Movie Review | Blurr (2022)

Saturday 24 December 2022


Director : Ajay Bahl
Writer : Ajay Bahl, Pawan Soni 
Cast : Taapsee Pannu, Gulshan Devaiah, Kruttika Desai Khan, Sorabh Chauhan, Nitya Mathur, Sumit Nijhawan, Abhilash Thapliyal
Production Companies : Zee Studios, Outsiders Films, Echelon Productions 
Distributors : ZEE5  
Genre : Horror / Thriller
Running Time : 126 minutes
Release Date : 9 December 2022 
Trailer :


Official remake dari filem Spain, Julia's Eyes (2010) arahan Guillem Morales mengisahkan tentang Gayatri (Taapsee Pannu) mencari punca kematian adik kembarnya Gautami. Inspektor Chandel (Sumit Nijhawan) sahkan Gautami meninggal kerana bunuh diri akibat kemurungan walaupun tiada nota yang ditinggalkan. 

Kes akan ditutup kerana tiada langsung tanda pergelutan pada mayat Gautami tapi Gayatri yakin adiknya dibunuh bila dia dapat rasa kehadiran seseorang di rumah tersebut. CD yang dipasang di radio juga bukan lagu kesukaan Gautami seperti yang dia bagitahu pada awal filem. Namun suaminya, Neel (Gulshan Devaiah) minta supaya tutup kes supaya roh dapat bersemadi dengan tenang. 


Neel juga larang Gayatri melakukan perkara yang akan buat dia stress sebab kedua-dua kembar tersebut mempunyai masalah penglihatan yang sama, progressive vision loss dan doktor nasihatkan supaya elakkan stress yang melampau. Tapi Gayatri yakin ada seseorang yang sedang memerhati dan cuba untuk tutup jejak bersama Gautami. Jiran sebelah, Ira (Nitya Mathur) juga sering memerhati tindak-tanduk Gayatri tapi menghindar apabila dia cuba untuk berbual. 

Naskhah Blurr menghidangkan genre thriller dengan misteri yang cuba untuk disembunyikan oleh si pembunuh. Keupayaan watak utama juga bagi kelebihan untuk si pembunuh selangkah di hadapan. Dari awal lagi penulis dah tunjuk kehadiran si pembunuh jadi setiap kali Gayatri panik sebab lelaki tersebut, kita akan tercari-cari siapa. 


Kelebihan Blurr bila pengarah bijak bermain dengan visual yang disetkan kelam untuk menjelaskan lagi keadaan penglihatan Gayatri yang terhad. Hint pun pengarah simpan sampai masanya sampai. 

Walaupun Blurr menarik untuk ditonton namun ada beberapa faktor yang boleh diperbaiki seperti jalan cerita yang kurang logik. Semua sedia maklum bila penglihatan terhad, deria yang lain akan bertambah supaya manusia dapat melindungi dirinya. Kalaupun tak bertambah, sesiapa pun akan terhidu bau Gayatri yang mendengar perbualan sekumpulan wanita buta di pusat pemulihan. Tambah pula bila mereka semua dapat bau lelaki yang bersembunyi di hujung tangga. 


Masa Ira datang berjumpa dengan Gayatri di second half pun menimbulkan tanda tanya juga macam mana dia dapat masuk dan sorok kehadirannya dari pengetahuan si pembunuh. Kuat sangat Gayatri menjerit serupa tak ada hari esok. Cara Gayatri tu macam tak berada dalam situasi tegang pun, masa dia buka bandage pun tak nampak langsung perit buka mata lepas 12 hari tertutup. Smooth je dia buka mata sedangkan ada lampu terang depan dia. Dekat second half juga pengarah terlampau stretch babak Gayatri dengan pembunuh walaupun polis dah sampai. Patutnya cut off je dengan buat polis serbu pembunuh tersebut. 


Kebanyakan watak tak dikembangkan dengan baik sampaikan watak hanya watak dan tak menambahkan impak. Dekat watak Gayatri ada la juga berhubung kait dengan kerjaya dia tapi untuk Gautami, langsung tak nampak gaya seorang pianist terkenal. Plot twist pun tak berjaya mengejutkan, cuma menjawab soalan kenapa watak tersebut bersifat sebegitu di awal cerita. 

Pendek kata Blurr mempunyai idea yang menarik namun lemah pada olahan cerita dan juga skrip yang tak dikembangkan sepenuhnya. Boleh kata cerita tanpa jiwa yang boleh buatkan kita connect dengan konflik masing-masing. Setiap watak ada drama dan konflik tapi tak boleh nak rasa simpati dengan mana-mana pun. Yang penting berjaya habiskan naskhah 126 minit. 


Kalau ada lagu romantik antara Gulshan dengan Taapsee mungkin lebih membuai kot sebab chemistry diorang comel. Masa tengok filem ni perasan juga semua watak sampingan mentioned pasal being invisible. Macam nak simpati tapi macam tak connect dengan cerita.

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.2, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.4 = 5.4/10

Movie Review | Code Name: Tiranga (2022)


Director :  Ribhu Dasgupta
Writer :  Ribhu Dasgupta
Cast : Parineeti Chopra, Harrdy Sandhu, Sharad Kelkar
Production Companies : T-Series Films, Reliance Entertainment, Film Hangar
Distributors : Reliance Entertainment, Netflix
Genre : Spy / Action / Drama
Running Time : 134 minutes
Release Date : 14 October 2022
Trailer :


‘They say that the tale of life begins before you are born. Life comes to an end but the tale continues. The battle of survival asks for sacrifice. And there are two kinds of warrior in this battle. One who are allowed to survive and the other who challenge death and survive in the end. The wounds received in love and war never heal.’ – Durga Singh 

Bertemu di Afghanistan, Ismat (Parineeti Singh) bertemu dengan Dr. Mirza Ali (Harrdy Sandhu) dalam sebuah teksi. Mereka berdua mempunyai jalan sehala lantas berkenalan di dalam perjalanan tersebut. Kebetulan mereka berdua dari negara yang sama walaupun Dr. Mirza sudah lama menetap di Afghanistan. 

Tak lama kemudian mereka berdua ambil keputusan untuk berkahwin tapi identiti sebenar Ismat terbongkar di sebuah majlis perkahwinan. Isterinya, Ismat adalah Durga Singh, ejen perisik RAW dan ditugaskan untuk memburu pengganas, Omar Khalid (Sharad Kelkar). Kerana misi RAW gagal, Durga dihantar ke tempat lain manakala Dr. Mirza masih dalam terkejut bukan saja kerana isterinya malah kematian sepupu yang paling rapat. 

