MAKAN Culture, Citta Mall

Thursday 25 July 2019

Apa perasaan bila dapat Whatsapp dari member diorang tengah melepak walhal kau tengah bosan dekat office? Geram lah kan? Disebabkan dah 3x diorang ni lepak makan tak ajak, diorang plan nak turun Subang lepak dinner sama-sama. 

Since area Subang Airport ni bukannya ada tempat lepak best sangat, I just suggest makan dekat Citta Mall try restoran MAKAN sebab restoran ni baru je buka and I tak pernah try makan lagi. 


I nak makan dekat sini sebab ternampak deco restoran dia agak cantik, kemas dan bersih plus harga pun tak la mahal mana. Just nice lah for me. 





Thank God my girls okay je nak makan dekat sini sebab diorang just nak lepak je. I yang tengah kebulur sebab dah cecah time untuk I dinner. 

Uniknya dekat restoran ni ada Nasi Bon Bon, macam nasi yang dikepal bulat kecil macam bebola so if you guys pilih menu berlauk, dia akan bagi option untuk makan dengan nasi biasa ataupun nasi bon bon ni. 

I nak try tapi I tak ada mood lagi nak makan yang unik so I just ordered Tom Yam with plain rice je and Teh Tarik Leleh. My girls order keropok lekor with cheese, buttermilk chicken with plain rice, honey lemon tea and mint water. 


Idk for sure rasa keropok lekor ni since my friend yang order tapi gaya dia makan tu macam sedap sebab dia kata cheese ni bukan jenis cheese murah bancuh air tu. Next time I datang I'll order this one sebab keropok dia pun nampak rangup. 


Set tomyam ni berbelas ringgit jugak tapi tak menyesal lah beli sebab penuh dengan bahan bukan penuh dengan bawang atau lengkuas dan halia. Cuma yang buat spoilnya semua bahagian ayam yang dia masukkan tu bahagian isi so cepat sangat la kenyang. 

For me kuah dia memang pekat, enjoy hirup kuah sampai dah penuh perut. Itupun tak habis makan sebab banyak. 


Dekat area Subang Bestari dengan Airport ni memang susah nak cari menu buttermilk yang sedap. Kadang tu ada yang cair sangat kuah dia, berminyak je lebih. Yang sedap dekat area yang dekat dengan rumah ni dekat Kafe Stalker's, kedai Fattah Amin

Now I dah jumpa buttermilk sedap dekat restoran MAKAN ni, tak perlu dah pergi jauh sampai sana sebab dekat sini dah ada. Kuah creamy pekat, ayam pun besar and crispy. Oh ya sembang pasal crispy, dekat MAKAN ni ada ayam rendang crispy tau!


I definitely in love with their Teh Tarik Leleh, memang sedap! Kena la dengan tekak, tak bersusu sangat, tak pahit teh sangat. Just nice je teh tarik dia. Fav!


So far, I enjoy makan dekat MAKAN CULTURE ni. Nanti kalau datang tengok wayang dekat sini, I confirm punya lah singgah dekat sini for lunch or dinner. Lepas dah habis makan, kitorang bergambar dekat sini sebab geram tengok tudung saji ni.


Bukan setakat happy dapat lepak and makan sedap je, layanan staff dekat sini pun terbaik. Akak ni tukang ambil gambar kitorang for that day. Baik and ramah sangat. 


I personally recommend sangat you guys makan dekat sini kalau singgah Citta Mall since I pun akan repeat lagi lepasni sampai I bosan. And for my girls yang gigih datang dari Putrajaya redah jam untuk lepak sekali, thank you is such an understatement. Super love!

Blogger Challenge : My Current Relationship

Wednesday 24 July 2019


As for now tengah hidup sebagai manusia single yang bebas dari segala relationship commitment and stress. Yang mana dah lama follow blog ni pernah la nampak entri mention tentang 'dia' sebab dah in relationship for nearly 3 years tapi hasilnya dia kahwin dengan orang lain dah pun. 

Nak kata dah move on, belum lagi sebab belum setahun pun lagi putus so banyak lagi kenangan yang tak boleh nak dibuang nak pula bila masa bercinta tu memang dah banyak buat perancangan bersama sebab dah nak kahwin dah pun tapi lain pula yang jadinya. 

Nak kata belum move on pun tak juga sebab tak ada dah episod sendu sebabak ataupun terkenang cerita lama. Kalau teringat pun dah boleh gelakkan kebodohan sendiri je sebab invest masa, duit dan perasaan dekat orang yang salah. 

