Usrah Muslimah Surau Elmina Gardens | Bahagia Dari Dalam

Tuesday, 2 September 2025

Bulan Mei lepas ikut adik buat program dekat Surau Elmina Gardens di Elmina East untuk topik Bahagia Dari Dalam - Mengurus Stres dan Anxiety Sebagai Seorang Muslimah. Program ni anjuran dari AJK Surau Elmina Gardens sendiri kemudian jemput Ms Junny sebagai speaker sebab Ms Junny selalu buat program Mental Wanita (MEWA) setiap bulan. 

Selain program usrah, ada free market dengan F&B booths dari pagi hingga ke tengahari. First time pergi free market, pasar untuk pengunjung datang ambil secara percuma barang yang disediakan di pasar tu. Tak perlu exchange apa pun, kalau berkenan di hati ambil je bawa pulang ke rumah. 


Kadang saja jejakkan kaki join program macam ni sebab nak tengok flow event. Walaupun firm sendiri jarang buat event tapi ada masanya buntu juga macam mana nak setup itu ini. Bila join program orang, boleh dapat pengalaman serba sedikit kan. Macam booth ni, function teruk untuk jadi registration booth. Nak setup pun senang je. 


Ingatkan harga dia mahal sebab printed ikut apa yang kita customize rupanya tak lah mencecah RM300 pun. Rasa macam nak beli satu untuk firm kalau ada event kecil macam ni. 






Patutnya semua kena pakai baju warna blue black dengan tudung warna biru tapi I ada jubah hitam je. Tudung pun macam tak biru sangat T.T


Dekat bahagian atas letak business card Managing Partner, pamphlet LPJE, bookmark sebagai free gift semasa mendaftar dan senarai nama pendaftaran. Adik I dah setup Google Form untuk pendaftaran tapi letak je borang kosong just in case ada yang tak pandai mendaftar guna QR dan Google Form. Bila event melibatkan pelbagai lapisan umur, banyak benda kena go through supaya tak kelam-kabut. 

Tapi kelam-kabut juga sudahnya sebab yang mendaftar lebih dari 50 orang so free gift yang LPJE prepare dah habis so gantikan dengan buah-buahan. Itupun hampir habis jugak. Tak sangka ramai yang datang untuk dengar usrah masa tu sebab pagi Ahad, kitorang expect orang lebih suka berehat di rumah atau ada plan lain. 


LPJE setup 2 booth, satu kaunter pendaftaran di bahagian hadapan surau. Satu lagi booth untuk khidmat nasihat guaman berkolaborasi dengan firma guaman dari Shah Alam. 


Masa usrah berjalan nanti, ada TikTok live dengan FB live juga tapi handphone untuk buat FB live tu rosak so terpaksa tutup dan fokus dekat TikTok live sahaja. Sementara tunggu pukul 11 pagi, Ms Junny go through dulu material untuk usrah. Lin dengan anak Kak Siti bersilat dekat meja belakang melipat pamphlet. 

Sembang pasal pamphlet, last minute item yang dimasukkan untuk program usrah. Jadi isu bila nak mencari kedai percetakan yang terima tempahan last minute. Bila dah jumpa, owner kedai cakap akan siapkan sebelum pukul petang hari Sabtu. Tapi kita cuma merancang, mesin yang bekerja. Pukul 9 malam baru siap tanpa lipat. Malam tu pula hujan lebat, nasib baik ada Grab yang accept order untuk pickup dekat kedai kemudian hantar ke rumah. 





Free market LPJE. I sumbangkan tudung dengan novel.











Sebelum program usrah bermula, ada persembahan nasyid dari anak-anak penduduk Elmina Gardens. Comel sangat perform selawat dengan lagu nasyid. 









Masa usrah berjalan tak ada tugas nak siapkan jadi kita join dengar usrah sekali. Ramai yang bawa notebook untuk catit point penting. I sebagai AJK bawa diri, tak teringat langsung nak bawa buku nota T.T


Sesi usrah tak lah lama pun dalam 2 jam macam tu tapi tak terasa pun sebab isi usrah tu best. Ms Junny pula sejenis yang mesra dan kelakar bila berceramah. Kita yang jarang-jarang dengar ni rasa kelakar lah, kalau yang selalu dengar macam staff LPJE, mungkin rasa penat. 


