Thursday, 12 April 2018

Movie Review : Lajja


Related image
Director : Rajkumar Santoshi
Distributor : Santoshi Productions
Cast : Manisha Koirala, Jackie Shroff, Anil Kapoor, Madhuri Dixit, Mahima Chaudry, Ajay Devgan, Rekha
Genre : Drama
Release Date : 31 August 2001
Running Time : 3 hours 05 minutes
Trailer :


Ha’ah movie ni selalu tayang dekat TV3 dalam slot Panggung Bollywood, siapa yang selalu layan memang familiar dengan Lajja. Tak pasti dulu pernah layan ke tak sebab dulu tak suka Anil Kapoor sebab misai dia. Ha ha ha.

Tapi sekarang entah kenapa, perubahan hormon kot sejak dua menjak ni rajin pulak cari movie dia. Tak tahan siap nampak dia handsome pulak tu.

Okay back to this movie, Lajja mengisahkan tentang Vaidehi (Manisha Koirala) yang membawa diri pulang ke India setelah Raghu (Jackie Shroff) melayan dengan buruk dan menghalau keluar dari rumah. Tapi nasib dia malang bila keluarga dia malu dengan perbuatannya yang lari dari rumah suami & mertua walaupun menantu berperangai buruk.


One day suami dia kemalangan masa dating dengan Anita & disahkan mandul. Kalau kahwin lain pun tak guna sebab dia tak ada pewaris segala kekayaan tapi doctor keluarga bagi berita gembira bila Vaidehi rupanya tengah mengandung. Kucar-kacir Raghu call Vaidehi pujuk dia balik ke New York. Vaidehi happy lah sebab Raghu nak dia balik tapi masa tengah tunggu flight, doktor call larang dia datang ke NY sebab Raghu dengan ayah mertua dia just nak anak yang dia kandungkan tu je lepastu diorang akan buang dia. Disebabkan perkara tu, dia terus larikan diri sampai terjumpa dengan Raju (Anil Kapoor) yang tengah gigih mencuri.

Disebabkan nak lari dari Raghu & polis, Vaidehi join Raju sampai ke satu kenduri kahwin. Tapi malangnya keluarga pengantin perempuan, Maithili (Mahima Chaudry) tak mampu nak sediakan wang hantaran seperti yang keluarga lelaki minta walaupun kahwin atas dasar cinta. Semua perbelanjaan ditanggung keluarga Maithili sampai habis semua saving dalam satu hari. Tak ada langsung belas kasihan dari keluarga lelaki. Sedih dengan keadaan keluarga dia yang didesak & dihina, Maithili halau keluarga belah lelaki keluar dari rumah & batalkan perkahwinan. Raju pula ditangkap oleh polis dan menghantar Vaidehi pulang ke kampungnya.

Di sana, Vaidehi berjumpa pula dengan Jhanki (Madhuri Dixit) dan pemilik studio yang miang dan sentiasa mengambil kesempatan terhadap Jhanki serta isteri mudanya. Sama seperti Maithili, Jhanki ditinggalkan kekasih hati & dipukul oleh orang kampung kerana suarakan hak dia sebagai perempuan.


Selepas Jhanki, Vaidehi bertemu dengan Ram Dulari (Rekha) bidan di kampung terpencil yang memperjuangkan kebebasan dan hak wanita di kampung tersebut sebab anak perempuan dianggap beban dan akan dibunuh sebaik sahaja dilahirkan. Rekha pun menemui nasib yang sama apabila dirogol dan dibakar hidup-hidup apabila anaknya kantoi bercinta dengan anak gangster kampung tu, Gajendra Babu (Danny Denzongpa).


Lucky for Vaidehi, dia terjumpa dengan Bhulwa (Ajay Devgn) yang menjaga keamanan kawasan kampung dari geng Gajendra Babu.

Dalam movie ni bukan kekuatan Vaidehi yang ditonjolkan, dia tak membantu apa sangat pun dengan semua karakter yang dia jumpa tapi dia sebenarnya belajar dari semua karakter malang ni. Semua ditindas tapi masih berani bersuara hak kebebasan diorang and that’s the beauty and strong message dalam Lajja. Dan tak semua lelaki yang ada semuanya jahat. Masih ada yang bagus seperti Raju & Bhulwa yang menjaga perempuan kerana atas dasar hormat dan sayang.

Walaupun storyline dia cantik tapi ada part macam terjongket kening juga sebab Vaidehi tu dekat first trimester tapi sekali je dia morning sickness dan sepanjang dia lari tu bukannya dia makan sangat pun. Tidur pun tak cukup sangat. Belum masuk part dia jatuh sana sini lagi. Kebal betul.


Raghu pun boleh tahan jugak bila dia dari New York ambil flight hari yang sama ke India boleh sampai dengan cepat dan jayanya hari tu jugak padahal jauh kot jarak perjalanan dua negara ni. Tapi dua perkara ni just a minor glitch lah sebab kekuatan mesej movie ni dah tutup kekurangan yang orang perasan tak perasan ni.

For visual its not that great lah sebab movie lama but still good to watch even after decades. Soundtrack hasil kerja Anu Malik pun biasa je actually but I fall in love with Badi Mushkil song. Nak pulak lagu tu scene Madhuri menari memang nampak cantik je onscreen.


Its really recommended for those yang mencari great movie content sebab movie ni diinspirasikan dari kisah benar yang berlaku di India bilamana seorang gadis kasta rendah dirogol oleh kasta atasan dan juga hal-hal lain yang berlaku di negara India. Cast yang berlakon dalam movie ni pun semua bagus belaka bukan yang tayang muka semata. Even director antara yang terbaik di Bollywood.

Movie Lajja ni flop di box office India sebab mesej dia yang menyindir kaum lelaki tapi diangkat tinggi di negara-negara luar macam British contohnya sampai tersenarai dalam 14 movie asing wajib tonton. So tak rugi pun layan movie feminist pertama di India ni. Highly recommend!
1. Team Production +1, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.9, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.4/10

3 comments:

  1. dulu ada vcd lajja ni n kat tv pun slalu tyg, cast die meletup, jalan cerita pun ada mesej..yup lagu badi mushkil tu mmg layannnn :)

    ReplyDelete
  2. Ala.. tak tengok pun filem ini hari sabtu hari tu..

    ReplyDelete
  3. Tak dpt tgk citer ni masa haritu. nampak cm best. dah la ada mahima chaudry hehe. 🙊 Actress cantik masa dulukala hee

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...