Showing posts with label Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Indonesia. Show all posts

Movie Review | Surga Yang Tak Dirindukan

Saturday 10 July 2021

 

Pengarah :  Kuntz Agus

Penulis Skrip :  Asma Nadia

Pelakon :  Fedi Nuril, Laudya Cynthia Bella, Raline Shah, Kemal Pahlevi, Tanta Ginting, Landung Simatupang, Sandrinna Michelle, Zaskia Adya Mecca. 

Syarikat Produksi : MD Pictures

Pengedar :  MD Pictures, Netflix

Genre :  Drama

Durasi Tayangan : 124 minit

Tarikh Tayangan : 15 Julai 2015

Trailer :


Antara franchise terkenal di bawah terbitan MD Pictures yang menerima banyak pencalonan untuk Best Film pada tahun 2015, Surga Yang Tak Dirindukan membawa konsep poligami ke layar perak. Bermula dengan kisah percintaan halal antara arkitek muda, Andhika Prasetya (Fedi Nuril) dan penulis novel, Citra Arini (Laudya Cynthia Bella). 

‘Manusia mempunyai kehendak tapi tidak ada kehendak manusia yang mampu mengalahkan kehendak Allah.’ – Arini

7 tahun selepas perkahwinan mereka berdua, Meirose (Raline Shah) datang dalam kehidupan Prasetya dalam keadaan yang membutuhkan pertolongan. Semasa dalam perjalanan ke tapak projek, Prasetya bantu Meirose dalam kemalangan jalan raya kemudiannya ingin membunuh diri gara-gara ditinggalkan oleh teman lelaki pada hari perkahwinan. 

Disebabkan kasihan pada anak Meirose yang diberikan nama Akbar Muhammad, Prasetya ambil keputusan untuk kahwin dengan perempuan asing tersebut. Dia berjanji untuk menjaga, melindungi dan bertanggungjawab sebagai seorang suami dan seorang ayah. Tak ada siapa pun yang mampu terima berita poligami ni termasuklah Arini sendiri. Sedangkan berita poligami arwah ayah dia sendiri sukar untuk dia ikhlaskan hati, apatah lagi suami sendiri. 

Selain dari Arini dan Meirose yang memerlukan Prasetya, begitulah juga Nadia (Sandrinna Michelle) dan Akbar yang perlukan perhatian seorang ayah. Prasetya mula bingung dengan masalah keluarga sehinggakan hal kerja di pejabat mula terjejas. Nasib baik ada Amran (Kemal Pahlevi) dan Hartono (Tanta Ginting) yang sering membantu walaupun mereka berdua pun ada konflik peribadi. 

‘Surga yang digambarkan begitu indah, tapi maaf bukan surga itu yang aku rindukan.’ - Arini

Diadaptasikan dari novel laris Surga Yang Tak Dirindukan karya Asma Nadia, perkahwinan dan poligami digambarkan dari sudut pandang seseorang yang memerlukan bantuan. Mungkin sebab tu ramai yang boleh terima alur cerita movie ni tanpa rasa sakit hati yang melampau. Dekat situ agaknya kekuatan penulis novel terkenal di Indonesia ni. Sentuhan dia lembut. 

Tapi tak semestinya movie ni terlepas dari sebarang kelompongan bilamana penceritaannya lebih banyak berpaksikan kepada konflik yang menjengah secara tiba-tiba dan babak yang bersandarkan pada kebetulan. Macam babak Prasetya terpaksa memilih antara persembahan pentas Nadia ataupun Akbar yang sedang sakit. Boleh je kan kalau Meirose pergi ke rumah sakit tanpa Prasetya dengan teksi ataupun beca macam mana dia pergi ke rumah Arini. 

Babak Prasetya jerit minta tolong dalam hutan tu agak merepek lah sebab dia pun tahu tak ada orang dekat situ. Hilang saspen masa tu. Kalau pengarah buat konflik pada masa tu mungkin lebih menarik sebab trauma Prasetya lebih kuat dan keterdesakan Meirose lebih realistik. Ada kekuatan pulak tu nak terjun bangunan padahal baru lepas accident. Beza betul keadaan Prasetya di hospital dengan keadaan Meirose dengan subang di telinga dan makeup terletak elok di muka. 

Walaupun Fedi Nuril adalah pelakon utama tapi lakonan dia tenggelam oleh Bella dan Raline yang lebih menyerlah dan mewujudkan ketegangan dalam beberapa babak. Dua watak yang lebih cemerlang dalam menghidupkan screenplay dengan bahasa tubuh. Sementara Fedi lebih kepada termangu dan nampak canggung terutamanya dalam solo screen. 

