Movie Review | Jagad Alam Gaib: Sinden Gaib (2024)
Tuesday, 2 July 2024
Putera Muhammad berjaya meraih tempat pertama buat minggu kelapan yang bertemakan ‘Estetika Alam’. Dengan persembahan yang berelemenkan api, Putera Muhammad menarik perhatian para juri serta penonton dengan sorakan yang hangat. Dengan markah tertinggi sebanyak 93.20%, Putera Muhammad juga telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah The Hardest of the Night. Tempat kedua telah diraih oleh Ayda Jebat dengan markah keseluruhan sebanyak 85.69%, serta Aepul Roza sebanyak 81.48%.
Peserta Ayda Jebat juga telah mendapat Anugerah Pilihan The Hardest Singing Show Alha Alfa dan membawa pulang RM 3,000. Selain Dato’ Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak, barisan juri pada minggu ‘Estetika Alam’ ini dihiasi oleh komposer dan pemuzik terkenal, Ajai. Saksikan episod baharu THSS pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.
SENARAI LAGU
INFO THE HARDEST SINGING SHOW
• ‘The Hardest Singing Show’ merupakan sebuah program kompetitif yang buat pertama kalinya mempertaruhkan ‘showmanship’ sebagai kriteria utama penjurian diikuti dengan vokal barisan penyanyi-penyanyi hebat tempatan. Program ini bakal menemui pelanggan Astro bermula 12 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GOdansookaserta bersiaran secara LANGSUNG dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur.
• Barisan peserta yang akan bersaing selama 10 minggu menerusi rancangan pertandingan nyanyian terbaharu Astro ini merupakan 9 peserta individu dan berkumpulan terdiri daripada penyanyi terhebat kini, termasuk Datin Alyah (Undur diri), Zizi Kirana, Ayda Jebat, Kaka Azraff, Stacy, Aisha Retno, Putera Muhammad, Aepul Roza, serta kumpulan penyanyi wanita popular Malaysia, De Fam (Undur diri) yang terdiri daripada Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana.
Aepul Roza - Kau Kekasihku (Dato' Sri Siti Nurhaliza) |
Zizi Kirana - Mantera Beradu (Malique) |
Putera Muhammad - Hilang Naluri (Once Mekel) |
Aisha Retno - Run the World (Beyonce) |
Ayda Jebat - Pawana (Search) |
Stacy - Rampas (Akim & The Majistret) |
• Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose sebagai hos program ini. Manakala bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato’ Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.
• Persembahan setiap peserta menerusi ‘The Hardest Singing Show’ akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.
• Juara ‘The Hardest Singing Show’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro.
• Untuk maklumat lanjut, layari www.gempak.com/thehardestsingingshow.
Dah masuk separuh kedua tahun 2024, satu azam 2024 pun tak tercapai lagi. Ada masa 6 bulan lagi untuk achieve. Specifically untuk blog, azam menuju pageviews 6 juta. Halfway there I guess. Azam korang macam mana?
1. PV
Movie Review | Zara Hatke Zara Bachke (2023)
Sunday, 30 June 2024
‘Pahabaq, Kedah!’, Sepahtu Reunion Live Tour Kembali Berjenaka
Friday, 28 June 2024
‘Pahabaq, Kedah!’, Sepahtu Reunion Live Tour Kembali Berjenaka | Berlangsung pada 5 dan 6 Julai ini di Stadium Sultan Abdul Halim
Astro kembali menjelajah bersama Sepahtu, kumpulan pelawak popular kegemaran Malaysia, ke Alor Setar, Kedah dalam Sepahtu Reunion Live Tour 2024 pada 5 dan 6 Julai ini di Stadium Sultan Abdul Halim.
