Book Review : Parcel - Simon Malik

Thursday 8 August 2019


Penulis : Simon Malik
Penerbit : FIXI
Helaian : 305 mukasurat / 32 bab
Genre : Thriller/Misteri/Aksi
Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama - September 2017
Harga : RM 18.60
Sinopsis :


Review : 
Novel genre thriller misteri ni mengisahkan tentang ikhtiar Faisal untuk selamatkan diri dia, Syaza dan isteri dia, Anis dari cengkaman Decartes. Kalau ikutkan cerita penulis, Decartes ni penjenayah level paling tinggi dan agak dark sampai pihak tentera terlibat sekali. 

Ceritanya bermula bila Faisal dapat arahan untuk bawa parcel yang dibalut dengan plastic jernih ke atas pelantar minyak di Sarawak. Selalunya dalam masa 3 hari, selepas siap install line internet, Faisal dah dibenarkan balik rumah tapi kali ni Faisal kena stay sampai seminggu. 

Image result for pelantar minyak di sarawak

Asalnya rindu dan kesian pada Anis tapi berubah marah dan kecewa bila Faisal dapat mesej gambar Anis keluar jumpa ex-boyfriend dia, Fad tanpa maklumkan kepada Faisal terlebih dahulu. Sudahnya Faisal luangkan masa dengan Syaza, housemate crush Faisal, Dhiya masa di Perancis dulu. 

Dalam masa yang sama lanun Laguna di bawah arahan Decartes tengah plan macam mana nak serang kapal Faisal untuk curi parcel dalam jagaan Faisal tanpa cederakan sesiapa tapi last minute plan berubah sebab Ran, ahli Decartes cuba tunjuk lagak. Tanpa diorang sedar, Faisal dah buka dan masukkan virus dalam USB yang ada dalam parcel tu. 
Image result for usb

Anis pula lepas jumpa Fad sakit hati dengan suami dia bila nampak caption Syaza di IG dan tag Faisal. Dia dah syak Faisal curang. Dapat je call dari Faisal memang bergaduh besar lah. Niat asal Faisal call Anis supaya berhati-hati sebab banyak benda pelik sejak boss Faisal arahkan bawa parcel ke laut. 

Masa hari kejadian, lanun Laguna gagal curi parcel tapi terpaksa culik Faisal dan Syaza dan campak ke laut dalam. Bila jadi kes macam ni, pihak maritim dan tentera terpaksa masuk campur dan siasat Anis. Fad in charge operasi ni dari pihak tentera. Faisal dengan Syaza pulak terpaksa survive di pantai sunyi sementara tunggu ada bantuan datang ataupun ajal yang datang dulu. 

Image result for pantai terpencil sarawak

Jalan cerita Parcel ni awalnya menarik tapi bila dah masuk part Faisal dengan Syaza terdampar di pulau dengan lanun Laguna tu dah mula hambar dah. Actually dari awal pun dah hambar tapi isi kandungan parcel tu yang buat rasa curious sangat tu. 

Most part banyak yang vulgar dan penuh dengan adegan seks sebab lanun Laguna ni cuba untuk jual dadah jenis baru – rape drug. Bila orang tu minum dia akan capai tahap khayal untuk puaskan nafsu dia. Macam Viagra je bunyi dia tapi lagi ekstrem walhal kalau consume Viagra berlebihan pun dah boleh mati sebab ubah temperature badan jadi panas. 

Image result for viagra

Doesn’t make sense kenapa lanun Laguna ni nak jual rape drug sedangkan Viagra boleh dapat free dekat klinik. Tak tahu la kalau info ni salah sebab I tengok dalam drama but still why waste energy on something yang dah memang ada dalam market lol.

Dekat hujung cerita ada lagi satu pihak yang jaga Faisal tapi tak didedahkan siapa dan latar belakang organisasi dia apa. Tiba-tiba datang, tiba-tiba hilang dan tiba-tiba jugak pihak kerajaan pun terus stop awasi Faisal. 

Tak tahu apa masalah penulis dengan watak Fad sebab penulis agak kejam dengan watak Fad dalam crita Parcel ni. Dia mula dengan gambarkan Fad sebagai kejam sebab tinggalkan Anis untuk perempuan lain lepastu kembali kacau hidup Anis, bantu Anis dalam misi Faisal, selamatkan Faisal then kena bunuh dengan kejam. 

Kalau ikut gaya penulis dia macam nak Faisal end up dengan Syaza, Fad dengan Anis tapi dia makin serabutkan cerita tu lepastu I dah give up. Baca cuma nak habiskan cerita je. Ikutkan gaya ending Parcel ni macam akan ada sequel tapi I tak rasa nak baca sequel dia sebab this one pun huru-hara. 


Geram dengan perangai Anis pun ye jugak bila dia tak bertindak sebagai manusia rasional bila dalam situasi pelik pun dia boleh jadi bangang. Suami dia hilang, dia boleh buang klu penting untuk selamatkan suami dia. Guys, please take note yang subjek Geografi tu penting ye dalam kehidupan. Paling tidak pun ambil tahu lah koordinat tu macam mana rupa dia. 

