Movie Review | Susuk: Kutukan Kecantikan (2023)

Sunday 10 March 2024


Pengarah: Ginanti Rona
Penulis Skrip: Husein M. Atmodjo
Pelakon:  Hana Malasan, Ersya Aurelia, Jourdy Pranata
Syarikat Produksi:  Visinema Pictures, Legacy Pictures, Visionari Capital, Goodwork
Pengedar:  Netflix
Genre: Seram / Drama 
Durasi Tayangan: 102 minit
Tarikh Tayangan: 31 Ogos 2023 (Indonesia)
Trailer:


Laras (Hana Malasan) ingin keluar dari dunia gelap yang menjadi sumber rezeki untuk membesarkan adiknya, Ayu (Ersya Aurelia). Namun tindakan mendadaknya mengundang bahaya kepada dirinya sendiri setelah Desmond (Mike Lucock) menolak Laras dari balkoni rumah. 

Laras dibawa ke hospital kemudian disahkan koma oleh doktor. Laporan X-ray menunjukkan bilangan susuk yang dipakai oleh Laras selama ini. Doktor meminta Ayu supaya membawa Laras pulang ke rumah kerana penyakit Laras di luar kemampuan doktor untuk merawat. Lalu Ayu mengambil keputusan untuk membawa Laras pulang ke kampung dibantu oleh Arman (Jourdy Pranata) yang selama ini menyimpan perasaan kepada Laras. 


Semakin hari badan Laras mula membusuk namun tiada tanda kakaknya meninggal dunia. Setiap hari juga Ayu akan diganggu oleh entiti lain sehingga lah dia meminta bantuan dengan Ustad Rahmat (M.N. Qomaruddin), imam di kampung tersebut. Kata Ustad Rahmat Laras menggunakan susuk yang kuat dan dia sendiri sukar untuk membuang menggunakan kaedah ruqyah. 

Sakit hati dengan keengganan Ustad Rahmat, Ayu berjumpa pula dengan Prasetyo (Muhammad Khan), dukun yang pakar dengan susuk. Memasukkan susuk atau membuangnya, Prasetyo boleh melakukan sejak bertahun lamanya. Namun ternyata susuk yang digunakan Laras bukan susuk biasa dan sekiranya dibuang, Laras boleh meninggal dunia. 


Naskhah seram drama hasil sutradara Ginanti Rona mengangkat susuk yang seringkali digunakan sejak turun-temurun. Bukan sesuatu yang janggal untuk Malaysia atau Indonesia. Dah banyak juga naskhah yang dibikin untuk menceritakan keburukan susuk untuk si pemakai ketika sakit atau meninggal dunia. Dah ramai juga doktor yang terjumpa susuk yang dicucuk di bahagian muka, payudara, perut dan kaki. Dalam filem ni tak pasti kenapa Laras pakai dekat otak. Nak kata untuk bagi pandai, macam tak cerdik pun. 

Di Malaysia, filem Susuk (2008) menggunakan susuk ekstrem untuk kekal popular dan jelita dalam dunia hiburan. Sama juga dengan Susuk : Kutukan Kecantikan dalam filem ini di mana Laras menggunakan susuk saka yang pertaruhkan nyawa si pemakai. Tak dijelaskan dengan lebih lanjut kenapa Laras terpaksa pakai susuk paling kuat atau bagaimana dipakai. Kalau dalam filem Susuk (2008), penceritaannya jelas, ritualnya jelas serta akibatnya juga jelas menjadikan naskhah tersebut meninggalkan impak lebih mendalam walaupun sudah berbelas tahun diterbitkan. 


Babak seram dalam filem Susuk: Kutukan Kecantikan agak tipikal di mana Ayu diganggu ketika di hospital, di sebalik cadar yang disidai di jemuran, di tingkap dan di dalam almari. Tak pasti kenapa gangguan tersebut cuma dialami oleh Ayu dan bukan Arman. Mungkin sebab saka dan Laras ingin Ayu mengambil saka tersebut. Mungkin lah sebab tak diceritakan oleh penulis. 

Penggunaan cahaya dalam filem Susuk: Kutukan Kecantikan tersangatlah minimal sehinggakan tertanya-tanya di manakah bulan ketika waktu malam. Lampu yang digunakan juga malap. Mungkin untuk menghidupkan mood seram tapi kalau gelap sangat, tak boleh beza pun hantu ataupun pokok. Sudahnya tak rasa seram tapi geram. 


Sayang juga lah sebab keadaan Laras boleh dikatakan ngeri dan memilukan. Kalau elemen drama yang dimasukkan lebih kuat melalui flashbacks untuk ceritakan penderitaan hidup kedua-dua beradik ni, mungkin kita pun faham kenapa Ayu dan Arman sayang sangat dengan Laras. Tak semua orang sanggup jaga mayat busuk pakej diganggu saka setiap masa. Latar masyarakat yang dimasukkan macam tak kena sebab tiba-tiba sangat jadi ganas. Kalau untuk Seno (Elang El Gibran) tu faham lah tapi orang lain entah kenapa. 

Bab lakonan for me, personally, tak lah kuat sangat tapi okay lah untuk filem yang tak menggunakan bakat lakonan yang kuat sangat. Dialog pun tak banyak sebab pace yang tersangatlah perlahan supaya kita rasa saspen bila muncul babak seram. A bit typical actually. All in all, mehhh. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.4, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.3 = 5.5/10

Movie Review | Little Forest (2018)

Saturday 9 March 2024


Director: Yim Soon-rye
Writer: Hwang Seong-gu
Cast: Kim Tae-ri, Ryu Jun-yeol, Moon So-ri, Jin Ki-joo
Production Company: Watermelon Pictures
Distributor: Megabox Plus M
Genre: Drama
Running Time: 103 minutes
Release Date: 28 February 2018 
Trailer :


Diadaptasikan dari manga berjudul Little Forest karya ilustrasi Daisuke Igarashi, mengisahkan tentang Song Hye-won (Kim Tae-ri) yang pulang ke kampung halaman setelah lelah bekerja di bandar Seoul sebagai juruwang di sebuah kedai serbaneka. Hye-won asalnya ke bandaraya Seoul untuk mengambil ujian kelayakan sebagai guru namun setelah gagal, dia mula penat dan murung dengan situasi tersebut.
 