Jep, Rahim, Pak Ya dan Ebby Yus telah berkecimpung dalam dunia komedi selama hampir sedekad sebagai Sepahtu dan sering menggegarkan industri ini di mana-mana sahaja mereka berada. Kejayaan penjelajahan mereka sebelum ini telah mendapat sorakan yang kuat serta reaksi yang memuaskan, sekaligus mencipta kumpulan peminat tegar yang sentiasa menantikan ketibaan mereka dengan sketsa yang baharu.
Menyahut permintaan para peminat yang ingin melihat mereka beraksi sekali lagi, Astro kini menyambung penjelajahan ini buat tahun yang ketiga selama dua hari bersama-sama dengan warga Kedah. Jelajah kali ini membawa tema dan jalan cerita baharu untuk menghiburkan para peminat di Kedah yang sentiasa memberi sokongan luar biasa, di samping mengekalkan elemen-elemen yang kelakar dan menyeronokkan.
Keistimewaan Sepahtu Reunion Live Tour adalah elemen interactive yang diterapkan bersama para penonton di lokasi, serta kehadiran rakan-rakan selebriti dan tetamu undangan misteri yang menjadi penantian para penonton pada setiap tahun. Namun pada penjelajahan kali ini, para penonton turut boleh meluangkan masa di acara Hello! Kedah Astro yang akan berlangsung di luar stadium pada 5 Julai dengan pelbagai keseronokan yang disediakan seperti Food Truck, persembahan Wayang Pacak, permainan dan banyak lagi sebelum rancangan Sepahtu Reunion Live bermula.
Ketua Saluran Astro Warna, Norzeha Mohd Salleh, berkata, “Setiap kali kami melakukan Sepahtu Reunion Live Tour, sorakan dan tepukan yang kami terima amat memberangsangkan. Reaksi sebegini sentiasa memberi inspirasi kepada kami untuk menganjurkan lebih banyak aktiviti bersama para peminat yang sentiasa menyokongSepahtu. Pada tahun ini, kami sekali lagi menyambung penjelahan ini untuk memberi peluang kepada para peminat di Kedah berjumpa dengan pelawak kegemaran mereka.
Berlangsung selama dua hari, kami ingin memberi peluang yang secukupnya kepada semua peminat untuk menyaksikan persembahan mereka yang penuh gelak tawa. Kami berharap para peminat teruja dengan sketsa-sketsa yang bakal dipersembahkan oleh mereka, serta penjelajahan-penjelajahan lain yang pastinya akan diumumkan kemudian di platform kami. Akhir kata, kami tidak sabar untuk berjumpa dengan anda semua di Kedah pada Julai ini”, tambah Norzeha.
Para peminat yang ingin menonton Sepahtu secara LIVE di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah boleh mendapatkan tiket di www.ticket2u.com.my dengan harga diskaun eksklusif untuk kesemua Zon. Tiket VIP telah berjaya dijual habis dan tiket untuk zon lain sedang dijual dengan pantas (selling fast). Dapatkan tiket berserta diskaun ekslusif sementara masih ada!
Hello Kedah! Bersama Sepahtu
Sempena Sepahtu Reunion Live Tour 2024, Sepahtu juga akan membuat penampilan istimewa di acara Hello! Kedah yang akan berlangsung pada 5 Julai 2024 di lokasi yang sama. Melalui Hello Kedah!, para tetamu boleh bertemu dan berinteraksi dengan watak TV kegemaran mereka termasuk Sepahtu serta menikmati tawaran kandungan Astro yang meluas dan produk terkini Astro termasuk Ultra Box, Astro Fibre dan Astro GO secara langsung.
Sepahtu Reunion Live Tour 2024 turut akan ditayangkan secara langsung di Astro Warna (saluran 107) pada hari dan masa yang sama, serta boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan Astro GO.
