Resipi | Japchae Szechuan Glass Noodle Ala Tekak Melayu

Sunday 28 August 2022


Bulan lepas ternampak video Szechuan Glass Noodle dekat TikTok sebab Fariha Jafri tag di ruang komen. Resipi mudah katanya tapi tengok video pun dah tahu resipi ni renyah. Renyah nak prep bahan satu hal, renyah nak sediakan pun satu hal juga sebab ada banyak steps. Tapi sekali dalam seumur hidup je kan nak buat resipi ni so kita layankan je lah craving orang. 

Dalam video TikTok tu dia namakan resipi ni Szechuan Glass Noodle tapi kalau dekat Korea suhun ni diorang panggil Japchae. Bahan lebih kurang sama je cuma beza pada cara penyediaan sebab korean suka stir fry dengan daging. Yang dalam video TikTok ni pula dia gaul buat macam kerabu. Resipi ni kitorang goreng dan gaul sebab ada bahan lebih sedap digoreng. 


Bahan-bahan:

Bahan A : 

- 1 pek suhun dicelur selama 1 minit dan dibilas dan rendam dalam air sejuk

Bahan B : 

- 3 sudu bijan disangai selama 5 minit dengan suhu 100 darjah celcius dalam air fryer. Kalau nak sangai atas kuali pun ikut suka lah. Kuantiti pun ikut tekak masing-masing. 

Bahan C : 


- 5 ulas bawang putih dicincang
- 1 biji bawang merah dicincang
- 6 tangkai cili dipotong halus
- 2 sudu chili flakes
- 1 sudu cuka
- 2 sudu sos tiram
- secubit garam
- 1 sudu gula 
- 5 sudu besar minyak masak

Bahan D :

- setengah batang timun
- setengah batang lobak merah
- 10 crabstick digoreng
- 3 biji cendawan shitake digoreng dan dipotong halus (adik I potong ikut suka dia je hmmm)

Bahan E :

- 2 sudu minyak bijan
- 2 sudu kicap cair/manis
- 1 batang daun bawang
- sedikit daun ketumbar


Cara Penyediaan: 

1. Prep bahan C kemudian panaskan minyak masak dan tuang dalam bekas berisi bahan C. 
2. Gaulkan semua bahan A, B, C, D dan E dalam bekas sehingga sebati dan sedia untuk dihidang. 

Rasa dia sedap lah sebab semua bahan pun ada rasa tersendiri, crabstick pula memang manis ikan lepastu dah letak gula dan garam secukup rasa. Lobak merah dengan timun pun sedap makan sebab rangup. 

Nak kata resipi ni senang, tak juga sebab lenguh tangan nak prep bahan. Kalau yang jenis selalu masuk dapur mungkin laju lah siapnya. Masa kitorang buat resipi ni pun sejam bertapa dekat dapur. Ada yang kata makan japchae boleh kurus sebab kalori dia rendah tapi resipi ni jenis tak relaks bila dekat cashier counter. Kalau semua bahan memang selalu ada dekat rumah mungkin tak terasa sangat lah. 

SYAFIQ YUSOF BUKTIKAN ABANG LONG FADIL 3 FILEM KOMEDI AKSI TERBAIK SEPANJANG ZAMAN | “Ketawa Tanpa Henti, Padat Aksi Mendebarkan, Gandingan Pelakon-Pelakon Hebat”

Dua penerbit yang mendominasi filem-filem pecah panggung Malaysia, Skop Productions dan Astro Shaw sekali lagi bekerjasama dan bersedia mempersembahkan filem terbaru daripada francais komedi aksi ‘blockbuster' no 1 Malaysia, Abang Long Fadil 3 bermula 8 September di seluruh pawagam Malaysia, Singapura dan Brunei. Lebih gempak, lebih impak, lebih aksi, lebih komedi; itu yang dirumuskan mengenai Abang Long Fadil 3. Filem sekuel ketiga ini menampilkan kualiti produksi yang lebih mengagumkan dan antara kelainan yang ditampilkan adalah set terbesar pertama dibina di Malaysia untuk pembikinan filem tersebut. 



Abang Long Fadil 3 adalah idea asal serta diarahkan oleh pengarah muda berbakat besar, Syafiq Yusof. Terdahulu, beliau telah menghasilkan Abang Long Fadil 1 dan 2 dan mencipta fenomena tersendiri apabila Abang Long Fadil 2 berjaya menjadi filem tempatan pertama yang menembusi kutipan pecah panggung melebihi RM18 juta. Uniknya ketiga-tiga francais Abang Long Fadil, penonton dapat melihat transisi konsep cerita di mana francais pertama menonjolkan tema dunia gengster, manakala francais kedua ketengahkan Fadil dalam dunia mafia, dan naskhah terbaru paparkan Fadil dalam konsep spy.

Rata-rata penonton berkongsi rasa teruja menantikan kehadiran filem ini di pawagam. 
   






Malah, menerusi video reaksi barisan pelakon menyaksikan buat pertama kali trailer rasmi, pelakon Zizan Razak telah mengalirkan air mata kerana rasa sebak hasil usaha kerasnya untuk Abang Long Fadil 3 akhirnya akan menemui penonton. Video tersebut juga telah mendapat respons daripada peminat dan tontonan tinggi di media sosial dengan keseluruhan melebihi 7 juta tontonan.  

Abang Long Fadil 3 masih mempertaruhkan Zizan Razak selaku tunggak utama. Manakala barisan pelakon lain yang ditampilkan juga mempunyai kekuatan tersendiri dalam industri seni tanah air seperti, Zizan Razak, Johan, Elizabeth Tan, Maya Karin, Dato AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman, Wak Doyok, Siraj dan penampilan istimewa Hairul Azreen. Setiap bintang turut pertaruhkan adegan aksi yang mendebarkan. 


