Cabaran 25 Hari Blogging : Kenangan Zaman Kanak-Kanak

Saturday 25 August 2018


My childhood tak lah berapa nak best pun kalau dibandingkan dengan orang lain sebab habiskan masa dengan stay dalam rumah je tapi ada jugak lah aktiviti nak dibuat dalam rumah tu pun. 

1. Layan movie Hindustan 

Ini antara faktor kenapa boleh gila dengan Bollywood. Dulu bila mak mengandung memang ayah akan hantar balik kampung sebab alahan teruk. But me and my sister will stay at home. Sebelum ayah pergi kerja dia akan belikan makanan lepastu letak satu kotak tape Hindustan yang dia sewa dekat Speedy. Memang menari sakan lah bila lagu keluar lepastu berangan jadi heroin. 

2. Bina Kubu

Rumah zaman dulu memang wajib ada kusyen kotak. Bila kotak mula la otak ni ligat berfikir design kubu macam mana nak buat untuk berlindung. Kadang tu sampai tertidur dekat dalam kubu walaupun panas sebab dah penat main. Kalau tak bina kubu, susun kusyen sampai tinggi jadi menara. Pernah sekali jatuh tersembam dari menara tu boleh tahan jugak lah benjol dekat kepala. 

3. Jadi Cikgu

Salah satu cita-cita dari kecik nak jadi cikgu sebab tengok cikgu rotan orang tu best main piap sana piap sini je. Happy jugak kalau dapat tanda kertas anak murid sebesar muka surat lepastu tulis komen dengan pen merah. Fuhhh terserlah kuasa veto dekat situ tapi sejak rotan kena ban ni hilang terus nawaitu tambah pulak bila mengajar orang ni penat nak pulak kalau jumpa anak murid banyak songeh. 

4. Tulis Lirik Lagu

Hah yang ni bukan cipta lirik lagu baru tau, yang ni salin lirik lagu sambil telinga dengar dekat radio. Buku lirik lagu dulu kemain tebal jugak lah. Bila bawak pergi sekolah sana sini nak pinjam sebab nak salin balik. Pernah jugak mak ambik bakar buku lirik lagu tu sebab geram buat benda sia-sia. 

Ada lagi yang lain tapi jarang lah dibuat dan tak ingat sangat dah pun tapi not bad jugak lah duduk terperap dalam rumah sebab banyak benda boleh buat. How about you guys?

Movie Review : Basmati Blues

Tuesday 21 August 2018

Related image

Director : Danny Baron
Writer : Danny Baron, Jeff Dorchen
Cast : Brie Larson, Scott Bakula, Donald Sutherland, Tyne Daly, Utkarsh Ambudkar, Lakshmi Manchu
Production Company : Red Baron Films, Considered Entertainment
Distributor : Shout! Studios
Genre : Musical/Romantic/Comedy/ Drama
Running Time : 105 minutes
Release Date : 5 October, 2017 (American Film Festival), 9 February, 2018 (United States)
Trailer :



I seriously didn't know this is a musical movie! Masa layan trailer tak terserlah sangat pun musical tu bila layan movie bersepah lagu dia. Lagu lagi banyak dari isi cerita. Tak tahu siapa target audience movie ni, mungkin kanak-kanak sebab jalan cerita santai je but yeah, this movie is good to watch.

Menceritakan tentang Linda (Brie Larson), saintis yang membuat kajian tentang penanaman padi yang mempunyai lebih banyak protein dan tidak menggunakan benih untuk ditanam dan dinamakan Rice Nine. Disebabkan kejayaan Linda dan ayahnya, Eric (Scott Bakula) mencipta formula baru penanaman padi yang boleh menghasilkan lebih banyak khasiat dan bermutu tinggi, bos syarikatnya, Mr. Gurgoun (Donald Sutherland) menghantar Linda ke India untuk test market dan mendapatkan kepercayaan petani untuk membeli beras Mogil.

Related image

Linda yang tak suka bersosial dan lebih suka terperap di makmal terpaksa jalani kehidupan baru dan berjumpa dengan rakyat India yang berbeza budaya dengan Amerika. Di India, Linda bertemu dengan Rajit (Utkarsh Ambudkar), graduan universiti dari bidang biologi tapi gagal menghabiskan pengajiannya kerana kekangan dana.

Mempunyai minat yang sama, Linda jatuh cinta dengan Rajit tapi cinta mereka terhalang bila Rajit dapat tahu muslihat sebenar syarikat Mogil yang bakal menghancurkan pendapatan penduduk kampungnya. Tambah pula bila Patel kecewa dan try sabotaj Rajit bila Linda friendzonekan dia,

Related image

Jalan cerita walaupun santai tapi not bad lah sebab ada info pasal padi dan ritual rakyat India masa musim menuai and they show the beautiful culture and lifestyle of rural folks in India. Cuma agak kecewa lah bila major conversation dalam English walaupun sesama Indian. Ada beberapa scene je yang Indian converse in Hindi. Lagu pun memang totally in English, tak ada langsung selitkan verse Hindi. Tapi lagu dia fun jugak lah nak layan.

Cinematoghraphy dia cantik sangat terutamanya dalam lagu Love Don't Knock At My Door dengan bintang penuh dekat langit fuhhhh eye feast!


Not sure Linda guna suara asal ataupun tak, kalau suara asal memang sedap lah suara dia nyanyi semua lagu. Sama lah dengan Rajit & Patel. Lakonan memasing okay je baik leading cast mahupun extra, sesuai lah dengan movie ringan macam ni, tak ada intense moment yang perlukan talent besar pun. For me, it's a one time watch movie. Nak tengok pun okay, tak tengok pun okay. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 7.9/10

Cabaran 25 Hari Blogging : My Gadget

Sunday 19 August 2018


Gadget ialah peranti mudah alih yang boleh dibawa ke mana saja untuk memudahkan urusan pengguna. So what's my collection? I don't have much tapi tanpa beberapa benda ni memang boleh syahdu juga kehidupan. 

1. Laptop

Yang ni bila tak ada, memang tak boleh nak tahu dunia dekat luar macam mana. Tak boleh nak update blog, tak boleh nak check email or anything related lah dan yang paling penting tak boleh nak tengok movie :(

2. Smartphone

Buat masa sekarang ada dua smartphone, satu Huawei untuk kegunaan peribadi dan satu lagi iPhone untuk kegunaan urusan kerja. Not a fan of iPhone sebab renyah lagipun dah terbiasa dengan Android dari zaman smartphone wujud. Terkial jugak lah nak guna iPhone ni so mostly memang guna untuk jawab call atau whatsapp je. In case you're wondering why own an iPhone, its from my company. 

3. Mi Band Smart Bracelet

I've mentioned about this from my previous post since its a present from my partner to keep track my daily fitness activity. Hari-hari pakai untuk keep track berapa langkah sehari dengan berapa banyak kalori terbakar. Sejak dah stop jogging & running ni memang hambar lah angka tu. Nak cecah 5k which is my daily steps goal pun tak lepas dah. Habis kuat pun 3k je. 

Okay itu je rasanya yang ada setakat ni. Tak berniat nak tambah pun sebab tak penting. Yang ada ni pun untuk kegunaan wajib je. You guys pulak macam mana? Share lah kat sini  :)