Sinematografi dari Rahmat Syaiful memaparkan keindahan suasana kota Jogjakarta, Indonesia sama ada di kawasan bandar ataupun kawasan peranginan. Music album dari komposer Krisna Purna menghimpunkan beberapa lagu balada yang menceritakan kisah perkahwinan Prasetya, Arini dan Meirose. Tapi tak ada lagu yang famous rasanya dari movie ni. 

Kalau tak silap, gara-gara penangan movie Surga Yang Tak Dirindukan ni nama Bella jadi famous dekat Malaysia. Bukan sebab kerana kecantikan dan kekuatan lakonan dia tapi juga disebabkan imej pelakon berhijab yang dia bawa. Masa tu tak ramai lagi pelakon wanita bertudung dekat industri. Quotes tentang perkahwinan pun banyak dari watak Arini. 

'Kita berdua tahu. Tidak ada perempuan yang sepenuhnya ikhlas berbagi, yang ada kita sama-sama berkorban.' - Meirose

Overall, Surga Yang Tak Dirindukan sebagai naskhah yang bawa konsep berat dalam kehidupan dengan alur cerita yang ringan dan elemen drama yang kuat. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 7.6/10

Movie Review | Silam (2018)

Thursday 13 May 2021

Pengarah :  Jose Poernomo

Penulis Skrip :  Lele Laila

Pelakon : Zidane Khalid, Surya Saputra, Wulan Guritno, Nova Eliza, Anna Tairas, Richelle Georgette Skornicki, Dania Michelle, Rasyid Albuqhari, Rafael Putra Ismy  

Syarikat Produksi :  Pichouse Films

Pengedar : MD Pictures, Netflix 

Genre :  Seram

Durasi Tayangan :  80 minit

Tarikh Tayangan : 13 Desember 2018 (Indonesia), 18 Julai 2019 (Malaysia)

Trailer :


Sejak ayahnya, Angga Adityo meninggal dunia, Baskara (Zidane Khalid) sering ke kubur dan mengadu nasib kerana sentiasa dimarahi oleh ibunya, Fina (Nova Eliza). Baskara habiskan masa dengan ke sekolah dan ukir anak patung. Satu hari Baskara terjumpa gambar pakcik kembar dia, Anton Prasetyo (Surya Saputra) yang tinggal di Manggarai, Jakarta Selatan. 

Dia nekad untuk melarikan diri ke sana supaya beban dan kesedihan ibu dia berkurang. Baskara plan untuk pergi ke Manggarai selepas dia balik dari lawatan muzium bersama rakan sekelasnya. Dek kerana perbuatan Baskara yang tertawakan teman sekelas kerana dia tak percaya dengan hantu. Kata kawan baik dia, selepas deria keenam Baskara diaktifkan, dia akan dapat melihat semua makhluk halus di sekelilingnya. 

Di muzium, Baskara dikunci oleh kawan-kawan sekelas kemudiannya terhentak di lantai. Akibat hentakan kuat tersebut, deria keenam Baskara mula aktif dan dia sering diganggu ke mana saja dia pergi. Setibanya di Manggarai, kedatangan Baskara disambut baik oleh keluarga Paman Anton. Baskara boleh tinggal di situ selama mana yang dia suka. 

Tapi setiap malam dia akan diganggu oleh beberapa hantu perempuan yang masuk dari tingkap bilik dia. Kehadiran Irina (Dania Michelle) banyak membantu Baskara melawan ketakutan dan tahu apa sebenarnya yang terjadi dalam rumah tersebut sebab Nenek Irina (Anna Tairas) adalah dukun di kawasan tu. 

Jalan cerita Silam ada misteri yang disimpan sehingga ke hujung cerita dan ending dia lebih kurang sama dengan movie The Conjuring bila roh jahat disimpan di dalam patung seperti Anabelle. Bila dah tengok movie ni baru tahu yang movie Silam adalah spin-off dari Danur franchise. Nasib baik lah spin-off, kalau salah satu installment utama dari franchise Danur, memang kena tengok dari awal sampai habis lah supaya tak ketinggalan mana-mana point. 

Dalam movie ni pun ada scene yang dibiarkan tergantung macam scene Paman Anton sekeluarga bersembunyi dalam bilik ataupun larang si kembar turun ke bawah setiap malam. Siapa budak perempuan yang mengusik Baskara dalam bilik tu dan kenapa ramai hantu perempuan di luar rumah Paman Anton? 

