Bayar Balik Pinjaman PTPTN & MARA Dengan Maybank2U

Friday, 11 August 2017

Bila dah habis belajar ni perkara yang paling merisaukan haruslah kerja. Kalau tak ada kerja macam mana nak bayar balik pinjaman ye dok? Yang mana dah fikir kahwin tu lantak lah, malas sembang.

Okay, some of my friends tanya macam mana nak bayar pinjaman guna maybank2u ni sebab selalu bagitau diorang bayar online je senang yakmat. Serious. 5 minit je dah siap. Tutorial ni untuk pengguna Maybank2u, kalau yang guna khidmat bank lain, tak pasti macam mana sebab dulu nak try guna RHBNow tapi ya tuhannn seksanya. Dah la page dia berat nak load. T.T

So this entry for you guys yang macam dalam kesamaran lagi nak guna khidmat online ni okay?

1) First step, login acc Maybank2u korang. 

2) Pilih Account & Banking kemudian klik Bill Payment dekat bahagian tepi. Tapi selalunya dia dah offer quick link -> Bill Payment so tekan 'Go' je. 


3) Lepas dah masuk ke page Bill Payment, tekan make a one-off payment. 


4) Kemudian pilih Education & Education Loans then tekan 'Continue'


5) Pilih PTPTN Bayaran Pinjaman Balik kemudian tekan 'Continue'


6) Isi berapa amaun yang korang nak bayar, no. IC dengan no telefon. 


Lepas tekan 'Continue' nanti dia akan minta TAC number lepas dah isi TAC number, you are done! 

Itu untuk PTPTN, untuk MARA pulak sama je steps dia cuma yang bezanya, MARA akan minta no akaun MARA kita so before buat payment tu ambil dulu no akaun MARA dekat eBaki MARA


Lepas dah isi semua kotak kosong tu, tekan 'Continue' kemudian masukkan TAC number & you're done! Senang je kan? Tak sampai 5 minit pun. 

Yang bestnya guna perkhidmatan Maybank2u ni nanti boleh check history kalau korang ragu-ragu transaction tu berjaya ataupun tak. Kalau MARA, korang boleh semak dekat jadual pembayaran tu dalam masa 24 jam. Untuk PTPTN pula, korang akan dapat email penghargaan dari pihak PTPTN & ada pautan link ke jadual pembayaran yang dibuat.  

Sekarang ni PTPTN pun tengah galakkan peminjam bayar online sebab mudah & tak ada caj. Dah la senang, cepat pulak tu nak settlekan. Best kan? 

Selamat menghabiskan hutang semuanya. Bye :)

Cabaran 25 Hari Blogging : Fashion Saya

Thursday, 10 August 2017



Balik kembali ke cabaran ni. Entah bila lah nak habis. Asyik lupa je nak buat hahaha. 

Sembang pasal fashion, I ermmm tak lah ermmm pandai sangat nak berfashion tapi cita-cita nak jadi fashion designer tu ada. Pernah buat sketch book dah dulu. Masa sekolah dulu dah design memacam & mostly dah keluar dah dekat pasaran sekarang. Idea tu rupanya semua orang fikir dah cuma siapa yang realisasikan je benda tu. Kalau buat, dah famous dah sekarang hewhewhew

For me lah, I suka pakai maxi dress. Macam masa zaman belajar dulu suka lah sangat pakai kemeja dengan maxi dress apart from baju kurung. Sekarang pun pakai jugak tapi jarang sebab tangan membesar dengan jayanya. Tak muat dah nak sarung kemejaaaaa T.T






Kalau bukan maxi dress dengan kemeja pun, suka pakai kemeja/shirt dengan kain labuh. Jarang sangat nak pakai seluar sebab peha gemuk. Kalau pakai pun pakai palazo hewhewhew





Bab pemilihan baju selalunya nampak cantik je pakai. Tapi haruslah selesa & longgar sebab boleh cover perut buncit campur lemak peha yang tebal. But as long as it is simple & cantik. Tak suka heavy looks. Sebab rimas lahhhhh. Nak pilih baju nak pakai yang mana pun dah ambil masa lama tahu?

