Spaghetti Carbonara Cendawan & Sotong

Tuesday 20 March 2018


Haritu adik teringin sangat nak makan Spaghetti Carbonara, ngam bahan semua dah ada tinggal nak masak je. Hidangan ni untuk 2 orang makan tau. Kalau nak masak yang lebih, yang kurang pandai-pandai la tambah atau kurangkan.



Bahan-bahan :
Bahan A
- Spaghetti
- Minyak zaitun
- Garam

Bahan B
- Bawang putih 5 ulas dihiris nipis
- Halia 1 inci dihiris nipis
- Cili padi 5 biji dipotong kecil
- Tomato 1 biji dipotong 6

Bahan C
- Sotong besar 2 ekor
- Sos Prego Carbonara Mushroom 4 sudu besar
- Susu segar 1 cawan
- Garam
- Minyak zaitun 2 sudu besar
- Air 2 cawan
- Serbuk lada putih

 

Cara-cara penyediaan :
1) Rebus Bahan A sampai masak kemudian toskan.
2) Panaskan minyak kemudian tumiskan Bahan B sampai naik bau.
3) Masukkan sotong besar kemudian masukkan air, tunggu sehingga sotong masak.
4) Masukkan sos Prego Carbonara Mushroom, gaul sehingga sebati.
5) Masukkan susu segar dan garam secukup rasa. Tunggu sehingga mendidih.

Bila dah siap,  boleh hidangkan. Kemudian taburkan serbuk lada putih dengan daun yang korang nak bagi ada umpph sikit.  I guna ulam cekur sebab dah membiak banyak dah dalam pasu. 

Kini Lebih Mudah Untuk Menjadi Pengusaha Makanan Yang Berjaya

Sunday 18 March 2018

Shinsegae Mamee Lancar Produk Foodservice untuk membantu pengendali makanan menjimatkan masa dan kos disamping mengekalkan kualiti makanan dan keaslian rasa

Dari kiri : Jennifer Chee (Ketua Bahagian Perkhidmatan Makanan Shinsegae Mamee), Datuk Wira Pang Tee Nam (COO MAMEE-Double Decker), Tan Sri Pang Tee Chew (CEO MAMEE-Double Decker),  Felix Pang Hee Zhong (Chief Operating Officer Shinsegae Mamee) & Chef Faizul Hazly Ghazali (Executive Chef Shinsegae Mamee)

Kuala Lumpur: Mee Goreng, Nasi Goreng Kampung dan rojak buah sebagainya memang sinonim dengan industri makanan di Malaysia dan perniagaan makanan, sekiranya di tadbir dengan betul dapat mendatangkan pulangan yang lumayan.

Ia juga merupakan salah satu industri mampu membantu masyarakat “Bottom 40%” (B40) untuk berganjak ke dalam kurungan pendapatan yang lebih tinggi.

Kumpulan B40 yang terdiri daripada golongan berkolar biru, graduan yang menggangur dan berpendapatan rendah, suri rumah dan pesara dengan pendapatan isi rumah median sebanyak RM3,000.

Chef Faizul Hazly Ghazali (Executive Chef Shinsegae Mamee) memasak bersama Dato’ Chef Ismail (Mamee Chef and Malaysian Tourism Ambassador for Gastronomy)
Sempena pelancaran produk segera Shinsegae Mamee Foodservice yang disasarkan kepada peniaga makanan baru-baru ini, Shinsegae Mamee menganjurkan satu sesi panel bersama pihak berkepentingan seperti GIATMARA, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia dan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk membincangkan golongan B40 boleh berjaya dalam industri makanan.

Dalam sesi panel tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA, Haji Jamal Nasir Othman berkata terdapat keperluan untuk 91,000 pekerja mahir dalam Makanan & Minuman menjelang 2020.

Di dalam satu sesi panel tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA Tn Haji Jamal Nasir Othman berkata, terdapat keperluan sebanyak 91,000 pekerja mahir dalam bidang Food & Beverage menjelang tahun 2020.

“Dianggarkan, hampir 1,000 pelatih bidang F&B mengikuti latihan sepenuh masa di GIATMARA setiap tahun. Setakat ini, GIATMARA telah mengeluarkan 10,570 orang chef. Di GIATMARA, kita berharap agar chef-chef yang dilatih ini dapat mengusahakan perniagaan sendiri,” katanya.

Jamal juga menambah bahawa Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) melalui GIATMARA telah mengambil inisiatif untuk menggalakkan pengwujudan usahawan dengan memperkenalkan program-program seperti Mobilepreneur & Mobile Truck selain program Rintis Niaga (inkubator).

“Ia adalah satu polisi kerajaan yang amat baik dalam membantu golongan B40 berganjak kepada M40 (Middle 40%) seterusnya T20 (Top 20%),” kata Jamal.