Takdir pertemukan Durga dan Mirza sekali lagi di tanah Arab tersebut kerana Durga ditugaskan untuk menghapuskan ejen India yang berpaling tadah. Selepas cedera akibat ditembak, Durga diselamatkan oleh bekas suaminya yang kebetulan berada di kawasan tersebut. 

Penceritaan Code Name : Tirangan hasil penulisan dan juga arahan Ribhu Dasgupta adalah naskhah yang berkisarkan ejen perisik tanpa klimaks yang menarik mahupun twist yang mengejutkan. First half diceritakan dengan kemas kerana kisah cinta Ismat dan Mirza. Chemistry antara Parineeti dan Harrdy nampak menarik onscreen walaupun filem ini beri lebih banyak screentime berbanding debut filem dia sebelum ni, 83 (2021). 

Masuk second half dah mula merepek bila anak buah Omar Khalid tahu keberadaan Durga sedangkan tiada siapa pun dapat hubungi dia. Bukan juga melalui CCTV bangunan atau intel dari undercover. Tahu-tahu dah muncul untuk bunuh Durga. Unless ada babak Omar mentioned Dr. Mirza sebab kantoi Durga berkahwin dengan doktor tersebut. Malangnya tak ada. 

Watak Durga pun nampak lemah bila dia bagitahu Dr. Mirza dia tak pernah kena tembak padahal best agent kot. Lagi padu kalau dia kata dia selalu kena tembak tapi tak sama feel dia bila suami sendiri yang rawat. Entah pandai-pandai la karang ayat berbunga dah kalau bawak masuk love angle dalam genre spy thriller. 

Geleng kepala tengok babak Dr. Mirza menonong lari keluar dari van sebab nak selamatkan isteri padahal sepanjang dalam van, sepanjang Durga dengan Kabir Ali (Rajit Kapur) fight ISI, sepanjang van bergerak ke kawasan selamat, tak buka mulut pula tentang ancaman tu. Benda boleh settle sepanjang masa tu tapi penulis pilih untuk wujudkan drama dengan harapan penonton boleh rasa simpati dengan nasib Durga. 

Sebelum ni Bollywood ada franchise Commando, Tiger dan Zoya, Force dan banyak lagi filem lain yang paparkan tema RAW tapi tak faham kenapa Code Name : Tiranga tak mampu jadi kreatif untuk sorok penggunaan stunt double. Masa dekat first half okay je, pengarah guna karung guni untuk tutup muka ataupun purdah. Tapi bila masuk second half gigih juga nak tunjuk muka Parineeti sampai nampak jelas penggunaan CGI dekat cermin tu. Spoil teruk!

Patutnya pengarah boleh pendekkan lagi filem Code Name : Tiranga dengan buang babak Maryam dan Omar dalam perjalanan ke hospital tu. Tak perlu untuk layan kisah sedih antagonis, tak perlu juga babak Dr. Mirza tercengang dengan Durga bila isteri dia dah acu pistol dekat Omar. Kalau Durga buat kerja cepat, dah boleh save masa dekat situ. 

Sayang lah Parineeti selalu bazirkan masa pada filem yang mempunyai olahan lemah sedangkan dia ada potential jauh lebih bagus dari tu. Anyway, director boleh cast Parineeti dengan Harrdy dalam rom-com ataupun action comedy. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.2 = 5/10

‘Nikah Cerai Rujuk’-- Mahligai Mana Tidak Beretak?

Friday 23 December 2022

Setiap pasangan pasti ada dugaan masing-masing, namun perlukah setiap solusi berakhir dengan keretakan sebuah mahligai perkahwinan? ‘Nikah Cerai Rujuk’ memaparkan tiga pasangan suami isteri yang bagaikan cermin kepada masyarakat moden kita. Setiap pasangan mempunyai konflik serta isu yang ingin disembunyikan daripada mata kasar orang ramai. Setiap pasangan tersebut bergelut dengan kemelut yang semakin memuncak.

‘The Power Couple’ Dr. Alia Maisarah dan suaminya, Hisyam mulai retak apabila Alia mengetahui perkahwinan kedua suaminya dengan wanita yang bekerja di syarikatnya. Perit bila dimadukan tanpa disedari, Alia mengambil keputusan untuk mengagahkan diri sambil membutakan hati bagaikan tiada apa yang terjadi.

Manakala ‘The It Couple’, Hanna Zulaikha dan Adam Hafiz merupakan pasangan pelakon popular yang jika dilihat daripada mata kasar bahagia dan sempurna namun sebenarnya penuh dengan onak dan duri. Keluarga Adam begitu membenci Hanna sehinggakan sanggup melakukan apa sahaja untuk meretakkan hubungan mereka.

Sumaiyyah pula, ‘The Perfect Mum’ turut menghadapi kepayahan dalam mengecapi kestabilan perkahwinannya dengan sikap curang suaminya. Azlan seringkali mencuranginya sehinggakan Sumaiyyah lali dengan setiap tingkah lakunya.

Sarat dengan pengajaran dan iktibar akan liku-liku bahtera perkahwinan, ‘Nikah Cerai Rujuk’ dibintangi Dynas Mokhtar, Dato’ Sri Eizlan Yusof, Shaza Bae, Halim Radzi, Noorkhiriah Ahmad Shapie dan Zarul Umbrella sebagai enam tunggak utama serta didukung oleh Mimi Ernida, Nasz Sally dan ramai lagi.

Rantaian drama ini diarahkan oleh kombinasi unik bapa dan anak yakni Jinggo Haji Azman Haji Yahya (Jinggo) dan Uzair Haqimy (Haq) serta diterbitkan oleh JS Pictures. ‘Nikah Cerai Rujuk’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 26 Disember 2022, jam 11.00 malam secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel. Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati drama ini di Astro.

PETIKAN KENYATAAN RASMI

Norzeha Mohd Salleh - Ketua Saluran Astro Ria

“Mahligai mana tak beretak? Bahtera mana tidak melayari lautan bergelora? ‘Nikah Cerai Rujuk’ merupakan salah satu drama yang realist, menunjukkan realiti di sebalik perkahwinan yang pasti ada dugaan.

Malah kekuatan rantaian drama ini terletak pada naratif yang begitu realistik di kalangan masyarakat kita. Kisahnya bukanlah ‘happy ending’ sepertimana kisah-kisah fiksyen yang ada, watak-watak yang ada begitu relatable di kalangan masyarakat kita, terutamanya untuk mereka sedang mahupun pernah melayari bahtera perkahwinan. Sememangnya tidak semua yang indah, tak semua yang sempurna.

