Saif Ali Khan - Putera Raja Bermasalah

Wednesday 24 October 2018

Mungkin ramai yang tak tahu Saif Ali Khan sebenarnya putera raja Pataudi, well now you know. Jeng!


Saif merupakan putera raja Pataudi ke-10 dan mewarisi sebuah istana bernama Ibrahim Kothi berkeluasan 10 ekar dan istana ni bakal diwariskan kepada anak bongsu dia, Taimur Ali Khan bila umur dia mencecah 17 tahun nanti.


Antara kontroversi yang berlegar di media bila timbul je nama Saif sejak awal lagi penglibatan Saif dalam dunia Bollywood : 

1. Gelaran 'Nawab'

Kalau diikutkan gelaran Nawab ni tak ada value dah pun sebab Kerajaan India dah bubarkan sistem raja-raja masa zaman kedatangan British dulu. Majlis pertabalan Saif pun dibuat oleh penduduk Pataudi je.


2. Marriage life

Perkahwinan Saif-Amrita agak mengejutkan banyak pihak terutama parents Saif sebab jarak umur sebanyak 13 tahun dengan Amrita. Ramai yang syak Saif kahwin sebab nak naik cepat je dalam industri sebab nama Amrita dah popular zaman 80-an, 90-an meanwhile Saif baru nak merangkak.


Tapi kalau ikut cerita cinta diorang, Amrita yang jatuh cinta teruk dengan Saif sampai nak Saif guna kereta dia pergi kerja. Kalau Saif tak nak jumpa dia pun at least dia boleh tengok Saif masa pulangkan kereta dekat rumah.

Oktober 1991 diorang berdua kahwin dalam majlis perkahwinan tertutup khas untuk family and close friends je. Hasil perkahwinan diorang, lahir 2 orang anak, Sara Ali Khan & Ibrahim Ali Khan.



Perkahwinan diorang tak bertahan lama pun bila Saif mula hilang rasa cinta kepada Amrita dan jatuh hati dengan Rosa Catalano, model Itali lalu bercerai dengan Amrita. Saif-Rosa first time berjumpa di Kenya tapi Saif tak bagitahu pun yang dia dah ada anak bini. Bila datang India baru Rosa tau status sebenar Saif.


Tapi Rosa okay je sebab dia sayang sangat dengan Saif even Saif pun sayang dgn Rosa. Mana dia pergi mesti dia bawa Rosa sekali. Rosa pun cakap anak-anak Saif yang tolong dia adapt di India ni. Saif jatuh cinta dengan Rosa sebab dia selesa dengan Rosa plus Rosa bukan orang Btown

Tapi hubungan diorang berdua cuma bertahan selama 2 tahun je. Punca utama diorang putus sebab Rosa dah tak tahan dengan mood-swing Saif. Diorang berdua tinggal sekali so sangat kerap bergaduh sampai Rosa decided enough is enough. Rosa kata Saif busy sangat dengan kerja sampai tak ada masa sangat dengan dia. 

Punca mood swing sebab dia rindu sangat dengan anak-anak tapi Amrita tak bagi jumpa lepas diorang berdua bercerai. Dia simpan gambar Ibrahim dalam wallet supaya hilang rasa rindu. Saif agak bengang dengan Amrita sebab burukkan imej dia sebagai ayah tak bertanggungjawab dan burukkan nama mak dan adik perempuan Saif, Soha Ali Khan. 


Ikut perjanjian, Saif kena bayar RM2.8 juta alimoni tapi Saif tak ada duit sebab job dia tak banyak sangat masa tu. Dia cuma mampu bayar RM1.4 juta je tapi ada je dia hulur duit tiap bulan dekat Amrita. Tu yang Saif cakap lah. 

Amrita pulak kata Saif dengan family dia block account bank Amrita sampai Amrita takde duit sesen pun nak survive sudahnya dia kena berlakon balik untuk tanggung kehidupan mewah anak-anak dia. Dulu hidup mewah, sekarang hidup merempat. Mana mahunya kan?

Amrita kata Saif tak pernah kisah pun hal dia dengan anak-anak, takde hulur sesen pun. Baik Saif mahupun nenek diorang, Sharmila Tagore pun tak pernah tunjuk muka datang jenguk cucu sendiri lepas Saif-Amrita bercerai.