Pengarah Skop Productions, Datuk Yusof Haslam berkongsi rasa teruja filem Abang Long Fadil 3 bakal dipersembahkan kepada penonton. “Pihak penerbit, pengarah, barisan pelakon, kru dan semua yang terlibat dalam menjayakan filem ini telah pun melakukan yang terbaik untuk persembahkan kepada peminat dan penonton. Kami percaya penonton sukakan kejutan atau kelainan dari sudut persembahan dalam setiap filem yang ditonton, jadi kami tampilkan konsep segar melalui sekuel terbaru ini. Kami mengharapkan kehadiran Abang Long Fadil 3 mampu menghiburkan dan menerima reaksi positif daripada penonton.”


Sementara itu, Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad mengulas mengenai keberhasilan filem berkualiti, ia akan merancakkan lagi persaingan yang sihat dikalangan penerbit dan penambahan filem cereka, lantas membuka pasaran yang lebih luas ke negara-negara lain untuk ditayangkan. “Filem Abang Long Fadil 3 menjadi filem komedi aksi tempatan pertama yang menemui penonton di pawagam selepas dua tahun. Kami percaya genre tersebut masih menjadi genre kesukaan penggemar filem di negara ini. Meskipun begitu, filem ini turut dipadatkan dengan naratif, mutu produksi dan elemen ‘fresh’ agar sekuel ketiga tampil lebih baik serta menarik. Sasaran kami bukan sahaja ingin menampilkan francais komedi aksi terbaik sepanjang masa, tetapi filem yang dapat meninggalkan impak yang besar dan mampu mempelopori pasaran luar. Kami harap filem ini mampu memberi nafas yang baik untuk industri perfileman tempatan.”


Filem Abang Long Fadil 3 akan mengadakan sesi jelajah yang turut dimeriahkan dengan barisan pelakon pada 10, 11 September di Johor dan Melaka, 16, 17, 18 September di Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Untuk maklumat selanjutnya mengenai jelajah ini boleh ikuti Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw. 

Manakala OST bagi filem Abang Long Fadil 3 adalah ‘Payung’ nyanyian Zizan Razak bersama Elizabeth Tan. Lagu ini turut mengajak orang di luar sana untuk turut serta dalam dance challenge lagu Payung di platform TikTok dan peminat bertuah yang terpilih berpeluang untuk hadir ke majlis Mega Fans Screening Abang Long Fadil 3 pada 7 September nanti. 


Filem ini juga telah mendapat tajaan daripada Suria KLCC selaku penaja lokasi bagi Malam Gala Abang Long Fadil 3 di kawasan Esplanade dan di selaras bersama TGV Cinemas. Selain itu, Suria KLCC turut menaja melalui platform promosi LED Skrin di Concourse, digital outdoor screen di Pintu Masuk Ampang, papan tanda digital di sekitar mall Suria KLCC, perkongsian promosi di media sosial dan eDMs (mesej elektronik melalui emel). Selain itu, filem ini menjalin kerjasama erat bersama pemamer dan mendapat sokongan padu daripada station radio Melayu dan Inggeris Astro, serta portal hiburan nombor 1, Astro Gempak. Manakala, Luckin Coffee turut menyumbang pada Majlis Gala Abang Long Fadil 3.


Filem Abang Long Fadil 3 menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaru yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu. 

Saksikan filem daripada francais komedi aksi no 1 Malaysia, Abang Long Fadil 3, di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, Singapura bermula 8 September ini. Gunakan #AbangLongFadil3 dan #ALF3 di platform media sosial bagi berkongsi reaksi anda mengenai filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak. 

TRIVIA ABANG LONG FADIL 3

1. Abang Long Fadil 1 – Dunia Gangster, Abang Long Fadil 2 – Dunia Mafia, Abang Long Fadil 3 – Dunia Spy.


2. ‘Comeback’ atau kemunculan semula gandingan popular tanah air, JOZAN (Zizan Razak dan Johan) di layar perak selepas setengah dekad. 

3. Set filem terbesar yang pernah dibina untuk filem tempatan. Mengambil masa 3 bulan untuk menyiapkan set tersebut. 

4. Filem komedi aksi pertama Elizabeth Tan. Elizabeth Tan telah melakukan aksi ‘stunt’ sendiri tanpa menggunakan pelakon alih lagak aksi. Dia turut menjalani sesi latihan bersama pelakon Maya Karin bagi memantapkan babak aksi yang perlu dipersembahkan.

5. Watak Ocy Lin dihasilkan khas untuk Ozlynn kerana Syafiq Yusof merasakan gandingannya bersama Johan mampu menyaksikan watak antagonis suami isteri yang mampu meninggalkan kesan.  


6. Mengambil masa sedikit panjang apabila menjalani penggambaran babak Johan dan Ozlynn kerana rata-rata kru tidak mampu menahan gelak melihat aksi persembahan mereka. 

7. Banyak babak letupan di dalam filem. Menariknya, babak letupan tersebut adalah letupan sebenar dan tidak menggunakan teknik CGI atau VFX. 

8. Pencarian ‘Sama Tak Serupa’ menerusi radio ERA yang mengajak orang di luar sana berkongsi gambar seakan-akan Zizan Razak di media sosial dengan menggunakan #MencariZizanEra yang dijalankan pada bulan Julai lalu, telah menyaksikan 4 pemenang istimewa terpilih untuk tampil dalam muzik video OST Abang Long Fadil 3.  

encoriumⓇ nekad mengatasi masalah utama kulit masyarakat tempatan dengan rumusan Vitamin C dan Tokotrienols | Tocotrienols dari Malaysia 60 kali lebih berkesan daripada vitamin E biasa untuk mempertingkatkan prestasi Vitamin C dalam menyelesaikan masalah hiperpigmentasi.

Hiperpigmentasi (noda-noda hitam di kulit) adalah masalah utama di kalangan pengguna penjagaan kulit Malaysia. Menurut encoriumⓇ jenama penjagaan kulit tempatan baharu, tokotrienol, vitamin E yang diperoleh daripada sawit merah dari Malaysia lebih berkesan daripada vitamin E konvensional, tokoferol sebagai bahan penggalak asid L-askorbik (vitamin C) dalam merawat masalah hiperpigmentasi.

encoriumⓇmelancarkan produk pertamanya CE3 Brightening Buffet pada hari Sabtu. Serum yang dirumus dengan rapi itu diperbuat dengan pelbagai bahan aktif termasuk 18 peratus asid L-askorbik (Vitamin C), tokotrienol, tokoferol dan asid ferulik.

