Showing posts with label drama Korea. Show all posts
Showing posts with label drama Korea. Show all posts

Drama Review | Vigilante (2023)

Monday 11 December 2023


Director: Choi Jeong-yeol 
Writer: Lee Min-seop
Cast: Nam Joo-hyuk, Yoo Ji-tae, Lee Joon-hyuk, Kim So-jin
Production Companies: Studio N, Beyond Story
Distributor: Disney+ Hotstar
Genre: Action / Thriller 
Running Episodes: 8 episodes (40-50 minutes per episode)
Release Date: 5 October 2023 – 29 November 2023 
Trailer :


Vigilante mengisahkan tentang Kim Ji-yong (Nam Joo-hyuk), pelajar pelatih di Akademi Polis Seoul menyamar sebagai Vigilante pada waktu malam untuk menghukum penjenayah yang mendapat hukuman tidak setimpal dengan jenayah yang dilakukan. Malah lebih teruk lagi, penjenayah-penjenayah ni tak bertaubat atau rasa menyesal pun terhadap jenayah yang dilakukan. Kecewa dengan sistem perundangan yang rosak kerana rasuah, Vigilante mengambil tindakan yang melanggar undang-undang. 

Perbuatannya dikagumi ramai lantas wartawan bernama Choi Mi-ryeo (Kim So-jin) menggunakan Vigilante untuk menaikkan rating Repo25h, news channel tempat dia bekerja. Tuah menyebelahi Mi-ryeo bila Vigilante menggunakan maklumat tentang penjenayah yang ditayangkan menerusi slot khas. 


Semakin lama semakin ramai yang menyebelahi Vigilante malah ada juga yang berani menghukum penjenayah dan berpakaian seperti Vigilante. Antara copy cat tersebut adalah Jo Gang-ok, naib pengerusi DK Group yang suka dengan lagak Ji-young. Gang-ok beri tawaran untuk mereka berdua bekerja bersama sebagai Vigilante namun Ji-young tak setuju dengan cara ganas dan agresif Gang-ok. Lagi pula, Ji-young nak bergerak sendiri. 

Namun gerak-geri Ji-young telah dihidu oleh Jo Heon (Yoo Ji-tae), ketua unit siasatan yang ditugaskan khas untuk memburu Vigilante. Dalam masa yang sama, Vigilante cuba membongkar aktiviti jenayah yang dilakukan oleh Sewool Future Resources. 


Naskhah Vigilante merupakan adaptasi dari webtoon dengan judul yang sama, karya ilustrasi Kim Kyu-sam yang diterbitkan pada tahun 2018. Idea untuk menghidupkan watak dual identity dah cukup menarik di mana pada waktu siang adalah polis yang patuh pada undang-undang manakala di waktu malam merupakan penghukum penjenayah. Uniform polis dan hoodie hitam yang digunakan oleh orang yang sama pada waktu yang berbeza mewujudkan dua persona dan aura yang berbeza. 

Tak ambil masa yang lama pun untuk kita berpihak pada Vigilante, ditambah pula dengan back story yang menjadi mangsa selepas ibunya dibunuh. Setiap serangan yang dilakukan oleh Vigilante juga tidak sampai membunuh mangsa, malah diberi peluang untuk serah diri atau bertaubat. Pattern yang digunakan Vigilante juga membezakan dia dengan copy cat yang menyerang secara membuta tuli dan pattern ini juga dicam oleh wartawan Choi Mi-ryeo. 


Karakter wartawan Choi Mi-ryeo ni dari awal hingga ke hujung menjengkelkan, walaupun pengarah bagi justification kenapa dia bertindak macam tu pun tetap tak boleh terima. Ada lah beberapa tindak-tanduk dia yang menjadi persoalan. Mungkin nak highlight strong traits tapi annoying. Sama juga dengan watak Gang-ok but as time goes by, I find him cute. 

Lakonan Nam Jo-hyuk sebagai Vigilante ada masanya terlihat seperti psycho killer and at times, I takut juga watak dia akan berubah ke arah tu. Dalam kebanyakan babak, Nam Jo-hyuk menggunakan gaya badan dan ekspresi wajah untuk berbicara tentang apa yang dia rasa terhadap sesuatu. Karakter Ji-young lebih kepada introvert, nak dibandingkan dengan kawan sekelas dia, Min Seon-wook (Lee Seung-woo) yang lebih ceria dan aktif. 


Action scenes yang dipaparkan dalam Vigilante nampak kemas dan meyakinkan bila Nam Jo-hyuk berlatih dalam sukan tinju, judo dan pelbagai seni pertahankan diri untuk watak Vigilante. Kalau sebelum ni nampak dia sebagai hero romantik, kali ni avatar dia bertukar kepada action hero. Enjoy tengok pertemuan Ji-young dengan Jo Heon sebab kedua-duanya mempunyai prinsip dan ideologi berbeza. 


‘Your confidence that you can’t be wrong. People like you will become monster eventually. Ji-young, was it painful….or...was it fun?’ - Jo Heon


Pace penceritaan bergerak sederhana sedangkan Vigilante cuma mempunyai 8 episod pada musim pertama jadi ada beberapa scenes yang nampak rushing terutamanya di penghujung drama. Alur penceritaan pada awalnya nampak menarik tapi longgar di pertengahan kemudian rushing di hujungnya. Kalau ada musim kedua, mungkin penulis boleh pick-up balik dekat plot yang tak sempat dikembangkan. All in all, it’s a good watch. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8/10

Drama Review | See You in My 19th Life (2023)

Saturday 9 December 2023


Director: Lee Na-jung
Writer: Choi Young-lim
Cast: Shin Hye-sun, Ahn Bo-hyun, Ha Yoon-kyung, Ahn Dong-goo
Production Companies: Studio N, Studio Finecut
Distributors: tvN, Netflix, TVING
Genre: Fantasy / Romance / Drama / Mystery
Running Episodes: 12 episodes (70 minutes per episode)
Release Date: 17 June 2023 – 23 July 2023 
Trailer :


Drama cinta yang diadaptasikan dari webtoon (2020) dengan judul yang sama, See You in My 19th Life, karya ilustrasi Lee Hey membawakan tema reincarnation di mana Ban Ji-eum (Shin Hye-sun) ingin bertemu dengan Moon Seo-ha (Jung Hyeon-jun) di kelahiran ke-19 nya. 

Ban Ji-eum telah melalui pelbagai era menerusi beberapa kelahiran dan mempunyai ingatan di beberapa kelahiran yang terdekat. Hanya di kelahiran ke-19, dia mula punya semangat untuk hidup kerana ingin bertemu dengan Seo-ha, kanak-kanak lelaki yang dia kenal di kelahiran ke-18. Perkenalan mereka agak singkat kerana Ji-eum dan Seo-ha terlibat dalam nahas jalan raya. 


Sebaik saja menginjak usia 9 tahun, Ji-eum (Park So-yi) mencari semula anak saudaranya bernama Ae-gyung (Cha Chung-hwa) di kelahiran ke-17. Ji-eum minta untuk tinggal bersama kerana keluarga di kelahiran ke-19 hanya ambil kesempatan dan mengabaikan dia. Ambil masa yang lama untuk Ji-eum bertemu dengan Seo-ha (Ahn Bo-hyun) kerana jejaka tersebut sambung belajar di luar negara. 