Dengan ‘Nikah Cerai Rujuk’, pihak kami mahu mengembangkan lagi segmen penonton Astro Ria kepada mereka yang matang dan sudah berkeluarga yang menghargai penceritaan berpaksikan emosi, jalan cerita yang serius dan berkisarkan pengalaman-pengalaman hidup yang sebenar.

Pihak kami tidak boleh menafikan bahawa gandingan pelakon yang ada turut merupakan antara generasi-generasi pelakon yang hebat. Kekuatan yang ada pada Dynas Mokhtar, Dato’ Sri Eizlan Yusof dan Noorkhiriah Ahmad mampu mencurahkan pengalaman berlakon bertahun lamanya dalam drama ini. Manakala Shaza Bae dan Halim Radzi memberi suntikan muda kepada naratif yang membicarakan isu-isu matang perihal rumah tangga.

Tahniah kepada Jinggo dan Haq serta JS Pictures atas hasil karya yang amat mengagumkan yang bakal membuatkan para penonton terpegun dengan karya yang begitu berjiwa. Kami di Astro berharap agar para penonton dapat menghargai naratif yang penuh dengan gelombang emosi dan paparan sisi realiti ini.”

Uzair Haqimy (Haq) - Pengarah Drama ‘Nikah Cerai Rujuk’

“Alhamdullillah, gandingan di antara setiap pelakon dalam cerita ni sangat menjadi. Mungkin juga kerana semua pelakon berjaya mendalami watak masing masing, dan wujud nya pelakon pelakon lama dalam pembikinan cerita ini yang tidak berkira untuk berkongsi ilmu sangat membantu pelakon pelakon baru untuk menjayakan watak masing masing.

Cabaran bagi saya, lebih kepada nak keluarkan watak yang dilakonkan pada seseorang pelakon itu. Saya sentiasa mahukan perubahan dari segi watak yangpernah dibawa oleh pelakon-pelakon tanah air kita. ‘Nikah Cerai Rujuk’ is a must-watch series kerana cerita ini menceritakan tentang pelbagai masalah rumah tangga yang dialami pasangan-pasangan yang berlainan. Cerita ini juga memberi banyak nilai moral kepada setiap orang yang sedang menghadapi realiti yang akan diceritakan dalam ‘Nikah Cerai Rujuk’ ini.

Terlalu banyak pengajaran dan nilai moral yang kita cuba jelaskan dalam drama ini. Antaranya adalah nilai kesabaran, ketanggungjawaban, kasih sayang, dan terlalu banyak lagi. Kena tengok dan nilai sendiri. Saya berharap agar yang menonton mampu mengambil pengajaran dalam mengharungi kehidupan yang penuh pancaroba.”

PECAHAN WATAK DRAMA ‘NIKAH CERAI RUJUK’

Dynas Mokhtar sbg Dr. Alia

Dato’ Sri Eizlan Yusof sbg Hisham

Shaza Bae sbg Hanna

Halim Radzi sbg Adam

Noorkhiriah Ahmad sbg Shapie Sumaiyyah

Zarul Umbrella sbg Azlan

Nasz Sally sbg Rozie

Amanda Amry sbg Marsha

Mimi Ernida sbg Fatin

Sharonizam sbg Ismail

Zarina Zainudin sbg Fareeda

Salina Saibi sbg Nadia

Alif Hadi sbg Hakimi

LOGLINE DRAMA ‘NIKAH CERAI RUJUK’

‘Nikah Cerai Rujuk’ mengisahkan tentang kisah rumah tangga tiga pasangan- Dr. Alia dan Hisyam, Hanna dan Adam serta Sumaiyyah dan Azlan. Ketiga-tiga pasangan ini akan berdepan dengan kisah yang berbeza. Sumaiyyah dan Azlan berdepan dengan kisah kecurangan Azlan yang dilakukan secara terang terangan sehingga Sumaiyyah jadi tawar hati dengan suaminya itu. Hanna pula berdepan dengan ibu mertua yang mengongkong anaknya sehingga berlaku penceraian. Hanna dan Sumaiyyah akhirnya bertemu dengan Dr Alia, iaitu seorang “Marriage Counselor” yang dikenali ramai untuk membantu mereka berhadapan dengan masalah mereka itu. Tapi apa yang orang tidak tahu, Dr Alia juga juga berhadapan dengan masalah sendiri apabila dia dimadukan tanpa pengetahuannya.

SINOPSIS DRAMA ‘NIKAH CERAI RUJUK’

Dr. Alia Maisarah dan suaminya, Hisyam adalah “power couple” yang sering dijadikan contoh kepada pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga. Selepas 20 tahun berkahwin, Alia dapat tahu yang Hisyam sudah 3 tahun berkahwin dengan Fatin, salah seorang pekerja di syarikat milik Hisyam. 

Setelah mendapat tahu tentang hal tersebut, Alia pada mulanya cuba untuk berlagak kuat tapi sebenarnya dia tidak. Alia mula menyalahkan dirinya sendiri dan dia juga malu dengan klien dan followers - nya. Dia yang selama memberikan tips rumah tangga kini berhadapan dengan poligami yang dia tak sendiri tak tahu. Alia cuba untuk menerima keadaan tersebut tapi dia tetap tidak boleh menerima. 

Pada masa yang sama, Hanna Zulaikha dan Adam Hafiz adalah pasangan pelakon popular yang berkahwin selepas 5 tahun bercinta. Mereka adalah pasangan yang sangat bahagia di mata masyarakat tapi sebenarnya tidak. Keluarga Adam tidak menyukai Hanna kerana mereka sebenarnya mahu Adam untuk berkahwin dengan orang lain. Pelbagai cara dilakukan oleh Fareeda, ibu Adam untuk memisahkan pasangan ini sehingga menyebabkan Hanna bengang. Adam hampir termakan dengan hasutan ibunya tapi Hanna cadangkan kepada Adam untuk berjumpa dengan marriage counsellor den untuk memperbaiki hubungan mereka. Walaupun bertemu dengan kaunselor, perkahwinan mereka tetap tidak dapat diselamatkan. 

Sementara itu, Sumaiyyah adalah seorang suri rumah yang menjaga suami dan 3 orang anaknya dengan begitu sempurna sekali. Di mata rakan-rakannya, She is the perfect mom and wife. Namun Sumaiyyah juga tahu yang Azlan seringkali curang di belakangnya tapi dia sudah lali dengan keadaan tersebut sehinggalah perempuan simpanan Azlan sendiri yang muncul. Sumaiyyah menjadi sedih dan kecewa. Dia hendak bercerai tetapi Azlan pula tak mahu. Maka muncul seorang wanita bernama Rozie yang kononnya cuba membantu. Akhirnya terbongkar bahawa Rozie sebenarnya menyukai Azlan serta menggunakan peluang tersebut untuk mendapatkannya. Apabila Sumaiyyah mendapat tahu, dia terus menjadi sedih dan kecewa. Sumaiyyah tak sangka yang kawan baiknya sendiri mahu merampas suaminya.

