Showing posts with label Product. Show all posts
Showing posts with label Product. Show all posts

Diary Planner Tahun 2022 Hadiah Dari Managing Partner

Sunday 13 February 2022


Permulaan tahun 2022 ni kena tiup semangat sikit oleh managing partner sebab warga Ram Reza & Muhammad dapat diary planner yang cantik bermotifkan batik. Hadiah kecil ni ditaja sendiri oleh managing partner dengan harapan semua warga RRM akan bersemangat untuk bekerja lepas dua tahun terjejas akibat pandemik. 


This is mine!!! Obviously ambil warna purple because it's my fav colour.

 

Buka je diary planner tu terus nampak sticker RRM dan kata-kata dari managing partner. 


Dekat bahagian depan diary ni ada fun details walaupun I tak lah layan sangat benda ni. 


Bahagian diary planner more like this. I tak berapa suka diary sebab kena ikut tarikh haha. Lagi suka planner sebab dia ada ruang untuk 12 bulan lepastu ruang conteng dekat belakang. Bestnya diary planner ni ada side bar untuk cari tarikh atau bulan yang lebih spesifik. 


Selain motif batik, ada juga corak macam ni. Walaupun I suka dengan corak astronomi dan aurora tapi gabungan warna tak menarik hati sangat. Cantik lagi motif batik tu sebab jelas betul warna ungu dia. Ada yang suka boleh lah pilih yang ni. 

So far belum terisi lagi diary planner tu sebab belum all out guna lagi tapi rasa macam nak tulis to-do-list dalam tu setiap hari supaya tak mudah lupa task yang kena siapkan. Sekarang ni ada banyak nak kena buat kadang sampai terlupa nak siapkan. Bila ditanya baru lah teringat. Itupun kalau ingat. Masuk 30 memang macam ni eh? 

Shopee | Pen Holder Wooden Storage Box Organizer Multifunctional Stationery Shelf

Saturday 12 February 2022

Bila tengok Ain ada stationery shelf, mula lah rasa nak beli jugak sebab stationery I dah makin banyak sampai dah tak cukup dah kalau nak tambah pen ataupun barang lain. 


Belek dekat Shopee cari wooden shelf warna hitam terus jumpa dengan harga RM13.90 exclude delivery. Cari yang area Selangor je sebab taknak lama sangat perjalanannya tapi tak jumpa warna hitam. Belek punya belek dapat lah yang berkenan di hati nun di Penang sana. Lama jugak lah nak sampai ke tangan sebab cuti raya cina. 


Parcel sampai je terus pasang sebab tak ambil masa yang lama pun memandangkan seller dah bagi manual bergambar dekat dalam tu. Walaupun macam susah nak tahu which is which sebab tak ada label dekat kayu tu, boleh agak lah yang mana yang manual tu maksudkan sebab setiap cutting tu berbeza. 


Konflik masa nak pasang shelf ni akan muncul bila nak cantumkan dan masukkan kayu dalam lubang yang dah ditebuk. Ada yang kena hentak kuat sikit sebab lubang hujung kayu tu besar tapi tak boleh kasar sangat sebab kayu dia tak lah tebal mana pun. Kalau patah macam mana? Rugi lah beli satu set kan?


Lepas dah berjaya cantumkan tu kena pasang getah yang seller bagi supaya kayu tak tertanggal. Nak pasang getah pun satu kegigihan juga. Entah berapa kali getah tu terpelanting sana sini. Boleh kata dalam masa setengah jam dah siap lah pasang rak alat tulis kayu ni. Saiz rak kayu ni 20cm so just nice je lah dekat bahagian CPU tu sebab bahagian atas ada magnet case berisi sticky notes. Nak tambah lagi magnet case tu, nak isi paper clips pulak hehe. 

Bila dah pasang tu ada banyak kosong pulak dekat ruang atas tu. Haaa mula lah gatal tangan nak tambah koleksi pen. Sekarang ni I suka beli pen dekat Star Avenue sebab dia ada jual pen yang dibuat dari negara India. Selesa betul bila menulis pakai pen tu sebab smooth je mata pen dia. Faber Castel who? 

Bila dah siap pasang nampak rak kayu ni macam kosong pulak. Mungkin boleh tempek sticker comel kot dekat sini kan? Dekat Shopee memang bersepah sticker comel singgit dua tu. Hiksss!

IKEA | Scented Candle Sinnlig

Sunday 6 February 2022

Masa cuti thaipusam bulan lepas kitorang jalan-jalan dekat IKEA sebab nak mencari inspirasi untuk ruang dapur. Nak beli para dengan rangka jugak sebab barang dekat dapur makin banyak tapi tak ada tempat nak letak. 