Sebaik saja Seo-ha buka pengambilan pekerja di hotelnya, Ji-eum tak lepaskan peluang walaupun kelayakannya tak sesuai langsung dengan jawatan yang ditawarkan. Ji-eum nak sangat bagitahu Seo-ha bahawa dia adalah Yoon Joo-won (Kim Si-a) di kelahiran ke-18 tapi tak mungkin Seo-ha akan percayakan dia. Sejak kemalangan tersebut, Seo-ha pekak sebelah dan menghidap PTSD. Urusan seharian Seo-ha banyak dibantu oleh teman baiknya merangkap setiausaha, Ha Do-yoon (Ahn Dong-goo). 

Drama fantasi cinta yang dikembangkan oleh Studio Dragon mengetengahkan tema yang segar, kreatif dan menarik di mana manusia dapat ingat setiap kelahiran yang dilalui. Kelebihan yang ada keburukan dan kebaikannya. Dah tentu, bukan dari segi negatif sebab hanya manusia yang berkelakuan baik akan dapat peluang untuk lahir semula. Sebelum ni cuma tahu tentang fakta ni tapi dalam drama See You in My 19th Life, penulis, Choi Young-lim bagitahu yang watak Ban Ji-eum dapat lahir semula dengan cepat sebab di kelahiran sebelumnya, dia dibunuh. 


Masa layan drama ni macam geram juga penulis tak pertemukan Ji-eum dengan ibu dia di kelahiran ke-18 tapi bila tahu keburukan ada ingatan dari kehidupan lampau terus rasa lega. Selamat juga mata sebab tak payah menangis macam masa tengok part Ji-eum reunite balik dengan Cho-won (Ha Yoon-kyung). 

Alur penceritaan See You in My 19th Life dikembangan dengan baik cumanya terlampau banyak flashbacks yang sama sedangkan ada banyak plot yang boleh dikembangkan lagi macam watak Ha Do-yoon yang setuju bekerja sebagai setiausaha sedangkan boleh sangat dia kerja tempat lain. Entah kenapa dia perlu bertahan dibuli dengan rakan sekolah. Mungkin sebab dia sayang dengan Seo-ha tapi friendship diorang tak lah ditonjolkan sangat oleh si penulis. 


Mood drama See You in My 19th Life pada awalnya lebih kepada warm, sesuai dengan harapan Ji-eum untuk pulihkan dunia gelap Seo-ha. Kemudian drama ni bertukar kepada mood yang lebih dark bila watak Kang Min-gi (Lee Chae-min) muncul dengan kisah silam yang berunsurkan misteri dan tegang. Dalam masa yang sama Seo-ha dan Ji-Eum dapat tahu rahsia kemalangan yang berlaku ada kaitan dengan konflik keluarga. 


Peralihan kedua-dua mood ni berlaku secara perlahan pada awalnya which is good for some moment tapi berubah mendadak di hujung drama. I did some digging dan dapat tahu sepatutnya drama See You in My 19th Life ada 16 episod tapi terpaksa potong banyak part sebab nak slot in dekat tvN. Patutnya untuk tayangan Netflix dan TVING, letak lah drama asal sebab tak ada isu rebut slot pun. Mungkin streaming platform beli dari tvN kot bukannya production house. But still haihhh sedihnya. 

Kalau ada yang rasa I patut layan webtoon untuk tahu jalan cerita asal, mungkin tak tahu tahap keindahan sinematografi yang dipaparkan dalam drama See You in My 19th Life. Babak romantik antara Seo-ha dengan Ji-eum atau Joo-won bukan terletak pada chemistry semata tapi pada setiap pertemuan yang dihiasi dengan visual yang mengasyikkan. Pertemuan di kolam renang, akuarium ikan, di kubur Joo-won, menari diiringi bayu laut dan banyak lagi. 


Penulis tumpukan perhatian pada watak Seo-ha yang tak mampu mendengar tapi ampuhkan bahasa cinta melalui sensori lain. Babak Seo-ha dan Ji-eum tenangkan diri di pokok ceri antara babak yang bermakna bila pokok ceri melambangkan perantara hidup dan mati. Jangka hayat pokok ceri pun pendek, sama macam Joo-won yang sempat jumpa Seo-ha cuma sekejap tapi jadi titik yang mendalam pada Seo-ha. Soundtrack The Star – Colde menambahkan lagi impak kepada atmosfera romantis yang dititipkan oleh penulis. 



Baca review banyak juga yang tak suka dengan lakonan Ahn Bo-hyun sebab pasif tapi personally, I okay je dengan lakonan dia sebab Ahn Bo-hyun serve face sepanjang masa. Watak Seo-ha tu kan PTSD, membesar sendiri, emotional neglect oleh bapa dia lepas kematian ibu dan Joo-won, memang patut lah dia banyak asingkan diri. Bahagia tapi sakit dalam masa yang sama. Mungkin sebab masalah teknikal juga, pengarah tak mampu nak bagi banyak ruang kepada watak Seo-ha. 

Berbeza dengan watak Ji-eum yang lincah dan berani sebab dia dah tekad nak masuk dalam hidup Seo-ha. Dah la ilmu pun banyak, kemahiran hidup pun bersepah. Campak lah dekat mana pun, dia boleh hidup. Jangan campak masuk dalam keluarga di kelahiran ke-19 je sebab sakit jiwa nak hadap. Lakonan Shin Hye-sun cemerlang dalam watak Ji-eum, bukan senang nak seimbangkan lakonan supaya tak terjatuh dalam kategori cringe ataupun over acting. 


Pelakon sampingan yang dimasukkan pun cemerlang menghidupkan watak masing-masing. Yang mencuri tumpuan dalam drama See You in My 19th Life ialah Kim Si-a, bukan saja cantik, pandai pula tu berlakon sebagai remaja yang kemurungan dan terbeban dengan takdir hidup. Park So-yi pula tak perlu dipertikaikan lagi bakat dia lepas menyerlah dalam drama She Would Never Know (2021), Mouse (2021) dan terbaru, Revenant (2023)

Kalau belum tengok lagi, boleh lah layan drama See You in My 19th Life di Netflix. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.3/10

Drama Review | Moving (2023)

Friday 24 November 2023


Directors: Park In-je, Park Yoon-seo
Writer: Kang Full 
Cast: Ryu Seung-ryong, Han Hyo-joo, Zo In-sung, Cha Tae-hyun, Ryoo Seung-bum, Kim Sung-kyun, Lee Jung-ha, Go Youn-jung, Kim Do-hoon
Production Companies: Studio&NEW, Mr. Romance, The Walt Disney Company Korea
Distributor: Disney+ Hotstar
Genre: Action, Fantasy, Supernatural, Sci-fi, Romance, Drama
Running Episodes: 20 episodes (40 minutes per episode)
Release Date: 9 August 2023 – 20 September 2023 
Trailer :


Drama tayangan eksklusif Disney+ Hotstar yang memenangi 6 anugerah termasuk Best Creative, Best Lead Actor, Best Writer, Best Newcomer Actor and Actress dan Best Visual Effects di Asia Contents Awards & Global OTT Awards 2023 berkisarkan manusia yang mempunyai kebolehan luar biasa di bawah agensi National Intelligence Service. 

Moving yang diadaptasikan dari webtoon Moving, karya Kang Full bermula dengan kisah kehidupan Bong-seok (Lee Jung-ha) yang boleh terapung di udara. Ibunya, Lee Mi-hyun (Han Hyo-joo) sedar akan keunikan tersebut dan mencuba sebaik mungkin untuk pastikan kebolehan Bong-seok tidak diketahui umum. Setiap hari Bong-seok perlu kawal berat badan dan bawa weight bars ke mana saja dia pergi. 


