Churros Stick, Street Churros One Utama

Monday 30 September 2019


Dah lama craving churros ni gara-gara tengok blog Iza Ramli masa blogwalking haritu. Dekat sini susah nak dapat churros. Kalau craving simpan je lah diam-diam sampai jumpa. 

Rezeki lah masa jalan tanpa hala tuju minggu lepas terjumpa Street Churros dekat OU. YEAYYYYYY!


Since nak lepaskan kempunan je so beli satu je churros. Lagipun baru lepas makan so tak perlu kot beli banyak-banyak. Sedap ke idak belum tahu lagi. 


 Dekat sini ada banyak jenis churros. Ada yang melengkung - street churros, stick churros which commonly found anywhere, filling churros which ada inti dekat dalam, churros dog - combination churros dengan hotdog and fries churros. 

I pilih stick churros je sebab dah biasa makan. Yang pelik-pelik tu nanti kita try kalau sedap. Tak lama pun tunggu even ramai customer. I okay je sebab kempunan punya pasal kan, I sangguppppp! 


So this is mine! Eiikkkkssss! Stick churros ni RM 9.90 campur dengan chocolate dipping RM1.90 so total RM11.80. 


I fell in love after one bite! Gila tak gila?! Yesssss memang gila sebab sedap sangatttt! 


I chose cinnamon sugar dengan chocolate dip. Kalau makan churros stick je memang manis piang tapi bila dip dalam chocolate tu ya ampunnn menangis terus sebab sedap. 

Even dalam cup ni ada 6 stick je tapi kenyang sebab churros ni buat daripada tepung so tak perlu makan banyak pun. Sebagai minum petang, sebagai desserts memang 6 dah cukup. 

Lepas ni nak try yang lain pulak sebab rasa dia sedap. Makan panas-panas sedap, even dah sejuk pun still terasa lagi crunchy dia tu. Nyummmm!!! 

Ahad lepas ada satu task nak settlekan di Menara Amfirst. Awal pagi dah gerak sebab takut kena que lama sebab untuk task ni ada 500 orang terlibat. Ada yang dah buat awal lagi dah sebab taknak sesak. 

I just cant sebab balik kerja dah lambat so Ahad je la yang ada. Asalnya nak pergi Sabtu tapi sebab adik kerja, kena keluar tengahari. Bila tengahari mesti dah ramai. Jalan pun dah jammed. So tunda Ahad. 

Tak sangka Ahad tu ada rezeki lain, boleh pulak tengah khusyuk buat kerja ada yang tegur. Terkejut jugak lah sebab tak pernah jumpa selama ni. Selalunya berbalas komen dekat blog je, tak sangka jumpa depan mata. 


Sebelah kiri, blogger Aku Ain Kau Siapa, sebelah kanan blogger Kak Sunnah Sakura. Both memang rajin blogwalking. Dulu selalu jugak menyinggah tapi makin lama makin busy. Kadang je sempat menyinggah. Bila menyinggah memang bom sakan sebab jarang datang. 


Power betul diorang berdua ni sebab datang dari JB nak hiking pepagi lepastu siapkan task pulak. Hebat betul. Kita yang diet ni pun tak mampu nak hiking haha


Ingatkan nak breakfast sekali tapi diorang dah makan dulu so next time je lah jumpa lagi 1 November nanti. Kita jerit puas-puas dekat rumah hantu tu okayyyy. Siapa yang tak pernah terjah blogger hebat JB ni, pergi lah terjah sekaranggg!

Empire Sushi, The Curve

Hari ni lepas kemas stor jalan-jalan dekat The Curve sebab nak temankan officemate cari baju untuk birthday party dia Jumaat nanti. Plus I nak balik pun memang akan naik MRT ecurve so alang-alang satu jalan, teman la kejap. 


Masa lalu dekat tunnel link ternampak Empire Sushi ni. Choice dia banyak, harga pun murah. Lagi best sushi dia banyak octopus based. Kalau makan dekat Sushi King Star Avenue memang tak jumpa la menu best macam ni. Dah la mahal. 

So I've spent RM30 untuk semua sushi. Jadi banyak sebab beli double sebab beli untuk adik sekali. Confident je beli banyak padahal tak tahu pun rasa dia macam mana but alhamdulillah sedap! 


My fav sushi from Empire Sushi will be...

1. Salmon Roll


Dekat Sushi King Star Avenue pernah makan salmon tapi rasa kembang tekak. Rasanya sebab salmon dah lama. This one fresh and sedap sangattttt. I berani beli sebab dah makan salmon dekat Seoul Garden haritu. Sedap!

2. Spicy Roll


Spicy Roll ni inti dia sotong. Sotong dekat sini juicy, sedap and fresh. Berbaloi lah satu ni RM2. For me, murah dengan kualiti macam ni. Dalam Spicy Roll ni ada salad dengan timun so pedas tu tak la terasa sangat. Sedappp! 

3. Idako 

Idako ni sushi yang ada sotong. Lepas ni kalau nak makan dekat sini memang akan ambil sotong je sebab sedap sangat. Rasa nak nangis makan sebab sedap. Selama ni makan dekat Sushi King je so tak tahu ada yang lagi sedap dekat luar sana. 

4. Wakame

Sebelum ni dah pernah makan wakame dekat Seoul Garden and since then jatuh cinta. Sushi dengan rumpai laut kot I'm not so sure tapi bentuk rumpai laut tu dah ada. Latok tu rumpai laut kan? Ke bukan? 

5. Takoyaki

Yang ni sushi campur takoyaki. Takoyaki dia lembut tau, tak macam dekat stall akak melayu jual yang membonga letak tepung je lebih tu. Yang ni makan memang dia letak sikit je tepung pastu letak sotong. 

6. Onigiri Ebiko 

Ebiko dekat Empire Sushi ni ada dua jenis. Satu yang warna oren, lagi satu warna merah. First time lah jumpa warna merah but for me, warna oren lagi sedap. Makan dengan onigiri terasa manis masin kulit tauhu tu. 


Lepas ni nak lepak lagi Empire Sushi sebab selalu je lepak tengok wayang dekat sana. Happynya dah tahu port nak labur duit dan nikmati kebahagiaannnnnn!