‘Liar’ Menang Perak Di ContentAsia Awards Ke-4

Friday 25 August 2023

‘Liar’ Menang Perak Di ContentAsia Awards Ke-4 | Astro Rangkul Lima Anugerah Untuk Kandungan Premiumnya

Karya-karya terbitan Astro telah merangkul lima anugerah di Content Asia Awards ke-4 bertempat di Bangkok pada Khamis yang lalu. Astro menang dua anugerah perak dan tiga gangsa menerusi kandungan premiumnya.

Kejayaan itu membuktikan Astro unggul dalam menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan garapan naratif yang amat efektif. Drama rantaian ‘Liar’ merangkul anugerah perak untuk Adaptasi Format TV (Skrip) Terbaik di Asia.

Pelakon Naim Daniel turut membawa anugerah perak menerusi ‘Projek High Council’ dalam kategori pelakon pembantu lelaki terbaik.

Program bual bicara terbaik Asia, musim kedua ‘Next To Neelofa’, ‘Lagenda Puteri Qaseh’ untuk program TV kanak-kanak terbaik Asia serta ‘Lebai Sampan’ bagi filem dan telemovie terbaik Asia pula membawa pulang gangsa untuk kategori masing-masing.

Anugerah berprestij ini menampilkan kandungan dan pencapaian bakat dari pelbagai platform di rantau Asia.

Anugerah-anugerah yang diterima:

• Liar - Perak untuk Adaptasi Format TV (Skrip) Terbaik Di Asia

• Naim Danial /Projek: High Council - Perak untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Dalam Siri Asia

• Next to Neelofa - Gangsa Untuk Rancangan Bual Bicara Terbaik Asia

• Lagenda Puteri Qaseh - Gangsa untuk Program TV Kanak-Kanak Terbaik Asia

• Lebai Sampan - Gangsa untuk Filem/Telefilem Terbaik Asia

Having Fun Celebrating Newlyweds, Ayuni & Faiq

Thursday 24 August 2023

50 kali tengok gambar-gambar dekat wedding Ayuni & Faiq, 50 kali lah happy sebab wedding venue di Lantera, Cahaya SPK ni cantik sangat. Dari pintu depan sampai lah ke pelamin penuh dengan bunga berwarna pastel. Macam mana selalu nampak wedding venue dalam Pinterest, macam tu la jugak wedding theme Ayuni ni. 

Dari bulan lepas lagi kitorang dah buat RSVP untuk datang ke majlis Ayuni sebab jemputan dia terhad sebab tu kena confirmkan awal. Patutnya Ain datang sekali tapi tak dapat sebab anak dia sakit mata jadi kitorang berenam je lah yang jadi wakil untuk tempat sekerja Ayuni. 




Ayuni dah bagitahu awal-awal yang ketibaan pengantin jam 12.30 tengahari jadi kitorang decide untuk datang jam 12 tengahari. Tapi sebab datang masa peak hour, nak park kereta jadi susah sebab tak ada spot kosong. Nasib baik ada RELA yang jaga, boleh lah tutup mata park dekat belakang pondok jaga. Sampai je terus makan sebab plan asal tak nak stay lama pun. Lepas bergambar dengan pengantin terus balik lah sebab majlisnya hari Ahad. 

Tak banyak pun makanan disediakan untuk wedding ni, mungkin sebab jemputan terhad. Makan nasi minyak sepinggan pun dah kenyang. Sementara tunggu pengantin masuk ke dewan, sempat lah bergambar dekat meja sebab spot tu pun dah cantik. 







Seat kitorang tak jauh pun dengan pelamin, selang satu meja makan je jadi boleh lah nampak seri pengantin tu. Ayuni cantik sangat walaupun minimal makeup. Sepanjang majlis tu senyum ayu dari awal sampai habis. Lepas upacara salam dan renjis dari kedua belah keluarga, bergambar dengan keluarga lepastu bergambar dengan tetamu pula. 





Konon je lah cakap nak lepak kejap sudahnya sampai pukul 3 pun kitorang ada dekat sini lagi. Sebab bukan selalu dapat jumpa Liyana tibehhhh. Sebab tempat ni cantik, penuh galeri dengan gambar je. Storage hp dah nak penuh tapi 200 keping gambar berjaya diambil. Tak lama lepastu sesi potong kek lepastu kitorang makan kek pulak. 


Lepas habis makan kek, bergambar lagi hshs. Tak sangka tudung I behave sampai habis majlis. 














Sebelum balik tu dapat goodies dengan bunga telur dari family Ayuni. Biskut dia sedap, bunga telur pun cantik. Semua lah cantik dekat wedding ni. Happy betul dapat datang spend time dengan member dekat tempat berbunga macam ni. Priceless moment. 

Movie Review | Heart of Stone (2023)

Monday 21 August 2023



Director: Tom Harper
Writers: Greg Rucka, Allison Schroeder
Cast: Gal Gadot, Jamie Dornan, Alia Bhatt, Sophie Okonedo, Matthias Schweighöfer
Production Companies: Skydance, Pilot Wave, Mockingbird Pictures
Distributor: Netflix 
Genre: Action / Thriller
Running Time : 122 minutes
Release Date: 11 August 2023 
Trailer:


Naskhah ejen perisik terbaru yang ditayangkan secara rasmi di Netflix mengisahkan tentang sekumpulan ejen perisik MI6 di mana Parker (Jamie Dornan), Yang (Jing Lusi), Bailey (Paul Ready) dan penggodam bernama Rachel Stone (Gal Gadot) ditugaskan untuk menangkap Mulvaney (Enzo Cilenti) di sebuah kasino terletak di Alpin Arena Schnals Senalesatop di Pergunungan Alps. 

