Lirik Lagu Menangkah Cinta - Erra Fazira

Monday 30 September 2019

Dah lama Erra tak keluarkan single. Suara Erra antara fav jugak lah nak dengar. Even TokRam pun kata suara dia berkualiti. 

Single genre balada ni hasil gubahan Hafiz Hamidun dan Imran Aiman. Lagu asal sebenarnya genre dan melodi lain tapi sebab finalize nak Erra yang nyanyi so both tukar lirik dengan melodi supaya ngam dengan Erra. 


For me, lagu ni tak la best sangat but untuk fans Erra mungkin bermakna sebab Erra memang tuju untuk fans dia. Yang belum dengar boleh klik dekat sini


LIRIK LAGU MENANGKAH CINTA
Artis : Eraa Fazira
Komposer : Hafiz Hamidun
Lirik : Imran Aiman
Studio : Sony Music

Memang cinta pernah berbunga
Dengan dia yang sering memuja
Janji menyulam mimpi yang sama
Menikmati bahagia

Dalam detik berganti waktu 
Musim terus berlalu pergi 
Dia dan aku terus bersama
Namun terasa masih sendiri

Tapi kerana pasrah
Aku terus bertahan
Walau hati mula terluka
Dan janji dipersia
'
Jadi berhentilah mengharap
Untuk peroleh cinta dariku
Biar saja dia tentukan
Jalannya bahagia dalam cinta

Menolak cinta kau beri
Bukan sebab aku membenci
Tapi hati ini sudah hilang rasa
Menyayangi

Tiada cinta ku dapat
Walau puas aku pertahan
Sangka cinta pasti menang
Menangkah Cinta?

Lirik Lagu Seperti Ini - Fieya Julia

Bulan lepas Fieya keluar dengan single kedua, Seperti Ini di bawah studio Aries Music. Lau genre balada hasil ciptaan Sirkhan,Sang Hitam & Rinkarnaen. 


Sama dengan debut single Fieya, lagu Seperti Ini berkisarkan kecurangan partner, tentang patahnya hati. Rentak lagu ni macam lebih kurang sama je dengan lagu Perasaanku. Hopefully lepas habis Big Stage nanti genre Fieya berubah dan pelbagai sebab suara dia sedap. 

Boleh klik sini untuk dengar:


LIRIK LAGU SEPERTI INI
Artis : Fieya Julia
Lagu: Sirkhan,Sang Hitam & Rinkarnaen
Lirik: Sirkhan, Sang Hitam & Abu Qut
Studio : Aries Music

Telah ku ungkapkan semuanya
perasaanku ini terhadapmu
yang sering di kekang keadaan
keraguanku ini membenarkan firasat kata hatiku

Mengapa harus ku dipersia
dan terhukum jiwa meronta derita
naluri ku berkata untuk apa ku membela
jika hanya terus ku kecewa seperti ini

Yang sering di kekang keadaan
keraguan ku ini membenarkan firasat kata hatiku

Mengapa harus ku dipersia
dan terhukum jiwa meronta derita
naluri ku berkata untuk apa ku membela
jika hanya terus ku kecewa seperti ini

Mengapa harus ku dipersia
dan terhukum jiwa meronta derita
naluri ku berkata untuk apa ku membela
jika hanya terus aku kecewa

Kemana hilang janji setia
yang dulu disaat terlalu cinta
namun aku tersedar mampukah aku pertahankan
andai hanya terus aku kecewa

(mengapa harus ku dipersia)
(dan terhukum jiwa meronta derita)
naluri ku berkata untuk apa ku membela
jika hanya terus ku kecewa seperti ini
seperti ini

Beauty Light Shopee

Sunday 29 September 2019

Haritu ada up entri beli beauty light sebab nak selfie dengan ambil gambar product untuk review so minggu lepas saja test power tak power. Bab service bagus lah, cepat je dia deliver siap dengan bubble wrap supaya barang sampai elok. 


Beauty light ni tak besar mana so cahaya dia tak la menyinar sangat pun but just enough la untuk improve lighting dalam gambar tu. Kalau MUA memang benda wajib ada lah. 


Untuk on lampu ni kena connect dekat kepala charger sebab dia pakai USB. Senang la kalau ada powerbank. Convenience lah nak bawak pergi travel. 


Cahaya dia boleh control tau, kalau rasa menyinar sangat, tekan la button (-) tu. Kalau rasa nak bercahaya umpama bidadari gittew press la button (+) sampai lenguh. 

cahaya paling malap sekali


 Gambar ni selfie biasa tak guna beauty light. Nampak shadow semua yang ada dekat kawasan selfie tu kan?


Yang ni guna beauty light, nampak jugak lah shadow tapi tak la banyak macam gambar selfie dekat atas. Warna baju pun berubah nampak lagi cantik hshshshs

Kalau ambil gambar product guna beauty light memang cantik la kot pergi dia tapi kalau nak selfie elok tak payah guna lah sebab nampak sangat muka banyak jerawat. Kbai.