IKEA waktu public holiday haruslah sesak but bearable lah. Dah puas jalan-jalan dekat tingkat atas, kitorang pergi lunch. Dah habis lunch dekat sana, cuba belek dekat bahagian scented candle. Entah sejak bila mula berkenan dengan scented candle ni. Bila stress, pasang lilin wangi ni confirm lega sikit dari rasa kusut tu. 


Ni pertama kali beli scented candle IKEA tanpa baca review dari mana-mana pihak. Tak payah baca review pun tak apa rasanya sebab satu section tu dah wangi sebab bau dari lilin ni je. Masa tu ada dua pilihan je sama ada bau raspberry ataupun vanilla. I ambik raspberry and vanilla for my sister. Harga untuk satu Sinnlig ni RM5.90. Not sure harga ni kekal ataupun berubah ikut musim. 


Harga scented candle iKEA lagi murah berbanding Mr. DIY sebab the latter cost around RM12.90 tapi bau dia tak lah kuat mana. Wangi tapi tak kuat. Alang-alang dah shopping dekat IKEA, I beli lah sekali candle holder warna pink ni sebab singgit lebih je hehe. Since kitorang just nak try try je, beli satu je lah dulu. Kalau berkenan nanti datang lah lagi. Boleh jadi alasan kukuh juga untuk ke IKEA lagi hehe

Scented candle IKEA ni I letak dekat meja kerja lah dalam rumah. So far bau dia tak lah strong sangat tapi yang vanilla tu kemain semerbak satu rumah bila nyalakan. Lepas ni mungkin I akan beli vanilla jugak untuk letak dekat office. 

Personally scented candle IKEA lagi berbaloi beli dari Mr. DIY sebab wangi dan murah. Kalau tak nyalakan pun cantik je disusun dekat para ataupun dekat kabinet. Love it!

Beli Pelbagai Benih Di Mango Garden

Monday 24 January 2022


Dah lama nak pergi nursery nak beli pokok basil sebab nak buat basil pesto ikut resipi Yunhyeong dalam Songchelin Guide Cooking tu tapi tak pernahnya lah sempat ke sana. Masa kirim dekat adik pun dia kata tak ada. Nursery dekat tepi jalan semua dah berpindah ke kawasan baru. Even worst, ada yang dah tutup sebab area tu nak buat highway DASH. 

Alternatif kedua, beli terus je basil pesto dekat Shopee. Dah beli dengan harga RM28 tapi rasa dia mengecewakan sebab dia banyak sangat guna olive oil dan bawang putih. Kalau ikut resipi Yunhyeong tu dia letak beberapa sudu je lepastu letak kacang badam supaya rasa berlemak. Tengok basil pesto yang dibeli tu pun tak sama macam dalam gambar. Tengok warna pun dah tahu jauh beza dengan resipi Yunhyeong. Bazir 28 hengget sebab makan sekali dua je. 

Sudahnya beli je benih dekat Mango Garden ni haaaa. Basil nak naik pun tak lama sebab Yunyeong tanam dalam sebulan tu dah boleh masak macam-macam. Disebabkan benih basil tu murah je, tangan pun gatal lah godek-godek biji benih yang lain jugak. Dah alang-alang kan nak membeli biarlah lebih dari harga shipping delivery. 


Memandangkan dekat nursery tak pernah lagi jumpa bunga cosmos, beli lah benih dia sebab jealous tengok ID yang lain show off bunga cosmos diorang. Kalau tak naik bunga cosmos tu, beli yang fake je lah letak jadi hiasan sambil pasang lagu Cosmos. 

Selain dua benih tu adik tumpang sekali beli benih bayam dengan lettuce. Gamble je lettuce tu sebab dari dulu tanam tak pernah naik pun. Tapi tak tau lah kalau kena scam dengan kedai ECO. Hopefully naik lah sebab dah malas nak beli dekat NSK. Harga sekarang mampu nangis di bucu katil je. Slow slow je NSK buang satu jambak dalam pek salad tu. Harga sama tapi kuantiti kurang lepastu sekejap je dah layu. Hmmmm maghoh teman! 

Anyway thank you Mango Garden sebab fast delivery, wrap cantik, packaging untuk setiap benih pun cantik siap bagi free gift lagi. Tak try tanam lagi but once dah naik, I share dekat sini. 

