Penanaman menegak merupakan salah satu kaedah penanaman yang semakin popular di seluruh dunia. Aktiviti penanaman dijalankan di dalam kawasan bangunan yang dilengkapi segala peralatan pertanian.
Idea untuk penanaman menegak ini tercetus apabila saintis memikirkan cara untuk mengatasi masalah sumber makanan yang semakin berkurang disebabkan kekangan tanah dan juga pertambahan penduduk dari semasa ke semasa. Penduduk dunia akan bertambah dari 7 billion kepada anggaran kemungkinan 14 billion menjelang tahun 2050.
Atara tanaman yang sesuai ditanam menggunakan kaedah ni ialah salad, tomato, cili, sawi, strawberri, kailan, pak choi, kangkung, bayam, terung, bendi, peria, serai, kunyit, pandan dan pelabagai lagi. Terdapat beberapa negara yang menggunakan kaedah penanaman menegak antaranya Singapura, Amerika, China, Jepun, Sepanyol dan beberapa negara lagi.
Antara kelebihan kaedah penanaman menegak ni ialah
Lebih selamat dan bersih berbanding penanaman di ladang.
Mengurangkan pencemaran air dan kerosakan kepada alam sekitar.
Kurang gangguan dari serangga perosak
Keuntugan lebih banyak berbanding penanaman ladang
Jimat ruang
Jimat kos penghantaran kerana kebanyakannya ditanam di bandar
Boleh diubah mengikut keselesaan ataupun keperluan tanaman
Di Malaysia pun dah mula menggunakan penanaman menegak ni kerana selalu terjadi hakisan tanah terutamanya di kawasan tanah tinggi, bercerun dan berbukit seperti Cameron yang ditarah khas untuk pertanian. Terdapat juga beberapa kawasan balak atau hutan yang ditebang hanya untuk penanaman dan pertanian komersil justeru penanaman menegak mampu mengurangkan masalah ni.
Mungkin lepas ni dah tak perlu bersesak dah ke Cameron untuk enjoy makan strawberri sebab dekat bandar pun dah boleh dapat tapi siapa nak mulakan dulu agakya ye? ;)
Pelakon : Farah Nabilah,
Aliff Aziz, Mimi Lana, Shah Iskandar, Normah Damanhuri, Jasmin Hamid, Azri
Iskandar, Afique Hussain, Azhan Rani, Anne Abdullah, Zulkifli Ismail, Zarina
Zainuddin, Emelie Hanif, Zalfa Zin,
Genre : Drama/Cinta/Konflik/Keluarga
Bilangan Episod : 27
episod
Tarikh Tayangan : 23
Mei 2018
Syarikat Penerbitan :
Country & Universal Sdn.Bhd
Tayangan : TV3 (Slot
Akasia)
Trailer :
Drama yang diadaptasi dari novel
karya Mia Kiff, Halalkan Hati Yang Kucuri yang diterbitkan pada tahun
mengisahkan tentang Delisha (Farah Nabilah) dan Faiq (Aliff Aziz) yang terpaksa
hidup merempat sebagai gelandangan bila keluarga mereka yang kaya-raya hilang
entah ke mana. Puas dicari tapi tak berjumpa satu pun jejak baik keluarga Isha
mahupun keluarga Faiq. Yang ada pada mereka berdua cuma IC Faiq dan baju yang
dipakai dan beberapa wang ringgit hasil simpanan Faiq dalam akaun bank.
Faiq dan Isha meneruskan
kehidupan mereka dengan bantuan Abang Ali (Azhan Rani) dan Mak Jah yang membantu mereka
mencari kerja supaya mempunyai duit untuk makan. Kalau ada rezeki mereka dapat
lah makanan hasil sumbangan dari pihak yang memberikan bantuan. Kehidupan
mereka sebagai gelandangan benar-benar memberikan pengajaran kepada Isha yang
pernah sombong dan bongkak semasa kaya dahulu. Tak pernah mereka sangka
kehidupan mereka akan berubah sekelip mata.