All in all, idea tu dah menarik tapi gaya penceritaan tu tak berapa kemas dan cantik especially part Decartes dan lanun Laguna. I lost gila scene petir tu sampai rasa nak marah kenapa draggy sangat dan merepek. Totally a bad experience for me. 

1. Author +0.4, 2. Plot +0.3, 3. Genre +0.4, 4. Character +0.3, 5. Social Message +0.2 = 1.6/5 

Blogger Challenge : My Dream Job

If you could have any job in the world, what would it be?

I'm not so sure actually about my dream job. Since I tengah ambil short course dalam bidang Film Distribution, I guess I nak kerja sebagai Film Critic since I suka layan movie or anything related with. 

You guys pun dah selalu baca my review so kinda easy to guess kan? 

Talking about my short course, saja je ambil sebab nak tahu macam mana distributors atur strategy untuk each movies dari client. So far, memang sama la dengan apa yang I baca dan faham before ambil course ni since selalu follow tweet movie critics di Btown. 

Siapa target market, platform mana untuk promote, berapa lama kena start promotion, berapa banyak modal nak labur, dari mana nak cari client dan lain-lain. Bila kita belajar benda yang kita minat and dah memang involved dari semua segi, senang sangat nak faham. 


Sama jugak bila dah kerja. Bila kita kerja dengan benda yang kita minat, memang senang sangat flow kerja kita even stress pun boleh handle dengan tenang. Of course ada risiko dia tapi kerja mana yang tak ada risiko baik dari dalam organization kita ataupun dari luar, nak pula kalau dapat other party yang bermasalah. 

Tapi yang I sembang ni film distributors, yang I nak kerja, film critic. Kalau nak naik tahap film critic, haruslah kena tahu basic pembikinan filem so kita dapat lagi banyak isi untuk ulas tentang movie tu. Tak la nampak macam kita tembak membabi buta walhal ada input dia. 


Nak compare my review dulu dengan sekarang, which I still learning, I boleh nampak lah beza dia. Dulu marah tapi tak tahu macam mana nak explain sudahnya orang tak suka but now dah jumpa term dan input penting untuk diulas so orang boleh accept. Orang terima tak bermaksud orang suka tapi orang nampak la pandangan kita tu ada asas. 

Kalau dulu orang bash, sekarang ada yang buat rujukan dan ada yang request. But still perjalanan tu panjang lagi and hopefully dapat pergi lagi jauh dari yang sekarang. Mana tahu impian yang satu ni tercapai. Kan?! Thanks for those yang baca & support my review. 

Ayam Goreng 3x Spicy McDonalds

Wednesday 7 August 2019

First of all, I tak pergi sebab viral. 

Ni semua gara-gara tengok movie Extreme Job sampai terliur teruk sangat nak makan ayam goreng tapi yang sedihnya, ayam KFC hijau berlumut meanwhile ayam McD pula ayam cirit sebab ramai yang makan berulang masuk tandas sampai ada yang ambil ubat dekat doktor.


Since ada yang kata pedas macam samyang je so try jugak la pergi order dekat McD sebab nak hilangkan beban kempunan ayam goreng krup krap. 

Sebenarnya ada je ayam goreng level pedas biasa kena jual tapi masa I datang tu dah habis. Nak tak nak, kena beli jugak yang 3x spicy tu. I redhoooo. 

Since makan berdua, I order 3pcs and harga around RM17.45 tak silap. Lepastu tambah Big Mac dengan Quarter Pounder with Cheese.


Nampak je macam biasa ayam ni tapi level pedas dia nau'zubillah. Memang pedas pun tapi tak bahagia pun makan sebab asyik batuk tersedak lepastu pedih mulut dengan tekak bila makan. Apa la guna makan tapi terseksa. Bukankah makanan tu satu kebahagiaan? 

Lepas makan ayam ni memang pedih la perut sebab terasa pedas serbuk cili tu bila makan. Satu ketul ayam ni I minum 3 gelas air cuckoo supaya tak sakit perut. And yes, di saat menulis ni pun perut masih selamat. 


Nasib baik la buat pilihan tepat beli Quarter Pounder with Cheese ni sebab dapat lepaskan rindu yang amat dekat burger ni haaa. I'm a fan of QP since years ago! Haritu masa McD buat election pun memang beria vote untuk QP! Thanks McD dan rakyat Malaysia yang vote QP!!

Anyway, for this post, kalau you guys jenis tahan pedas dan nak makan ayam goreng 3x spicy ni makan lah tapi kalau sakit tanggung sendiri. Kalau tak tahan tu better tak payah sebab membazir je duit beli. Bila mulut dah kebas sebab pedas sangat, tak mampu pun nak rasa ayam tu sedap ataupun tak. 