Satu hari pelajar baru bernama Jang Hui-soo (Go Youn-jung) pindah masuk ke Sekolah Menengah Jeongwon dan berkawan dengan Bong-seok. Tak ambil masa yang lama pun kebolehan Bong-seok terbongkar kerana dia susah untuk mengawal badan daripada terapung kerana emosi tak stabil setiap kali berjumpa pelajar cantik tersebut. 

Rupanya Jang Hui-soo juga mempunyai kebolehan luar biasa bilamana badannya boleh sembuh. Kebolehan tersebut diwarisi oleh ayahnya, Jang Ju-won (Ryu Seung-ryong) yang pernah menjadi black agent di NIS sebelum lari bersembunyi. Ketua pelajar, Lee Gang-hoon (Kim Do-hoon) pula mempunyai kekuatan luar biasa dan boleh bergerak dengan cepat. Kesemua pelajar istimewa ini diawasi oleh Choi Il-hwan (Kim Hee-won), guru di Sekolah Menengah Jeongwon.


Dalam masa yang sama, lelaki bernama Frank (Ryoo Seung-bum) menjejak bekas black agent NIS dan membunuh dengan kejam. Chief Min Yong-jun (Moon Sung-keun) syak Amerika sedang menjejak kesemua retired agent untuk padam semua data NIS. Lee Mi-hyun dan Jang Ju-won cuba menjejak Frank dan mengawasi anak-anak mereka dari bahaya. 

Drama Moving merupakan drama Korea terpanjang yang pernah ditayangkan di Disney+ Hotstar dan merupakan drama yang menelan belanja sebanyak 6 billion won. Bila layan 20 episod boleh faham lah kenapa dan bajet tersebut berbaloi dibelanjakan kerana menghasilkan penceritaan yang unik, segar dan menyeronokkan. 


Terdapat banyak latar masa yang berlaku di dalam drama Moving dan juga latar tempat di Korea Selatan, Korea Utara dan juga Amerika Syarikat. Recommended to do a marathon watch supaya tak keliru dan lupa sebab dalam drama Moving ada banyak watak yang digunakan. Cerita dikembangkan dengan baik bila penulis fokus pada keluarga Bong-seok kemudian keluarga Hui-soo kemudian masukkan tentang Lee Gang-hoon kemudian kembangkan tentang operasi khas NIS dan flashback yang memperkenalkan first batch black ops agent – Kim Doo-sik (Zo In-sung), Lee Mi-hyun dan Jang Ju-won, second batch – Jincheon (Baek Hyun-jin), Bongpyeong (Choi Deok-moon) dan Naju (Kim Gook-hee) dan superhuman Korea Utara. 


Bukan saja dikembangkan dengan baik supaya penonton kenal semua watak dan pihak yang terlibat, peralihan genre juga memainkan peranan. Di episod awal, bermula episod 1 hingga 7 lebh kepada teen romance dan kehidupan pelajar kemudian berubah kepada genre cinta orang dewasa di episod 8 dan 9. Bergerak ke episod 10 dan 11 pula lebih kepada action dan gangsterism kemudiannya action, thriller, superheroes dan sci-fi. 

Semua genre mempunyai ruang dan diadun dengan baik untuk menghasilkan penceritaan dengan mesej yang kuat. Sedih bila masuk kisah Jang Ju-won dan Jang Hui-soo sebab kedua-duanya boleh sembuh fizikal tapi tak mampu sembuh dari trauma yang menghantui. Sama juga dengan watak Kwon Yong-deuk (Park Kwang-jae) yang terpaksa bertarung untuk hidup di Korea Utara. 


Walaupun pengarah kata dia tak pandai olah genre melodrama tapi semua babak yang mempunyai elemen tu digarap dengan baik. Mesej yang diketengahkan bila manusia seperti Chief Min boleh peralatkan ejen untuk kepentingan dia, kena lah dengan tagline drama Moving – “We can be Heroes or Monsters”. Tak kira lah superhuman atau askar biasa, bila dikerah untuk berperang, masing-masing terpaksa bertahan untuk hidup supaya dapat sara keluarga. 

"The people are innocent. Those who forced sacrifices are to blame."


Drama Moving mempunyai barisan pelakon yang kuat baik pelakon senior mahupun barisan pelakon baru seperti Lee Jung-ha, Kim Do-hoon, Ko Youn-jung dan Shin Jae-hwi. Casting director pandai juga cari pelakon sebab batch anak-anak semuanya ada iras dengan parents. Karakter dan keupayaan pun sama, mungkin sebab tu seronok sebab small details diberi perhatian teliti. Cuma tu lah, kenapa semua ejen ada anak seorang je? Kenapa NIS tak nak jaga keluarga ejen sedangkan ejen berkhidmat untuk negara? 

Tak hairan lah Lee Jung-ha menang anugerah untuk watak Bong-seok sebab personaliti dan karakter dia yang clumsy, kelakar dan comel macam ayah dia jugak. Chemistry Jung-ha dengan Ko Youn-jung antara penyeri dalam Moving. 


Sinematografi yang banyak menggunakan VFX dan CGI juga mengukuhkan penceritaan yang bertemakan superhuman dalam kalangan manusia biasa. Seronok tengok kebolehan Jang Ju-won dan Jang Hui-soo di mana badan mereka berdua boleh sembuh dalam masa yang singkat. Kebolehan yang lain juga terlihat cantik dengan persembahan visual cemerlang lantas menaikkan mutu penceritaan Moving. Action stunt dipersembahkan dengan kemas dalam situasi tegang dan babak thriller. Ada juga babak yang mengerikan dan kejam memandangkan Moving berkisarkan dunia underworld dan special agents. 


Tengok pada credit scene, possibility untuk Musim 2 tersangatlah tinggi walaupun kesemua bekas ejen teruskan bersembunyi dan sorok kebolehan anak-anak mereka supaya tak dipergunakan oleh Kerajaan. Excited untuk musim 2 sebab nak tengok watak yang boleh hentikan masa dan superhuman lain yang tak berjaya dikesan lagi. Watak Young-Tak ni ada dalam webtoon Timing dan Bridge. Satu lagi sebab excited nak tengok Musim 2 sebab finally industry Asia ada drama superhuman yang bagus. Indonesia dengan Universe Satria Dewa dan Bumilangit Cinematic Universe (BCU) sementara Bollywood dengan Brahmastra trilogy. 


Mungkin Moving musim 2 bukan dalam masa yang terdekat sebab musim pertama pun ambil masa yang lama untuk siap. But I guess that’s okay because I can wait as long as the story is good. Kalau yang suka genre superheroes macam Avengers, X-Men dan seangkatan dengannya, memang wajib layan drama Moving. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Drama Review | Alchemy of Souls: Light and Shadow (2023)

Monday 20 November 2023


Directors: Bae Hyun-jin
Writers: Hong Jung-eun, Hong Mi-ran
Cast : Lee Jae-wook, Ko Yoon-jung, Shin Seung-ho, Yoo In-soo, Lee Ha-yul, Yu Jun-sang, Go Youn-jung, Hwang Min-hyun, Lim Chul-soo, Jo Jae-yun, Na-ra, Sojin
Production Companies: Studio Dragon, TS Narincinema 
Distributors: tvN, Netflix
Genre: Action / Fantasy / Romance / Drama
Running Episodes : 10 episodes (60-70 minutes per episode)
Release Date: 10 December 2022 – 8 January 2023
Trailer :


Kesinambungan Alchemy of Soul: Part 1 (2022) menggunakan latar masa selepas 3 tahun Naksu menyerang negeri Daeho dan Jang Uk (Lee Jae-wook) memperoleh Batu Ais lantas mengambil upah dari Istana untuk membunuh soul shifters. 