Ketika bertugas Rachel bertemu dengan penggodam hebat yang lain bernama Keya Dhawan (Alia Bhatt). Dia tahu ada sesuatu yang Keya inginkan dan kerana itu dia minta Jack of Hearts (Matthias Schweighöfer) mengesan lokasi Keya. Jack dan Rachel bekerja di bawah organisasi lebih besar iaitu The Charter dan mereka berdua adalah aset bernilai di bawah kelolaan Nomad (Sophie Okonedo). 

The Charter adalah organisasi rahsia yang ditubuhkan untuk membantu Kerajaan secara rahsia dan mempunyai peranti berkuasa tinggi iaitu ‘The Heart’. Peranti ini digunakan untuk menyimpan semua data manusia di Bumi. Sesiapa yang memiliki ‘The Heart’ mampu menguasai dunia. Keya mempunyai motif untuk mencuri ‘The Heart’ untuk agenda peribadi. 

Sebelum ni tahu tentang kewujudan filem Heart of Stone bila Alia Bhatt announce dia Tengah busy shooting dengan Gal Gadot. Tertunggu-tunggu juga lah kemunculan filem ni sebab debut movie Alia di Hollywood. Lepas Aishwarya Rai Bachchan, Anil Kapoor, Priyanka Chopra, Deepika Padukone, sekarang giliran Alia pula. 

Plot Heart of Stone tak lari jauh pun dari filem ejen perisik Hollywood di mana ejen terbaik menjejak hacker terhebat di mana Rachel perlu menjejak Keya. Watak Rachel terlihat bosan kerana lakonan Gal Gadot tanpa ekspresi. Tak pasti kenapa dia lebih banyak mengelak untuk spend time dengan geng MI6 sedangkan banyak maklumat dia boleh dapat. Sebab selalu mengelak untuk lepak, dia terlepas siapa mole dalam geng tersebut. 

Tapi masa dia dapat maklumat pasal kesilapan The Charter pun dia nampak tenang je, tak ada pun dia nak ugut Nomad atau The Charter. Nak betulkan kesalahan The Charter tu apatah lagi. Baik Rachel mahupun Jack ataupun staf yang tahu, semuanya tak ada rasa bersalah langsung. 

Alia pula terlihat lemah dalam avatar hacker terhebat. Watak dia digembar-gemburkan sebagai hacker yang cepat matang dari usia tapi bila masuk second half nampak lemah sangat depan watak Parker (Jamie Dornan). Sembang pasal nak ubah dunia tapi dia pun tak pasti hala tuju ahli Kumpulan sendiri macam mana. 

Gal Gadot mungkin dah biasa dengan genre action seperti Wonder Woman dan terbaru, Red Notice (2022) tapi berbeza sangat dengan Alia Bhatt yang baru menapak keluar dari zon selesa. Kelakar bila Alia menjerit dalam babak terjun dari gedung data. She reminds me of her awful scene in Sadak 2. Clearly, Alia tak punya screen presence yang kuat nak dibandingkan dengan Jamie dan Gal. Watak dia tak ada keunikan atau karisma yang tersendiri. Quite shocking because we’re talking about the same Alia whom acted in Raazi (2018) before. 

Mungkin juga kesilapan tu terletak pada pengarah yang tak mampu nak bentuk semua talents yang terlibat untuk cipta screenplay bagus. Atau mungkin I letak expectation tinggi untuk OTT movies since producer adalah producer yang sama terbitkan Mission Impossible. Tengok pada ending boleh jadi ada sekuel untuk Heart of Stone tapi tak rasa tertarik pun untuk duo Rachel-Keya. Mungkin Tom boleh cari penulis lain untuk skrip filem sekuel nanti. It just too bland to watch. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 4/10

Movie Review | OLD (2021)


Director: M. Night Shyamalan
Writer: M. Night Shyamalan
Cast: Gael García Bernal, Vicky Krieps, Rufus Sewell, Alex Wolff, Thomasin McKenzie, Abbey Lee, Nikki Amuka-Bird, Ken Leung, Eliza Scanlen, Aaron Pierre, Embeth Davidtz, Emun Elliott
Production Companies: Perfect World Pictures, Blinding Edge Pictures
Distributor: Universal Pictures, Netflix
Genre: Supernatural / Horror / Thriller 
Running Time: 109 minutes
Release Dates: 19 July 2021 (Jazz at Lincoln Center), 23 July 2021 (United States)
Trailer :


Diadaptasikan dari novel grafik berjudul Sandcastle, karya Pierre-Oscar Lévy dan Frederik Peeters, naskhah Old mengisahkan tentang sebuah keluarga yang bercuti di sebuah pulau misteri. Kewujudan pulau tersebut dipaparkan di Internet lantas Prisca Cappa (Vicky Krieps) menempah untuk bercuti bersama keluarga kecilnya sebelum dia bercerai dengan Guy Cappa (Gael García Bernal). 