Sesi bergambar bersama AJK Surau Elmina Gardens


Lepas habis usrah, ada peserta program yang perlukan khidmat guaman. Sementara tunggu Ms Junny selesai dengan sesi tu, Izzah dan Leen buat interview untuk content TikTok LPJE. 




Selesai semua benda kitorang lepak kejap dekat dalam sebab air-cond dia best. Nak beli kopi sementara tunggu lunch time tapi mesin kopi pulak rosak. 


Sudahnya waktu balik tu menyinggah kejap dekat ZUS Coffee pastu belanja Mira sekali sebab jadi driver hari Sabtu masa lepak pergi Nabe dengan wayang untuk layan Final Destination 6 dan Ahad back-to-back. 

KUALA LUMPUR, 2 September 2025 – Astro, peneraju kandungan dan hiburan di Malaysia, kini memperhebat pengalaman hiburan di rumah dengan tawaran terbaru. Bermula 2 September 2025, untuk jangka masa terhad, warga Malaysia boleh mendapatkan Pek Entertainment Astro One beserta Disney+ Hotstar dan HBO Max bermula dengan hanya RM69.99/sebulan. Pakej ini memberikan pelanggan akses mudah kepada dua platform penstriman paling ikonik di dunia dalam satu langganan mudah melalui Astro, menawarkan hiburan tanpa henti, lebih banyak pilihan dan nilai berganda.

Untuk memenuhi keperluan tontonan yang berbeza, tawaran ini tersedia dalam dua pilihan – Pek Entertainment Astro One beserta Disney+ Hotstar dan HBO Max menerusi pelan Duo Basic atau Duo Premium. Kedua-dua pelan menawarkan kontrak selama 12 bulan. Duo Basic direka khas untuk penonton yang mahukan akses mampu milik, manakala Duo Premium pula direka dengan ciri tambahan dan akses pelbagai peranti secara serentak.

Rujuk jadual di bawah untuk maklumat berkenaan harga*.

Layari promotions.astro.com.my/disneyhotstarhbomax untuk info lanjut mengenai Duo Basic dan Duo Premium

* Semua harga yang disebut di atas adalah tidak termasuk SST

Pelanggan sedia ada Astro One turut boleh menikmati tawaran ini dengan menambah pakej Disney+ Hotstar dan HBO Max kepada langganan mereka bermula dengan RM20/sebulan (untuk 12 bulan). Penambahan ini boleh dilakukan dengan mudah melalui aplikasi My Astroatau laman web, memberikan pelanggan kaedah yang lancar untuk mempertingkat pengalaman hiburan dengan lebih banyak kandungan yang digemari.

Semua pelanggan Astro boleh strim kandungan Disney+ Hotstar dan HBO Max melalui Astro Ultra dan Ulti Box, atau melalui laman web rasmi dan aplikasi mudah alih platform penstriman tersebut, memastikan pengalaman tontonan yang lancar dan fleksibel tidak kira di mana jua.

Dari filem blockbuster hingga rancangan kegemaran ramai, pakej ini menawarkan dunia hiburan kepada para peminat. Pelanggan boleh menikmati siri dan filem animasi terbaru dan dinanti-nantikan di Disney+ Hotstar seperti siri baharu FX,  Alien: Earth dan filem Marvel Studios, Thunderbolts, musim baharu Only Murders in the Building, serta filem box office Lilo & Stitch yang akan ditawarkan pada awal September. Turut bakal bermula ialah kandungan asli APAC termasuk drama Korea popular Tempest pada pertengahan September dan drama bersejarah asli pertama Disney+ Hotstar The Murky Stream pada akhir September. Semua ini membawakan keseronokan yang berterusan kepada para penonton.

