Bollywood Paparazzi VS Fan Clubs - Celebrities Pictures

Thursday 9 July 2020

Baru-baru ni Yogen Shah, photographer media atau paparazzi muat naik video mayat arwah Sushant Singh Rajput dibawa keluar dari Cooper Hospital ke Vile Parle Crematorium pada 15 Jun 2020, dengan caption : 

"Please note my images and videos cannot be posted on any platforms without my written consent."

Geram dengan caption Yogen Shah, Deepika Padukone drop comment : 

"Right. But it is OK for you to take this video and not only post it but also probably monetise it without his or his family's written consent?"


Ramai yang puji tindakan Deepika tapi apa yang buat Yogen Shah muatnaik caption macam tu walhal sebelum ni dia okay je as long fan clubs bagi credit? Isu ni bermula bila Viral Bhayani yang famous sebagai photographer media atau paparazzi terkesan dengan pandemik Covid-19 bila team dia tak dapat cari makan dengan jual gambar selebriti kepada pihak media. 

Macam mana nak cari makan kalau tak ada artis yang keluar rumah untuk buat aktiviti harian - pergi gym, dine out, shooting dsb. Lagi parah bila tak ada event langsung untuk beberapa bulan. Pendapatan mereka ni dapat dari gambar yang diambil bila dijual kepada pihak media. 

PHOTOS: Kabir Singh star Shahid Kapoor's gym looks prove men can ...

Sebelum ni dari jam 9 pagi hingga malam mereka akan berkumpul di beberapa hot spots untuk ambil gambar selebriti. Macam pagi berkumpul di rumah Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan untuk ambil gambar Taimur Ali Khan pergi ke sekolah. Tengahari pergi ke restoran, petang pula pergi ke gym sebab Ranveer Kapoor suka workout waktu petang. Malam bila ada event dan kalau habis lambat memang kena tunggu sampai event habis. Some of them dah memang tunggu dekat airport dari pagi sampai petang based on apa yang PR bagitahu jadual penerbangan selebriti under PR company masing-masing. 

Memang busy sangat sebab selebriti ramai dan masing-masing kena update 5 minit sebelum pihak media dapat gambar dari source lain. Bila ambil gambar kena la pastikan gambar sharp, cantik dan bernilai untuk dijual kepada pihak media. Dengan busy schedule para selebriti dan tempoh masa jualan, masing-masing kena cekap buat kerja. 



Tapi bila India keluar arahan untuk lockdown, jadi isu la bila team paparazzi ni tak dapat cari makan. Nak cari content bukan senang dan untuk stay survive pun entah sampai bila boleh bertahan. Sebab tu Viral Bhayani minta bayaran dengan fan club setiap selebriti supaya dapat ensure kelansungan hidup. 

Instagram pula akan ubah polisi supaya dapat menjaga hak cipta dan polisi ni bagi kelebihan kepada paparazzi disebabkan paparazzi makin susah nak cari makan bila wujudnya social media. Fan clubs dah boleh dapat gambar dengan follow social media selebriti tanpa perlu bersusah payah macam paparazzi. Isu ni lebih kurang sama dengan kes Ariana Grande, Jennifer Lopez, 50 cent, Gigi Hadid dan selebriti Hollywood yang lain disaman under copyright infringement gara-gara guna gambar paparazzi di social media. 

r/BollyBlindsNGossip - Manav Manglani is okay with Fan Clubs using his pictures. Just give credit to him in the captions

Fan clubs kebanyakannya didominasi oleh golongan students so siapa yang mampu nak bayar kalau team paparazzi charge harga mahal. Tambah pula masa lockdown dek kerana pandemik, siapa yang nak bayar? Perlu ke team paparazzi charge fan clubs sebarang bayaran untuk video dan gambar selebriti kesayangan sedangkan PR dan selebriti dah pun bayar mereka supaya keep posting gambar selebriti. 

Ada pertalian simbiosis antara fan club dengan team paparazzi. Kalau bukan untuk tatapan fan clubs, untuk siapa lagi gambar ni diambil dan dimuatnaik di social media? Bila team paparazzi buat perangai macam ni, lagi memburukkan keadaan kepada mereka je sebenarnya sebab pihak media boleh dapat gambar eksklusif straight dari PR sendiri. Fan clubs pun boleh je dapat gambar dari makeup artist, team yang manage selebriti, PR agency atau relatives. 

Katrina Kaif expresses grief over loss of make-up artist Subbu ...

