Movie Review : Langsuir

Wednesday 12 December 2018


Pengarah : Osman Ali
Pelakon : Syafiq Kyle, Hannah Delisha, Firdaus Nazaman, Julia Farhana Marin, Halim Radzi, Shahkimin, Nazri John, Daaim Jailani
Genre : Seram/Romantik
Durasi Tayangan : 98 minit
Tarikh Tayangan : 20 September 2018
Syarikat Produksi : Guam Teamwork Pictures Sdn Bhd, Nuansa Films,
Pengedar : Early-Bird Productions
Trailer :


Lepas movie The Hantus, sekali lagi Hannah Delisha pegang watak hantu tapi kali ni lagi seram walaupun tak lah kerap mana dia berubah rupa jadi langsuir hodoh. Digandingkan dengan Syafiq Kyle kali kedua lepas drama Mencintaimu Mr. Photographer di bawah arahan Osman Ali.

Mengisahkan tentang sekumpulan remaja berkhemah di Pulau Anak Langsuir di mana tempat tinggal Langsuir walaupun ditegah oleh Pak Akob (Naza Manas), nelayan di kawasan tu. Kenapa diorang nak sangat pergi Pulau Anak Langsuir? Sebab masing-masing nak cuba paku Langsuir gara-gara boleh berubah menjadi perempuan cantik. Demi Instagram.


Watak Azlan (Syafiq Kyle) sebagai hero dalam movie ni agak mengelirukan sebab dia arif selok belok pulau tu dan dalam satu scene dia tunjuk kampung dia di teluk sebelah sana kepada Suri (Hannah Delisha). So I bet dia orang kampung situ tapi gaya kawan-kawan dia yang lain macam datang dari bandar, judging from their lifestyle.

Jangan kata watak Azlan dan kawan-kawan dia je, watak Suri dengan kakak dia, Dewi (Julia Farhana Marin) pun memeningkan jugak. Masa Suri kena paku oleh Zaman (Firdaus Nazaman) dan Kamal (Halim Radzi), Suri ada bagitau Azlan yang paku tu tak boleh dicabut dah sebab nanti dia akan terhapus selamanya tapi bila Azlan cabut, elok je dia hidup sebagai Langsuir balik. I kenot brain this.


Lagi satu hal, kalau Dewi dapat hidu busuknya niat Azman dan Kamal kenapa lah dia tak serang je yang busuk tapi gigih kacau kawan-kawan Azlan yang datang nak memancing ikan je. Beria pulak tu kacau sampai menangis diorang. Zaman dengan Kamal pulak dia serang last minute lepas Suri dah kena ganggu.

Dewi kata manusia paling kejam di muka bumi ni tapi Suri pulak sembang kewujudan diorang bila-bila je boleh dihapuskan bila Tuhan nak sebab makhluk hina something like that lah sebab tu dia minta Azlan cabut paku dekat kepala dia since dia dan Azlan takkan mampu bersama. Oh yeah siapa lah punya idea paku dekat kepala padahal masa Azlan and the geng sembang nak paku langsuir tu dekat tengkuk dia. Dah lah tu, korang akan tercari-cari mana paku gedabak yang Azlan benam tu lepas Suri jadi manusia.


Jalan cerita Langsuir ni memang mengarut baik dari segi fiksyen mahupun fakta. Memang tak boleh hadam. Entah bila masa wujud pondok dan sampan untuk Azlan dengan Suri entah. Lepas Suri berubah jadi manusia, sistem biologi dia masih lagi seperti hantu – tak makan, tak minum, tak kencing, tak berak.


Sebab kerja dia dengan Azlan berasmaradana je dalam movie ni. Tatap muka Azlan pun boleh kenyang sebulan. Sama jugak lah dengan Zaman, baru lepas kena rasuk tapi dia punya tenaga bila nampak Suri dah serupa kuda gersang dah. Lagi tak masuk akal bila dia dan Kamal nampak kecantikan Suri yang jauh terperosok di dalam gua masa dating dengan Azlan.