Menjadi pendekar yang hebat dengan kuasa terhebat dari Batu Ais tak bermakna hidup Jang Uk bahagia kerana dia sentiasa merindukan Mu-deok. Setiap masa juga dia diganggu oleh roh jahat yang sentiasa mengganggu untuk dapatkan kuasa Batu Ais. Jang Uk tak dapat tidur dengan tenang dan sentiasa mengasingkan diri supaya tak membahayakan orang di sekeliling. 


Satu hari ketika mengejar soul shifter di Jinyowon, tanpa sengaja Jang Uk masuk ke bilik kebal dan berjumpa dengan Jin Bu-yeon (Ko Yoon-jung) yang dikurung selama 3 tahun sejak diselamatkan dari Tasik Gyeongcheondaeho. Pelik dengan kehadiran Jang Uk, Bu-yeon tahu pemuda tersebut akan bantu dia keluar dari tempat tersebut. 

Dalam masa yang sama, Seo Yul (Hwang Min-hyun) balik semula ke Daeho untuk menghadiri perkahwinan pak cik dia namun disalah anggap oleh Bu-yeon sebagai bakal suami. Perkahwinan tersebut diaturkan oleh Jin Ho-Gyeong (Park Eun-hye) yang memerlukan pewaris untuk menjaga Jinyowon dan replika yang mengurung roh jahat di bilik kebal. Tambahan pula Jin Mu (Jo Jae-yun) mempunyai rencana untuk mengeringkan Tasik Gyeongcheondaeho menggunakan kuasa Burung Api supaya memperoleh kuasa Batu Ais. 


Drama Alchemy of Souls: Light and Shadow mempunyai 10 episod, jauh lebih pendek dari Part 1 dengan konflik yang berulang dan antagonis yang sama. Konflik yang berulang bila percintaan antara Bu-yeon dan Jang Uk mempunyai alur yang sama. Yul antara yang pertama kenal siapa Bu-yeon dan patah hati sekali lagi. Putera Raja Go Won (Shin Seung-ho) menjadi perantara sama seperti sebelumnya tapi seronok je nak tengok sebab karakter putera masih sama. Babak Putera Raja dengan Bu-Yeon dan kura-kura hitam comel sangat. 

Meskipun sekuel lebih pendek dengan watak yang sama banyaknya, ada beberapa babak yang tak perlu sebab mengganggu mood penceritaan. Watak Heo Yun-ok (Hong Seo-hui) tak perlu masuk dalam Part 2 pun tak apa sebab annoying. Sama juga dengan orang gaji dia, Sun-I (Jung Ji-Ahn) yang selalu berlagak depan Bu-yeon walhal taraf mereka jauh berbeza. Kenapa dia bercakap dengan bongkak sedangkan Bu-yeon pewaris Jinyowon? 


Drama Alchemy of Souls: Light and Shadow mendapat sentuhan pengarah baru, Bae Hyun-jin dan mengekalkan Hong Sisters sebagai penulis. Boleh faham lah kenapa cerita lebih pendek dari yang pertama. Lagipun kita dah kenal semua watak yang wujud jadi tak susah pun nak kenal karakter masing-masing macam mana. Fighting scenes Jang Uk pun dipaparkan pendek saja memandangkan dia mempunyai Batu Ais. Semua yang wujud di Daeho takut dengan kuasa Jang Uk dan banyak menggunakan Naksu untuk kacau fokus dia. 


Perubahan yang paling ketara pada drama ni bila sinematografi yang lebih mengukuhkan genre fantasi. Transition yang digunakan lebih cantik dari Part 1 lantas mengukuhkan screenplay Alchemy of Soul. Motif visual yang menggunakan api untuk menjelaskan ketegangan dan perasaan watak dalam sesuatu babak antara teknik cemerlang yang menjadikan naskhah sekuel ni lebih menarik. Masa Jang Uk berbual dengan Bu-yeon di jeti, ada penghadang yang pisahkan kedua watak secara tak sengaja tapi jadi simbolik kuat sempadan perasaan antara dua watak utama. Penggunaan tanglung juga memainkan peranan dalam kisah cinta Jang Uk dan Bu-yeon. I took it as symbolic which represent Bu-yeon’s role in his life. 


Masa dapat tahu Studio Dragon tukar pelakon dari Jung So-min kepada Ko Yoon-jung tu sedih la jugak sebab dah seronok dengan pelakon asal. Tapi bila tengok lakonan Ko Yoon-jung, rasa pengarah buat pilihan tepat lah untuk sekuel. Sesuai lah dengan watak dia yang berketurunan Jinyowon bila persona yang anggun, ayu, sopan, lemah-lembut dan indah rupa paras. Muka polos dan naif dia bila berinteraksi dengan kebanyakan watak di Daeho. Cantik sangat bila dia pakai haenbok berona pastel, nampak berseri sangat sebagai isteri Jang Uk. Chemistry Yoon-jung dan Lee Jae-wook jadi punca beremosi setiap kali babak mereka berdua muncul. 

Personally Alchemy of Soul : Light and Shadow adalah sekuel yang bagus walaupun skrip agak longgar kerana terbatas dengan durasi episod. Ada banyak juga persoalan yang tak terjawab macam Bu-yeon yang asal setuju untuk benarkan Naksu guna badan dia di hujung cerita. Dekat hujung pun pasangan suami isteri ni sibuk memburu kuasa jahat di bahagian utara Daeho. 


Sama ada jadi hint untuk Musim 3 ataupun Hong Sisters memang nak biarkan tergantung. Kalau nak buat musim ketiga, boleh sangat untuk explore plot lain dan bawa masuk antagonis baru. Tapi tengok gaya pengarah singkatkan jadi 10 episod dan perangai Netflix yang tak suka sambung drama bermusim dan batalkan di tengah jalan, nampak gaya harapan untuk musim 3 muncul agak tipis. Anyway, I had fun witnessing this love story and how fate works in life. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.8/10

Drama Review |The Worst of Evil (2023)

Thursday 16 November 2023


Director: Han Dong-wook
Writer: Jang Min-suk
Cast: Ji Chang-wook, Wi Ha-joon, Im Se-mi, Bibi
Production Companies: Baram Pictures, Sanai Pictures
Distributor: Disney+ 
Genre: Crime drama / Action / Thriller / Noir
Running Episodes: 12 episodes (52-69 minutes per episode)
Release Date: 27 September – 25 October 2023
Trailer:


Berlatarkan era 1990-an, Park Jun-mo (Ji Chang-wook) ditugaskan menyamar untuk membongkar kartel dadah yang bekerjasama dengan yakuza Yoshioka-gumi di Tokyo, Jepun. Dadah yang dibawa masuk adalah dadah berkualiti premium dengan lebih 95% keaslian bernama Gangnam Crystal. Sasaran utama pihak polis ialah Jung Gicheul (Wi Hajoon) yang baru saja merampas kuasa dari Jang Kyung-chul (Jung Man-sik) lantas menjadi ketua kepada Gangnam Union.

Park Jun-mo menyamar sebagai Kwon Seungho, sepupu kepada kawan baik Jung Gicheul yang terbunuh dalam pertempuran bersama Jang Kyung-chul. Kerana rasa bersalah mengakibatkan rakan karibnya mati, Jung Gicheul dengan mudah menerima Jun-mo masuk bekerja. Dari patrol kawasan Gangnam, Jun-mo naik menjadi orang kanan Gicheul. 