Radio GEGAR, jenama radio No. 1 Pantai Timur di bawah naungan Astro Radio, memenangi anugerah ‘Best In Consumer Satisfaction’ di majlis MCMC Star Rating Awards 2021, pada 21 Disember 2022 bagi kategori radio. 

Raja Nadia Salwana, Pengurus Kandungan GEGAR (hujung kiri) bersama pemenang-pemenang di MCMC Star Rating Awards 2021

Anugerah disampaikan oleh YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital, Datuk Seri Mohammad Mentek, Ketua Setiausaha, Kementerian Komunikasi dan Digital, serta Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus, Ketua Pegawai Operasi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, kepada Raja Nadia Salwana Raja Hisham, Pengurus Kandungan GEGAR sebagai pengiktirafan terhadap kepuasan pengguna untuk perkhidmatan terbaik yang ditawarkan oleh GEGAR kepada rakyat Malaysia. 

Raja Nadia Salwana Raja Hisham, berkata, “Kami berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas sokongan mereka dan berharap untuk terus menjadi perintis dalam menawarkan perkhidmatan terbaik bagi industri penyiaran radio tempatan, lantas dapat memberi kepuasan kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia. Kami berharap semua dapat terus menikmati kandungan terbaik yang diberikan oleh GEGAR, serta menantikan tawaran yang lebih menarik pada masa akan datang.”

MCMC Star Rating Awards mula diperkenalkan pada 2016, dengan mengiktiraf perkhidmatan cemerlang yang disediakan oleh syarikat telekomunikasi kepada pengguna serta menyemai budaya kecemerlangan kualiti dan mewujudkan persekitaran persaingan yang sihat antara penyedia perkhidmatan. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan peranan penting yang diketengahkan oleh pemain-pemain industri dalam menyediakan perkhidmatan cemerlang menerusi tiga sektor utama iaitu industri telekomunikasi, penyiaran dan industri kurier. 

Semua rakyat Malaysia boleh terus menikmati pelbagai pilihan lagu dan kandungan terbaik yang disediakan oleh GEGAR di udara dan di aplikasi SYOK.

Mee Kari Kaw Kaw Special

Thursday 22 December 2022

 'Hang nak makan apa?'

Soalan ni mesti muncul setiap petang sebab adik I akan order dinner. Jawapan selalunya haruslah entah tapi bila scroll Foodpanda, kadang tu jumpa jugak menu makan malam. Kadang kena dengan selera, kadang tidak. Kali ni kita sembang pasal menu yang kena dengan tekak - Mee Kari Kaw Kaw Special. 


Kedai mee kari ni memang jual mee kari sahaja, pilihannya pada bahan utama sama ada kerang, udang ataupun special. Alang-alang dah order dekat Foodpanda, ada voucher free delivery untuk sekian amount, order terus lah yang special punya. Semua bahan lambak dekat dalam tu. Hasilnya jadi lah macam ni....


Menangis nak habiskan sebab bekas dia dalam, bila tuang semua bahan dan kuah dalam tu jadi menimbun. Semua bahan yang dia guna pun fresh lagi, kuah kari dia pun kaw! Kena lah dengan nama business dia tu. For me, berbaloi lah harga RM15 untuk mee kari special dengan bahan banyak dan segar macam ni. Mi pun tak rasa kapur. Lepas makan rasa kenyang dan happy bukannya sakit perut. Confirm repeat order!

*Mee Kari Kaw Kaw! : 018-6637540

DECK THE HALLS WITH SHOPEEFOOD PAYDAY CHRISTMAS SPECIALS

Tuesday 20 December 2022

Every year, we look forward to celebrating the year-end festivities with family and friends. Christmas is a time of joy and happiness and family gatherings, but it is also a time of cleaning, baking, and decorating the Christmas tree, leaving you little time to prepare lunch or dinner. 

From 20th to 25th December, ShopeeFood has lined up some amazing promos to start the Christmas cheer with RM25 off discounts and up to 99% off with ShopeeFood. Whether you are busy wrapping gifts, decorating the tree or just visiting, ShopeeFood has you covered. And with the ShopeePay mobile wallet, you can take advantage of amazing deals with a secure, rewarding payment and delivery experience with ShopeeFood.

Here are the top three reasons why you should sit back, relax, and take advantage of ShopeeFood amazing deals this Christmas. 

1. Value for Money

“I went to a new restaurant recently. It was a little far from my place, but I loved the food. Luckily, I found it on ShopeeFood! Imagine my excitement when I could order in my favourite food from that restaurant. And the best part is that they offer great discounts. It is truly value for money and my Christmas just got better.”

Chin Yi Hong, Kuala Lumpur




2. Variety of Food 

“Christmas is my favourite time of the year. With so much to do, from all the cleaning, shopping, and decorating the Christmas tree, and so little time, I turn to ShopeeFood. You can order just about any type of food on the app. The choices are endless, and I can focus on getting ready for Christmas while my favourite foods are delivered right to my doorstep!”

Donovan David, Selangor




3. Convenient and Hassle Free

“When it comes to the festive season, especially Christmas, everyone is busy cooking for Christmas day. With technology being at our fingertips, I have opted to just order in. I can spend quality time with my family and friends and at the same time order great food from ShopeeFood. The safety and convenience of ShopeePay make my life so much easier”. 

Melanie Siew Li Shean, Selangor.




ShopeeFood connects users to various eateries, from restaurants to local street food stalls, where you can choose from a wide variety of cuisines. ShopeeFood is currently available in six locations: Kuala Lumpur and Putrajaya, Selangor, Penang, Johor Bahru, Ipoh, and Kota Kinabalu. Make your Christmas time extra special with us! 

Here’s ShopeeFood PayDay Amazing Deals Just You!

Order from a variety of restaurants like Salad Atelier, Kenny Rogers Roasters, Bubble Bee, JuiceWorks, Old Town White Coffee, Baskin-Robbins, Juicy and much much more: 

From 20th - 23rd Dec 
50% OFF Vouchers
Free Delivery min. spend RM0

From 24th - 25th Dec
Up to 99% OFF Vouchers
Free Delivery min. spend RM0


**************************

About ShopeeFood 
ShopeeFood connects Shopee users to various eateries, from popular joints to local street food stalls, at the best value. Launched in 2021, ShopeeFood offers users a convenient and seamless food delivery experience while helping merchants digitalise and widen their reach. 
 
