Movie Review | Sunny Sanskari Ki Tulsi Kumari (2025)

Sunday, 30 November 2025


Pengarah: Shashank Khaitan 
Penulis Skrip: Shashank Khaitan, Ishita Moitra 
Pelakon: Varun Dhawan, Janhvi Kapoor, Sanya Malhotra, Rohit Saraf   
Syarikat Produksi: Dharma Productions, Mentor Disciple Entertainment   
Pengedar:  Dharma Productions, Netflix
Genre: Romantik / Komedi 
Durasi Tayangan: 135 minit
Tarikh Tayangan:    
Trailer:


Selepas 2 tahun mempunyai hubungan istimewa, Sunny Sanskari (Varun Dhawan) ditinggalkan oleh Ananya (Sanya Malhotra) sebaik sahaja wanita tersebut pulang dari Itali. Ananya bakal berkahwin dengan Vikram Singh (Rohit Saraf), taikun bisnes di India. Tak putus asa, Sunny pujuk Tulsi Kumari (Janhvi Kapoor), bekas teman wanita Vikram untuk batalkan majlis perkahwinan Ananya dan Vikram. 

Plan mereka adalah untuk tinggal di hotel yang sama, tempat majlis perkahwinan Ananya dan Vikram diadakan. Di sana Sunny dan Tulsi akan muncul sebagai pasangan kekasih dan buat Ananya juga Vikram cemburu. Rakan baik Sunny, Buntu (Abhinav Sharma) bantu mereka untuk pastikan rancangan berjalan dengan lancar. 


Kerana personaliti Sunny yang periang dan mesra, dengan mudahnya Kuku (Maniesh Paul), si wedding planner masukkan nama Sunny dan Tulsi dalam semua acara. Maka bermulalah pelbagai episod kelakar dan huru-hara yang berlaku antara dua pasangan tersebut. Berjaya tak sunny dan Tulsi dapat balik cinta mereka, kena tengok lah dekat Netflix. 

Dah lama tunggu Shashank Khaitan bekerja lagi dengan Varun Dhawan selepas filem Humpty Sharma Ki Dulhania (2014) dan Badrinath Ki Dulhania (2017) tapi Dharma Productions tak lagi promote Alia Bhatt dan Varun Dhawan sebagai Bollywood Jodi sebaliknya menggantikan tempat Alia Bhatt dengan Janhvi Kapoor. 


Penceritaan Sunny Sanskari Ki Tulsi Kumari diadun dalam template yang santai menggunakan genre rom-com diterajui oleh Varun Dhawan. Walaupun Rohit Saraf mencuri perhatian dan senyuman sebagai Vikram Singh tapi dia tak mampu lawan sisi charming dan harami type Varun. Happy teruk bila tengok Varun lakonkan watak Sunny Sanskari sebab the OG Varun Dhawan is back. Sunny Sanskari screams ‘looks swami but harami type’. Kalau pernah tengok filem Main Tera Hero (2014), confirm boleh faham. 


Beberapa babak dan dialog yang digunakan dalam Sunny Sanskari Ki Tulsi Kumari menjadi reference kepada beberapa filem seperti Chak De India (2007), Kuch Kuch Hota Hai (1997), Mr. India (1987), Kabhi Khushi Kabhi Gham (2000), Baahubali (2015) atau filem Rocky Aur Rani Kii Prem Kahaani (2023) di mana Shashank menjadi pembantu penulis untuk filem tersebut. Personaliti Sunny juga sedikit sebanyak dipengaruhi oleh Govinda dan Salman Khan dalam beberapa filem komedi Bollywood. Tergelak masa Sunny teka Kangana Ranaut masa Ananya bagi klu dalam game sebab in real life, Sanya Malhotra idolakan Kangana Ranaut dalam dunia lakonan. 


Lepas berganding bersama dalam filem Bawaal (2023) sebagai pasangan suami isteri, Janhvi sekali lagi jatuh cinta dengan Varun. Energy Janhvi sama kuatnya dengan Varun, in fact comic timing duo ni wujudkan dinamik yang menghiburkan untuk babak-babak komedi pada first half filem.

Chemistry antara Varun dan Janhvi menguatkan lagi agenda Karan Johar untuk tampilkan new jodi in Bollywood. Babak Tulsi dengan Sunny minum air kelapa tu sama macam babak dalam Badrinath Ki Dulhania. I have no complaints for this new jodi sebab dah hanyut dalam kisah cinta mereka sebelum ni. Bila Tulsi pandang Sunny dah nampak yang dia mula nampak cinta sebenar walaupun baru berapa hari berjumpa. 


Masa dia suap makanan dekat Sunny pun berbeza sangat gesture dia nak bandingkan dengan hari pertama mereka dua berlakon sebagai pasangan kekasih. Dari teragak-agak kepada naturally with gentle and care. Dia tak kisah langsung Ananya atau Vikram tengok adegan mereka masa tu. Emosi bila tengok Sunny dengan Tulsi ada deep conversation sebelum tidur sebab Nisha tak dapat peluang tu walaupun berkahwin dengan Ajay.  

