Movie Review : Brother Of The Year

Tuesday 25 December 2018

Image result for brother of the year

Director : Witthaya Thongyooyong
Writer : Nontra Kumwong, Tossaphon Riantong |
Cast : Sunny Suwanmethanont, Urassaya Sperbund, Nichkhun
Production Company : GDH 559, Jorkwang Films
Distributor : Asia Releasing (USA), CatchPlay (Taiwan), Golden Village Pictures (Singapore), Suraya Filem Production & Distribution (Malaysia), Tongren Cultural Film Group (China), Westec Media Limited (Cambodia), GDH 559 (Thailand)
Genre : Comedy/Drama
Running Time : 125 minutes
Release Date : 10th May 2018
Trailer : 



Dah lama tunggu movie BOTY ni lepas tengok trailer dengan tweet yang recommend movie ni. Nak pulak si Sunny yang berlakon (he's one of my fav now!)

Mengisahkan tentang Chut (Sunny) yang menyampah dengan adik perempuan dia Jane (Urassaya Sperbund) sejak kecil lagi. Berbeza karakter, berbeza perosnaliti antara sebab dua beradik ni selalu bergaduh. Chut yang pemalas dan lemah dalam pelajaran selalu dipandang rendah oleh parents dia berbeza dengan Jane, top student di sekolah sampai dapat belajar di luar negara. 

Image result for brother of the year

4 tahun tanpa Jane buat hidup Chut aman sebab tak ada orang yang akan membebel apa yang dia buat dalam rumah tu sampai rumah tu bersepah teruk. Bila Jane balik memang dia kena buli dengan abang dia kemaskan semua benda. Makin bertambah menyampah Jane dengan Chut. 

Lagi parah bila Jane dapat bekerja satu company dengan abang dia dan jatuh cinta dengan Moji (Nickhun), marketing manager yang berdarah kacukan Thailand-Jepun. At first memang Jane sorok relationship dia sebab taknak Chut rosakkan macam Chut buat sebelum ni sampai banyak relationship Jane terkubur. Nampak macam geram dengan Chut tapi dia cuma nak jaga adik dia.

Image result for brother of the year

Sorok macam mana pun kantoi jugak dengan Chut so Jane terpaksa berterus terang je hubungan dia dengan Moji siap ajak Chut jumpa dengan mak Moji sebagai wakil ayah diorang yang dah meninggal. Disebabkan menyampah dengan hubungan Jane-Moji, Chut sengaja rosakkan pertemuan tu sampai Jane malu dan kecewa. 

Truth is Chut takut Jane kahwin dengan Moji sebab Jane kena pindah ke Jepun lepas kahwin. Boleh ke adik dia hidup dekat tempat orang tanpa family? Merantau masa belajar dengan menetap terus berbeza. Chut nak Jane stay di Thailand dan cari local je sebagai suami tapi Jane tetap dengan keputusan dia untuk kahwin dengan Moji even dia pun risau sama macam Chut. 

Image result for brother of the year

First half memang nampak kenapa Jane menyampah dengan Chut ni tapi second half boleh nampak kenapa karakter Chut jadi macam tu. Dia sayang je dengan Jane tapi Jane pun annoying jugak sebagai seorang adik. Tapi cara sayang dia bercampur dengan geram sebab Chut nak adik lelaki tapi dapat adik perempuan. 

Momentum second half agak flat bila genre komedi bertukar kepada drama lepas Chut dapat tahu apa yang Jane dah buat dengan kerja dia. Salah faham kecil je tapi disebabkan ego, benda yang kecil jadi besar sampai makan tahun untuk pulih balik. Yang ada siblings for sure faham bila bergaduh adik-beradik, benda paling mudah ialah minta maaf because our blood bond works that way. Gaduh besar macam mana pun small act of kindness will mend everything. 

Image result for brother of the year

Untuk watak abang yang annoying ni bukan benda yang susah pun untuk Sunny lakonkan, sama juga dengan watak comel Moji yang dilakonkan Nickhun. Both looks cool and great on camera. Sama juga dengan Urassaya yang debut dengan movie ni tapi nampak bagus lakonan dan chemistry dengan Sunny sebagai abang dan adik memang menjadi. 

Walaupun movie Brother Of The Year datang dari production house yang sama dengan Bad Genius tapi garapan berbeza buatkan rasa kecewa lepas layan movie ni. Hampa juga dengan second half sebab kurang emosi antara dua beradik ni. Mungkin kalau pengarah Witthaya tambahkan scene adik-beradik ni, scene di hujung jadi lebih bermakna. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.5/10

8 comments

  1. baca review farhanna nie buat akak cam nak tgk lak drama nie.. Sebab drama adik beradik kan..

    ReplyDelete
  2. Minat dengan Yaya. Best lakonan dia 😃

    ReplyDelete
  3. dah masuk list.. tapi sampai sekarang tak tertengokk

    ReplyDelete
  4. Boleh masuk list ni.. cerita pasal adik beradik ye

    ReplyDelete
  5. Eh nape la tak perasan citer ni

    ReplyDelete
  6. suka tengok Yaya berlakon walaupun drama yg dia berlakon tu storyline macam kureng sikit..hihi

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.