GANJARAN BERNILAI HAMPIR 1 JUTA RINGGIT BAKAL MENANTI PENGUNJUNG DI SURIA KLCC, ALAMANDA PUTRAJAYA DAN MESRA MALL | 
Pengunjung berpeluang menyelami keajaiban bengkel Santa sepanjang musim Krismas yang dibawakan oleh Kumpulan Syarikat Suria KLCC

Seiring dengan ambang musim Krismas yang bakal kunjung tiba, suasana Suria KLCC akan dimeriahkan dengan kehadiran Santa Klaus dan buniannya yang bakal menghadiahkan pelbagai hadiah dan alat permainan kepada para pengunjung.

Melalui kempen Hari Krismas Suria KLCC, para pengunjung dijemput untuk berkunjung ke bengkel Santa yang akan bertempat di “Centre Court” sehingga 25 Disember 2022. Pengunjung juga bakal dirai dengan keindahan hiasan dan alunan meriah yang sinonim dengan sambutan hari Krismas. Santa Klaus bersama buniannya akan mengedarkan hadiah di karusel alat permainan. Sebuah hiasan menara jam yang akan berbunyi setiap jam diiringi dengan melodi perayaan yang akan ditemani bunian yang akan bergerak secara beriringan.

Para pembeli juga berpeluang untuk membuat pendaftaran di skrin interaktif yang akan digunakan untuk aktiviti “Naughty or Nice” oleh Santa yang mana para pembeli berpeluang untuk mendapatkan hadiah kejutan. Hadiah kejutan ini adalah terhad untuk 100 pembeli setiap hari.

Pembeli juga akan menikmati kemeriahan membeli belah bersempena sambutan Krismas di Suria KLCC. Satu sudut paparan kad ucapan juga akan disediakan untuk pembeli menghantar ucapan perayaan kepada yang tersayang melalui kad ucapan Krismas Suria KLCC. Kanak-kanak juga berpeluang menyertai bengkel “Santa Workshop Alive!”. Aktiviti mewarna pelbagai watak Krismas yang mana hasil kraf tersebut akan disiar di skrin layar bakal menanti si kecil.

Para pembeli berpeluang untuk bersua muka bersama Santa Klaus pada sesi hujung minggu tidak ketinggalan dengan pemberian lolipop secara percuma untuk pengunjung kanak-kanak.

Pelbagai latar belakang perayaan juga tersedia untuk digunakan oleh para pengunjung merakam detik bermakna bersama. Karusel Bengkel Santa bersaiz kecil akan di letakkan di “Ramlee Mall” di Aras 1, manakala kaunter simpanan hadiah dan alat permainan akan diletakkan di pintu masuk  “Ampang Mall” dan “Ramlee Mall”. Kereta Berkuda Santa boleh dilihat di pintu masuk “Park Mall” yang mana ruangan pemberian hadiah juga boleh didapati di situ. Kios foto perayaan dan juga cetakkan foto dan e-foto percuma akan disediakan untuk pembeli merakam memori bersama yang tersayang.

Pokok Krismas ikonik setinggi 100 kaki adalah hiasan pokok krismas mewah yang tertinggi di Malaysia, sekali kali lagi akan membuat penampilan di “The Esplanade” untuk menyapa ketibaan para pengunjung. Selain dari pelbagai aksesori unik dan bergemerlapan yang akan digantung di pokok tersebut, pelbagai hadiah juga akan di letakkan sebagai hiasan utama di ruang bawah pokok krismas tersebut sinonim dengan tema bengkel Santa. Dekorasi ini mampu memberikan peluang untuk pengunjung mengambil gambar yang lebih mesra dengan panggilan “insta-worthy”.

Kemeriahan membeli-belah bersempena perayaan Krismas tidak lengkap dengan peluang untuk membawa pulang ganjaran. Pembeli yang berbelanja RM1,500 ke atas melalui dua resit pembelian daripada mana-mana kedai terpilih bermula dari 25 November sehingga 18 Disember 2022 akan menerima e-baucar Suria KLCC (SKLCC) melalui Program Ganjaran Pembeli. Bagi mereka yang berbelanja RM3000 dan ke atas melalui dua resit daripada mana-mana kedai terpilih  akan menerima rantai tangan Pandora yang bernilai RM600.

“Dengan kepelbagaian ganjaran kami berharap untuk membantu jualan para peruncit dengan sambutan perayaan yang meriah sebagai tirai penutup untuk tahun ini,” ucap Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif, Suria KLCC.

Tambah Brien, “Sambutan Krismas sentiasa menjadi sambutan yang amat penting buat kami di Suria KLCC melihat dari sudut kemeriahan suasana yang kami sediakan untuk pembeli. Bagaimanapun, kami tidak lupa untuk memastikan tahap keselamatan yang tinggi untuk setiap pengunjung bagi mengekalkan persekitaran yang terlindung menginjak sambutan akhir tahun.”

“Kesimpulannya, sambutan Krismas bukan dinilai dari sudut dekorasi yang meriah dan paparan yang indah semata-mata. Ia adalah sambutan yang sinonim dengan saat meluangkan masa bersama mereka yang tersayang. Selepas mengharungi tempoh gitar yang baru sahaja berlalu, terlalu banyak detik bersama yang sewajarnya kita raikan.”

Selaras dengan inisiatif Program Kesederan Kesihatan Mental, Suria KLCC akan memberi sokongan kepada Kumpulan Green Ribbon melalui hasil jualan Pin Reben Suria. Pin reben tersebut boleh didapati di kaunter pertanyaan Suria KLCC dengan harga RM10 setiap pin.

KEMERIAHAN KARUNGAN HADIAH DAN ANEKA PERMAINAN DI ALAMANDA PUTRAJAYA

Tidak ketinggalan, Pusat Beli Belah Alamanda Putrajaya juga bakal mengadakan Kempen Krismas yang akan menyediakan Bengkel Santa bermula dari 25 November sehingga 25 Disember 2022. Anjung “Centre Court” bakal dilengkapi dengan pelbagai permainan kanak-kanak yang akan dihiasi di atas mesin penghantar automatik yang mana sudah semestinya akan memberi kemeriahan suasana di kalangan pengunjung.