Pelbagai ujian dilalui Isha dan
Faiq selain tidur di tepi jalan bertemankan tikus dan lipas, Isha hamper dirogol
semasa sesat akibat operasi khas menangkap gelandangan, Isha terlampau lapar
sehingga korek tong sampah untuk makan, Faiq hilang kerja selepas accident, Isha
hampir gila meroyan kerana anaknya diculik selepas Kak Gayah ambil kesempatan
menghantar Isha ke hospital swasta.
Baca sinopsis drama ni pun dah
curious nak tengok sebab jalan cerita lain dari yang lain, memang tak menyesal
tengok 27 episod tentang kehidupan Delisha dan Faiq yang kaya berubah kepada
gelandangan atas arahan Nenda Rosnah (Normah Damanhuri) supaya dapat mendidik
Delisha dan Faiq tentang kehidupan dan kemiskinan. Tapi tak sangka pulak Nenda
tinggalkan tanpa pantau Isha dan Faiq langsung selepas buang mereka berdua di
tepi jalan walaupun Amir mengintip secara rahsia. Entah kemana Nenda dan semua ahli keluarga lain pergi masih rahsia.
Lakonan Farah Nabilah sebagai
Delisha antara sebab kenapa drama ni bagus. Dari seorang gadis kaya yang bongkak
kepada isteri yang sabar dan redho dengan ketentuan Tuhan semuanya menjadi
tambah pula masa Damia diculik dan scene Isha dan Faiq baru balik dari Milan
tapi terima berita duka. Lakonan Aliff Aziz kadang nampak tak meyakinkan
sangat, nampak flat but lucky for him, banyak scene bersama dengan Farah. Watak
sampingan seperti Abang Ali, Kak Kiah, Kak Hanum dan Nenda memang
mainkan peranan dan serlahkan karakter mereka. Kalau selalunya chemistry antara
leading stars yang menjadi tumpuan tapi dalam drama ni chemistry antara Delisha
dan Nenda yang mencuri tumpuan terutama scene Isha berbaik semula dengan Nenda
memang meramu ayaq mata.
Watak antagonis, Salima lakonan
Mimi Lana memang terbaik. Sebelum ni pernah nampak lakonan dia sebagai gadis
sopan ayu dalam MV Syurga Yang Sempurna – Isa Khan tak sangka menjadi bila dia
bawa watak perempuan bitchy yang saiko. Nak pula masa scene dia hentak kepala
Zainal dengan pasu bunga, the moment she screams in terrified tu memang top
notch. She’s great I tell ya! Karakter-karakter perempuan dalam HHYK ni semua
hebat belaka kecuali Dalina (Jasmin Hamid), ibu Delisha dan juga Faiza, ibu
Faiq (Anne Abdullah). Diorang tak dapat banyak screentime sangat pun.
Wardrobe Delisha dengan Salima
memang top notch dalam drama ni hasil kerja penata busana, Yassni Din sesuai
sangat dengan Delisha lulusan bidang pereka fashion Milan. Salima walaupun
penganggur berjaya dan pengikis duit parents tapi sebagai anak Dato’, fashion
dia memang up-to-date. Hairstyle dengan makeup pun on point, thanks to Jas Syed
Chek. Muka Delisha memang cantik dengan makeup neutral soft, Salima pula dengan
makeup ala bitchy with red lipstick never fail to amuse me whenever she’s
appear onscreen.
Plot tempat dalam drama ni di
sekitar Kuala Lumpur da nada satu scene promosikan Blue River yang baru je
dilancarkan pada awal tahun 2018. Selain tu, di Penang tempat Delisha dan Faiq
bercuti untuk release stress bersama rakan-rakan Faiq. Zainal (Shah Iskandar),
ex Delisha pun selalu jugak pergi Penang atas urusan kerja so banyak scene
cantik dekat Penang dipamerkan. Milan juga jadi pilihan sebagai lokasi bulan
madu since Faiq dan Delisha melanjutkan pelajaran di sana bersama.
Lagu tema untuk drama Halalkan
Hati Yang Kucuri ni menggunakan lagu Semakin, lagu baru Siti Sarah genre
balada. Walaupun lagu ni tak berapa digemari oleh Siti Sarah sendiri sebab
bersifat merayu tapi sesuai sangat dengan jalan cerita drama ni and its already
my fav.