Di sana anak lelaki mereka, Trent (Alex Wolff) berkawan dengan anak buah pengurus hotel bernama Idlib (Kailen Jude). Idlib tak mampu berbicara banyak kerana pergerakannya sentiasa diawasi namun dia berjaya tinggalkan hint kepada Trent tentang pulau misteri. 

Sebanyak 4 keluarga dihantar ke sana pada awal pagi oleh staff hotel menaiki van. Mereka semua dibekalkan makanan yang banyak selain khemah dan pakaian yang dibawa sendiri. Staff hotel bagitahu dia akan datang pada lewat petang untuk ambil mereka semua pulang ke hotel. Tak ada sesiapa pun yang syak sesuatu akan berlaku kerana terpesona dengan keindahan pantai di situ. 

Di sana Maddox Cappa (Thomasin McKenzie) berjumpa dengan penyanyi kegemarannya, Mid Sized Sedan (Aaron Pierre) tapi kegembiraan tu tak lama sebelum bertukar curiga kerana mereka terjumpa mayat seorang perempuan tak jauh dari tempat duduknya. Mid Sized Sedan bagitahu dia bukan pembunuh. Dari pagi dia cuma duduk di pantai. Perempuan tersebut cuma berenang ke pantai kemudiannya terdampar di pesisir pantai sebagai mayat.

Dia cuba lari masuk ke dalam gua untuk keluar dari situ tapi tekanan terlampau kuat menyebabkan kepala dia sakit dan hidung berdarah. Jadi dia cuma tunggu bantuan sampai tapi yang datang ialah 4 sekeluarga. Susah untuk mereka semua percaya cerita Mid Sized Sedan tapi bila mayat perempuan tadi berubah menjadi abu, mereka mula faham pantai misteri tersebut mempunyai zon masa yang bergerak laju. 

Naskhah Old garapan M. Night Shyamalan tampil unik dan berbeza dengan tema yang dibawa. Rasa takut juga kalau terperangkap dalam pulau misteri tu sebab tak ada jalan keluar. Masuk ke dalam gua untuk keluar, tekanan terlampau tinggi sampai boleh maut. Kalau panjat tebing gua tu pun tak guna, sebab medan graviti tak wujud, untuk berenang pula tenaga akan hilang bila melawan arus. Kalau duduk tunggu bantuan sampai, akan mati kerana penyakit tua. 

Sembang pasal pulau misteri ni tak mustahil untuk ianya wujud sebab Mariana Trench dengan Segitiga Bermuda wujud. Boleh jadi konsep yang sama digunapakai untuk keluasan yang terhad tapi membawa maut. Kita tak tahu mungkin sebab tak ada yang selamat keluar? So berhati-hati lah kalau jumpa hotel atau resort yang murah dan tawaran tak masuk akal sebab ada banyak sangat agenda manusia yang kita tak mampu nak hadam tapi wujud. Of course, this is me being paranoid after watching Old. 

Tapi jadi tenang lah sebab jalan cerita dia bercanggah dengan fakta sains yang penulis ketenaghkan. Kenapa mayat boleh mereput jadi abu sedangkan rambut, kuku dan bulu masing-masing tak tumbuh  cepat? Dalam masa 2 minggu kuku boleh jadi panjang tapi semua watak steady kuku pendek sampai lah ke hujung usia. Mungkin juga sebab air yang diorang minum masa sampai dekat hotel dah ada ubat khas untuk tangani masalah ni. 

Berapa lama hotel ni beroperasi pun tak diceritakan tapi dah 72 keluarga jadi mangsa eksperimen hotel tersebut. Ramai juga lah 72 keluarga ni tapi takkan lah tak ada langsung keluarga atau kenalan dari semua mangsa cuba selidik misteri kehilangan tu? Ada watak detektif pun tak pasti sama ada datang menyiasat atau bercuti. 

Sebagai idea dan mesej sosial, filem OLD mungkin sesuatu yang menarik tapi olahan dan penulisan perlu dikembangkan lagi. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 6.8/10

Movie Review | Selfiee (2023)

Sunday 20 August 2023


Director: Raj Mehta
Writer: Rishabh Sharma
Cast: Akshay Kumar, Emraan Hashmi, Diana Penty, Nushrratt Bharuccha, Meghna Malik, Mahesh Thakur, Abhimanyu Singh, Kusha Kapila, Adah Sharma, Mrunal Thakur, Jacqueline Fernandez, YoY o Honey Singh
Production Companies: Dharma Productions, Cape of Good Films, Prithviraj Productions, Magic Frames
Distributor: Fox Star Studios, Disney+ Hotstar
Genre: Comedy / Drama / Action
Running Time: 148 minutes
Release Date: 24 February 2023
Trailer :


Selfiee mengisahkan tentang Om Prakash Aggarwal (Emraan Hashmi), seorang Motor Vehicle Inspector (MVI) yang bertugas di Bhopal dan merupakan peminat setia kepada pelakon superstar Vijay Kumar (Akshay Kumar). Tuah datang kepada dia bila Vijay Kumar datang untuk selesaikan penggambaran di Bhopal. 

