Gear Knob Saga FLX Rosak!

Wednesday 8 July 2020

Minggu lepas masa nak balik rumah, tangan terrrrrtepis button gear. Sudahnya spring tercampak keluar lepastu tak tahu la kenapa bijak sangat pergi masukkan button dulu sebelum spring. Sudahnya tak boleh nak keluarkan. 


Problem bila button dah stuck dekat dalam tu, tak boleh dah nak tukar gear sebab tak ada spring untuk push pergi ke gear Reverse ataupun Parking. Cuma boleh gerak Neutral dengan Drive je. Ah sudah, masak la macam ni. 

Ni kali kedua button tu tercampak keluar tapi sebelum ni bijak sikit la masukkan spring dulu. So boleh drive macam biasa. Masa tu dah rasa nak hempuk kepala dekat stereng kereta dah. Macam mana nak balik ni? 

Setengah jam jugak lah dekat bawah cuba keluarkan button tu guna klip kertas dengan jarum peniti. Hampir nak keluar tapi tetap tak nak keluar. So I whatsapp dekat group mintak tolong datang dekat basement. Well since my boss bekas budak teknik, lol why not guna skill tu kan hshshshs

Few minutes later Ms Fisah turun dengan boss lepas menyelesaikan keraguan di atas dan gelakkan I sebab stuck dekat basement. Dah la basement Oasis dah boleh buat shooting movie hantu dah. Lepas beberapa kali cuba keluarkan guna klip kertas saiz besar dan kecil dengan jarum peniti dngan bantuan flashlight dari iPhone Ms Fisah, sudahnya boss I guna screw driver buka gear shift tu. 


'Baik En Fendy bukak yang tu je dari awal tadi'

'Saja je cuba dulu option lain'

T.T

Actually En Fendy kata dia takut nak bukak sebab nanti tak boleh masukkan balik. Bila bukak ada some parts yang dah patah. Bila dia tekan button putih dekat gear tu okay je boleh ubah gear cuma tak selesa lah sebab kecik sangat. Then try pasang balik, bila try masuk gear lain, semua okay then cun ngam boleh guna macam biasa. 


So yeayyy it's done! Esoknya pagi terus hantar ke Proton Service Center lah tukar gear knob ni. Tak mahal pun RM5 je dia kata tapi I mintak tukar full set je sebab dekat dalam En Fendy kata dah ada yang patah. Better tukar semua je. Total semua RM16 je. Nasib baik jugak ada stok gear knob shift ni sebab vendor banyak yang tutup kedai sebab PKP. Settle! 

p/s : Jangan tanya kenapa gambar banyak yang blur. Mungkin masa tu tangan dah lenguh nak keluarkan button punya pasal hihu

Movie Review | Raabta


Director : Dinesh Vijan
Writer : Siddharth-Garima
Cast : Sushant Singh Rajput, Kriti Sanon, Jim Sarbh, Varun Sharma, Rajkumar Rao
Production Company : Maddock Films
Distributor : T-Series
Genre : Romance / Comedy / Action 
Running Time : 148 minutes
Release Date : 9 June 2017
Trailer :


‘When only the bodies connect, they wither and die ... when the souls connect, they remain connected for eternity’- Saiba
Bertemakan pertalian zaman purba dan zaman sekarang di mana Shiv Kakkar (Sushant Singh Rajput) dan Saira Singh (Kriti Sanon) jatuh cinta pada pertemuan kali pertama di Budapest. Sejak kecil lagi Saira susah untuk tidur malam bila selalu termimpikan diri dia kelemasan di laut tapi dalam persalinan dan karakter yang berbeza. Tidur dia bergantung dengan ubat. Bila hilang kesannya, hilang juga ketenangan dia. Sampai besar dia masih lagi belum tahu apa makna mimpi dia. 


Tapi bila Shiv datang dalam hidup dia, mimpi tu hilang sama sekali. Walaupun baru dua hari berjumpa secara tak sengaja, Saira rasa macam dah kenal lama dengan Shiv. Walaupun personality berbeza tapi masing-masing boleh get along tanpa masalah pun.  


Sama juga dengan Shiv yang sebelum ni memang kasanova dengan bantuan rupa paras menarik persis model dan ayat manis, mudah sangat untuk dia dapat pikat mana-mana wanita yang dia nak. Tapi dengan Saira, dia memang jatuh cinta sampai sanggup buat apa saja asalkan Saira bahagia. Cliché kan? Macam dalam novel cinta kan? Sesuai la dengan genre romantik movie Raabta ni. 


