Cabaran 25 Hari Blogging : Cikgu Paling Best Zaman Sekolah
Monday 27 August 2018
Cikgu paling best zaman sekolah, I'm not really mesra/rapat dengan cikgu-cikgu sebab mostly cikgu-cikgu akan baik untuk jaga KPI dia. Its quite depressing really. Bila tak faham, cikgu tak membantu sangat pun tapi akan perli 'takkan budak pandai pun tak faham? Awak duduk kelas first, sepatutnya lagi bagus dari kelas belakang'. Tsskkk
Lagi menyampah bila cikgu letak harapan tinggi depan semua student lain 'Saya semalam bet dengan suami saya Farhana dapat 5A. Jangan kecewakan saya'. Sikit pun tak bangga sebab UPSR dapat 3A and cikgu tu tak datang pun said anything. At all.
Masuk sekolah menengah try untuk jadi pasif supaya kejadian sekolah rendah tak berulang tapi sekolah menengah quite good sebab cikgu lebih open dengan students, bonding tu tak macam cikgu-pelajar tapi lebih kepada kawan. Sebab belajar mostly tak ambil input sepenuhnya dari cikgu tapi presentation kawan-kawan sekelas.
Bila tak faham pun boleh study dengan kawan-kawan dekat kelas prep ataupun study group. Tapi nak sembang pasal cikgu paling best still tak ada sebab I berpegang pada prinsip taknak rapat dengan cikgu. I have A LOT cases yang melibatkan cikgu sampai nama naik dalam meeting ataupun 'mesyuarat tingkap bilik guru' so yupp.
Tapi tak semua cikgu macam tu lah, ada yang betul-betul try nak faham apa masalah sebenarnya cuma tak ada peluang nak open table sebab masing-masing busy. I don't trust cikgu kaunseling sebab kita pergi dekat dia untuk selesaikan masalah tapi dia punca bertambahnya masalah.
Well, anyway my post agak negatif for some readers but tak semua orang ada cerita positif untuk dikongsi so you are allowed to give negative remarks to me. Ciao!