Movie Review : The Divine Fury

Wednesday 6 November 2019


Director : Joo-hwan Kim.
Writer : Joo-hwan Kim.
Cast : Park Seo-joon, Ahn Sung-ki, Woo Do-hwan
Production Company : KeyEast, Studio 706
Distributor : Lotte Entertainment
Genre : Fantasy/Mystery
Running Time : 129 minutes
Release Date : 31 July 2019
Trailer :

Yong-hoo (Park Seo-joon) juara bertahan MMA championship tapi dia mula didatangi gangguan makhluk halus dan menyebabkan telapak tangan kanan dia luka dan tak berhenti keluar darah. Even dah jumpa doktor pun, result semuanya normal.

Driver dia suggest untuk jumpa anak saudara perempuan dia yang dianugerahkan untuk melihat makhluk halus. Awalnya dia tak percaya dengan perkara mengarut ni tapi dia cuba untuk jumpa bila keadaan tangan dia makin teruk tanpa sebab.

Lepas jumpa dengan budak perempuan tu, dia kena berjumpa dengan paderi di gereja belakang rumah dia, Father Ahn (Ahn Sung-ki). Kebetulan masa tu Father Ahn tengah handle lelaki kena rasuk dengan syaitan.


Puas bergelut sampai hampir mati, Yong-hoo datang selamatkan dengan letakkan tangan kanan dia yang luka tu dekat kepala mangsa rasuk. Syaitan dekat dalam badan takut sampai terbakar. Father Choi minta maaf sebab tak dapat tolong Father Ahn.

Di satu tempat yang lain, Ji-shin (Woo Do-hwan) geram dengan tindakan Yong-hoo yang gagalkan plan dia. What kind of plan, Idk. Dekat sini loophole terbesar movie ni sebab tak tahu dari mana datangnya Ji-shin, apa tujuan dia kacau manusia ataupun apa yang dia dapat dari semua kekacauan syaitan-manusia ni.


The only clue I got, dia cuma nak hidup lama tapi at the end dia dah tak jadi manusia which is absurd because dia nak hidup lama sebagai manusia. Kalau movie ni takde sequel, kira janji dia dicapati lah dengan Ketua Syaitan lepas dia bertukar. Kalau ada sequel, mungkin ada harapan dia elok balik.

Walaupun movie ni ada kelainan dengan letakkan watak MMA fighter tapi tak ada plot yang cantik ataupun luar dari kebiasaan pun. Even Yong-hoo tak guna MMA skills untuk lawan hantu sebab dia just letak je tangan dekat mangsa rasuk and then pooff terbakar. One thing yang buatkan watak Ji-shin dengan Yong-hoo related pun sebab watak ayah Yong-hoo, Officer Park (Seung-Joon Lee) yang terbunuh disebabkan Ji-shin.


Watak Father Ahn cuma datang sebagai melengkapkan kekosongan dalam Yong-hoo tapi tak menjawab persoalan besar yang director atau team production TDF ni cipta dari awal sampai buat Yong-hoo bencikan Tuhan.


Visual effect cantik, music score just nice tapi slow pace. Some scenes menarik untuk ditonton especially scene komedi antara Father Ahn dengan Yong-hoo. Sebab movie ni baru I tahu paderi boleh hisap rokok dan minum arak haha

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0.4 = 6.6/10

Blog Performance Oktober 2019

Saturday 2 November 2019

Bulan lepas dah kata kena hati-hati sebab tragedi Oktober, memang bad luck sikit bulan ni. Banyak yang tak capai target. Malas nak update pun ye sebab penat dengan kerja lepastu hujung Oktober dah kena demam panas. iRedho...

1. Post 


Kalau bulan September naik lepastu menjunam teruk, bulan September even tak reach 1k tapi lebih kurang je hari-hari. Dalam 700-900 tapi bukan sebab Israel lah hahaha

Lagipun bulan Oktober tak ada langsung join group untuk drop comment sebab tak sempat lagipun nak tengok macam mana stats kalau tak bergantung dekat group tu. 

Walaupun stats teruk, happy jugak la sebab reach target all time stats 610k bulan Oktober. So for November hopefully reach 625k. 

2. Post


Bulan Oktober ni banyak kali jugak la post orang lain pasal movie Super 30 viral so tu punca utama la kenapa entri Movie Super 30 Bersihkan Imej Anand Kumar? boleh naik sampai Monthly Popular Post.