Viu Malaysia Lancarkan Siri Supernatural Thriller Terbaharu Viu Original Nafsu
Thursday, 27 June 2024
Viu Malaysia Lancarkan Siri Supernatural Thriller Terbaharu Viu Original Nafsu | Menerokai Sisi Gelap Godaan Dan Tahap Keinginan Manusia
Viu, perkhidmatan penstriman video OTT pan serantau milik PCCW melancarkan Viu Original terbaharu Nafsu yang dibarisi oleh barisan pelakon hebat seperti Kamal Adli, Azira Shafinaz, Aqasha, Khayrisyah Kemal dan Nia Atasha. Drama bersiri 8 episod terbitan Infinitus Productions ini merupakan siri Viu Original yang ke-26 ditayangkan di Malaysia dan akan mula ditayangkan pada 27 Jun dengan episod baru pada setiap hari Khamis.
Nafsu menyingkap kisah di sebalik kawasan setinggan dan lorong gelap Kuala Lumpur dan lelaki bernama Sam yang menipu dan menyamar sebagai bomoh demi kelangsungan hidup. Bersama-sama rakannya, Suria, mereka mengaut duit golongan atasan yang mudah terpedaya dengan ilmu hitam. Namun hakikatnya, Sam memang mempunyai deria keenam dan pernah diajar ilmu Ruqyah semasa kecil, tetapi Sam menolak keupayaan itu kerana suatu tragedi. Apabila Dina, bekas kekasih Sam datang meminta pertolongan mencari Alia, adik perempuannya yang hilang selepas mendengar suara-suara aneh, Sam cuba menerima anugerahnya bagi membantu Dina. Kehilangan Alia cumalah satu permulaan kepada suatu ancaman yang lebih besar, melibatkan kumpulan ajaran sesat daripada golongan elit yang diketuai seorang lelaki misteri penuh karisma bernama Gusti. Disertai Dina dan Suria, Sam bakal diduga dengan perkara-perkara di luar jangkaan akal sementara bandar Kuala Lumpur menyaksikan rancangan besar Gusti berjalan.
Pengurus Negara Viu Malaysia, Kingsley Warner berkata “Setelah kejayaan menghasilkan naskah berbentuk thriller seperti Hilang dan Nenek Bongkok Tiga, kami sangat teruja untuk membawakan sebuah lagi naskah buat peminat yang gemarkan siri bergenre ini. Dengan jalan cerita yang memukau, elemen mendebarkan serta watak-watak yang ditonjolkan menjadikan Nafsu adalah pilihan tepat untuk ditambahkan dalam senarai siri Viu Original kami.”
“Para pelakon kami, Kamal Adli, Azira Shafinaz dan Aqasha merupakan nama yang sinonim dengan siri Viu Original. Sebelum ini mereka pernah membintangi Viu Original Black S1 & S2, Ijab Kabut dan Hilang. Nafsu merupakan gandingan pertama mereka bertiga di dalam siri yang berbentuk supernatural dan thriller. Pengalaman dan variasi kemahiran lakonan tersendiri mereka pastinya akan memberikan penonton pengalaman menonton yang lebih tulen dan menarik,” tambah Kingsley.
Nafsu menjanjikan sebuah pengalaman menonton yang tidak akan dilupakan, berlatarbelakangkan lokasi menarik dan bersejarah di Malaysia, hiruk-pikuk jalan di kota metropolitan Kuala Lumpur, Janda Baik dan Batu Cave. Garapan sinematografi yang banyak bermain dengan cahaya di dalam siri ini akan membangkitkan mood seram dan mendebarkan serta memberi pengalaman menonton yang berbeza. Bukan itu sahaja, tenaga produksi berusaha keras bagi mengekalkan keaslian lokasi dan menggambarkan hakikat kawasan kejiranan dalam siri ini.
Diarahkan oleh Sein Qudsi, ini merupakan naskah ketiga arahannya bagi Viu Original. Bersama Ghaz Abu Bakar, Sein telah mengarah musim kedua Viu Original Black (2021), sebuah adaptasi drama Korea dengan tajuk yang sama. Karya mereka telah menobatkan mereka anugerah kebangsaan untuk Pengarah Terbaik (Fiksyen) di Asian Academy Creative Awards 2021.