Bila movie seram kebanyakan masanya dalam gelap lah tapi not bad sebab movie ni tak lah terlampau gelap sampai tak nampak apa yang jadi. Cuma VFX dia nampak kartun bila hantu muncul untuk ganggu Baskara. 

Sebagai pameran utama dalam filem seram, Zidane Khalid deliver dengan bagus baik dalam scene emosi ataupun scene dia terpesona dengan kecantikan Irina. Kesian tengok dia kena marah dengan Fina walhal dia dibuli oleh kawan sekelas. Mungkin Fina kemurungan tapi tengok pada harta yang ditinggalkan ayah dia, tak rasa mereka hidup melarat. Entahlah sebab tak diceritakan sangat tentang keluarga mereka ni. Mungkin sebab tu juga movie ni jadi mehhh sebab banyak persoalan yang mengganggu. Mungkin pengarah expect penonton dah baca novel Silam kot. 

Bila plot twist muncul tu macam hmmm mudah sangat ni pengarah dan penulis buat cerita. Rasa terkejut pun tak muncul sebab dah boleh agak dah kenapa Baskara mengalami gangguan macam tu dan kenapa keluarga Paman Anton berperangai macam tu. Mungkin pengarah cuma nak banyakkan filem di bawah Danur Universe sebab perangai produser Manoj Punjabi ni suka release movie banyak-banyak walaupun jalan cerita teruk. Entah KPI apa dia nak kejar entah. I harap dia happy lah. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.3 = 4.8/10

Movie Review | Story of Kale: When Someone's in Love

Sunday 9 May 2021

 

Pengarah :  Angga Dwimas Sasongko

Penulis Skrip :  M. Irfan Ramly, Angga Dwimas Sasongko

Pelakon : Ardhito Pramono, Aurélie Moeremans, Arya Saloka, Roy Sungkono, Gilbert Pohan, Azizah Hanum, Tanta Ginting, Dwiky Al Asyam 

Syarikat Produksi : Visinema Content, Visinema Pictures 

Pengedar :  Netflix

Genre :  Drama / Romantik

Durasi Tayangan : 77 minit

Tarikh Tayangan : 23 Oktober 2020 (Indonesia)

Trailer :


Bulan Februari lepas tengok movie Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (2020) hasil sutradara pengarah yang sama, Angga Dwimas Sasongko dan jatuh cinta dengan watak Kale (Ardhito Pramono). Masa tu pun dah dapat tahu yang prequel juga spin-off movie tu akan berkisarkan tentang kisah percintaan Kale dengan seseorang yang pernah buatkan dia bahagia juga menderita sampaikan dia reject cinta Awan. 

Dalam movie tu digambarkan Kale sebagai seorang yang memahami dan puitis tapi berbeza watak dia dalam movie  Story of Kale: When Someone's in Love sebab watak dia baran dan manipulasi keadaan. Kale dah lama pendam perasaan pada manager band Arah iaitu Dinda (Aurélie Moeremans) tapi Dinda in relationship dengan Argo (Arya Saloka) yang baran. 

Kale rasa Argo tak layak jadi pacar Dinda sebab suka marah dan pukul. Suka memanipulasi keadaan. Lepas Dinda dengan Argo putus, Kale bagitahu yang dia nak lebih dari sekadar teman dan dia cemburu tengok Dinda ambil berat ahli band yang lain. Dinda okay je sebab dia pun suka dengan Kale tapi lama-kelamaan Dinda perasan yang Kale pun sama seperti Argo. 

“Enggak ada orang yang bisa bertanggung jawab di atas hidup kita selain diri kita sendiri.” – Dinda.

Flow movie Story of Kale: When Someone's in Love ni kreatif jugak lah sebab movie ni start dengan Dinda minta putus kemudian flashback macam mana Dinda dengan Kale rapat. Bersilih ganti antara masa lalu dan masa sekarang setiap kali Kale persoalkan di mana silap dia. 

“Aku bingung kenapa aku selalu kehilangan orang yang aku sayang.” – Kale.

Since I dah tengok movie Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini dan kenal watak Kale sebagai yang matang dan romantis, rasa tertanya tu membuak bila tengok Dinda tega minta putus dan pengen keluar dari rumah walhal projek album mereka berdua dah siap. Pengarah slowly buka pekung dan build up moments dan jawapan kenapa hubungan mereka berdua toksik. Terdiam bila tengok scene Dinda nampak perangai sebenar Kale. Dia baru je berjaya keluar dari toxic relationship dengan Argo tapi terjebak dengan relationship yang sama walaupun dengan lelaki yang berbeza. Susah tau nak keluar kalau bercinta dengan lelaki jenis suka manipulate dan baran ni. Been there and got out. 