Pelbagai persembahan dan aktiviti Krismas akan diadakan bagi menyemarakkan lagi suasana membeli-belah. Para pembeli juga turut akan dihiburkan dengan pertunjukan silap mata, tarian dan akrobatik Krismas di anjung “Centre Court”. Untuk menceriakan lagi pengalaman membeli-belah, pembeli yang berbelanja RM500 dan ke atas melalui dua resit daripada mana-mana kedai terpilih akan menerima satu baucar beli-belah Alamanda bernilai RM30. Melalui Program “High Spender Rewards”, pembeli yang berbelanja RM1,500 ke atas melalui dua resit daripada mana-mana kedai terpilih akan menerima satu baucar beli-belah Alamanda bernilai RM80 selagi stok masih ada.

Pada Ambang Krismas dan Hari Krismas juga, Santa Klaus akan membuat penampilan istimewa untuk menyambut ketibaan para pembeli. Pembeli berpeluang untuk merakam detik keraian tersebut dengan mengambil gambar bersama Santa Klaus semasa pemberian gula-gula secara percuma kepada kanak-kanak.

Kepelbagaian seleksi bengkel yang bertemakan Krismas akan dianjurkan untuk VIKids. Setiap ahli VIKids berpeluang menyertai bengkel yang tersedia dan pernyataan adalah terhad berdasarkan konsep “first-come-first-serve”.

Antara bengkel menarik adalah bengkel “Gingerbread Man Decoration” dan “Waterless Snow Globes”. Bagi kanak-kanak yang belum mendaftar sebagai ahli VIKids, pendaftaran keahlian boleh dibuat untuk menyertai bengkel tersebut.

SAMBUTAN KRISMAS DI MESRA MALL

Kempen Krismas di Mesra Mall Terengganu bakal berlangsung bermula dari 1 Disember sehingga 25 Disember 2022. Memandangkan sambutan Krismas amat sinonim dengan kehadiran salji, Mesra Mall akan memeriahkan suasana dengan hiasan perayaan yang bertemakan “White Christmas”.

Tebusan ganjaran program Krismas di Mesra Mall turut berlangsung sepanjang tempoh perayaan bagi menggalakkan pengalaman bermakna buat semua. Pembeli yang berbelanja RM350 ke atas melalui dua resit daripada mana-mana kedai terpilih layak menebus sebuah balang simpanan kaca. Sementara itu, pembeli yang berbelanja RM500 ke atas melalui dua resit daripada mana-mana kedai terpilih akan menerima satu set kombo balang simpanan kaca yang mengandungi dua balang simpanan bersaiz 800ml dan juga sekeping baucar beli-belah bernilai RM50.

Pembeli juga boleh beramah mesra bersama Santa Klaus semasa dua sesi lawatan pada hari Krismas tersebut pada jam 3.00 petang dan juga 5.00 petang. Semasa tempoh ini, kanak-kanak berpeluang mendapatkan gula-gula percuma.

Untuk info lanjut, layari:

i. Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall

ii. Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre

iii. Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall


‘ALL TOGETHER NOW MALAYSIA’ KEMBALI UNTUK MUSIM KEDUA |
Suara rakyat Malaysia diuji di hadapan 50 barisan juri

Segalanya lagi gah dan hebat menerusi ‘All Together Now Malaysia’ musim kedua (ATNMY 2) yang bakal menemui para penonton Astro mulai 11 Disember ini. Dengan bahang ‘Gegar Vaganza 9’ yang masih dirasai, Astro bertekad untuk memastikan hiburan premium dan terkini berterusan. Lantas, ‘ANTMY 2’ bakal memberikan kesinambungan yang dinamik dalam memartabatkan industri hiburan negara ke pentas yang tinggi.

Berdasarkan format asal ‘All Together Now’ terbitan BBC One dari United Kingdom, Astro mempersembahkan barisan juri yang popular dan glamor dengan mengetengahkan 13 muka juri baharu termasuk Datuk Aznil Hj. Nawawi, Ajai, Rozita Che Wan, Shila Amzah, Nikki Palikat, Marsha Milan, Reshmonu, Vince Chong serta ramai lagi. Datuk Syafinaz Selamat pula menggalas tugasan sebagai Kapten Juri yang baharu.

Pemilihan juri-juri baharu ini turut melambangkan landskap kehendak penonton yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan minat. Ia turut merangkumi kemajmukan masyarakat negara kita yang membawa keunikan kepada adaptasi Malaysia berbanding dengan adaptasi negara-negara lain. Manakala pengacara bubbly dan bertenaga, Sherry Alhadad kembali untuk mengemudi ‘ATNMY 2’. Kehadirannya pasti meriuhkan lagi suasana musim terbaharu ini kelak.

Saksikan ‘All Together Now Malaysia 2’ yang bersiaran secara eksklusif pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 11 Disember 2022 di saluran Astro Ria serta strim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel. Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati rancangan hiburan ini di Astro.

PETIKAN KENYATAAN RASMI WAKIL ASTRO

Ketua Saluran Astro Ria - Norzeha Mohd Salleh

“Sebagai peneraju program realiti di Malaysia, Astro dengan bangganya membawa ‘All Together Now Malaysia’ musim kedua kepada para penonton di platform-platform kami. Dengan sukses yang dikecapi menerusi musim pertama, pertaruhan mengadaptasi ‘All Together Now’ berjaya dan menjadi. Konsep yang mengetengahkan bakat-bakat hebat rakyat Malaysia yang belum dicungkil menarik minat dan hati para penonton kami terutamanya ketika siarannya pada tahun yang lalu. Program realiti ini telah memupuk kebersamaan di kalangan rakyat yang majmuk dalam menyokong peserta-peserta yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan latar belakang tatkala negara kita menghadapi saat-saat sukar akibat pandemik.

Bahkan untuk musim kedua, bakat-bakat yang bertanding sekali lagi menyerlahkan aspek kepelbagaian. Ada yang menyertai sebagai solo, duo atau kumpulan dan para peserta yang ada menunjukkan ‘diversity within our multicultural society’ yang merupakan elemen penting yang kami mahu tonjolkan. Antaranya adalah peserta termuda musim ini, Yaadana seorang kanak-kanak berbangsa India yang berusia 11 tahun. Dia telah memukau juri dengan menyanyikan lagu Ziana Zain. Manakala Melissa, seorang ‘part time’ guru vokal bangkit semula selepas 6 bulan dijangkiti Covid-19. Dirinya terlantar di hospital selama 2 minggu apabila berada di tahap 5 ketika itu dan hampir ditidurkan. Pastinya kini dirinya mahu bangkit semula untuk ‘ATNMY 2’ bagi merealisasikan minatnya dalam bidang nyanyian.

