Shopping Barang Dapur Di NSK Kota Damansara

Tuesday 23 January 2018

Dulu dekat Kota Damansara ada Aeon tapi sekarang dah kena ganti dengan NSK dah. Jarang sebenarnya pergi Aeon ni sebab harga tak lah murah sangat kalau nak compare dengan Giant belakang rumah tu. Saja je nak menyinggah haritu sekali dah kosong dah rupanya. Beria pak guard tu suruh kitorang keluar balik. Tengok dekat kon tu dia bagitau NSK start 10 Jan 2018. Excited jugak masa baca tu sebab NSK ni jual bahan mentah fresh & murah. 

Finally baru semalam dapat pergi NSK sebab gaji dah masuk. Ngam pulak barang dapur dah habis. Memang borong sakan lah semalam. Nak pulak banyak betul promosi memang tak pandang belakang dah terus grab je barang masuk troli. Nasib tak pergi dengan partner, kalau tak dah ada dah adegan letak balik dekat shelf. 

K tak, tipu je. Dia jenis tengok barang lepastu tanya perlu ataupun tak. I pulak jenis suka beli untuk simpanan akan datang lepastu mereput lepastu rumah bersepah dengan barang mungkin atau tak mungkin pakai. Lepastu menyesal sendiri. Sama lah dengan kejadian malam semalam. Dengan jayanya penuhkan satu troli bersamaan penuhkan bonet kereta dengan groceries. Disebabkan ramai sangat orang semalam, ada barang yang terambil dua kali tapi malas nak patah balik sebab malas nak bersesak so bayar je lah. Tapi sebab barang murah lah. 2 hengget lebih je. Kalau atas 5 hengget dah letak balik dah. 


Besar jugak lah NSK dekat Kota Damansara ni. Memang sesak sangat malam semalam. Nak beli minyak masak pun tak sempat. Dah habis licin dah. Ayam pun berapa kali entah restock. Setengah jam jugak lah tunggu nak minta dia potongkan ayam, sudahnya ambil je yang timbang. Itu pun lama jugak nak tunggu dia timbang. Sampai dah bercekak pinggang dah semalam tapi sebab dah alang-alang datang so tunggu jugak lah. 3 jam jugak lah mereput dalam NSK tu cari barang tapi satu barang je tak jumpa dekat sana which is Top liquid laundry detergent. Semua serbuk je. Tapi tak tau lah kalau lepasni ada dekat shelf sebab semalam pergi pun diorang tak habis load barang lagi.

Yang bestnya dekat NSK ni tak payah tunggu lama sebab kaunter bayaran dia bersepah. Paling sakit nak tunggu pun 2 orang je dekat depan. Cuma kaunter dia takde conveyor belt lah. Nak kena tolak sendiri barang semua but nvm lah. Small matter je haha. Ambil barang banyak macam semalam pun chill je sebab tak cecah 300 pun. Kalau dekat Giant ambil barang clearance pun dah nak cecah 300 dah. Disebabkan murah terus kucar-kacir pergi buat kad ahli NSK. 

Bila dah bahagia dapat beli barang banyak dengan harga murah memang indah je rasa tapi ada satu benda kitorang lupa. 

Peti ais kat rumah tak muat. 

T.T

Bak kata dia semalam, aduiiiii. 

Kari Sotong

Dah lama beli sotong tapi tak tahu nak masak apa. Nak buat sotong sumbat sebenarnya tapi daun ketumbar asyik out of stock je jadi malas pulak. Next time je lah buat. Tengah fikir nak masak apa nampak serbuk kari. Cun jugak kalau masak kari. Tapi kari sotong ni tanpa santan tau. 

Hidangan : 2-4 orang makan 

Bahan-bahan :

A
- Bawang besar 2 biji
- Cili padi 5 biji
- Bawang putih setengah labu
- Halia 1/2 inci
- Ikan bilis segenggam

B
- Kayu manis 1 batang 
- Bunga lawang 2 kuntum
- Bunga cengkih 3 batang
- 4 biji buah pelaga
- 1 sudu kecil halba campur
- Daun kari 1 tangkai

C
- Sotong 3-4 ekor
- Tomato 1 biji belah 4
- Serbuk cili 1 sudu besar
- Serbuk kari ikan 2 sudu besar
- Asam jawa 1 sudu kecil
- Air 2 cawan
- Garam secukup rasa
- Minyak masak 


Cara-cara masakan:

1. Kisar bahan A.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan B sehingga naik bau kemudian masukkan bahan A yang siap dikisar tadi. 