Walaupun jalan cerita drama ni agak
cantik tapi tidak pada skrip sebab ada beberapa dialog yang agak mengarut tapi
ada juga yang kuat nak pula kalau Faiq bagi pickupline dekat Isha memang romantik
sangat. Mungkin dari novel, tak pasti pula sebab tak baca pun novel asal drama
ni.
Drama ni memang bagi pengajaran
sangat nak pula masa Faiq dan Isha hidup gelandangan sebab lakonan diorang buat
rasa bersyukur sangat ada rumah untuk berteduh tak perlu tidur tepi jalan alas
kotak. Ada duit untuk makan tak perlu korek tong sampah bila lapar, ada duit
untuk beli kasut tak perlu berkaki ayam kesini sana. Really recommend you guys
to watch this if you guys haven’t yet.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4.
Storyline +0.7, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9.
Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.8/10
Cast : Irrfan Khan, Parvathy, Neha Dhupia, Pushtiie Shakti, Aman Sharma, Siddharth Menon, Navneet Nishan
Production Company : Zee Studios, JAR Pictures
Distributor : Zee Studios
Genre : Romance/Comedy
Running Time : 125 minutes
Release Date : 10 November 2017
Trailer :
Movie travel-theme ni memang
menarik minat sangat nak pula bila travel sekitar India sebab India ni banyak
juga tempat yang best dan cantik. Tengok banyak kali pun tak puas, baru tengok
dalam movie belum merasa sendiri pengalaman tu. Plot cerita QQS ni dikarang oleh ibu Tanuja dan digubah sendiri oleh Tanuja supaya sesuai dengan era sekarang.
Qarib Qarib Single mengisahkan
tentang kehidupan sunyi Jaya (Parvathy) selepas kematian suaminya. Rutin yang
sama dia buat, skype call dengan adik dia lepas balik kerja, tolong jagakan
anak-anak atau pets kawan-kawan dia ataupun layan movie. Kadang tu dia bekerja
even weekend sebab sunyi.
One day kawan baik dia suggest
daftarkan diri di online site dating. At first dia macam ragu-ragu tapi apa
salahnya mencuba. Dari situ dia berjumpa dengan Yogendra Kumar Devendra Nath Prajapati, a.k.a. Viyogi (Irrfan Khan), seorang
pemuisi tapi satu buku puisi dia pun tak pernah terjual walaupun puisi dia agak
best – Jaya yang kata macam tu.
Karakter Jaya dengan Yogi agak
berbeza, jangan kata bercinta, nak berkawan pun Jaya tak mampu tak tahan dengan
perangai Yogi dan cuba cari jalan untuk larikan diri tapi tak berjaya. Yogi
bangga dengan pencapaian rekod dia bercinta. Dia selalu brag yang 3 orang ex
dia masih tergilakan dia walaupun dia dah lama tinggalkan diorang so Jaya cabar
Yogi untuk track down semua ex Yogi untuk buktikan perkara tersebut. Maka
bermula lah ekspedisi pengembaraan diorang.
Yogi ni agak clumsy, so banyak
benda yang agak chaos terjadi sepanjang perjalanan mereka bersama. Bermula
dengan terlepas flight, terjatuh dari bot, tersalah naik keretapi dan banyak
lagi lah yang terjadi. Walaupun Yogi ni berkarakter begitu, dia sejenis yang
cool je tapi Jaya jenis memang menggelabah itu ini dan cepat stress sampai
membebel dalam bahasa Tamil. Like I said earlier, beza karakter macam langit
dengan bumi.
Plot movie ni memang predictable
lah bila both of them mula merasakan cinta tapi yang buat curious nak tengok
sampai habis tu, betul ke semua ex Yogi masih menyimpan perasaan dengan Yogi.
Kalau tengok Yogi ni tak sangka betul exes dia semua hot meletup kecuali Radha
yang dah berisi sejak kahwin but still comel. Walaupun dah boleh agak jatuh
cinta tapi bibit cinta antara dua manusia berbeza karakter tu buat kita curious
jugak macam mana boleh berubah dari menyampah kepada cinta kan? Setiap kisah
cinta ada keunikan dia sendiri betul tak?