Visual dari Bagoes Tresna Aji menyuntik mood romantic setiap kali watak Kale dan Dinda berbicara soal cinta. Tone kebanyakan scene disetkan gloomy supaya sesuai dengan perasaan Kale dan Dinda yang mula pudar. Music score dan music album dari Ofel Obaja Setiawan dan Ardhito Pramono sweet dan melankolik. Suara Ardhito kedengaran harmoni bila berduet dengan Aurélie Moeremans untuk lagu I Just Couldn’t Save You Tonight. 

Antara movie Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini dengan Story of Kale: When Someone's in Love, rasanya prequel lagi syok mungkin sebab relatable dengan hidup kot. Tambah pula konflik dia lebih heavy berbanding rahsia keluarga Ajeng dengan Narendra. Of course tak boleh nak compare masalah setiap orang tapi untuk genre drama, movie prequel ni lebih sarat dengan drama. Sarat dengan suntikan emosi dan bermain dengan perasaan. 

Lakonan Ardhito Pramono tampak cemerlang sebagai peran utama dengan pelbagai range of emotion dari awal movie sampai ke hujung. Nampak lengkungan karakter dia dari seorang yang ingin buatkan Dinda bahagia dan berubah menjadi seorang yang matang kemudian belajar dari silapnya. Berubah menjadi seseorang yang bertanggungjawab kepada kebahagiaan diri. Chemistry dia dengan Aurélie Moeremans pun sweet walaupun kesudahannya berubah toxic. 

‘Melangkah maju tidak harus bersama tapimu akan selalu ada dihati. Berakhir untuk awal yang baru. Berakhir… tidak dalam jiwa’ - ARAH

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review |Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini

Saturday 6 February 2021

Pengarah : Angga Dwimas Sasongko

Penulis Skrip : Jenny Jusuf, Angga Dwimas Sasongko, Melarissa Sjarief

Pelakon : Rachel Amanda, Rio Dewanto, Sheila Dara Aisha, Ardhito Pramono, Donny Damara, Susan Bachtiar, Oka Antara, Niken Anjani, Agla Artalidia

Syarikat Produksi : Visinema Pictures, IDN Media, Blibli.com, XRM Media 

Pengedar :  Visinema Pictures, Netflix

Genre :  Drama

Durasi Tayangan :  121 minit

Tarikh Tayangan : 2 Januari, 2020

Trailer :

Diadaptasikan dari novel dengan judul Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini hasil karya penulisan Marcella FP menjadi sebutan kerana mendapat 30 pencalonan untuk pelbagai kategori dalam pelbagai award event. Movie yang diterbitkan pada tangga 2 Januari 2020 ni dibawa masuk ke Malaysia pada bulan April 2020 melalui Astro Shaw dan sudah diterbitkan oleh Netflix juga. 

Mengisahkan tentang sebuah keluarga yang mempunyai konflik dalaman sepertimana tagline yang ditekankan oleh team production – Setiap Keluarga Punya Rahsia. Dari awal movie lagi dan diberi hint tentang rahsia tersebut tapi menjadi tanda tanya apa yang berlaku sampai lah kesemua ahli keluarga meledak dengan perasaan yang berpuluh tahun disimpan. 

Dari watak seorang ayah, boleh nampak Narendra (Donny Damara) jadi trauma dan paranoid dengan kejadian hitam tersebut. Dan kerana itu dia mula meletakkan tanggungjawab besar buat anak lelaki sulung dia, Angkasa (Rio Dewanto). Pantang silap sikit mula lah dia bagi amaran pada Angkasa. Aurora (Sheila Dara Aisha) merasa kehilangan bila ahli keluarga dia beri perhatian yang lebih terhadap anak bongsu, Awan (Rachel Amanda). 

Walaupun si ibu, Ajeng (Susan Bachtiar) lebih banyak mengalah, berdiam dan memujuk anak-anaknya tapi dia pun tak dapat kawal keadaan tersebut. Dia pun ada kesedihan yang dia terpaksa simpan supaya semuanya tetap kuat menjalani hari yang mendatang. Bila Awan berjumpa dengan Kale (Ardhito Pramono), perspektif hidup dia mula berubah dan kerana itu dia berani melawan kata-kata Narendra.