Pada masa yang sama, HBO Max menawarkan siri terkenal seperti House of the Dragon, The Last of Us, musim kedua dan terbaru Peacemaker, serta filem popular seperti Final Destination Bloodlines dan A Minecraft Movie, termasuk koleksi penuh filem Harry Potter.

Pakej istimewa ini hanya tersedia untuk masa terhad, dari 2 September hingga 18 November 2025. Bermula dari RM69.99/bulan, pelanggan Astro boleh menikmati Pek Entertainment Astro One beserta Disney+ Hotstar dan HBO Max selama 12 bulan. Sama ada mendaftar untuk kali pertama atau menaik taraf pelan Astro One sedia ada, ini adalah langkah mudah untuk meningkatkan lagi pengalaman penstriman di bawah satu langganan menerusi Astro.

Untuk pelanggan yang mencari lebih banyak pilihan selain Disney+ Hotstar dan HBO Max, Astro turut menawarkan lebih daripada 13 aplikasi penstriman popular termasuk Netflix, Prime Video, Viu, iQIYI, WeTV, Sun NXT, Zee5 dan banyak lagi – semuanya pada harga eksklusif dan lebih rendah untuk pelanggan Astro. Dengan semuanya tersedia di bawah satu platform, pelanggan boleh mengurus dan mengubah langganan Astro mereka pada bila-bila masa menerusi aplikasi My Astro, termasuk mengemaskini pek, menukar penambahan dan servis penstriman atau memilih penambahan lain pada bila-bila masa.

Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Entertainment dengan hanya RM139.99/sebulan.

Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ‘Hi’ ke 03 9543 3838.

Movie Review | Martabat: Misi Berdarah (2025)

Monday, 1 September 2025


Pengarah: Zahiril Adzim, Adrian Teh
Penulis Skrip: Zahiril Adzim, Adrian Teh, Aloy Paradoks, Rayza Mukmin, Taqim Zaki 
Pelakon: Fad Bocey, Zahiril Adzim, Shiqin Kamal, Nafiez Zaidi, Elvina Chua, Emma Maembong, Iedil Dzuhrie Alaudin, Michael Ang, Anas Ridzuan, Nelissa Nizam, Theeban G, Dafi, Tony Eusoff, Fabian Loo, Safwan Nazri, Namron, Henley Hii, Han Zalini, Thian Siew Kim  
Syarikat Produksi: ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas, Astro Shaw   
Pengedar: GSC Movies
Genre: Komedi 
Durasi Tayangan: 120 minit
Tarikh Tayangan: 12 Jun 2025  
Trailer:


Sekumpulan pelakon tambahan – Iedil (Fad Bocey), Nafiez (Zahiril Adzim), Azza (Shiqin Kamal), Fad (Nafiez Zaidi) dan Emma (Elvina Chua) menyertai penggambaran filem aksi di sebuah pulau. Filem tersebut diarahkan oleh Pengarah Fabian (Michael Ang) kemudian dibantu oleh Tony (Anas Ridzuan) bersama krew filem yang lain. 

Layanan yang diberikan oleh pelakon utama dan pelakon tambahan tersangatlah ketara. Nak pula pelakon utama yang membintangi filem tersebut adalah pelakon-pelakon terkenal filem tempatan. Kalau pelakon tambahan makan mi segera, Dato’ Amerul (Iedil Dzuhrie Alaudin) dan Elvina (Emma Maembong) diberi makan lamb chop dengan buah-buahan segar. 


Sementara pelakon tambahan bergelut untuk dapat screentime dalam filem tersebut, mereka diintai oleh sekumpulan penjenayah yang beroperasi secara haram di pulau tersebut. Tanpa sengaja, Bro Safwan atau Tok Batin (Amerul Affendi) ditawarkan untuk berlakon sebagai ketua antagonis kerana pelakon asal cedera dikungfu oleh Azza semasa dia melatah gara-gara terkejut dengan letupan bom yang diselia oleh Theeban (Fabian Loo) dan Bob (Safwan Nazri). 