Dia tidak memberitahu kepada sesiapa pun tentang kepulangannya namun makciknya, Bok-soon (Jeon Guk-hyang) tersedar rumah yang telah lama terbiar tersebut dihuni orang. Rakan baiknya sejak kecil, Joo Eun-sook (Jin Ki-joo) dan Lee Jae-ha (Ryu Jun-yeol) juga gembira melihat Hye-won pulang ke kampung. Mereka banyak meluangkan masa bersama kerana tahu keadaan Hye-won yang masih berharap ibunya (Moon So-ri) juga akan pulang ke rumah kecil tersebut. Sebagai hadiah supaya Hye-won tak kesunyian, Jae-ha hadiahkan anjing bernama Fivo sebagai peneman.


‘Aren’t you scared to live there with no cameras or door locks? What will you do all day? I hate the country because of bugs! Flies, worms and bees! Gross!’

Hye-won ditinggalkan secara mengejut oleh ibunya ketika sekolah menengah selepas dia selesai menduduki ujian kelayakan kemasukan universiti. Ibunya tinggalkan sepucuk surat tapi belum cukup kukuh untuk pujuk hati Hye-won yang ditinggalkan secara tiba-tiba.  


Kerana tiada bekalan makanan dan kekurangan duit, Hye-won mula bercucuk tanam dan menggunakan resipi yang telah diajar oleh ibunya sejak kecil. Dari tanaman yang mudah hingga ke tanaman yang berskala besar dengan Kemahiran dan tunjuk ajar oleh Jae-ha. 

‘I want to give you that apple before this. It held out through the typhoon. Unlike you.’ – Lee Jae-ha


Naskhah drama arahan Yim Soon-rye dan penulisan Hwang Seong-gu menghasilkan sebuah filem yang berkonsepkan healing. Pace yang digunakan dalam Little Forest juga agak perlahan untuk mewujudkan suasana tenang, aman, damai dan nyaman. Walaupun berlatarkan kampung desa di Korea Selatan namun pengarah sengaja sembunyikan latar masyarakat supaya filem lebih fokus kepada watak-watak utama. 

Selain konsep healing dengan menggunakan plot melarikan diri dari kesibukan kota, filem Little Forest juga menggunakan tema makanan dengan pelbagai resipi yang unik dan menu asas. Resipi yang digunakan oleh Hye-won juga agak mudah untuk disiapkan. 


Sinematografi hasil karya Lee Seung-hoon mengukuhkan lagi penceritaan Little Forest yang menggunakan dialog melankolik yang sesuai untuk naskhah drama. Colour grading yang digunakan bersifat warm dan bersifat aesthetic. Teknik close-up lebih banyak digunakan untuk babak memasak manakala pan mode untuk menggambarkan latar masa yang silih berganti musim menggambarkan tempoh masa Hye-won berada di kampung tersebut. 






Rumah Hye-won dengan ibu dia pun sederhana, sesuai dengan mesej yang nak disampaikan melalui watak ibu yang nak ajar anak dia supaya membesar dalam persekitaran yang damai seperti di kampung. Seronok tengok labu disusun dekat atas peti ais, jagung kering dan persimmon kering disusun di luar rumah, bawang, tomato dengan epal pun masak ranum. Tengok babak Hae-won dengan ibu dia lepak tepi kebun sambil makan tomato pun rasa seronok sebab tomato segar rasa manis, tak sama macam tomato dekat pasaraya. 

Pemilihan Kim Tae-ri sebagai pelakon utama antara kekuatan terbesar naskhah Little Forest sebab kebanyakan babak dilakonkan dengan cemerlang terutamanya babak yang paparkan konflik perhubungan bersama ibunya. Ekspresi yang tepat dari Tae-ri untuk gambarkan perasaan yang dialami ketika memasak ataupun menanam pelbagai jenis tanaman ketika berada di kampung tersebut. Fivo dalam movie ni comel sangat, dari kecil sampai besar maintain comel! 


For me, it’s a good watch although the pace a bit slow but speed setting is there for a reason. I wish I could leave the city and create my own little forest. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review | No Hard Feelings (2023)


Director: Gene Stupnitsky
Writers: Gene Stupnitsky, John Phillips
Cast: Jennifer Lawrence, Andrew Barth Feldman, Laura Benanti, Natalie Morales, Matthew Broderick
Production Companies: Columbia Pictures, Saks Picture Company, Odenkirk Provissiero Entertainment, Excellent Cadaver
Distributors: Sony Pictures Releasing, Netflix 
Genre: Raunch Comedy
Running Time: 103 minutes
Release Date: 23 June 2023 
Trailer :


Maddie Barker (Jennifer Lawrence) hilang punca pendapatan sebagai pemandu Uber setelah kereta kepunyaannya disita gara-gara gagal membayar cukai harta pusaka. Beberapa hari kemudian Maddie ternampak iklan di Craiglist, sepasang suami isteri menawarkan upah sebuah kereta sekiranya ada yang ingin menukar status teruna anak lelaki tunggal anak mereka. 

Walaupun mempunyai jarak usia sebanyak 12 tahun, Maddie cuba menggoda Percy Becker (Andrew Barth Feldman) di rumah perlindungan haiwan. Di sana Percy menjadi sukarelawan bersama kawan baiknya sementara mendaftar masuk ke Princeton. Maddie tak berjaya yakinkan Percy untuk tidur dengan dia tapi Percy sudi keluar bersama. 


‘Well, then, pet ownership may not be for you. You sound a lot like the kind of people we would normally take a dog from.’ – Percy Becker

Dari satu pertemuan ke satu pertemuan yang lainnya kerana Percy dan Maddie serasi bersama. Sampai lah Percy dapat tahu pertemuan dia dengan Maddie sebenarnya dirancang oleh orang tuanya. Sedih dan rasa tertipu dengan mereka semua, Percy hancurkan kereta Buick Regal yang dinginkan Maddie. 


‘I had some kind of stupid idea that you actually liked me. Was any of it real?’ – Percy Becker

Naskhah No Hard Feelings arahan dan penulisan Gene Stupnitsky sebenarnya mendapat idea dari iklan Craiglist yang tawarkan sesiapa yang sanggup bercinta dengan anak mereka. Dalam satu malam Gene dan produser pitch idea filem ni kepada Jennifer Lawrence lantas bersetuju untuk berlakon bersama Andrew. Jennifer kata shooting filem No Hard Feelings antara shooting yang menyeronokkan ditambah pula Andrew adalah co-star yang mudah mesra di set. 