 

Sekali lagi perhatian terarah kepada Awan, sekali lagi Angkasa dipersalahkan dan sekali lagi juga Aurora diketepikan walhal dia ada pameran seni yang penting dalam hidup dia. Bagaimana Narendra dan Ajeng selesaikan masalah ni walaupun dah cuba yang terbaik untuk beri yang etrbaik kepada anak-anak?

"Selalu ada yang pertama kali dalam segala sesuatu... termasuk gagal." - Angkasa

Rahsia dalam keluarga ni tak lah membebankan atau sulit sangat pun. Tak tahu kenapa Narendra beria sangat nak rahsiakan dari Aurora dan Awan sampai menjejaskan Angkasa. Bagi Ajeng mungkin sulit lah sebab dia jadi gila meroyan sampai abaikan anak-anak. Bukan rahsia yang jadi beban tapi sebenarnya konflik setiap watak yang disimpan sampai jadi barah dalam keluarga. Mesejnya, komunikasi. 

Sinematografi dari Yadi Sugandi menghidupkan seni visual dengan panorama kota Jakarta yang nampak realistik baik dari kesibukannya ataupun dari keasyikan makanannya. Seni yang dieksperesikan melalui watak Aurora juga nampak cantik dan kreatif. Bilik Aurora paling cantik dengan koleksi seni yang dipamerkan. 

Antara punca masih bertahan tengok movie ni sebab penasaran dengan rahsia keluarga dan dialog yang puitis dilontarkan oleh beberapa watak terutamanya Kale.  

"Nyaman itu memang kadang jadi jebakan. Bikin takut ke mana-mana. Bikin nggak siap sama gagal." – Kale

I guess pengarah cuba tekankan konsep kegagalan yang perlu kita hadapi untuk membesar atau berkembang menjadi lebih baik. Bila watak Narendra cuba yang terbaik sediakan untuk anak-anak dia sedangkan mereka semua perlu juga gagal untuk jadi lebih baik. Scene Ajeng cuba pujuk Angkasa bila anak sulung dia menyesal dengan apa yang terjadi. 

"Tidak ada penderitaan sebesar apapun, kesulitan seperti apapun, yang bisa menggantikan kebahagiaan." - Ajeng

Movie ni mungkin agak overrated sebab emosinya tak lah sebeban mana pun dan ada yang lebih teruk lagi. Mungkin dari segi suntingan bijak bermain dengan susur masa bila scene bersilih ganti antara waktu sekarang dengan flashback tanpa rasa lelah. 

Dari movie ni rasa suka dengan watak Kale dan madah puitis dia dan berita baiknya, ada spin-off untuk watak Kale – Story Of Kale : When Someone’s In Love di mana prequel kepada Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini sebab ada scene Kale mention dekat Awan yang dia dulu pernah bahagia tapi dia dah taknak terikat dengan sesiapa untuk merasa bahagia. 

Dan movie Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini dah pun dibikin series tapi tak tahu lah nak tengok ke tak sebab movie pun kurang umpphhh. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 =7.6 /10

Movie Review | InsyaAllah Sah 2

Thursday 4 February 2021

Pengarah :  Anggy Umbara, Bounty Umbara

Penulis Skrip :  Anggy Umbara, Herry B Arissa, Achi TM

Pelakon : Pandji Pragiwaksono, Donny Alamsyah, Luna Maya, Miller Khan, Ray Sahetapy, Nirina Zubir, Tanta Ginting, Meriam Bellina, Titiek Sandhora, Henki Solaiman, Ingrid Widjanarko, Tarsan, Rifnu Wikana

Syarikat Produksi : MD Pictures, Umbara Brothers Films

Pengedar : MD Pictures, Netflix, iflix, WeTV

Genre : Drama / Komedi

Durasi Tayangan : 91 minit

Tarikh Tayangan : 15 Jun 2018

Trailer :

Walaupun menyampah dengan jalan cerita InsyaAllah Sah tapi layan jugak sequel dia dekat Netflix sebab pendek je kot so sesuai la tengok masa lunch hour. Walaupun satu franchise tapi jalan cerita dia tak sama tapi masih mengekalkan watak Raka (Pandji Pragiwaksono) yang polos dan kuat agama.

Lepas berhenti sebagai manager di syarikat Dion, Raka kemudiannya ingin berhijrah ke Jakarta untuk mencari kerja baru. Dalam perjalanan, bas yang dinaiki Raka rosak di tengah jalan. Dia pilih untuk naik e-hailing transport sebab tak jauh pun. Masa pemandu berhenti untuk buang air kecil, kereta tersebut kena hijack dengan banduan penjara, Gani (Donny Alamsyah) yang dikejar oleh anak-anak buah Freddy Coughar (Ray Sahetapy) sebab mencuri 250 juta rupiah. 