Filem arahan dan penulisan pertama Zahiril Adzim menggunakan genre komedi yang berkisar tentang dunia pelakon tambahan dalam industri perfileman negara. Selain Zahiril, Adrian Teh juga bertindak sebagai pengarah dan penulis bersama untuk Martabat: Misi Berdarah di samping 3 lagi penulis lain - Aloy Paradoks, Rayza Mukmin, Taqim Zaki. 


Sama macam Hairul Azreen yang menjadi pengarah untuk filem Ada Hantu (2021) dan Ada Hantu 2 (2022), Zahiril juga berlakon sebagai watak utama di dalam naskhah sulungnya. Filem Martabat: Misi Berdarah dijadikan spoof atau parodi kepada Malbatt: Misi Bakara (2023), sama templatnya dengan filem Pasal Kau (2020) yang lahir selepas kejayaan filem Paskal (2018)

Pelakon yang membintangi Martabat: Misi Berdarah tak lari jauh dengan barisan pelakon yang pernah membintangi filem-filem di bawah produksi ACT 2 Pictures macam Theeban G, Henly Hii, Fabian Loo dan ramai lagi. Uniknya, nama semua watak di dalam filem ni adalah nama sebenar pelakon-pelakon yang terlibat tapi bertukar antara satu sama lain. Mungkin untuk hadirkan komedi dalam kekeliruan tu tapi bila dah ramai sangat pelakon yang masuk dalam satu babak, dia jadi pening. 


Sembang pasal genre komedi yang digunakan sebagai genre utama, tak semua elemen komedi yang dimasukkan menjadi. Mungkin sebab I tak faham reference yang digunakan memandangkan dalam dialog ada sebut semua filem arahan Adrian Teh. Mungkin juga sebab pengarah masukkan pelakon yang tak pandai berlakon macam Dafi. Tapi tak boleh nak salahkan lakonan pelakon juga sebab kelemahan utama tetap pada skrip dan dialog filem.  

Selain komedi yang ada reference, komedi yang berulang pun jadi resipi tambahan dalam penulisan skrip. Bosan tengok Tony asyik ulang dialog Pengarah Fabian ataupun babak Bos Safwan berapa kali tembak tak kena. Dekat awal filem okay lah not bad alur ceritanya tapi bila ke tengah dah mula mendatar kemudian naik balik bila Soffi Jikan buat kemunculan istimewa dengan dialog beritma dia. Berdekah teruk tengok pelakon senior masuk set. 


Idea untuk menyindir layanan pihak produksi terhadap pelakon tambahan bukan sesuatu yang baru sebab Bikin Filem (2020) atau naskhah lain menggunakan tema yang sama. Bezanya, Bikin Filem lebih seronok dan menghiburkan dengan skrip yang lebih kelakar juga bersahaja. Baik Bikin Filem atau Martabat: Misi Berdarah, isu yang dihadapi oleh pembikin filem masih juga sama. 

Kedua-dua filem pun tak offer any solutions sebab masalah yang mungkin tak ada kesudahan so mungkin 5 tahun lagi akan muncul sebuah naskhah dengan idea yang sama juga. I don't point out this as weakness tapi kasihan lah dengan nasib krew yang terlibat tapi itu lah, setiap industri pun ada masalah dan cabaran dia kan?


Sinematografi dari Danny Voon dan musik dari Jackey Yow membantu penceritaan bergerak dengan baik. Tak pasti dekat mana lokasi penggambaran Martabat: Misi Berdarah tapi landskap alam semulajadi bagi suntikan visual yang menarik dalam semua babak. Overal, an okayish experience. One-time watch.

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.4 = 6.6/10

Movie Review | Sarzameen (2025)


Pengarah: Kayoze Irani 
Penulis Skrip: Soumik Shukla, Arun Singh 
Pelakon: Prithviraj Sukumaran, Kajol, Ibrahim Ali Khan    
Syarikat Produksi: Star Studios, Dharma Productions   
Pengedar: JioHotstar 
Genre: Aksi / Drama
Durasi Tayangan: 137 minit
Tarikh Tayangan: 25 Julai 2025
Trailer:


Kolonel Vijay Menon (Prithviraj Sukumaran) ditugaskan untuk menangkap sekumpulan pengganas dari Pakistan – Mohsin, Aabil (Rohed Khan) dan juga Qaabil (K.C. Shankar). Sementara Mohsin lebih aktif di alam maya, dua-beradik Aabil dan Qaabil bergerak di lapangan. 