3. Serbuk kari ikan dibancuh bersama asam jawa dimasukkan ke dalam kuali. Masukkan serbuk cili. Masak sehingga naik minyak. 

4. Masukkan sotong dan air. Biarkan sehingga sotong lembut kemudian masukkan tomato dan garam. 

Siap! Lebihan kuah kari sotong ni buat nasi goreng untuk makan malam memang bahagia je perut. 

 

Udang Masak Lemak Cili Api Labu

Masak lemak labu ni fav sebenarnya tapi susah betul nak ada jual dekat kedai makan area rumah ataupun tempat kerja ni. Ada hari tertentu je. Masa beli barang rumah hari tu nampak labu on clearance. Dia dah potong sikit ngam la untuk sekali makan. Tak pernah lagi try masak labu nasib first time cuba terus jadi. Senang je uolls. 

Hidangan : 2-4 orang

Bahan-bahan :

A
- Bawang besar 1 biji
- Cili padi 10 biji
- udang geragau 2 sudu besar
- halia 1 ruas ibu jari

B
- Labu potong kecil
- Air 
- Garam secukup rasa

C
- Gula secukup rasa
- Asam keping 1 keping
- Udang 
- Santan
- Serbuk kunyit 1 sudu besar

*Untuk air dengan santan tu ikut suka tekak masing-masing sebab ada yang suka cair, ada yang suka pekat. 

Cara-cara memasak :

1. Tumbuk bahan A kemudian tumis sehingga naik bau. 

2. Masukkan bahan B dan biarkan sehingga labu empuk. 

3. Masukkan bahan C dan biarkan sehingga udang dan santan masak. 

Siap! Senang kan? Lepasni nak try masak lemak cili api dengan nenas pulak. 

Movie Review : Tumhari Sulu

Monday 22 January 2018

Image result for tumhari sulu review

Director : Suresh Triveni
Cast : Vidya Balan, RJ Mallishka, Neha Dhupia, Manav Kaul
Genre : Drama/Comedy
Running Time : 2 hours 30 minutes
Trailer : 

Tumhari Sulu mengisahkan tentang kehidupan seorang suri rumah kelas sederhana di bandar Mumbai yang tinggal bersama suaminya Ashok dan seorang anak lelaki. Walaupun selalu dipandang rendah oleh ayah dan kakak kembarnya disebabkan tiga kali gagal dalam pelajaran, Sulu tetap bangga dengan pencapaian hidup walaupun cuma menang dalam acara sukaneka di sekolah anaknya. Tuah berada di pihak Sulu bila secara tak sengaja dia mendapat tawaran untuk menjadi DJ radio semasa menuntut hadiah cabutan bertuah di syarikat radio WOW di Mumbai. 

Daripada kehiduan seorang suri rumah biasa kepada DJ radio yang glamour jadi taruhan plot daripada Suresh. Bermula dengan angan-angan dan keyakinan diri, kehidupan Sulu berubah walaupun mendapat tentangan dari ayah dan kakak kembarnya. 

Lakonan Vidya Balan sebagai Sulu memang cantik dan natural sama macam filem dia yang lain. Sama juga dengan lakonan Manav Kaul sebagai Ashok, suami yang penyayang dan bekerja keras untuk family. Walaupun leading cast cuma average looks & there's no fancy makeup or lifestyles tapi chemistry Vidya-Manav buat kehidupan suami isteri ni nampak cantik sangat onscreen and it gives us warm moments to be happy with marriage although living as a middle-class life in urban area like Mumbai. Not to mention how perfect Tumhari Sulu team to stay as real as possible to portray their life onscreen. Stick to comedy genre, I find it amusing and entertaining layan keluarga kecil & kerenah Sulu dengan kehidupan dia. It just light and perfect as well.

Image result for tumhari sulu review

Tapi tu sembang first half of the movie, masuk je second half TS dah mula hilang tujuan asal. Dari ceria tiba-tiba bertukar jadi huru-hara. Memang second half yang sarat dengan drama & emosi nampak okay je sebab movie ni ketengahkan feminisme and women progression tapi Suresh took it too far bila dia ubah karakter Ashok dari suami penyayang kepada suami tipikal kurung bini di rumah supaya ego dia tak tercalar bila tak mampu jadi breadwinner of the family. Kalau Suresh just keep it chill maybe movie ni nampak cantik je dari awal sampai habis. 