Sein turut menggubah lagu tema Viu Original Nafsu ini berjudul “Kala Tiba” yang dinyanyikan oleh penyanyi terkenal, Marsha Milan. Penonton boleh menonton Viu Original Nafsu di aplikasi Viu, yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store, Google Play, Huawei App Gallery dan TV pintar terpilih, serta di laman web www.viu.com.
Untuk mengetahui lebih lanjut, muat turun Viu di App Store atau Google Play, atau layari www.viu.com. Ikuti kami di Facebook, Instagram, YouTube, Twitter, dan TikTok.
***************************************
Tentang Viu
Viu, perkhidmatan penstriman video OTT serantau terkemuka PCCW, terdapat di 16 buah negara di Asia, Timur Tengah dan Afrika Selatan, dengan lebih 62 juta pengguna aktif bulanan (“MAU”) sehingga Disember 2023. Pada Julai 2023, PCCW dan CANAL+ membentuk perkongsian strategik untuk mempercepatkan pertumbuhan Viu, menjadikan CANAL+ pemegang saham minoriti dalam Viu.
Perkhidmatan Viu tersedia secara percuma dengan sokongan iklan dan juga langganan premium yang terdiri daripada beberapa pilihan langganan.
Viu menawarkan siri TV, filem terbaharu dan program gaya hidup dalam bahasa tempatan dan serantau beserta sarikata daripada pembekal kandungan terkemuka, serta produksi di bawah jenama “Viu Original”. Viu juga menawarkan fungsi penstriman dan ciri muat turun kandungan yang mesra pengguna, dan boleh disambungkan ke pelbagai peranti. Viu juga membekalkan pengalaman tontonan terbaik tanpa mengira peranti atau rangkaian internet.
Perkhidmatan penstriman ini boleh diakses melalui aplikasi Viu (secara percuma di App Store dan Google Play) pada telefon pintar dan tablet, TV pintar, serta di laman web www.viu.com
Selain itu, Viu Scream Dates pula merupakan acara bertemu peminat yang ditawarkan oleh Viu di seluruh pasarannya. Viu Scream Dates diadakan bertujuan untuk memperluaskan pengalaman Viu di luar skrin dengan mendekatkan para selebriti dengan peminat mereka melalui acara dan pengalaman langsung. Viu International Limited, melalui anak syarikatnya Moov (Hong Kong) Limited, turut mengendalikan MOOV, penstriman muzik digital popular dan perkhidmatan konsert muzik secara langsung di Hong Kong.
Tentang PCCW Limited
PCCW Limited (SEHK: 0008) ialah syarikat telekomunikasi, media, solusi IT, pembangunan dan pelaburan hartanah serta perniagaan lain antarabangsa yang berpusat di Hong Kong.
Syarikat ini memegang saham majoriti HKT Trust and HKT Limited, pembekal perkhidmatan telekomunikasi terulung di Hong Kong dan juga pengendali terkemuka talian tetap, jalur lebar, komunikasi mudah alih dan perkhidmatan hiburan media. HKT membekalkan solusi berintegrasi menggunakan teknologi baru untuk membantu perusahaan dalam menambah baik perniagaan mereka. HKT juga telah membina ekosistem digital berintegrasi dengan program kesetiaan, e-dagang, pelancongan, insurans, Analisis Data Besar, teknologi kewangan dan perkhidmatan teknologi kesihatan untuk mengeratkan hubungannya dengan pelanggan.
PCCW memiliki kumpulan multimedia dan hiburan bersepadu di Hong Kong yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan video over-the-top (“OTT”) secara tempatan dan serantau, penghasilan kandungan, pengurusan artis dan pengurusan acara.
Melalui HK Television Entertainment Company Limited, PCCW juga mengendalikan perkhidmatan TV percuma domestik di Hong Kong.
Selain itu, PCCW juga memegang kepentingan dalam Pacific Century Premium Developments Limited dan pelaburan luar negara lain.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PCCW, sila layari www.pccw.com.