Filem No Hard Feelings bukan sesuatu yang segar atau unik pun sebab jalan cerita dia tipikal. Kalau dibuang genre sex comedy dan ubah kepada romantic comedy mungkin lebih seronok sebab lebih sopan sementara dialog tak lah sekasar yang dipaparkan dari watak Maddie, Sara (Natalie Morales) atau Jim (Scott McArthur). Friendship Maddie dengan Percy actually sweet and awwdorable to watch. I suka masa both of them pergi prom sama-sama. 


Jarang tengok Jennifer Lawrence dalam filem komedi jadi No Hard Feelings ada kejutan kecil menerusi barisan pelakonnya. Comic timing Jennifer Lawrence menguatkan watak Maddie yang stuck di Montauk kerana kisah silam dia. No Hard Feelings juga menjadi debut platform untuk Andrew Barth Feldman sebagai anak keluarga berada yang terlalu dimanjakan oleh orang tuanya. 

Chemistry Jennifer dan Andrew buatkan penceritaan Maddie dan Percy tampak hidup. Sejak dari bar lagi dah nampak chemistry mereka berdua. Rasa invested bila tengok perbualan diorang tentang kisah hidup masing-masing. Walaupun watak Percy Becker nampak loner sebab dia nerd tapi sebenarnya watak Maddie pun sama. Dia terlindung dengan perangai suka hook up dengan tourist dekat situ tapi ikutkan dia pun sunyi dan tak ada kawan curhat. Bila datang Percy yang ingin tahu lebih dalam pasal diri dia, pasal kisah silam dia, senang sangat untuk dia rasa selamat dan selesa. 


Sinematografi No Hard Feelings dibantu oleh panorama laut yang menjadi latar tempat untuk kebanyakan babak baik komedi ataupun drama. Cuma teknik kamera yang digunakan oleh Eigil Bryld adakalanya tak menarik dalam beberapa babak. Tak pastilah bergegar on purpose ataupun tidak sebab shaky untuk beberapa saat tapi mengganggu juga. Ada babak juga yang close-up tanpa sebab pun. Music score well blend dengan babak yang dipaparkan dan menguatkan lagi vibe summer di Montauk. A missed opportunity in this kind of genre since ada banyak part yang boleh diolah dalam template yang lebih romantik dan dreamy. 

Tak pasti lah kalau filem ni sesuai untuk tontonan bawah umur walaupun tak ada adegan ranjang tapi bahasa yang digunakan agak kasar. It’s a fun watch for adults anyway. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 7.7/10

Pengumuman Pertukaran Masa Konsert KyuHyun "Restart" Asia Tour Kepada 5 Petang

Friday 8 March 2024


Awal bulan lalu, KyuHyun yang merupakan ahli kumpulan K-pop yang terkenal Super Junior menggembirakan peminat dengan pengumuman konsert solo pertamanya, "Restart," di Malaysia yang akan diadakan pada 13 April. Oleh kerana beberapa keadaan yang tidak dijangka dan selepas perbincangan selanjutnya  di antara semua pihak yang terlibat, konsert itu akan dijadualkan semula pada pukul 5 petang (bukan 8 malam).

Dianjurkan bersama oleh Antenna, WebTVAsia & TopGallant Show, KyuHyun akan mengadakan konsert "Restart" di Mega Star Arena pada pukul 5 petang pada 13 April.

Harga harga tiket adalah VIP (RM698), Cat 1 (RM588), dan Cat 2 (RM368) dan CAT 3 (RM268), sila ambil perhatian bahawa harga tiket tidak termasuk yuran pengendalian RM4.

Peminat boleh membeli tiket di my.bookmyshow.com. KYUpiters dan ELFs tidak boleh melepaskan peluang untuk menghayati secara langsung suara nyanyian indah KyuHyun! Excited sangat!

Untuk maklumat lanjut mengenai konsert "Restart" Kyuhyun, sila layari Facebook rasmi WebTVAsia: https://www.facebook.com/webtvasiaofficial.

ZUS Coffee | Iced Watermelon Latte

Hujung bulan Januari, ZUS Coffee lancarkan Watermelon Edition - Watermelon Latte Iced, Watermelon Latte Hot dan Watermelon Frappe bersempena Tahun Baru Cina 2024, tahun naga. Masa dia launch tu tak nak try pun sebab combination ni macam terlampau unik untuk I yang minum kopi biashe-biashe je. Lepas tengok review Jason, dia kata okay je rasa dia so I pun cuba. Orang kata Jason jujur, so I pun percaya lah.....


Memandangkan I suka iced latte jadi untuk edisi tembikai ni pun I pilih untuk cuba Iced Watermelon Latte. First impression, warna pink tu tak lah pekat sangat pun macam dalam poster. You guys can see in the actual coffee dengan yang dalam gambar poster. Jauh beza kan? 

Bila rasa Iced Watermelon Latte untuk tahu sedap ke tidak, betul lah sama macam yang Jason describe. Selalunya kalau beli iced latte dekat ZUS Coffee, bancuhan tu agak pekat tapi untuk edition ni kopi dia lebih ringan, well blend juga dengan rasa tembikai. 

Rasanya sirap tembikai tu tak banyak pun dalam iced latte ni cukup bagi ada rasa tembikai je sebab rasa kopi tu lebih kuat. Bila minum Iced Watermelon Latte ni rasa syok jugak sebab bau wangi tembikai menusuk ke hidung. Every sip makes you happy haaa gitteww. Lepas ni nak try lagi Iced Watermelon Latte ni sebab worth the price. 

KELUANG MAN KINI BERAKSI KHAS HASIL KERJASAMA DINAMIK WONDA COFFEE DAN ASTRO SHAW! | Kerjasama di antara dua jenama raikan adiwira ikonik 90-an di mana Wonda Coffee bakal menjadi pilihan minuman bagi pengalaman sinematik unggul.

Siap sedia untuk menyelami alam penuh keterujaan dan keajaiban kerana Wonda Coffee bersama Astro Shaw bakal merealisasikan Keluang Man - adiwira kesayangan Malaysia. Keluang Man, ikon adiwira yang cukup simbolik dalam budaya Malaysia dan terkenal dengan kualiti seperti semangat keberanian, ketabahan, dan kekuatan. Menerusi kerjasama ini, WONDA Coffee dan Astro Shaw berhasrat bukan sahaja untuk menghiburkan tetapi juga menerapkan nilai-nilai ini kepada generasi muda. Filem aksi langsung terbitan Astro Shaw ini diarah dan ditulis oleh Anwari Ashraf, berdasarkan siri animasi ikonik yang popular pada tahun 1990-an, menjanjikan rakyat Malaysia satu pengalaman sinematik baharu pada abad ini.