Tanishk Bagchi hidupkan lagi dunia romantik dua pasangan ni dengan 7 buah lagu yang mempunyai jiwa dan emosi tersendiri. Masa Dharma Productions promote filem Sunny Sanskari Ki Tulsi Kumari, tertarik dengan Panwadi sebab Rohit comel sangat tapi bila tengok full movie, lahhh jatuh cinta dengan semua lagu. 



Music album Sunny Sanskari Ki Tulsi Kumari antara music album terbaik untuk tahun 2025. Lagu Tu Hai Meri dari Sachet-Parampara mengasyikkan sementara Tumse Behtar jadi lagu patah hati yang menusuk. Lagu Bijuriya ada vibe yang sama dengan lagu Bijli dalam filem Govinda Naam Mera (2022). 

I had fun watching Sunny Sanskari Ki Tulsi Kumari tapi filem cinta Shashank Khaitan yang terbaru ni tak deep sangat macam filem Badrinath Ki Dulhania sedangkan ada mesej tentang keluarga dan women empowerment. Ruang untuk watak Ananya terhad sangat dan tak ada confrontation pun dengan watak Vikram. Lagi menarik kalau Ananya yang points out masalah keluarga Vikram walaupun kaya. Tulsi dah lama nampak perkara tu sebab tu dengan mudah dia jatuh cinta dengan Sunny. 

Comel teruk Rohit masa ni, teringat zaman dia remaja dalam The Sky Is Pink

Masa Sunny sembang pasal tak menghargai apa yang ada depan mata tu pun macam tak kena sebab dia pun baru kenal Tulsi. Boleh faham lah kalau dia keliru sama ada nak teruskan dengan Ananya atau mulakan hidup baru dengan Tulsi. Varun jalankan tugas dengan baik sebagai pelakon yang dibayar paling tinggi tapi nampak preachy bila dia nak advise semua orang sedangkan dia pun dalam keadaan yang bergelora. 


Keseluruhannya, Sunny Sanskari Ki Tulsi Kumari berjaya sebagai filem romantik komedi yang menghiburkan. Cameo dari Dharna Durga dan Prajakta Koli mencuri tumpuan dan meninggalkan impak untuk elemen komedi. To another journey with Varun-Janhvi! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.8 = 8.7/10

Movie Review | Homebound (2025)


Pengarah: Neeraj Ghaywan  
Penulis Skrip: Neeraj Ghaywan, Varun Grover, Shreedhar Dubey
Pelakon: Ishaan Khatter, Vishal Jethwa, Janhvi Kapoor, Harshika Parmar  
Syarikat Produksi: Dharma Productions   
Pengedar: Dharma Productions   
Genre: Drama
Durasi Tayangan: 122 minit
Tarikh Tayangan: 21 Mei 2025 (Cannes), 26 September 2025 (India)   
Trailer:


Filem bermula dengan babak Shoaib (Ishaan Khatter) dan Chandan (Vishal Jethwa) menuju ke stesen keretapi untuk mengambil ujian kelayakan sebagai konstabel polis. Melihat keadaan yang sesak dan padat dengan calon ujian lain, Chandan mula patah semangat namun Shoaib pujuk dia supaya jangan menyerah dengan impian mereka berdua. 

Dilahirkan dalam keluarga berkasta rendah, Shoaib dan Chandan sentiasa dikeji tak kira lah sebagus mana mereka dalam apa yang diceburi. Jalan untuk mereka berdua keluar dari kehidupan tersebut ialah dengan menjadi pegawai polis walaupun hanya 3,500 orang akan dipilih dari 2.5 juta calon. Hassan Ali (Pankaj Dubey) berusaha dapatkan kerja di Dubai untuk anaknya tapi Shoaib tak mampu tinggalkan India kerana bagi dia, apa yang ada di India takkan sama dengan di Dubai. 


Sudha (Janhvi Kapoor) berfikiran yang pelajaran akan bawa mereka pergi lebih jauh kerana itu jalan yang diajar oleh idola mereka, Dr B.R. Ambedkar. Kalaupun berjaya dapat jawatan konstabel tak bermaksud mereka akan dilayan elok. Semasa hidup, ayahnya cuma berada di posisi yang sama tanpa kenaikan walaupun rajin bekerja. Sudha tak nak Chandan dilayan sama seperti mendiang ayahnya. 

Untuk hidup pun Chandan tak mampu pergi jauh kerana banyak jalan yang ditutup, apatah lagi untuk belajar ke peringkat yang tinggi. Yuran satu sem di universiti adalah dengan korbankan impian adiknya, Vaishali (Harshika Parmar). Ayah Chandan (Dadhi R. Pandey) berkorban dengan bekerja di kilang tekstil kerana gaji yang lebih bagus dari menjadi buruh namun Chandan berkeras untuk pergi kerana tak sanggup tengok ayah dia yang tua berkerja siang dan malam sementara dia selesa di kolej. 