Dua jejaka muda yang merupakan anak penyanyi Noorshila Amin memilih untuk bersaing sesama sendiri di ‘ATNMY 2’. Daniel Durrany, seorang gym Instructor yang mempunya kelunakan suara seperti penyanyi Tulus ini memberi saingan hebat kepada adiknya Banni Basyishar, seorang saxophonist yang telah bekerja dengan ramai artis ternama Malaysia seperti Hujan, Janna Nick, Norshila Amin dan ramai lagi. Persis seperti penyanyi David Arumugam, Philip Martin yang berbangsa India meminat lagu-lagu Melayu merupakan pemandu e-hailing. Philip mempunyai kisah yang amat menarik. Dia berkesempatan mengetahui adanya uji bakat ‘ATNMY 2’ menerusi penumpangnya yang merupakan krew produksi ‘ATNMY 2’. Bagaikan ditakdirkan. 

Kami turut mempunyai Shaun Salim, 64 tahun yang merupakan peserta paling veteran untuk musim ini. Dia merupakan bekas guru catwalk, malah Rozita Che Wan sendiri berguru bersamanya di Alor Setar. ‘ATNMY’ musim pertama terbukti berjaya melahirkan bakat bakat baru dan pelapis indutri hiburan tanah air seperti Meer Nash, Ajoi Zainal, Dem Lepak Boyz dan Idris Brown yang berjaya bernaung di bawah label muzik Malaysia. Kami berharap musim kedua terus membuahkan hasil yang sama untuk para peserta.

Pihak produksi turut memanfaatkan peluang serta ruang yang diberikan secara maksimum untuk menerbitkan produksi bertaraf antarabangsa yang merupakan janji Astro dalam memartabatkan kandungan tempatan. Walaupun dirakam ketika negara berada pada tahap akhir pelaksanaan PKP, pihak produksi Astro berjaya membawa pembaharuan dalam mempertingkatkan nilai produksi musim terbaharu ini. Tahniah diucapkan kepada mereka.

Kami amat berharap musim kedua ini mampu meneruskan sukses yang dikecapi pada musim pertama. Malah kami mahu memperkembangkan segmen penonton kami ke semua vernakular kerana ‘ATNMY 2’ merupakan hiburan yang bersesuaian dengan cita rasa rakyat Malaysia.”

FORMAT PENJURIAN ‘ATNMY 2’

Nasib para peserta akan diadili barisan 50 juri profesional berdasarkan sistem penjurian kalah mati. Setiap juri mewakili dua markah. Dua peserta yang mendapat markah tertinggi pada setiap episod akan mara ke peringkat akhir ‘ATNMY 2 Final’ untuk merebut gelaran juara sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 beserta trofi.

Seramai 20 peserta akan bertanding dalam setiap episod. Setiap peserta akan diberikan tempoh 90 saat untuk membuat persembahan masing-masing. Sekiranya juri suka dengan persembahan tersebut, mereka boleh mula memberikan markah kepada peserta sejurus selepas 30 saat pertama dengan menekan butang ‘buzzer’ yang disediakan lalu ikut berdiri dan menyanyi bersama-sama dari tempat masing-masing sebagai tanda sokongan.

Tiga peserta yang mendapat markah tertinggi akan ditempatkan di tiga buah podium utama mengikut jumlah markah yang diterima. Peserta yang mendapat markah paling banyak akan ditempatkan di podium yang pertama sekaligus layak untuk mara ke peringkat akhir secara automatik. Manakala peserta yang berada di kedudukan kedua dan ketiga pula akan berentap sekali lagi dalam pusingan ‘Sing-Off’ untuk menempah tempat ke peringkat akhir. Untuk pusingan ini, peserta perlu memilih lagu baharu untuk dipersembahkan di hadapan barisan juri daripada senarai yang disediakan oleh pihak produksi. Sekiranya ada peserta yang mendapat markah seri, Datuk Syafinaz Selamat selaku ‘Kapten Juri’ mempunyai kuasa untuk membuat keputusan bagi memilih peserta yang layak untuk berada di podium.

SENARAI PENUH BARISAN 50 JURI ‘ATNMY 2’

Datuk Syafinaz Selamat, Sophia Liana, Widy Hamzah, Datuk Aznil Hj Nawawi , Izzue Islam, Keanu Azman, Ajai, AG Coco, Falyq Hikyle, Ernie Zakri, Amir Masdi, Thanuja, Elly Mazlein, Aisha Retno, Suresh, Reshmonu, Danial Chuer, Hafida Samad, Jaclyn Victor, Catriona Ross, Shashic, Rozita Che Wan, Ayie Elham (Floor88), Isha Norisham, Khai Bahar, Ara Johari, Sherry Ibrahim, Joey Daud, Liza Hanim, Dr. Ram, Siti Nordiana, Afeeq, Wahab Ali, Sariah (Masdo), Ifa Raziah, Bunga, Wany Hasrita, Nikki Palikat, Dr Soo Wincci, Marsha Milan, Maryam, Vince Chong, Adeline Tsen, Shila Amzah Danial Zaini, Sissy Imann, Yaya Zahir Hafiz Hamidun, Edrie Hashim, Tomok, Kelly Azman

INFO SIARAN RANGKAIAN PROGRAM ‘ATNMY 2’

Rakaman konsert mingguan ‘ATNMY 2’ yang bersiaran dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) akan berlangsung selama 9 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 11 Disember 2022 menerusi saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan aktiviti perjalanan para peserta dan barisan juri menjelang dan pasca konsert mingguan dapat ditonton melalui liputan kapsul harian ‘Kapsul Di Sebalik All Together Now Malaysia Musim 2’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang bermula 8 Disember 2022.

Program khas ‘Extended All Together Now Malaysia Musim 2’ pula akan menyiarkan klip ‘snippets’ menampilkan barisan juri dan peserta yang tidak pernah dikongsikan di mana-mana platform. Ia akan disiarkan selama 30 minit pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam bermula 16 Disember 2022.

Untuk pengisian di platform digital pula, rakaman program ‘All Together Now Malaysia Live Plus’ serta laman media sosial Gempak akan disiarkan bermula jam 9.00 malam di laman www.gempak/AllTogetherNowMY ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘ATNM’ bermula 11 Disember 2022.