Sanjay Dutt yang rapat dengan Amrita pernah offer nak tolong Amrita dari segi kewangan tapi Amrita tolak sebab dia tahu dia mampu tampung life dia & anak-anak tanpa bantuan sesiapa pun. Meanwhile Saif pulak gigih cari duit supaya dapat jumpa anak-anak dia. Dia kata dia tinggal dengan Rosa pun dekat apartmen murah je. Rosa pulak sara diri sendiri tanpa bantuan Saif sebab dia ada banyak projek dekat India. Saif taknak Amrita tinggalkan anak-anak dekat orang masa pergi kerja tapi Amrita, Sara & Ibrahim okay je hidup macam tu sampai sekarang.


Masa Saif putus dengan Rosa tahun 2006/07 lepas dia buat pembedahan sebab sakit dada, dia moved on dan fokus dengan karier dia. Tahun 2007 dia berjumpa dengan Bebo dekat set Tashan. Walaupun movie Tashan flop dekat box office tapi bagi Saif movie tu istimewa sebab dekat situ dia start jatuh hati dengan Bebo. Diorang start bercinta Oktober 2007. 


Saif-Bebo start bercinta dari 2007 sampai 2012 and tinggal sekali sampai diorang decide untuk kahwin pada Oktober 2012 di mahkamah. Majlis perkahwinan diorang berdua diadakan di Taj Mahal Hotel & Pataudi Palace. Bebo tak tukar agama cuma tambah surname Khan dekat nama dia.


Syarat utama Bebo setuju untuk kahwin dengan Saif sebab Saif benarkan dia bekerja sebagai pelakon & always support dia in times of need sama macam zaman diorang bercinta and he did sampai lah sekarang. December 2016, Bebo lahirkan anak pertama, Taimur Ali Khan/Tim.


Amrita dengan Bebo tak lah okay sangat but still Amrita boleh lepaskan anak-anak dia keluar berjumpa dengan Bebo. Ada jugak gossip kata diorang ni bergaduh sebab memasing nak buat keputusan untuk anak-anak tapi keadaan masih lagi terkawal.

3. Harta

Ramai yang tanya kenapa anak raja tapi tak cukup duit nak bayar alimony bagai, kena kerja sana sini untuk kumpul duit jumpa anak. Harta warisan diorang ada yang dirampas, ada yang masih lagi dalam kes mahkamah dan ada juga perebutan harta dengan adik-beradik.

Lepas perang India-Pakistan dan Partition 1947, moyang Saif pilih untuk tinggal di India, beradik lagi sorang pilih untuk menetap di Bhopal dan lagi sorang tetap stay dekat Pakistan je. Tahun 2014, Kerajaan India bagi notis kepada Saif untuk buktikan yang dia memang putera raja asli dan kalau dia gagal, segala harta yang berkaitan akan dirampas di bawah Seksyen 11, Akta Harta Musuh Negara 1968.

Kenapa lineage Saif jadi isu? Sebab berkemungkinan Saif dari keturunan isteri kedua yang memilih untuk tinggal di Pakistan dan harta yang ada akan jatuh taraf sebagai harta musuh negara.Tapi masa isteri kedua pilih untuk pindah ke Pakistan, masa tu moyang Saif masih hidup dan harta masih di bawah jagaan dia. Soal harta mungkin jadi isu tapi bukan soal lineage dan status diraja.

Even Kerajaan India iktiraf lineage diorang pada tahun 1961 tapi masuk je tahun 1971, status diraja ditarik balik lepas pindaan ke-26. Disebabkan hal ni, diorang terpaksa cari duit sendiri dan ada harta yang dirampas oleh Kerajaan.


Nenek Saif sebelum meninggal, jual asset yang ada sebab tak mampu nak jaga. Ada istana besar tapi duit habis bayar maintenance je. Antara istana yang dia jual ialah Noor-Us-Sabah di Bhopal. Sekarang ni dah jadi hotel dah. 


Ada istana lain yang sebahagiannya dijual kepada universiti, sebahagian lagi adalah kediaman pakcik Saif. Even Pataudi Palace tu pun dijadikan hotel atau disewakan kepada produser/pengarah filem sebagai sumber income kepada family Saif. K3G, Veer Zaara shoot dekat situ lah.

Ada jugak yang kata bila dah ramai orang kebanyakan tinggal di kediaman diraja, status diraja tu sendiri dah hilang martabatnya. Even pemilik istana-istana warisan ni pun dari orang kebanyakan.