Banyak maklumat yang diraih oleh Jun-mo semasa penyamarannya dan banyak juga bahaya dan risiko dia perlu berdepan untuk pastikan operasi mereka berjalan tanpa dihidu oleh Gangnam Union. Persetujuan antara polis jabatan narkotik Korea dan narkotik Tokyo adalah untuk menangkap kedua-dua kartel dadah ketika berurusan dan peluang tersebut bakal muncul setelah mafia dari China menghantar dadah, dan Korea menjadi pengantara kepada Gangnam Crystal untuk eksport ke Jepun. 

Naskhah crime thriller terbaru terbitan Disney+ arahan Han Dong-wook mengangkat dinamik dan sinergi antara kedua-dua watak utama – Kwon Seongho dan Jung Gicheul. Sementara naskhah crime thriller yang lain mempunyai pertarungan antara antagonis dan protagonis utama, The Worst of Evil sajikan bromance mafia boss bersama orang kanannya. 


Walaupun penyamaran untuk dunia underworld adalah subjek yang selalu diketengahkan, The Worst of Evil mempunyai keunikan tersendiri kerana kekangan dari segi teknologi pada era tersebut. Jun-mo perlu sentiasa mencari peluang untuk hubungi Seok Do-hyung ( Ji Seung-hyun) untuk update maklumat baru. 

Sisi dunia gelap di kota Gangnam dipaparkan dengan cemerlang yang diperkukuhkan lagi dengan atmosfera vintage 90-an. Transition dan close-up shots yang digunakan memperkayakan lagi mental visual. Disebabkan percaya dan setia jadi konflik utama dalam Gangnam Union, kebanyakan babak tampak intense melalui renungan mata antara dua watak utama. BGM dan music score menjadi penyeri naskhah yang mengangkat era 90-an terbitan Disney+ Hotstar ni. 


Alur penceritaan The Worst of Evil bergerak laju dengan strategi bisnes haram yang dimiliki oleh Jung Gicheul dan dalam masa yang sama pertahankan empayarnya dari dirampas oleh geng lain. Ada beberapa plot twist yang dimasukkan untuk cerita kekal menarik. 

Tapi semakin drama bergerak, semakin terserlah kelemahan pada beberapa watak macam Park Jun-mo yang sentiasa resah sedangkan Do-hyung sentiasa ada mengawasi pergerakan dia. Untuk beberapa momen genting, perasaan resah tu nampak kena dengan situasi tapi kalau sentiasa gelabah pun tak syok juga. Tak faham kenapa dia kena ambil telefon bimbit Private Investigator Cheon Jin-pyung (Sung Il) sampai buatkan watak lain syak dengan pergerakan dia. 


Watak Yoo Eui-jeong (Im Se-mi) tak perlu ada dalam beberapa babak pun sebab mengacau kerja Park Jun-mo. Patutnya dia bantu cover track Jun-mo bukannya menyusahkan lagi suami dia. Mungkin watak Eui-jeong patut tarik elemen drama dan serlahkan personaliti Jung Gicheul yang tersorok dek nasib hidup malang kerana ada ayah yang kaki dadah tapi lakonan dia terlampau dull sampai nampak bosan setiap kali dia muncul. Tak ada chemistry dengan Ji Chang-wook ataupun Wi Ha-joon. Berbeza dengan Bibi yang jatuh cinta dengan Jun-mo.  


I still mencari The Worst of Evil tu dalam watak Park Jun-mo sebab isteri dan ketua dia pesan supaya kawal diri dan jangan terikut perangai gangster. Kalau tengok perkembangan watak Jun-mo tak ada lah berbeza sangat dengan yang sebelumnya sampai dua watak ni nak tinggalkan pesan macam tu. Mungkin penulis nak bagitahu yang Jun-mo sanggup khianat kepercayaan Jung Gicheul untuk dapat apa dia nak tapi takkan timbangan penipuan dan khianat lebih berat dari bunuh dan dadah? 

Kalau tengok pada ending scenes, mungkin ada musim 2 tapi kalau betul Disney+ Hotstar ada plan untuk sekuel, better cari penulis yang lebih baik atau tambah lagi durasi tayangan dari 12 episod kepada 16 episod. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.5 = 7/10

Drama Review | She Would Never Know (2021)

Sunday 12 November 2023


Directors: Lee Dong-yoon, Ra Ha-na
Writer: Chae Yoon
Cast: Won Jin-ah, Rowoon, Lee Hyun-wook, Lee Joo-bin, Wang Bit-na
Lee Kyu-han
Production Company: JTBC Studios
Distributors: JTBC, Netflix, iQiyi
Genre: Romantic / Drama 
Running Episodes : 16 episodes (60 minutes per episode)
Release Date: 18 January – 9 March 2021
Trailer:


Diadaptasikan dari web novel berjudul Senior, Don't Put on That Lipstick, karya nukilan Elise (Elize), drama terbitan JTBC Studios mengisahkan tentang Chae Hyun-seung (Rowoon) yang jatuh cinta dengan senior tempat kerjanya, Yoon Song-ah (Won Jin ah).

Mereka berdua bekerja di marketing department dalam syarikat kosmetik jenama KLAR. Hyun-seung juga adalah trainee kepada Song-ah sejak intern sehingga mendapat kerja tetap di situ. Mereka berdua ibarat belangkas hinggakan terbit desas-desus mengatakan mereka berdua bercinta. Hyun-seung senang dengan khabar angin tersebut tapi tidak pada Song-ah kerana dia bercinta dengan Business Manager Lee Jae-shin (Lee Hyun-wook). 

Hubungan mereka tidak diketahui sesiapa pun selama 2 tahun tersebut. Satu hari Hyun-seung ternampak mereka berdua di taman dan patah hati. Hal ini diceritakan kepada kakaknya, Chae Ji-seung (Wang Bit-na), pengarah di HARA, butik pengantin elit. Kebetulan, sebelum pulang ke rumah, Hyun-seung ternampak BM Lee bersama tunangnya, Lee Hyo-joo (Lee Joo-bin) di HARA. 

Perasaan kecewa awal tadi bertukar jadi semangat untuk pertahankan perasaan cinta terhadap Song-ah. Dari situ kisah cinta mereka berdua bermula. 

Drama ketiga I tengok sebab Rowoon, back-to-back pulak tu. Sebab nampak muka Rowoon dalam poster terus tekan play dekat Netflix. Personally, pengarah patutnya kekalkan tajuk Sunbae, Don't Put on That Lipstick sebab tajuk tu lebih sesuai. Tak tahu kenapa pilih tajuk She Would Never Know padahal eventually she would know jugak. Tajuk asal nampak lebih personal untuk kisah cinta Hyun-seung dan Song-ah. 

Drama arahan Lee Dong-yoon dan Ra Ha-na tak lah tinggi sangat ratingnya tapi I enjoy tengok sebab genre slice of life yang dibawakan. Setiap pasangan dan watak sampingan yang wujud dalam drama ni ada konflik hidup yang tersendiri dan sajikan mesej sosial yang sangat kuat. Macam pasangan utama yang terpaksa pilih antara kerjaya atau relationship. Song-ah terpaksa bekerja selama 5 tahun di Europe tapi tak mampu bertahan dengan long-distance relationship sampai minta putus. 

Kebanyakan review bash keputusan Song-ah but that’s what happened bila membesar dengan trauma. Dia nampak ayah dia curang, mak dia (Lee Ji-hyun) trauma dumping dari remaja sampai dah masuk 30-an. Faham sangat bila dia tak mampu nak commit dalam relationship sebab rasa bersalah dengan Hyun-seung. Kalau jadi Song-ah pun penat sebab asyik minta maaf dan kecewakan partner sendiri. Daripada sebelah pihak sakit, baik putus je. Dari point of view Hyun-seung, apa yang dia buat tu sebab sayang. Tunggu Song-ah habis kerja, stay dalam kereta, stay dekat rumah tapi untuk Song-ah benda tu sedikit sebanyak jadi beban dan triggered trauma dia. Perbuatan Hyun-seung tu mengingatkan Song-ah pada mak dia. 