#AllTogetherNowMY2

Blog Performance November 2022


Kalau orang tanya macam mana bulan November, jawapannya macam Jisoo kata 'Not bad, but not good'. Hujung tahun kalau tak berkicap ketiak semua kerja tak sah. Nak jadi lipas kudung pun tak mampu sebab tangan ada dua, otak ada satu. Beria sangat kang ada yang MC sebab bp drop. Bulan 9 dah kena, takkan nak kena lagi. Kerja makin menimbun, nak sakit atau cuti pun tak tenang T.T

1. PV


Performance bulan November makin merudum ye, jauh beza betul dengan bulan Oktober. Memandangkan bulan ni bertambah kerja sebab kena ganti colleague sepanjang dia maternity leave, maka tak ada la berbalas kunjungan. Nak update sehari pun tak mampu. Masa weekend baru sempat update review yang dah terperam lama. 

Tapi okay lah kot sebab daily PV 2k ke atas dan paling tinggi pun sampai 7k masa minggu kedua. Mungkin sebab I update review Pengabdi Setan 2 dan drama review Rampas Cintaku sebab tengah hype masa tu. Untuk all stats PV, sekarang dah cecah 3.4 juta so harapnya bulan Disember boleh cecah 3.5 juta pulak. Tak nak target banyak sebab takut tersasar hihu

2. Posts


Terkejut masa dapat email dari Google Search Console sebab movie review filem Qodrat dapat banyak pageclicks. Dalam Popular Post pun duduk tangga kedua untuk bulan November. Tengok Popular Post memang penuh dengan review je lah sebab bulan ni update review je. Press release tak dapat banyak pun maka kena lah pulun update. Nasib baik bulan November banyak movie dan dramaa yang best. 

3. Bilangan Entri

Pulun update pun bila congak balik rupanya tak boleh nak cecah target jugak sampai 60 entry. Bulan November short 10 entry, lagi teruk dari bulan Oktober. Nasib baik lah dekat bulan May dah pulun sampai 90 entry jadi tak lah jauh beza dengan himpunan entry tahun lepas. Bulan Disember ada 2 kali public holiday dan tak ada event lagi so far so nak try cecah 60 entry ataupun lebih. Movie pun banyak lagi tak tertengok dan few pending reviews. Menangis lah macam ni T.T

For my readers and blogger friends, thank you for visiting and your comment very much appreciated. Stay safe everyone :)

DISNEY CONTENT SHOWCASE TO GATHER ASIA’S TOP ENTERTAINMENT STARS FOR “BLUE CARPET MOMENT” IN SINGAPORE | The Disney Content Showcase will take place from November 30 to December 1 at Singapore’s iconic Marina Bay Sands

As part of the Disney Content Showcase, The Walt Disney Company Asia Pacific will be convening some of the region’s biggest entertainment stars in Singapore for a “blue carpet moment” on November 30 at The Shoppes at Marina Bay Sands.

Top Korean stars who will be gracing the blue carpet include: the cast of Korean crime drama Big Bet – featuring Lee Donghwi (Extreme Job, New Year Blues), Squid Game villain Heo Sungtae and acclaimed director Kang Yunsung.

Expect legendary Japanese director Miike Takashi and an A-list Korean cast including Jung Haein (Snowdrop, D.P.), Ko Kyungpyo (Love in Contract, Cross) and up-and-coming actress Kim Hyejun from the highly anticipated crime fantasy thriller, Connect.

Other top talent from Japan include the cast of suspense-filled thriller Gannibal – Yuya Yagira (HOKUSAI, Asakusa Kid), Riho Yoshioka (Haken Anime!, The Romance Manga Artist) and director Shinzo Katayama (Siblings of the Cape).

Fans of Indonesian content can also catch actor Deva Mahenra representing Teluh Darah, the Indonesian horror series that premiered at the 27 th Busan International Film Festival; Chelsea Islan, the star of upcoming super hero series Tira and Refal Hady from Wedding Agreement the Series.

Pixar director/animator/storyboard artist/voice actor Peter Sohn (The Good Dinosaur) will also join the blue carpet representing his all-new, original feature film Elemental.

Apart from this star-studded blue carpet event, an expansive theatrical and streaming slate for 2023 will be presented at the Disney Content Showcase – including a growing collection of APAC Originals on Disney+ and Disney+ Hotstar, told by some of the region’s best storytellers.

Blue Carpet Moment

Date: 30 November, Wednesday

Time: 8pm to 9pm

Venue: The Shoppes

*************************

About The Walt Disney Company

The Walt Disney Company, together with its subsidiaries and affiliates, is a leading diversified international family entertainment and media enterprise that includes Disney Parks, Experiences and Products; Disney Media & Entertainment Distribution; and four content groups—Studios, General Entertainment, Sports and International—focused on developing and producing content for DTC, theatrical and linear platforms.

Movie Review | Fast and Feel Love (2022)

Sunday 27 November 2022


Director : Nawapol Thamrongrattanarit
Writer : Nawapol Thamrongrattanarit
Cast : Urassaya Sperbund, Nat Kitcharit, Anusara Korsamphan, Kanokwan Butrachart, Wipawee Patnasiri
Production Companies :  Happy Ending Film, Very Sad Pictures
Distributor : GDH 559, Netflix
Genre : Comedy / Drama
Running Time : 132 minutes
Release Date : 6 April 2022
Trailer :


Fast and Feel Love, naskhah komedi baru dari negara Thailand mengisahkan tentang Kao (Nat Kitcharit)  yang bercita-cita ingin menjadi cup stacker terpantas di dunia. Walaupun tak ada seorang pun yang sokong impian tersebut namun Jay (Urassaya Sprebund) nampak masa depan dalam impian tersebut. 

‘It’s about stacking the cups up and collecting them as fast as possible. But what I’ve been aiming to do is to compete. In competition, there are a set of three and six… ’ - Kao


Jay mula kenal Kao sejak sekolah menengah dan abadikan hidupnya dengan bantu urusan seharian Kao. Sepenuh masa Kao hanya digunakan untuk cup stacking dari siang sehingga malam. Kao perlu jaga waktu tidur, diet dan juga persekitaran untuk dia fokus dalam mengejar masa untuk menjadi yang terpantas. Setiap saat sangat berharga untuknya. 

Menginjak dewasa Jay sedar yang dia tak mampu lagi hidup bersama Kao kerana cita-cita dia tak tercapai pun dalam tempoh masa 10 tahun tersebut. Dia nak hidup macam orang normal, ada perkahwinan dan juga anak. Sampai bila dia nak jaga makan minum Kao? Nak dengar luahan hati Jay pun susah apatah lagi spend masa bersama keluar dating. Kalau tanya apa warna kegemaran Jay pun belum tentu Kao mampu jawab. Kesuburan dia pun makin lama makin merosot bila masuk umur 30, hilang lah impian dia untuk ada anak. 