Filem Homebound yang mendapat tayangan perdana di Cannes Film Festival lalu mendapat 9 minit standing ovation dari barisan juri dan penonton di sana. Filem arahan Neeraj Ghaywan juga dipilih oleh India untuk pencalonan kategori Best International Feature Film di Academy Award ke 98. 

Kisah Shoaib dan Chandan diambil dari kisah benar Mohammad Saiyub dan Amrit Kumar yang pernah diceritakan dalam New York Times hasil nukilan Basharat Peer. Walaupun kisah persahabatan tersebut menjadi tema utama Homebound namun plot utama dan kebanyakan babak adalah fiksyen. Pelik dengan konsep ni tapi bila dapat tahu Censor Board potong 11 babak dalam Homebound, boleh faham kenapa Dharma Productions buat disclaimer macam tu. 


Bila tengok kisah yang menggunakan watak kasta rendah, dah boleh nampak hala tuju cerita tapi penceritaan Homebound ada keaslian dan kekuatannya tersendiri. Realiti kehidupan masyarakat India yang berpaksikan kasta hingga wujudkan perpecahan sesama sendiri. Tak lari jauh pun dengan masyarakat Malaysia yang masih lagi anggap kaum lain sebagai pendatang. Tak kisah lah duduk di kampung yang konservatif atau di bandar dengan pemikiran moden. 

Masalah yang susah nak ditangani saban zaman. Sama seperti apa yang dipaparkan dalam Dhadak 2 (2025), kisah cinta berbeza kasta, naskhah terbitan Dharma Productions. Perbalahan antara Sudha dan Chandan antara babak menarik dan realistik kerana berada dalam kasta yang sama namun mempunyai perspektif dan pandangan berbeza. 


Diskriminasi yang ditunjukkan dalam filem Homebound tak banyak tapi reaksi Shoaib dan Chandan jelas tunjukkan betapa sakit dan seksanya berjalan dalam kasut mereka berdua. Babak Shoaib kecewa bila dimalukan oleh rakan sekerja walaupun berjaya pecah rekod di syarikat tu jadi bukti kukuh yang jalan mereka sentiasa ditutup oleh manusia yang prejudis terhadap kasta rendah. Babak Chandan rasa takut dengan pandangan pegawai Kerajaan pun digambarkan dengan cemerlang sebagai trauma yang dialami oleh watak tersebut.

Persahabatan Shoaib dengan Chandan yang buatkan dunia mereka terlihat mudah. Bila Shoaib hilang semangat, Chandan cepat-cepat pujuk. Sama juga bila Chandan murung, Shoaib akan tiup semangat supaya sahabat dia senyum balik. Jadi emosi bila tengok Chandan dengan Shoaib bergaduh, bertambah emosi bila tengok klimaks. Ishaan Khatter dan Vishal Jethwa hidupkan watak sahabat karib ni dengan cemerlang sampai tinggalkan impak yang mendalam lepas 122 minit tayangan. 


I dah familiar dengan lakonan Ishaan dalam watak-watak yang mencabar seperti filem Beyonds the Cloud (2018) atau drama A Suitable Boy (2020) jadi watak Shoaib bukan sesuatu yang sukar untuk dibawakan. Kagum dengan lakonan Vishal yang pernah muncul dalam Mardaani 2 (2019) sebagai watak antagonis. Dalam filem tu pun dia dah mencuri perhatian dengan bakat lakonan apatah lagi dalam watak yang kompleks seperti Chandan Kumar dalam Homebound. 


Janhvi Kapoor mempunyai ruang yang terhad dalam filem Homebound namun menggunakan ruang yang ada sebaiknya lalu menguatkan lagi penceritaan. Dialog yang berunsur diskriminasi terhadap wanita dilontarkan terhadap Chandan dalam tempoh yang singkat. Sama seperti babak ibunya, Phool dengan bersahaja bagitahu Chandan, hanya kaki berkerak diwarisi oleh keluarga atau kata-kata Vaishali yang geram terbeban dengan masalah hidup. Lakonan pelakon sampingan yang lain juga mendukung penceritaan untuk wujudkan emosi dan suasana yang diperlukan.

Babak pekerja berjalan dalam gelap untuk pulang ke kampung akibat lockdown terlihat mengerikan walaupun visual Pratik Shah tampil berseni dan artistik. Rasa bersalah dan bersyukur sebab tak perlu hadap apa yang mereka tempuh untuk hidup dalam tempoh masa tu. I ingat lagi pernah geleng kepala baca berita kilang kena serbu sebab beroperasi waktu lockdown tapi bila tengok Homebound terus rasa bersalah pertikaikan keterdesakan orang lain untuk hidup. 