Mungkin yang bash tu tak nampak benda ni dan mungkin juga sebab penulis tak kembangkan konflik ni dengan baik sampai nampak Song-ah bersalah tapi dekat sini patut ada conversation dan confrontation macam watak Chae Yeon-seung (Ha Yoon-kyung) dan Kang woo-hyun (Lee Dong-ha) buat. 

Macam mana penulis tak bagi ruang untuk konflik tu, sama juga dengan hubungan Lee Jae-shin dan kawan baik dia, Lee Jae-woon (Lee Gyu-han). Kita faham kenapa Jae-woon rasa terluka dengan perbuatan Jae-shin tapi drama ni macam kejam dengan watak Jae-shin padahal dia hidup terseksa sebab ayah dia. Mak pun tinggalkan macam tu je. Tak faham kenapa penulis nak tonjolkan dia sebagai antagonis dan layak dicerca sedangkan dia pun mangsa. Confrontation Hyo-joo dengan Jae-shin tu antara favorite scene bila dia sedar yang selama ni Jae-shin nervous bila spend time sama-sama. 

Pace drama She Would Never Know ni agak perlahan dan banyak flashback sedangkan ada banyak babak boleh dikembangkan lagi. Penulis berhutang banyak sebab tak ada pun romantic scene antara Hyo-joo dengan Jae-shin di hujung cerita apatah lagi wedding scene Jae-woon dengan Ji-seung. 

Sebagai peminat Rowoon, I puas hati lah tengok performance dia dalam drama ni sebab watak dia yang paling banyak dapat screentime dan dia gunakan peluang tu dengan baik. Comel tengok dia jadi pakcik Kang Ha-eun (Park So-yi), terserlah betul husband material tu. Tibehhh

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8/10

Drama Review | Tomorrow (2022)

Saturday 11 November 2023


Directors: Kim Tae-yoon, Sung Chi-wook
Writers: Park Ran-I, Park Ja-kyung, Kim Yu-jin
Cast: Kim Hee-sun, Rowoon, Lee Soo-hyuk, Yoon Ji-on, Kim Hae-sook, Yun Yoo-sun, Min Ji-A, Kang Seung-yoon, Cha Hak-yeon
Production Companies: Studio N, Super Moon Pictures
Distributor: MBC TV, Netflix 
Genre: Drama 
Running Episodes: 16 episodes (70 minutes per episode)
Release Date: 1 April – 21 May 2022
Trailer :


Choi Jun-woong (Rowoon) tak pernah putus asa mencari kerja setelah tamat belajar namun nasib tidak menyebelahi. Semua percubaannya gagal sehingga lah satu hari dia secara tak sengaja bertemu dengan Grim Reapers Koo Ryeon (Kim Hee-sun) dan Lim Ryung Gu (Yoon Ji-on) di jambatan Sungai Han. 

Dek kerana jatuh ke dalam sungai ketika cuba menyelamatkan gelandangan di situ, Jun-woong disahkan koma selama 3 tahun. Akibat kecuaian dari pihak Grim Reapers, The Jade Emperor (Kim Hae-sook) bagi peluang kepada Jun-woong untuk bekerja di Jumadeung selama 6 bulan. Dia bebas untuk memilih jabatan mana yang diidamkan. Tamat saja 6 bulan, dia akan dapat bekerja di mana saja syarikat yang diidamkan di dunia nyata. Sekiranya dia enggan bekerja, Jun-woong akan koma selama 3 tahun. 

Awalnya Jun-woong memilih Editing Team di mana dia perlu menyunting klip video terakhir manusia dari tempoh lahir hingga ke saat akhir namun dia tak mampu bertahan dengan work load yang terlampau banyak. Akhirnya Jun-woong setuju untuk menandatangan kontrak bekerja dengan Risk Management Team di mana jabatan yang baru saja ditubuhkan ini perlu memujuk manusia supaya tidak membunuh diri. 

Risk Management Team tidak disukai oleh ketua jabatan yang lain terutamanya Escort Team yang diketuai oleh Park Joong-gil (Lee Soo-hyuk). Tugas Escort Team adalah untuk mengiring roh manusia ke alam barzakh maka kewujudan Risk Management Team mengganggu tugas harian mereka. Banyak kali tugasan mereka bertembung dan sering berbalah sama ada individu tersebut perlu diberi peluang untuk hidup atau dibawa saja ke neraka. 

Idea asal yang dicetuskan oleh pelukis Llama dalam karya webtoon berjudul Tomorrow yang popular di Naver ni kreatif. Dari drama Tomorrow, boleh nampak masalah sosial yang dihadapi oleh Korea Selatan apabila ramai yang memilih untuk bunuh diri. Korea Selatan adalah negara ke-4 tertinggi dengan kes bunuh diri. Betul lah apa yang The Jade Emperor tu gusarkan, kalau statistik bunuh diri tinggi sangat, macam mana roh dekat alam barzakh ni nak lahir semula? 

“In Korea, an average of 40 people kill themselves every day. That’s 15,000 people each year. What an embarassing thing to be number one in the world for.” – Director

Genre drama Tomorrow adalah melo-drama jadi setiap episod ada topik berat yang dikupas oleh penulis melalui watak-watak utama. Bukan saja manusia malah binatang peliharaan juga cuba untuk bunuh diri akibat masalah yang ditanggung. Dalam drama ni, penulis bagitahu kenapa pets boleh stress. We often joke on how our pets diagnosed with stress but we unaware with their feelings. Menangis juga tengok episod ni sebab relatable dengan personal life. I wish I can turn back time..

Penulis juga wujudkan backstory untuk Grim Reapers dalam Risk Management Team supaya alur penceritaan ada saspens dan dramanya tersendiri. Quotes dan dialog dalam drama Tomorrow antara kekuatan penceritaan bila berkisarkan kata-kata semangat dan harapan untuk terus hidup. Dialog dari The Jade Emperor kebanyakannya agak heavy sebab butir bicara dia berselirat tapi semakin cerita bergerak, semakin kita faham apa yang dimaksudkan. For me, that’s the beauty and creativity from the Tomorrow’s team. 

“It’s amazing how our pets always wait for us when human relationships are never absolute, not even between parents and children.” – Mr. Lim 

“Human memory is selective. It keeps what was good and discards the bad. It wraps up the past in nostalgia. Because that’s the only way you can keep on living.” – Koo Ryeon

“Everyday, countless people watch the sunset and marvel at the sight. Shine the best you can, and when the time comes, your sunset will be beautiful. All those people will remember your moment and be with you until the very end.” – Koo Ryeon

Asalnya nak tengok drama Tomorrow sebab ada Rowoon dengan Lee Soo-hyuk tapi encounter diorang tak banyak pun sebab berbeza jabatan. But that’s okay lah sebab chemistry trio dalam Risk Management Team pun dah kuat untuk tarik kita masuk dalam dunia Jumandeung. Screentime Soo-hyuk tak banyak pun sebagai ketua kepada Escort Team tapi setiap kali dia muncul jadi galak tengok dia. Tak boleh imagine model jadi Grim Reaper, dia berjalan tu macam jadi showstopper dekat fashion show. Muka marah pun handsome. 

Konsep Jumandeung lebih kurang macam syarikat di dunia nyata jadi mudah sangat untuk penonton faham macam mana setiap jabatan bekerja. Of course, kalau kita yang Islam ni tak boleh nak terima konsep yang dibikin untuk drama Tomorrow tapi layan santai je lah. Mesej pengajarannya saja diambil sebab negara kita pun dah mula meningkat dengan isu sosial yang sama. 