Kerjasama di antara kedua-dua jenama ini juga berpayung di bawah satu objektif utama - menyokong bakat serta industri tempatan di Malaysia. Sejak beberapa tahun ini, Wonda Coffee telah melafazkan sokongan padu buat rakyat Malaysia melalui pelbagai kempen dan inisiatif. Kali ini, Wonda ingin menghubungkan semua melalui rasa cinta yang sama untuk siri adiwira original Malaysia, menjemput semua rakyat Malaysia dari generasi muda hingga tua untuk mengimbau kenangan bersama Keluang Man serta mempraktikkan kualiti baik yang ditunjukkan oleh adiwira tersebut.

Naib Presiden Pemasaran Etika, Amy Gan berkata, "Wonda Coffee sentiasa bertakhta di hati rakyat Malaysia. Kami komited untuk meraikan rakyat Malaysia dan bakat tempatan unik yang ada di Malaysia. Melalui kerjasama bersama Astro Shaw untuk Keluang Man, kami ingin menzahirkan sekali lagi sokongan kami untuk industri hiburan tempatan, menyokong Pengarah berbakat, penulis, pelakon berbakat serta usaha produksi dan pasca produksi yang membawa lagenda ini ke layar perak.

Sebagai jenama yang percaya akan kuasa bakat tempatan, kami bercita-cita untuk menjadi lebih daripada sekadar jenama minuman, tetapi untuk menjadi minuman pilihan yang sinonim dengan rakyat Malaysia apabila menikmati setiap perjalanan sinematik tempatan.”

"Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan Astro Shaw untuk merealisasikan Keluang Man menerusi cara yang begitu menarik dan interaktif. Di KidZania hari ini, sebagai salah satu langkah pertama dalam perjalanan kami bersama Keluang Man, kami memperkenalkan zon wall climbing unik. Kami mahu memberi inspirasi kepada anak muda Malaysia untuk merangkul semangat adiwira mereka, memupuk keberanian, keazaman, dan rasa untuk mengembara!”

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Kami sangat teruja untuk berkolaborasi dengan pengeluar dan pengedar minuman terkemuka Malaysia, Etika dalam memacu transformasi kandungan filem di Malaysia. Usahasama ini adalah permulaan yang kukuh buat Astro Shaw dalam menetapkan standard baharu bagi rangka pemasaran filem yang lebih inovatif. Kami percaya jenama Keluang Man dan Wonda Coffee mempunyai persamaan iaitu mengutamakan elemen lokal dan ia amat dekat dengan masyarakat Malaysia. Dengan memanfaatkan pengalaman Astro Shaw dan Etika, kami yakin kolaborasi ini mampu mencapai objektifnya. Sementara itu, kami turut rasa berbesar hati apabila filem Keluang Man diberikan ruang untuk dipamerkan di KidZania dan usaha ini mampu memperkenalkan superhero ikonik Malaysia kepada generasi baru.

“Nantikan pelbagai strategi kreatif dan aktiviti menarik menerusi kolaborasi ini. Antaranya akan datang, peminat boleh mencalonkan individu yang telah memberikan impak dalam masyarakat, dan layak untuk dinobatkan sebagai ‘Keluang Man of the Month’ di gempak.com, dan pemenangnya akan diumumkan menerusi program Gempak Most Wanted di Astro Ria. Inisiatif ini bertujuan mengiktiraf wira Malaysia yang tidak didendang dan mempunyai kualiti sama dengan Keluang Man yang berani.

Menerusi kerjasama terkini bersama Astro Shaw, Wonda Coffee yang merupakan jenama kopi sedia diminum terkemuka Malaysia yang menawarkan rasa kopi seperti baru dibru hari ini membawakan rakyat Malaysia pengalaman eksklusif hanya di KidZania.

Semasa pelancaran istimewa di KidZania Kuala Lumpur, Wonda, dan Astro Shaw menghubungkan pengunjung dan media untuk mengambil bahagian dalam aktiviti wall climbing bersama pelakon utama Keluang Man, Nas Muammar Zar. Mengajak pengunjung menyertai aktiviti wall climbing bersamanya, Keluang Man berhasrat menggalakkan pengunjung untuk menghayati semangat adiwira dalam diri mereka.

Pelancaran zon wall climbing Keluang Man menandakan permulaan kerjasama dinamik antara Wonda Coffee dan Astro Shaw. Kedua-dua jenama ini komited untuk membawa pengalaman yang lebih inovatif dan menarik kepada rakyat Malaysia, memberi inspirasi kepada mereka untuk mencapai tahap baharu di samping menyerlahkan potensi mereka.

Dengan permulaan kerjasama ini, Wonda Coffee berharap untuk menginspirasikan lebih banyak pengembaraan bersama Keluang Man. Wonda berharap agar rakyat Malaysia dapat meluangkan masa dan menikmati rasa Wonda Coffee sebagai minuman pilihan apabila ingin menyaksikan filem adiwira yang mengujakan ini.

Melalui kerjasama inovatif antara Wonda Coffee dan Astro Shaw, zon wall climbing Keluang Man menjanjikan pengalaman yang mengujakan untuk pengunjung, menggabungkan keterujaan pengembaraan dengan semangat kepahlawanan yang dijelmakan oleh Keluang Man. Ditampilkan secara eksklusif hanya di KidZania Kuala Lumpur, pengunjung berumur 8 hingga 17 tahun akan dapat menguji kemahiran adiwira mereka di zon wall climbing.

Zon wall climbing, sebahagian daripada pengembaraan yang ditampilkan di KidZania mula diperkenalkan sebagai salah satu tarikan utama. Dengan pengenalan rasmi Zon Wall Climbing Keluang Man, KidZania meramalkan lebih 400,000 pengunjung pada tahun 2024.

Tonjolkan semangat adiwira dalaman anda sekarang! Kunjungi KidZania Kuala Lumpur untuk memulakan pengembaraan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, meningkatkan tahap baharu dengan Keluang Man dan Kopi Wonda.