Homebound tak preachy tentang kehidupan dengan diskriminasi tapi paparkan realiti hidup dan buat kita rasa tak selesa walaupun kita bukan golongan yang menindas. Rasa yang sama timbul lepas menonton filem Parasite (2019). 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought 1+ = 10/10

Movie Review | Tere Ishk Mein (2025)


Pengarah: Aanand L. Rai 
Penulis Skrip: Himanshu Sharma, Neeraj Yadav  
Pelakon: Dhanush, Kriti Sanon, Paramvir Singh Cheema, Tota Roy Chowdhury, Prakash Raj, Mohammed Zeeshan Ayyub  
Syarikat Produksi: Colour Yellow Productions, T-Series Films    
Pengedar: AA Films (India), Antenna Entertainment (Malaysia)
Genre: Romantik / Drama 
Durasi Tayangan: 169 minit
Tarikh Tayangan: 28 November 2025    
Trailer:


Leftenan Shankar Gurukkal (Dhanush) digantung dari tugas apabila melanggar arahan pegawai atasan dengan menyerang pesawat tentera China. Kerana kredibiliti dia sebagai juruterbang terbaik di Kem Tentera Leh, Ved arahkan supaya Shankar mendapatkan rawatan psikologi dengan psikiatri terbaik, Dr. Mukti Beniwal (Kriti Sanon). Namun Shankar dan Mukti mempunyai sejarah silam. 

7 tahun lepas, Shankar bertanding sebagai Presiden untuk Delhi University Students Union lalu berjumpa dengan Mukti yang sedang bentangkan tesis untuk subjek Psikologi. Mukti perlukan bantuan Shankar sebagai subjek eksperimen untuk jadi bahan bukti di mana psikologi boleh mengubah sifat agresif dan keganasan bertukar menjadi baik. 


Kerana kecantikan Mukti, Shankar bersetuju dan mereka semakin lama semakin rapat sepanjang berbulan luangkan masa bersama. Mukti dapat tahu Shankar mempunyai trauma berkaitan ibunya namun Shankar tak pernah bercerita tentang perkara tersebut. Sebaik saja tesis Mukti diluluskan oleh pensyarah, Abeer pulang berjumpa dengan Mukti untuk bincangkan tentang perkahwinan mereka. 

Patah hati dengan Mukti, Shankar bawa diri namun Mukti minta Shankar berjumpa dengan ayahnya di rumah. Yashwant Beniwal (Tota Roy Chowdhury) merupakan Setiausaha Bersama Kerajaan dan disegani oleh masyarakat setempat. Yashwant letak syarat kepada Shankar untuk ambil ujian UPSC. Sekiranya Shankar lulus, dia bersedia untuk bincang tentang perkahwinan Mukti dan Shankar. Shankar berjanji tak akan hubungi Mukti sehingga dia lulus ujian tersebut namun masa yang diambil terlalu lama hingga Mukti abaikan janji tersebut. 


Filem romantik drama Tere Ishk Mein merupakan spiritual sequel dengan filem Raanjhanaa (2013) arahan Anand L. Rai di mana mengekalkan Dhanush sebagai pelakon utama. Kembali bekerjasama dengan Anand ialah penulis Himanshu Sharma yang juga menjadi penulis utama dalam Raanjhanaa dan dibantu oleh Neeraj Yadav. Tere Ishk Mein mendapat tayangan perdana di International Film Festival of India (IFFI) yang ke-56.

Perjalanan filem Tere Ishk Mein bersilih ganti antara masa sekarang dan 7 tahun lepas, sedikit demi sedikit kisah cinta antara Shankar dan Mukti dikupas. Dari awal dah nampak Shankar memang suka dengan Mukti kerana kecantikan dia tapi lama-kelamaan rasa suka dia lebih dari itu kerana hanya Mukti yang boleh hilangkan trauma dia. Namun perasaan Mukti terhadap Shankar ambil masa yang lama sehingga kita tertanya-tanya tahap kewarasan dan pertimbangan setiap pilihan yang dibuat. 


Dekat first half Tere Ishk Mein dah cantik perjalanan Shankar dan Mukti tapi bila masuk second half, cerita mula longgar dengan drama yang melebih-lebih. Kemunculan watak Murari Gupta (Mohammed Zeeshan Ayyub) di Banaras sebagai watak simbolik pertalian antara Raanjhanaa dan Tere Ishk Mein tapi watak dia tak lah meninggalkan impak yang kuat. Dia cuma kuatkan semangat Shankar dan jelaskan kenapa penulis guna nama Shankar dan Mukti dalam cerita. Shankar sebagai dewa dan Mukti atau moksha merupakan kebebasan dalam kitaran hidup. 

