Sekarang ni kalau buka Twitter bersepah sana sini orang post pasal Oden dekat Family Mart. Sebab dah jadi kegilaan sekarang, Family Mart dah berkembang dan buka cawangan dia di Caltex Subang Airport 30 November 2018 lepas.
Disebabkan promosi pembukaan dia turunkan harga untuk manusia di Subang yang gilakan Family Mart ni. Tapi tak banyak pun lah 25% je.
Walaupun nampak macam syok je kan tapi haritu memang azab lah nak pergi sebab Family Mart tu kecik je nak tampung manusia di Subang ni memang tak muat lah cerita dia. Kitorang decide pergi hari kemudian je. Itupun sebab nak tanya ada vacant position je dekat situ.
Dalam Family Mart ni tak banyak benda pun yang best. Banyak actually tapi tak mencapai standard poket kau yang nipis. My pocket to be exact.
Alang dah menyinggah try lah Oden dia yang jadi kegilaan sangat tu.
Kaunter Oden kecik je tapi yang beratur sampai nak dekat pintu dah. Nasib tak ada yang pesen dilema nak makan set yang mana.
Takde lah sedap mana pun oden ni, biasa je. Baik korang beli pes tomyam lepastu makan dengan segala jenis bebola ni macam yang diorang post dekat FB tu. Menangis habiskan duit semata nak makan berapa ketul ni. Untuk manusia yang banyak duit maybe bahagia lah kot makan benda ni. Tapi lobster ball dia best sebab ada pop pop dekat dalam.
Kuah dia pun jenis pedas pijar dekat mulut, pedih dekat perut. Kalau tersedak memang perit. Kalau hirup kuah buat seksa perut je. So we decided beli aiskrim untuk legakan perut. Lagipun aiskrim pun antara product yang viral jugak.
Ungu perisa sweet potato, hijau perisa matcha tapi dua2 pun tak mampu nak bahagiakan tekak. Thank u, next.
Try jugak yang lain macam strawberry shortcake, matcha parfait dengan chocolate parfait. Choc parfait is a no no sebab pahit. Strawberry shortcake memang sedap! Matcha parfait ni ikut tekak, ada yang suka ada yang tak. Rasa dia lebih kurang kuih tepung pelita je hahahaha kbai
Penulis Skrip : Adrian
Teh Kean Kok, Keoh Chee Ang, Frank See
Pelakon : Hairul
Azreen, Ammar Alfian , Henley Hii
Genre : Aksi/Drama
Durasi Tayangan : 100
minit
Tarikh Tayangan : 27
September 2018
Syarikat Produksi : Asia
Tropical Film, Golden Screen Cinemas, Multimedia Entertainment, Granatum
Ventures, Astro Shaw
Pengedar : GSC Movies
Trailer :
First of all, tahniah PASKAL
berjaya dapat rating tertinggi di IMDb sebanyak 9.2 mengalahkan The Avengers :
Infinity Wars! Tak sia-sia effort team PASKAL untuk movie ni sebab movie PASKAL
boleh pergi jauh sebab dah jadi benchmark untuk filem tempatan.
PASKAL mengisahkan tentang team
PASKAL (Pasukan Khas Laut) memerangi lanun di kawasan perairan Malaysia. First
half you guys boleh tengok team PASKAL ada misi di Kapal Tangki Minyak Laurel
11 dan second half misi di pelantar minyak di KK, Sabah (Yang Hairul kata dia
kena culik masa shooting tewwww).
Jerung/Kapten Arman Rahmat
(Hairul Azreen) mengetuai pasukan Alpha yang dianggotai Ustat (Taufiq Hanafi),
Gagak (Gambit), Yan (Hafizul Kamal) & Misi (Theebaan G) di bawah pengawasan
Leftenan Komander Maznan (Namron). Hebat macam mana pun Jerung dalam PASKAL, di
mata mak dia, Arman cuma buang masa selamatkan negara tapi tak mampu jaga mak
yang tengah sakit. Disebabkan kesihatan mak dia makin teruk, Arman pilih untuk
bersara dari PASKAL.