Jay ambil keputusan untuk keluar dari hidup Kao dan bermulalah drama dan tekanan dalam hidup pemain cup stacking tersebut. Dia ada masa duaa bulan untuk dapatkan rekod terpantas dan juga kekalkan rumah yang dimilikinya sebelum Jay jual kepada orang lain. 

Penceritaan Fast and Feel Love ni ringkas sangat tapi disebabkan olahan kreatif dan menarik dari pengarah juga penulis Nawapol Thamrongrattanarit buatkan naskhah komedi drama ini layak untuk mendapat tempat di hati penonton. Macam mana hilangkan habuk dari tingkap boleh jadi sesuatu yang intense ataupun tekanan dari perubahan rasa pada masakan boleh akibatkan semuanya jadi kacau bilau.

 
Selain dari mesej mengejar impian sepertimana yang ditekankan oleh penulis menerusi watak Kao dan Jay, Fast and Feel Love juga ketengahkan melepaskan impian dan move on adalah salah satu pilihan terbaik dalam hidup juga. Tak kisah lah pada peringkat umur berapa pun kita sedar tentang sesuatu, it was never too late to start over. Character development pada watak Kao antara elemen menarik dalam filem ni. Macam mana dia tak mampu pun nak tukar cadar tilam sebab dalam hidup dia cuma tahu cup stacking je tapi disebabkan Jay, dia belajar untuk berdikari. 

Sinematografi dan close up shots antara kekuatan Fast and Feel Love untuk menghidupkan elemen dalam kehidupan Kao dan Jay. Babak Kao bagitahu tanaman Jay yang mati semuanya boleh beli baru padahal dia tak nampak yang tanaman tu bukan sekadar tanaman tapi sesuatu yang buat Jay gembira dalam hidup dia. Jay tanam dari benih sampai membesar dengan cantik tapi 2 bulan je Kao jaga terus rosak dan mati. Sama macam cinta dia, tak ada nilai pun pada Kao. 


Ada yang kata naskhah Fast and Feel Love yang memaparkan kisah percintaan antara Jay dan Kao tak menarik sebab chemistry antara pairing lead tak ada tapi memang sepatutnya macam tu lah sebab dah tak ada sebab pun untuk kita root for them. 

Of course, dekat hujung cerita tu happy ending tapi Jay boleh dapat partner lebih baik dari Kao. Dekat umur 30 mungkin Kao survive dengan duit hasil jadi juara cup stacking tapi dia dah menderita sakit belakang dan tak mungkin dia dapat bertahan beberapa tahun lagi dalam arena cup stacking. But this is just my 2 cents for this movie, please feel disagree and watch the movie.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review | Monica, O My Darling (2022)


Director : Vasan Bala
Writer : Yogesh Chandekar, Vasan Bala
Cast : Rajkummar Rao, Huma Qureshi, Radhika Apte
Production Company : Matchbox Shots
Distributor : Netflix
Genre : Neo-Noir / Crime / Comedy / Thriller
Running Time : 129 minutes
Release Date : 11 November 2022
Trailer :


Selepas kematian Dev Prakash, supervisor di kilang robotick Unicorn, Jay (Rajkummar Rao) dilantik sebagai CEO baru untuk syarikat tersebut. Monica Machado (Huma Qureshi) cuba ambil kesempatan atas perlantikan tersebut dengan mengugut Jay supaya tanggung anak di dalam kandungannya. Tak perlu mengaku anak pun cuma setiap bulan kena bagi duit belanja. 

Jay takut untuk ambil risiko kerana dia bertunang dengan Nikki Adhikari (Akansha Ranjan Kapoor), anak CEO lama merangkap founder Unicorn. Tak mungkin lah dia nak buang macam tu saja usaha dia untuk keluar dari kampung kecil bernama Angola dan pangkat CEO di Unicorn. 


Abang Nikki, Nishant panggil Jay untuk berjumpa di hotel kerana dia juga diugut dengan Monica. Sama nasibnya juga dengan akauntan Unicorn, Avind (Bagavathi Perumal). Mereka sepakat untuk bunuh Monica mengikut tugasan masing-masing seperti yang termaktub dalam Perjanjian Pembunuhan. 

Keesokan harinya Avind dengan Jay terkejut bila Monica masih hidup manakala Nishant pula yang dibunuh. ACP Naidu (Radhika Apte) ditugaskan untuk menyiasat semua suspek utama di Unicorn. Bila Jay berjumpa dengan Avind dan ugut supaya diamkan hal ni, Avind pula mati dibunuh kerana parcel yang mengandungi ular tedung lantas menjadikan Jay sebagai suspek utama. 


“Never ever report a backstory so perfectly. The more perfect the story, the more… doubt.’ – ACP Naidu

Naskhah crime thriller arahan Vasan Bala merupakan adaptasi dari novel Jepun, Burutasu No Shinzou karya Keigo Higashino. Penceritaan Monica O my Darling bukan saja menarik dengan elemen komedi malah misteri pembunuh yang sukar dijangka siapa gerangannya. Yang pastinya pengarah dah bagitahu watak Jay hanya berada di tempat yang salah dan waktu yang salah. Perbuatan dia curang dengan Monica tu tetap salah ye, I won’t defend that. Kalau penulis kembangkan lagi macam mana Jay boleh sayang dengan Monica mungkin boleh faham lah kenapa sebab Jay suka dengan Nikki pun sebab nak jadi CEO. 


Lakonan Huma sebagai penggoda bukan watak yang baru sebab dia pernah berlakon dalam filem Ek Thi Daayan (2013) dan Dedh Ishqiya (2014). Selain menjadi tarikan utama, watak Monica juga licik untuk survive dalam dunia dipenuhi dengan lelaki. Pertama kali juga Huma digandingkan bersama Rajkummar Rao. Masa diorang bercinta, menyerlah betul chemistry tu, masa diorang bergaduh pun nampak level menyampah tu dekat tahap mana. Kalau betul baby dalam kandungan tu anak Jay, entah macam mana Jay nak survive setiap kali tengok muka anak dia. Tapi kalau dia berjaya bunuh Monica, entah macam mana dia nak hidup tanpa rasa bersalah sedangkan dia pun sayang Monica. 


