Blog Performance September 2019

Friday 4 October 2019

Dah bangun tidur dari September ke belum tu? Dah masuk bulan Tragedi Oktober ni kena hati-hati banyak sebab bulan ni hari pertama pun dah banyak drama. 

Busy sangat dengan kerja sampai tak sempat nak update report card tapi biarkan ada entri lain masuk dulu sebab takut nanti makin bertambah pulak pending post. 

So for September ada yang capai target, ada yang tak but I did my best for this so let's see...

1. Post


Unlike August, graf September tak berapa cantik lah. Dari mendatar, mencanak lepastu merudum untuk sambut bulan Oktober.  Kalau bulan Ogos boleh dapat 1k setiap hari, bulan September tak tentu. Yang mencanak tu pun sebab Israel datang terjah. 

So aim untuk cecah 602k tu harapan je lah sebab tak mampu lagi keluar dari kepompong 500k. 

Hopefully bulan Oktober mampu cecah 610k. Harapn je lah cuti bulan September nak blogwalking lebih sikit padahal walking dekat luar lagi laju. Tiap kali cuti ada je agenda sampai kena susun schedule macam mana nak spend time untuk blog hshshs

2. Post


Tak banyak beza dengan Ogos, entri yang sama je ada dalam Popular Post Monthly dan Weekly cuma Daily je berubah depends on post yang ditempek dekat FB ataupun socmed lain.

Bosan pulak guna Popular Post Weekly ni macam nak tukar kepada Daily pulak dekat sidebar tu tapi mana wujud daily punya haihhhh. Quite happy jugak sebab entri pasal Super 30 Anand Kumar naik sekejap sebab movie Super 30 dah keluar dekat netflix.


All Time Popular Post tak ada new entry cuma berubah position je. Bila entah yang betul-betul deserves masuk dalam list akan masuk. Geram pulak tengok ada entri tak boleh masuk. 

3. Keywords


Keyword bulan ni meriah sikit sebab nampak variasi daripada bulan Ogos walaupun benda yang sama kebanyakannya pasal tampal gigi. Pasal amazon tu entah relate dengan apa.


Daily keywords agak bahagia lah sebab ada yang cari pasal movie Raincoat which movie Hindustan. Not sure sebab keluar dekat TV atau reference lain but thanks! 


Haritu rasa macam tak yakin je nak buat entri pasal magnum espresso dark choc tu tapi tak sangka muncul jugak dekat keywords. So guys, kalau makan benda baru share je dekat blog. Ni pun up entri sebab Kak Sha suka up apa produk makanan baru dia try. Since ternampak several post masuk dekat Popular Post dia, and Kak Awa pun cakap blog ni isi kepada Google, I said why not I try up entri macam tu jugak so thanks Kak Sha & Kak Awa! 

4. Audience

Bulan September ada pengunung baru dari Sweeden. Entah apa yang membawa audience dari sana dan Brunei masih lagi hilang dari radar.

5. Bilangan Entri




Berhempas pulas jugak lah capai target 60 entri sebab nak beat jumlah entri tahun lepas. Alhamdulillah capai walaupun entah apa benda dikorek untuk clearkan storage hp dan juga tambah entri. 

Entri yang sekarang ni mungkin tak naik sekarang tapi akan datang nanti muncul la tu pembaca dia. Tinggal lagi 134 entri je lagi untuk beat performance tahun lepas. Nampak macam sikit tapi kalau datang penyakit malas, mula la nampak menggunung. 

Hopefully cecah target before 2020, movie review pun dah banyak dah buat gara-gara nak cecah target entri. Untuk Oktober nothing much lah just maintain update movie review walaupun takde yang baca hahaha kbai. 

Lagu Dendangan Arijit Singh Tahun 2019

Thursday 3 October 2019

Kalau siapa yang dah selalu baca Bollywood movie review Pana, mesti dah tahu dah siapa penyanyi favorite. Ada movie tu tengok sebab lagu yang Arijit singh nyanyi sedap sangat je. Dari Arijit famous dengan lagu Tum Hi Ho dari movie Aashiqui 2, tak pernah lagi berhenti syok dengan dia sebab suara dia aduhhhhh! Di kala Bollywood penuh dengan lagu remake dan rap, Arijit Singh steady je deliver lagu fresh dan mengganggu jiwa.