Bukan tak nak menghargai kerja seni paparazzi tapi kalau gambar tu pada mulanya dah memang gambar curi, kenapa perlu diperbesarkan perkara? Selebriti tak marah pun walaupun some of them paksa diorang stop untuk ambil gambar walaupun mengganggu schedule. Saif pun pernah tegur jangan guna flash depan Taimur sebab sakit mata tapi still jugak diorang guna. Bila selebriti bad mood atau tak sihat terpaksa layan paparazzi. 

Saifeena - Latest News on Saifeena | Read Breaking News on Zee News

So far belum ada keputusan dari mana-mana pihak untuk selesaikan isu ni tapi kalau team paparazzi yang ubah polisi ni mula hilang job dan punca pendapatan then sendiri kena tanggung akibat lah. Kudos to Deepika yang berani tegur team paparazzi buat hal macam ni. Kalau bukan selebriti yang nak defend fan clubs, siapa lagi yang akan buat kan? 

Nafkah Starbucks

Wednesday 8 July 2020

Bila gaji masuk memang masyuk nak bagi nafkah Starbuck bak kata Ms Fisah. Since Starbuck keluarkan menu baru - Caramel Sweet Corn Frappuccino, dia belanja satu office drinks baru ni sebab ada promotion buy 1 free 1 tak silap untuk summer series. 


But I dengan Ain stay dengan fav drinks je sebab takut tak ngam dengan flavor baru ni. Kang sayang pulak kalau tak habis. So Caramel Sweet Corn Frappuccino macam dalam gambar tu lah tapi yang kitorang dapat 

Pandangan sisi

Pandangan atas

Ngeri kan tengok dari pandangan atas. My first reaction tengok whipping cream hijau tu - macam Shrekk kena blend. Well En Fendy have better one - macam pampers anak dia. Pfftttt 


Walaupun rupa dia agak mengerikan sebab green tea whipping cream dengan caramel syrup tapi not bad lah sebab rasa jagung campur caramel. Air yang diinspirasikan dari air jagung balang dekat Bazar Ramadhan. Siapa yang suka manis boleh la ambil drinks dari summer series ni. Anyway thanks for the nafkah Ms Fisah, semoga murah rezeki pew pew pew
Masa lagu ni keluar tak rasa nak dengar pun tapi bila Ayie buat cover dengan Baby Shima terus search lagu asal dia macam mana. Lagu nyanyian Azarra Band dengan Beby Acha rentak pop catchy lah dengan jalan cerita komedi. Tapi Ayie dengan Baby Shima tukar rentak kepada balada mungkin sebab tu kekuatan Ayie kot since semua lagu cover dia sebelum ni pun rentak balada.


Tak tahu la suka yang mana sebab dua-dua pun sedap tapi yang Azarra Band nyanyi dengan Beby Acha lagi sesuai la dengan lirik lagu. Tak pasti lah lagu ni debut song untuk adik arwah Achik dan kakak Tajul ataupun upcoming single nanti terbitan Harry Khalifah - Anje Beby. 

Anyway, suka dengar suara Ejai part intro lagu ni. Suka sangat dengar suara dia since dengar lagu Alalala. Kalau belum tengok MV lagu Jaga-Jaga yang cantik ni boleh klik dekat video bawah. Video cover Ayie dengan Baby Shima dekat bawah lirik okay. 



LIRIK LAGU JAGA-JAGA

Penyanyi : Azarra Band ft. Beby Acha
Lagu : Ejai Aziz
Lirik : Ejai Aziz, Kidz


Jaga-jaga jangan main mata
Nanti jatuh cinta angau 'kan melanda
Soal hati, jangan main gila
Soal cinta, jangan buat gila
Aduh-aduh aku dah kenapa?

Jeling-jeling jangan ditenung mata
Nanti 'kan hati mula berbunga
Ikut hati, rasa nak bercinta
Tapi hati, malu nak berkata
Jagalah hatimu untukku

Hai, seorang sajakah?
Ye, saya mengapa?
Mengapa sendirian?
Menunggu cik abang

Hai, siapa nama?
Beby Acha, cik abang
Aduh cantik namanya
Semanis wajahmu

Hai, seorang sajakah?
Ye, saya mengapa?
Mengapa sendirian?
Menunggu cik abang

Hai, siapa nama?
Beby Acha, cik abang
Aduh cantik namanya
Semanis wajahmu

Mari kupimpin tanganmu
'Kan 'ku kotakan janji 'ku padamu
Ikhlas hatiku katakan sungguh
Aku cinta ...
Aku cinta kepadamu

Jaga-jaga jangan main mata
Nanti jatuh cinta angau 'kan melanda
Soal hati, jangan main gila
Soal cinta, jangan buat gila
 Jagalah hatimu untukku