Raka menjadi saksi Gani bernazar untuk bertaubat dan berubah menjadi insan yang lebih baik kalau dia selamat dari gangster tersebut. Bila dia dah selamat, Gani mengamuk bila Raka ingatkan tentang nazar dia sebab Gani sakit hati Tuhan letakkan dia dalam situasi sukar. Ditipu oleh kawan baik sendiri sampai dipenjarakan, ibu dia jatuh sakit dan crush dia, Mutia (Luna Maya) hamil dan ditinggalkan oleh Yoga (Miller Khan). 

‘Syukurlah kerana hidup yang serabut. Syukurlah kerana masuk penjara. Syukurlah kerana ada ayah tiri yang suka mendera. Syukurlah kerana sentiasa miskin. Tidur di jalanan. Makan dari tong sampah setiap hari. Itu namanya Tuhan sayang saya?!’ – Gani

Berbeza dengan olahan yang pertama, pengarah Anggy Umbara dan Bounty Umbara berjaya menambat hati dengan kisah penuh berliku sehingga menjadikan seseorang yang baik berubah jahat dan tak lagi percaya dengan Tuhan. Sama seperti yang pertama, InsyaAllah Sah 2 adalah adaptasi dari novel dengan judul yang sama dari karya Achi TM. 

Watak Raka digarap cantik supaya tak nampak try hard dan kali ni lebih faham dengan situasi kehidupan seseorang. Bila dia terdiam dengan dialog dan keperihan kehidupan Gani tu nampak dia pun turut bersimpati dengan ujian dan lebih pandai berhemah dalam mengeluarkan kata-kata atau ucapan dakwah dia. 

Elemen drama pun berjaya dihidupkan dengan watak Gani dan Mutia yang terkesan akibat perbuatan kawan baik yang mementingkan diri. Voice modulation, body language and facial expression delivered perfectly from Alamsyah. Screentime Luna Maya mungkin tak panjang tapi kehadiran dia menambah mood emosi dan kelakar di second half. Scene Gani akhirnya berjumpa dengan Yoga tu nampak benar amarah yang lama terpendam. Kalau jadi Gani pun tak mampu nak maafkan tapi Tuhan dah balas dah kejahatan Yoga. Tak banyak yang Miller Khan boleh deliver untuk watak Yoga tapi sebab dia pelakon Malaysia kan so excited lah tengok haha

Sinematografi mungkin tak berapa cantik macam previous movie sebab banyak scene dalam kereta bergerak so boleh nampak lah yang diorang shoot dalam studio je dan guna bantuan CGI. Background music paling membantu menambahkan elemen yang sesuai dengan mood penceritaan. Kelakar scene mak Yoga datang dari tingkat atas. Tribute untuk movie Pengabdi Setan (2017) yang tengah famous masa tu. 

Disebabkan skrip dan jalan cerita yang lebih baik dari InsyaAllah Sah, rasa macam nak follow franchise ni pulak sebab dah bertukar team production. Tak pasti ada installment InsyaAllah Sah 3 ataupun tak tapi kalau sambutan lebih baik dari sebelumnya tak mustahil franchise drama komedi ni akan mendapat tempat di hati audience. Kudos to team! 

1. Team Production +0.9, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.8/10

Movie Review | Ketika Tuhan Jatuh Cinta (2014)

Thursday 28 January 2021

Pengarah : Fransiska Fiorella

Penulis Skrip : Daniel Titto, Wahyu Sujani

Pelakon : Reza Rahadian, Aulia Sarah, Renata Kusmanto, Enzy Storia, Ibnu Jamil, Tamara Tyasmara, Dewi Irawan, Joshua Pandelaki, Didi Petet, Roy Karyadi, Yati Surachman, Maya Yuliana, Erlando, Ida Zein, Shinta Putri, Cinta Dewi, Eva Asmarani, Rian Putri, Ferdi  

Syarikat Produksi :Studio Sembilan Production, Leica Production

Pengedar : Studio Sembilan Production, Leica Production

Genre :  Drama

Durasi Tayangan :  105 minit

Tarikh Tayangan : 05 Jun 2014

Trailer :

“Tidakkah kau renungkan bahwa segala intrik yang terjadi di dalam hidup hingga memaksa meneteskan air mata adalah pertanda ketika Tuhan jatuh cinta?”