Pengasas jenama encoriumⓇ Cynthia Lee berkata bahawa penguji-penguji produk jenama tersebut melaporkan penampilan kulit yang lebih berseri dan pemudaran noda-noda hitam dengan kadar yang lebih pantas dengan formulasi ini berbanding dengan serum vitamin C biasa.

“Pada tahun lepas, kami menguji gabungan formulasi ini ke atas lebih 500 pengguna penjagaan kulit di Malaysia dan lebih 80 peratus mendapati bahawa kulit mereka nampak lebih berseri selepas 14 hari,” katanya.

Ditanya mengapa jenama tersebut memilih untuk melancarkan serum pencerah terlebih dahulu, Lee berkata tinjauan dengan kumpulan penguji menunjukkan bahawa 63.6 peratus pengguna penjagaan kulit sedang mencari penyelesaian untuk masalah hiperpigmentasi. Masalah kulit lain yang diketengahkan oleh responden berumur antara 21 dan lebih 55 tahun adalah kerutan halus (53.6 peratus) dan kekurangan hidrasi (50.8 peratus).

Menurut Lee, encoriumⓇ, berusaha membantu penggemar produk penjagaan kulit Malaysia dalam menangani tiga masalah kulit utama dengan rangkaian produk mereka bermula dengan CE3 Brightening Buffet.

Lee berkata, "Asid L-askorbik adalah bahan yang popular dalam merawat noda-noda hitam. Ia adalah salah satu bahan yang paling banyak diselidik oleh pakar-pakar kimia. Walau bagaimanapun, ia juga merupakan salah satu bahan yang paling sukar untuk dirumus ke dalam produk kerana kepekaannya terhadap udara, air, haba dan cahaya, yang menyebabkan pengoksidaan yang menyebabkan kehilangan kesan dalam tempoh yang singkat.

"Sebagai penyelesaian dan meningkatkan keberkesanan asid L-askorbik ini, kami menggunakan Tokotrienol," katanya sambil menambah bahawa para penyelidikan keatas tokotrienol menunjukkan bahawa Vitamin E jenis ini 60 kali lebih cekap berbanding vitamin E konvensional, Tocoferol.

Dengan formulasi ini, Lee berkata bahawa jenama itu telah berjaya memperlahankan proses pengoksidaan vitamin C sekurang-kurangnya dua kali ganda.

encoriumⓇ mengambil langkah tambahan untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan vitamin C dalam serum CE3 Brightening Buffet dengan mengasingkan serbuk asid L-askorbik daripada formulasi cecair utama. Dengan cara itu, pengguna produk boleh mencampurkan bahan-bahan serbuk dengan cecair untuk menikmati formulasi serum segar yang berkesan.

“Dengan cara ini, kami bukan sahaja dapat menyelesaikan isu kestabilan produk, ini dapat menjamin bahawa pengguna dapat menikmati serum segar seolah-olah produk haharu dari makmal pembuatan, tetapi di rumah!” kata Lee.

Untuk mengatasi masalah lain seperti dehidrasi dan garis halus, gliserin, asid hyaluronik dan rumpai merah juga ditambah ke dalam encoriumⓇ CE3 Brightening Buffet dalam kadar yang mencukupi.

Menurut pegawai perubatan kesihatan keluarga Dr Amanda binti Elli, Asid L-askorbik adalah salah satu bentuk vitamin C yang paling berkesan dalam penjagaan kulit topikal setakat ini.

Beliau berkata bahawa badan kita terdedah kepada radikal bebas daripada bahan pencemar alam sekitar dan matahari setiap hari dan tanda-tanda tersebut hadir pada kulit kita kerana kulit adalah organ terbesar dan barisan pertahanan pertama manusia.

Vitamin C adalah antioksidan penting yang diperlukan oleh tubuh untuk melawan radikal bebas ini. Namun, badan kita tidak menghasilkan vitamin C secara semulajadi.

“Kami mendapatkannya daripada makanan. Apabila ditelan, badan kita memproses nutrien dan menyebarkannya ke seluruh badan - dari sel darah ke otak ke kulit. Jumlah vitamin C yang diterima oleh kulit kita juga bergantung pada kualiti vitamin C yang kita makan dan keadaan kesihatan kita. Jadi, badan kita mungkin tidak menghantar vitamin C yang mencukupi ke kulit untuk menangani isu-isu kecantikan seperti kulit kusam dan noda-noda hitam. Dalam keadaan sedemikian, penyapuan asid L-askorbik adalah logik,” katanya sambil menambah bahawa kandungan asid L-askorbik dalam produk perlu antara lapan sehingga 20 peratus untuk mendapatkan kesan yang positif.

Memuji langkah encoriumⓇ dalam mencampurkan tokotrienol dengan Asid L-askorbik, Dr Amanda berkata, “ini adalah satu inovasi yang bijak. Tokotrienol mempunyai ekor molekul yang lebih kecil berbanding vitamin E konvensional. Saiznya yang lebih kecil menjadikannya lebih cekap dalam menjalankan peranannya sebagai antioksidan.

“Dalam memerangi radikal bebas yang merosakkan kulit, Asid L-askorbik adalah seperti seorang askar yang gagah perkasa tetapi tidak stamina tidak tinggi. Ia kuat tetapi tenaganya mudah hilang. Antioksidan lain seperti Vitamin E dan asid Ferulik boleh membantu asid L-askorbik menjana semula kekuatannya,” kata Dr Amanda.

Dr Amanda juga berkata bahawa Tokotrienol bukan sahaja penggalak yang berkesan untuk Vitamin C dalam penjagaan kulit, ia juga merupakan antioksidan yang sangat mujarab dalam menggalakkan penyembuhan kulit, pelembab, pemulihan dan penjanaan semula.