Tapi sebelum bersara dia ditugaskan
untuk misi menangkap Rudy Rusli Parjo (Amirul Affendi) di KK tapi sayangnya
misi dia gagal bila bekas ahli Alpha, Jeb (Ammar Alfian) yang bantu Rudy naik
di dunia gelap. Flashback ke zaman training diorang untuk jadi PASKAL, Arman, Joshua/Girang
(Henley Hii) dan Jeb dipilih sebagai 3 askar terbaik tapi sayangnya lepas misi
UN, Jeb dibuang kerja. Sakit hati dengan sistem PASKAL, dia ubah haluan jadi
jahat dan hidup mewah.
Jalan cerita movie PASKAL
diadaptasi dari kisah sebenar pasukan khas laut yang menyelamatkan negara, terutamanya
misi Kapal Tangki Minyak Laurel 11 dan misi UN di Angola. Nak tengok kecekapan
navy kita bertindak, kena tengok movie ni. Wajib! Banyak kali mulut cakap ‘fuhhh
nasib dia cepat’ padahal diorang memang kena train untuk jadi pantas dan
tangkas. Action stunt dalam movie ni memang terbaik nak pulak bila semua
pelakon buat sendiri dan train selama 2 bulan supaya scene nampak cantik. Memang
puas tengok!
Bukan calang orang dapat lepas
pemilihan pelakon dalam movie ni sebab barisan Alpha memang dah ada martial
arts especially Hairul yang memang pelakon lagak ngeri sebelum ni. Misi pun dah
7x menang National Karate sebab tu scene dia fight lanun tu cantik dan sharp. Sesi
menembak tu tak pasti training berapa lama yang pastinya Gambit curi perhatian
sebagai sniper. Curi hati sekali yang pastinya ❤
Since Adrian Teh sebelum ni jadi
pengarah cerita komedi, scene komedi dalam movie ni memang menjadi nak pula
bila ada Yan. Visual movie PASKAL pun terbaik walaupun CGI dia masih lagi belum
di tahap terbaik tapi boleh tutup mata je sebab tak ketara sangat pun. The best
shot I totally love in this movie bila Ustat dan Jerung sembang pasal pilihan
terbaik dalam hidup bila diorang membelakangkan slogan ‘Sentiasa Yang Terbaik’.
'Tak ada ranting yang paling betul pun tuan'
'Habis tu apa je yang ada?'
'Yang ada cuma cabang, cabang dan juga cabang sampai mati'
Thumbs up to Adrian Teh yang memang buat kajian tentang PASKAL dan di bawah tunjuk ajar ahli TLDM, movie ni nampak real dengan guna semua alatan, senjata, transport and every detail dalam unit pertahanan kawasan perairan negara. Memang wow tengok scene diorang scan bom dan lanun dari luar bilik. Even gaya percakapan dan bagi arahan pun memang sama.
Cuma sayangnya director tak gilap
lagi bakat lakonan masing-masing sebab lakonan Hairul nampak kaku tambah bila
ada scene emotional dengan mak dia sedangkan watak Leftenan Komander Arman Rahmat Anuar diadaptasi dai watak sebenar. First half mungkin terlindung dengan action
scene tapi second half nampak ketara sangat. Even mak dia pun tak berapa
membantu. At least kalau pelakon utama tak bagus dari lakonan, pelakon pembantu
akan menyerlah tapi tak dalam movie ni. Cuma mengharapkan Lily (Jasmine Suraya)
dan Panglima TLDM (Eizlan Yusof). Even Amirul Afendi pun nampak tersia dalam
PASKAL.
Ada lagi beberapa scene lain yang
tak berapa cantik tapi anggap je lah minor glitch. Untuk movie yang bermodalkan
RM10 juta, this is surely the best you can get. Sayang tak pergi tengok masa
dekat wayang haritu sebab audio cinema lagi best. Movie PASKAL bukan setakat
nak pamerkan kehebatan hero tak didendang negara tapi ketengahkan mesej
perpaduan dan kerjasama dalam menjaga negara.
For sure akan emosi layan movie
PASKAL nak pula bila scene Lily terima baju Joshua. Scene dia menangis tu
teringat masa arwah ayah kena hantar ke Somalia and my mom terduduk menangis
masa dapat phone call. Scene keluarga datang jumpa bila dah balik dari misi besar
is totally the happiest moment.