Kebetulan, Vijay perlu lakonkan babak klimaks dalam movie baru supaya bajet tak bertambah kerana hari penggambaraan bertambah. Untuk lakonkan babak tersebut Vijay perlu sertakan dokumen sokongan seperti lesen memandu tapi dokumen tersebut hangus dalam kebakaran jadi Vijay terpaksa buat lesen memandu yang baru. 


Vijay minta bantuan ahli politik Vimla Tiwari (Meghna Malik) supaya percepatkan proses lesen memandu dia. Disebabkan Vijay adalah idola Om Prakash, tak ambil masa yang lama pun untuk siapkan lesen memandu yang baru, cuma 2 hari saja diperlukan. Alang-alang dapat peluang buat lesen memandu Vijay, dia mohon supaya dapat peluang bergambar dengan Vijay. Satu selfie pun dah cukup.
 
Vijay yang terharu dengan budi baik Om Prakash, setuju dengan idea tersebut. Bagi dia, Om Prakash adalah peminat yang baik sebab memudahkan urusan dia. Semuanya plan dia sempurna sebelum pergi bercuti ke London bersama isterinya, Naina (Diana Penty) untuk menyambut kedatangan bayi mereka. 


Om Prakash dan anaknya Bablu juga gembira kerana dapat berjumpa dengan pelakon pujaan mereka. Namun lain pula ceritanya bila kehadiran Vijay ke balai polis disambut dengan kehadiran media yang berpusu-pusu ingin bertanyakan tentang kredibiliti Vijay sebagai figura yang sentiasa menasihati tentang pemanduan berhemah walhal dia pun tak ada lesen memandu. 

Naskhah yang memaparkan pergolakan antara pelakon dan peminatnya bukan sesuatu yang baru bila sebelumnya muncul An Action Hero (2022) genre dark comedy atau FAN (2017) yang bersifat tegang kerana konflik yang dialami oleh dua watak utama. Senang sangat untuk kita relate dengan watak peminat sebab kita di dalam kepompong tu. Peluang untuk berjumpa dengan pelakon pujaan bukannya selalu datang walaupun hidup dalam satu negara atau kawasan yang sama. 


Selfiee adalah remake kepada filem Malayalam yang berjudul Driving License (2019) arahan Sachy dan diolah kepada template drama comedy berbanding naskhah asal. Seronok tengok Selfiee kerana babak-babak kelakar yang on point dan kehadiran watak sampingan yang mengganggu dinamik Vijay dan Om Prakash. Terlampau banyak salah faham tercetus akibat orang luar sampaikan jadi musuh. 

Abhimanyu Singh cemerlang sebagai musuh dalam selimut kepada Vijay Kumar. Kawan lama pun boleh bermusuh kalau periuk nasi terjejas tapi bukan salah Vijay pun bila filem-filem Suraj Diwan gagal di box office. 


watak Perempuan dalam filem Selfiee tak dapat banyak ruang sangat namun tetap  cemerlang dalam watak masing-masing. Comel tengok chemistry Diana dengan Akshay sebab dua-dua nampak sepadan. Masa diorang sembang pasal senyum siapa cantik tu nampak natural. Masa Naina yakinkan Vijay supaya lawan balik cemuhan dan naratif media pun awwwdorable. 


Nushrat pula kelakar sebagai Minty yang becok. Walaupun dia tak suka Vijay tapi dia tak burukkan pelakon pujaan suami dia bila ada konflik. Dia tak jadi batu api tapi tetap setia di sisi Om Prakash. Kusha Kapila pun menyerlah walaupun screentime terhad namun berjaya deliver punchline bagus sebagai Tara, si tukang tilik. 

Sinematografi Selfiee hasil kerja Rajeev Ravi menghasilkan panorama larger than life untuk sokong kemunculan Vijay sebagai superstar. Sayangnya music album Selfiee tak lah menarik sangat selain lagu remake Main Khiladi yang pernah menjadi title track untuk filem Akshay Kumar pada tahun 1994 - Main Khiladi Tu Anari. 



1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9/10

Pengarah: Umay Shahab  
Penulis Skrip: Umay Shahab
Pelakon: Prilly Latuconsina, Bryan Domani, Refal Hady, Lutesha, Sal Priadi, Widyawati Sophiaan
Syarikat Produksi: Sinemaku Pictures, Legacy Pictures
Pengedar: GSC Movies
Genre: Romantik / Drama / Sci-fi
Durasi Tayangan: 102 minit
Tarikh Tayangan: 27 Julai 2023 (Indonesia), 17 Ogos 2023 (Malaysia)
Trailer :


Menggunakan tema kehilangan, pengarah juga penulis Umay Shahab memaparkan kisah percintaan antara Edison Kartasasmita (Bryan Domani) dan Anindita Semesta (Prilly Latuconsina) yang bertaut kerana jiwa seni mereka. Pertemuan pertama di kedai Abang Ijul kerana iPad Dita rosak terkena kopi lantas berkawan dan bercinta sehingga 4 tahun kemudiannya hubungan mereka berantakan. 