Md. Zawawi bin Md Isa (Ketua Seksyen Komposit Bahagian Perlesenan, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)), Chef Faizul Hazly Ghazali (Executive Chef Shinsegae Mamee), Jamal Nasir bin Othman (CEO GIATMARA), Omar Farook Ali bin Seeni Abdul Kadir [Jawatankusas (Hal Ehwal Majlis Setempat) Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA)] & Dato’ Chef Ismail (Mamee Chef and Malaysian Tourism Ambassador for Gastronomy)
Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA itu juga berpendapat bahawa kerjasama strategik bersama pemain-pemain industri adalah penting bagi memastikan bahawa kualiti pelatih yang dihasilkan adalah berdasarkan keperluan semasa.

Beliau menambah bahawa GIATMARA berminat untuk bekersama dengan Shinsegae Mamee memandangkan produk-produk Shinsegae Mamee Foodservice yang dilancarkan baru-baru ini menarik dan dapat membantu pelatih-pelatih GIATMARA dari segi penjimatan kos dan masa sambil mengekalkan keaslian rasa makanan.

Di dalam sesi panel yang sama, Eksekutif Chef Shinsegae Mamee Chef Faizul Hazly Ghazali berkata bahawa kebolehan memasak semata-mata tidak dapat membantu seseorang chef untuk berjaya dalam perniagaan makanan.

“Untuk berjaya dalam perniagaan makanan, pemilik perniagaan itu harus bijak merancang masa dan mengawal kos disamping menjaga kualiti makanan yang dihidangkan,” kata Faizul.

Berdasarkan ketiga-tiga perkara tersebut, Shinsegae Mamee telah mengeluarkan 10 produk segera Shinsegae Mamee Foodservice yang diperbuat dengan bahan-bahan asli dan tidak ditambah dengan perisa tiruan dan pengawet tiruan.

“Bila kita dengar perkataan makanan segera, persepsi pertama yang datang ke fikiran kita ialah tak ‘original’. Tetapi, ramai juga chef yang berjaya telah mengambil jalan pintas dengan menggunakan bahan-bahan segera untuk menjimat kos and masa.

“Walau bagaimanapun, bahan-bahan segera yang digunakan haruslah berkualiti tinggi supaya rasa dan kualiti masakan mereka tidak terjejas,” kata Faizul.

Eksekutif Chef Shinsegae Mamee itu juga menambah bahawa Shinsegae Mamee Foodservice sedang cuba mengubah persepsi bahawa semua makanan segera tidak asli adalah tidak benar dengan mengeluarkan gabungan bahan-bahan segera yang tidak ditambah dengan perisa dan bahan pengawet tiruan agar dapat membantu para peniaga makanan mengurangkan kos dan menjimatkan masa dan mengekalkan keaslian rasa makanan tersebut.


TENTANG MAMEE DOUBLE DECKER
MAMEE-Double Decker (M) Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 1971 merupakan cetusan idea bersama Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Datuk Pang Chin Hin dan anak sulungnya Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Pang Tee Chew yang berkecimpung aktif dalam industri penghasilan mee kering. Perniagaan kecil ini kemudiannya berkembang menerusi label Pacific Food Products yang terletak di Ayer Keroh, Melaka sebelum dikenali sebagai MAMEE-Double Decker. 

Ketua Pegawai Operasi Datuk Wira Pang Tee Nam bersama dengan kesemua ahli keluarga – kini generasi ketiga – berjaya membangunkan syarikat menjadi antara pengilang makanan dan minuman terbesar di Malaysia. MAMEE-Double Decker yang diperbadankan pada 1991 mula tersenarai di papan bursa Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE) pada tahun berikutnya dan telah menjadi syarikat persendirian sepenuhnya pada tahun 2012. Sehingga kini, syarikat dan kilang MAMEE-Double Decker terdapat di seluruh Malaysia – termasuk di Kuala Lumpur dan Kuantan, dengan kekuatan lebih 2,000 kakitangan – sebelum melebarkan sayap ke Myanmar, Indonesia dan Timur Tengah (dalam proses perbincangan)


TENTANG SHINSEGAE FOOD
Shinsegae Food adalah salah satu daripada syarikat teras gabungan Syarikat Kumpulan Shinsegae yang bermula sebagai sebuah kedai serbaneka pada tahun 1930 (Antara 10 Syarikat yang terbesar di Korea dari segi gabungan aset dengan hasil jualan USD24.8 bil. yang dicatatkan pada tahun 2016), bermatlamat untuk memperkukuhkan unsur-unsur teras dalam industri makanan. Shinsegae Food telah menyelaraskan fungsi-fungsi utamanya kepada sistem sejajar, antaranya sumber bahan mentah kepada penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran, pemprosesan, penyimpanan, logistik, pemasaran dan jualan, pertama kali dalam industri makanan sejak dua puluh tahun yang lepas.

