Friday, 27 April 2018

Picture of My Favorite Band or Artist

Nak sembang pasal topik ni boleh jadi panjang lebar sebab memang banyak jugak fav tak kisah lah dari Bollywood, Hollywood ataupun Malaysia mahupun Indonesia. But I'll try masukkan at least Top 5 band ataupun artis dalam carta folder lagu. Makin banyak lagu diorang dalam folder maksudnya makin tinggi la dalam carta? Okay, lets do this!

5. Justin Bieber
Image result for justin bieber

Dari zaman Diploma lagi dah jatuh cinta dengan JB sebab lagu One Time. Masa tu tengah scroll Youtube tiba-tiba terjumpa lagu One Time terus bahagia dengar dengan muka JB yang comel lagi. Since then hari-hari dengar. 3 bulan lepastu baru masuk dekat radio Malaysia tapi masa tu dah keluar lagu One Less Lonely Girl dah. Apa yang best dengan lagu JB sebab beat dia catchy lepastu kalau lagu slow lirik dia memang padu nak pulak lirik memang hasil buah tangan dia sendiri.

My fav album of him is Believe 2.0 sebab lagu dalam tu semua best nak pulak dia tengah bercinta dengan Selena so lagu cinta dia memang sweet habis nak pulak lagu Be Alright sebab dia nak tenangkan Selena since ramai tak suka hubungan cinta diorang. Tapi tak semua lagu JB ada dalam folder pun sebab tak suka lagu dari album Heartbreaker. Dia baru putus masa tu so lagu tu pun agak hambar.

4. Miley Cyrus

Related image

First moment I saw her in Hannah Montana series lepastu tak boleh move on sampai sekarang walaupun ramai yang label Miley sebagai artis perosak but Idk, I’m doing just fine here. ‘Remember only God can judge us. Forget the haters cause somebody loves ya’

What I love about her is her unique voice, serak basah and yes talented lyricist jugak. Be in studio or performing live, suara dia memang sama and boleh tarik not tinggi. Dulu punya lah kemaruk dengan Hannah Montana & Miley Cyrus sampai semua benda lekat sticker dia. Guna gambar dia sebagai DP, nama pulak nak sama – Farhana/Hannah. Lagu dia dalam folder ada 54 lagu but most of them dari Hannah Montana series sebab lagu dalam series tu lagi deep lyric dia nak pulak lagu Don’t Wanna Be Torn and Love That Lets Go.

3. Peterpan/NOAH

Image result for peterpan noah

Jatuh cinta dengan band dari Indonesia ni bukan dari diri sendiri sebenarnya tapi dari dia sebab setiap kali nampak dia mesti lagu band ni keluar – Ada Apa Denganmu sebab masa ni lagu dari band Peterpan tengah meletup dekat Indonesia & Malaysia. Walhal masa Bintang Di Surga keluar terus alih channel. Tapi sebab kuasa cinta kan dari situ start layan lepastu suka pulak sebab lirik dia power. Lagu pun mostly ringan je.

Semua album best sampai lah sekarang. Total songs in folder ada 57 lagu tapi rasanya tak semua lagu ada kot. For now tengah tunggu album terbaru diorang walaupun dah kematu jugak tunggu sebab lama masa yang diorang ambil untuk siapkan satu album.

2. Siti Nurhaliza

Image result for siti nurhaliza

Boleh kata seketul peminat tegar jugak lah sebab semua lagu dari album Siti Nuhaliza I sampai lah sekarang memang layan je lagu Siti tapi tak semua lah sebab ada jugak yang tak masuk sangat. Masa kecik dulu ayah pun suka Siti so album Siti memang banyak dekat rumah tapi sebab selalu pindah rumah so kebanyakan CD/kaset dah hilang dah. Poster Siti tak payah cakap lah, memang banyak. 

Album paling minat sekali ialah album Sanggar Mustika sebab penuh dengan lagu Etnik Kreatif yang best. Walaupun ada yang Siti nyanyikan semula tapi version Siti tetap di hati nak pulak lagu Bunga Melor (lagu nyanyian asal P.Ramlee) dengan lagu Panas Berteduh Gelap Bersuluh.  Selain lagu dari album Sanggar Mustika, lagu Kau Kekasihku, Wanita, Seindah Biasa dan lagu Kisah Ku Inginkan pun jadi pujaan hati. 

1. Arijit Singh

Image result for arijit singh songs

Lagu paling banyak setakat ni dalam folder dalam 200 lebih sebab lagu banyak guna dalam soundtrack movie. Satu movie dia nyanyi 6 lagu sebab tu boleh banyak walaupun Arijit baru debut tahun 2011 dengan lagu Phir Mohabbat soundtrack movie Murder 2. Tahun 2012 baru naik nama Arijit ni dengan lagu Tum Hi Ho soundtrack movie Aashiqui 2 sampai menang award terus.

Suara Arijit ni merdu sangat sampai menusuk ke jantung bergetar terus, walaupun single terus rasa angau sangat. Kalau tengah stress dengan hidup bila dengar lagu dia yang beat catchy and santai mesti happy je rasa, lega sikit dari masalah. Suara dia dalam studio dengan live memang sama so kalau pergi konsert dia memang berbaloi.

Dia pernah datang ke Malaysia tapi tak dapat nak jumpa sebab date clash dengan final exam. Nanti kalau dia datang lagi, memang dah set nak pergi tengok. Tak kisah lah tiket paling murah ke apa sebab nak dengar suara dia. Dia aaaaa je pun dah sedap tau.


Apart from them in this list, I’m a fan of Akim since zaman AF lagi sampai sekarang dah jadi Hang Nadim. Lagu dia ataupun lagu yang dia hasilkan semua suka. Anuar Zain dengan Aizat Amdan pun sama. New generation maybe Tajul, Hez Hazmi dengan Haqiem Rusli lah kot. Okay dah lah kang tak pandai habis pulak entri ni. Kbai.

13 comments:

  1. Suka lagu tum hi ho tu.. Memang lirik dengan muzik dia ohsem.. Yang lain-lain tu kak sha layan gitu-gitu je.. Ikut mood..

    ReplyDelete
  2. Dalam reramai tu Miley Cyrus kite tak kenal. hehehe

    ReplyDelete
  3. kenal yang 5, 4, 2 je hehe

    http://mylittlestoryi.blogspot.my/2018/04/juara-rumah-sukan-gigi-dah-lain.html

    ReplyDelete
  4. kin pun suka justin tu..
    baby baby baby ooo~~

    ReplyDelete
  5. noahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. yeah

    ReplyDelete
  6. yezzahhh suka juga Justin Bieber! Walaupun ramai yang tak suka dia sejak dia ada problem kan, tapi entah lah. nak suka juga hahaha sebab lagu dia memang taste kc.

    Siti Nurhaliza? kc pun peminat tegar dari sek rendah hahaha. dah la cantik, suara sedap, takde kontroversi, sopan, menutup aurat ehhh banyak pula list hahaa. semoga Siti terus solehah camtu amin hehe.

    Last but not least baru tahu NOAH tu adalah peterpan. hikhok. tapi lagu peterpan layan gak dulu. sekarang dah tak hee.

    KPOP group tak layan ke kak?

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Wahh hebat kak..dato ct mmg best lagu2nya..

    ReplyDelete
  9. yang first tu sha tak kenal hehehe, sha punya minat asyik bertukar tukar

    ReplyDelete
  10. Siti Nurhaliza is evergreen. Nice voice. Lunak...
    Ting ting tara ting...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...