Movie arahan Fransiska Fiorella di bawah syarikat produksi mengangkat kisah cinta bersegi yang diselimuti nilai-nilai agama. Movie ni diadaptasikan dari novel Ketika Tuhan Jatuh Cinta karya Wahyu Sujani yang diterbitkan pada tahun 2009. Boleh kata semua novel karya dia menggunakan konsep dan tema yang sama. 

Movie Ketika Tuhan Jatuh Cinta mengisahkan tentang Fikri (Reza Rahadian) yang dihalau keluar rumah oleh ayah dia, Pak Aziz (Joshua Pandelaki) kerana memilih untuk sambung kuliah dalam bidang seni pasir walhal keturunan dia merupakan imam di kampung. Bu Fatimah (Dewi Irawan) bagi wang simpanan dia untuk anaknya survive di Bandung nanti. 

Di Kota Kembang, Fikri cuba menjual lukisan pasir dia di galeri Koh Acong (Didi Petet) lantas dari situ lah bermula titik perjalanan karier dia sebagai pelukis pasir. Dari hasil jualan lukisan dia juga lah dia dapat dana untuk sambung kuliah. Di kampus Fikri bertemu semula dengan Leni (Aulia Sarah) dan bercinta tapi malangnya Leni dijodohkan dengan Handy (Erlando). 

Fikri cuba redho dengan apa yang berlaku dan makin rapat dengan Shira (Enzy Storia) yang dah lama jatuh cinta dengan lukisan dan puisi-puisi Fikri. Dalam masa yang sama Lidya (Renata Kusmanto) pula cuba mencuri perhatian Fikri sebagai tempat bergantung setelah Irul (Ibnu Jamil) tinggalkan dia. 

Sepatutnya movie Ketika Tuhan Jatuh Cinta ni ada sambungannya tapi sampai sekarang belum ada apa-apa perkembangan. Ending dia tergantung sebab selebihnya akan diterangkan dalam sequel sebab novel dia pun ada yang kedua. Penceritaan movie ni memang detail sangat sampai tertanya bila akan muncul masalah sampai terhasilnya persoalan di atas? Bila tengok ending baru faham ada yang kedua sebab team production dah letak coming soon. 

Skrip dan dialog agak lemah kalau diikutkan sedangkan ada scene Humaira (Tamara Tyasmara) buka tudung untuk bekerja sebagai receptionist hotel tak dikembangkan dengan baik. Atau lebih senang lagi tak ada dramanya. Menjadi persoalan yang besar kenapa dia buka tudung sedangkan abang dia dah kirim duit. Alur cerita lebih kepada perlahan dan mendatar. Lakonan Reza not bad lah sebagai Fikri yang mencari erti kehidupan tapi chemistry dengan mana-mana pelakon wanita utama tu tak ada. 

Nasib baik sinematografi Ketika Tuhan Jatuh Cinta dari Ari Fatahilah nampak cantik dan hidup sebab berlatarkan suasana kehidupan masyarakat kawasan pesisir pantai di Garut, Jawa Barat. Galeri Koh Acong ada props yang lebih kurang sama dengan Perahu Kertas sebab ada hiasan kain ela merah. Tak pasti kalau hiasan macam tu trend di sana. Sama juga dengan rumah Leni sekeluarga sama dengan rumah Kugy. Team production memang berbeza sangat cuma Reza Rahadian sahaja persamaannya. Btw, wardrobe watak Leni dengan Shira cantik sangat. Suka tengok style shawl atau bawal masing-masing. 

Soundtrack movie berunsurkan agama ni mengangkat lagu nyanyian Nidji dengan lirik yang berkaitan dengan jalan cerita atau lebih tepat lagi dengan watak Fikri yang dilema nak pilih siapa sebagai suri hidup dia. Leni yang masih cintakan dia, Shira yang mendukung semangat dan bakat tapi bawa diri ke Perancis ataupun Lidya yang memerlukan dia sebagai pelindung dan penjaga.

 

Tak tahu lah nak baca novel dia ke tak sebab ken abaca 2 novel untuk tahu ending. Better kalau imagine sendiri je lah kan siapa yang Fikri pilih. Dia pilih yang mana pun tak ada masalah. Dia tak pilih pun tak ada masalah juga. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0 = 6/10

Movie Review | Antologi Rasa

Sunday 24 January 2021

Director : Rizal Mantovani

Writer : Ika Natassa

Cast : Herjunot Ali, Carissa Perusset, Refal Hady, Atikah Suhaime, Angel Pieters

Production Company : Soraya Intercine Films

Distributor : Netflix

Genre : Romantik / Drama

Running Time :108 minutes

Release Date : 14 Februari 2019

Trailer :

‘Sebuah perjalanan selalu mengajar kita untuk melihat sesuatu. Tapi kalau sebuah perjalanan ajar kita untuk melihat sesuatu, kenapa ke mana-mana aku pergi, aku cuma nampak dia?’ - Keara

Movie Antologi arahan Rasa Rizal Mantovani bermula dengan naratif dari Keara (Carissa Perusset) yang pergi bercuti dengan Harris (Herjunot Ali) di Singapura setelah Ruly (Refal Hady) cancel last minute sebab nak tolong Denise (Atikah Suhaime) siapkan projek. 