Rancangan mereka untuk mematikan langkah Kolonel adalah dengan menculik anak tunggalnya, Harman Menon (Ronav Parihar) tapi ternyata mereka berdua silap langkah kerana Kolonel Vijay Menon rela korbankan anak sendiri demi keselamatan negara. Walaupun kecewa dengan keputusan suaminya, Meher (Kajol Devgn) masih setia dengan Vijay. 


8 tahun kemudian, Vijay bertemu kembali dengan anaknya, Harman (Ibrahim Ali Khan) di sebuah kem penempatan pelarian di sempadan India-Pakistan. Gembira bukan kepalang bila satu-satunya anak pulang ke rumah dalam keadaan sihat selepas peristiwa hitam tersebut. Meher terima Harman dengan tangan terbuka namun berbeza dengan Vijay yang syak anaknya dijadikan umpan oleh Mohsin. 

Filem Sarzameen (Negara) yang menggunakan tema patriotik dan berkisar dunia tentera yang berkhidmat di sempadan merupakan filem debut arahan Kayoze Irani, anak kepada pelakon veteran Boman Irani. Dalam filem ni pun Boman berlakon sebagai Leftenan Jeneral I.S Kanwar yang pilih Kolonel Vijay Menon sebagai pegawai pilihannya untuk misi menumpaskan aktiviti pengganas. 


Awalnya berminat nak tengok filem ni sebab idea filem yang menarik bila anak tentera dijadikan umpan untuk bunuh keluarga dan negara dia sendiri. Dekat awal filem, Kolonel Vijay Menon perlu buat pilihan sama ada keluarga atau negara dan second half juga, takdir bawa pilihan yang sama. Walaupun reputasi lakonan Ibrahim Ali Khan agak tercalar dalam filem debut Nadaaniyan (2025) pada Februari lepas tapi tak mengganggu sangat sebab ada Prithviraj dan Kajol sebagai watak utama. 

Kalau ikutkan filem Sarzameen ni agak heavy sebab bermain dengan emosi dan tumpuan diberikan sepenuhnya pada watak Meher yang kehilangan anak dan kecewa dengan suami. Tapi beban yang ditanggung oleh Kolonel Vijay pun berat juga sebab dekat awal filem dah ramai yang buruk sangka bila dia malu tengok Herman diumpat orang gara-gara speech delay. 


Kudos to child actor Ronav Parihar sebab menyerlah dalam ruang yang terhad. Nasib baik Ibrahim lakonkan Herman yang dah berubah sebab lakonan dia tak mampu nak match dengan lakonan Ronav. He is good but Ronav did better. 

Dekat first half penulis tonjolkan Kolonel Vijay sebagai ayah yang lemah walaupun jadi idola kepada anak tapi dekat second half boleh nampak dia sayang tapi tak pandai nak tunjuk. Bond antara Vijay dengan Herman nampak canggung tapi justified lah sebab Herman sendiri dah banyak kali kecewa dengan perangai ayah dia. 


Tapi kenapa bila masuk dekat second half, watak Meher tak menonjol pun sebagai ibu? Pengarah tak masukkan banyak bonding moment antara Meher dengan Herman sedangkan masa kecil anak-beranak ni memang rapat. Perbualan anak-beranak ni minimal sangat. I wish pengarah masukkan babak Meher approach Herman, tengok semua luka dia dan deep talk. Lagi tak logik bila kita tahu siapa sebenarnya Meher di hujung cerita. Kalau dia tahu, kenapa tak protect dari awal? Kenapa biarkan anak dia terseksa dekat dalam kem militan?