Most of my clothes kalau ada yang branded tu semua preloved items je sebab beli dekat carboot sales. Untung nasib ada la beberapa kali jumpa owner baju yang suka membeli tapi malas nak pakai. *sembang orang tapi diri sendiri pun sama*. Kalau beli sendiri pun beli dekat Pasarayaku & Sakan je. Asalkan cantik & selesa dah cukup dah. Branded sangat pun nak pergi mana. Masuk instagram dapat 50 likes jugak lewlz. 

Tapi kalau nak sembang pasal wardrobe memang gedabak sebabnya ayah dah ajar separate baju. Baju untuk pakai dekat rumah, baju pergi event & baju pergi jalan-jalan. Ayah okay, bukan mak. Soooo jadi banyak la baju tu. Pastu campur pulak kategori yang Iolls buat sendiri, baju saiz sekarang, baju yang sedang-sedang dengan baju nanti kurus baru pakai. Banyak kemain baju sampai patah almari. Ni bukan bergurau, ini serius. Almari patah beli baru tinggi sampai siling. Bahagia.

I own some accessories tapi jarang lah pakai sebab cepat rimas kejap lagi mula la menggaru sana sini sampai merah. Untung suami tak payah susah-susah taboq duit baq hangggg

For shoes I prefer wedges sebab manusia ketot tapi nak nampak tinggi jalan catwalk acah Tyra Banks uollsssss. *Pernah je tengah catwalk terpeleot buat malu je nasib pakwe ada tolong sambut* T.T


Handbag pulak suka yang gedabak nanti boleh sumbat macam-macam. Rimas tau handbag kecik rasa tak aman jiwa raga. Tapi sekarang suka beli yang branded sebab kualiti elok boleh tahan lama. I jarang tukar handbag tapi kalau beli make sure design tak ada yang sama untuk mengelakkan pembaziran. 

Okay, that's it. That was mine & so what's yours. Share lah sikittttt ;)

Lemang Periuk Kera

Wednesday, 9 August 2017

Ini bukan entri resipi. Ini entri pengalaman.


Raya lepas banyak jugak lah dapat open house invitation. Tapi tak banyak pun yang mampu pergi sebab penat kerja lepastu jam teruk kemain. Hamboihhhhh

Tapi mana yang sempat pergi tu pergi lah. Tapi open house officemate ni special case. Gigih tau nak pergi walaupun redah kegelapan malam masuk kampung entah celah mana sebabnya nak pergi tengok baby girl dia. 

Nampak comel je bila tidur, bila terjaga kemain riuh menyembang :D

K tipu. Sebenarnya sebab yang ni.


First time sebenarnya makan selepas 26 tahun hidup di muka bumi ni. The taste? Ermm not bad lah but I prefer lemang buluh sebab yang tu dia punya sedap berlemak tambah dengan aroma daun pisang dia tu. Beza dengan lemang periuk kera ni, tak ada bau menggoda pun.

Maybe its me tapi tak tau la pasaipa kan, lemang periuk kera ni tak berapa nak ngam sangat dengan rendang. Dia mau rasa dia ja dok dalam mulut. Ka hampa makan rasa sedap ja? Tapi ya la kot sedap sebab ramai suka. Hewhewhew

Tapi dalam tak berapa mau tu pun, esoknya ada open house, ada lemang periuk kera ni ambik lagi sepinggan. Bukan suka saja nak bagi confirm rasa dia. Tapi sama ja tak boleh pi jauh jugak hahaha

Tapi kami vote lemang buluh lah sedap walaupun makan tak tera mana tapi sedap naik ibu jari pi sampai muka. Tudiaaa keluaq habih utagha pasai dok tengok FB live Bella dengan Bihan main mekap2. Kbaiiiiiii