Drama Review | Stranger Things 4 (2022)

Wednesday 24 August 2022


Director : The Duffer Brothers
Writer : The Duffer Brothers
Cast : Winona Ryder, David Harbour, Finn Wolfhard, Millie Bobby Brown, Gaten Matarazzo, Caleb McLaughlin, Natalia Dyer, Charlie Heaton, Cara Buono, Matthew Modine, Noah Schnapp, Joe Keery, Linnea Berthelsen, Dacre Montgomery, Cara Buono, Sean Astin, Paul Reiser
Production Company : Netflix
Distributor : Netflix
Genre : Science Fiction / Drama
Running Episodes : 9 episodes (45 minutes per episode)
Release Date : 27 May 2022 – 01 July 2022
Trailer :


Setahun selepas serangan The Mind Flayers di Starcout Mall, Eleven a.k.a Jane Hopper (Millie Bobby Brown) cuba adapt dengan kehidupan di sekolah menengah dan berjauhan dari kekasihnya Mike Wheeler (Finn Wolfhard). Tapi tak lama pun bila Mike datang ke California untuk luangkan cuti musim panas bersama Eleven dan Will Byers (Noah Schnapp).

Tak lama kemudian ejen CIA datang untuk bawa Eleven balik ke makmal rahsia untuk hidupkan kembali kuasa dia yang hilang kerana The Mind Flayers. Dalam masa yang sama Lucas Sinclair (Caleb McLaughlin) dan geng bola keranjang cuba menyiasat kes pembunuhan Chrissy Cunningham (Grace Van Dien) bila mayatnya dijumpai dalam keadaan ngeri di treler milik Eddie Munson (Joseph Quinn). 


Dustin Henderson (Gaten Matarazzo), Steve Harrington (Joe Keery), Robin Buckley (Maya Hawke) dan Erica Sinclair (Priah Ferguson) cuba bantu Eddie sembunyi dari beberapa pihak yang ingin cuba tangkap dia. Mereka syak pembunuhan tersebut berpunca dari dunia The Upside Down. Raksasa kali ni lebih menakutkan dan lebih kuat dari Demogorgon iaitu Vecna (Jamie Campbell Bower) yang mempunyai kuasa mempengaruhi minda manusia. 

Dalam masa yang sama Joyce Byers (Winona Ryders) ajak Murray Bauman (Brett Gelman) pergi ke Rusia untuk berjumpa dengan Yuri Ismaylov (Nikola Duricko) sebab Joyce percaya Hopper (David Harbour) dalam tahanan KGB selepas letupan kuasa nuklear dalam musim lepas.  


Plot musim keempat ni keluar dari kawasan Hawkins dan mempunyai tiga latar tempat yang berbeza – California (Jonathan, Will, Mike, Eleven), Rusia (Joyce, Hopper, Murray) dan Hawkins (Dustin, Steve, Robin, Erica, Lucas, Max, Eddie). Makin banyak watak satu hal sebab ada juga plot sampingan dan flashback yang berlaku dalam masa yang sama, banyak latar tempat pun satu hal juga. Memandangkan banyak perkara berlaku dalam satu masa, screentime untuk setiap watak pun tak panjang. Kecewa sikit lah sebab mengharapkan watak Suzie (Gabriella Pizzolo) dapat screentime lebih lama untuk perkenalkan watak dia dalam franchise science fiction ni. 

Tepat lah sangkaan I sebelum ni bila plot Rusia dan KGB yang cuba buka pintu masuk ke duania The Upside Down tu terlampau awal sebab tak nampak apa motif KGB ambil tanpa ambil kira risiko kepada negara. Plot di Rusia memang merepek lah dan buang masa. Daripada Joyce, Murray dan Hopper buang masa dekat sana, lebih baik diorang sumbang idea dan tenaga bantu anak-anak dekat Hawkins atau California. 


Tambahan watak geng bola keranjang pun tak membantu sebab kacau geng Hellfire buat kerja. Mungkin nak tambahkan konflik tapi kewujudan The Upside Down dah cukup tegang. Duffer Brothers masih ada hutang untuk jelaskan kenapa dunia aneh tu boleh wujud, tambah pula dengan latar masa yang berbeza bila Nancy Wheeler (Natalia Dyer) perasan pistol dia tak wujud. 

Walaupun plot musim keempat makin lemah tapi suka dengan watak Steve yang makin menyerlah dengan avatar hero. Malangnya penulis tone down watak Jonathan Byers untuk buat penonton kurang rasa bersalah bila Nancy pilih Steve nanti. I tahu nanti Nancy akan balik kepada Steve juga sebab banyak kali penulis bagi hint dalam musim 4 ni. Biarlah watak Steve sama naik dengan Jonathan pun. Life is shit anyway. Penulis dah gagal pun bila watak Bob, Kali dan Billy tak digunakan sebaiknya. 


Selain dari watak Steve, puas hati juga lah tengok semua watak dalam misi menyelamatkan Hawkins ni function teruk. Even buat pizza pun penting ye dalam misi menentang Vecna, sebab kalau perut kosong memang otak tak boleh pergi jauh. Sembang dari pengalaman :’)

Music album dalam musim 4 makin menarik dan sesuai dengan penceritaan bila Kyle Dixon dan Michael Stein masukkan lagu hit Kate Bush – Running Up That Hill. Fun fact, Kate Bush buang licensing right untuk Stranger Things sebab dia suka series ni. Lagu Metallica – Master of Puppet pun jadi tumpuan dalam babak Eddie main gitar untuk tarik perhatian demobat di dunia The Upside Down. I was like whoaaaaa!