Bagi Dita, Ed keterlaluan kerana sering menceritakan tentang kejayaan dia dalam karier sedangkan Dita masih lagi menganggur. Setiap masa Ed menyuruh Dita pergi ke rumah untuk bertemu dengan neneknya (Widyawati Sophiaan) hingga naik rimas Dita dibuatnya. Dita terasa seperti satu tanggungjawab pula untuk menjaga Oma. Dia pacarnya Ed, bukannya pengasuh. Awan (Sal Priadi) dan isterinya Tari juga mempersoalkan hubungan Dita dan Ed yang sudah berusia 4 tahun namun belum berbicara tentang soal perkahwinan.

Sementara Ed menganggap dua wanita yang penting dalam hidupnya perlu sentiasa ada, tentang kerjayanya juga dia menganggap Dita sebagai punca rezeki jadi layak sekiranya dia bercerita soal karier bersama Dita. Berkongsi khabar gembira dengan Dita tapi dianggap sebaliknya. 

Dita hilangkan rasa sakit hati dengan berhibur bersama Ifan Randubwana (Refal Hady), teman dari zaman SMA. Pulang dalam keadaan mabuk, Dita mendapat khabar Ed meninggal dalam kemalangan jalan raya. Trauma dengan kehilangan ayahnya (Indra Brasco) dan juga Ed, Dita mencari semangat untuk hidup dengan cinta dan kasih sayang Irfan. Namun bahagiakah Dita kerana ada beberapa perkara yang belum selesai. 

Walaupun plot Ketika Berhenti Di Sini mempunyai jalan cerita yang ringkas dengan konflik tipikal namun kekuatan terhasil dari kekuatan dialog yang puitis. Tertarik juga dengan konsep Mandala versi Jawa yang dinaratifkan oleh Dita di mana setiap arah Kompas merupakan unsur-unsur alami manusia dalam kehidupan. Utara adalah nafsu, Barat merupakan simbolik kepada cinta, Selatan adalah amarah manakala, titik terakhir menjadi titik kedamaian. 

Kalau sebelum ni rasa sakit hati tengok filem Kukira Kau Rumah (2022), kali ni penulisan Umay dalam naskhah melodrama yang menggabungkan cinta dan psikologi tampak cemerlang. I have my doubts before watching Ketika Berhenti di Sini but fuhhh he proved me wrong. Yang kekal sama ialah Prilly dalam watak yang egois dan drama queen. Of course, lakonan dia bagus sampai yang menonton mengalirkan air mata terutamanya untuk babak Dita terima berita Ed dan Dita pergi ke Timur. Rasa sakit kehilangan, marah, rasa bersalah semuanya dijelaskan dengan bagus. Tapi ada beberapa momen yang bikin geram dengan perangai Dita. I rasa jelak tengok Prilly dalam watak dan karakter yang sama walaupun filemnya berbeza. Her acting range deserves something more than this. 

‘Jangan samakan kelahiran dengan kematian. Soalnya 9 bulan dibikin persiapan untuk menyambut kelahiran, kematian enggak.’ - Dita

Highlight dalam filem Ketika Berhenti di Sini, rasa seronok tengok momen percintaan Ed dan Dita. Masa Ed bagitahu yang dia sentiasa ada untuk beribu kegagalan yang Dita bakal hadap tu rasa awwww beruntungnya Dita dapat jumpa lelaki macam tu. Pandai lah casting director cari pelakon sebab chemistry Prilly dengan Bryan terlihat cantik dengan sinematografi yang menghidupkan lagi mood romantik hasil kerja Anggi Frisca. CGI untuk babak Ed juga terlihat cantik dan real setiap kali Ed muncul menerusi kacamata AI. 

Konsep AI bawa keunikan tentang teknologi yang mampu membantu manusia dalam urusan seharian sekaligus membawa plot twist yang bagus juga memberi pengajaran soal melepaskan dan move on. Bak kata Bang Ijul, guna teknologi ni kena pakai akal yang waras, jangan sampai terganggu mental. Elemen drama yang dipaparkan sangat kuat dengan mengangkat hubungan kekeluargaan juga percintaan seiring hingga ke hujungnya. 

Selain dari pengajaran menerusi watak Dita, suka juga tengok watak Ifan dan ibu Dita (Cut Mini) yang tenang dan sabar dalam apa jua keadaan atau ujian. Kira balance lah watak yang muncul dalam naskhah romantik drama ni sebab ada watak yang agresif dan ada juga yang tenang, sama seperti Kompas Mandala Jawa. Baik teknologi mahupun moral support yang kuat di sekeliling Dita, untuk move on dari trauma itu semua bergantung kepada individu. Sebesar mana pun cinta Ifan kepada Dita, yang harus selesaikan puzzle tersebut ialah Dita sendiri. 

p/s: Geng Mencuri Raden Salleh (2022) buat cameo dalam filem ni. Comel!!!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.4/10

Movie Review | Kalian Pantas Mati (2022)


Pengarah: Ginanti Rona
Penulis Skrip: Alim Sudio
Pelakon: Emir Mahira, Zee JKT48, Randhika Djamil, Angel Sianturi, Andrew Barret, Kezia Caroline, Farandika, Chelcy Clarissa, Neysa Chandria, Iszur M, Gaby Warouw
Syarikat Produksi: Ideosource Entertainment, Newko Global Entertainment, Paragon Pictures, Anami Films, IDS, WME Independent
Pengedar: GSC Movies, Netflix
Genre: Seram / Thriller
Durasi Tayangan: 107 minit
Tarikh Tayangan: 13 Oktober 2022 (Indonesia), 30 Januari 2023 (Kemboja), 13 April 2023 (Malaysia), 5 Mei 2023 (Taiwan), 24 Mei 2023 (Filipina)
Trailer :