Banyak juga persoalan yang muncul dengan penulisan cerita Tere Ishk Mein macam babak Mukti bentangkan kaunseling akan jadi jalan penyembuhan untuk keganasan tapi bila jumpa dengan Shankar, dia pula yang angkat tangan. Sama juga dengan babak Yashwant tegaskan dia tak perlu drama kelas bawahan dari Raghav Gurukkal (Prakash Raj) kemudian dia pula yang sengaja wujudkan drama. Merepeknya Presiden DUSU tak tahu UPSC tu apa dan tak pandai English. 


Penggunaan topik psikologi dalam Tere Ishk Mein tersangatlah lemah dan merepek terutamanya bila Mukti yakinkan pensyarah dia yang keganasan seperti apendiks. Tak berguna dan boleh dibuang melalui pembedahan. But it just that, tak ada method yang dia guna untuk kukuhkan teori dia. Penggunaan psikologi cuma dicampak masuk untuk jadi latar pertemuan Mukti dan Shankar. Banyak kali Mukti tegaskan dia tahu macam mana nak handle Shankar tapi hakikatnya, dia gagal. Emosi dan trauma Shankar terlalu dalam untuk dia ubat dengan kecantikan paras rupa. 

Kekuatan Tere Ishk Mein terletak pada lakonan Dhanush sebagai Shankar yang hidup sebagai kasta bawah dan terperangkap dalam trauma hidup. Watak Shankar ada banyak lapisan emosi yang ditonjolkan dari awal hingga ke hujung filem walaupun persona sebagai juruterbang tak lah begitu meyakinkan. 


‘I pray to Lord Shiva that may you have a son ... so you also can understand that those who die in love ... they too are a son of someone’ - Shankar



Pedih tengok Shankar patah hati dalam lagu Aawaara Angaara nyanyian Faheem Abdullah. Emosi yang sama pernah dimasukkan dalam lagu Saiyaara (2025) dengan bait lirik pilu dari Irshad Kamil. Music maestro A.R. Rahman cipta 9 lagu untuk filem Tere Ishk Mein tapi tak semua lagu meninggalkan impak yang kuat seperti Tere Ishk Mein – Arijit Singh dan Aawaara Angaara. 

Chemistry Dhanush dengan Kriti for me, tak lah kuat sangat sebab ada masanya Kriti macam clueless dengan watak dia. Kalau jadi dia pun boleh faham sebab skrip Tere Ishk Mein sendiri pelik. Macam mana Mukti boleh fikir yang Shankar akan setuju untuk jaga anak dia because spiritually, dia mengandungkan anak Shankar. 


Sama macam Raanjhana, filem Tere Ishk Mein pun paparkan toxic love. Anand L. Rai nak letak di bawah label messy love tapi ugghhh it doesn’t sit right with me sebab Mukti tersangatlah red flag. 
Terima kasih Antenna Entertainment atas jemputan untuk special screening Tere Ishk Mein.

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.5 = 6/10

MARSHA MILAN SERIKAN MALAYSIA FEST DI SYDNEY

Saturday, 29 November 2025

MARSHA MILAN SERIKAN MALAYSIA FEST DI SYDNEY | SUNTIK PESONA BORNEO & NOSTALGIA DI PENTAS ANTARABANGSA

Kuala Lumpur, 29 November 2025 – Penyanyi versatil tanah air, Marsha Milan, sekali lagi mengharumkan nama Malaysia apabila dijemput khas membuat persembahan di Malaysia Fest yang berlangsung di Tumbalong Park, Sydney, Australia pada 22 November lalu. Festival budaya tahunan yang menghimpunkan rakyat Malaysia serta masyarakat antarabangsa itu berjaya menarik kehadiran lebih 20,000 pengunjung sepanjang hari.

Dalam persembahan yang penuh bertenaga dan menyentuh jiwa, Marsha membawakan deretan lagu popularnya seperti Hening Rindu dan Cinta yang mendapat sorakan gemuruh penonton. Beliau turut menyerikan pentas dengan rangkaian lagu berunsur identiti Borneonya, termasuk Sumandak Sabah, Pelangi Pasti dan Nalan Nalan menjadikan persembahan tersebut antara momen paling disambut hangat oleh komuniti Malaysia yang menetap di Sydney. 

Marsha berkongsi rasa bangga dan teruja apabila diberi peluang mewakili Malaysia di pentas antarabangsa melalui Malaysia Fest 2025. “Saya berasa sangat bangga dipilih mewakili Malaysia di Sydney. Melalui album Misompuru serta lagu seperti Cinta dan Hening Rindu, saya dapat mengetengahkan keindahan budaya dan muzik negara kita kepada khalayak antarabangsa,” katanya.

Menceritakan persiapan khusus untuk pentas di Sydney, Marsha bersama pasukannya memastikan persembahan berjalan lancar dan bertenaga. “Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Kebimbangan saya hanyalah tentang tenaga dan momentum pentas, tetapi hasilnya sangat memuaskan. Kami turut dibantu oleh penari daripada Wandie Space Art Performance dan saya sekali lagi bekerjasama dengan Saerah untuk menghasilkan gaya kontemporari-tradisional sepanjang persembahan,” jelasnya.