I harap Duffer Brothers redeem balik apa yang kurang dalam musim 4 ni dan tumpukan pada Hawkins dan Upside Down dalam musim kelima. Tak pasti yang kelima betul-betul akan jadi yang terakhir atau saja nak tengok reaction peminat Stranger Things. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 7.3/10

Director : The Duffer Brothers
Writer : The Duffer Brothers
Cast : Winona Ryder, David Harbour, Finn Wolfhard, Millie Bobby Brown, Gaten Matarazzo, Caleb McLaughlin, Natalia Dyer, Charlie Heaton, Cara Buono, Matthew Modine, Noah Schnapp, Joe Keery, Linnea Berthelsen, Dacre Montgomery, Cara Buono, Sean Astin, Paul Reiser
Production Company : Netflix
Distributor : Netflix
Genre : Science Fiction / Drama
Running Episodes : 8 episodes (45 minutes per episode)
Release Date : 04 July 2019
Trailer :


Menginjak ke tahun 1895, Hawkins dapat shopping mall yang pertama, Starcourt Mall dan Steve bekerja di ice cream parlour, Scoop Ahoy dengan Robin Buckley (Maya Hawke). Sementara Nancy Wheeler (Natalia Dyer) dan kekasihnya Jonathan Byers (Charlie Heaton) buat internship di salah sebuah syarikat akhbar. 

Disebabkan Starcourt Mall, Joyce Byers (Winona Ryders) dan juga ramai lagi pekedai kecil yang lain kehilangan pelanggan. Selepas kejadian menyedihkan dalam musim kedua, Joyce bercadang untuk bawa keluarga dia keluar dari Hawkins. Hopper yang dalam diam simpan perasaan pada Joyce tak bercadang untuk halang pun dan beri perhatian lebih pada anak angkat dia, Eleven a.k.a Jane Hopper (Millie Bobby Brown) yang semakin serius dengan Mike Wheeler (Finn Wolfhard). 


Joyce perasan fridge magnet di rumah dia dah tak melekat, sama juga dengan di kedai. Bila dia minta bantuan Scott (Randy Havens) untuk terangkan situasi tu, dia syak ada sesuatu yang tak kena sedang berlaku di Hawkins. Nancy pula jumpa perkara pelik bila tikus di Hawkins makan baja kimia dan bertindak agresif tapi Jonathan anggap tu perkara biasa. 

Sementara Hopper menjejak pembunuh upahan dari Rusia, Steve, Dustin, Erica (Priah Ferguson) dan Robin terperangkap dalam pangkalan rahsia askar Rusia. Billy pula (Dacre Montgomery) dalam diam mengumpul angkatan tentera untuk misi dunia The Upside Down. 


Dari awal lagi penulis dah letak misteri perkara aneh yang berlaku di Hawkins secara serentak. Bila The Mind Flayers gagal untuk takluk Will Byers (Noah Schnapp) pada musim lepas, dia cuba guna Billy yang tak pernah ambil kisah dengan semua perkara aneh yang berlaku di tempat tinggal dia. 

Geram dengan watak Jonathan dalam musim ketiga ni sebab dia suka ignore perkara pelik yang jadi padahal dia dah pernah abaikan mak dia dalam musim pertama masa Will hilang. Patutnya dia dah kena sentiasa berjaga-jaga bila ada benda pelik sebab adik dia yang pernah jadi mangsa. Dah nampak lah penulis nak penonton ubah hati pada Steve pula. Lagipun sebelum ni tak diperkenalkan dengan lebih mendalam perwatakan Steve dan Jonathan. Dan perkenalan tu pula lebih kepada perspektif Nancy dalam masa yang singkat. 


Excited masa tengok pembunuh upahan Rusia, Grigori (Andrey Ivchenko) tu muncul sebab teringat dalam musim kedua, Duffer Brothers ada bagi hint dalam scene Eleven dok ubah channel dekat TV tu keluar muka Arnold Schwarzenegger. Muka Andrey memang ada iras Arnold even cara dia berjalan pun sama. 

Another one thing yang I suka dalam musim ketiga ni bila Eleven makin rapat dengan Max dan menyembang pasal girl stuff selain dari The Upside Down, Hopper ataupun Mike. Masa perdebatan antara Mike dengan Nancy pasal kuasa Eleven pun menarik sebab dua-dua pendapat betul. Level risau macam Mike bila tengok Eleven berdarah setiap kali guna kuasa minda dia tapi dalam masa yang sama curious sejauh mana kekuatan kuasa dia. 


Walaupun ramai yang suka plot pihak KGB berusaha untuk buka The Upside Down untuk guna sebagai mekanisma pertahanan negara mereka tapi I rasa macam pihak ni dimasukkan terlampau awal. I masih lagi tak nampak kenapa Dr. Martin Brenner buat eksperimen dan macam mana dunia The Upside Down ada hubungkait dengan dia. Lagi kecewa bila Eleven bertarung seorang balik di Hawkins sedangkan Kali dah muncul dalam musim kedua. 


Sebelum ni Duffer Brother kata tak nak series ni jadi panjang macam series lain sebab 8 episod pun dah cukup untuk ceritakan kisah Hawkins dan The Upside Down tapi lepas 3 musim banyak persoalan belum terjawab, I boleh kata Duffer Brothers buat silap besar. Terlampau awal untuk korbankan Billy kepada The Mind Flayers selain pihak KGB yang masuk tanpa penjelasan yang kukuh. 


Kemunculan Suzie (Gabriella Pizzolo) memang menarik sebagai hacker terhebat dan berduet dengan Dustin untuk lagu “The Neverending Story” tapi sayang lah babak tu nampak merepek sebab drag pada saat genting. Overall idea untuk musim ketiga memang cantik tapi tersia dengan olahan yang lemah. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 7.5/10

Drama Review | Stranger Things 2 (2017)


Director : The Duffer Brothers
Writer : The Duffer Brothers
Cast : Winona Ryder, David Harbour, Finn Wolfhard, Millie Bobby Brown, Gaten Matarazzo, Caleb McLaughlin, Natalia Dyer, Charlie Heaton, Cara Buono, Matthew Modine, Noah Schnapp, Joe Keery, Linnea Berthelsen, Dacre Montgomery, Cara Buono, Sean Astin, Paul Reiser
Production Company : Netflix
Distributor : Netflix
Genre : Science Fiction / Drama
Running Episodes : 9 episodes (45 minutes per episode)
Release Date : 27 October 2017
Trailer :


Mana-mana series pun akan kembangkan barisan watak utama atau beberapa watak sampingan kalau dah masuk musim kedua, sama juga dengan Stranger Things dari Duffer Brothers ni. Boleh nampak Stranger Things (2016) dah mula berkembang dan menarik perhatian ramai bila ada pertambahan satu episod. 
Will Byers (Noah Schnapp), Mike Wheeler (Finn Wolfhard), Dustin Henderson (Gaten Matarazzo) dan Lucas Sinclair (Caleb McLaughlin) teruskan kehidupan mereka tanpa Eleven (Millie Bobby Brown). Gadis berambut merah masuk ke sekolah mereka dan digelar Mad Max (Sadie Sink) kerana game skills dia yang power di arcade. 