Lakonan Sushant dalam movie Raabta ni ada persona dan gaya SRK since dia peminat tegar SRK so kebanyakan scene, gaya dia saling tak tumpah dengan SRK. Even smirk, lenggok badan dia dan scene dia menangis nampak ketara persamaan tu. I okay je as long Sushant selesa dengan watak Shiv lagipun movie rom-com tak lah dititikberatkan sangat hal tu. Yang penting chemistry Sushant dengan Kriti Sanon menjadi sangat. 


First half movie Raabta menarik dan kelakar dengan gelagat Shiv dan kawan baik dia, Radha (Varun Sharma). Bila masuk second half dengan kemunculan multi-millionaire Zakir "Zack" Merchant (Jim Sarbh) dan pengarah tunjuk apa pertalian Shiv, Saira dan Zack dari masa lampau dah mula nampak longgar dan draggy. Jim Sarbh did his best as Zack, no doubt cuma garapan watak tu yang tak menarik. 


Sayangnya watak Muwwaqqil (Rajkummar Rao) tak dapat ruang untuk menyerlah. Raj habiskan 6 jam untuk makeup ubah wajah kepada lelaki berumur 324 tahun. Patutnya writer Siddharth-Garima bagi dialog padu dekat dia. Team production habiskan belanja yang banyak untuk dia muncul dan pandang Jilaan dengan Qaabir je ke? Wasted! 


Kekuatan utama movie Raabta terletak pada soundtrack album hasil kerja gabungan 3 komposer - Pritam, JAM8 dan Meet Bros sehingga music album tercalon dalam Album of The Year 2017. Movie romantic kekuatannya pada lagu and Raabta delivered their best! Nak pulak dalam album ni ada 3 lagu dendangan Arijit Singh - Ik Vaari Aa, Lambiyaan Si Judaiyaan dengan Main Tera Boyfriend. Darasal nyanyian Atif Aslam pun best!


Suka shot dari Martin Preiss dan team dia bila angle cantik belaka dengan sinematografi memukau. Untuk zaman purba pun dia tonjolkan dengan cantik especially scene Jilaan terjun dari air terjun dan bila comet datang pada malam perkahwinan Jilaan dan Saiba. Shot paling cantik dalam MV Ik Vaari Aa, Sushant nampak handsome sangat dengan lighting dan shot bokeh. Even the VFX looks surreal. 








Sayang bila movie ni boleh kata remake dari movie Tamil tapi tak improve terutamanya dialog dan some of dialogues yang buat rasa syahdu sebab Sushant dah tak ada. Dialog tu patutnya kelakar ikut situasi dalam movie tapi jadi sedih bila relate dengan Sushant. 

'We're middle class people and will die in middle class way' – Shiv
 
'You sure? About that Shiv? Sure?'
'Sure!'
'May he die in sleep'

Raabta mungkin hambar bagi sesetengah orang but for me I can watch this again and again sebab chemistry Sushant-Kriti dan lagu dia. Romantic genre pun dah tak banyak yang best ditambah pula sekarang dah jadi launch pad platform untuk newcomers which some of them kayu habis walhal genre ringan je kot.


Great thing is Sushant nak sangat berlakon dalam movie action tapi tak dapat so dalam movie ni he did his best even fizikal dia berubah untuk watak Jilaan dekat second half Raabta and dia serlahkan bakat tarian dia dalam Main Tera Boyfriend. Boleh kata movie ni movie dia sebab banyak yang dia tapau sorang. Kudos!

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 8/10

Simpan Lampu Garam Dalam Rumah Untuk Rawat Resdung? Baca Ini Sebelum Beli!

Tuesday 7 July 2020

lampu garam

Lampu garam bukanlah sekadar lampu yang biasa digunakan untuk menerangi kamar tidur anda.

Sebaliknya, objek yang berupa seakan sebuah batu dan mengeluarkan cahaya ini dipercayai boleh mendatangkan pelbagai kebaikan kepada penyimpannya.

Ramai yang membeli dan menyimpan ia di dalam bilik, pejabat atau mana-mana ruang tertutup kerana terlalu percaya akan testimoni pengguna sebelum ini.

Mereka mengatakan lampu garam ini boleh merawat pelbagai masalah berkaitan sistem pernafasan seperti resdung, semput atau asma.