Boleh kata sekarang ni single but not available sebab tengah fokus nak improve diri sendiri, career and reward diri sendiri. Sepanjang in relationship tu dah korbankan dan compromise banyak benda sangat sampai jadi stress dan penat. Ada je try terima orang lain or join dating apps tapi hati belum terbuka lagi. 

Tunggu la masuk umur 30 tahun nanti, bila adik-adik dah besar, financial pun dah stabil and dah jumpa yang betul-betul sesuai baru fikir balik bab relationship ni. Tapi kalau ada yang buka pintu hati sebelum umur 30 pun kita terima je lah. Kalau ada tu ada lah, kalau tak ada pun tak kisah. 

Movie Review : The New King Of Comedy


Director : Stephen Chow
Writer : Stephen Chow
Cast : E Jingwen, Wang Baoqiang, Zhang Quandan, Jing Ruyang, Zhang Qi, Yuan Xingzhe
Production Company : 
Distributor : Lian Rui (Shanghai) Film Industry Co., Ltd.
Genre :  Comedy/Drama
Running Time : 91 minutes
Release Date : 5 February 2019 (China)
Trailer :


Movie terbaru Stephen chow merupakan remake kepada movie lakonan dia, King of Comedy tahun 1999. Bezanya dulu Stephen berlakon watak utama, kali ni Stephen tulis skrip dan jadi pengarah. Tak pasti dah tengok ke belum movie KOC tapi yang pastinya tak ada comparison mana lagi best sebab kalau dah tengok pun bukannya ingat jalan cerita & I don't have any plan to watch the original one.

Movie TNKOFC ni mengisahkan tentang pelakon ekstra yang berusaha dalam dunia lakonan. Kita sedia maklum dah kalau pelakon ekstra ni kebanyakannya ada bakat tapi underpaid dan selalu dibuli. Dalam movie ni you guys boleh nampak la kehidupan Dreamy (E Jingwen) setiap hari struggle dekat set.


Disebabkan Dreamy ni agak lurus bendul, dia selalu kena buli sampaikan ayah dia halau keluar dari rumah kalau dia nak stay dalam dunia lakonan sebab ayah dia tak tergamak nak tengok anak dia kena hidup macam tu walhal dah cecah umur 30 tahun dah pun.


Tapi disebabkan minat sangat dalam dunia lakonan, Dreamy tak kisah pun kena hadap semua benda tu. Bagi dia, segala usaha dia ni akan jadi pengalaman berguna bila dekat atas nanti. Tapi sampai bila dia nak sabar sebab yang jadi pelakon utama bukannya ada bakat sangat pun, terpilih sebab muka cantik semata.


Bila pakwe dia, Charlie (Zhang Quandan) curang dan curi duit simpanan dia hasil berlakon siang malam, dia kena hina teruk dekat set, Dreamy buang minat lakonan dan kerja di kedai makan. Macam mana Dreamy capai balik impian dia dan berjaya pegang Best Female Actress Award kena tengok dalam movie ni.


Jalan cerita Dreamy ni Stephen olah berdasarkan kehidupan sebenar pelakon ekstra sebab tu bila scene Dreamy struggle tu rasa kesian sangat tambah pula bila ayah dia tengok macam mana Dreamy kerja dekat set. Sedih boleh bikin nangis tapi tang comedy tu ada scene yang try hard sampai nampak macam watak Dreamy ni terlampau sangat bodohnya.


Even movie ni highlight tentang hard work tapi bukan sebab hard work Dreamy yang lonjakkan nama dia tapi disebabkan dia bernasib baik je bila video dia viral. Orang tak acknowledge talent ataupun hard work dia selama 10 tahun tu pun. Kalau tengok scene audition dia pun macam tak percaya je dia boleh terpilih padahal ada yang lebih bagus dari dia.


Visual movie ni agak cantik lah bila set lakonan memang dihias cantik tambah pulak dengan view kawasan shooting cantik belaka. Lighting pun on point. Not sure about the soundtrack tapi ada satu lagu romantik yang Charlie nyanyi untuk Dreamy I suka dengar tapi lagu tu pendek je la. 



Fun to watch yang mana suka movie komedi Stephen Chow tapi jangan terlampau letak harapan tinggi sangat lah untuk movie ni. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 7.7/10

Blogger Challenge : Introduction and your recent photo.