Bila tengok drama Tomorrow ni tertanya juga lah kenapa perlu ada Risk Management Team sebab dekat dunia nyata kan ada profesion dan bidang psikologi. NGO pun banyak yang bergiat aktif untuk membantu golongan yang sakit mental ni. Patutnya penulis masukkan juga golongan ni supaya nampak masalah yang meruncing ni perlukan bantuan dari pihak alam sana. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.7/10

Drama Review | Destined With You (2023)

Sunday 22 October 2023


Director: Nam Ki-hoon
Writer: Noh Ji-sul
Cast: Jo Bo-ah, Rowoon, Ha Jun, Yura
Production Companies: SLL, C-JeS 
Distributor: JTBC, Netflix
Genre: Fantasy / Romantic / Comedy 
Running Episodes: 16 episodes (60 minutes per episode)
Release Date: 23 august 2023 – 12 October 2023 
Trailer :


Destined With You mengisahkan tentang Lee Hong-jo (Jo Bo-ah) yang bekerja di Majlis Perbandaran Onju dan sering dipinggirkan oleh rakan sekerja. Hidup kesunyian kerana sebatang kara, tidak mempunyai rakan di sekolah membuatkan dia bekerja keras supaya kehadirannya di pejabat tersebut disenangi. 

Disebabkan hal tersebut, dia rela hati menjadi person in charge untuk robohkan tokong lama di Gunung Onju. Kematian vlogger di situ membuatkan orang awam mendesak supaya tokong berhantu tersebut dihapuskan. Malangnya Jang Shin-yu (Rowoon) tak setuju dengan cadangan tersebut kerana tokong itu didirikan di atas tanah milik keluarganya.  


Rimas dengan Hong-jo yang selalu muncul di pejabatnya, Shin-yu minta wanita tersebut minta izin dengan neneknya yang dirawat di Nuri Nursing Home. Nenek Shin-yu, Eun-wol (Kim Hye-ok) merupakan dukun terkenal suatu ketika dahulu namun sekarang berehat akibat dementia. Tak ambil masa yang lama pun untuk Eun-wol beri keizinan kepada Hong-jo kerana apa yang dilindungi oleh tokong usang itu adalah milik Hong-jo. 

Di tapak tokong tersebut Shin-yu menjumpai sebuah kotak kayu lama berusia 300 tahun lamanya. Di dalamnya terdapat Buku Jampi yang ditulis oleh dukun bernama Aeng-cho. Selepas cinta ditolak oleh Kwon Jae-gyeong (Ha-joon), Hong-jo guna Jampi Cinta untuk tawan hati jejaka tersebut. Tapi lain pula yang jadi bila Shin-yu yang minum air jampi tersebut. Dalam masa yang sama, Hong-jo dilanda masalah bila Na Jung-beom (Ahn Sang-woo) juga minum air jampi tersebut dan mengganggu dia secara extreme hingga tahap mencederakan. 


Berminat nak layan drama terbaru di Netflix ni sebab Rowoon jadi male lead tapi rasa turn off pula bila tengok lakonan Jo Bo-ah sebagai heroin. Sebelum ni dalam drama Doberman (2021) tak lah kecewa sangat sebab screentime dia tak banyak. Chemistry Bo-ah dengan Rowoon pun tak menjadi tapi okay lah nak habiskan sebab kelakar tengok watak Shin-yu yang tergilakan Hong-jo gara-gara Jampi Cinta. 

Watak Hong-jo mendominasi drama Destined with You sebab dia adalah tuan punya kepada Buku Jampi. Tak pasti lah kenapa hidup Hong-jo sunyi sangat sedangkan ada ramai pelajar di sekolah menengah tu dan juga pekerja di Majlis Perbandaran Onju. Dari awal dah nampak watak tipikal damsel in distress yang perlu diselamatkan oleh si hero. 


Banyak juga percubaan Bo-ah untuk nampak comel dan kelakar tapi terasa menyampah sebab tak menjadi. Belum sembang tindakan dan pilihan bodoh yang dia buat sepanjang terjerat dalam cinta tiga segi. Tak pasti kenapa penulis masukkan banyak filler dengan wujudkan love angle antara Manager Ma (Lee Bong-ryun) dengan Gong Seo-gu (Hyeon Bong-sik) sedangkan ada latar masa 300 tahun lepas yang lebih menarik. Anehnya lakonan Bo-ah lebih menjadi dalam latar masa tersebut. Lebih berani dan bijak atur hidup. 

Dekat awal drama penulis masukkan elemen jampi dalam kisah cinta Shin-yu dan Hong-jo tapi semakin drama bergerak, elemen tu mula jadi persoalan sebab mengganggu rasa cinta antara lead couple. Kewujudan Na Jung-beom pun tak dikembangkan dengan baik sedangkan boleh wujudkan sub-plot thriller yang bagus. 


Dari awal lagi penulis dah tunjuk kelemahan Na-yeon (Yura) sebagai tunang Shin-yu untuk buatkan penonton sokong kisah cinta main lead tapi olahan tak menarik sampaikan alur cerita tampak dangkal untuk diterima. Pace drama bergerak laju tapi ada banyak fillers dan beberapa flashback yang berulang sampai tangan laju sangat tekan fast forward. Annoyed juga dengan watak dua orang rakan kerja Hong-jo. 

Boleh nampak penulis tak ada idea yang banyak untuk kisah cinta fantasi yang bertemakan kelahiran semula sedangkan ada banyak reference. Drama Destined With You arahan Nam Ki-hoon ada potential untuk jadi drama yang menarik dengan kehadiran elemen superstitious dan kelahiran semula tapi tersia kerana kekurangan dari pelbagai faktor terutamanya skrip yang lemah. Lagi seronok rasanya nak tengok jampi baik berlawan dengan jampi yang membahayakan nyawa orang lain. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.2 = 5.3/10

Director: Jung Ji-hyun
Writer: Kwon Do-eun
Cast: Kim Tae-ri, Nam Joo-hyuk, Kim Ji-yeon, Choi Hyun-wook, Lee Joo-myung, Seo Jae-hee
Production Company: Hwa&Dam Pictures
Distributor: tvN, Netflix
Genre: Sports / Romantic / Drama 
Running Episodes : 16 episodes (80 minutes per episode)
Release Date: 12 February – 03 April 2022
Trailer:


Berlatarkan era 1998 di mana dunia mengalami krisis kewangan, Baek Yi-jin (Nam Joo-hyuk) mencari kerja seusai keluar dari latihan ketenteraan untuk membantu keluarganya. Dari anak keluarga berada, syarikat ayahnya muflis dan terikat dengan hutang dalam sekelip mata. Akibatnya, mereka satu keluarga berpecah untuk teruskan hidup dan langsaikan semua hutang. 

Setiap pagi dia akan menghantar surat khabar ke setiap rumah namun satu hari dia berjumpa dengan Na Hee-do (Kim Tae-ri) selepas bertengkar dengan ibunya kerana sukan fencing. Kerana surat khabar yang dilempar oleh Yi-jin, patung hiasan di laman rumah Hee-do rosak. Tapi Yijin nafikan perkara tersebut kerana patung hiasan tersebut sudah lama. Bermula dari pertemuan tersebut, mereka berdua berkenalan dan semakin rapat kemudian jatuh cinta.