Selain sinematografi yang menggunakan filter yang sama seperti Knives Out, music album juga menggunakan genre lebih kurang sama seakan zaman 70-an. Tak pasti lah sebenarnya filem Monica, O My Darling ni berlatarkan tahun bila sebab ada babak nampak macam moden, dan ada juga macam 70-an. Masa Monica perform pun props yang dia guna pun lebih kepada retro, mungkin sebagai homage kepada lagu popular Bollywood, Piya Tu Ab To Aaja (Monica, Oh My Darling!) dari filem Caravan (1971). 



Bollywood dah lama tak hasilkan black comedy dan kalau ada pun skrip tak mantap atau menarik macam filem Monica, Oh My Darling. It’s a great redemption juga untuk Rajkummar Rao lepas nama dia busuk gara-gara kegagalan filem Roohi (2021). 

Walaupun banyak aspek yang bagus untuk filem terbitan Netflix ni namun ada juga kelemahannya bila Akansha Ranjan Kapoor tak mampu carry watak Nikki yang clingy dan psycho. Kalau lakonan dia setara dengan Rajkummar, mungkin babak dia mampu menyerlah dan tinggalkan kesan setiap kali watak Jay fucked up. But overall, it’s a great watch. Recommended! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.8 = 9.3/10

Movie Review | Hurdang (2022)

Saturday 26 November 2022


Director : Nikhil Nagesh Bhat 
Writer :  Nikhil Nagesh Bhat
Cast : Sunny Kaushal, Nushrratt Bharuccha, Vijay Varma  
Production Companies : Karma Media and Entertainment, T-Series 
Distributor : AA Films, Netflix
Genre : Romantic / Drama 
Running Time : 122 minutes
Release Date : 8 April 2022
Trailer :


Berlatarkan tahun 1990 di Allahabad di mana pelajar universiti melakukan protes kerana pemilihan penjawat awam terjebak dengan sistem kasta. Tak kisahlah belajar bagus mana pun, pelajar dari kasta rendah tak akan dapat peluang pekerjaan sebagai penjawat awam setara dengan pencapaian mereka. Selamanya akan kekal di bawah sahaja. 

Loha Singh (Vijay Varma) ambil peluang ini untuk masuk ke dunia politik dan jadi MLA dengan jadikan Daddu Thakur (Sunny Kaushal) sebagai suara paling lantang menentang sistem tersebut. Kekasihnya, Jhulan Yadav (Nushrratt Bharuccha) tak nak Daddu terlibat dengan Loha Singh sebab keganasan yang melampau hingga benarkan pelajar yang ‘bekerja’ dengan dia bawa pistol dalam kawasan universiti. 


Ranjan (Shubhashish Jha), kawan baik Daddu juga nasihatkan Daddu untuk belajar saja tanpa perlu masuk campur hal politik kerana kelak makan diri. Namun bila pemilihan penjawat awam mengikut kasta bakal dilaksanakan, Ranjan juga ikut serta perjuangan Daddu. 

Mesej sosial yang dibawa dalam filem Hurdang memang menarik bila melibatkan sesuatu yang orthodox dan diskriminasi dalam negara. Sesuatu yang teruk dan berbahaya akan diluluskan sekiranya tidak dibantah di Parlimen atau tidak dibahaskan oleh rakyat. Malangnya subjek ni cuma side dish sahaja dalam Hurdang sebab menu utama ialah percintaan Daddu dan Jhulan. 


Daddu pula bukanlah hero pujaan sebab karakter dia sama saja seperti Loha Singh yang menunggang isu sensitif supaya diangkat sebagai pejuang. Lakonan Sunny Kaushal dan Vijay terlihat bagus tapi skrip yang lemah buatkan Hurdang tampak merepek sebagai naskhah revolusi dan perjuangan mahasiswa. 

Memang betul sistem berdasarkan kasta tu kejam tapi kalau Daddu diangkat sebagai hero dan berjaya masuk jadi pegawai, siapa nak pegawai yang berfoya-foya macam dia? Tak ada satu pun positive traits yang bagus untuk dia bekerja sebagai pegawai Kerajaan. Silap haribulan dia jadi pegawai polis yang amalkan rasuah dan salahguna kuasa. 


Bukan saja Daddu tak layak diangkat sebagai mahasiswa yang bagus, malah tak layak pun diangkat sebagai kekasih atau life partner yang bagus untuk Jhulan. Keluarga mana tak kecewa kalau dapat menantu yang suka berpeleseran dan berhibur tanpa ada rasa tanggungjawab langsung. Calon suami yang keluarga Jhulan cari jauh lebih baik dari Daddu tapi cinta mereka harus lah jadi plot utama kan? 

Sayang lah penulis angkat watak Daddu yang berbeza dari acuan demografi sedangkan Allahabad terkenal dengan para ilmuan, akademian dan juga aktivis hebat. Dalam filem Hurdang juga boleh nampak para pelajar bukan setakat sibuk dengan pelajaran malah sibukkan diri dengan protes kerana Allahabad University Student Council adalah persatuan pelajar yang aktif dan progresif, berani bersuara untuk sebarang jenis penindasan apatah lagi yang melibatkan masa depan seperti reservation berdasarkan kasta ni. 


Berbeza dengan Daddu yang lebih suka mengugut pihak atasan untuk ikut apa yang dia minta. Kalau dia belajar tentang ekonomi, dia tahu sumber kerajaan tak banyak untuk peruntukkan satu bilik untuk seorang saja mahasiswa. Kalau dia belajar adab, dia tahu macam mana caranya supaya pihak atasan dengar permintaan dia. Berdiskusi dengan tenang kenapa dan apa relevannya permintaan tersebut diluluskan ataupun ditolak. 

Sebelum ni ada artikel tentang pesanan Vicky Kaushal supaya adik dia, Sunny lebih utamakan pilih skrip yang bagus berbanding duit atau kejar box office semata. Mungkin atas kertas, Hurdang kelihatan bagus tapi olahan pengarah hancurkan cerita dengan pembahagian intipati penting dengan babak percintaan. 


