Baaghi 3 Promotion Fashion Files | Shraddha Kapoor

Sunday 5 July 2020

Watak Shraddha dalam movie Baaghi 3 macam sporty dan aktif tapi untuk promo events dia selesa dengan gaya feminine and chic. Potongan badan Shraddha more to petite. Muka dia pun jenis ayu je so bila dia cuba untuk tonjolkan sisi seksi dia dalam MV Dus Bahane 2.0 nampak macam try hard. 


Though I love her tanned skin and that boot but it's a no from me. Even the choreography for that song pun tak cantik. Anyway, back to her fashion files for Baaghi 3 promo events, let's see yang mana yeay or yang mana mehhh

1. Movie Screening


Untuk movie screening waktu malam, Shraddha pulled out dress material satin ombre purple dari butik Cami NYC. Tak tahu lah dia selesa ataupun tak dalam cinema hall masa movie screening dengan pakaian yang nipis dan terdedah macam ni. Outfit dia macam bagi vibe nak tidur. Golden strap heels is a no no. 

2. In Denim


Super love this one! She looks chic and stylish dengan floral printed top with simple knot. Dipadankan dengan skinny blue jeans dan nude strappy heels. Makeup, hairstyle dengan accessories masih lagi sama dengan movie screening look. 

3. A Little Too Much? 


Dress Saaksha & Kinni ni mungkin nampak cantik kalau diperagakan dengan cantik. With repetitive looks dan hairstyle let loose macam tu buat penampilan Shraddha tampak awkward. Strappy heels again.....

4. Easy Breezy


Another casual look yang buatkan Shraddha nampak casual dan comel. Cukup dengan sleevless V-shaped neckline short dress berwarna biru gelap dengan hiasan corak berwarna putih dan sneakers berwarna putih dari butik ZARA dah boleh serlahkan keayuan dan kecantikan Shraddha. Walaupun dia repeat huge loop earrings tu but at least hairstyle dia berbeza. 

5. Time To Go Bed? 


Definitely a big no bila Shraddha pilih flared mini satin dress kuning dengan hiasan ruffle di bahagian tengah dari koleksi Ankita. White pumps heel dari ZARA tak sepadan dengan warna kuning terang dress tho I love that pumps! Huge golden earrings dari Radhika Agrawal. 

6. Outdoor Promotion


Shraddha pilih mini dress berwarna biru lembut dengan belt transparent dan hiasan berwarna emas rekaan Kanika Goyal. Dekat hujung dress ada pleat dari warna yang sama. Hairstyle dengan aksesori tak ada yang berbeza pun tapi suka sangat dengan heels dia!

7. Floral Hues


Padanan purple sleeveless halter-neck stripe top dengan floral maxi skirt ni dari H&M. Something unusual to see tapi outfit ni looks nice on Shraddha for summer look. Ringkas dan selesa dengan strap wedges dari Dune London. Suka hairstyle loose curl dengan warna kuku match dengan warna lip gloss pink. Cute!

8. Birthday Celebration


Sambil promote movie, sambil celebrate birthday dengan fans. She looks adorable in pastel and metalic chiffon dress from Needle And Thread. Thank God the dress outshine her since there's nothing different from previous looks especially that strappy heels from Truffle Collection.

9. Glorify Dubai


Tampil berbeza dari kebiasaan, Shraddha pilih pantsuit emerald dari koleksi Nisse. Blazer dilengkapi dengan satin belt dengan warna yang sama dan hook besi untuk serlahkan curve Shraddha. Pants pula nampak cantik terletak di atas buku lali. 

Nothing much for hairstyle but makeup looks on point with winged eyeliner and fuschia pink lips. Earrings berwarna emas dari koleksi Viange dan strap heels berwarna putih melengkapkan gaya sofistikated Shraddha. 

10. Glam Sequin 


Dress pendek dari Pankaj and Nidhi nampak cantik dipakai oleh Shraddha Kapoor. Walaupun main colour hijau metallic agak bahaya tapi sesuai sangat dengan Shraddha. Jarang designer guna material dan tona warna macam ni. Loved that organza extra size di bahagian lengan. Looks soft and flowy. Walaupun besar tak tenggelamkan Shraddha but just nice for chic style. 

Not a fan for strap heels. Even makeup nampak dull bila close up shot. I wish her makeup team choose something bold and style her hair with pony tail or curl.

11. Blush Soul


Padanan t-shirt putih dengan corak bunga dan skirt kembang dan pleated di bahagian atas yang berwarna soft pink dari koleksi Paule Ka buat Shraddha tampil ayu dan feminin. Super love that skirt selain dari warna dia yang mencuri perhatian tapi details di bahagian atas yang serlahkan keanggunan si pemakai. 

