Milky Ramen, Ho Chak Penang

Monday 24 June 2019

First time jumpa Milky Ramen walaupun agak familiar dengan makanan Korea dan pelbagai jenis ramen tapi this one quite unique. 


Awal tu macam takut jugak nak makan sebab semangkuk susu boleh buat tekak muak. Tapi bila tengok akak tu makan macam syok sangat, macam sedap pulak. 

Tahu-tahu dah sampai kaunter, dah order Milky Ramen. 

Walaupun kuah dia putih melepak tapi rasa dia just nice. Rasa macam sup ayam tapi creamy sikit. Sikit je sebab kuah dia tak pekat. 

Satu mangkuk RM10.90 tapi berbaloi lah sebab mee dia banyak. Bahan lain macam sawi, hirisan ayam, fishcake dengan telur pun tak kedekut. 

Kalau singgah ke Da Men Mall, Subang Jaya try makan this one tauuuu!

Short Film Review : Destiny

Saturday 22 June 2019


Director : Vikkramm Chandirramani
Writer : Vikkramm Chandirramani
Cast : Nikita Vijayvargia, Monika Panwar, Bhupendra Singh Jadawat
Production Company : Quest Mercury
Distributor : Quest Mercury
Genre : Comedy/Drama
Running Time : 14 minutes
Release Date : 28 March 2018

Sambil makan sambil layan short film yang menang banyak award dekat bermacam film festival. Curious lah nak tengok apa yang best dengan short film ni.

Winner of 'Best Foreign Film' at The Ridgewood Guild International Film Festival.
Winner of 'Best Comedy Film' (under 20 mins) at the UK MFF
Winner of 'Best Romantic Comedy Film' at FICOCC.
Winner of 'Best Actress Short Film' at FICOCC.
Winner of 'Best Supporting Actress Short Film' at FICOCC.
Finalist in drama and comedy categories at the NCCC Film and Animation Festival, held at Niagara County Community College, Buffalo, New York.

Mengisahkan tentang Tanya (Nikita Vijayvargia) yang kecewa lepas Derek (Bhupendra Singh Jadawat) reject dia sebagai teman hidup lepas 2 kali berjumpa. Tanya dengan Derek ni berjumpa dalam dating apps.

Tak ada masalah pun dengan Tanya, baik, cantik, ,bijak tapi Derek tak rasa dia boleh ngam dengan Tanya. Derek call minta batalkan perjumpaan kali ketiga dan block Tanya dekat Whatsapp dengan FB.


Tanya geram dengan perangai Derek mula buat plan untuk kenakan Derek. Tanya menyamar guna fake profile dekat semua dating apps yang Derek join. Bila Derek termakan umpan, Tanya ajak keluar tapi perhati dan gelakkan je Derek dari jauh tengok Derek tunggu lama.


Banyak kali jugak Tanya buat Derek macam tu sampai kawan dia, Richa (Monika Panwar) tegur so Tanya decide untuk stop tapi kali ni nak buat special punya. Apa jadi dengan plan Tanya kena tengok sendiri sebab unexpected twist and ending.

I predict Tanya akan muncul depan Derek and confess dia punya angkara ataupun Tanya kantoi dengan Derek tapi jadi yang lain.


Selain mesej yang Tanya tak matang tak boleh terima rejection oleh Derek, director tonjolkan mesej yang tak semua benda dalam dunia kita boleh kawal. Macam Tanya tak percaya dengan luck. For her, semua benda kita kena usaha tapi berbeza dengan Derek yang percaya dengan luck. Mungkin sebab tu dia reject Tanya.

Dekat awal scene ada tunjuk Derek bagitau dia tak jumpa vibe dengan Tanya. Nampak macam alasan tapi dalam dunia ada manusia macam Derek dan dekat hujung nanti you guys boleh nampak vibe yang Derek maksudkan tu.

Recommended to watch for its comedy and simple plot!


1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Smoothie Kiwi

Jumaat lepas pergi pasar malam sebab nak mencari buah mata kucing dengan buah bidara tapi dua buah ni tak kena jual lagi. 

Alang dah datang jalan je la cuci mata dari hujung ke hujung. Kebetulan ternampak brader ni jual buah kiwi murah - 2 pek RM10. Satu pek ada 5 biji kiwi. 

Kira murah la kan? 1 pek RM5 je. Kalau dekat supermarket dah cecah RM10. Since dia dah jual combo 2 pek, terus grab 2 pek je lah. Masa makan tu memang sedap la kiwinya. 

Dah beli dah bawa balik rumah, tak sampai 3 hari pun dah start lembik. Bila dah lembik nak makan pun tak syok so buat smoothie je la habiskan stok susu sekali.

Bahan-bahan just kiwi dengan susu je. Blend dua bahan ni sampai hancur.




Tak letak gula pun sebab nak stay healthy gittewww lagipun susu dah ada gula dia sendiri dah. Minum sambil blogwalking. Nyum!

Pokok Bunga Baru

Dah lama tak update pasal pokok dekat rumah ni. Dulu asyik tanam pokok untuk dibuat makan je. Sekarang ni macam eh bosannya tak ada penyeri dekat rumah ni. 

Pernah je beli Cala Lily dengan bunga bawa tuah masa raya cina haritu tapi semua dah mati dah. Habis raya cina je mati. Apoooo


Since nak tanam pokok ros jepun mudah sangat, kerat je batang dekat tepi jalan pastu cucuk dalam pasu dekat rumah. Lepas beberapa minggu tu membiak dengan jayanya. Tapi ambil masa jugak untuk dia keluar bunga. As for now baru ada 3 kuntum bunga itupun berapa kali je kembang bersama. 


Ada jugak pokok bunga lain tapi tak tahu nama dia. Entah masa bila tanam pun tak tahu. Rasanya dia datang sekali dengan pokok lain masa ambil pokok dekat rumah mak. 

Masa nampak macam nak cabut tapi cepat betul dia membesar. Rasa kesian pulak nak cabut so biar je dia dekat dalam pasu tapi jarang la ambil peduli. Sebab tak tahu dia pokok apa. 

Minggu lepas dia keluarkan bunga dia which is sooooo cantik! Dah la warna purple, my fav! Nasib baik tak buang dulu. 



Balik kampung haritu dah kidnap pokok keladi dekat tok. Minggu ni nak balik Sabak nak ambik pokok keladi menjalar nak letak dalam bilik air dengan bilik tidur. I'll update once dah hias okay. 

Magnum Espresso Chocolate Bar

Bulan lepas masa officemate pergi Langkawi, adik kirim chocolate bar dengan dia since dekat sana harga dark chocolate murah kan, bila lagi nak memborong ye dak?


Habis 70 hengget memborong semua ni. Tapi dalam banyak ni tak semua pun kena dengan tekak. Recommended for you guys beli chocolate Berryls!

Bukan Beryls je but this one also a must! 


Not sure 1 bar ni berapa sebab orang yang belikan, datang dekat kita dah harga pukal semua. Kalau murah you guys beli la sebab berbaloi. Darc chocolate made with dinest Ecuadorian cocoa kan, gila tak rasa alang dah murah. 

Kalau ada kawan nak pergi holiday dekat Langkawi, jangan lupa order ni sekali. Rasa dia combination coffee and chocolate. Expectation masa tu ingatkan coffee dia strong tapi biasa je, just nice. Pastu dia macam ada campur dengan kacang. I suka choc campur kacang, so you guys know lah why this one is my fav!