Bulan Oktober, post Movie Review : Hantu Kak Limah dah terkeluar dari carta All Time Popular Post sebab entri Tips Tanam Pokok Tomato Cara Malas masuk dalam carta. Fuhhh first entri dari label gardening boleh pergi jauh. 

3. Keywords


Bulan Oktober tinggi dengan keyword lirik lagu Menangkah Cinta lagu baru Erra Fazira dengan lirik lagu Oi Gaman. Yang lain penuh pasal entri artis wanita yang dituduh buat plastic surgery. Pasal Taufan Hagibis tu tak sangka jugak boleh buat naik traffic.


Ni weekly keywords, selalu jugak nampak keywords Krasue ni walaupun movie dia tak la best mana. Gatal air kemih hantu tu entah apa benda. Berkamih kalau bahasa Brunei kencing. Mungkin relate dengan entri lama pasal hantu kot. Entahlah...

4) Bilangan Entri


Bulan Oktober tak cecah target pun sebab mampu update 45 entri je. Tak tahu lah mampu beat jumlah entri tahun lepas ataupun tak sebab beza lagi 92 entri. Nampak macam sikit tapi kalau busy, memang berhabuk lah cerita dia. We'll see bulan November ni macam mana. 

Movie Review | Sangkar (2019)

Monday 28 October 2019


Pengarah : Kabir Bhatia
Penulis Skrip : Mira Mustaffa
Pelakon : Zul Ariffin, Remy Ishak, Mira Filzah, Ray (Era), James McSweeney, Nik Adam Mika, Carliff Carleel, Niezam Zaidi
Genre : Aksi / Drama
Durasi Tayangan : 112 minit
Tarikh Tayangan : 29 Ogos 2019 (Malaysia, Singapura, Brunei)
Syarikat Produksi : Primeworks Studios, Astro Shaw, Infinitus Gold, MM2 Entertainment
Pengedar : Astro Shaw
Trailer :


Adam (Zul Ariffin) dan Johan (Remy Ishak) selalu bersaing di arena MMA dan Adam menang lepas main taktik kotor dengan cucuk mata Johan untuk menang. Johan relaks je sebab dia nak menang bermaruah sementara Adam sakit hati dengan ayat Johan sampai belasah Johan sehingga lumpuh satu badan.

Disebabkan rasa bersalah dengan dosa dia mencederakan Johan sampai keluarga hilang punca pendapatan, Adam ambil keputusan untuk jaga Johan sampai Johan maafkan perbuatan dia. Reza (Nik Adam Mika) bantu Adam untuk berubah menjadi manusia lebih baik dengan dekatkan diri kepada Tuhan.


Liya (Mira Filzah) yang awalnya benci dengan Adam mula jatuh sayang dengan tindakan Adam yang ikhlas jaga abang long dia tapi tak lama pun bila Jai (Niezam Zaidi) bagitahu yang Adam sebenarnya punca Johan lumpuh. Adam terima cemuhan dari Lia sebab dia pun tak mampu maafkan diri dia lepas apa yang dia buat kepada Johan malam tu.


Disebabkan ubat jantung Reza dah habis dan hutang Adam dengan Farid (Carliff Carleel), Adam ambil keputusan untuk bertarung dengan James, best fighter MMA dalam NASA Warrior Championship. Dengan guidance dari Johan dan Bob (Ray ERA), Adam yakin dapat kalahkan James dan menang RM50,000 untuk bantu keluarga Johan.


Jalan cerita Sangkar tak berat macam movie melodrama Kabir Bhatia yang lain dan mesej dia pun agak jelas untuk bertaubat andai manusia tersilap langkah dengan melakukan maksiat. Kekeluargaan, persahabatan, life semua cukup rencah mesej dalam movie ni dengan skrip bagus.


Semua pelakon menyerlah dalam movie ni walaupun screentime masing-masing agak terhad lagipun masing-masing dah pernah melakonkan watak yang sama sebelum ni macam Mika dah pernah berlakon sebagai budak sakit, Mira pun pernah berlakon watak pemarah dalam drama Aku Lelakimu, Zul dengan watak aksi dan dalam masa yang sama kelakar and same goes to Remy Ishak. Nothing new pun cuma impressed dengan Ray ERA la sebab first time berlakon dan tak nampak kekok. Scene kelakar pun menjadi.