Hairstyle deep curle menambahkan drama dengan makeup tebal di bahagian kening but go easy with lip shade. Strap heels putih dari Truffle Collection. I wish she choose ear cuff earrings berwarna rose gold instead of a simple stud earrings. 

Shraddha boleh jadi trendsetter untuk wanita bersaiz petite macam dia tapi hasil kerja Tanya Ghavri nampak tak memuaskan dan kebanyakannya diulang. 11 looks tapi kebanyakannya strap heels dan huge loops earring dengan let loose hairstyle. Shraddha boleh cuba bereksperimen dengan pelbagai aksesori, hairstyle dan heels. 

Small Reward Lepas Gotong-Royong : K-Fry!

Saturday 4 July 2020

Bulan lepas buat gotong-royong check fail lama yang dah boleh tutup supaya boleh free up some space dalam almari physical file. Sepatutnya buat sebelum lockdown tapi mana nak tahu kan covid-19 datang ketuk pintu pulak. 


Lepas dah selesai beberapa file dan tak mungkin lah boleh siapkan macam targeted amount of files, kitorang order K-Fry untuk makan-makan lepas 'penat bergotong-royong'. K-Fry paling dekat dengan Oasis Square Ara Damansara, K-Fry Sunway Pyramid which is 40 minutes distance. Yang dekat One Utama dalam sejam lebih. 

So kitorang order K'razy Spicy Cheesy, Bulgogi Fries dengan K-Fry Garlic Soya Chicken. 

K'razy Spicy Cheesy



K-Fry Garlic Soya Chicken

Bulgogi Fries
Ayam set K'razy Spicy Cheesy memang pedas sangat untuk yang tak tahan pedas. Kalau makan kena hati-hati sebab kalau tersedak memang perit tekak. Tapi tak boleh nak stop makan sebab sedap. Kalau makan dekat restoran dia lagi sedap rasanya sebab makan panas-panas. 

K-Fry Garlic Soya Chicken not bad lah cuma tak la suka sangat yang berkicap ni. Rasa macam ayam 4fingers pun ye jugak. Bulgogi Fries kena gaul sebati dengan daging bulgogi tu baru rasa sedap. Kalau makan fries kosong macam tu tak best sebab tawar. 

Sebelum ni dah try set Bumbuk dengan Ramyeon, lepas ni kalau pergi K-Fry boleh try set lain macam rice ball ju meok bap ataupun bokkeumbap. 

Mata Bella Bengkak - Thanks Nadia Vet!


Lepas balik kampung 2 minggu lepas, perasan mata Bella mula sepet dek kerana bengkak. At first mata dia cuma berair especially bila bangun tidur. Masa tu ingat dia selsema sebab badan dia panas pastu selalu bersin. 

Tapi bila mata sebelah kiri mula bengkak sampai nak tertutup mata tu, terus pergi Klinik Haiwan Nadia dekat area Subang Bestari. Terpaksa tunggu weekend nak pergi vet sebab weekdays tak sempat. Balik kerja dah 6.30 petang, bila sampai rumah dah pukul 7 lebih dah. Hari-hari cuma bersihkan mata dia supaya dia selesa. 



Dekat vet ni senang sebab payment guna debit even doktor tak la garang sangat. Vet pun tak banyak dekat sini. Nasib baik lah tak ramai sangat masa tu. Lepas cucuk termometer dekat jubur dia, timbang berat semua doktor bagi ubat titis mata untuk seminggu. Ubat selsema tu just in case temperature dia naik ataupun makin teruk. 


Doktor advise pakaikan kolar kalau Bella gosok mata lepas letak ubat. Sia-sia je letak kalau Bella tenyeh balik. Sebelum titis pun kena bersihkan dulu mata dia dengan kapas basah. Setiap hari sebelum pergi kerja letak ubat then tunggu dalam 5 minit or longer supaya dia tak tenyeh mata. Malam sebelum tidur pun letak. 


Beberapa hari lepas guna ubat titis mata tu, mata Bella dah makin okay dah. Bila mata dah cerah ni mula la aktif kemain lari sana sini dengan Loki.


Ni lepas seminggu, mata dia dah tak bengkak dah. Hidung tu je comot sebab suka main pasir dekat pasu. T.T


Sekarang ni Loki pulak problem sebab suka garu telinga sampai berdarah. Takut dia kena kutu telinga je ni sebab berpisah dengan mak takde yang nak cuci. Bila nak cuci telinga dia, mula la mengamuk. Kadang tu tunggu dia tidur baru boleh buat operasi. Nasib baik sekarang dah kurang menggaru. Lagipun dah potong kuku so tak la luka teruk sangat.

Nak tunggu masing-masing sihat untuk cucuk vaksin dan ubat cacing. Fuhhhh penat bela kucing ni wei.