Sementara Lucas dan Dustin sibuk mengejar perhatian Madmax, Mike sibuk mencari Eleven, Will pula rasa terasing dan rasa ada sesuatu yang tak kena dengan badan dia. Rasa seram sejuk dan kaku. Dia cuba bagitahu Mike tapi kawan baik dia anggap tu cuma serangan trauma gara-gara hilang diculik ke dunia The Upside Down. Will tak rasa tu cuma ilusi atau halusinasi dan Joyce (Winona Ryder) juga rasa anak dia terancam. Mereka namakan makhluk tersebut The Mind Flayer. 


Dalam masa yang sama, Eleven keluar mencari ibu kandung dia dan terserempak dengan Kali a.k.a Eight (Linnea Berthelsen) yang boleh mengawal minda orang lain. Eight adalah hasil ujikaji Dr. Martin Brenner (Matthew Modine) sama seperti Eleven tapi kelebihan kuasa mereka berbeza. Masa tengok Eleven berjumpa dengan Eight dah rasa teruja sebab Eleven dah jumpa geng dia satu hal, Eleven dah tak perlu habiskan tenaga dia seorang saja untuk selamatkan Hawkins satu hal lagi. Kesian sangat tengok hidung atau telinga dia berdarah setiap kali dia guna kuasa. 


Penceritaan Stranger Things musim dua bertambah menarik dengan kehadiran The Mind Flayer sebab dunia The Upside Down cuba dengan lebih gigih lagi untuk tawan Hawkins. Kalau raksasa dalam musim pertama adalah makhluk yang mudah untuk ditewaskan, The Mind Flayers pula lebih rumit dan berbahaya bila ianya berhubung kait dengan Will. Kalau askar cuba musnahkan sarang The Mind Flayer, Will akan tanggung rasa sakit yang sama. 

Selain character development 4 sekawan dikembangkan dengan lebih mendalam, suka tengok perubahan pada watak Steve Harrington (Joe Keery) yang sebelum ni digambarkan seperti loser tapi bangkit lebih solid dalam musim kedua. Friendship Steve dengan Dustin nampak menarik dengan comedic timing dari Dustin yang menghiburkan. Berbeza dengan hubungan Steve dan Nancy (Natalia Dyer) yang dah mula goyah sebab Jonathan (Charlie Heaton). Dekat previous season pun dah nampak hint ni tapi terkejut bila Nancy pilih Steve dekat hujung tu. 


Walaupun Duffer Brothers masukkan watak Billy Hargrove (Dacre Montgomery) tapi dia cuma pencuci mata untuk beberapa watak di Hawkins. Belum pasti apa tujuan Duffer Brothers tambah watak Billy. Kalau dalam previous season ada Steve yang kacak bergaya, season dua ada Billy yang cool. More like daddy cool. 

Kalau sebelum ni Duffer Brothers tak nak guna CGI pada raksasa Demogorgon, berbeza dalam musim kedua bila The Mind Flayers sepenuhnya bergantung pada kesan khas. Fizikal dan sifat dia macam kepulan asap dan angin pun susah nak dihasilkan supaya nampak asli dan natural. 


Musik latar Stranger Things terikat dengan audio zaman 80-an yang terarah pada synth-heavy genre di mana Michael Stein dan Kyle Dixon cari 50 buah lagu dari tahun 1930-an hingga 1980-an. Music score Stranger Things hasil karya menambahkan lagi impak pada penceritaan. 

Overall musim kedua adalah eksperimen dari team production untuk menguatkan watak di Hawkins dengan penonton sebab banyak bermain dengan emosi. Penulis ketengahkan PTSD pada watak Will dan Nancy, kembangkan watak Hopper dan Eleven yang hilang orang mereka sayang, geng 4 sekawan yang makin rapat selepas kehilangan Will dalam musim pertama. Cliche juga penulis matikan watak di hujung cerita supaya bagi laluan kepada dua watak ni bercinta sekaligus tambah elemen drama sedangkan dekat babak tu ada part yang sengaja drag macam tertinggal pistol. 


Sama macam musim pertama, persoalan besar masih lagi belum terjawab tentang ujikaji Dr. Martin Brenner sama ada ujikaji dia akan membantu Hawkins ataupun akan jadi ancaman. Tengok pada perwatakan Kali, tak mustahil kalau dekat musim ketiga nanti dia team up dengan Eleven dan rosakkan dunia. Atau mungkin juga Eleven akan kawal Kali untuk bantu dia selamatkan Hawkins. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.5/10

Drama Review | Stranger Things (2016)


Director : The Duffer Brothers
Writer : The Duffer Brothers
Cast : Winona Ryder, David Harbour, Finn Wolfhard, Millie Bobby Brown, Gaten Matarazzo, Caleb McLaughlin, Natalia Dyer, Charlie Heaton, Cara Buono, Matthew Modine, Noah Schnapp, Joe Keery, Shannon Purser
Production Company : Netflix
Distributor : Netflix
Genre : Science Fiction / Drama
Running Episodes : 8 episodes (45 minutes per episode)
Release Date : 15 July 2016
Trailer :


Berlatarkan sebuah kawasan luar bandar, Hawkins, Indiana sebuah makmal milik kerajaan Amerika Syarikat diserang oleh makhluk mengerikan. Will Byers (Noah Schnapp) diserang oleh makhluk tersebut ketika pulang ke rumahnya. Hilang tanpa kesan tapi Jim Hopper (David Harbour) perasan ada beberapa benda aneh di tempat kejadian. 

