Sekitar di PBAKL 2026, PWTC Kuala Lumpur

Wednesday, 5 August 2026

 

Kalau ada yang baca entri Nurin kena denggi, nampak lah plan kitorang nak pergi ke PBAKL dekat PWTC. Dah memang jadi event tahunan untuk kitorang dah sebab setiap tahun tunggu event ni walaupun setiap tahun juga cakap dah tak nak pergi dah. 

I ajak Fariha pergi lambat sikit sebab tak nak bersesak dengan orang tapi dia nak jugak pergi hari kedua PBAKL sebab takut novel habis dan tak nak jadi macam PBAKL 2025


Kitorang keluar pukul 9 lebih sebab semua penat, yang kena denggi pun tak lah larat sangat tapi sebab nak berjalan kan, semangat lah jadinya. Dari MRT Kwasa Sentral pergi ke MRT Kwasa Damansara untuk naik laluan Putrajaya lepastu turun dekat stesen Titiwangsa dan tukar pula naik LRT sampai PWTC. Alhamdulillah masa ni tak ramai sangat orang mungkin sebab pagi lagi.


Sama macam tahun-tahun sebelumnya, I tak ada senarai atau wishlist pun nak beli buku apa. Dekat sini lah nak belek buku baru. Kalau ngam, I beli lah. Kalau tak ngam, tanya Fariha dia nak ke tak. Kalau dia nak, ikut suka dia lah nak beli ke tak. I tukang jaga luggage je. 

Pada saat I menjejakkan kaki ke PBAKL ni, I baru je habiskan novel Bintang Tanpa Nama (2024) jadi semangat membaca tu dah mula bertambah sikit. 





PBAKL 2026 ni kitorang baru discover satu benda baru which is......


The Stamp Station!

Tahun lepas ada perasan juga trend main cop cop ni dekat booth tapi tak semua booth ada. Tahun ni galak betul semua booth ada stamp station. Kreatif semuanya!









Dekat dewan DBP ni, ada staff yang tunjuk macam mana nak cop sebab ada 4 cop berbeza untuk lengkapkan satu corak. 


Lepas main cop cop dekat bawah, kitorang naik ke tingkat atas sebab dekat bawah dah start ramai orang. Kitorang pergi booth JIWA nak belek buku baru. Bosan tunggu Fariha belek buku, I menyembang dengan promoter JIWA. Sebab menyembang lah terjebak beli buku baru sampai 5 buah. 


Dalam 5 buah buku tu ada lah novel Kun Faya Kun sebab cover dia cantik warna purple. Lepastu dapat lah bergambar dengan penulis. Beria lah sampai bergambar padahal belum tentu nak baca novel tu hshshs




Cantik betul booth Beyond Chapters ni siap ada pokok lemon lagi. 


Lagi satu benda yang tengah trending untuk industri buku ni adalah merchandise item. Banyak juga booth yang jual stickers comel atau yang berkaitan dengan watak dalam novel-novel laku keras. Ada yang jual bookmark biasa atau bookmark magnet. Rasanya booth Karangkraf dengan IMAN yang ada jual bookmark magnet yang comel. 




Tengah jalan-jalan tetiba ternampak Syasya Rizal dekat booth Zahirah stengah promote buku dia, Siapa Aku. Baru tahu Syasya dah jadi penulis dengan nama pena, Cahaya Amara. Aktif juga lah dia, dah buat comeback sebagai penyanyi lepastu jadi penulis pula. Lepas ni mungkin berlakon. Dia pulak cantik macam mana kan?



Berjalan dekat booth Ink Loaf Publication nampak cover baru Salju Kyoto dari Sara Aisha. Ada banyak juga novel lain ada cover yang vibe seakan sama. Tak pernah lagi baca novel dari penerbit ni, mungkin nanti boleh cuba sebab genre dia nampak macam santai. 


Reruai Blink ni tak pernah tukar interior so dari jauh dah boleh nampak istana dia tu. Setiap tahun juga nampak penulis Ain Maisarah tapi tak pernah lagi baca novel dia. 



Tak ada novel yang menarik sangat dekat booth IMAN tahun ni. Kitorang cuma tengk-tengok dan cop stamp dia je. 


Sementara tunggu Nurin selesai buat kerja dia, I jenguk reruai sebelah lepastu tergelak tengok ikan bilis ni. 