Thanks to Vidya, Manish and other supporting cast for saving the movie with their talent tapi boleh nampak plot yang longgar & huru-hara asalkan siap. Lagi geram tengok ending scene bila Sulu dapat idea tapi lari sana lari lepastu movie habis. Its like an unfinished business here. I need an explanation for that scene seriously. Sama jugak scene Sulu start masuk kerja sebagai DJ. To adapt new things for sure take some time tapi Sulu cantik je handle semua benda macam dah lama kerja. Walaupun dia pernah jadi hos tapi berbeza lah dengan DJ. Its too perfect to believe it is real. 

Image result for tumhari sulu review

Despite the flaws, I can assure you Tumhari Sulu is worth to watch for, since lakonan Vidya Balan tak pernah mengecewakan and of course I berani bagi jaminan sebab dia baru je menang Best Actress Award untuk lakonan dia sebagai Sulochana dalam movie ni di Filmfare Awards 2018. Neha Dhupia pun menang Best Supporting Female Award sebagai Maria di Star Screen Awards so tak rugi lah tengok movie ni. Tambah pula dengan catchy songs macam Ban Ja Rani & Hawa Hawaii remake dan visual yang cantik, it adds another plus point on why you guys should watch Tumhari Sulu. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.9/10

Mee Bandung Odeon Rempah Warisan Menyengat!

Saturday 20 January 2018

Salah satu makanan kegemaran dalam hidup ni ialah mee bandung so back then masa belajar dekat Johor memang bahagia lah makan mee bandung. I'm not a mee kuning lover but I had exception on mee bandung and mee goreng mamak since it can never be replaced with bihun or kuey tiaw and not even su'un. 

Bila dah balik ke Sabak Bernam memang susah lah nak cari mee bandung sebab Sabak Bernam famous dengan mee udang ataupun mee jawa je. Kadang tu rasa nak pecut pergi Johor je nak makan mee bandung punya pasal. Tapi tu lah, rasa je lah, buatnya tak pun sebab busy dengan kerja. Mana sempat nak buat idea gila. Simpan diam-diam je rasa kempunan tu. 

But thank God, terjumpa pes Mee Bandung jenama Odeon dari Rempah Warisan ni. Kalau ikutkan sejarah, Mee Bandung Rempah Warisan ni dah wujud sejak tahun 70-an lagi. Resipi Mee Bandung Rempah Warisan ni diambil dari resipi Mee Bandung Pak Man Gemok 'Odeon' Batu Pahat. Nama Odeon ni sebenarnya nama panggung wayang Odeon yang dekat dengan gerai Mee Bandung Pak Man di Jalan Jenang berhampiran dengan Garden Hotel di Batu Pahat. Sekarang ni waris Pak Man pula yang berniaga Mee Bandung di Taman Nira, Batu Pahat.


Tak dapat nak pergi ke kedai mee bandung, dapat pes pun dah cukup bersyukur nak hilangkan kempunan. Pes pulak tinggal campak masuk dalam kuali je pastu campak mee kuning, tuang ai rebusan tulang ataupun daging pastu campak bahan-bahan lain. Dah lah senang nak masak, sedap pulak tu nak makan. Yang bestnya lagi pes mee bandung ni kalau taknak mee bandung tapi nak mee rebus ataupun mee goreng biasa pun boleh guna pes ni. 3 in 1 baq hangggg. Jimat duit, jimat masa. 

Related image

Satu pek pes mee bandung Odeon ni dijual dengan harga RM 6.50 untuk hidangan 3-4 orang. Satu pek ni tahan selama 3 bulan so kalau nak order awal untuk buat event atau majlis makan-makan pun takde hal. Delivery akan dibuat selepas 3 hari pembayaran. 

Bukan setakat tempahan pes je, kalau ada pengusaha restoran/warung/gerai makan, food truck, ataupun yang buat food delivery service nak jadi rakan niaga pun boleh juga tau. Jangan risau dengan modal sebab boleh ambil pes ni dulu, bayar kemudian. Kalau rugi tak perlu bayar balik pun baki pes yang dah diambil untuk mula berniaga. Cun tak cun? On tak on? Kalau berminat, boleh klik DI SINI untuk pendaftaran sebagai rakan niaga ataupun untuk order pes Mee Bandung Odeon Rempah Warisan ni.