit dan perangai masih lagi sama, biar je la dia dekat dalam penjara. Kalau rindu dengan Mitwa, jumpa je la dalam penjara macam Sukanya pergi melawat Phagun. 


Bila mereka bertiga beria nak selamatkan Mitwa, jadi tak boleh nak connect dengan friendship atau rasa kesian bila masuk second half sebab masing-masing cari pasal. Kalau Phagun marah Sukanya tak datang melawat dia sampai setahun, kenapa dia tak marah dekat Mitwa bila tak pernah langsung datang jenguk dia? Lepas 20 tahun, datang bawa masalah. 

Lakonan semuanya bagus especially Vidyut sebab kita dah biasa tengok dia jadi action stunt hero tapi kali ni dia lebih tonjolkan talent dia. Chemistry dengan Shruti pun menjadi. Visual cantik dengan lighting, framing shot dan transition yang smooth dari Rishi Punjabi. Music score pun not bad cuma momentum cerita tu la lambat sikit nak tarik perhatian. Dialog pun biasa je. Nasib baik plot twist dari director Tigmanshu Dhulia menjadi. 


Mungkin lagi menarik kalau team production buat Mitwa datang tapi mereka bertiga bergaduh antara nak selamatkan ataupun biarkan Mitwa dihukum dengan flashback jadi justifikasi keputusan mereka. Kena la dengan tajuk dan tema yang diketengahkan. What do you guys think?

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.2 = 6.7/10
ubat sakit tekak
Klik gambar untuk artikel kesihatan lain di website Hello Doktor

Mungkin ramai yang akan kata mereka tidak ada masa untuk sakit kepala, bagaimana pula jika sakit tekak?


Ia juga adalah salah satu kondisi yang akan mengakibatkan kehidupan seharian kita terganggu dan terjejas! Ini terutamanya jika anda bekerja sebagai seorang penyanyi, pelakon, pengacara, peniaga atau apa-apa sahaja kerjaya yang memerlukan suara sebagai aset utama.

Untuk menyelesaikannya, sudah pasti ada dalam kalangan kita yang akan mengambil ubat sakit tekak.

Persoalannya, adakah ia berkesan? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

Siapa yang ada masa untuk sakit tekak?

Sakit tekak merujuk kepada rasa sakit, pedih, perit atau gatal pada tekak yang akan menjadi lebih teruk ketika menelan air liur, makanan dan minuman.

Kebiasaannya, ia berpunca daripada pharyngitis yang merupakan jangkitan virus akibat demam, selesema atau flu dan akan sembuh dengan sendiri. Selain itu, ia juga mungkin disebabkan oleh jangkitan bakteria (streptococcal infection) yang memerlukan pengambilan antibiotik untuk merawatnya.

Sekiranya ia bukan berlaku akibat daripada virus atau bakteria, maka sila berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjutan. Pun begitu, siapa yang ada masa untuk sakit tekak sehingga perlu berjumpa doktor?

Inilah punca ramai orang gemar mengambil pil yang dihisap sehingga larut (lozeng)!

sakit tekak

Adakah lozeng berkesan merawat sakit tekak?

Kami faham bahawa ramai orang memang sangat gemar mencari lozeng untuk melegakan tekak di farmasi, klinik atau pasar raya. Ini ekoran ia sangat popular dan mempunyai pelbagai jenama, perisa dan jenis yang anda boleh pilih mengikut kesukaan diri.

Persoalannya, adakah ia benar-benar berkesan untuk merawat sakit tekak?

Jawapannya adalah ya, tentu sekali kerana lozeng mengandungi beberapa sebatian yang mampu membantu melegakan tekak seperti:

  • Menthol
  • Tylenol
  • Amylmetacresol
Lebih menarik, lozeng ini didatangkan dengan bentuk dan rasa seakan gula-gula lantas membuat individu yang tidak gemar makan ubat mampu mengambilnya.


Adakah terdapat sebarang alternatif yang lain?

Ya, ada. Jom sama-sama kita ikuti alternatif untuk merawat sakit tekak seperti berikut:

#1. Madu

Seperti mana yang kebanyakan kita sudah tahu, madu adalah sangat bagus untuk merawat masalah tekak.

Menurut sebuah kajian, telah terbukti bahawa ia mampu melegakan batuk pada waktu malam, lebih bagus berbanding ubat batuk biasa. Bukan itu sahaja, kajian juga membuktikan bahawa madu adalah sangat bagus untuk membantu merawat luka.

Ini sekali gus menjadikannya sebagai ramuan terbaik untuk merawat sakit tekak.

#2.  Pudina

Pudina sangat popular dicampurkan dalam ubat gigi ekoran kemampuannya untuk membuat nafas lebih segar.

Dalam pada itu, ia juga mengandungi menthol yang mampu menipiskan lapisan mukus dalam mulut sekali gus melegakan batuk dan sakit tekak. Selain menthol, pudina juga tinggi sebatian antiradang, antibakteria dan antiviral yang bagus untuk merawat luka.

Jika digabungkan kesemuanya, ia lebih daripada mampu untuk merawat sakit tekak.

khasiat cuka epal

#3. Cuka epal

Secara semula jadinya, cuka epal memang tinggi sebatian antimikrobial yang mampu melawan pelbagai jangkitan. Disebabkan sifatnya yang asidik, ia berupaya membantu menipiskan lapisan mukus dalam mulut dan tekak lantas menghalang mikrobial dari merebak.

Pun begitu, ketahuilah bahawa ia mungkin mendatangkan efek sampingan buat mereka yang sensitif terhadap cuka. Adalah lebih baik untuk berunding dengan doktor terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

#4. Bawang putih

Bawang putih adalah tinggi kandungan allicin, sebatian organosulfer yang berfungsi melawan pelbagai jangkitan. Menurut kajian, pengambilannya dalam diet seharian anda mampu menghalang diri daripada terkena demam atau selesema yang biasa.

Dalam pada itu, ia juga boleh digunakan sekiranya anda mempunyai masalah sakit atau gatal pada tekak anda. Ini adalah disebabkan bawang putih juga mempunyai sifat antimikrobial yang mampu mencegah jangkitan.

sakit tekak

#5. Serbuk penaik juga boleh ubat sakit tekak?

Akhir sekali, ini adalah satu alternatif yang agak pelik.

Menurut The National Cancer Institute, kumur air garam bercampur serbuk penaik mampu melegakan sakit tekak kerana ia boleh membunuh bakteria selain menghalang pertumbuhan yis dan kulat.

Caranya, campurkan 1/4 sudu kecil serbuk penaik, 1/8 garam dan 1 cawan air suam kemudian kumur sebagai alternatif ubat sakit tekak. 

Pun begitu, ini semua hanyalah cadangan yang boleh membantu sahaja. Sebaiknya, dapatkan konsultasi daripada doktor pakar terlebih dahulu.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Giveaway by ejulz & shirven

Klik banner untuk join 

Tarikh Tamat : 15 OGOS 2020