Na Hee-do mempunyai cita-cita sejak kecil untuk menjadi atlet fencing nombor 1 dunia. Sebelum mendapat medal emas, dia perlu bertanding dengan idolanya, Ko Yu-rim (Kim Ji-yeon a.k.a Bona). Na Hee-do berpindah ke Taeyang High School untuk berlatih di bawah Coach Yang Chan-mi (Kim Hye-eun). Sangkanya Yu-rim akan terima kehadirannya dengan baik tapi lain pula terjadi kerana idolanya menyampah walaupun cuma lihat muka apatah lagi untuk berlatih bersama. 

Studio Dragon sekali buktikan mutu kualiti penceritaan drama yang menggunakan dua latar masa ketika IMF pada tahun 1998 dan juga ketika pandemik Corona berlaku. Penceritaan Twenty Five Twenty One olahan Jung Ji-hyun diceritakan melalui diari milik Na Hee-do yang dibaca oleh anak perempuannya, Kim Min-chae (Choi Myung-bin).


Penggunaan latar masa 90-an dengan mudahnya menggamit kenangan dan diterjemahkan dengan baik melalui screenplay, colour grading, props dan juga fashion style dalam beberapa babak. Bukan saja pengarah masukkan elemen penting untuk menghidupkan suasana malah selitkan juga kes dan isu semasa yang berlaku di Korea seperti Moon Ji-woong (Choi Hyun-wook) gayakan baju wanted criminal pada tahun tersebut. Ji Seung-wan (Lee Joo-myoung) juga menggunakan akta yang baru saja digubal pada ketika itu. 

Tentu saja kekuatan naskhah romantik drama terletak pada lakonan barisan utama di mana Baek Yi-jin bersandar pada Na Hee-do ketika dilanda ujian besar. Mudah sangat Baek Yi-jin putus asa tambah pula dia dah berjanji untuk tak bahagia selagi hutang belum habis dibayar. A depressing tone to watch tapi dengan mudahnya pengarah masukkan momen yang awwdorable bila Yi-jin spend time dengan Hee-do main pili air. 


Chemistry Kim Tae-ri dan Nam Joo-hyuk tampak sepadan walaupun in real life Tae-ri tua 3 tahun dari Joo-hyuk. Mungkin sebab fizikal dan raut wajah matang Joo-hyuk buatkan dia nampak lebih berusia. Karakter Hee-do juga dengan mudahnya dilakonkan oleh Kim Tae-ri, periang dan kuat semangat. Selalu pandang positif walaupun ujian besar jadi bila Hee-do sedih ataupun menangis, mudah sangat menangis sekali dengan dia. 

Disebabkan latar masa dan tema juga genre yang berat diketengahkan dalam drama Twenty Five Twenty One, banyak juga lah dialog bermakna dalam kebanyakan babak. Tengok cara Hee-do pertahankan sukan fencing, boleh nampak lah kenapa dia boleh capai impian yang ibu dia sendiri rasa tak mampu. Sebab semangat dia juga Baek Yi-jin rasa bangga dan bersemangat untuk buat yang terbaik. Menjerit bila referee umumkan Hee-do menang sebab kita tahu usaha dia untuk capai ke tahap tu. 


 “When you try hard, it makes me want to try hard, too. When you accomplish something, it makes me want to accomplish something. You make other people do well, not just yourself.” – Baek Yijin

Dekat awal drama rasa sakit hati juga dengan Shin Jae-kyung sebab tak pernah support anak tapi semakin cerita berkembang, penulis pun ceritakan juga sisi si ibu Na Hee-do yang digambarkan sebagai hati kering. Dalam drama ni diceritakan juga pengorbanan news anchor, wartawan dan yang terlibat dengan media. Macam mana kesihatan mental boleh terjejas dengan berita-berita yang menyayat hati. 

 
“I don’t apologize for things being the way they are. There is always a victim to every news I cover. Then should I be going around apologizing? I’ve decided not to feel sorry for anyone, and I’m not making an exception.”

Dari episod 3 sampai ke episod 16 menangis tengok beberapa babak terutamanya bila Na Hee-do menang pingat emas tapi Yu-rim bantah kemenangan tersebut. Yi-jin pula sentiasa tersepit untuk sokong Hee-do ataupun Yu-rim yang dia dah kenal sejak kecil. Memandangkan drama Twenty Five Twenty One diceritakan melalui perspektif Na Hee-do jadi senang sangat lah untuk kita pertahankan watak Hee-do dan judge tindakan Yi-jin dan Yu-rim. 


Walaupun drama Twenty Five Twenty One cemerlang sebagai naskhah yang wajib ditonton tapi sub-plot kawan alam maya nampak tak logik. Nak pula bila kedua-duanya adalah perempuan yang selalu berborak tentang emosi dan perasaan. Merepek sangat bila kedua-duanya tak perasan. Untuk Hee-do mungkin tak lah tapi Injeolmi? 

Tak gemar juga bila pengarah masukkan Kim So-hyun untuk watak Na Hee-do yang berumur 30-an selepas mempunyai anak. Babak Hee-do pergi ke terowong lepas baca diari terakhir tu pun macam tak perlu. Instead pergi situ, baik pengarah tunjuk pertemuan semula antara Hee-do dan Yi-jin. Instead of bagi sad ending, patutnya penulis buat kisah Min-chae baca diari tentang kisah cinta ibu dah ayah supaya dia semangat balik untuk kejar impian sebagai ballerina. 


Faham lah bila Yijin tak mampu nak bahagiakan Hee-do sebab kerjaya dia yang depressing dan selalu outstation tapi suami Na Hee-do pun tak pernah sekali muncul dari awal drama sampai ke hujung. Kalau tengok lepas berkahwin, Na Hee-do tak pernah datang dengan suami dia walaupun dalam tempoh baru berkahwin. Masa episod upacara pengebumian ayah Ji Seung-wan, Hee-do datang seorang. Muka pun sembap walhal ayah Seung-wan bukan watak sampingan yang penting pun. Masa pengumuman untuk bersara pun tak ada kelibat suami Na Heedo ataupun khabar langsung. Antara nasib tak menyebelahi dia, terpaksa hidup kesunyian sejak kecil ataupun kahwin paksa. 

Bila muncul babak Na Hee-do dengan Kim Min-chae sembang pasal ayah dia, Na Hee-do bagi alasan pandemik. Boleh jadi dah lama bercerai sebab hadiah dari suami dia macam stuck dekat satu tempoh walhal Min-chae dah besar. Dekat Episod 5, Hee-do dewasa masih lagi pakai cincin kahwin tapi dekat latar masa pandemik tu, jari dia dah kosong. Jadi untuk apa penulis buat sad ending? 


Sepatutnya watak Yijin sebagai wartawan wujud untuk betulkan salah faham Na Hee-do terhadap Shin Jae-kyung. Dari awal drama pengarah tunjuk sisi lembut Jae-kyung setiap kali berbicara tentang Yijin. Dia tak pernah bantah hubungan anak dia dengan pemuda tersebut cuma risau Hee-do akan bagi reaksi yang sama bila work nature Yijin sama dengan dia. Bila Yijin tak dapat datang untuk makan malam pun dia tak melatah. 

Tak munasabah lah bila second couple dapat peluang happy ending tapi lead couple terkandas entah untuk alasan apa. Kalau happy ending, ramai yang boleh ulang tonton dekat Netflix sebab drama ni inspiring. Even percintaan berbeza umur yang dipaparkan tu pun tak berbentuk grooming tapi terjadi secara natural. 


Nevertheless, banyak benda I belajar dari percintaan Baek Yijin dan Na Heedo. Malah belajar dari beberapa watak yang dimasukkan untuk menghidupkan penceritaan drama Twenty Five Twenty One. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 9.3/10