Idea asal Hurdang mempunyai sesuatu yang menarik untuk dihidangkan tapi olahannya tak berjaya membuahkan impak dan meninggalkan kesan mendalam kepada penonton. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.3, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.2  =  4.7/10

Movie Review | Smile (2022)


Director : Parker Finn
Writer :  Parker Finn
Cast : Sosie Bacon, Jessie T. Usher, Kyle Gallner, Robin Weigert, Caitlin Stasey, Kal Penn, Rob Morgan
Production Companies :  Paramount Players, Temple Hill Entertainment
Distributor : Paramount Pictures
Genre :  Psychology / Horror 
Running Time : 115 minutes
Release Date :  22 September 2022 (Fantastic Fest), 30 September 2022 (United States)
Trailer :


Smile mengisahkan kehidupan Dr. Rose Cotter (Sosie Bacon) selepas berjumpa dengan pesakit skizo bernama Laura Weaver (Caitlin Stasey). Kata Laura dia melihat seseorang yang mempunyai senyuman paling menakutkan dia pernah lihat seumur hidup dan dia bukannya gila. Laura adalah pelajar PhD yang sihat tapi berubah mendadak selepas kematian professor seni di universiti tempat dia belajar. 

“It looks like people, but it’s not a person,” Laura

Sebelum Laura bunuh diri, dia mempamerkan senyuman paling menakutkan kepada Dr. Rose sehingga pengarah hospital, Dr. Desai (Kal Penn) minta supaya dia pulang berehat selama seminggu. Trevor (Jessie T. Usher) pelik melihat perubahan Rose di rumah dan setiap malam ada gelas wain yang pecah kerana Rose takut dengan sesuatu yang hanya Rose nampak. 


Rose cuba untuk keluar dari rumah dan pergi ke majlis hari jadi anak buah dia dan hadiahkan keretapi mainan. Malangnya semasa sesi buka hadiah, anak buah dia menjerit kerana Rose hadiahkan bangkai kucingnya, Mustache yang hilang beberapa hari lepas. Rose menjerit seperti orang gila dan cederakan diri sendiri bila ternampak Laura. 

Trevor minta Dr. Madelline (Robin Weigert) untuk datang dan buat terapi kepada tunangnya. Rose pernah mengalami trauma kerana ibu dia bunuh diri di hadapannya. Rose menolak mentah-mentah cadangan Dr. Madelline untuk bertenang sebab dia tahu dia bukan terkesan sebab trauma tapi sebab roh Laura datang mengganggu. 


Rose minta bantuan Joel (Kyle Gallner), polis detektif dan juga bekas kekasihnya untuk bantu siasat apa yang terjadi pada Laura sebenarnya. Rose dapat tahu Laura dapat sumpahan dari professornya manakala professor tersebut jadi saksi perempuan tua bunuh diri di art exhibition. Perempuan tua tu pula nampak lelaki asing bunuh diri di hadapan dia di stesen minyak. Kesemua mereka hanya mempunyai tempoh masa selama 7 hari sahaja untuk hidup. 

Naskah psikologi seram ini merupakan kisah pendek berjudul Laura Hasn’t Sleep karya Parker Finn dan ditayangkan di SXSW Film Festival pada tahun 2020. Lepas dapat penerimaan positif, Parker Finn kembangkan kepada filem di bawah terbitan Paramount Pictures. Asalnya Paramount Pictures nak buat filem dan jual kepada streaming platform tapi tak sangka ramai pula berminat untuk tengok dekat wayang kemudiannya pecah panggung. 


Menariknya Smile ni selain dari mempamerkan jump scare dalam naskhahnya, it makes me wonder juga kalau sebenarnya apa yang mangsa-mangsa ni nampak bukanlah hantu tapi lebih kepada sesuatu yang triggered trauma masing-masing. Sebab kesemuanya ada trauma besar dalam hidup dan cuba untuk disembunyikan dari pengetahuan umum. Rasa bersalah tak mampu selamatkan orang yang mereka sayang jadi trauma sampai jejaskan kesihatan mental. Sebab tu dalam Islam kata kalau bersedih jangan berlebihan dan redho dengan ketentuan takdir. 

Semua mangsa bukan calang-calang orang, ramai yang berjaya dalam hidup dan mempunyai karier bagus ataupun ada keluarga yang digambarkan sebagai normal dan sempurna tapi bila trauma tu datang walaupun dalam kuantiti yang sedikit mampu runtuhkan semua yang individu tu bina atau usahakan. 


Pengarah Parker Finn dah bagitahu kalau sesiapa yang ada masalah kesihatan tak disarankan untuk tengok filem ni sebab takut trigger trauma tu. Babak seram dalam filem ni tak lah mengerikan sebab hantu dia cuma senyum tapi senyuman tu menaikkan bulu roma. Tak silap masa Laura bunuh diri je lah yang menakutkan sebab penuh dengan darah. 

Tak suka dengan babak Rose berlawan dengan hantu yang menyerupai trauma dia dekat hujung cerita. Nampak fiksyen betul hantunya bila pengarah guna khidmat CGI yang sederhana. Hilang terus rasa seram dari awal sedangkan pengarah boleh guna watak ibu yang sebenar. Nasib baik filem ni bukan komersial, kalau tak dah ramai yang bising tak puas hati dengan 15 minit terakhir. Recommended but not for certain people. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1 , 4. Storyline +0.6 , 5. Casting +1, 6. Genre +1 , 7. Themes +1 , 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1 , 10. Personal Thought +0.5  =  8.2/10

Pengalaman Mengundi Pilihanraya Umum Ke-15, P092 Sabak Bernam

Thursday 24 November 2022

satu gambar untuk thumbnail


Masa blogwalking minggu ni ramai betul yang share pengalaman mengundi untuk PRU15. Ikutkan takut nak balik sebab MET Malaysia dah keluarkan amaran ribut sampai lah hari mengundi. Memandangkan Kerajaan Negeri Selangor dah bagi cuti umum pada hari Jumaat, kira cun lah nak balik Sabak Bernam. 

Ha'ah Sabak Bernam dengan Subang tu 3 jam perjalanan je tapi kalau ribut dengan angin laut kuat gila, satu haram pun tak nampak dekat jalan tu. Belum masuk sesak dari Kuala Selangor membawak ke Sekinchan sebab bottleneck dekat Tanjung Karang. Boleh je lah nak lalu Ban Canal tapi kalau air dah naik kat situ memang seram eh nak berselisih dengan kereta sebelah. I duduk Sabak dah belas tahun dah tapi jalan parit is a big NO!

Alhamdulillah jalan tak teruk sangat jam sebab setiap traffic light ada polis trafik yang jaga. Terima kasih kepada polis trafik yang melancarkan laluan hari Jumaat lepas. Pusat mengundi dekat kawasan Sabak Bernam dekat SK Dr. Abdul Latiff, satu family dapat tempat yang sama cuma berbeza saluran. My mom dapat saluran 4, I dengan adik perempuan dapat saluran 5 dan adik-adik lelaki dapat saluran 6. 