Penglibatan Marsha dalam Malaysia Fest 2025 bukan sahaja menyerlahkan kualiti seni yang dibawanya, tetapi juga menegaskan peranannya sebagai wajah budaya Malaysia di pentas antarabangsa. “Detik paling istimewa bagi saya ialah melihat semua orang menyanyi dan menari bersama. Sebagai seorang penyanyi, sokongan seperti itu merupakan pencapaian terbesar. InsyaAllah, saya berharap peluang ini menjadi satu batu loncatan untuk saya terus melangkah lebih jauh sama ada melalui persembahan atau karya baharu yang mampu menyentuh hati semua pendengar,” tambahnya lagi.

Menurut CEO MFest, Syahmi Ismail, penganjuran edisi kali ini membawa misi lebih besar dan mendalam. “Penganjuran festival ini adalah simbol sokongan golongan belia dan pelajar Malaysia di Sydney terhadap kempen Visit Malaysia 2026, selain mempromosikan negeri dan budaya kita kepada dunia. Pemilihan artis sangat teliti kerana mereka akan menjadi ‘Suara Malaysia.’ Mereka mestilah ikon seni yang berpengaruh di peringkat antarabangsa,” katanya mengenai penampilan Marsha.

Malaysia Fest merupakan antara platform luar negara paling berpengaruh dalam mempromosikan warisan budaya, muzik, seni dan identiti Malaysia kepada khalayak global. Tahun ini, acara tersebut tampil lebih meriah dengan penyertaan komuniti Malaysia dari pelbagai negeri, termasuk Sabah dan Sarawak sekali gus menjadikannya perayaan budaya terbesar dianjurkan oleh diaspora Malaysia di Sydney.

Untuk maklumat terkini berhubung Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Facebook, @alternate.my_ di Instagram dan @alternate.rt_ di TikTok.

SEPARUH NAFAS CINTA DRAMA VERTIKAL YANG MENAMPILKAN ZAZZLEEN SEBAGAI IBU MENTUA DARI NERAKA

Friday, 28 November 2025

Kuala Lumpur, 28 November 2025 - Hari yang sepatutnya paling indah buat Ariana bertukar menjadi tragedi yang tak pernah terlintas dek akal. Tunangnya, Iskandar, hilang tanpa jejak sebelum akad, memaksa Hariz, adik Iskandar, menjadi “pak sanggup” demi menyelamatkan maruah keluarga. Dari dilema itu bermulalah perkahwinan paksa penuh dendam, syarat dan rahsia, membuka tirai drama bersiri vertikal baharu, Separuh Nafas Cinta, yang bakal disiarkan eksklusif di TikTok Drama Sangat dan Tonton mulai 1 Disember 2025, dengan tayangan dua episod setiap hari pada jam 12.00 tengah hari dan 8.00 malam.

Drama vertikal Media Prima ini menampilkan gandingan pertama kali finalis Pencarian Pelakon Drama Sangat, iaitu Amin Sufian dan Ariana Yusof, selain Amri Dahlan dan Zazzleen. Dengan 60 episod berdurasi 2-3 minit setiap episod, ia menjanjikan debaran berterusan yang membuat penonton tertanya-tanya sama ada cinta dan pengorbanan mampu bertahan ataupun akhirnya rebah di tengah badai.

Separuh Nafas Cinta menyelami perjalanan Ariana (lakonan Ariana Yusof) dalam rumah tangga yang dimeterai tanpa kerelaan. Biarpun bersetuju berkahwin, Ariana menetapkan syarat jelas bahawa Hariz (lakonan Amin Sufian) mesti menceraikannya selepas enam bulan. Namun keadaan menjadi semakin rumit apabila Ariana diburu tekanan demi tekanan, khususnya daripada Juhara (lakonan Zazzleen), ibu mentua yang langsung tidak merestui kehadirannya.

Tinggal di bawah satu bumbung, rumah Juhara menjadi medan penderaan fizikal dan emosi. Ariana terpaksa menempuh kehidupan seperti pembantu rumah, menanggung pelbagai derita, sementara Hariz tersepit dalam kedudukan sukar sebagai seorang anak dan suami. Mampukah mereka menemui kedamaian di tengah pusaran sengsara ini?

Lebih menarik, siri ini turut menandakan kemunculan semula Zazzleen dalam watak antagonis, sebuah transformasi berani yang jauh daripada persona komedi yang sinonim dengannya. Kali ini, beliau menjadi nadi konflik utama, membawa karakter ibu mentua kejam dan penuh manipulasi, yang dijangka membuat penonton “naik darah” setiap kali muncul.