The Secret Garden, One Utama


Dah lama nak jejak kaki dekat sini tapi tak pernah sempat. Last month sementara tunggu movie Judgementall Hai Kya tayang, jalan-jalan dulu dekat The Scret Garden di rooftop One Utama ni. Such a great idea tau letak garden dekat bahagian atas daripada biarkan kosong. 


Nak naik atas ni ambil masa jugak lah sebab lift yang sama dengan bangunan mall. Malas nak tunggu sebab dah mencecah belas minit tunggu sudahnya naik tangga je sebab dua floor je pun. Tangga dia bersih dan tak creepy sebab dekat tangga tu laluan ke bowling dan pusat karaoke so tak sunyi sangat. 



Yang bestnya dekat The Secret Garden ni, untuk masuk percuma je! Pergi dekat kaunter tu cuma isi nama dengan waktu masuk lepastu dah boleh start bergambar. 













Dekat The Secret Garden ni ada pelbagai jenis tanaman especially pokok bunga lah either yang you guys dah biasa tengok ataupun jarang jumpa. Dekat setiap pokok ada tag nama so sambil berjalan tu sambil berkenalan dengan alam flora. 


Kaktus ni antara Top Instagram Spot di The Secret Garden ni tapi tak banyak pun. Not sure lah yang lain dah mati ataupun dah kena curi orang. 










Ruang The Secret Garden ni berkeluasan 30,000 sqft and fun fact for you guys taman cantik ni merupakan rooftop garden yang paling besar di dunia. Kalau rekod ni belum dipecahkan la. One thing for sure, taman ni dah pernah menang award dari Tourism Malaysia. 




Bukan setakat pokok je, ulam pun bersepah dekat sini. Pegaga dia memang kenyang makan sebab besar gedabak. Pokok cekur hitam pun banyak dekat sini.




Dekat The Secret Garden ni ada satu kolam kecil penuh dengan pokok teratai di bahagian tepi dan juga air terjun buatan. Teratai yang berlekuk macam pinggan tu teratai terbesar di dunia, Victoria Amazonica nama dia. 





Ada jugak pokok buah yang kena tanam dekat atas ni tapi tak la besar mana just tanam untuk disemai lepastu mungkin dijual kot. Sebab yang ada dekat sini kebanyakannya dalam polybag dan tak besar sangat. 




Hydrangea pun ada dekat sini tapi tak berapa nak merimbun sangat bunga dia, mungkin sebab tak dapat air yang banyak kot ataupun bukan musim dia nak berkembang banyak sangat. But still happy dapat tengok hydrangea ni. Cantik!







This one is my fav! Arabian Jasmine nampak cantik sangat tapi daun dia macam daun pokok kunyit ataupun temu so tak tahu lah bunga pokok temu ke bukan. Macam nak tanam tapi mesti dia nak matahari memancor direct. 



Kalau ikutkan ada 600 spesies tanaman dekat taman ni yang dijaga dengan rapi oleh staff One Utama. The Secret Garden ni sebelum dibuka untuk orang awam pada 25 May 2009, taman ni dah wujud 5 tahun sebelum tu sebagai projek rahsia. 







My post quite berterabur sebab I pun dah tak ingat laluan dia macam mana, plus ikut suka kaki je berjalan ke sana ke sini lepastu pusing lagi balik so I just post some random pastu selit some facts just like this one lol.



Kenapa One Utama wujudkan taman ni sebagai salah satu awareness la kepada pengunjung untuk jaga dan tingkatkan kesedaran supaya mesra dengan alam semulajadi. Dari dulu lagi dah berangan nak rooftop rumah jadi garden macam ni tapi entah dapat buat entah tidak. 

Tapi bila dah tengok The Secret Garden ni rasa makin semangat nak buat rooftop garden macam ni jugak! Tak kisah lah impian tu tercapai masa tua nanti pun. Who cares kan?!

 

Image may contain: sky, plant, tree, outdoor and nature

Datang bergambar dekat sini boleh cecah beratus gambar. Kalau yang jenis ada kawan photoghrapher berseni tu mungkin boleh buat satu album. Kita picisan ni sikit-sikit sudah lah kang naik pulak comment 'tak habis lagi ke?' 





Kalau dah naik bahagian atas haruslah boleh nampak satu bandar Bandar Utama ni. Memang sesak tahap petala lah dekat kawasan ni. No wonder lah selalu sesak dekat sini. 


Kalau nasib you guys baik, dapat la angin sedap dekat atas ni. Kalau pergi masa musim panas tu bawa la kipas tangan Wan Azizah ataupun kipas angin mini untuk elakkan terbakar. Kalau tengah musim jerebu macam sekarang ni elok tak payah pergi lah. 




Lama jugak habiskan masa dekat sini sebab ambil gambar lepastu belek bunga lepastu ambilkan gambar orang lain, pusing sana sini sampai lenguh kaki. Memang puas hati datang walaupun ada certain port bunga dia segan je nak hidup. 

Kalau bosan menunggu lepas ni boleh datang sini lagi. Yang mana belum pernah pergi lagi, try la datang sini.