*************************************

Tentang WONDA

Diperbuat dengan biji kopi Arabica berkualiti premium yang menyajikan rasa 'baru dibancuh', Kopi Premium WONDA memberikan sentuhan kesegaran lazat sempurna bagi membangkitkan deria anda. Diperkenalkan di Malaysia oleh Etika Sdn Bhd, WONDA Coffee ialah jenama terkemuka di Negara Matahari Terbit. Kopi sedia untuk diminum (RTD) premium menawarkan rasa kopi seperti baru dalam sembilan varian unik: Asli dan Mocha, dengan lebih daripada 50% biji kopi Arabica premium; Latte, dengan ramuan berkrim berperisa vanila Perancis; Kopi Tarik, menawarkan rasa tempatan yang berkrim, Extra Presso, dengan rasa kopi yang lebih kuat; Kopi Susu dan Mochaccino, dengan 100% biji kopi Arabica premium dan menawarkan pengalaman yang lebih bersusu, lebih ringan (‘smooth’) dan bercoklat; Zero Max Original dan Latte dengan rasa kopi kaya dan lengkap tanpa gula tambahan; Extra Shot Black & Milk Coffee dengan dos kopi tambahan dalam satu tin kopi. Kopi WONDA juga menawarkan Kopi Premium WONDA 3-dalam-1 dari adunan Arabika dan halus yang memberikan pengalaman kopi hebat dalam tiga varian: Kopi Tarik, yang berbadan penuh dan tekstur yang lebih berkrim seperti kopi kegemaran tempatan; Asli, dengan rasa kopi klasik dan asli dengan keseimbangan sempurna antara kopi dan susu.

Tentang ETIKA

Salah sebuah pengedar minuman yang terkemuka di Malaysia, Etika Sdn Bhd merupakan pembotol rasmi untuk PepsiCo di Malaysia. Etika Sdn Bhd memasarkan dan mengedarkan sebahagian daripada jenama-jenama global di bawah PepsiCo seperti Pepsi, Tropicana, Mountain Dew, Revive Isotonic, Mirinda, 7UP, Lipton Ice Tea, Gatorade, Sting, dan Evervess termasuk Kickapoo (tanda dagang milik Monarch) serta produk-produk keluaran sendiri seperti Kopi WONDA, Susu Goodday, Calpis, Dairy Champ, Hijrah, Chill dan Bleu.

Mengenai Astro Shaw selaku penerbit, pelabur dan agensi pengedar dan pemasaran:

Astro Shaw adalah sebuah syarikat penerbitan filem Malaysia untuk pasaran tempatan dan nusantara. Astro Shaw juga giat dalam memasar serta mengedar filem-filem tempatan dan serantau sekaligus mengukuhkan kedudukannya di pasaran global. Sejak ditubuhkan pada tahun 1996, kini Astro Shaw telah menerbitkan lebih 100 buah filem dalam pelbagai genre dan bahasa. Antara kejayaan besar Astro Shaw adalah menerusi filem Polis Evo, Hantu Kak Limah, Abang Long Fadil 2, Paskal, Dukun,The Garden of Evening Mists. Filem trilogi Polis Evo 3 telah mencipta sejarah dengan meraih kutipan pawagam sebanyak RM54 juta dan menjadi filem aksi no 1 negara dengan kutipan paling tinggi.

Drama Review | A Shop For Killers (2024)


Directors: Lee Kwon, Noh Kyu-yeob
Writers:  Ji Ho-jin, Lee Kwon
Cast: Lee Dong-wook, Kim Hye-jun, Seo Hyun-woo, Jo Han-sun, Geum Hae-na, Lee Tae-young, Park Ji-bin, Kim Min, Ahn Se-bin, Cho Si-yeon, Park Jeong-woo, Ahn Gil-kang
Production Companies: Merrychristmas, Project Onion
Distributor: Disney+ Hotstar 
Genre: Action / Drama
Running Episodes: 8 episodes (minutes per episode)
Release Date: 17 January– 7 February 2024
Trailer :


‘Only the weak bark. The strong don’t. You must become strong. To make your opponent bark.’ - Jeong Jin-man (Lee Dong-wook) 

Jeong Ji-an mendapat panggilan dari pihak polis maklumkan bahawa pakciknya, Jeong Ji-man meninggal dunia selepas bunuh diri di dalam tandas. Ketika sesi mengecam mayat, Jeong Ji-an ternampak tatu ‘Murthehelp’ di bahagian lengan sebelah kiri. Ketika upacara berkabung juga beberapa perkara aneh dan orang asing muncul tapi Jeong Ji-an bertindak untuk diamkan diri. 


Sebaik saja upacara berkabung selesai, Bae Jeong-min (Park Ji-bin) bantu Ji-an bertenang dan tanpa sengaja terjumpa telefon bimbit model lama. Melalui telefon bimbit tersebut Ji-an dapat tahu tentang tempahan barang dengan nilai yang amat tinggi. Tak mungkin barang jualan tanaman kebun boleh mencecah hingga 70,000 won. 

Jeong-min bantu Ji-an untuk cari maklumat tentang bisnes Jeong Jin-man menggunakan kepakarannya dalam bidang IT. Dari laman web menjual hos, mereka terjumpa laman web ‘Murthehelp’, laman web untuk mana-mana pembunuh membeli senjata api secara rahsia. Dari pistol biasa, SMG, machine gun, bom juga dadah disediakan di laman tersebut. 


Dari laman web ‘Murthehelp’ juga, Ji-an dapat tahu kelas pembunuh di mana Kod Merah adalah pembunuh handal, Kod Ungu di tangga kedua sementara Kod Kuning adalah cleaner setiap kali berlakunya pembunuhan. Jeong Jin-man dan Jeong Ji-an pula berada di Kod Hijau di mana mereka akan dilindungi oleh pembunuh kod lain. Malangnya selepas kematian Jeong Jin-man pembunuh kod lain cuba untuk menyerang Jeong Ji-an. 

Naskhah aksi drama arahan Lee Kwon dan Noh Kyu-yeob merupakan adaptasi kepada novel ‘The Killer's Shopping Mall karya Kang Ji-young yang diterbitkan pada tahun 2020. Walaupun watak Jeong Jin-man dibunuh pada episod pertama tapi pengarah menggunakan naratif flashback dalam setiap episod. Banyak kali watak Jeong Jin-man bagi nasihat, tips dan ajar Ji-an untuk hidup sebagai individu yang kuat. Bukan saja watak Jeong Ji-an mempunyai character development dan lengkungan karakter yang menarik malah penulis memperkenalkan juga watak Jeong Jin-man dengan lebih mendalam. 