Kalau tahun lepas Arijit macam tak banyak release sangat lagu untuk soundtrack movie tapi tahun ni fuhhhh meletop! Especially lagu Tujhe Kitna Chahne Lage untuk movie Kabir Singh then ada pulak lagu Bekhayali version Arijit singh special release untuk fans Arijit macam Iolls ni. Thanks T-Series!!!

Here is my list on Arijit's songs this year, belek lah jugak mana tahu ada yang sangkut sekali hiksss

1. Tujhe Kitna Chahne Lage - Kabir Singh

 

Baru keluar bulan April lepas dah boleh capai views 107 juta dan bantu naikkan promotion level movie Kabir Singh. Kalau tak tengok movie dia, mungkin scene ni nampak biasa je tapi bila dah tengok lepastu lagu ni pulak keluar memang menangis. 

2. Bekhayali - Kabir Singh



Original version nyanyian Sachet memang menusuk sebab suara dia energetic tapi kalau bab lagu patah hati ni bila Arijit nyanyi, yang tengah bahagia pun boleh jadi rabak. Lirik lagu ni pun syahdu tambah dengan suara Arijit, menusukkkk. 

3. First Class - Kalank




Walaupun Arijit Singh power nyanyi lagu rabak, tak semestinya lagu dia semua syahdu je. Dia nyanyi lagu rancak pun best and this one is my fav sebab banyak kali Arijit show off lenggok suara dia! Nak pulak ada Varun Dhawan untuk MV memang sesuai sangat suara Arijit dengan Varun. 

4. Kalank - Kalank




Nak kata one of my fav pun macam dah banyak sangat jadi fav but this one suara Arijit dengan gabungan music dari Pritam, rencah dia menjadi untuk lagu tema movie Kalank. Though ada yang tak suka tapi lirik dia cantik sangat dikarang. One of the best title track of this year.

5. Kaash - The Zoya Factor 


Baru je release bulan lepas untuk movie baru Sonam Kapoor dan Dulquer Salman. Walaupun tak dapat views tinggi macam lagu lain but this one is my fav sebab lirik dia. 

6. Khairiyat - Chichchore




Movie Chichchore ni tak spend bajet yang banyak untuk lagu but this one gabungan Arijit-Pritam memang menjadi untuk hidupkan suasana zaman kolej dan cinta pertama. Comel sangat Shraddha dengan Sushant dalam MV ni. Lagu ni ada happy version jugak and happy version tu pun best sebab Arijit buat lenggok suara. 

7. Dil Hi Toh Hai - The Sky Is Pink




Hampir mencecah 10 juta dalam masa 2 minggu, lagu ni dari awal sampai habis best especially part chorus dengan klimaks dia. Congrats again to Pritam sebab pandai cari chemistry dengan Arijit untuk lagu yang fresh dan relax macam ni. Sesuai dengan mood movie The Sky Is Pink ni. Can't wait to watch this movie!

8. Ve Maahi  - Kesari




I think lagu ni paling tinggi views untuk tahun 2019 dari koleksi nyanyian Arijit singh sebanyak 277 views. Dalam movie Kesari, lagu ni je yang best for me. Part paling best bila Arijit nyanyi O Maahi ve sebab rasa dia memanggil je hshshshs

9. Ghungroo - WAR




Its a great decision untuk bagi Arijit nyanyi lagu groovy macam ni dengan MV yang ada choreography cantik. Guna khidmat Vishal-Shekhar untuk lagu Ghungroo ni, vibe dia sama dengan lagu Bang Bang but this one is my fav lah sebab Arijit Singh yang nyanyi haha sorry not sorry. 

10. Pal Pal Dil Ke Paas - Pal Pal Dil Ke Paas



Movie debut anak Sunny Deol ni gunakan khidmat Arijit singh untuk naikkan promotion movie dia tapi I don't think movie ni hype sangat sebab lakonan Karan sendiri yang hancurkan walaupun lagu ni best. 

11. Dil Royi Jaye - De De Pyaar De


Emotion dalam lagu ni antara faktor utama kenapa suka sangat dengar tambah pulak lagu pasal move on. Depan orang boleh berlakon okay, dekat belakang rabak serabaknya. Lirik lagu ni best! 

That's all for now sebab 10 lagu yang keluar tahun ni buat tersangkut teruk sangat. Hopefully tahun depan ada single yang best walaupun tak banyak since Arijit dah banyak kali menang award dan National Award so fees dia dah tinggi. Jangan jadi macam Shreya Ghoshal sudah la, terus senyap and busy dengan tour concert je. Setahun ada la satu ataupun dua. 