Tuesday 23 July 2019


Hey there! So first of all cliche la tu semua challenge nak sembang pasal introduction. Nothing much on myself pun. Kalau tengok nama blog ni pun dah guna nama sendiri, Farhana Jafri. Kelahiran tahun 1991 so kira sendiri lah umur berapa sebab entri ni akan berpanjangan sampai bila-bila so better letak tahun. 

As for now bekerja sebagai Corporate Executive di law firm company walaupun grad dalam bidang Finance. Tapi okay lah sebab buat juga account, costing semua so tak lari jauh sangat la dari balance account dan ledger tu.

I join Blogger ni dah lama since 2009 tapi tak lah tumpu sepenuhnya macam sekarang sebab dulu tak pandai nak blogwalking ataupun ada masa yang banyak nak main internet sebab dulu kan internet mahal nak pakai broadband bagai. Duduk pulak kawasan ceruk kampung memang tak dapat la nak online lama. 

Blog ni pun dah blog yang ke3 dah buat. Asalnya dah malas tapi kawan and family suruh continue, buat jugak lah & alhamdulillah dapat la jugak kutip duit dari sini. Kalau dulu niche personal, sekarang ni more to Bollywood entertainment sebab life bila dah bekerja ni bukannya best mana pun nak sembang. Kadang tu buat review untuk buku, product, makanan ataupun tempat. 

I guess that's all for now, good night :)

Bert's Cafe, Shah Alam


Last week dating dengan cousin dekat Berts Cafe, nak belanja makan katanya. Tak pernah lagi sampai ke sini sebab jauh dari rumah, jalan pun agak berliku jugak lah. Waze pun salah bagi jalan sampai kena patah balik. Mencabar habis jalan dia tapi sebab dah berjanji nak jumpa kita redah jugak sampai jadi. 

Cafe ni tak la crowded mana pun even dah cecah Isyak mungkin sebab jauh dari kawasan bandar kot sebab kedai lain pun tak berapa naik sangat. Kawasan ni agak sunyi jugak lah. 

credit to Google

Yang tak bestnya dekat Berts ni bila kena order dekat kaunter dan bayar terus. It's not a problem at all of course tapi bagi la menu letak dekat setiap meja or satu tempat khas before order. Satu hal kita tengah pilih menu lepastu orang dekat belakang kepedasan nak air tapi kena tunggu kita habis order dan bayar dulu. 

Lagi sakit hati bila dah order tapi dah not available pulak, jenuh nak fikir makan apa padahal orang dekat belakang dah merah padam muka. Hmmm 

Sudahnya ambil Butter Chicken Milk dengan Spaghetti Bacon Creamy. Kalau dah namanya makanan western, memang ambil masa lama la nak siap. Sempat lagi bergambar dekat area cafe ni sebab deco dia memang cantik walaupun ada la satu atau dua tempat. 



Bila cousin dah sampai boleh la menyembang banyak sementara tunggu makanan sampai. Since dalam menu tak ada gambar so tak expect apa-apa pun. 


Spaghetti ni not bad lah  nak makan walaupun agak masin nak ditelan. Nothing much to impressed pun. 


Buttermilk dia pun nothing much yang boleh sembang. Boleh la nak makan untuk pertama kali dan terakhir.


Dessert ni cousin sponsor padahal perut masing-masing dah penuh dah dengan angin dan makanan. Meringue Sunday ni nampak meriah tapi indah khabar dari rupa je lah. Dia tak la manis sangat walaupun nampak macam meriah tapi rasa dia agak bland. 


Mini pavlova pun lebih kurang je rasa dia dengan meringue.


Dekat Berts ni keunikan dia bila ada ruang bermain kanak-kanak. Kalau bawa anak-anak lepaskan je la dekat sini. Balik rumah tinggal tidurkan je sebab dah penat main dekat sini.


For me, tak nak datang dah dekat sini sebab jauh sangat dari rumah & jalan pun quite challenging, staff dia tak ramah, sistem order dan bayar pun tak bagus mana, menu tak banyak dan tak lah sedap mana untuk travel sejauh tu, mahal tu of course lah sebab cafe so not worth it untuk labur duit dekat sini. 

Oh forget to mention, meja dia agak kecil so macam tak berapa selesa untuk makan beramai-ramai dekat sini even banyak meja bersaiz besar disediakan. Mengecewakan.