Shinsegae Food merupakan peneraju dalam perkhidmatan katering makanan domestik untuk dua dekad yang lalu, kini menumpukan usaha membangunkan perkhidmatan katering makanan yang premium dan mendahului pasaran perkhidmatan makanan Korea dengan menggabungkan perniagaan Restoran dan katering makanan. Shinsegae Food adalah pengusahaan profesional dan organisasi maju dalam penyelidikan dan pembangunan yang berterusan untuk meningkatkan daya saing pengeluaran makanan dan berusaha untuk menjadi syarikat terkemuka dalam produk-produk Makanan Sedia Ada (RTE), Sedia Untuk Dimasak (RTC) dan Makanan Rumah Gantian (HMR) dengan pelaburan dalam kemudahan dan teknologi baru.

Di samping itu, Shinsegae Food turut menerajui perniagaan berteraskan global di Korea yang melibatkan pencarian jenama produk makanan global yang terkemuka, mendapatkan lesen-lesen eksklusif dan membekalkannya ke pasaran-pasaran tempatan. Malah, restoran-restoran baru dan lebih khusus termasuk Olbaan, O’slo, Gramercy Hall dan Johnny Rockets dilancarkan untuk menggambarkan perubahan trend secara mendadak dalam budaya pemakanan.

Issued by Cerita Communication. 
For media enquiries, please contact: 

Seanne Ng 
Email: seanne@ceritastrategies.com.my
Cellphone:+60 17 607 5905

Prithiba Krishnasamy  
Email: prithi@ceritastrategies.com.my
Cellphone: +60 19 215 3025

Yee Mee Sizzling Mudah Dan Sedap!

Haritu kawan twitter share resipi masak Yee Mee Sizzling homemade so belek peti ais ada ayam, belek mini garden pun ada sawi dah besar, terus sediakan semua bahan and try masak. Disebabkan menjadi, so nak simpan resipi ni dekat sini untuk panduan sendiri dan kepada yang lain jugak :)


Bahan-bahan :

Bahan A :
- Bawang putih 5 ulas (dihiris halus)
- Halia 2-3 inci (dihiris halus)
- Cili kering 5 tangkai
*bawang putih dengan halia boleh juga kalau nak tumbuk tapi jangan sampai hancur)

Bahan B
- Kicap pekat 3 sudu besar
- Kicap manis 3 sudu besar
- Sos tiram 4 sudu besar

Bahan C
- Yee Mee (direndam dan ditoskan)
- Ayam dipotong kecil
- Sawi (ikut suka)
- Telur
- Kiub pati ayam Knorr
- Air 2-3 cawan
- Serbuk lada hitam 1 sudu besar
- Tepung jagung 2 sudu besar (dibancuh)
- Garam secukup rasa

- Gula secukup rasa



Cara-cara penyediaan :
1) Panaskan minyak kemudian masukkan Bahan A. Goreng sampai naik bau.

2) Kemudian masukkan ayam, gula dan garam. Goreng sampai separuh masak.


3) Masukkan air dan kiub ayam. Lepas kiub dah larut, masukkan Bahan B dan juga bancuhan tepung gandum. Kemudian masukkan serbuk lada hitam.

4) Masukkan sawi dan yee mee yang dah direndam

5) Masukkan telur, tunggu sehingga masak dan padamkan api.

Dah siap! 


Nota kaki :
- Minyak tu ikut suka nak letak banyak, lepas dah settle goreng boleh kurangkan before masuk air. 
- Tips nak elakkan kuning telur pecah bila hidang dalam pinggan, sauk bahagian kuning telur guna senduk kuah dan biarkan sehingga telur masak (faham tak? T.T)
- Kalau nak masukkan cendawan, masukkan selepas bancuhan tepung jagung.
- Selamat mencuba :)

Karnival Himpunan Rakyat 2018

Saturday 17 March 2018


Hari ni lepas kerja terus menapak ke Stadium Melawati Shah Alam sebab minggu lepas mak dah pesan dah dia akan datang ke carnival ni dengan kawan-kawan dia. Disebabkan dah lama tak jumpa mak sebab hari-hari kerja, so usahakan jugak pergi ke sini. Ingatkan nak datang awal tapi hujan lebat pulak pukul 3. Nasib pukul 5 tu dah berhenti dah.


Sampai je dekat kawasan stadium tu memang sesak sangat dengan bas, kereta, motor & pedestrians. Alhamdulillah ada parking space banyak lagi tapi jauh sikit lah dari stadium. Berlari itik dah petang tadi sebab mak kata bas diorang nak balik dah. Pecah lemak 800 gram T.T

Tapi dalam kata nak balik tu pun sempat lagi nak membeli itu ini.