Lakonan Shafiq-Hannah pun nampak kaku bila berdua, tak nampak cantik pun chemistry diorang berdua. Tak tengok pun drama Mencintaimu Mr. Photographer so boleh judge dekat sini je tapi nothing much pun they can offer dalam scene diorang berdua bersama. Annoying jugak bila diorang gemakan suara Hannah sampai tak jelas butir bicara. Dah lah dialog klasik dia cringe habis nak pula scene Suri-Dewi.

Bila tengok movie Langsuir ni rasa macam tak percaya je datang dari buah tangan pengarah yang sama yang pernah hasilkan movie Jwanita (2015). Kalau bukan sebab video dia besar, dah tukar video speed sampai 2 dah sebab movie ni slow pace nak pula bila scene Azlan-Suri.


Tapi tak semua dalam movie ni buruk lah sebab karya Osman Ali ni memang kaya dengan sinematografi memukau. Sama macam movie yang lain, Pulau Langkawi nampak cantik sangat tak kira siang atau malam. Memang instaworthy! Tapi gua dalam movie ni Osman Ali gabungkan beberapa gua di kawasan sekitar macam Gua Langsir, Gua Tembus, Pantai Talam Dua Muka dan Teluk Datai.




Dalam beberapa scene dalam movie Langsuir ni, Azlan ada main seruling untuk seru Suri bila dia rindu. Lagu seruling tu macam lagu Mohabbatein (haha wild guess je!) tapi lagu yang Suri nyanyi memang sedap walaupun meremang dengan suara hantu dia.

Lagu tu Hannah nyanyikan sendiri since dia pun memang penyanyi berbakat. Lagu Terdetik Rindu nyanyian Shiha Zikir dengan Aman Aziz macam tak kena je dengan jalan cerita movie ni - cinta yang tak diizinkan Tuhan walhal lagu ni doakan semoga cinta diorang direstui Tuhan. I just can’t.


Walaupun movie ni genre seram yang mana tak seram sangat pun langsuir dia, ada juga unsur komedi bila muncul scene Udin dengan dialek utagha dia. Part dia menggelupur kena kacau dengan langsuir pun kelakar. Dia berjaya hilangkan momentum flat dan kehambaran scene yang lain. Muka dia dah lah ada iras Ropie Cecupak. Kelakar pun lebih kurang je.


Seriously tak recommend langsung movie ni tapi kalau fans Hannah Delisha, boleh la kot layan betapa cantiknya dia dalam movie ni.

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.2, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought 0 = 4.2/10

11 comments

  1. Dan kenapa Aien baca review ni malam²? No~ lain kali datang lagi baca. Eh, tak nak. Karang tak tido malam kawan. Review lain tak apa. Haha

    ReplyDelete
  2. tak seram langsung.. hehe.. macam more to 18sx je... 🤣

    ReplyDelete
  3. Movie ni Seriously tak seram pun. Dan tak best pun sampaikan kak ana tak fully layan. On off tgk. Tp scenery kat pulau tu cun giler.

    ReplyDelete
  4. akak mmg tak la nk lyn cite seram2 ni.. almaklum penakut

    ReplyDelete
  5. hantu yg cantik.. mmg best juga cerita ni kan..

    ReplyDelete
  6. hehe filem seremmm ni bukan pilihan kak ana, FJ.. penakut ya amat kakak awak ni sebab selalu tinggal kat rumah sengsorang huhu :)

    ReplyDelete
  7. Adaoi.. bila fakta kacau bilau memang buat cerita jadi tak menarik.. Terus jadi tak minat.. sebelum ini adalah juga nak try tengok.. baca review Farhanna nie memang cancel terus..

    ReplyDelete
  8. serius kita tgk movie ni kat wayang. Rasa mcm menyesal gila pilih movie ni :p

    ReplyDelete
  9. Saya sebagai Warga Negara Indonesia sangat suka dengan PElakon dalam movie ini, saran kalau boleh ada episode sambungannya, pelaku utama tetap jangan di rubah🙏🙏🙏

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.