Terima kasih Adrian The wujudkan
movie PASKAL and of course terima kasih kepada semua team PASKAL yang
menjayakan movie ni. Waiting for PASKAL 2, PASKAU, VAT69, Komando!
1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.9, 3. Audio +1, 4.
Storyline +0.7, 5. Casting +0.5, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9.
Social Message +1, 10. Personal Thought 0.8 = 8.22/10
Bila datang mood nak memasak, memang rajin sangat nak pula kalau tengah craving teruk sangat. Kali ni disebabkan craving nak makan sambal petai udang, gigih sungguh beli semua bahan supaya tercapai hajat.
Cerita dia suruh adik belikan udang tapi udang ni pelik sikit sebab kepala dia je besar. Yang syahdunya dia bukan udang harimau pun, bila makan kepala ada isi. Yang ni kepala memang keras, siap ada benjolan lagi so better buang je.
Lepas dah asingkan badan dengan kepala.....
Tak banyak pun boleh dapat bila dah asingkan. Timbangan berat dekat kepala je padahal badan kecik je. Habis terbakar duit macam tu je. Lepas ni kalau nak beli udang memang kena belek supaya tak terkena macam ni lagi dah.
Dah Google udang ni jenis apa tapi tak jumpa lagi setakat ni. Mungkin jenis yang merugikan.
But anyway, craving tetap craving. Masak tetap masak walaupun sakit hati. Dah settle siang udang, kikis sikit kulit petai lepastu potong then rendam dalam air garam supaya hilang kelat dengan pahit dia.
Dah blend cili, dah tumis sambal masukkan petai dengan udang then tadaaaaa!
Happy tummy! Udang tu rasa sedap je cuma saiz dia lah tak puas hati bila makan but still happy lepas makan sambal petai udang ni. Yang penting craving hilang and piggan licin!
First time jejak kaki ke Stesen Izi ni walhal restoran ni quite famous sebab keunikan makanan dia. Kalau tak tahu tak pernah follow page makanan yang viral lah tu. Hei, kita geng kot sebab I tahu pun dari officemate. Kalau dia tak ajak makan sampai ke sudah tak tahu wujudnya siput sedut cheese.
Jangan tanya sedap ke tak siput sedut cheese tu sebab tak order. Next time lah kot kalau ada rezeki datang sini lagi. Dinner malam tu order shell out je sebab kawan kata sedap, nak pula tak pernah try makan shell out ni. Ada tiga pilihan, buttermilk, black pepper ataupun asam pedas so we chose asam pedas sebab buttermilk habis and takde mood nak makan blackpepper.
Harga untuk shell out ni RM35 untuk 2 orang makan, percuma air dan nasi. Disebabkan dinner taknak makan berat sangat so tambah je nasi dengan ayam goreng crispy. Dalam menu shell out dia ada memang bersepah lah seafood. Untuk 2 orang makan memang puas dan berbaloi sebab tak kedekut. Even makan 3 orang pun cukup.
Nah close up shellfood dia, bab sedap memang sedap so lepas ni tak mustahil nak repeat dekat sini lagi. Service pun bagus dekat sini, restoran bersih, parking pun luas. Since restoran ni terletak dekat area food court, boleh je order makanan lain untuk manusia yang jenis tak tetap pendirian.
Izi Stesen ni buka dari hari Selasa hingga Ahad dari jam 4.30 petang sampai jam 12 tengah malam. Cari je area Medan Selera Sungai Buloh tak pun waze je Izi Stesen confirm jumpa sebab kedai dia tepi jalan je. Come, eat and enjoy!
Production Company : Soundrya
Productions, Soham Rockstar Entertainment
Distributor : UFO Moviez India
Genre : Romantic/Drama
Running Time : 137 minutes
Release Date : 10 November 2017
Trailer :
Bila ramai sangat tanya dah
tengok ke belum Shaadi Mein Zaroor Aana dekat Twitter, mula la rasa nak cari
movie ni sebab ramai yang kata best. Nak pulak ni movie Raj so memang wajib
tengok!