Zazzleen berkongsi tentang peranannya sebagai Juhara, “Selama ini saya dikenali dengan watak ceria dan komedi, jadi bila ditawarkan watak Juhara, saya tahu ini cabaran besar. Saya betul-betul perlu keluar daripada zon selesa. Juhara bukan saja garang, dia penuh tipu daya dan sanggup buat apa saja demi kemahuannya. Saya tak sabar nak tunggu reaksi penonton dengan lakonan saya kali ini.”

Ariana Yusof, yang pertama kali diberikan peranan heroin selepas menjadi finalis Pencarian Pelakon Drama Sangat, berkata, “Ini satu pencapaian besar untuk saya. Sebagai watak utama, saya tahu saya perlu buktikan kemampuan sepenuhnya. Ariana ini emosinya kompleks, dikhianati, dipaksa berkahwin dan kemudian berdepan ibu mentua yang kejam. Saya anggap ini peluang untuk tunjukkan kepelbagaian dan kekuatan lakonan saya.”

Turut melengkapi drama ini ialah lagu “Benar Indah”, nyanyian Kai Deva dengan hasil produksi, komposisi dan lirik oleh Firdaus Rahmat, yang tampil dengan kemunculan sulung cukup menyerlah sebagai runut bunyi rasmi.


Separuh Nafas Cinta mengangkat kisah sarat pengorbanan, tekanan emosi serta drama mentua-menantu yang menyeksa jiwa. Nantikan tayangannya bermula 1 Disember 2025 eksklusif di TikTok Drama Sangat dan Tonton.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama dan rancangan kegemaran anda, layari Facebook, X, YouTube dan Instagram TV3 di @TV3Malaysia, ikuti juga Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasangat serta platform rasmi tonton di Facebook, X, TikTok dan Instagram di @tontonmy.

JAFF Market 2025 kembali dengan penganjuran yang lebih besar dan lebih strategik! Acara industri selama tiga hari ini bakal berlangsung hujung minggu ini di Jogja Expo Center (JEC), Yogyakarta, dari 29 November hingga 1 Disember, bertindak sebagai platform utama yang memacu karya pembikin filem Asia, termasuk Malaysia, ke pentas global melalui rangkaian pembeli, pelabur dan rakan industri antarabangsa.

Dikuasakan oleh Amar Bank, JAFF Market menjadi pintu masuk penting ke dalam ekosistem filem Indonesia, selain menggerakkan kerjasama kreatif serta pembangunan harta intelek (IP) yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Tahun ini, penyertaan Media Prima sebagai rakan promosi memperkukuh kedudukan Malaysia dalam peta industri serantau, sekali gus membuka akses lebih luas untuk kandungan tempatan dikomersialkan.

Sebagai hab pertemuan profesional industri, JAFF Market menghimpunkan studio, penerbit, pengedar, platform penstriman, pelabur serta pembeli kandungan dari seluruh Asia Tenggara dan Asia Pasifik. Penyertaan berskala besar ini membuka ruang kepada pemain Malaysia untuk mengetengahkan IP baharu, meneroka produksi bersama dan mengembangkan capaian kandungan ke luar negara. 

JAFF Market turut memberi tumpuan kepada pembangunan harta intelek merentasi medium, termasuk adaptasi buku, permainan video dan muzik ke skrin. Pendekatan ini memberi nilai tambah kepada vendor Malaysia yang memiliki katalog kandungan sedia ada, selain membuka potensi kerjasama dengan penerbit dan pengedar antarabangsa.

Menariknya, pembukaan JAFF Market 2025 akan menampilkan sesi “THE NUSANTARA WAVE: The Rise of Indonesia–Malaysia Collaborations” oleh Komet Productions, Skop Productions, Magma Entertainment dan Red Communications. Kehadiran empat syarikat ini menyerlahkan perkembangan hubungan kreatif antara Malaysia dan Indonesia, sekali gus memperluas jangkauan kandungan tempatan ke pentas Asia dan global.

Edisi 2024 JAFF Market mencatatkan lebih 6,700 pengunjung dari 19 negara, melibatkan 1,054 profesional berakreditasi, 151 reruai pameran serta 63 perjanjian perniagaan bernilai kira-kira IDR 36 bilion. Penganjur menjangkakan peningkatan signifikan untuk edisi 2025 selari dengan permintaan global terhadap kandungan Asia yang terus melonjak.

Sebagai cabang industri kepada Jogja-NETPAC Asian Film Festival (JAFF) yang meraikan ulang tahun ke-20, JAFF Market meneruskan enam program utama yang memperkasa perkembangan industri:

  • JAFF Future Project – ruang pembangunan projek dan bimbingan kreatif
  • JAFF Content Market – pameran harta intelek dan peluang kerjasama perniagaan
  • Talent Day – bimbingan dan jaringan industri untuk bakat baharu
  • Film & Market Conference – sesi dialog dan agenda dasar industri
  • Market Screening – lebih 150 tayangan eksklusif untuk pembeli dan pengedar
  • Film Lab – program peningkatan kapasiti bagi memperkukuh projek dari aspek kreatif dan teknikal

Kejayaan peserta JAFF Market 2024 terus membuktikan kekuatan platform ini dalam membuka laluan ke pasaran dunia. Antara pencapaian utama ialah pemilihan filem Pangku arahan Reza Rahadian ke program HAF Goes to Cannes di Marché du Film 2025, serta tiga IP, Bandits of Batavia, Jitu dan Locust, yang berjaya menembusi forum pitching di Cannes.