Tough luck bila kitorang nak membeli, MB Azmin Ali sampai dekat stadium untuk beri ucapan kepada yang hadir. Semua peniaga kena tutup gerai. Mak pulak jenis kalut memang tak boleh chill langsung kalau dia dah kalut. Beria mencicit berlari balik ke bas sudahnya driver bas pun tak ada lagi. Menunggu la berbelas minit sampai semua dah sampai.

Bila mak dah balik, ada la sinar kebahagiaan sebab mak tak sempat nak guna kupon makanan. RM30 makan sorang. Tapi dah hujung tu banyak yang dah sold out. Beli apa yang ada je. Cari makanan yang mahal sebab nanti tak dapat balik balance. Lepas dua kali pusing, dapat la tangkap Cheesy Nachos, Tuna Cheese Burger, Coconut Shake & Mango Shake. Walaupun lama tunggu memang berbaloi sebab semua sedap.



Dekat Karnival Himpunan Rakyat ni ada banyak booth, mostly peniaga lah jual preloved item, baju raya, barang rumah, insurans, F&B and other items. Ada booth untuk penerangan tentang Kerajaan Negeri Selangor jugak tapi tak sempat pun nak belek semua booth sebab datang pun dah lambat.




Yang bestnya, siapa yang datang dapat kupon makanan RM10,  baju #TeamSelangor warna biru muda dengan topi Pakatan.

Ramai jugak yang datang, from all races even foreigners. Tapi yang tak bestnya banyak tempat yang berlopak sebab hujan lebat sbelum tu. And of course, sampah yang tak reti nak dibuang padahal tong sampah dekat belakang je. Tssskkk dah 2018 dah tapi perangai tak berubah.


Anyway hari ni dapat jugak rasa happy even sekejap lepas jumpa family. Tak sabar nak tunggu bulan puasa sebab nak berhenti kerja dekat tempat meniaga so boleh lah balik rumah bila weekend.

Anak Terasing Aamir Khan


Baru-baru ni kecoh di social media semasa ulang tahun kelahiran Aamir ke-53, media menceritakan kembali kisah anak Aamir Khan yang merupakan seorang model kepada Vogue UK pada usia 12 tahun. Ramai yang tak tahu dengan kehadiran anak lelaki Aamir Khan sebab Jaan Harry Hines ni dibesarkan sepenuhnya oleh ibunya, Jessica Hines sejak tahun 2006.


Bermula dengan penghasilan karya Jessica, ‘Looking for the Big B: Bollywood, Bachchan and Me’, Jessica menetap sementara di India dan bertemu dengan Aamir Khan di set Ghulam arahan Vikram Bhatt dan mereka mula tinggal serumah. Tapi bila Jessica dapat tahu dia mengandung, Aamir bagi kata dua, dia ataupun anak tu and Jessica pilih anak diorang. Lepas berpisah, Jessica balik ke UK dan besarkan Jaan.

Image result for Looking for the Big B: Bollywood, Bachchan and Me by Jessica Hines

Aamir tak pernah ambil tahu tentang Jessica mahupun Jaan. Tahun 2007, Stardust magazine pernah buat interview dengan Jessica di London tentang Jaan. Tapi bukan official interview atas kerelaan Jessica. Entah macam mana diorang dapat sembang dengan Jessica tentang Jaan walhal cuma 2 soalan je.

Jawapan Jessica, memang Jaan anak Aamir Khan dan bila Jaan nak tahu tentang ayah dia, Jessica akan bagitahu ayah dia benci mereka berdua. Sejak majalah Stardust buat cerita eksklusif tentang Jaan, Aamir Khan tetap berdiam diri walaupun diasak dengan media.


Kalau dulu mungkin Aamir boleh diamkan diri tapi sekali lagi media menanyakan soalan yang sama bila saban hari wajah Jaan mempunyai iras Aamir Khan. Tapi baik Aamir ataupun Jessica masing-masing memilih untuk berdiam diri. Tambah pula selepas kes Jessica diperdayakan oleh wartawan majalah Stardust. Jessica memilih untuk move on dari masa lalu dia dengan Aamir dan minta Jaan tidak dikaitkan lagi oleh Aamir since Aamir memilih untuk mengabaikan mereka berdua.




Jessica dah pun berkahwin dengan businessman di London, William Tabol walaupun William tahu tentang kisah silam Jessica dan menyayangi Jaan sepenuh hatinya. Makin berseri kehidupan mereka dengan kehadiran Tallulah.


Jaan pula makin banyak mendapat tawaran sebagai model disebabkan kekacakan dan posing skill dia. Here some pictures of Jaan Harry Hines.