Bukan pertama kali tengok Lee Dong-wook dalam avatar cold-hearted killer sebab sebelum ni dia pernah lakonkan watak psiko dalam drama Stranger From Hell (2019) but still watak Jeong Jin-man nampak hidup terutamanya dalam latar masa ketika dia bekerja dengan Babylon. Gaya badan dan pandangan mata membantu menambah impak dalam penceritaan untuk episod tegang bersama Bale (Jo Han-sun). 

Personally, I suka macam mana pengarah slowly builds up watak Jeong Ji-an sebelum betul-betul beraksi sebagai anak buah Jeong Jin-man. Awalnya dia nampak keliru, lemah dan lambat untuk kenal siapa kawan dan siapa lawan. Sukar untuk dia kenalpasti siapa kawan sebab dia memang tak ada kawan sejak sekolah rendah. Jeong Jin-man memang ajar anak saudara dia dengan lawan sendiri rasa takut dan tanggung akibat dari pilihan yang dibuat. 


Walaupun dari episod pertama lagi dah nampak watak Bae Jeong-min macam fishy tapi pengarah masih lagi simpan taring Ji-an. Nampak lebih realistik bila Ji-an terpinga-pinga untuk pilih Brother (Lee Tae-young) ataupun rakan sekolahnya, Jeong-min. Dekat episod awal A Shop For Killers juga Ji-an lebih banyak lari dari pihak lawan dari menyerang secara agresif sebab dia sentiasa dilindungi oleh Jeong Jin-man walaupun tahu seni Muay Thai. Pak cik dia sendiri nasihatkan supaya jangan terlebih berani untuk serang pihak lawan tambah lagi bila musuh ada senjata. Macam driving skills juga la, kalau lama tak drive skills tu slowly akan lemau tapi manusia tetap ada muscle memory supaya tak hilang terus. 

Nampak macam Jin-man seorang pak cik yang teruk sebab rahsiakan tentang shopping mall dan musuh dia dari Ji-an tapi bila masanya tiba, anak buah dia akan buat keputusan. Musim pertama drama A Shop For Killers lebih kepada ujian kepada Ji-an untuk jadi Kod Hijau. Kalau Ji-an pilih untuk lari, dia bukan calon yang sesuai untuk lawan Bale. 


Selain watak Jin-man dan Ji-an, watak Minhye (Geum Hae-na) dan Pasin (Kim Min) dapat screentime yang banyak untuk babak aksi. Penulis letak back story untuk kedua-dua watak supaya penonton kenal dan faham kenapa mereka berdua setia dengan Kod Hijau.

Sinematografi dari Lee Sung-jae dan Kim Gi-hyun mengukuhkan lagi babak-babak aksi menerusi teknik kamera yang sesuai. Penggunaan props selain senjata api seperti drone dan robot anjing membuatkan drama A Shop For Killers kelihatan unik dan sama hebatnya dengan naskhah Hollywood. Sebelum ni pernah nampak teknologi robot anjing dengan khidmat AI, dalam drama ni terpegun dengan kehebatan aloi. Tembak pun tak hancur. 


Tak pasti bila musim kedua akan muncul sebab belum ada pengumuman rasmi dari Disney+ tapi yang pastinya memang akan ada sebab novel asal ada sequel. Tambahan pula banyak review positif dari critics dan penonton. Watch it if you guys love action genre!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.6/10

Movie Review | La Luna (2023)

Sunday 3 March 2024


Pengarah: M. Raihan Halim 
Penulis Skrip: M. Raihan Halim
Pelakon: Shaheizy Sam, Sharifah Amani, Wan Hanafi Su, Hisyam Hamid, Nadiya Nisaa, Nam Ron, Farah Ahmad, Iedil Dzuhrie Alaudin, Wafiy, Syumaila Salihin 
Syarikat Produksi: Clover Films, ACT 2 Pictures, One Cool Film Production, Papahan Films 
Pengedar: Skop Productions (Malaysia), Golden Village Pictures (Singapura), CBI Pictures (Indonesia) 
Genre: Romantik Komedi
Durasi Tayangan: 99 minit
Tarikh Tayangan:  9 November 2023 (Malaysia), 16 November 2023 (Singapore), 6 Disember 2023 (Indonesia)
Trailer:


La Luna mengisahkan tentang Hanie (Sharifah Amani) yang datang membuka kedai pakaian dalam wanita bernama La Luna. Kampung Bras Basah merupakan kampungnya sejak kecil tapi sudah lama dia tidak menjenguk datuknya malah ketika meninggal dunia juga dia tidak sempat pulang kerana berada di Dubai. 

Hari pertama Hanie sampai ke Kampung Bras Basah dia bertemu dengan seorang pegawai polis duda bernama Salihin (Shaheizy Sam). Pertemuan mereka tidak bermula dengan baik lantas menimbulkan salah faham sehingga lah mereka semakin rapat. Anak perempuan Salihin, Azura (Syumaila Salihin) menawarkan diri untuk menjadi pembantu kedai. 

Awalnya kedai La Luna tidak mempunyai ramai pengunjung namun sejak insiden Ayob (Nam Ron) dan Enah (Farah Ahmad) di bilik PA sistem surau, jualan pakaian dalam tersebut melonjak naik. Perubahan tersebut tidak disukai oleh Tok Hassan (Wan Hanafi Su), ketua kampung yang juga merangkap imam di kampung tersebut. 

Penceritaan La Luna diadun dalam template komedi supaya isu-isu sensitif dan berat yang dibawakan terlihat santai dan menghiburkan. Beberapa babak dipaparkan dengan menarik dan menghiburkan ditambah pula dengan dialog yang kelakar. 

Sinematografi Sofyan Daud Mohamed mengukuhkan lagi latar masyarakat dan suasana Kampung Bras Basah yang tenang. Muzik yang dihimpunkan dalam La Luna oleh Ken Hor dan Aziem Rashid menguatkan lagi sinergi supaya babak demi babak bergerak dengan cemerlang. 

Naskhah La Luna menggunakan penceritaan bersifat satira tentang masyarakat Melayu Islam yang terbatas kerana ketua kampung yang konservatif dan kuku besi. Jadi tak hairan lah sebaik saja masuk ke platform Netflix, ramai yang mula bertegang urat kerana ada pihak yang setuju dan tidak setuju. Review ni bukan untuk memilih pihak tapi sembang pasal filem je lah. 