Mengisahkan tentang
Satyendra/Sattu (Rajkummar Rao) yang dipaksa berjumpa dengan calon pilihan
keluarga. Sama juga dengan Aarti (Kriti Kharbanda) terpaksa berjumpa dengan
calon pilihan ayahnya di sebuah kafe walaupun dia cuba pujuk mak dia (Navni
Parihar) supaya ayah dia (Govind Namdev) benarkan dia bekerja dulu. Tapi ayah
dia pentingkan adat budaya supaya anak perempuan dijaga suami dan bukannya
bekerja sara keluarga. Walaupun kecewa tapi disebabkan takut, Aarti pergi jugak
ke kafe.
But things turn out differently
bila Aarti jatuh cinta dengan personality Sattu even Sattu benarkan dia bekerja
lepas berkahwin nanti sebab Sattu cuma nak wanita yang betul-betul sayangkan
dia dan bukannya orang gaji. Sejak dari situ Sattu dan Aarti bercinta dan
keluarga diorang uruskan majlis perkahwinan walaupun ayah Aarti terpaksa
belanjakan 2 juta setengah sebagai hantaran gara-gara Sattu akan kerja di
pegawai kerajaan dan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga.
Ayah Aarti okay je cari duit
hantaran walaupun terpaksa berhutang sana sini sebab anak perempuan dia akan
berkahwin dengan anak lelaki dari keluarga terhormat. Tambah pula Sattu pun sayang
dengan Aarti, kiranya dia akan lepaskan dengan orang yang baik dan mampu jaga
Aarti.
Tapi malam perkahwinan
Sattu-Aarti, keputusan ujian kelayakan pegawai keluar dan Aarti diterima
bekerja sebagai pegawai daerah. Bukan senang nak dapat jawatan tu nak pula bila
perempuan yang apply dengan sekali cubaan je. Kebahagiaan Aarti tak lama bila
kakak dia datang bagitahu yang mak Sattu tak bagi Aarti bekerja lepas berkahwin
dan akan tolong dia uruskan rumah. Malam tu Aarti terpaksa pilih antara kerjaya
ataupun jadi suri rumah sampai tua. Lepas kakak, pakcik dan mak dia yakinkan
yang peluang ni cuma datang sekali, Aarti lari dari rumah dengan bantuan abang
ipar dia, Sharad.
Sattu pula kecewa bila dapat tahu
Aarti lari tinggalkan dia, taknak angkat call langsung explain kenapa. Puas dia
cari satu bandar tapi tak jumpa. Dia balik rumah minta duit dekat mak dia untuk
pulangkan balik 2 juta setengah duit hantaran dari keluarga Aarti. Mak Sattu
terpaksa gadaikan barang kemas dia sebab duit dah tinggal separuh diorang guna
untuk majlis. Sebab kecewa dan malu, mak Sattu jatuh sakit. Tak cukup
menanggung malu dengan tetamu yang datang, pakcik Aarti datang berlagak depan
ayah Sattu yang Aarti dah jadi pegawai daerah.
5 tahun lepas peristiwa tu Aarti
disyaki terima kes rasuah 30 juta dari pemilik tanah dan pegawai yang
kendalikan kes ni ialah Sattu. Memang teruk Sattu balas dendam dekat Aarti
sebab lari tinggalkan dia. Gambar diorang berdua yang Aarti simpan dia
koyakkan, hadiah birthday yang Sattu bagi dulu dia pecahkan. Semua barang dia
pecahkan dan rosakkan sebab geram dengan Aarti. Sudahnya dia masukkan Aarti
dalam lokap masa birthday Aarti guna kuasa yang dia ada.
Jalan cerita SMZA ni memang best
and movie ni movie kedua pengantin lari dari majlis sebab pilih kerjaya lepas
movie Badrinath Ki Dulhania. Tapi movie ni best sikit sebab second half tunjuk
hero dengan heroin bergaduh dan macam mana takdir temukan diorang berdua balik
dalam situasi berbeza.
But I’m seriously in split dengan
mesej movie ni sebab director tunjuk macam mana perempuan dalam keluarga Aarti
support dia masa dapat kerja tu tapi dalam second half director tunjuk
pentingnya komunikasi antara pasangan since Sattu tanya kenapa Aarti tak boleh
percayakan dia yang dia akan bagi Aarti bekerja lepas kahwin nanti. Tapi betul
la cakap Aarti, kalau dia tak lari malam tu belum tentu Sattu akan naik lagi
tinggi dari dia.