Lakonan Irrfan sebagai manusia
clumsy memang menjadi sebab muka dia serious je so bila dapat karakter komikal
macam ni agak mencabar tapi menjadi nak pula bila dia menyanyi dekat guesthouse
Radha tu fuhhhh bukan Jaya je cair ni yang tengok pun sengih sendiri layan lagu
tu. Chemistry antara Irrfan dengan Parvathy antara penyumbang utama movie QQS
walaupun ni movie debut Parvathy tapi tak nampak langsung kekok onscreen dan
tak overshade langsung dengan Irrfan. She’s great!
Since movie QQS ni bertemakan
pengembaraan/road trip, for sure lah scenery menjadi tarikan. Antara shooting
location yang menjadi pilihan ialah Dehradun, Delhi, Alwar, Bikaner, Rishikesh,
Roorkee dan juga Gangtok. Paling cantik dekat Gangtok, scene Jaya jumpa kawan
lama dia and the view is so breathtaking. Scene dalam keretapi stim, Fairy Queen
pun cantik jugak walaupun cuma satu shot di ruang makan je.
Bab lagu/soundtrack memang tak
letak expectation tinggi pun sebab movie Irrfan memang tak pernah beratkan bab
lagu walaupun rom-com lagi meriah dengan music album yang best. Nevertheless soundtrack QQS ni agak
menenangkan jiwa sebenarnya nak pula lagu Jaane De nyanyian Atif Aslam, his
soft voice tu rasa menusuk je di hati.
Bonus point untuk wardrobe Jaya
sebab pakaian Jaya memang sopan tapi nampak menarik. Dia makeup pun cuma tambah
celak mata je tapi nampak cantik je walaupun tak la secantik exes Yogi but
still dia ada tarikan dia sendiri. Great effort from Maria Tharakan and team.
Lakonan mantap, plot cerita yang
cantik, visual menarik memang antara sebab kenapa you guys wajib layan Qarib
Qarib Single di samping mesejnya untuk mendapatkan hidup bahagia kita kena
belajar melepaskan sesuatu walau sayang dan perit macam mana sekali pun. Its
about moving on and acceptance.
1. Team Production +1, 2. Visual
+0.8, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1,
8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.9/10
Cast : Jackie Chan, Pierce
Brosnan, Michael McElhatton, Liu Tao, Charlie Murphy, Orla Brady, Katie Leung, Ray
Fearon, Dermot Crowley,
Production Company : The Fyzz
Facility, Sparkle Roll Media, Huayi Brothers Pictures, Wanda Pictures, STXfilms
Distributor : STXfilms
Genre : Action/Thriller
Running Time : 114 minutes
Release Date : 13 October 2017
Trailer :
Movie Jackie Chan antara movie
fav dari kecil sampai sekarang sebab action stunt yang cantik and 2017, Jackie
Chan muncul dengan movie The Foreigner yang diadaptasikan dari sebuah novel The
Chinaman yang dikarang oleh Stephen Leather.
Plot The Foreigner bermula dengan
Ngoc Minh Quan (Jackie Chan) menghantar
anak perempuannya, Fan (Katie Leung) ke sebuah butik di London tapi berakhir
dengan tragedi bila butik tersebut meletup akibat pengeboman dari pihak Rejimen
Diraja Ireland - "Authentic UDI/IRA." Hari berganti minggu, minggu
berganti bulan sudahnya Quan putus asa untuk bergantung harap dengan pihak
polis dan berjumpa dengan Menteri Pertama, Liam Hennessy (Pierce Brosnan)
kerana dia adalah bekas ahli IRA yang berjaya dilantik sebagai menteri cabinet di
London.
Namun tetap gagal bila Liam tak
mahu dedahkan siapa dalang bukan sebab dia enggan tapi dia pun tak tahu siapa
yang terlibat dalam pengeboman berani mati tu. Tapi Quan tak percaya dengan
jawapan Liam, dia tahu Liam tahu something related dengan letupan IRA. Sebelum
keluar dari pejabat Liam, Quan tanam bom di tandas sebagai ugutan dan amaran terhadap
Liam.
Tekad dengan pencarian pembunuh
anaknya, Quan menjual restorannya dan mengekori Liam yang berlindung di
safehouse. Quan bersembunyi dalam hutan dan buat strategi untuk serang Liam
selagi Liam tak bagi senarai nama pembunuh anaknya. Walau ketat macam mana pun
kawalan Liam, Quan tetap berjaya datang untuk mengugut dia dan meletupkan
beberapa bahagian rumah Liam.