Ada banyak lompong pada penceritaan Sarzameen ditambah dengan lakonan yang lemah dari semua pelakon. Mungkin diorang pun tak faham ke mana arah tuju filem ni asalkan dapat payment then it’s done. Sinematografi dan musik latar tak lah menarik pun, sesuai lah dengan bajet yang produser masukkan untuk bagi job dekat nepo babies yang terlibat dalam filem ni.

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.2 = 4.3/10

Blog Performance August 2025

 

Tak sangka ada banyak benda berlaku dalam Malaysia, dekat luar Malaysia, all at once. As much as I'm happy celebrating our Independence Day, I sedih tengok negara-negara jiran bergelut dengan Kerajaan masing-masing. Walaupun negara kita masih lagi stabil tapi ada beberapa kes jenayah yang mengejutkan, kes rasuah dari pihak berkuasa, isu politik yang bergelora. 

Belum masuk lagi dengan situasi gempa bumi dekat Segamat yang setiap hari merisaukan penduduk dan pihak terlibat. Sekarang pun main ramai dah start sakit sebab dah masuk musim tengkujuh. So many things yang I rasa berlegar di sekitar antara kita tahu atau terlepas pandang. 

For now I just try my best untuk tak sakit sebab kerja tengah banyak tapi itu lah, bila je tak banyak. I guess I kept saying this for months already. Bila nampak nak surut je mula datang instructions dari setiap sudut. Bukan tak bersyukur tapi penat jugak bila tak berhenti ni. Anyway report card bulan ni tak mencapai expectation tapi okay lah. 

1. Pageviews


Bulan Ogos ada banyak aktiviti tapi tak semua aktiviti sempat nak update pun. I perasan ada kehadiran readers baru sebab ada banyak komen dari anon untuk post baru dan yang lama. Pageview harian susah nak jangka untuk bulan ni sebab ada masanya tinggi sangat views tapi ada hari yang tak cecah 3k pun. 

Mungkin tak ada any event besar atau tak update ikut trending keywords so tak boleh lah nak cecah views tinggi. Tapi okay lah pageviews bulanan mencecah 133k so bulan depan mungkin dah halfway nak menuju 8 juta views. 

2. Posts


Terkejut juga tengok Popular Post untuk bulan Ogos sebab 2 je entry yang bukan review. Review untuk K-pop Demon Hunter tu dah peram lama dekat dalam draft so I ingat tak pergi jauh tapi tinggi jugak. Mungkin sebab tak hilang lagi hype dia. Penangan Abah Saya Uncle Mike pun tinggi juga sebab baru update terus naik tinggi. 

Yang filem Norma tu tak payah cakap lah, sejak masuk Netflix tak pernah surut keywords untuk filem tu. Tapi filem Hindi tak ada satu pun yang masuk Popular Post even top 20 pun tak ada. Mungkin bulan depan lah kot sebab pertengahan tahun memang tak ada yang best lagi. Tengah tunggu semua movie yang tayang bulan Julai sampai September masuk Netflix atau streaming platform lain. Nak tengok dekat wayang pun tak mampu sebab tak banyak distributor yang ambil. 

3. Keywords

Keyword untuk bulan ni lebih terarah pada filem yang masuk dalam Popular Post macam Norma, Demon Slayer ataupun Abah Saya Uncle Mike. Tapi itulah ramai betul yang mencari full movie dekat blog ni padahal kita buat review je tak provide link tengok free. 

4. Bilangan Entri


Bilangan entri bulan Ogos kurang sedikit berbanding bulan Julai 2025 tapi untuk September ni nak tambahkan entry sampai 80. Tak pasti berjaya ke tidak tapi tolong lah mencecah angka tu sebab draft review makin lama makin bertimbun. Tengok movie kemain laju tapi bila bab nak update tu malasssss. 

Thank you kepada yang baru berkunjung ke blog ni dan terima kasih juga kepada yang sentiasa support dengan baca dan komen. Take care semua menghadapi bulan September ni. Kepada kenalan atau pembaca Indonesia, I doakan semua diberi perlindungan dan ketabahan menjalani ujian di waktu sekarang. Tak dapat nak bantu secara fizikal tapi doa kepada kalian tak pernah putus.