Ann Jfr ni kreatif betul dengan wordplay dan animation dia. Boleh lah lepas ni dia buat siri animasi dia sendiri, mesti cerita dia fun. 







Nak pusing lama-lama pun dah start sakit kepala sebab orang semakin ramai. Dah la panas lepastu serabut perut tengok tempat ramai orang. Tak best tau kalau pergi masa ramai orang sebab ada reruai yang kita terlepas macam Mangosteen, Manes dan lain-lain. I nampak Kak Neddo Khan dekat reruai FIXI tapi ramai sangat orang masa tu so terpaksa lupakan niat nak belek buku baru Kak Neddo. 


Turun bawah nampak penulis Hilal Asyraf dekat reruai dia. Tak ada novel baru pun cuma tahun ni dia keluarkan novel Nirnama dalam tulisan jawi. Tahun lepas tak dapat beli merchandise, tahun ni pun sama juga. Tahun ni pun sama macam tahun lepas, Fariha join meet and greet session dengan penulis. 

Dah selesai dekat atas, kitorang pun decide untuk balik sebab perut pun dah mula nak bergendang, PWTC pun dah penuh dengan orang. Rasanya dah mula ramai sebab kebanyakan reruai ada penulis datang lepastu bahagian bawah lagi ramai sebab pukul 2 petang ada Anna Jobling dengan Jazmy Jumma untuk promote drama Yes! Captain Zul Aaryan

Sebab panas dekat atas, kitorang rehat kejap dekat butik Ariani sebab nak aircond hshshs. Dah masuk butik, mula lah berkenan nak beli tudung. Belek punya belek dapatlah capai dua plain shawl untuk ganti shawl lama. Masa tengah beratur tunggu orang depan selesai buat payment, terdengar pulak drama diorang. 

😫: Kita balik rumah je lah ea. Mommy dah penat lah, tak larat nak tunggu.
😌: Tapi nak jumpa Anna Jobling
😫: Lama tau nak tunggu dia. Kalau dia datang pukul 2 lepastu boleh terus jumpa tak apa lah jugak. Dia datang pukul 2 lepastu pukul 3 baru start meet and greet. 
😌: Aduhhh tapi bila lagi nak jumpa Anna Jobling?
😀: Eh dik, yang kau beria sangat nak jumpa Anna Jobling dah kenapa? Mommy pun muka macam Anna Jobling tau!

Terdiam terus satu butik dengar statement mak saudara dia. Cashier senyap, kitorang lagi lah senyap. I rasa dalam situasi masa tu mak budak tu mesti awakward dan segan sebab muka dia tak sama macam Anna Jobling satu hal, adik dia buat statement merepek sampai satu butik pandang satu hal lagi. Adik dia letak dia dalam tough situation jugak lah sebenarnya. Nasib baik cashier tu selamatkan keadaan dengan settlekan urusan pembelian. 


Selesai dekat Ariani, kitorang keluar ikut pintu lain sebab kawasan belakang tu tak menyinggah lagi. Masa nampak reruai Arab dekat belakang tu tak berani lah nak masuk sebab pak Arab dah la muka cengey. Rupanya kalau masuk boleh dapat air zam-zam free. Padan muka lah judge orang sampai terlepas benda bagus. 

Tahun depan tak pasti lah perancangannya macam mana pulak tapi yang pastinya, tak nak dah beli buku JIWA. Mungkin kena buat list lah nak pergi reruai mana dulu untuk elakkan terlupa singgah. 

KUALA LUMPUR, 4 OGOS 2026 – Karnival Jom Heboh (KJH) Sarawak Segulai Sejalai 2026, Kota Samarahan berjaya mencetuskan fenomena luar biasa apabila memecahkan rekod kehadiran dengan lebih 300,000 pengunjung membanjiri tapak acara sepanjang tiga hari penganjurannya. Sambutan hangat dan kehadiran di luar jangkaan ini membuktikan acara padang terbesar negara ini terus mendapat tempat istimewa di hati masyarakat Bumi Kenyalang.