Kalau first half you guys akan
berangan nak suami macam Sattu especially scene birthday celebration Aarti,
second half confirm emosi sebab tak tahu nak sokong siapa. Mungkin betul orang
kata kalau kita jumpa orang yang betul di tempat yang betul tapi masa tu salah,
hubungan tu tetap tak menjadi. Kita rasa macam kita dah merancang yang terbaik
tapi takdir kita ada jalan cerita dia sendiri.
Overall I have fun watching this
movie and betul lah kata diorang yang rekomen tu, movie ni memang worth to
watch! Another reason to love Raj awwww
1. Team Production +1, 2. Visual
+1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1,
8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.8 = 8.5/10
Since dah ramai yang follow cerita rawatan akar ni I give you list up there supaya senang nak baca dari awal sampai habis appointment nanti. So this time around, it's my second appointment lepas bersusah payah sampai X-Ray masa jumpa Dr. Alvena bulan lepas.
Oh good news lepas first appointment, doktor dah pesan supaya jaga gigi elok-elok jangan sampai dia naik nanah balik. And Listerine is my best friend since then andddd nanah tak naik dah dalam masa sebulan tu. Yeayyy sebab usaha menjaga gigi berjaya walaupun doktor macam dah redho masa tu sebab lubang tu besar sangat.
So second appointment doktor cuma buka balik tampalan dan bersihkan lagi sekali sebab dia nak make sure bakteria dekat dalam dah betul-betul mati lepas letak ubat. This time around memang sekejap je dalam setengah jam je sebab nak tukar tampalan dan letak ubat je.
Kalau sebelum ni tersiksa dengan rasa pahit ubat tu tapi kali ni dah okay sebab bengkak dah hilang so tampalan tu just perfect dekat gigi.
So my next appointment is going to be on 20th December jam 2 petang macam biasa. Can't wait!
Movie yang bertemakan seni tangan
dalam kempen ‘Made In India’ untuk mengangkat industri tekstil di India ni
mengangkat seni jahitan dalam kisah cinta desa antara Mauji (Varun Dhawan) dan
Mamta (Anushka Sharma) yang berkahwin mengikut kehendak keluarga.
Mauji cuma
pekerja biasa di kedai mesin jahit tapi dianggap kuli batak oleh bos dia.
Setiap hari kena berlakon jadi anjing supaya bos dia terhibur dengan lakonan
Mauji. Masa wedding ceremony anak bos dia pun Mauji kena berlakon jadi anjing
depan semua orang sampai jatuh air muka family dia.
Mamta pujuk Mauji berhenti dari
kerja di kedai tu sebab Mamta nak Mauji bekerja sendiri sebagai tukang jahit
disebabkan bakat terpendam Mauji. Sayangnya bakat tu cuma disimpan di rumah je
sebab datuk Mauji jatuh miskin bila jadi tukang jahit sampaikan ayah Mauji
bekerja di usia muda untuk tampung keluarga. Bukan keluarga Mauji je tapi
kebanyakan keluarga dekat kampung tu senasib dengan diorang.
Lepas berhenti kerja baru Mauji
dapat kenal siapa Mamta sebenarnya, baru dia dapat luangkan masa dengan isteri
sendiri. Bukan senang nak bekerja sendiri, banyak yang Mamta-Mauji kena lalui
sebelum berjaya keluarkan label diorang sendiri. Tapi dalam kesusahan tu
diorang berdua makin kuat dan makin sayang each other. Bukan Mamta je yang
happy dengan development kisah cinta dia tapi audience pun boleh happy.
Jalan cerita Sui Dhaaga ni biasa
je tapi disebabkan kekuatan lakonan Varun Dhawan dan Anushka Sharma dan pelakon
sampingan yang buat movie ni jadi cantik. Lepas movie Badlapur dan October,
talent Varun terserlah lagi dalam movie Sui Dhaaga. Sama juga dengan Anushka
selepas movie NH10, Bombay Velvet dan Pari finally dia mampu buktikan diri dia
sebagai pelakon versatil walaupun dia tak yakin untuk berlakon watak Mamta. But
she proves her worth in Sui Dhaaga.
