Beli Ikan Di Pasar Sungai Besar

Friday 5 June 2020

Since tak dapat nak jejakkan kaki ke NSK sebab PKP ni, masa balik Sabak Bernam raya lepas, mak ajak pergi Pasar Besar Sungai Besar sebab dekat sini memang syok la nak beli ikan. Selalu kalau on call bila compare harga ikan dekat area rumah ni memang jauh la dengan harga ikan dekat sana. 

Ikan kembung nak yang 5 hengget sekilo dapat lah yang dah terburai isi perut tu. Dekat pasar Sungai Besar baru RM4 sekilo. Mak terus borong 3kg terus sebab RM10 je. Separuh buat laksa, separuh lagi bagi kucing-kucing kesayangan dia makan. 


Nak yang fresh lagi, ada yang sekilo RM5. Tak jauh beza sangat pun. For me lah, sebab jarang pergi pasar kan hshshs


Ikan kerisi pun murah je RM5 sekilo so kita angkut lah sekilo sebab adik suka makan kerisi bakar cicah air asam.


Ada je lagi ikan lain tapi adik-adik tak makan sangat pun jadi tak la membeli sangat. Ingat nak beli ketam tapi tak penuh pun isi dia. Mungkin belum musim kot. Sebelum balik beli cencaru sekilo sebab adik suka makan ikan tu. 


Bestnya beli dekat pasar ni sebab dekat sini tak ada warga asing so tak lah risau sangat sebab NSK dengan kedai runcit dekat area rumah ni memang ramai warga asing. SOP pun tak jaga.

So ni lah hasil memboronggggg. Tak boleh beli banyak sangat sebab peti ais kecil je. Dapat banyak ni pun dah cukup dah untuk beberapa minggu. Nanti habis kita balik Sabak lagi lah hehehe


Harga kerang dekat sana dalam RM8 sekilo, kalau dekat Subang dalam RM12 sekilo. Tak la jauh beza tapi best lagi beli dekat Sabak Bernam lah kan?

Sampai je rumah terus masak kari ikan jenahak dengan kerang rebus air asam. Sayur buat cendawan dan kacang buncis goreng sebab cendawan membiak dengan jayanya masa raya haritu. Kalau lambat makan nanti dia kecut.


Dah lama sangat tak makan kerang sampai lupa rasa dia macam mana hshshshs k tipu


Rosemary tu saja je letak sebab pokok rosemary dah merimbun dekat dapur. Bak kata tok, tanam tapi takmau makan satgi pokok merajuk. Haaa so siapa yang baru start dok tanam menanam tu make sure makan bagi perabih naaaa...

3 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.