Integrated into Shopee's ecosystem, which includes the mobile wallet, ShopeePay, ShopeeFood provides users with a seamless, secure, and rewarding payment and delivery experience. 
 
Shopee is a part of Sea Limited (NYSE:SE), a leading global consumer internet company. In addition to Shopee, Sea’s other core businesses include its digital entertainment arm, Garena, and digital financial services arm, SeaMoney. Sea’s mission is to better the lives of consumers and small businesses with technology. 

Movie Review | Emergency Declaration (2022)

Monday 19 December 2022


Director : Han Jae-rim
Writer : Han Jae-rim
Cast : Song Kang-ho, Lee Byung-hun, Jeon Do-yeon, Kim Nam-gil, Im Si-wan, Kim So-jin, Park Hae-joon
Production Companies : Wooju Film Co., Ltd., Showbox Co., Ltd.
Distributors : Showbox
Genre : Thriller / Drama
Running Time : 147 minutes
Release Date : 16 July 2021 (CFF), 3 August 2022 (South Korea)
Trailer :


Naskhah yang mendapat slot tayangan perdana di Cannes Film Festival ke 74, ditayangkan pada Ogos 2022 berkisarkan tentang bio-terrorist attack dalam sebuah penerbangan dari Incheon, Korea ke Honolulu, Hawaii. 

Ryu Jin-seok (Yim si-wan) mencari penerbangan yang padat untuk laksanakan misinya dan penerbangan ke Honolulu adalah yang terbaik kerana dia mengekori Jae-hyeok (Lee Byung-hun) setelah anak perempuannya (Kim Bo-min) ternampak Jin-seok kelar bahagian bawah ketiak untuk masukkan sesuatu. 


Dalam masa yang sama, di Seoul seorang detektif, In-ho (song Kang-ho) mencari suspek utama untuk rakaman video yang berniat untuk mencederakan penumpang kapal terbang. Penumpang penerbangan mana tidak dinyatakan dengan jelas namun In-ho jumpa mayat yang dibunuh dengan kejam di dalam apartment kepunyaan Jin-seok. 

‘Seeing that video, this is no ordinary criminal. You know about viruses? Biological terror. That’s what this is. If we don’t move fast, it’ll be too late.’ – Detective In-ho  


Perkara ini dibawa ke pejabat kementerian kerana isterinya (woo Mi-hwa) berada di dalam penerbangan malah satu video tentang penumpang mati dalam keadaan misteri dimuat naik ke Instagram. Kerajaan Korea Selatan mula mencari solusi terhadap masalah tersebut. In-ho minta untuk negotiate dengan Jin-seok namun malangnya dia lakukan serangan virus tersebut tanpa motif. Dia cuma teruja tengok semua orang terseksa dan merayu untuk hidup. 

Baru saja lepas tengok Runway 34 (2022) kemudian layan pula filem Emergency Declaration, naskhah arahan serta penulisan Han Jae-rim. Berbeza konflik yang dihadapi oleh pilot tapi keduanya memerlukan pilot untuk declare emergency demi menyelamatkan penumpang. Kedua-duanya mempunyai masalah minyak dan juga cuaca buruk. Sepenuhnya bergantung kepada skills juruterbang untuk mendarat dalam keadaan genting. 


Bukan saja penulis menjelaskan keadaan kecemasan dalam dunia penerbangan malah menjelaskan kesannya apabila mendarat tanpa kebenaran bila Pilot Choi (Kim Nam-gil) dapat tembakan amaran dari tentera udara Jepun kerana ingin mendarat di Lapangan Terbang Narita, Jepun. 

Kalau ikutkan pada teks di awal filem, bila mana pilot buat emergency declaration, mana-mana penerbangan perlu beri laluan kepada pesawat tersebut tapi di second half boleh nampak Jepun memilih untuk menolak pendaratan tersebut. Keliru juga di situ sebab semua sedia maklum kapal terbang hanya bawa minyak yang mencukupi untuk satu laluan sahaja. Dalam filem ni kita tahu pesawat KI501 ada minyak lebih sebagai persiapan untuk cuaca buruk tapi tak expect minyak tu cukup untuk pesawat tersebut patah balik ke Korea. 


Memandangkan filem ni dah siap sebelum pandemik berlaku, boleh faham kenapa semua penumpang tak ada bekalan surgical mask ataupun sanitizer. Stress juga bila tengok sebab masing-masing tak ada apa-apa alat untuk cegah virus dari merebak. Dan kerana pandemik, boleh nampak kenapa tak semua manusia akan terkesan dengan teruk bila virus masuk ke dalam badan sebab sistem imunisasi semua orang adalah berbeza. 

Dekat first half ada babak di mana penumpang tak dapat guna wifi atau talian telefon kerana terlampau ramai yang guna dalam satu masa tapi dekat second half, ada staff Kementerian yang gesa semua ahli keluarga mangsa untuk bagitahu penumpang melalui talian telefon. Patutnya pilih seorang saja untuk sampaikan mesej tersebut sebab akan ganggu talian. Geram juga tengok masa ni walaupun happy sebab dah buang masa dan minyak dekat situ. 


Walaupun pada first half nampak tersusun cantik thriller dan misteri serangan Jin-seok, masuk second half dah mula goyah jalan ceritanya gara-gara penulis ingin kuatkan elemen melodrama supaya penonton bersimpati dengan nasib penumpang. 

Tak patut langsung penulis sengaja buat twist hanya kerana ragu-ragu sedangkan kita dah dapat jawapan tetap. Tak kisah lah berapa peratus survival rate tu, yang pastinya kita nak tengok orang Kementerian buat kerja. Patutnya penulis bagi watak Tae Soo (Park Hae-joon) yakinkan Presiden untuk berunding dengan Jepun. Sayang lah bawa masuk barisan pelakon hebat tapi tak ada momen yang tinggalkan impak dengan dialog yang kuat. 


Despite all flaws in Emergency Declaration, this film managed to make me cried. Siapa tak cuak duduk dekat atas sana lepastu baca komen orang benci sebab kita ada virus. Ada petition pulak tu untuk pilih nasib kita berakhir macam mana. Filem ni mungkin trigger rasa sedih dan takut bila kita kehilangan dua pesawat besar sebelum ni. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.6, 6. Genre +1, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8/10

Movie Review | Govinda Naam Mera (2022)

Sunday 18 December 2022


Director : Shashank Khaitan
Writer : Shashank Khaitan
Cast : Vicky Kaushal, Bhumi Pednekar, Kiara Advani, Sayaji Shinde, Renuka Shahane, Dayanand Shetty, Amey Wagh 
Production Companies : Dharma Productions, Viacom18 Studios
Distributors : Disney+ Hotstar
Genre : Comedy / Mystery
Running Time : 131 minutes
Release Date : 16 December 2022
Trailer :


Naskhah komedi terbaru Shashank Khaitan mengisahkan tentang Govinda Waghmare (Vicky Kaushal) yang bekerja sebagai backup dancer untuk filem Bollywood di Mumbai. Govinda tak mempunyai duit kerana gaji harian yang diperoleh namun mempunyai banglo dua tingkat hasil peninggalan pusaka mendiang ayahnya. 