Keara jatuh cinta dengan Ruly kerana kacak, sopan, baik dan menjaga agama tapi Keara lebih selesa berkawan dengan Harris. Siang malam seperti belangkas tambah pula dia dan Harris bekerja sama level manakala Ruly dengan Denise di tingkat 19. Malangnya Ruly jatuh cinta dengan Denise yang cantik, baik hati, pandai masak dan bersifat keibuan tapi Denise memilih Kemal sebagai suami.

Harris pula playboy yang jatuh cinta dengan Keara tapi kena friendzone sejak awal lagi. Dia tahu Keara cintakan orang lain tapi dia tak pernah tahu lelaki tersebut ialah Ruly. Masa di Singapura Keara dah penat dianggap seperti halimunan oleh Ruly dan terima Harris dalam keadaan mabuk. Dia salahkan Harris dengan semua yang jadi dan putus kawan. 

Bila pulang ke Jakarta Keara makin rapat dengan Ruly bila mereka berdua satu team untuk projek di Bali. Dari situ Ruly kenal Keara yang suka dengan fotografi. Actually Ruly just nak rebound dan move on dari Denise. Tapi bila dia dapat tahu Denise kemalangan sampai masuk hospital, Ruly buang Keara macam tu je. Keara cari Harris balik sudahnya. 

Tajuk movie yang diadaptasikan dari novel karya Ika Natassa ni nampak macam berat sangat perasaan tu tapi sebenarnya perjalanan perasaan yang tak matang dari perspektif kehidupan Keara. Tak baca pun novel dia tapi ramai yang cakap movie ni ambil inti yang sama dengan novel. Jadi tak perlu lah go through benda yang sama dua kali. 

Movie Antologi Rasa ni jadi best nak layan sebab lakonan Junot sebagai Harris dan karakter watak yang menghiburkan. Watak Keara annoying sangat bila dia bangun tidur dekat Singapura sampai lah dia kena dump dengan Ruly. Geram je tengok dia salahkan Harris rosakkan friendship diorang sedangkan salah tu pada dia sebenarnya. Bila dia kata kalau dia mabuk, Harris tak patut mabuk tu macam ehhhh kau dah kenapa? 

Excited nampak Atikah Suhaimie dalam movie Indonesia lepas franchise My Stupid Boss tapi tak banyak pun watak dia boleh buat setakat senyum dan ketawa lepastu terbaring dekat atas katil hospital. Sayang la watak Ruly dengan Denise tak dikembangkan sangat padahal dua watak ni yang bikin galau perasaan Keara dan Harris. Tak tahu la Keara suka ke tak dengan Denise sebab tak ada scene diorang berdua menyembang hal personal. 

Nevertheless sinematografi dan visual cantik sangat dari lensa Muhammad Firdaus especially scene di Bali sebab memang dekat situ kawasannya banyak yang cantik. Watak Keara suka fotografi tapi Carissa nampak kekok dengan kamera. Even cara ambil gambar pun macam amatur. Macam mana dia boleh terpilih untuk masuk pertandingan fotografi tu satu persoalan yang besar juga lah. Bila ada hasil kerja yang cantik dari pengarah sinematografi, kenapa tak tonjolkan melalui watak Keara? 

Suka sangat dengan music album Antologi Rasa dari Stevesmith Music Production dengan kompilasi lagu-lagu berentak pop balada lantas menghidupkan mood dan suasana romantik juga emosi antara watak mereka bertiga. My fav, Nidji - Segitiga Cinta. Lagu Geisha - Rahsia pun not bad jugak. 

 

Sama seperti movie 5cm hasil sutradara Rizal Mantovani dengan konsep cinta yang dipendam lama cuma penangan agak berbeza lah sebab 5cm lebih kemas dan cantik. Siap ada plot twist lagi di hujung cerita. Apa pun movie Antologi Rasa ni ada sweet moment dia tersendiri and I’m glad I’ve been proven wrong. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.4 = 7.7/10