Shopee | Rose Gold Document Holder

Tuesday, 13 July 2021

Bila selalu sangat scroll TikTok, mula la ternampak barang ala aesthetic gituuuu. Sama la kejadian dengan document holder ni bila ternampak warna rose gold dekat dalam beberapa video sampai jadi berkenan. Mudah benar terpengaruh kan? 


Masa belek dekat Shopee agak susah sebenarnya nak cari document holder dari material besi, apatah lagi berwarna rose gold. Tapi kalau dah nak tu memang nak jugak maka berjumpa lah dengan seller ni. Memandangkan dia sorang je local seller dan ready stock jadi terpaksa lah jugak hadap kerenah dia bila lambat nak pos barang. Tak tahu kenapa dan taknak tahu kenapa asalkan barang dah selamat sampai. 


Document holder ni tak lah besar mana pun, boleh muat satu arch file saiz besar. Disebabkan saiz dia yang kecil kena la beli dua biji. Besi dia not bad lah, kuat lah jugak. Nasib baik yang dia jual ni bukan jenis kena pasang sendiri. Masa sampai tu document holder ni dia letak dalam kotak. Takut jugak ada yang kemek ke apa tapi okay je dalam kotak tu. 


Keluar dari kotak terus letak dekat atas shelf ni. Walaupun dokumen dalam document holder tu nampak macam nazak tapi dokumen tu sementara je sebelum kena buang ataupun masuk dalam fail memasing. Dekat losyen tu nak letak pasu bunga aesthetic so tunggu je lah dia sampai dalam beberapa hari nanti. Harga document holder ni around RM22 - RM25 macam tu. Kalau ada yang nak beli belek-belek lah dekat Shopee mana tahu jumpa yang murah. 

Makin lama makin banyak file dengan barang kena letak dekat work station so belek lah dekat Shopee kot kot ada table organizer yang boleh muat dengan ruang sekecil tu. Nak letak dekat bahagian bawah meja pun dah penuh dengan kotak. 
Belek punya belek ternampak adjustable wood display desk shelf ni. Sesuai sangat dengan ruang atas meja sebab shelf ni boleh adjust ikut keluasan ruang tu. Sekarang ni tengah kosong sebab mesin taip dipinjam sementara waktu sebab tu nampak luas. Kalau ada mesin tu memag tak banyak pun ruang yang ada. 


Tak lama pun parcel ni nak sampai lepas order. Harga pun tak mahal sangat around RM19.90 - RM23.00 exclude postage. Kayu dia pun tebal so puas hati lah kalau letak file yang berat dekat shelf ni nanti. Dalam parcel yang dia bagi tu ada manual tapi masalah dia cuma satu lah, semuanya dalam bahasa Cina so tengok gambar je lah dengan harapan yang dipasang tu betul. 



Setengah jam je nak pasang shelf ni sebab dia dah siap label dan buat lubang untuk masukkan skru. Lubang pun tak banyak sebab shelf ni main tindan menindan antara satu sama lain. Bahagian tepi je la yang kena masukkan skru betul-betul. Esok lusa kalau tak suka dengan style ni boleh tukar style lain pulak. 

Material kayu ni bukan setakat tebal, anti-scratch dan waterproof. Bab berkulat tu tak tahu lah pulak sebab belum bekerja dari rumah lagi sampai office terbiar lama. 


Lepas dah pasang, dah letak semua atas shelf ni memang betul lah banyak barangnya. Saiz dia pun ngam-ngam je dekat ruang tu. Masa pasang ni tunggu Rose Gold Document Holder sampai sebab tak suka document holder kotak tu. Dia pun tunggu masa je nak rabak sebab entah dari zaman bila menapak dekat office ni. 

Movie Review | Polis Evo 2 (2018)

 

Pengarah :  Joel Soh, Andre Chiew, Ahmad Izzuddin

Penulis Skrip :  Joel Soh, Kyle Goonting, Anwari Ashraf

Pelakon :  Shaheizy Sam, Zizan Razak, Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira, Rusdi Ramli, Tanta Ginting, Syafie Naswip, Riz Amin, Mike Lucock, Hairul Azreen, Jay Iswazir, Hairie Othman

Syarikat Produksi :  Astro Shaw, Surya Citra Media, Blackflag

Pengedar :  Astro Shaw / Netflix

Genre :  Aksi / Drama

Durasi Tayangan : 138 minit

Tarikh Tayangan : 22 November 2018 (Malaysia), 18 April 2019 (Indonesia)

Trailer :


Sekuel dan installment kedua franchise Polis Evo (2015) membawakan kembali dinamik duo Inspektor Khai (Shaheizy Sam) dan Inspektor Sani (Zizan Razak) dengan mengangkat tema terrorism selain dari penjualan haram dadah syabu. 