Malangnya keluarga isteri pertama dan anak tunggalnya, Vishnu (Akshay Gunawat) fight di mahkamah untuk dapatkan balik rumah tersebut. Vishnu malah menuduh perkahwinan antara ayahnya dan Asha Wagmare (Renuka Shahane) tidak sah kerana mereka berkahwin di kuil buatan dalam set filem. 


Govinda juga ingin bercerai dengan isterinya, Gauri (Bhumi Pednekar) kerana jatuh cinta dengan Suku (Kiara Advani) yang juga bekerja sebagai backup dancer. Tapi Gauri minta dia bawa Rs2crore sebagai ganti kerana minta hantaran tinggi untuk berkahwin. Dalam masa yang sama, Inspektor Javed (Dayanand Shetty) bagi masa selama 2 minggu untuk lunaskan hutang yang tertangguh lama atau Govinda akan ditembak mati dalam mana-mana raid. 

Govinda ambil keputusan untuk bunuh diri kerana masalah kewangan yang tak ada jalan keluar tapi Sandy (Jeeva Ranjeet) kemalangan di bangunan tersebut. Langkah kanan untuk Govinda sebab dalam kereta Sandy ada beberapa paket dadah bernilai Rs7 crore, cukup untuk dia langsaikan semua hutang dan keluar dari masalah yang ada. Malangnya bila dia pulang, Gauri pula dibunuh dan Govinda mempunyai motif yang kuat sebagai suspek utama. 


Sebelum ni Vicky Kaushal bagitahu yang komedi adalah genre yang dia mungkin tak akan explore sebab dia tak rasa dia mampu deliver. Bila isteri dia, Katrina Kaif suruh dia try, Vicky pilih skrip Govinda Naam Mera terbitan Dharma Productions yang berkisarkan hidup serba daif di Mumbai. Sepanjang masa terhibur dengan konflik hidup Govinda walaupun tema dan komedi yang diketengahkan bukanlah sesuatu yang baru. 

First half disajikan dengan masalah keluarga Govinda sama ada menerusi masalah rumah pusaka ataupun hal perkahwinan dengan Gauri. Masuk second half makin menarik bila Govinda kena fikir macam mana untuk selamatkan diri dari jadi suspek utama pembunuhan Gauri. Masa tu syak Inspektor Javed yang bunuh sebab boleh jadi Gauri minta balik barang kemas dia kemudian Inspektor Javed tak sengaja bunuh. Riak muka dia setiap kali kes tu dibincangkan nampak sesuatu sangat. 


Reunion buat Vicky dan Bhumi berlakon sebagai pasangan suami isteri dalam screentime yang lebih panjang dengan dialog yang lebih banyak. Dalam Bhoot Part 1: The Haunted Ship (2020), kisah cinta Bhmu dan Vicky cuma wujud dalam satu lagu – Channa Ve. Kali ni watak mereka ada lengkungan menarik walaupun tak sebanyak screentime Vicky dan Kiara. 

Pertama kali digandingkan bersama tak jadi masalah langsung buat Vicky dan Kiara. Walaupun banyak scene gedik antara Kusu dengan Govinda but still comel teruk! Especially dalam lagu Pappi Jhappi dan sexy dalam lagu promo - Bana Sharabi. 



Kehadiran Ranbir Kapoor sebagai cameo selama 100 saat antara highlights dalam filem Govinda Naam Mera. Kali kedua juga Ranbir buat cameo dalam filem Vicky lepas Love Per Square Foot (2018) dengan genre yang sama, comedy. Lowkey stan this friendship sebab comel sangat. Jarang nak tengok top actor berkawan baik dan support each other. 

Kelakar juga masa tengok choreographer Ganesh Acharya buat cameo jugak. Tertanya kenapa Shashank tak buat cameo Govinda sebab nama dia famous tapi bila teringat perangai kekwat dia, dah boleh faham sendiri hihu


Anyway, I have fun watching this comedy mystery movie dan Vicky Kaushal dah buktikan yang dia mampu berlakon dalam apa jua genre. My complaints, watak Vishnu tu patut bagi dekat Sunny Kaushal walaupun akan ada yang menjerit isu nepo tapi hanya adik sebenar boleh carry out feel menyampah dekat abang dalam babak nak settle luar court tu. Lagi satu, kenapa tak ada langsung lagu promo untuk Govinda dengan Gauri padahal diorang comel je sebagai pasangan suami isteri? Patutnya bagi lah lagu Kya Baat Hai 2.0 tu dekat diorang sebab Bana Sharabi dah buat untuk Govinda dan Suku. Bhumi deserves better! 


*rating I tinggi sebab filem ni mindless comedy so just enjoy watching 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9/10

Lepas tengok drama The Fame Game ni ramai yang tertanya-tanya sama ada drama ni adalah adaptasi dunia sebenar ataupun lebih tepat lagi, bingkisan hidup mendiang Sridevi. Nak kata sepenuhnya diambil dari kisah Sridevi tu tak lah tapi ada beberapa babak yang buat kita teringat pada mendiang. Ada juga beberapa babak lain yang menjadi rujukan penulis untuk masukkan dalam drama terbitan Netflix ni. 

1. Kisah Hidup Sridevi 

Kebanyakan pelakon cari peluang di dunia Bollywood untuk sara keluarga dan kebanyakannya juga bekerja dari kecil atau dipaksa berkahwin dengan produser filem. Sridevi mula berlakon di usia muda dan menjadi sumber pendapatan keluarganya. Selepas dipaksa masuk ke dunia lakonan, dia tukar nama dari Shree Amma Yanger Ayyapan kepada Sridevi, sama macam Anamika bila dia bagitahu Amu (Muskkaan Jaferi), dia masih lagi Vijju yang sama bukannya Anamika.

Babak Nikhil baran bila Anamika tak nak berlakon memang nampak dia sepenuhnya bergantung dengan si isteri macam Boney bergantung dengan bakat Sridevi. Bila Sridevi yang lama menyepi dari dunia lakonan mula berlakon balik dalam English Vinglish (2012), boleh nampak keluarga mereka perlukan duit ditambah pula dengan khabar angin yang disebarkan oleh jiran bila pasangan tersebut kerap bertengkar kerana duit. 