Stress dengan ugutan Quan, Liam
menghantar anak saudaranya, Sean Morrison (Rory Fleck-Byrne) merangkap bekas
Renjer terbaik UK Special Force dan Rejimen Diraja Ireland untuk masuk dalam
hutan dan bunuh Quan. Liam percaya Sean mampu dengan kebolehan yang dia ada.
Dalam masa yang sama Sean bercinta dengan isteri Liam, Mary (Orla Brady) dalam
diam dan merancang untuk jatuhkan Liam.
Dengan segala kekusutan dalam
IRA, mampu atau tidak Liam bersihkan nama dia di mata pentadbiran UK sebagai
Menteri yang datang dari IRA? Mampu atau tidak Quan mencari pembunuh sebenar
anak perempuannya dan selamatkan diri dari pihak IRA/Liam/polis?
Just like every movie Jackie
Chan, apart from plot, action stunt dia yang menghidupkan setiap cerita. Even
tengok banyak kali pun tak bosan sebab certain scene, Jackie Chan berlawan tanpa guna senjata
cuma objek yang berada di sekitar dia. Kain pun boleh jadi senjata and yeah its
amazed me, always! Cuma dalam movie ni, Jackie Chan tak banyak bercakap sangat
and put his anger mode till the end of the movie.
At first, ingatkan tajuk movie
The Foreigner ni memang sepenuhnya pada Jackie Chan sebagai pelarian Vietnam
yang menetap di UK sejak 1980 tapi sebenarnya berkisarkan kehidupan Liam
Hennesey juga yang mencari tempat dalam dunia politik UK. Lakonan Pierce
sebagai Liam antara salah satu tunjang utama movie ni jugak dengan kelicikan
dia sebagai ahli politik yang menempatkan dia di status sekarang.
Although the plot may seems good
but actually dia macam lari dari tema sebab there’s not much technology you
guys boleh nampak diadaptasikan dalam movie ni. Since novel The Chinaman pun
diterbitkan pada tahun 1992 so technology dia cuma terhad pada era tu. Neither
script-writer, David Marconieither
director, Martin Campbell whom famous with his movie Casino Royale try to adapt with 2017’s technology. It may looks
relevant if the team buat plot masa pada tahun 2000 so keadaan tak banyak
berbeza dengan situasi dalam novel. But in spite of that, this movie is good to watch.
1. Team Production +1, 2. Visual
+0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.5,
8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.7 = 7.9/10
Lepas beli barang dapur dekat
Giant ternampak bunting Coolblog tayang menu baru, Coffee Choc Syiok! Dekat
situ ada Chocolate Walnut Brownies with Chocolate Syrup dengan Cappuccino Roasted
Hazelnut with Chocolate Chip.
Disebabkan terliur dengan nama
dan gambar, memang nak try lah cerita dia. Mine, Chocolate Walnut Brownies,
adik pulak order Cappuccino Roasted Hazelnut with Chocolate Chip. Masa tengah
tunggu order tu nampak Menu Baru 2018 Coolblog, ada 8 flavor baru macam dalam
gambar bawah ni.
Dah order, dah bayar, tunggu
kejap and dapat menu yang kitorang nak tu tapi quite shocked jugak lah sebab
cup dia tak besar mana macam menu coolblog yang sebelum ni plus cup dia tak
nampak eksklusif pun? Macam beli dekat tepi jalan je.
But I just let that slip away je
lah, sebab product dia yang penting dari packaging. But wow oh wow I’m shocked
for the second time sebab hambarnya hoi. RM7 for this taste? Ice blended
dekat booth tepi jalan lagi bagus dari produk baru Coolblog ni. Takde rasa
walnut or brownies pun. Macam semata chocolate dengan chocolate syrup je.
Cappuccino pun pahit ya rabbi, mungkin hazelnut tu dah blend sekali sampai
hancur sampai tak wujud dalam tu.
Dah beli, kena habiskan walapun
menyesal. Second time? Never! Tapi lain orang lain tekak dia, maybe ada yang
jatuh cinta dengan dua flavor ni. Ciao!