7 Tempat Menarik Selain Pantai Di Port Dickson

By farhanna jafri - 06:03

Dah masuk suku kedua tahun biasanya akan berkurangan hujan lebat dan akan bermula musim panas dan musim buah atau bunga so it’s quite a great time untuk pergi bercuti hilangkan stress dan luangkan masa bersama yang tersayang.


Disebabkan kerja Isnin hingga Sabtu jadi masa tu tak banyak untuk pergi bercuti jauh dari rumah sebab nak travel jauh dah makan masa, nak ambil cuti nak simpan untuk PRU dan Hari Raya nanti, so kita pilih tempat yang dekat je dengan rumah which is Port Dickson, Negeri Sembilan. Jarak perjalanan pun tak lama lebih kurang sejam lebih je dari Subang.

Kenapa PD? Sebab dekat sini banyak pantai so it’s quite perfect place lah kalau nak tenangkan fikiran cari tempat yang kaya dengan alam semulajadi. Macam dekat PD ni ada banyak pantai antaranya yang paling famous haruslah Pantai Teluk Kemang tapi selain pantai ni, ada juga Pantai Cahaya Negeri, Pantai Saujana, Pantai Tanjung Tuan ataupun Pantai Tanjung Biru. Banyak pilihan kalau sesak dengan orang lain nak pula bila semua pantai ni terjaga dan cantik.

Selain dari pantai boleh juga menapak ke tempat lain yang memang sesuai untuk bercuti ataupun bergambar sebagai kenangan ataupun upload dekat Instagram.

1. Alive 3D Art Gallery

Sumber : Google

Based on high rating and good reviews I bet this is a must visit place in PD! Tarikan yang baru dibuka di bangunan kedai 3 tingkat ini menempatkan 50 lukisan 3D dengan 5 tema seperti Adventure, Animation, Aquarium, Exotic and Dart Art. Harga tiket untuk masuk pun murah cuma RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. 

2. Taman Tema Wild West Cowboy

Image result for Taman Tema Wild West Cowboy
Sumber : Google

Dah puas bergambar dekat Alive 3D Art Gallery, boleh menyinggah dan bermain dekat sini sebab sederet je di bangunan yang sama dan bawah pengurusan yang sama. Antara games yang ada dekat sini, Rider Boat, Wild West Desert Explorer dan Cowboy-Go-Round dan 5D Motion Adventure ataupun 7D Interactive Movie macam dekat Universal Studios Singapore.

3. Rumah Terbalik

Related image
Sumber : Google

Tak cukup dengan dua tempat di atas, boleh pergi pulak dekat sini untuk bergambar sebab dekorasi yang unik seperti berjalan di siling rumah. Sama macam Alive 3D Art Gallery, Rumah Terbalik ni pun terletak di deretan kedai but fret not, tak susah pun nak cari.

4. Pulau Burong

Image result for Pulau Burung port dickson
Sumber : Google

Kalau pilih pantai Cahaya Negeri boleh menyinggah di Pulau Burung sebab terletak berdekatan je dengan berjalan kaki ataupun guna jambatan yang ada. Nama je Pulau Burong tapi aktiviti yang selalu orang buat dekat sini memancing ataupun bergambar sebab view alam semulajadi paya bakau yang cantik dan tenang.

5. Ostrich Farm

Image result for ostrich farm port dickson
Sumber : Google

Kalau Pulau Burong tak ada burung tapi dekat Ostrich Farm ni confirm ada burung unta dan haiwan lain sebagai tarikan pengunjung. Dekat sini boleh melihat burung unta and of course, telur burung unta yang besar. Bukan setakat tengok je tapi boleh menunggang burung unta ataupun lumba lari. Apart from that ada juga ATV, buggy ride, memanah, paintball dan macam-macam lagi aktiviti sukan lasak.

6. Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang

Image result for Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang
Sumber : Google

Dah puas tengok binatang darat, kita luangkan masa dengan hidupan air dan laut di pusat yang menempatkan berpuluh akuarium ikan dari pelbagai spesies. Tak perlu nak scuba diving pun you guys dah boleh tengok depan mata kehidupan eksotik ni.

Tapi kalau nak bercuti tapi malas nak berjalan dekat merata tempat boleh je stay satu tempat untuk relaks sambil layan angin laut dan keindahan pantai ataupun guna perkhidmatan yang disediakan di Hotel Lexis Hibiscus Port Dickson. Bukan sahaja cantik dari segi senibina, the cool sky pool villa at lexis hibiscus also one of the great thing you can enjoy plus with top notch staff’s service.

Related image
Sumber : Google

Hotel Lexis Hibiscus baru je memenangi dua anugerah ‘Best Family Resort’ dan ‘Best Pool Villa’ oleh 'Haute Grandeur Global Hotel and Spa Awards' di Bangkok tahun lepas dan anugerah ini merupakan pencapaian tertinggi di dunia jadi untuk bercuti dengan bahagia memang dah terjamin.

Lepasni dah tak payah pening kepala nak pergi mana dekat PD sebab boleh pilih je semua tempat yang ada mention dalam senarai di atas ataupun pergi je dekat Hotel Lexis Hibiscus Port Dickson. Tak perlu pergi jauh sampai ke luar negara pun. Selamat bercuti!

  • Share:

You Might Also Like

4 comments

  1. Lama dah tak pergi PD. Banyak tempat menarik dah sekarang.

    ReplyDelete
  2. Banyak rupanya tempat menarik kat PD, time duduk sana dulu cuma kenal pantai PD, muzium Lukut dengan hotel Lexis tu je

    ReplyDelete
  3. Dulu setiap minggu pi PD dating sana, haha. Lama dah tak pi, nanti lepas kahwin pindah duduk sana bolehlah explore semua yang menarik ni.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)