Diadaptasikan dari filem Korea Selatan yang berjudul Mourning Grave arahan Oh In-chun, Kalian Pantas Mati membuka kisah Rakka (Emir Mahira) yang mempunyai anugerah untuk melihat roh terkandas di dunia nyata. Kerana kebolehannya, Rakka sering dibuli di sekolah jadi kebanyakan masanya dia cuma membantu roh yang datang minta tolong ataupun melukis. Ayah (Kameo Lova) dan Ibu (Citra Ambasari) telah meninggal kerana kemalangan jalan raya, lantas Rakka selalu kesunyian.

Rimas sering dibuli, Rakka pulang ke kampungnya di Jonggol, Bogor dan tinggal bersama pak ciknya, Ajat (Randhika Djamil). Sama seperti Rakka, ajat juga mempunyai kebolehan untuk melihat hantu. Seorang anak lelaki dari setiap generasi akan mempunyai kelebihan tersebut dan tiada ubat atau cara untuk menghalang sumpahan tersebut. 

Tak jauh beza pun kehidupan Rakka di Jonggol mahupun di Jakarta kerana hari pertamanya sudah diganggu oleh ‘Hantu Mask’. Rakan sekelasnya, Sonya (Angel Sianturi) pernah terlihat hantu tersebut ketika mereka di club tapi teman lelakinya, Dodit (Andrew Barrett) sering menepis sangkaaan tersebut setiap kali rakan mereka hilang dalam keadaan yang mencurigakan. 

Rakka juga ambil keputusan untuk mengelak dari Sonya ataupun mencari tahu tentang ‘Hantu Mask’ dan lebih gemar meluangkan masa dengan Windy (Zee JKT48). Tapi macam mana cara sekalipun Rakka cuba mengelak, dia tetap ditakdirkan untuk bertemu dengan ‘Hantu Mask’. 

Naskah yang mengangkat tema buli dalam kalangan pelajar sekolah mempamerkan wajah-wajah baru dalam dunia perfileman Indonesia. Pemilihan untuk semua watak dilakukan menerusi ujibakat oleh pihak produksi jadi tak hairanlah kalau lakonan nampak cemerlang dalam watak masing-masing baik sampingan mahupun pelakon utama. Tak hairan lah kalau Andrew dan Zee tercalon dalam kategori Aktor Pendatang Baru Terpilih untuk watak dalam Piala Maya 2023 untuk filem Kalian Pantas Mati. 

Filem ni dari awal lagi watak Rakka diganggu dengan hantu yang mengerikan sampai Rakka susah untuk tidur malam. Nak minum air pun kena kacau, apatah lagi untuk tidur dengan nyenyak. Tak hairan pun kalau Rakka bukan pelajar cemerlang dalam pelajaran sebab gangguan yang dialami tu melampau. 

Nasib baik lah di Bogor, Rakka bertemu dengan Windy yang banyak bagi moral support dan teman Rakka setiap hari. Selain watak Windy yang comel dengan tingkahnya, watak Ajat juga banyak membantu Rakka sama ada melalui prinsip hidup yang dipegang ataupun nasihatnya. 

Naskhah seram Kalian Pantas Mati mempunyai plot dan perkembangan cerita yang bagus bila pelajar yang dibuli tak mampu nak melawan pembuli. Nak pula kalau si pembuli adalah anak kepada orang kenamaan. Jangankan pelajar sekelas atau junior, pengawal sekolah pun diugut sesuka hati mereka saja. Susah nak teka siapa pembunuh yang sering membantu 'Hantu Mask' sebab penulis tak dedahkan apa rahsia geng Dodit atau identiti 'Hantu Mask'. 

Anehnya, setiap kes tak ada campur tangan dari pihak polis macam kes Vanessa (Gaby Warouw) yang dilanggar di basement parking. Yang tu mungkin la boleh cakap sebab CCTV tak berfungsi jadi tak ada apa-apa footage untuk bantu tangkap si pelaku tapi watak lain? Ada rakaman jelas tapi tak ada sesiapa pun yang hantar kepada pihak polis. Mayat ‘Hantu Mask’ pun masih dalam keadaan elok sedangkan lepas seminggu dah mula mereput. 

Filem Kalian Pantas Mati arahan Ginanti Rona menelan belanja sebanyak Rp11 juta kerana banyak babak bergantung kepada CGI dan hasilnya amat memuaskan. Sinematografi dari Padri Nadeak juga menampilkan kehidupan  dan keindahan masyarakat Bogor dengan cemerlang. Music score hasil kerja Ricky Lionardi menguatkan lagi kehadiran elemen seram dan saspen setiap kali ‘Hantu Mask’ muncul untuk balas dendam. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8.9/10

Book Review | Terang Bulan (2019)

 

Penulis : Fakhrull Halim
Penerbit: Prolog Media
Helaian:  240 mukasurat 
Genre: Seram / Misteri / Thriller  
Tarikh Cetakan: Cetakan Pertama – Januari 2019

Sinopsis:
SETIAP MANUSIA IALAH BULAN~ ada sebelah sisi yang tidak pernah ditunjukkan kepada sesiapa.
. . .
[B A D A R]
Kehidupan Badar yang normal mula terganggu dengan beberapa siri kejadian aneh. Makin menggusarkan bila seorang demi seorang temannya mula menemui ajal. Hanya satu cara untuk Badar menghentikan semuanya; dia perlu mencari Zamir! Hanya lelaki itu yang mampu membantunya. Namun, bila hanya berbekalkan sebaris nama, tugas mencari itu bukanlah tugas yang mudah...