Dengan pertumbuhan kandungan Asia yang semakin pesat, JAFF Market 2025 muncul sebagai saluran penting yang mengangkat karya pembikin filem Malaysia dan Asia melalui peluang kerjasama jangka panjang, akses pelaburan global dan jaringan industri yang meluas.

Untuk maklumat lanjut mengenai JAFF Market 2025, sila layari laman web rasmi JAFF di https://jaff-market.com/.

**********************************

Mengenai JAFF & JAFF Market
Founded in 2006 in response to the rise of digital distribution in the early 2000s, the Jogja-NETPAC Asian Film Festival (JAFF) emerged as a vital platform for strengthening the film ecosystem in Yogyakarta and across Indonesia. More than just a film festival, JAFF serves as a center for learning, cultural exchange, and a launching ground for emerging Asian filmmakers.
 
As digital distribution expanded globally, Indonesia has become an important part of Southeast Asia’s film markets, creating an urgent demand for talented creators and skilled industry professionals. JAFF Market has become a melting pot that connects filmmakers, emerging talents, content creators, investors, film institutions, media, and local film communities.
 
Today, JAFF MARKET becomes the gateway to the booming Indonesian film industry, and stands as Southeast Asia’s premier film market in fostering collaborations and opportunities. With a strong program lineup, it continues to evolve as a leading event dedicated to driving innovation and strengthening Indonesia’s dynamic film ecosystem. 
 
Get ready for JAFF & JAFF MARKET 2025 - November 29 - Dec 6, 2025 — Let’s Shape the Future of Asian Cinema! 

Hi-Tea Ram Reza & Muhammad, KGPA

Thursday, 27 November 2025

 

Kisahnya, bulan September lepas RRM adakan Hi-tea untuk branch meeting dekat KGPA. Setiap Rabu akan ada meeting tapi kali ni buat special sikit dekat KGPA sebab nak buat dry run untuk event sampingan. 

Dia macam yeaay dapat keluar tapi macam hmm jugak sebab KGPA ni sesak bila peak hour. Hi-tea pulak petang nyah, terpaksa lah hadap traffic jam pergi dan balik. Hence, this face lah.


Sebelum attend meeting ni kena sahkan kehadiran dekat Kak Ida dulu sebab nak order makanan dan semua yang datang dalam 20 orang sebab ada yang kena attend meeting dengan client dan signing. Jarang meeting nak ada semua orang walaupun Rabu adalah hari tetap untuk branch meeting. 



Lepas register kehadiran boleh duduk dekat dalam sambil tengok committee untuk event sampingan set-up venue sama macam event nanti. I bantu lah mana yang patut tapi banyak jadi tukang ambil gambar untuk Syida sebab dia tengah hyper lepas ambil gula terlebih sukatan. 






Lepas dah berpuas hati dengan seating arrangement dan kehadiran dah cukup, bermula lah meeting pada hari tersebut. Sambil meeting sambil makan patutnya tapi sebab memasing segan nak ambil makanan, semua pun tunggu sampai meeting selesai. Hall tu dah penuh dengan bau nasi goreng kampung, menggugat keimanan sangat. 


Selesai agenda utama dan perkara berbangkit, Datuk jemput semua untuk makan. Untuk Hi-tea ni tak order banyak pun sebab takut tak habis. Nama pun hi-tea kan, orang tak makan banyak sebab baru lepas lunch dan bakal dinner. Tapi nasi goreng kampungnya banyak, so I tapau untuk jadikan dinner. Jimattttt. 




Teh tarik dia mantul


Lepas habis meeting, semua bergambar dekat bahagian luar sebab lighting cantik tapi sebab kita ni Android user, tak dapat lah nak air drop lepas selfie tu. Bila dah balik, lupa lah nak minta gambarnya so takde gambar tu. 


Dalam pukul 5 petang dah habis dah meeting dan semua boleh pulang awal satu jam tapi I dengan Syu tumpang kereta Laila jadi kena lah tunggu committee selesai post-mortem dengan Datuk. Sementara menunggu tu, kitorang jalan-jalan dekat padang golf KGPA ni. 




Nampak tak signage Maybank baru nak dipasang tu? 


Walaupun cantik view dekat padang golf ni tapi panaihhhhhh. Lepas setengah jam dekat situ, kitorang naik tunggu dekat lobi. Tak lama lepastu post-mortem diorang selesai dan boleh pulang ke pejabat untuk sambung kerja.

Btw, kereta ni cantik eh.