"We respect Srideviji a lot. And yes, she was the first choice for Sivagami in Baahubali. This was very early in the project. But when we approached her, her husband, Boney Kapoor, quoted a staggering fee. Plus, he wanted a share of the Baahubali profits. We dropped the idea immediately, though we were very keen on casting Srideviji. Later, we came to know she did a Tamil film (Puli), where she was given the fee that her husband wanted."

2. Anak Perempuan

Dalam The Fame Game, anak perempuan Anamika, Amu nak ikut jejak langkah ibunya sebagai pelakon Bollywood, sama seperti Janhvi Kapoor yang menjadi pelakon sebaik saja tamat pengajian. Tapi mana-mana anak pelakon pun akan ikut jejak langkah orang tua. Yang buatkan point ni dipetik bila Anamika juga sama seperti Sridevi yang mempunyai anak perempuan dan simpan impian yang sama. 

Kebetulan ataupun sengaja, wajah Amu dari sudut tertentu nampak lebih kurang sama dengan Janhvi Kapoor. Imej Amu juga tampak biasa saja sebab fasa remaja Janhvi juga seperti perempuan kebanyakan tapi Sridevi bawa ke klinik untuk touch up mana perlu. 

3. Kisah Cinta

Bab Anamika bercinta dengan Manish tu sama lah dengan kisah cinta Sridevi dan Mithun Chakraborthy sampai keluar khabar angin yang mereka berdua sebenarnya dah berkahwin. Kemudian terpaksa putus kerana status Mithun sebagai suami orang menyebabkan imej Sridevi tercalar. Boney, produser terkenal yang terbitkan filem Mr. India (1987) selamatkan Sridevi dengan bagi kerja dan juga rumah serta duit untuk rawat emak Sridevi. Kemudiannya mereka berkahwin. 

Dalam drama The Fame Game, Anamika bercinta dengan Manish kemudian mengandung dan dipaksa kahwin dengan Nikhil, produser Bollywood. Anamika pun berlakon dalam movie Nikhil untuk selamatkan kewangan syarikat. Sama kes dengan Sridevi-Boney. Malah semasa mereka berkahwin, Sridevi dah mengandungkan anak Boney. 

 4. Suami Si Produser Filem

Pilihan movie Boney juga lebih kurang sama dengan Nikhil bila dia lebih terarah pada masala, rom-com atau action dan bukan filem artsy macam Hasrat. Khushi (2003), No Entry (2005), Wanted (2009), Tevar (2015). Kebanyakan filem dia blockbuster sebab lakonan Sridevi sebagai heroin - Mr. India (1987), Roop Ki Rani Choron Ka Raja (1993), Judaai (1997) dan Mom (2017). 

Bezanya Boney lebih banyak dibantu oleh adik dia, Anil Kapoor sebagai hero sebab dia diboikot lepas buang Mona Kapoor dan anak-anak hanya kerana ingin berkahwin dengan Sridevi. 

 5. Manish, Pelakon Terkenal

Persona Manish diadaptasi longgar dari kehidupan Shah Rukh Khan bila ada babak Manish lambai peminat yang tunggu di luar rumah, sama seperti SRK yang melambai setiap hari dari beranda Mannat. Sama seperti SRK-Kajol yang mempunyai chemistry hebat onscreen, begitu juga dengan Manish dan Anamika dalam The Fame Game. 

Ada shot yang pamerkan iklan Manish memakai jam tangan jenama Tag Heuer, sama seperti SRK yang menjadi duta sejak berdekad lamanya. Penulis juga bina watak Manish dengan masukkan part berlakon dalam filem rakan artis tanpa bayaran sebagai tanda support sama seperti SRK. Masalah kesihatan yang ditonjolkan pada watak Manish pula adalah isu yang sentiasa wujud dalam kalangan pelakon dan selebriti Bollywood. 

6. Pelakon Generasi Baru

Babak Anamika berjumpa dengan pelakon generasi baru di karpet merah tu jelas sangat rujukannya sebab Sonam Kapoor pernah panggil Aishwarya Rai 'aunty' bila Aish pernah berlakon dengan Anil Kapoor dalam filem Hamara Dil Aapke Paas Hai. 

Untuk orang biasa benda ni nampak remeh lah tapi untuk pelakon dengan saingan yang sengit dan life span yang pendek, nampak rude sebab merendahkan pelakon senior. Benda ni berlaku dekat pelakon perempuan sahaja sebab dengan pelakon lelaki elok pula panggil nama atau 'Sir' sebagai tanda respect. 

7. Casting Couch

Babak casting couch yang diselitkan dalam drama The Fame Game bukan sesuatu yang asing di dunia Bollywood bila watak Anamika dicabul ketika usia muda. Realitinya juga sama dengan apa yang dipaparkan dengan kes casting couch yang diceritakan oleh para pelakon baik lelaki mahupun perempuan. Kes Mahesh Bhatt mencabul Jiah Khan ataupun Shakti Kapoor yang kantoi dalam operasi kerana mencabul pelakon wanita. 

8. Latar Belakang Menyayat Hati

Dalam drama The Fame Game, watak Anamika tidak mempunyai susur galur jelas kerana dia datang dari rumah pelacur. Bingkisan hidup tersebut sama dengan kisah hidup Rekha yang diabaikan oleh bapa kandungnya, pelakon Gemini Ganesan. Rekha merupakan anak dari isteri kedua Gemini dan dibesarkan sepenuhnya oleh si ibu. 

"I was a baby when he moved out of our lives. I don’t even remember the time when he was at home. All the children, we are a dozen of them, were in the same school. A couple of times he came to drop other kids, so that was my first impression of him, I was like, ‘oh this is appa..’ But I never had a chance to meet him. I don’t think even he noticed me there. He never saw me" - Rekha

Sama seperti Sridevi, Rekha juga menjadi pelakon untuk sara keluarga dan terpaksa berhenti belajar sejak berumur 9 tahun untuk bekerja. Malang juga untuk Rekha bila berdepan dengan sexual harrassment dari senior actor bila dia dicium secara paksa oleh Biswajeet sedangkan pengarah tak pernah mentioned tentang babak tersebut. Tak ada pula yang menghalang sebaliknya bersorak sepanjang 5 minit tersebut. 