Harta yang sedia ada dibahagikan ikut undang-undang syariah. 50% kepada ayah Saif, 25% kepada makcik Saleha & 25% untuk makcik Sabiha. Tapi diorang tak puas hati sebab pecahan tak sama rata so jadi lah cerekarama sampai naik court bagai.

Nak cerita pasal kes ni agak panjang so cukup korang tahu Sharmila Tagore sekarang ni tengah fight dengan mahkamah dan adik-beradik ipar dia untuk dapatkan harta peninggalan diorang.

4. Panas Baran

Muka Saif memang selalu turun naik court hadap polis semua sebab tak boleh nak control baran dia. Tangan dia memang cepat naik kalau bab nak belasah orang.


Tahun 1994 Saif belasah seorang journalist ruang gossip majalah Star & Style, Kanan Divecha di office dia sampai ada furniture yang rosak disebabkan artikel tentang Amrita Singh ada affair dengan Amitabh Bachchan.

Kanan bawa kes ni ke mahkamah dan tuduh polis acuh tak acuh siasat kes ni disebabkan status diraja Saif. Sudahnya tahun 1999 Amrita sendiri yang minta maaf kepada Kanan dan buat permohonan maaf.

Tahun 1995, Saif naik court lagi sebab dia belasah journalist, Ashok Row Kavi di rumah  gara-gara ejek  lakonan Sharmila Tagore di Star TV dalam show ‘Nikki Tonite’ bila hos tanya siapa pelakon yang dia tak suka. Katanya Saif sampai tolak mak Ashok bila cuba untuk tenangkan keadaan. Ashok kata Saif mungkin panas dengan dia sebab review untuk movie Main Khiladi Tu Anari dalam majalah Bombay Dost.

‘Saif and his co-star Akshay Kumar seemed to be so in love with each other that it should have been India's entry to the San Francisco Gay and Lesbian Film Festival.’


Sama macam kes 94, polis pun tak berapa nak layan sangat Ashok ni & Ashok kata polis yang terlibat dah kena rasuah dengan Saif sampai kes ni dragged selama setahun lebih. Sudahnya Saif minta maaf dekat court tapi Ashok still tak puas hati.

Tahun 2008, Saif arahkan bodyguard dia untuk belasah photographer Pawan Sharma sebab ambil gambar dia dekat set Love Aaj Kal di Stesen Keretapi Patiala. Masuk court jugak tapi Saif bebas dengan ikat jamin.

Tahun 2012 Saif belasah Iqbal Sharma sampai patah hidung sebab tegur Saif, Bebo, Lolo & Amrita Arora since diorang buat bising dekat restoran mewah ala Jepun, WASABI sampai menganggu customer lain.


Tapi Saif kata dia yang dipukul dulu oleh Iqbal malam tu, dia cuma defend diri dia je. Saif kata Iqbal nampak baik & suci depan kamera tapi sebenarnya penipu semata nak famous. Gambar Saif lepas bergaduh dengan Iqbal malam tu sampai rabak baju dia.


Tarina, isteri Iqbal pula kata pergaduhan tu tak sepatutnya jadi just bcs suami dia minta perlahankan suara je. Suami dia orang kenamaan tahap international, Saif bukan famous mana pun nak berlagak teruk sangat siap maki, ‘fuck off to library if you guys wanted peace.’

Saksi dekat sana pun bagi statement Saif yang mula cari pasal dulu tapi dekat court cakap mata dia kena belasah padahal Iqbal tak pukul dia langsung. Saif dibebaskan dengan ikat jamin sama macam kes-kes dia sebelum ni.

Disebabkan kes baran Saif ni selalu sangat naik dekat court, ada rumours katanya Kerajaan nak tarik balik National Award & anugerah Padma Shri yang Saif dapat untuk lakonan dia tapi Kerajaan India nafikan hal ni.


5. Pemburu Binatang Terancam

Saif terlibat dengan kes memburu blackbuck, antara binatang yang terancam di negara India. Black buck dah hampir pupus, cuma tinggal 25,000 je lagi tapi Saif makin galak hapuskan binatang ni. Di negara India, adalah diharamkan memburu binatang so lesen memburu tak akan dikeluarkan di bawah Akta Pelindungan Binatang Liar 1972 untuk melindungi binatang liar, tumbuhan dan juga spesies bunga.