Diinspirasikan dari jenayah pengganas yang pernah berlaku di Malaysia, Khai dan Sani mengetuai misi menangkap Riky Kumolo (Tanta Ginting) dengan bantuan dari Inspektor Adli yang datang dari Jabatan Polis Indonesia. Misi mereka gagal disebabkan Rian (Raline Shah) dan kemudiannya membawa mereka semua ke Pulau Cherong di mana Hafsyam aka Saif (Hasnul Rahmat) menawan 200 orang penduduk pulau sebagai tebusan supaya Imam Husyairi dibebaskan oleh pihak polis. 

Tanpa menyedari serangan tersebut, Sani dan anak buah dia, Mat Dan (Syafie Naswip) ditangkap bersama tebusan lain sementara Khai menyiasat aktiviti di pulau tu di bahagian lain. Bila Khai terjumpa dengan Rian, nak tak nak dia terpaksa bekerjasama supaya dapat cari Sani dan minta bantuan dari SAC Dato' Azizat (Erra Fazira), ketua bahagian narkotik. 

Jalan cerita Polis Evo 2 lebih terarah kepada terrorism berbanding penjualan dadah. 10 minit awal je berkisar tentang syabu tapi bila dah ke Pulau Cherong tu sepenuhnya tentang Saif dan perjuangan sesat dia. Kalau dialog dalam previous installment banyak sembang santai dan komedi, dalam sekuel ni banyak pada drama dan mencetuskan provokasi sesuai dengan tema. 

‘Kalau aku betul ahli neraka, kenapa atas takdir Tuhan, aku yang berdiri kau yang melutut? - Saif

Lepas kejayaan filem Polis Evo yang berjaya mengutip sebanyak RM17 juta selepas 20 hari tayangan, franchise ni kembali dengan barisan penulis dan pengarah yang berbeza. Nak bandingkan yang mana lagi best tu macam tak perlu sebab dua-dua pun ada kekuatan sendiri bila installment pertama lebih kepada pengenalan watak Inspektor Sani dan Inspektor Khai kemudiannya mengubah pertemuan mereka kepada persahabatan. Dalam installment kedua pula masing-masing diuji ketahanan fizikal dan mental. Scene Khai suruh Sani untuk kuat untuk lawan dengan puak Saif antara scene yang memberi impak pada penceritaan dan dalam masa yang sama suntik elemen drama dengan lebih mendalam lagi. 

Tak hairan kalau peminat franchise Polis Evo akan tunggu kehadiran installment ketiga sebab kutipan sekuel pun sama hebat dengan yang pertama. Bak kata Khai, selagi laku boh. Dinamik dan keserasian Sam dan Zizan antara kekuatan utama franchise aksi di bawah terbitan Astro Shaw ni. Kalau hilang seorang, terasa kurang umpphh dia. Tapi lakonan Zizan masih lemah terutama pada scene dalam gudang dengan mayat UKAP yang lain. Sama macam sebelum ni dia tak mampu nak carry solo screen dengan skala emosional yang tinggi. 

Dalam Polis Evo, Inspektor Sani kata dia nak selesaikan kes tak main pistol senapang semua ni tapi dalam Polis Evo 2 dia siap main shotgun dan bom buatan. Props dan set dalam filem ni diberi perhatian supaya nampak realistik ditambah pula dengan teknik kamera dan suntingan visual juga sinematografi yang cemerlang. Cuma ada beberapa scene intense, kamera sengaja gegar untuk tonjolkan ketegangan tu tapi sebenarnya tak perlu pun sebab lakonan Hasnul dah cukup cemerlang. 

Banyak watak sampingan dibintangi oleh pelakon atau selebriti ternama seperti Erra Fazira, Rusdi Ramli, Hairul Azreen, Jay Iswazir, Riz Amin dan ramai lagi. Masing-masing deliver watak dengan baik walaupun dalam screentime yang terhad. Watak Rian bawa keseimbangan dalam franchise Polis Evo dan mungkin akan diteruskan dalam installment ketiga dengan karakter yang kuat dan aksi yang mantap di samping watak Khai dan Sani. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.9, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 6.8/10