Order Bunga Dari February Bloom

Saturday 15 January 2022


Minggu lepas agak sibuk sebab kena organize long call event anak sulung managing partner. Lepas dah habis event tu ada jamuan kecil untuk meraikan hari bermakna dia. Kitorang dapat tahu pun agak lambat, petang Rabu macam tu sebab baru dapat semua link dengan manual yang berkaitan dengan sesi long call online. 

Dah settle setup untuk long call session, kitorang cari pulak hand bouquet sebagai hadiah dari pihak RRM. Kebanyakan florist dah tak ambik order sebab short notice. Cari punya cari terjumpa lah February Bloom ni dekat Instagram. Semua bouquet dia cantik. Kebetulan ada harga diskaun untuk beberapa pakej. Memang terus grab lah sebab harga dia murah lepastu dekat dengan firm. 


Kitorang pilih hand bouquet Golden Time sebab hadiah untuk lelaki kan, takkan nak meriah sangat dengan bunga ye dak? Dalam bouquet ni ada baby breath dengan 12 unit coklat Ferrero Rocher. Harga sejambak ni RM89.00 tak termasuk delivery charge dengan service charge. But still murah lah sebab bajet kitorang dalam RM150 macam tu. Dalam pukul 11 pagi tu dah sampai dah order kitorang. Settle bab bunga. 

Besar jugak lah kotak dia sebab penuh satu meja kerja tu. Bila buka dalam rasa happy tengok bunga dia fresh dan cantik. Tapi kecewa tengok kad ucapan dia sebab tak ikut format haha ucapan pun ada format. Semuanya dia taip sekali harung je, tak ada spacing langsung. 


Lepasni kalau nak order kena bagitahu dia lah pasal kad ucapan tu taip proper sikit. And yes, nak order lagi lepas ni dekat February Bloom sebab jatuh hati tengok Fruit Basket dengan Bloom Box dia. Harga pun tak mahal sangat macam florist lain. Kalau nak bagi dekat client pun rasa puas hati sebab saiz dia besar especially Bloom Box Morocco dengan Delia tu. 

February Bloom ni buka dari Isnin sampai Ahad dari jam 8 pagi sampai 8 malam. Kalau yang duduk area Kuala Lumpur, Petaling Jaya ataupun Klang nak order February Bloom boleh la tengok dekat SINI :)

Bedak Kompak PIXY UV Whitening 4 Beauty Benefits

Friday 24 December 2021

Jenama PIXY ni antara salah satu jenama yang sesuai dengan kulit muka I dari tahun 2013 macam tu. Masa tu tahu sebab kawan tempat kerja pakai bedak PIXY ni. Dia kata bagus sebab tak keringkan kulit. Selalu je tukar bedak jenama lain sebab bertukar angin tapi akan kembali ke PIXY jugak lah sudahnya. 

Tahun lepas PIXY keluarkan edisi baru - PIXY UV Whitening dengan warna tema pink dan hitam. Kelebihan pada edisi kali ni bila PIXY bagi 4 Beauty Benefits kepada pengguna 

i. Whitening - Formula 2-Way Whitening membuatkan kulit tampak lebih cerah.

ii. Protecting - SPF 30 & PA+++ menjaga kulit dari paparan sinar matahari. 

iii. Moisturizing - Squalane Oil menjaga kelembapan kulit.

iv. Beautifying - Fit Blend Powder membuat formula menyatu di kulit dengan sempurna. 



Edisi PIXY 4 Beauty Benefits ni ada 3 pilihan tona warna - 01 Fair Ochre, 02 Natural Buff dan 03 Sand Beige dengan harga RM21.90 dijual di pasaran. I selalunya pilih kod 02, tak cerah sangat dan tak gelap sangat sebab kulit jenis kuning langsat. Ada dua cara pakai bedak berkuantiti 9g ni sama ada menggunakan span basah ataupun kering. Untuk span basah, bedak ni boleh tutup pori dan cela lebih lama berbanding span kering yang disediakan dalam set bedak kompak. 

So far I pakai yang dengan span kering je dan sama lah macam yang PIXY claim tu, pori-pori tertutup dan tahan lama. Since dia ada UV protection, kena guna micellar water lah untuk buang sebelum ambil wudhu. Dan yang paling tak bestnya, bedak dia terlampau rapuh, terhentak sikit dah retak seribu. Kali ketiga beli pulak tak buka kotak lagi dah retak. 

Sebab dia terlampau fragile sampai hati I pun berkecai so I berpindah lah kepada jenama lain. I harap PIXY fix this problem sebab bedak dia best dan wangi tapi ketahanan fizikal dia pula bermasalah.