I had fun watching La Luna sebab olahan M. Raihan Halim menarik tapi untuk jalan cerita ada lah beberapa perkara yang dirasakan tak perlu. Bila tengok barisan pelakon pun dah boleh agak hala tuju dan konsep filem ni sebab geng pelakon yang sama juga diambil untuk mesej sensitif yang dibawakan. 
Tak ada masalah pun dengan tema atau mesej dalam La Luna tapi bila watak Hanie masuk ke tempat orang dan mula ubah secara lantang, dekat situ dah tak seronok lah. Jalan cerita filem La Luna pun bukan sesuatu yang unik, baru atau segar sebab dah beberapa kali mesej dan konsep seperti ini dipaparkan jadi bukan salah Finas yang meluluskan semata. 

Boleh kata filem La Luna lebih kurang sama dengan filem Sa Balik Baju (2021) tapi I lagi suka filem Sa Balik Baju sebab latar tempatnya sesuai, iaitu di bandar. Watak Dahlia, Aria atau Sally pun bukan jenis yang paksa orang lain terima cara hidup dan ideologi dia. Berbeza dengan Hanie atau Azura yang paksa Salihin untuk terima gaya hidup liberal mereka. Belum apa-apa lagi dah judge Salihin mansplaining walhal dia buat kerja sebagai polis dan penduduk kampung yang prihatin. 

Sebagai individu yang pernah dibenci sebab jual pakaian dalam wanita secara terang-terangan, sepatutnya watak Hanie lebih berjaga-jaga lah bila buka kedai di kampung yang dikatakan malas dan konservatif. Tak pasti lah dia tak cukup modal untuk buka kedai ataupun dia husnuzon yang orang Melayu tak ekstrem macam orang Dubai. Sistem sekuriti dia pun lemah juga lah walhal masa pembinaan tu pun dia dah bertemu dengan Tok Hassan. 

Dekat hujung cerita pun macam ehhh sangat sebab penduduk kampung dah berubah ke arah lebih terbuka. Majalah wanita pun dah boleh tayang aurat padahal apa yang Tok Hassan larang dalam Kampung Bras Basah tu bukan lah semuanya jahat pun. Boleh je kalau majalah tu ditukar kepada majalah yang guna model majmuk – non muslim, Muslimah, muslim urban etc. 

Props team pun guna juga majalah yang sama dekat awal filem padahal watak Hanie tu dah berbulan duduk dekat Kampung Bras Basah. Nak bina rumah bukannya seminggu dua kan? Jadi majalah dia mestilah dah masuk edisi lain, kenapa guna majalah yang sama jugak?

Filem La Luna menghiburkan sebagai naskhah romantik komedi namun berbahaya sebagai naskhah yang menjadi medium untuk satu pihak melontarkan dunia ideal dari perspektif mereka. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.4 = 7/10

Movie Review | Anyone but You (2023)


Director: Will Gluck
Writers: Ilana Wolpert, Will Gluck
Cast: Sydney Sweeney, Glen Powell, Alexandra Shipp, GaTa, Hadley Robinson, Michelle Hurd, Dermot Mulroney, Darren Barnet, Bryan Brown, Rachel Griffiths
Production Companies: Columbia Pictures, SK Global, RK Films, Olive Bridge Entertainment
Distributor: Sony Pictures Releasing
Genre: Romantic / Comedy
Running Time: 103 minutes
Release Dates: 11 December 2023 (AMC Lincoln Square Theater, 22 December 2023 (United States)
Trailer :


Adaptasi longgar kepada Much Ado About Nothing karya William Shakespeare, Anyone But You membawakan kisah cinta antara Beatrice Messina (Sydney Sweeney) dan Benedick (Glen Powell). Pertama kali bertemu di kedai kopi di mana Ben menghulurkan bantuan supaya Bea dapat guna tandas kepunyaan kedai kopi tersebut. 

Kedua-duanya serasi bersama, berbual hingga larut malam dan tidur bersama. Keesokan paginya Bea keluar dari rumah secara senyap-senyap lantas melukakan hati Ben dek perbuatan tersebut. Ben sangka mereka berdua ada pertalian Istimewa tapi Bea pula fikir sebaliknya. Menyedari perbuatan separa sedarnya, Bea patah balik ke rumah Ben untuk minta maaf. Malangnya dia terdengar Ben cakap buruk tentang Bea dengan kawan baiknya, Pete (GaTa). 


Selepas 6 bulan, Bea dan Ben bertemu kembali di sebuah bar. Di situ Bea mendapat tahu kakaknya, Halle (Hadley Robinson) bertunang dengan adik Pete, Claudia (Alexandra Shipp) dan akan berkahwin di Sydney, Australia. Ben dan Bea dijemput datang ke majlis perkahwinan mereka.
 
Sepanjang berada di sana, Bea cuba mengelak untuk bertemu dengan Ben tapia gak mustahil bila mereka tinggal sementara dalam satu rumah yang sama. Setiap kali berjumpa pasti akan berperang mulut sampai semua syak mereka pernah bercinta tapi putus kerana salah faham. Ibu bapa Bea pula menjemput Jonathan (Darren Barnet), bekas tunang Bea untuk pujuk Bea kembali sambung hubungan mereka. Malangnya Bea dan Jonathan semakin canggung dan menjauh. Ben pula diperhatikan oleh Margaret, bekas kekasih dia yang juga dijemput ke majlis tersebut. 


Naskhah Anyone But You arahan dan penulisan Will Gluck menggunakan chemistry dan kecantikan fizikal dua pelakon utama sebagai penggerak filem romantik komedi yang berlatarkan panorama laut biru Australia. Kisah cinta mereka berdua tak lah menarik pun sebenarnya sebab tak banyak momen yang sweet, adorable let alone lovely antara mereka berdua. Dekat separuh masa pertama banyak bergaduh dan separuh masa kedua pula ada konflik dengan bekas-bekas kekasih. 

Ada babak yang over dan tak senonoh macam dekat gunung bila Bea dan Ben berpura-pura bercinta tapi buat aksi jijik. Sama juga dengan perbualan Ben dan teman lelaki Margaret. Tapi tak bermakna lah filem Anyone But You ni tak ada momen tersendiri yang berjaya buat penonton masuk ke dalam dunia Ben dan Bea. Masa Ben pertama kali jumpa Bea tu tersenyum juga lah bila tengok sebab bertemu secara tak sengaja kemudian jatuh cinta. I want that. 