Sementara keluarga Byers sibuk mencari Will, rakan baiknya juga turut serta walaupun keluarga masing-masing melarang keras tindakan tersebut. Mike Wheeler (Finn Wolfhard), Dustin Henderson (Gaten Matarazzo) dan Lucas Sinclair (Caleb McLaughlin) tak boleh duduk diam dan tunggu berita sedangkan nyawa Will mungkin dalam bahaya. 


Semasa berjalan dalam hutan mereka bertiga terserempak dengan Eleven (Millie Bobby Brown) yang bersembunyi dari sesuatu. Mike bawa Eleven ke ruang bawah tanah rumah dia. Lucas dan Dustin mempersoalkan sekiranya Eleven adalah pembunuh psiko ataupun berbahaya. Lain yang dicari, lain pula dijumpa. Bertambah pula masalah mereka untuk sorok dari pengetahuan keluarga. Will pula entah di mana. 

Joyce Byers (Winona Ryder) pula percaya anak dia terperangkap di alam lain bila dia perasan ada perkara aneh berlaku dalam rumah sejak kehilangan Will. Dia ambil cuti dan focus cari jalan untuk selamatkan anak bongsunya. Selain perkara aneh, Joyce juga pernah diserang oleh makhluk mengerikan tanpa muka. Ramai yang kata Joyce dah gila sebab hilang anak tapi dia tahu apa yang dia nampak betul-betul wujud. 


Tak lama selepas kehilangan Will, Barbara Holland (Shannon Purser) juga hilang sementara tunggu Nancy Wheeler (Natalia Dyer) di rumah Steve Harrington (Joe Keery). Hanya Jonathan Byers (Charlie Heaton) yang nampak keberadaan Barbara kali terakhir di situ. Nancy minta bantuan Jonathan untuk bantu dia cari kawan baiknya sebab kehilangan yang misteri dan juga penampakan makhluk misteri di hutan. 

Sebelum ni tak pernah berminat pun nak tengok series Stranger Things terbitan Netflix Originals sebab mesti lama nak tunggu next season. Tapi kalau dah namanya takdir, siapa lah kita untuk menepis penangan series menarik macam ni. Untuk musim pertama penceritaan dia ringkas sebab The Duffer Brothers nak kenalkan alam The Upside Down dan juga barisan watak utama. 


Awalnya plot terbahagi kepada 3 kumpulan bila Joyce bekerjasama dengan Jim Hopper mencari Will, kumpulan kawan Will bersama Eleven manakala Nancy bersama Jonathan. Jadi cepat habis layan musim satu ni bila tak sabar nak tunggu tiga kumpulan ni berjumpa dan cerita dapatan masing-masing. Setiap kumpulan ada leads dan kekurangan masing-masing sebab tu penting untuk mereka semua berkumpul. 

Geram nak tunggu waktu tu sampai sebab semua watak saling berkait tapi tak pernah menyembang pasal The Upside Down. Macam Nancy dah pernah masuk ke alam The Upside Down tapi tak pernah bagitahu adik dia, Mike yang sibuk cari cara ke sana. Sementara Joyce dapat berhubung dengan Will di alam sana tapi Jonathan pula tak percaya. Geram pun tetap realistik macam mana Duffer Brothers olah series pertama mereka ni. Slow and steady. 


Bab lakonan memang terbaiklah walaupun series ni tertumpu pada pelakon kanak-kanak tapi Duffer Brothers pilih semua pelakon melalui uji bakat. Watak cikgu sains diorang, Scott Clarke (Randy Havens) pun menarik juga sebab dia selalu muncul untuk terangkan fakta sains dalam Bahasa yang mudah nak faham. Yang tengok pun rasa syok nak follow bila kita faham apa yang diorang bincangkan. 

Masa Joyce beli lampu lip lap banyak-banyak sampai penuh satu troli sebab nak kberhubung dengan Will tu macam dah terdetik juga entah-entah Joyce ni gila sebab beberapa watak cakap dia ada anxiety tapi penulis masukkan insiden Holy supaya connection Joyce dengan audience kuat balik. Mak mana yang boleh tidur kalau anak dia hilang. 


Series Stranger Things ni berlatarkan zaman 1983 jadi menarik lah tengok semua props, interior, cara pemakaian dan cara hidup berkisar mengikut latar masa tersebut. Tona warna yang digunakan pun sesuai dengan spektrum visual pada zaman 80-an. Visual effects tak digunakan dengan banyak pun sebab Duffer Brothers nak raksasa dalam The Upside Down tampak meyakinkan dan menggerunkan untuk penduduk Hawkins. 

Musik latar pun terikat dengan audio zaman 80-an yang terarah pada synth-heavy genre tapi tak tahu pun semua lagu yang dimasukkan. Music score Stranger Things hasil karya Michael Stein dan Kyle Dixon menambahkan lagi impak pada penceritaan. Lagu "Should I Stay or Should I Go" – The Clash yang muncul setiap kali Will cuba berkomunikasi dengan beberapa watak di dunia nyata mempunyai lirik yang sesuai dengan situasi dan menambahkan elemen dramatik. 



Series ni tak sesuai tengok masa makan sebab raksasa atau makhluk dekat dunia Upside Down tu jenis berlendir. Bila dia bergerak boleh dengar bunyi lendir dan melekit tu. Disebabkan penduduk Hawkins tak pernah alami perkara aneh jadi tak ada siapa tahu cara untuk kalahkan raksasa sampai marathon terus ke musim dua. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Pengarah : Zulkarnain Azhar, Frank See
Penulis Skrip : Josiah cheng, Keoh Chee Ang
Pelakon : Aiman Hakim Ridza, Adi Putra, Nas-T, Luqman Hafidz, Johan As'ari, Pablo Amirul, Jack Tan, Sara Ali, Iman Corrine, Anas Ridzuan, Fezrul Khan, Scha Al-Yahya, Aqasha, Azira Shafinaz, Sangeeta Krishnasamy
Syarikat Produksi : Golden Screen Cinemas, FXHammer Films, Multimedia Entertainment, SixFun Media
Pengedar : Golden Screen Cinemas
Genre : Aksi
Durasi Tayangan : 103 minit
Tarikh Tayangan : 25 Ogos 2022
Trailer :


Mengisahkan tentang anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang diketuai oleh Kapten Adib a.k.a Rock (Nas-T) dan mentornya, Mejar Adnan a.k.a Lejen (Adi Putra) yang bertugas dalam misi bantuan kemanusiaan di Namburi, iaitu sebuah negara yang berada dalam perang saudara antara Namburi Utara dan juga Namburi Selatan. 