Hope you guys enjoy this entry. Bye!

Movie Review : Mr. Hurt


Director : Ittisak Eusunthornwattana
Writer : Ittisak Eusunthornwattana
Cast : Sunny Suwanmethanon, Marie Broenner, Pongsatorn Jongwilak
Production Company : Transformation Films
Genre : Comedy/Romance
Running Time : 129 minutes
Release Date : 6 April 2017 (Malaysia)
Trailer :


Pemain terkenal Thailand, Don Sri-Chang (Sunny Suwanmethanon) patah hati lepas lamaran dia ditolak oleh kekasih hati dia, Anna (Marie Broenner). Seminggu kemudian keluar berita Anna bercinta dengan Jimmy (Pongsatorn Jongwilak) vokalis band The Rocket walhal hubungan cinta dia dengan Anna dah menginjak 2 tahun lamanya. 


Akibat frust, Don selalu pergi ke bar minum arak. Kebetulan hari tu nasib dia malang sangat bila jumpa dengan fans yang biadap sampai bergaduh dan tangan kanan Don patah. Dia hilang semangat untuk main tenis. Lepas 6 bulan berkurung dalam rumah dan avoid untuk tengok muka Jimmy dalam TV, kawan-kawan Don pujuk untuk pergi bercuti di Pattaya. 


Don perlu buat comeback untuk Shanghai championship ataupun semua sponsor akan batalkan kontrak dan dia akan jatuh bankrap sebab ayah dia dah laburkan banyak duit dalam property investment. Bila nak jual, tak ada pulak yang nak membeli. Nak tak nak, Don kena jugak pergi ke Pattaya ambil mood balik untuk main tenis. 


Dekat sana dia berjumpa balik dengan kawan baik dia dari kecil yang dah terpisah selama 10 tahun, Dew (Linn Mashannoad) tapi Don macam tak nak percaya sebab ayah dia bagitahu yang Dew dah mati disebabkan barah otak. Satu je rahsia yang Dew ada untuk yakinkan Don, dia mampu gerakkan besi tanpa sentuh langsung.  


Dew nak bantu Don untuk tawan balik hati Anna sebab kebetulan Anna datang ke Pattaya untuk shooting selama 3 minggu ditemani Jimmy dan stay di hotel yang sama dengan Don. Sepanjang 3 minggu tu banyak lah yang jadi antara mereka berempat ni. 


Banyak scene kelakar bila Don berjumpa dengan Jimmy sebab karakter Jimmy ni nama je rock tapi sengal ubi. Anna ni serious orangnya, macam tak percaya dia boleh pilih Jimmy sebagai partner baru dia. Jalan cerita Mr. Hurt ni biasa je tapi disebabkan watak-watak utama yang buat scene kelakar dia menjadi.


Tapi ada jugak scene kelakar yang draggy macam scene Don nak bantai samseng dekat kawasan sampan tu dengan scene pakcik dekat VIP hotel. Ada certain scene yang boleh terjongket kening lah macam scene Dew buat surgery barah otak tapi still ada rambut. Kalau tengok scene Don sembang dengan ayah dia pasal Dew, you guys akan pening jugak dengan watak Dew ni. 


Kalau sebelum ni terhibur dengan lakonan Sunny dalam movie I Fine..Thank You..I Love You dan Brother Of The Year kali ni terhibur pula dengan Mr. Hurt. No wonder lah pelakon kacak Thailand ni ada fanbase yang kuat. Lakonan dia sebagai pemain tenis pun agak cantik lah onscreen. 


Bab cinematography movie ni memang cantik lah sebab bajet movie ni agak besar jugak so there’s no problem at all for team production untuk hasilkan visual yang menarik cuma sayangnya director tak tonjolkan sisi Pattaya yang cantik since kebanyakan scene berlaku dalam kawasan hotel je. Music score pun best dan hidupkan mood dalam movie ni. 


All in all, Mr. Hurt movie genre romantik komedi yang akan hiburkan you guys walaupun tema dia cliche dan jalan cerita agak predictable ke mana hala tuju dia but still fun to watch. Movie ni tak ada scene mencarut ataupun vulgar so sesuai lah untuk tontonan keluarga. Have fun!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.9, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.4/10