Tahun 1998 masa shooting Hum Saath Saath Hain, Saif, Tabu, Sonali Bendre, Neelam dengan Salman Khan pergi memburu blackbuck di kampung Kankani, Rajashtan. Dua blackbuck dilaporkan mati ditembak. Salman Khan dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara tapi yang lain digugurkan nama oleh kerajaan Rajashtan.



Tapi agak pelik kes ni sebab Saif yang suka memburu terlepas walhal Salman tak ada bukti tembak black buck pulak yang kena hukum. Even saksi yang datang ke court pun asyik berubah statement sampai kes drag jadi lama.

Ada yang kata Saif yang tembak tapi Salman took all the blame sebab taknak Saif dipenjarakan. Sepatutnya kes ni dah selesai tapi puak Bishnoi panjangkan kes ni sampai meleret. Lagi annoying bila tahu puak Bishnoi ni pun antara pemburu tegar blackbuck di kampung tu.


Kes blackbuck ni sama macam kes ayah Saif memburu blackbuck di kampung Jjhar guna senapang anak perempuan dia, Soha Ali Khan sampai dijatuhkan hukuman penjara 3 tahun dan dikeluarkan nama sebagai kapten team kriket.


Antara koleksi binatang buruan ayah Saif
Sekarang ni Saif ada satu kes dengan Interpol sebab memburu babi hutan di Bulgaria. Sebelum tu, ejen yang uruskan aktiviti memburu Saif ni ditangkap sebab dia buat aktiviti secara haram tanpa permit dan lesen. Kes ni masih lagi berjalan.

6. His addiction

Earlier I've mentioned dia ada pembedahan sebab sakit dada kan? Saif kata sebab dia merokok dan minum arak banyak sangat tapi gossip kata sebab dia ketagih cocain. But anyway, lepas pembedahan tu dia dah ubah gaya hidup dia supaya dapat hidup lama & sihat


Saif kata dia dibesarkan dalam keluarga berdarah diraja yang penuh dengan adab susila yang baik supaya jadi contoh kepada rakyat dibawah tadbiran dia tapi kontroversi yang melibatkan diri dia tunjuk yang sebaliknya. Tssskkk spoilt brat. 

13 comments

  1. Eeeeii kiteorang kan kalau dkt rumah selalu gosip pasal Saif ni haha sbb mak ika selalu kata dia ni anak raja la apa nenek dia itu la apa smua kan. haha tapi disebalik muka baby face dia tu haha. mmcm gak eh perangai dia haha adududududu.

    ReplyDelete
  2. Hahahhaha..panjang lebar n details sangat...i lioke uolls..baru tau kareena org pnggil bebo..hahhaha

    ReplyDelete
  3. sha tak kenai dia ni tapi lepas baca terus macam kenal lama haha

    ReplyDelete
  4. Owhh bebo tu karena kapoor.. adik karisma kn? Hahaha dulu tgk la industan ni.. skrg xkenal dh yg bru²

    ReplyDelete
  5. peh!pagi ni gosip pertama baca ni...:)

    ReplyDelete
  6. Pergh.. said and his attitude.. Sedih.. lakonan okay okaylah.. not bad.. tapi perangai tuh..

    ReplyDelete
  7. best betul akak baca ntry kali ni dik...
    tak pernah tau kisah psl saif nih, ingatkan dia org biasa n pelakon yg kaya lah... sbb dia ni sezaman ngn SRK kan... tp ssh jgk hidupnya ya

    pastu akak duk fkr bebo tu sapa , kih3....
    lps baca2 baru sedar ooohhhh bini dia skrg...
    cuma klu nengok muka dia yg jambu masa kawin ngn bini 1st tu mmg tak sangka la dia tu panas baran...

    attitude dia bkn main teruk yek... ikut suka je belasah2 org... fuhhhh

    ReplyDelete
  8. Macam baca Wikipedia saif pula entri ni. Lengkap semua. Hehe. Perangai teruk tu no comment sebab ramai je bollywood star perangai lebih krg sama kan.

    ReplyDelete
  9. Wahh, detail sis! Terbaik 👍👍

    ReplyDelete
  10. wow panjang lebar akak terangkan. thanks for the info. kita mmg tak tahu apa2 pasal dia. hehehe.

    ReplyDelete
  11. oh macam tu rupanya kisah saif, baru tahu

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.