Kalau pernah tengok movie Dum
Laga Ke Haisha dan jatuh cinta, for sure movie Sui Dhaaga ni pun akan bagi
perasaan yang sama sebab hasil karya director yang sama. Berbeza dengan Dum
Laga Ke Haisha, Sharat Katariya gunakan setiap masa yang ada dengan baik since
lagu dalam movie ni pun cuma jadi musik latar je dan bukan scene romantic macam
movie Bollywood yang lain.
Kalau belum layan movie Sui
Dhaaga and perlukan movie yang quite inspirational try layan movie ni sebab antara
mesej dia ialah percaya dengan bakat sendiri. Bila dah terbeban dengan
tanggungjawab kita selalu pilih jalan yang praktikal untuk sara hidup tapi bila
ada manusia yang yakin dengan bakat kita, for sure kita akan bersemangat untuk
capai impian dan minat yang ada. Bak kata Lady Gaga, it’s only take one person
to believe in you.
1. Team Production +1, 2. Visual
+1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1,
8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.4/10
Happy December, the last month of 2018! Sebulan je lagi 2018 nak habis, tak sabar nak masuk tahun baru. Entah pakej apa menanti tahun baru nanti. Yang pastinya dah banyak contest/segmen/giveaway untuk tahun 2019 sekarang ni. Tak sempat nak join semua, sebab masa dekat blog dah kurang but I'll do my best untuk support semua :)
For my performance in November tak lah memberansangkan sangat but still okay.
1) PV
Kalau bulan Oktober traffic tak lah jatuh sangat, setiap hari angka nak mencecah 2k tapi bulan ni 1k cukup makan je. Even PV sebulan pun tak cecah 40k dah. Target bulan lepas nak all time PV cecah 350k sudahnya tinggal harapan je sebab baru cecah 312k je. So kita anjak je lah target tu ke bulan ni. Mana tahu boleh cecah.
2) Bilangan Entri
Rasanya sumpahan Tragedi Oktober tak hilang lagi makanya bulan lepas pun sama je, tak ada perubahan pun. Harap bulan ni boleh buang lah kepala 2 tu.
3) Post
Best jugak tengok entri lama naik balik, best jugak tengok entri review makanan naik jugak sebab jarang entri makanan naik tinggi.
All time stats untuk Popular Post ni sama je dengan bulan Oktober, masih lagi entri yang sama cuma bilangan je berbeza. Untuk 3 post teratas lah, yang di bawah tu sama je dengan yang sebelum ni.
4) Keywords
Since lirik lagu senang betul nak naik, maka keywords pun dah bersepah dengan lirik lagu je. Bulan sebelum ni nampak jugak keywords lain tapi kali ni memang semua lirik je yang menyumbang. iRedho
5) Ranking Alexa
Selama ni kepala 1 je, sekarang ni dah jatuh jadi 2. But hey, domestic rank dah naik kot sebab audience pun dari negara sendiri je. Bulan lepas kononnya nak hijaukan balik tapi gagal juga.
Disember ni Iolls pasrah je sebab target all time stats 500k tapi tak rasa mampu capai. Mungkin tahun depan lah kot kita pulun dekat blog ni. Ciao!
Sejak dah ramai sangat yang post pasal Pak John Steamboat ni
memang wajib lah nak cuba jugak lepas beberapa episod terliur dan kempunan
tengok orang lain bahagia makan. At first macam cross terus dari list sebab
tengok ada dekat IOI Mall. Nak pergi Putrajaya jauh, public transport pun boleh
rabak poket dibuatnya tapi bila Google, ada juga dekat Mutiara Damansara. Terus
desup tangan mark calendar nak pergi sana.
Sebelum pergi actually dah baca review tapi majoritinya kata
sedap cuma ada la dua tiga orang kata tak sedap dan service teruk. Dalam
kehidupan ni kita ikut kata majority ye dak?