9. Pelakon Dibuang Dari Filem

Aishwarya pernah dibuang dari filem Chalte Chalte (2003) gara-gara Salman Khan selalu mengganggu di set penggambaran sampai team production naik rimas. Shahid Kapoor atau  Kartik Aryaan dibuang dari filem kerana berselisih pendapat dengan pengarah untuk watak mereka. Taapsee Pannu digantikan oleh pelakon lain tanpa sebab malah dapat tahu dari media antara risiko dalam industri perfileman. 

Banyak sangat insiden atau cebisan hidup yang diambil sebagai rujukan untuk drama The Fame Game lantas membuatkan drama tersebut tampak meyakinkan dan lebih dekat dengan penonton. Anyway for those yang belum tengok, boleh klik butang play di Netflix. 

Drama Review | Adamas (2022)

Saturday 17 December 2022


Director: Park Seung-woo
Writer : Choi Tae-kang
Cast : Ji Sung, Seo Ji-hye, Lee Soo-kyung, Heo Sung-tae, Lee Geung-young, Oh Dae-hwan, Park Hye-eun
Production Companies: Studio Dragon, Mays Entertainment
Distributors : tvN, Disney+ Hotstar
Genre : Mystery / Thriller
Running Episodes : 16 episodes (77 minutes per episode)
Release Date : 27 July  2022 – 15 September 2022
Trailer :


'Truth holds no power unless people believe it.'

Ha Woo-Shin (Ji Sung) dan Song Soo-Hyun (Ji Sung), adik-beradik kembar yang mencari senjata pembunuhan mendiang ayah mereka. Pembunuhan yang berlaku 22 tahun lepas menjadi misteri walaupun Lee Chang-woo (Cho Seong-ha) mengaku melakukan pembunuhan tersebut dan Kim Won-Joong (Kim Jung-ho) menjadi saksi. 

Sementara anak tunggal saksi, Kim Seo-hee (Lee Soo-kyung) cuba yakinkan Soo-hyun yang pembunuhan tersebut berkait dengan Chairman Kwon Jae-kyu (Lee Kyoung-young), Woo-shin pula menggunakan peluang sebagai penulis jemputan pergi ke rumah chaebol tersebut untuk mencari Adamas. 


Adamas adalah perhiasan berbentuk anak panah bertatahkan permata juga berlian yang bernilai billion won. Kerana banyak mata yang tertumpu pada Adamas kerana nilainya, Woo-shin pula ingin mencuri Adamas sebagai bukti utama pembunuhan ayahnya. Eun Hye-soo (Seo Ji-hye), menantu perempuan chaebol tersebut juga bagi maklumat yang sama dan mempunyai motif untuk balas dendam terhadap Chairman Kwon kerana membunuh kekasihnya. 

Naskhah berkisar pembunuhan dan chaebol merupakan tema menarik yang menjadi tulang belakang drama Adamas terbitan Studio Dragon. Macam mana chaebol kawal hampir kesemua bahagian dalam negara malah mereka antara puppet master di sebalik tag Presiden. Macam mana Team A ditubuhkan khas untuk bersihkan kerja jahat chaebol dan juga perkara lain. 


Sebab utama tengok drama ni tak lain tak bukan, kerana Ji Sung gara-gara lakonan mantap. Tak hairan sangat dengan watak kembar tu sebab dalam drama Kill Me Heal Me (2015) dia pernah lakonkan lebih dari 4 watak. Setakat nak ubah personaliti yang berbeza tu apalah sangat untuk dia tambah pula kembar jarang berada dalam satu babak yang sama. 

Momentum penceritaan Adamas sentiasa meningkat dari satu episod ke satu episod seterusnya kerana banyak rahsia dalam rumah Chairman Kwon dan beberapa plot twist dihidangkan menguatkan lagi genre thriller tersebut. Ada twist yang boleh ditebak sepantas kilat tapi ada misteri yang disimpan ketat oleh pengarah sampai tiba masa untuk didedahkan. 


Ji Sung dengan Seo Ji-hye ada potential untuk jadi partner in crime yang kuat namun watak Woo-shin agak dominan dan tampak angkuh. Tak faham kenapa dia selalu pandang rendah pada Hye-soo sedangkan perempuan tersebut yang banyak bantu dia. Boleh nampak muka kecewa Hye-soo bila Woo-shin layan dia kasar padahal penulis tu ada tempat istimewa di hati dia sebab senyuman dia sama macam Minjo (Ahn Bo-hyun). 

Watak Reporter Kim agak menjengkelkan sebab melambatkan kerja orang. Betul lah dia ketengahkan prinsip dan ihsan dia tu tapi tak kena tempat bila dia nak defend penjenayah. Macam nampak SIH lemah pula sebab tak brief dia betul-betul pasal siapa musuh atau target mereka dalam operasi tu. Antara kelemahan drama Adamas ialah mempunyai terlampau ramai pelakon sampai mewujudkan minor conflict yang tidak perlu. Patutnya SIH direct je contact Soo-hyun instead wujudkan watak Reporter Kim yang lemah. Sama juga dengan watak Dong Rim (Shin Hyun-seung) dan Security Park (Go Yoon).


Selain penceritaan, pelakon dan misteri yang diketengahkan, kagum juga dengan art team yang berjaya cipta rumah Chairman Kwon yang mempunyai seni bina unik dilengkapi sistem sekuriti tinggi. Bukan saja rekaan setiap ruang malah hiasan yang digunakan pun menepati citarasa eksklusif, sesuai dengan persona Chairman Kwon yang mementingkan kecantikan visual. Tona warna yang digunakan juga cantik malah bertambah memukau setiap kali perkataan Adamas muncul bersama font yang menghidupkan elemen aesthetic. 

Memandangkan wujudnya Team A yang menjaga Chairman Kwon dan keluarganya, ada juga watak kumpulan Korean National Police Agency: Special Investigation Headquarters (SIH) yang sentiasa memerhati gerak-geri mereka. Jadi banyak lah pertarungan antara dua kumpulan ni. 


Ji Sung pun ada juga tapi tak tahu lah kenapa sejak dia berlakon dalam drama Doctor John (2019), dia suka jaga muka. Pengarah pun suka betul focus muka dia kalah heroin. Kalau bertumbuk dengan orang pun, muka ada calar manja. Macam babak kereta dia meletup dekat kubur tu, ejen SIH dah barai, dia elok je terbaring dalam posisi tak mengaibkan dengan calar manja. Menangis pun handsome padahal orang lain dah meraung macam mati bini. 

Tengok gaya macam drama Adamas ni akan dibikin Season 2 sebab ada beberapa persoalan yang belum terjawab. Sakit hati juga kenapa penulis simpan watak Sun (Park Hye-eun) yang psiko padahal dah layak dibunuh. Harapnya ada berita baik dari team production. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.6/10