Pukul 8 pagi kitorang dah keluar ke pusat mengundi sebab my mom bertugas sebagai PACA jam 10 pagi sampai 12 tengahari jadi dia kena mengundi awal. Nasib baik lah hujan dah berhenti masa kitorang keluar rumah so tak perlu bawa payung. Settle park kereta depan sekolah, terus masuk ke saluran masing-masing. Kalau tak tahu saluran mana, kena pergi semak dekat khemah yang SPR sediakan di depan pagar sekolah ni. 


Ramai yang datang mengundi awal pagi sebab takut hujan sebelah petang. Tak syok lah mengundi tengahari sebab lapar nak makan lepastu panas pulak. Kalau undi pagi, keluar breakfast lepastu dah boleh lepak dekat rumah sementara tunggu keputusan PRU15. 

Dekat Sabak kali ni ada 4 orang calon yang bertanding - PH, BN, PN dan PEJUANG. Menariknya calon PEJUANG tu Eizlan Yusof tapi I tak pernah lagi nampak dia berlegar di kawasan Sabak Bernam ni. Dalam berita dia stay 2 minggu tapi entahlah tak jumpa pulak. 

My mom cakap ada la nampak dia pacak bendera PEJUANG tapi sikit je lah benderanya. Kempen dia pun tak digemari lah sebab jarang datang tiba-tiba bad mouth sana sini. Orang Sabak pula jenis tak suka calon orang luar so faham-faham je lah kalau undi dia sikit. 




Masa ambik gambar ni kena marah dengan polis bantuan sebab tak simpan telefon padahal ada brader tu on call depan dia, adik I main game, ada akak tu tengah main whatsapp tak kena marah pulak. I ambik gambar suasana pun kena marah, bukannya ambik gambar kertas undi pun T.T

Ikutkan ni kali kedua I mengundi, PRU14 pun pangkah merah, PRU15 pun merah jugak sebab Parlimen Sabak kerusi biru. Pilihanraya kali ni ada satu kertas undi je kena tanda sebab tak bubar DUN. Bulan 7 tahun depan baru undi untuk DUN pulak. Masa giliran I sampai tu terus bagitahu no bilangan 2323 tapi petugas tu lambat juga lah cari. Lepastu bertentang mata pulak dengan meja penyemak. Awkward betul masa tu sampai I pandang adik I dekat luar tanya kenapa. Dia pun tak tahu kenapa. 

Lepastu masa celup jari rasa geli sebab ada span lembik dekat dalam. Dok mengelak span tu sampai akak PACA tu menjerit 'dik, dah dah!'. Imagine sendiri lah dakwat dekat jari pekat macam mana sebab celup lama sangat. Akak dekat sebelah tu pun terkejut. 

Nampak tak pekatnya macam mana?

Lepas dah habis mengundi, tunggu adik I settle lepastu kitorang balik kejap ambik adik lagi berdua dekat rumah untuk pergi breakfast. Nak makan roti canai katanya. Lepastu baru hantar my mom ke pusat mengundi untuk bertugas. Belah siang siapkan semua kerja lepastu petang sampai ke malam kitorang adik-beradik main UNO sementara keputusan undi keluar.

Antara tempat yang jadi perhatian malam tu - Tambun (DSAI vs Peja), Kota Raja (Mat Sabu), Damansara (Gobind), Sepang (Rina Harun), Ampang (Zuraidah, Cleo), Gombak (MB Aminudin Shari vs Azmin Ali), Hang Tuah Jaya (Adam Adli), Muar (Syed Saddiq), Permatang Pauh (Nurul Izzah vs Ustaz Fawwaz), Bangi (Syahredzan Johan), Seremban (Anthony Loke), Sungai Buloh (Ramanan vs KJ) dan Pandan (Rafizi Ramli). 

Kalau PRU14 ada drama blackout, peti undi bawak lari masuk dalam ladang kelapa sawit, petugas SPR tak nak sign walaupun dah recount banyak kali, untuk PRU15 dekat Kepong dengan Gombak pun blackout. Mostly drama tak banyak sangat macam PRU lepas mungkin sebab ada parti yang confident menang besar. 


Ikutkan nak balik Subang lepas mengundi tapi disebabkan hujan I stay je lah dekat Sabak. Lagipun adik lelaki bongsu baru pertama kali tengok keputusan undi. Sambil tengok keputusan, sambil layan analisa politik dekat Awani. I tak setuju lah bila penganalisa tu cakap PH tak fokus pada pengundi muda bila PRU15 ada Undi 18 sedangkan PH ada MUDA :')

Happy tengok keputusan di Hang Tuah Jaya sebab Adam Adli menang besar dekat sana. I support Adam Adli dari zaman AUKU, jadi kawan dekat Twitter sampai lah sekarang. Tak sangka dia boleh menang kerusi di Parlimen. Syed Saddiq dah ada kawan lah sekarang dekat Parlimen selain Rara dengan Hannah Yeoh. Dalam lautan biru di Kedah, ada satu tompok merah dimenangi oleh Dr Mohammed Taufiq Johari. Kecoh dekat Twitter bila dia menang. Dah la muda, segak, senyum sweet kemain. 

Gombak pun kekalkan warna merah sama macam apa yang Diva AA cakap masa pergi mengundi, 'Min, kau akan kalah dik nonnn!'. Bangga tengok Rafizi pegang Pandan sebab lepas PH menang PRU14, Rafizi keluar untuk belajar pasal AI. Pujuk punya pujuk, Rafizi balik semula ke gelanggang politik dan tembak mana yang patut ditembak.


Walaupun PH menang 82 kerusi di Parlimen tapi membawa ke hari ni, iaitu hari keempat Malaysia Menunggu, masih lagi belum ada keputusan siapa PM10 untuk Kerajaan Perpaduan. Dakwat pekat dekat jari pun dah tertanggal banyak dah. Tak berani ye nak main tarik dakwat terkopek tu sebab semalam tarik dakwat rasa sakit rupanya tertarik isi :')

Patutlah masa Malaysia Memilih tak ada drama sangat sebab drama wujud pada tempoh Malaysia Menunggu. Kesian kalau ada yang beli kek 160 riyal untuk meraikan PM10. Anyway, bak kata DSAI, bertenang, sabar banyak-banyak Insya-allah ada jawapannya nanti. Please be safe juga semua sebab ada golongan yang sebarkan naratif fasis dan ekstremis masa berkempen sampai pihak polis kena berjaga-jaga.