Sinematografi dari Danny Ruhlmann menggunakan kelebihan alam semulajadi di mana rumah Caroline dan Pete terletak di kawasan pantai. Kebanyakan babak juga berlatarkan keindahan laut dan bukit di kawasan tersebut. Filem Anyone But You menggunakan lagu Unwritten – Natasha Beddingfield untuk lagu utama. Lepas tengok filem ni asyik repeat balik lagu legend zaman awal millenium. A good attempt untuk popularkan balik lagu lama yang best.  



Filem Anyone But You boleh jadi filem romantik komedi yang menarik, malangnya skrip untuk genre komedi tak begitu kuat. Kebanyakannya try hard untuk buat kelakar especially babak semua kononnya bergosip supaya mesej masing-masing sampai ke telinga Bea dan Ben. 

Watak Halle dan Caroline pun tak dapat screentime yang banyak untuk intimate moment diorang. Nampak macam dua orang kawan baik bukannya pasangan kekasih yang akan berkahwin pun. Konflik Jonathan-Bea-Ben patutnya lebih kuat sebab Jonathan ada backup dari keluarga Bea tapi watak Jonathan rasa flat. Lagi seronok kalau ada drama dekat situ, at least movie ni tak lah mendatar sangat. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.3 = 6.3/10

Movie Review | Bhakshak (2024)

Saturday 2 March 2024


Director: Pulkit
Writers: Jyotsana Nath, Pulkit 
Cast: Bhumi Pednekar, Sanjay Mishra, Aditya Srivastava, Sai Tamhankar
Production Company: Red Chillies Entertainment
Distributor: Netflix
Genre: Crime / Drama
Running Time: 135 minutes
Release Date: 09th February 2024 
Trailer :


Vaishali Singh (Bhumi Pednekar) merupakan wartawan kepada siaran kecil dan dibantu oleh jurukamera, Bhaskar (Sanjay Mishra) yang sudah berumur. Satu hari Vaishali mendapat panggilan dari Gupta (Durgesh Kumar) yang ingin memberikan info tentang kes jenayah yang berlaku di rumah perlindungan. 

Gupta memberi satu laporan audit masyarakat yang telah dihantar kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dua bulan lepas. Dalam laporan tersebut, dinyatakan secara jelas bahawa rumah perlindungan di Munawwapur, Bihar yang diuruskan oleh Bansi Sahu (Aditya Srivastava) mendera gadis-gadis yang berada di rumah perlindungan tersebut. Kebanyakan mereka mempunyai luka yang dalam, kesan melecur dan takut untuk bercakap. 

Laporan tersebut telah pun dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat juga Kerajaan Negeri namun setelah dua bulan belum ada apa-apa tindakan dibuat. Umum tahu Bansi Sahu mempunyai hubungan politik yang kuat dengan parti Kerajaan Negeri. Sejak Vaishali mula menyiasat kes tersebut juga, dia sentiasa diekori oleh kenderaan parti tersebut. 

Keluarga suami Vaishali merayu supaya dia lupakan kes tersebut kerana Bansi Sahu bukan orang yang baik. Orang sekitar rumah perlindungan tersebut lebih selamat mendiamkan diri dari membuka mulut. Kalau buat laporan polis pun belum tentu polis akan terima aduan tersebut kerana ramai yang terlibat secara langsung dan tak langsung dengan jenayah rumah perlindungan tersebut. 

Naskhah Bhakshak arahan dan penulisan Pulkit diinspirasikan dari kisah sebenar yang berlaku di rumah perlindungan Muzaffarpur, Bihar pada tahun 2018. Macam mana keadaan rumah perlindungan tersebut, jenayah yang dilakukan oleh pengurus dan warden ataupun keadaan mangsa semuanya dipaparkan tak lari jauh dari keadaan sebenar. 

Lakonan Bhumi Pednekar sebagai Vaishali sebagai wartawan yang berani, tabah dan tegas yang cuba kupas isu jenayah walaupun mengancam nyawa antara kekuatan filem Bhakshak. Dari poster, trailer atau promo materials yang lain kita dah boleh nampak Bhakshak akan jadi filem yang berat, buat kita tak senang duduk dengan realiti yang dibawakan sama ada dari sudut masyarakat yang mementingkan kasta atau pihak berkuasa yang tunduk dengan parti politik. 

Filem Bhakshak diadun dalam pace yang perlahan hingga ada kalanya rasa penat dan hilang fokus sebab kita boleh agak jalan ceritanya. Tak pasti kenapa Pulkit tak fokus kepada watak antagonis ataupun mangsa yang berada di rumah perlindungan tersebut. Kalau pace laju sikit mungkin boleh tambah beberapa babak yang buatkan kita emosi atau sakit hati dengan pihak antagonis. 

Watak SSP Jasmeet Kaur (Sai Tamhankar) pun tak diberi ruang yang banyak walhal boleh jadi key roles dalam naskhah jenayah drama ni. Memang dialog dia ada penggerak untuk watak Vaishali tapi nak juga tengok watak polis bekerjasama dengan polis baik. Ingatkan watak dia akan bagi akses yang lebih kepada watak Vaishali, rupanya dia mengeluh terpaksa akur dengan arahan ketua. Sama juga dengan suami Vaishali, Arvind Singh (Surya Sharma) yang cuma mampu muncul dalam beberapa babak tanpa memberi impak. 

Sinematografi Kumar Sourabh menggunakan pencahayaan yang minimal supaya mood dan tema Bhakshak bergerak seiring dengan penceritaan. Lagu Ganga dendangan Megha Sriram Dalton dan Anurag Saikia, komposer utama untuk filem Bhakshak mempunyai lirik yang kuat lantas menguatkan lagi perasaan suram pada watak Vaishali dan Bhaskar. 

Keputusan yang tepat lah untuk Red Chillies Entertainment pilih platform Netflix untuk tayangan secara rasmi sebab filem yang berat dan menggugat perasaan ni lagi sesuai ditonton secara dekat, di ruangan peribadi supaya pertanyaan Vaishali di hujung filem tinggalkan kesan yang mendalam. Filem Bhakshak bukan saja berlaku di Munawwapur atau Muzaffarpur tapi boleh berlaku di mana-mana pun kalau masyarakat pilih untuk berdiam diri seperti Sudha Kumari (Tanisha Mehta). 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.4/10