Penganjuran kali ini melakar sejarah tersendiri apabila KJH menjadi penganjur pertama yang merasmikan tapak acara baharu, di Pekarangan Sebelah Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS). Kejayaan penganjuran sulung ini bukan sahaja memperlihatkan semangat Segulai Sejalai yang kukuh dalam kalangan penduduk setempat, malah membuka potensi besar untuk KJH kembali semula ke Kota Samarahan pada masa hadapan.

Pihak penganjur turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP), Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) atas sokongan padu, kerjasama dan komitmen padu dalam memastikan kelancaran serta keselamatan sepanjang karnival berlangsung.

Acara Jom Heboh Fun Run yang menjadi antara pengisian utama karnival berjaya menghimpunkan hampir 2,000 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat, belia serta seisi keluarga menerusi penganjuran yang tampil berwajah baharu. Para peserta bukan sahaja berpeluang membawa pulang medal finisher eksklusif buat julung kalinya, malah turut menerima jersi rasmi, tote bag, bib eksklusif dan goodies yang menarik!. 

Tahun ini, larian turut diperluaskan kepada dua kategori iaitu 5KM dan 8KM. Bagi menggalakkan penyertaan seisi keluarga, Jom Heboh Fun Run turut memperkenalkan Pakej Keluarga eksklusif bagi kategori 5KM, yang menawarkan kadar istimewa untuk penyertaan empat (4) orang dalam satu pendaftaran. Lebih mengujakan, pelbagai hadiah cabutan bertuah menarik diberikan kepada para peserta, selain kemeriahan bersama personaliti Media Prima serta artis antaranya Aepul Roza, Zairi Aziz, Ariana Yusof dan ramai lagi selebriti yang telah memeriahkan acara ini.

Reruai Studio Tonton Drama Sangat (STDS) terus menjadi antara lokasi tumpuan dengan pelbagai aktiviti interaktif seperti Karaoke Challenge serta Coloring Contest untuk kanak-kanak. Pengunjung juga tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra bersama selebriti dan personaliti popular seperti Ariana Yusof, Cristina Suzanne, Chacha Maembong, Cahaya Nilam, Irfan Zaini, Nasuha Sulaiman dan Zairi Aziz menerusi sesi beramah mesra yang berlangsung sepanjang karnival.

Selain itu, lebih 60 reruai daripada pelbagai jenama dan agensi turut memeriahkan karnival dengan pelbagai aktiviti interaktif, promosi eksklusif dan tawaran menarik. Dunia Kreatif NSTP serta pelbagai zon gaya hidup yang menampilkan makanan viral dan tempatan turut menjadi tumpuan pengunjung sepanjang acara berlangsung.

Acara kemuncak Konsert Jom Heboh yang berlangsung selama dua malam berturut-turut menjadi tumpuan utama warga utara, malah turut menarik kehadiran peminat dari Kuching apabila ribuan peminat memenuhi kawasan konsert. Malam Sabtu dimeriahkan dengan persembahan hebat daripada Haiza Hanafi, Mariam Saim, Aepul Roza, Fiq Halim, Aweera dan Kristal X, manakala malam Ahad pula menyaksikan persembahan bertenaga daripada Baby Shima, Wany Hasrita, K.O.I, Syamel dan Marsha Milan yang berjaya mencipta suasana luar biasa dengan sorakan gemuruh para peminat.

Miri Menjadi Destinasi Seterusnya!

Melihat kepada sambutan yang cukup menggalakkan dan suasana penuh kemeriahan di Kota Samarahan, jelajah Karnival Jom Heboh Sarawak tidak berhenti di sini. KJH bakal meneruskan kembara hiburan keluarga ini dan menemui peminat di lokasi seterusnya iaitu Miri pada penghujung September depan.

Secara keseluruhannya, Karnival Jom Heboh Sarawak Segulai Sejalai 2026 Kota Samarahan, bukan sahaja berjaya menyatukan masyarakat menerusi pelbagai aktiviti gaya hidup sihat, hiburan dan kemasyarakatan, malah membuktikan ikatan utuh KJH sebagai platform hiburan keluarga teras negara yang sentiasa dinantikan.

Gunakan tanda pagar rasmi kami #JomHeboh, #KarnivalJomHeboh, dan #KJHSarawak untuk berkongsi detik istimewa anda. Untuk maklumat lanjut, layari www.jomheboh.com.my atau ikuti kami di Facebook dan Instagram: @jomhebohofficial.