Tak pasti kalau Mira dengan zul pernah berlakon dalam drama sebelum ni sebab I tak layan sangat drama Melayu tapi chemistry Zul dengan Mira memang cantik sangat. Kalau belum pernah, memang elok sangat dua pelakon ni berganding bersama dalam genre romantik. Suka tengok pelakon Niezam Zaidi sebagai watak yang cool. I wish he had more screentime in this movie.


Since highlight utama movie ni bukan lah pertarungan MMA tapi pasal dosa lampau dan kemaafan, boleh dimaafkan lah bila tengok NASA Warrior Championship tu cuma MMA stunt biasa walaupun James tu best fighter MMA. For me action stunt dalam J Revolusi lagi cantik berbanding Sangkar walhal dua-dua movie ada kemunculan Peter Davis dengan Saiful Merican.


Jalan cerita movie Sangkar ni ada lebih kurang sama dengan movie Sultan cuma diubah scene melodrama dengan cerita lain but Sultan lagi best lah sebab feel dekat dalam sangkar tu lagi real, emosi pun lagi terasa berbanding Sangkar. 

Kalau movie under production Astro Shaw memang enjoy tengok sebab visual effects dia memang cantik, shot masa pertarungan pun beautifully captured diiring dengan music score yang bagus. No wonder lah movie ni boleh kutip RM10 juta keuntungan dengan bermodalkan bajet pembikinan sebanyak RM2 juta. Congrats to the whole team. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought 0.7 = 8.4/10

Thai Express, The Curve


Jumaat lepas try dinner dekat Thai Express di The Curve sebab bau tomyam dia sedap sangat. Hujan lebat masa tu kalau pekena sup tomyam panas memang umpphh la cerita dia. 

Ngam timing sebab tak ramai orang masa tu so boleh pilih duduk dekat seat yang selesa sikit. Menu dia tak la banyak sangat tapi not bad lah sebab banyak makanan Thai yang lain dari kebiasaan boleh jumpa. Agak kecewa la drinks dengan desserts tak banyak sangat untuk pilih.

Terliur tengok Green Curry Soft Shell Crab dia so order yang tu dengan sup oyster mushroom. Adik order Chicken Cashew dengan Ice Lemon Tea. 

 Tak lama pun nak tunggu makanan sampai maybe sebab tak ramai. Okay lah sebab tengah lapar kan tapi jadi nak marah bila order oyster mushroom soup tapi yang sampainya shitake mushroom soup.

I checked balik kot la salah tengok masa dalam menu ataupun ada dia tulis tertakluk kepada sebarang perubahan ke apa tapi tak ada pun. So I asked the waitress kenapa bagi sup cendawan shitake.


Walaupun tengah marah tapi tak la nak main sembur. I asked her nicely kenapa bagi cendawan lain dari menu yang I ordered tapi dia boleh buat muka ya ampunnn. Dia kata oyster mushroom habis stok. Kenapa tak inform dulu sebelum pandai-pandai tukar mushroom? Rasa dua mushroom ni berbeza and I tak suka cendawan ni. 


Biadap tau waitress yang jawab tu. Bukannya kita marah-marah pun, tanya elok-elok dia pulak yang panas padahal pihak dia buat silap at the first place. Memang tak lah nak datang lepas ni. Dia ingat dia sorang je yang penat kerja? 


Green curry soft shell crab dia masin ya ampunnnnnn. Nasib ada sup cendawan tu boleh la bagi kurang sikit dia punya masin tapi tak mampu sangat pun nak telan. Nasib baik kuantiti makanan dia sikit je per plate so tak seksa lah nak habiskan. 


Chicken Cashew dia je la yang sedap. Thank God ada jugak menu yang sedap tapi sikit je lah. Spoil gila mood malam tu. Dah la hujan lebat, makan pula tak sedap, jumpa pula manusia biadap. Bila tengok rating dekat Google memang rendah pun 1.8 je. Ada jugak yang komen pasal staff memang biadap. 


Lepasni memang tak pergi dah dekat restoran ni lepas experience pengalaman buruk macamni. 

Comeback Giveaway by Farah Farhana


Tag 3 orang :

1. Mrs Pip
2. Kak Sha
3. Ain Athirah