Selain itu, tidak kurang juga ada yang percaya lampu ini mampu menjadi ‘pelindung’ daripada sebarang gangguan aneh dan mistik.

Adakah penyataan ini benar atau mitos semata-mata? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

Apa itu lampu garam?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita semua belajar serba sedikit mengenai objek yang sedang tular di pasaran ini terlebih dahulu.

Lampu garam adalah sejenis lampu yang diperbuat daripada garam bukit dan berbentuk seperti sebuah batu yang mengeluarkan cahaya berwarna terang.

Asalnya, ia diperbuat daripada campuran garam bukit Himalaya yang terletak di Pakistan.Inilah sebab ia sering kali dikenali dengan nama lampu garam bukit Himalaya di seluruh dunia.

Namun ramai pengusaha kini telah mengambil kesempatan dan membuat versi tiruan yang kita sendiri tidak tahu akan asal usul dan risiko penggunaannya. Kini, ia telah mula popular di Malaysia. Persoalannya, adakah benar ia mempunyai manfaat seperti yang digembar-gemburkan?

lampu garam

Ramai individu yang membeli dan menyimpan ia di dalam rumah untuk merawat masalah berkaitan pernafasan terutamanya resdung, semput atau asma.

Adakah ia benar-benar efektif?

Berikut merupakan 3 manfaat utama lampu garam yang sering dipercayai dan diperkatakan:

#1. Menambah baik kualiti udara

Ini adalah ‘selling point’ penjual lampu garam yang paling utama.

Ia dikatakan mampu menambah baik kualiti udara dan bagus untuk digunakan oleh penderita masalah berkaitan pernafasan seperti resdung, semput atau asma. Bukan itu sahaja, ia juga dipercayai boleh merawat individu yang mempunyai masalah alahan debunga atau penyakit fungsi pernafasan seperti fibrosis sista.

Pun begitu, sehingga kini masih belum wujud sebarang kajian yang mengatakan ia mampu membuang patogen sekali gus menambah baik kualiti udara. Ia cuma berkemungkinan boleh menambah baik sistem pernafasan manusia ekoran fungsi haloterapi yang boleh diperoleh melalui kehadiran garam di udara. Namun ia bukan alternatif untuk rawatan penyakit resdung, semput, asma dan lain-lain.

#2. Meningkatkan emosi dan mood

Selain itu, lampu garam ini juga dikatakan sangat bagus untuk aspek mental anda.

Menurut sebuah kajian yang melihat kepada pendedahan ion negatif terhadap haiwan, ia akan membantu peningkatan serotonik – bahan kimia yang berkaitan dengan regulasi mood.

Pun begitu, kajian terhadap manusia tidak menunjukkan sebarang kesan yang positif kecuali jika mereka sedang berada dalam keadaan kemurungan.

Dalam erti kata yang lebih mudah, ia mungkin boleh membantu anda untuk merelakskan diri dari tekanan namun keberkesanannya sangat rendah.

#3. Membantu anda yang sukar tidur

Dalam pada itu, lampu garam juga dipercayai boleh jadi penawar buat mereka yang sukar tidur.

Ya, mungkin benar bahawa ia mampu memberikan pencahayaan dan suasana yang tenang serta aman namun tiada kajian yang mengesahkannya. Sekiranya kalian mempunyai masalah berkaitan kualiti dan kuantiti waktu tidur, segera berjumpa doktor untuk konsultasi dan rawatan lanjutan.

resdung

Ia boleh dijadikan sekadar perhiasan

Baiklah, sekarang kita sudah tahu bahawa belum wujud sebarang kajian saintifik mengenai manfaat lampu garam bukit Himalaya ini terhadap kesihatan kita.

Oleh itu, ternyatalah kenyataan bahawa ia mampu merawat masalah resdung, semput atau asma adalah mitos atau sekadar plasebo semata-mata.

Namun ia masih mempunyai beberapa manfaat yang lain sekiranya disimpan di dalam rumah atau pejabat termasuklah:

Ia cantik untuk dijadikan perhiasan
Ia membantu anda untuk menjimatkan elektrik
Ia memberi efek untuk meningkatkan suasana
Akhir kata, lampu garam mungkin tidak akan memberi apa-apa impak positif namun ia juga tidak akan memberi kesan negatif terhadap tahap kesihatan anda.

Pesan kami, ia sangat cantik untuk dijadikan sekadar perhiasan!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.