Dekat E-curve ni mudah je nak pergi sebab ada MRT, turun je dah
sampai walaupun hujan lebat sebab stesen MRT memang bersambung terus ke
E-Curve. Tambang pun RM2.60 je. Pak John dekat aras bawah sekali dekat je
dengan escalator.
For lunch memang ramai sangat orang tapi tak perlu tunggu
pun sebab restoran dia luas so tempat duduk tu banyak. Not sure ruangan VIP
berapa diorang charge. Since pergi masa weekend, harga dia RM42.90 seorang
regardless lunch or dinner, harga tetap sama. Pilihan sup ada 4 tapi malas nak
makan yang pelik-pelik takut potong mood, so kitorang stay dengan sup tomyam
je.
Kaunter makanan mentah dekat Pak John Steamboat ni disusun
menegak untuk jimat ruang tapi untuk orang pendek macam Iolls ni, hah menjengket
lah nak ambik. Tak banyak sangat pilihan dekat sini nak dibandingkan dengan
Seoul Garden. Even hidangan yang siap dimasak pun tak memikat selera.
Antara punca utama datang ke Pak John ni sebab daging itik
dan abalone sebab Seoul Garden tak ada menu ni. Untuk dapatkan daging itik,
abalone, daging Australia ataupun kambing, customer kena beratur depan kaunter
dapur minta daging yang you guys nak. Tapi tak banyak pun portion yang dia
provide. Sepinggan kecil je itupun dihiris nipis.
Dah dapat yang diidamkan, tiba masa untuk grill dan rebus
semua bahan. Space untuk grill agak limited so kena grill sikit je itupun cuak
minyak percik masuk mata sebab bahagian grill dekat atas berbeza dengan Seoul
Garden dekat bahagian bawah. Kalau percik pun kena tangan je. Dekat Pak John
kena guna butter untuk grill berbeza dengan Seoul Garden guna minyak so dari
awal sampai habis, makanan rasa sedap dan tak masin butter. Plus dekat sana
boleh tukar grilling pan or tambah soup tanpa charge, tak sama macam Pak John kena charge
RM10. Terus stop grill any meat sebab dah tak mampu nak hadam rasa masin dia. Sos pencicah dia tak sedap, celup lah dalam mana-mana sos pun akan bertemu kehampaan je.
Rasa rugi sangat spent duit dekat sini sebab daging tak
diperap lama so of course lah tak sedap. Seafood pun tak banyak even udang pun
terhad. Ketam pun tinggal penyepit sebelah je dalam tray. Agak lama juga
pekerja dia ambil masa untuk refill. Sayur pun lebih kepada cendawan dan tak
ada salad langsung. Buah-buahan pun tak fresh. Since nasi goreng dia menghampakan,
replacement untuk makanan berat cuma ada mi, ramen, udon. Mana bihunnnnnnnn?
Bubur ayam dia tawar. T.T
Selalu yang buat post datang Pak John happy dapat makan itik
sampai sold out tapi rasa dia masin. Abalone sedap nak makan banyak-banyak
sampai kenyang. Tak pasti isi ikan apa diorang guna tapi ikan tu sedap makan
panas-panas.
For dessert, I chose ice-cream waffle with peanut butter
chocolate filling. Dia punya waffle memang perfect sebab rapuh dan tak kedekut
inti. Dia sapu peanut butter chocolate bersepah dekat waffle tu. Bila makan
panas-panas dengan aiskrim sejuk memang boleh menangis bahagia. Tak try pun
dimsum dekat situ sebab malas nak pergi beratur minta dekat kaunter dapur. Aiskrim
dia banyak perisa tapi disebabkan diorang sejenis yang lambat refill, so makan
je lah mana ada.
Dalam review ada nampak yang komen tentang lantai restoran
licin sangat sampai kerusi bergerak sana sini, ingatkan perkara tu remeh je
rupanya tak. Lantai dia memang licin, agak bahaya lah sebab budak-budak berlari
sana sini dengan lantai ada air dengan minyak.
Personally I prefer pergi Seoul Garden since makanan diperap
sedap, banyak pilihan, perkakas lengkap tersedia, restoran yang selesa and
since Seoul Garden tak ramai yang pergi maka terasa tenang dan aman sikit bila
makan. Staff service pun selama ni pergi memang top notch.