[S I N]
Sin mempunyai segalanya; kemahsyuran, kekayaan dan perempuan. Satu-satunya benda yang tak pernah dia miliki ialah diri sendiri. Jiwanya jadi kacau hingga dia nekad ingin menamatkan riwayat hidupnya. Muncul Zarul yang mahu membantu. Sin boleh dipulihkan dengan satu syarat; Sin harus bersedia untuk melalui satu perjalanan yang begitu asing. Mampukah Sin menghadapinya?
. . .
Antara Badar dan Sin, ada garis halus yang memisahkan kedua-duanya. Dan, apabila garis halus itu lenyap... akan ada rahsia besar yang bakal terbongkar!

Review: 

Penat nak habiskan buku Terang Bulan karya nukilan Fakhrull Halim ni. Took me about a month. Bukan sebab tak seronok tapi cara pembunuhan yang mengerikan. Watak Badar dalam kisah ni cuma pelajar sekolah berasrama yang biasa, tak ada kelebihan ilmu pertahankan diri atau jaguh berlawan pun. Tiba-tiba kena kacau dengan hantu yang berdendam sangat dengan dia. 

Kalau hantu ni target Badar seorang saja tak apa lah, ini sampai bunuh semua rakan baik Badar dengan kejam supaya Badar tunduk pada hantu tersebut dan merayu supaya tamatkan penderitaan tersebut. Cara penulis gambarkan setiap pembunuhan pun menggerunkan sampai tak sanggup nak teruskan bacaan. Terfikir apa lah salah mangsa dan Badar sampai kena bunuh macam tu sekali. 

Kalau Badar penat dengan momokan hantu tu, yang baca pun penat juga tapi pencarian jawapan untuk misteri ni yang buatkan I kekal baca sampai ke hujung noktah. Of course, it was sooooo worth it. 

Dekat awal cerita, penulis letak kisah Badar yang diganggu oleh hantu kejam kemudian muncul watak Zarul yang hanya mampu berjumpa Badar pada sempadan alam dan sempadan waktu. Walaupun Zarul nampak macam sesuatu tapi dia antara watak penting yang boleh bantu Badar untuk mencari Zamir. Kemudian masuk pula plot watak Sin dan kehidupan liar dia. Bila Badar bertemu Sin baru lah kita tahu kenapa hantu mengganggu dan macam mana mereka boleh lawan hantu tersebut. 

Kekuatan naskhah Terang Bulan bukan saja pada keaslian cerita yang menarik dan sarat dengan aksi thriller juga misteri bahkan pada perbualan dialog baik antara Badar bersama rakan-rakannya mahpun Badar bersama Zarul. Seronok setiap kali baca isi bicara watak Zarul sebab banyak ilmu dan butir yang membuka mata. Boleh juga belajar macam mana nak buang habit dengan mewujudkan kiu baru supaya kita tak stuck dalam tabiat lama. 

“Untuk orang yang bermimpi, tiada jalan yang terbukri secara empirical untuk dia bezakan apa yang sedang dialaminya itu mimpi atau realiti. Kadang-kadang, kita tersedar yang kita sedang bermimpi pun mungkin kerana apa yang berlaku itu terlalu tidak logik. Jadi kita fikir, ini pastinya hanya mimpi. Tapi kadang-kadang, sampai akhir pun kita tak sedar yang kita sedang bermimpi. Hanya apabila dah terjaga, baru kita sedar yang kejadian yang kita alami tadi hanyalah mimpi semata-mata. Sebab itu, untuk orang-orang yang sedang tidur, terjaga itulah sedar. Samalah juga, sehingga kita mati nanti baru kitaa sedar yang kehidupan hanyalah mimpi yang sebentar dan mati itulah sedar yang sebenar.” – Zarul

Menarik juga bila penulis terapkan karakter bulan yang selama ni dipandang cantik sejak zaman-berzaman. Dari awal hingga ke hujung cerita, Badar dan Hantu berbicara tentang bulan yang mempunyai personality yang sama. Bersinar cantik pada satu sisi dan gelap malap pada satu sisi lagi, sama seperti manusia yang mempunyai sisi baik dan juga buruk. 