Dalam perjalanan pulang ke Malaysia, pesawat mereka telah ditembak jatuh oleh puak militan kerana Lejen cuba untuk selamatkan budak lelaki dari Namburi Selatan. Mengetahui perkara itu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengarahkan misi Hornbill untuk menyelamatkan mereka semua. 


Zafran (Aiman Hakim Ridza) pujuk Tuan Hassan (Aqasha) untuk masukkan dia dalam operasi tersebut walaupun nama dia dalam pemantauan kerana langar protokol TUDM. Nak tak nak, pihak atasan terpaksa setuju kerana Mantis adalah pilot terbaik mereka. Pihak militan Namburi pula mempunyai jet CIG dengan kekuatan peluru berpandu. Mustahil untuk PASKAU begerak tanpa juruterbang yang hebat seperti Mantis. 

Naskhah Air Force The Movie: Selagi Bernyawa yang diterbitkan oleh Golden Screen Cinemas berlatarkan di sebuah negara fiksyen tapi cukup untuk menjelaskan ketegangan yang berlaku di negara tersebut. Sepanjang movie ni ditayangkan boleh nampak TUDM main peranan besar dengan menjadi sumber rujukan para penulis dan juga pengarah. Banyak jargon tentera udara digunakan lantas menguatkan lagi penceritaan. 


Memandangkan naskhah Air Force adalah genre aksi jadi penulis tak beratkan sangat pada plot atau character development. Banyak elemen drama dimasukkan tapi tak dikembangkan sebaiknya. Personally for me lebih mendalam kalau beberapa watak guna Bahasa Melayu daripada speaking. Macam babak Natrah (Sara Ali) sedar ada darah dekat tangan. Feeling tu lagi sampai kalau dia menjerit ‘Darah!’ berbanding ‘There’s blood, there's blood’. 

Ada babak yang ada potential untuk tambah impak pada ketegangan  atau drama bila Susan (Iman Corrine) halang Gaban (Luqman Hafidz) dari tembak militan. Susan betul, Tuai (Pablo Amirul) pun betul. Patutnya dekat situ Tuai kena bagitahu lah kenapa PASKAU perlu tembak walaupun dia tu budak sebab aras ancaman tetap sama. Kalau budak tu tembak diorang, semua mati. Selagi namanya ancaman, semuanya berbahaya. Medan perang tak sama dengan dataran biasa. 


Naskhah ni pun tak banyak sembang pasal strategi jadi ada masanya lost dengan plan diorang. Masa Brigadier Jeneral Rahim (Esma Daniel) puji Layla bagus tu pun entah apa yang dia puji beria entah. Patutnya kurangkan babak dekat dalam control room tapi lebihkan lagi pada babak Mantis dengan Spoon. 

Lakonan semua pelakon memang bagus dengan lontaran suara dan vokal yang jelas. Tona suara setiap pelakon guna pun sesuai dengan situasi. Masa Lejen tanya Rock ‘kau nak rempuh tu?’ pun dah nampak betapa bahayanya laluan di gunung berbanding terowong. Dari nada suara dia pun dah rasa gerun padahal sebelum tu rasa yakin bila Rock nak guna laluan gunung. 

Sebelum ni tak suka dengan Aiman tapi dalam Air Force nampak dia selesa dengan watak Zhafran. Aiman pandai guna kelebihan figura fizikal dia dalam beberapa babak macam babak Zhafran tunggu dengan motorbike dia. Menyerlah betul aura dia. Nas-T dan Pablo pun menyerlah dalam watak masing-masing. Terharu masa tengok Gaban jerit dekat Tuai supaya gerak sekali bukannya menyerah dekat situ. Ada la beberapa momen yang buatkan empangan pecah. 


Sinematografi dari Tan Teck Zee menggunakan grading tone yang menarik sesuai dengan cuaca panas terik di Namburi. Makeup effect yang digunakan pun nampak real dan menggerunkan. Cuma dalam beberapa babak ada masanya kamera bergegar macam babak dalam terowong. Kalau guna teknik pan pun okay je, biar PASKAU je yang lawan militan, kamera tak payah ikut berlawan sekali. Sama lah dengan shot masa Layla (Sangheeta Krishnasamy) berjalan tu, tak perlu beria pun nak tunjuk name tag dia sebab kabur. Ambil shot kaki dia berjalan terus masuk dalam bilik tuan je patutnya. 

Dalam babak Mantis di Namburi pun nampak lemah CGI yang digunakan tapi boleh ignore je lah sebab skills yang dipaparkan lebih menarik. Tak pasti lah misi keamanan di Namburi ni berlaku pada tahun bila sebab gaya pemakaian dan props semuanya nampak macam zaman sekarang. Walaupun negara Namburi tu cuma fiksyen tapi biarlah ada latar masa yang tepat. Pakaian Hana tu dekat flashback scenes dengan zaman sekarang tak ada beza. 


But it's not a big deal pun sebab kekuatan naskhah Air Force ni ada pada plot, lakonan, stunt dan juga faktor lain yang menjadikan Air Force menarik untuk ditonton bersempena Hari Kemerdekaan ni. Tahniah kepada team Air Force The Movie sebab berjaya hasilkan sebuah lagi naskhah bertemakan badan beranggota selepas KL Special Force (2018), Polis Evo (2015) dan PASKAL (2018). Semoga lebih banyak kisah hero tak didendang ni diceritakan pada orang awam. 

p/s : My review might be a bit bias since I anak askar dan pernah kerja dekat TUDM jadi kebanyakan scene rasa dekat di hati. Tak sangka hangar tempat buat site inspection setiap minggu dulu masuk dalam movie haha

1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 6.8/10