“Setiap orang adalah bulan. Ada sebelah sisi daripada diri mereka tidak pernah mereka tunjukkan kepada sesiapa pun. Sebaik mana pun kau lihat seseorang manusia, mereka ada anti-diri yang seperti aku, yang mereka rahsiakan daripada pengetahuan semua orang. Sekuat mana pun mereka cuba untuk singkirkan kami, mereka tetap takkan berjaya. Sebab apa? Sebab sekuat mana pun kau cuba untuk berubah, bulan tetap bulan. Bulan berpusing satu arah sahaja. Sebelah dirinya dilimpahi cahaya, sebelah lagi selama-lamanya akan berada dalam kegelapan.” - Badar

Naskhah Terang Bulan tak lah tebal sebab watak yang terhad, cuma watak yang berada di sekeliling Badar dan Sin, plot dan perkembangan cerita juga padat dan tak meleret. cuma latar masa saja yang buatkan cerita ni mengelirukan tapi bila dah baca sampai habis baru faham kenapa penulis tak rasa perlunya untuk masukkan latar masa dan kenapa ada watak yang muncul bila perlu. 

Boleh nampak usaha penulis untuk mengangkat tema psikologi dengan mengaitkan sesuatu yang berada dekat dengan kita. Bermain dengan tidur dan mimpi, bulan, sungai atau laut kesemuanya menguatkan lagi penceritaan. Cara penulis terangkan ilmu psikologi tanpa nampak seperti hafal buku teks atau preachy. Rasa nak cari novel penulis yang lain pula. Thank you for this insightful story!

1. Author +1, 2. Plot +1, 3. Genre +1, 4. Social Message +1, 5. Personal Thought +0.6 = 4.6/5

 

Jumaat lepas kitorang keluar makan dekat CITTA Mall, curi peluang makan tengahari ramai-ramai bila boss tak ada. Lagi satu sebab nak singgah Harvey Norman, nak beli wdding gift untuk Ayuni. Asalnya nak makan dekat Sopoong tapi penuh pula sampai tak ada tempat duduk yang kosong. Restoran lain pun sama je. Jadi kitorang decide untuk makan dekat Restoran Mee Hiris China Muslim. 

'Mee Hiris ialah mee tradisional China Muslim yang istimewa. Mee Hiris ialah salah satumee yang terkenal dalam golongan China Muslim di kawasan China Utara. Prosedur menyediakan hidangan Mee Hiris ialah dengan menggaulkan bahan-bahan dan tepung hingga menjadi doh. Angkat doh dengan tangan kiri, gunakan pisau lengkung untuk hiris doh kemudian masukkan ke dalam air yang telah mendidih. Keluarkan mee hiris selepas masak. Mee Hiris menjadi terkenal dengan rasa yang unik. Mee ini dinamakan mee hiris kerana cara potongannya.' - Mee Hiris China Muslim



Dah lama nak makan mee tarik tapi tak pernah lah pergi menyinggah jadi kitorang pilih mee tarik sebab mee hiris macam kuey tiaw. Ada banyak lagi menu lain tapi dah datang restoran ni, kena lah pilih signature menu dia kan? Masa duduk tu staff nama Zainuddin minta isi borang kepuasan pelanggan tapi macam ehhh jugak lah sebab makanan pun belum sampai lagi. Rupanya dia bagi je dulu, nanti baru isi.

Sya Detura = ahli kumpulan Shafla Detura


Husna, Syaz, Sheera dengan Ms Liyana pilih Mee Tarik Soup with Braised Beef. I pilih Mee Tarik with Sliced Beef. Lepastu tambah Dumpling Beef. For drinks, semua mintak air kosong kecuali I, mintak Sarsi F&N. Makan mee tarik daging ni mesti ada aftertaste minyak daging so kena buang rasa tu dengan air bergas. I suka makan daging yang rasa hamis daging tapi tak suka aftertaste dia. Kalau siapa faham, faham lah. 


Menyala betul warna Mee Tarik Soup with Braised Beef sebab chili oil tapi warna je lah macam tu, rasa dia tak pedas sangat pun. Dekat setiap meja dah disediakan satu jar kecil berisi chili oil jadi tak ada masalah pun kalau pilih sup biasa macam I, anytime boleh adjust rasa pedas ikut tekak sendiri. 

I saja ambil sup biasa sebab nak rasa sup asal dia macam mana. Seronok lah makan dekat sini sebab mi dia tak ada rasa kapur tapi kenyal dan tebal berbanding mi komersial dekat luar. Sup dia memang rasa rebusan air daging tapi tak lah kuat sangat. Kalau kuat confirm melugai sebab daging ada banyak minyak dia. 


Mee Tarik Soup with Braised Beef pula berbaloi dengan harga RM19.70 semangkuk sebab ada daging yang banyak sangat. Isi daging pun lembut, tak penat nak kunyah lepastu juicy. Tak ada beza sangat pun antara dua menu ni sebab Sliced Beef tu daging hiris sementara braised beef dipotong bentuk ketulan dadu. I lagi suka braised beef lah sebab mouth size bite. 

Dumpling dia je lah tak seronok nak makan sebab rasa tepung dengan daging semata. Mungkin I dah biasa dengan rasa komersial sampai tak boleh terima rasa homemade haha. Siapa yang belum try makan mee tarik atau mee hiris boleh cuba datang ke mana-mana cawangan sebab tempat dia bersih, staf pun membantu. Cawangan lain Restoran Mee Hiris China Muslim  - Senawang, Bandar Baru Bangi, Kuala Selangor, Lalaport, Melawati Mall, Nilai, Setia City Mall, Sungai Besar, Kipmall Sungai Buloh, Quayside Mall, Aeon Mall @ Shah Alam.