FILEM DENGAN GELAGAT KOMEDI LATAH KEMBALI DENGAN SEKUEL, ‘KAMPUNG LATAH…THE MUMMY’

Friday 19 August 2022

FILEM DENGAN GELAGAT KOMEDI LATAH KEMBALI DENGAN SEKUEL, ‘KAMPUNG LATAH…THE MUMMY’ | “Turut Tampilkan Adlin Aman Ramli, Bell Ngasri, Shashic, Mamak Putih, Sharif Zero, Jaafar Onn, Acong Sweetchild”

Filem dengan gelagat komedi latah kembali dengan sekuel terbaru, KAMPUNG LATAH...THE MUMMY dan akan menemui penonton Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 bermula 25 Ogos ini. Lebih menarik, selain mengembalikan teraju utama daripada prekuel, seperti pelakon Azhan Rani, Nazia Mustafar, Ieda Moin, PS Mansur, Din Latah dan Riezman Khuzaimi, Kampung Latah...The Mummy kali in turut membariskan pelakon terkenal tanah air seperti Adlin Aman Ramli, Bell Ngasri, Sharif Zero, Mamak Putih, Shashic Iewan, Acong Sweetchild, Jaafar Onn, Wanie Ooi, Souya, Along Kembo, Delimawati, Razak Ahmad, Sharwani Ns, Syuk Sahar, pempengaruh (influencer) Ilham Abata dan ramai lagi. 

Terdahulu, filem yang pertama iaitu Kampung Latah Kena Kuarantin telah berjaya meraih kutipan lebih RM1 juta semasa tayangannya di Astro First pada tahun lalu. Bagi Kampung Latah...The Mummy menyaksikan jalan cerita kali ini berkonsepkan komedi seram. Filem terbaru ini turut mengembalikan pengarah daripada filem pertama iaitu Azizi Hj Adnan.

Malah dari sudut jalan cerita pula, kelainan yang dipersembahkan adalah kisah fiksyen berkenaan ‘mummy’ dan melibatkan penyediaan prop dan busana yang teliti serta babak yang melibatkan CGI.  Meskipun filem ini menonjol elemen komedi, namun turut menyelitkan mesej-mesej positif yang mampu dijadikan pengajaran dan ingatan buat penonton. 

Menurut Penerbit Kampung Latah...The Mummy & Wakil MEGAPINE (M), Hazil Izham Ismail berkata, “Selepas filem Kampung Latah Kena Kuarantin menerima sambutan baik daripada penonton pada tahun lalu, kami tidak teragak-agak untuk menampilkan sekuel seterusnya kerana yakin komedi dan konsep jalan cerita yang dipersembahkan boleh diterima oleh penonton. Menariknya sekuel terbaru iaitu Kampung Latah...The Mummy ini adalah ia memaparkan lebih aksi dan lebih telatah komedi, di samping mengekalkan konsep latah. Selain itu, turut menampilkan watak baru yang dijayakan oleh barisan pelakon popular dan itu menjadi satu cabaran buat produksi untuk menghimpunkan mereka dalam setiap babak. Kami berharap agar Kampung Latah...The Mummy mampu menghiburkan semua golongan penonton dan sekali gus memgulangi pencapaian box office di Astro First.” 

Kampung Latah...The Mummy menyaksikan Kampung Latah kembali kecoh dengan gelagat penduduknya. Kisah bermula apabila kerja-kerja pembinaan untuk membina Kompleks Sukan Kampung Latah terhenti apabila pekerja kontrak terjumpa keranda ‘mummy’ dan apabila di buka ‘mummy’ tersebut bangkit lalu mengganggu penduduk. Seperti biasa, Ajin , Jamilah, Eton, Mansur dan Din terus melakukan sesuatu untuk menghalang kerja jahat mummy tersebut dengan pelbagai cara. Bertambah huru-hara apabila Jamilah didapati telah hilang.  

Saksikan filem komedi, Kampung Latah...The Mummy yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 25 Ogos 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Bagi yang ingin menonton Kampung Latah Kena Kuarantin, boleh melanggan kombo Koleksi Opocot! Latah yang menampilkan dua filem iaitu ‘Kampung Latah Kena Kuarantin’ dan ‘Kampung Latah...The Mummy’ dengan harga RM19.90 bermula 25 Ogos. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, TikTok, Facebook, Twitter Astro First, Astro Shaw dan Astro Gempak.

 ********************


MEGAPINE (M) SDN. BHD.

MEMPERSEMBAHKAN

KAMPUNG LATAH…THE MUMMY


Tajuk : KAMPUNG LATAH…THE MUMMY

Genre: KOMEDI FANTASI

Pengarah: AZIZI HJ ADNAN [FDAM]

Produksi: MEGAPINE (M) SDN. BHD.

Bahasa: BAHASA MELAYU

Durasi Filem: 108 MINIT

Jumlah Hari Penggambaran: 15 HARI

Tarikh Penggambaran:15 FEB 2022 - 1 MAC 2022

Lokasi Penggambaran: SEKITAR JANDA BAIK

Tarikh Tayangan di Astro First: 25 OGOS 2022


BARISAN PELAKON

AZHAN RANI sebagai AJIN

NAZIA MUSTAFAR sebagai JAMILAH

IEDA MOIN sebagai ETON

PS MANSUR sebagai MANSUR

DIN LATAH sebagai DIN

ADLIN AMAN RAMLI sebagai MUMMY

BELL NGASRI sebagai ABON

SHARIF ZERO sebagai B-BOY

MAMAK PUTIH sebagai AARON

RIEZMAN KHUZAIMI sebagai YB HAZIL

SYUK SAHAR sebagai USIN MARKUP

SHASHIC IEWAN sebagai SYAFIQ GAGAP

ACONG SWEETCHILD sebagai KONTRAKTOR ACONG

WANIE OOI sebagai PONTIANAK

SOUYA sebagai POCHONG

ALONG KEMBO sebagai HANTU GIGI

DELIMAWATI sebagai MAK KIAH JANDA

RAZAK AHMAD sebagai USTAZ

RUZAIDI RAHMAN sebagai BOMOH JAWA

ANN ABDULLAH sebagai BOMOH NEK SIAM

SHARWANI NS sebagai PM SHAHRIN

DATO’ HARIS EMBONG sebagai HAJI ARIS

ILHAM ABATA sebagai ZACK VLOGGER

DRAMAN MUHAMAD sebagai PAK ABU

NORIZA SALLEH sebagai MAK ESAH

KHAIRUL AKEK sebagai PAKCIK BASIKAL


TUNGGAK UTAMA

Dipersembahkan oleh : MEGAPINE (M) SDN. BHD.

Penerbit: HAZIL IZHAM ISMAIL & NAZIA MUSTAFAR

Penerbit Eksekutif: ZULSHAHRIN ABDUL RAHMAN

Penerbit Penyelaras: NOOR LELA ABDULLAH SANI

Pengarah: AZIZI HJ ADNAN [FDAM]

Penolong Pengarah: SAIFUL ZAIDRIN ISMAIL

Skrip : AZIZI HJ ADNAN [FDAM]

Pembantu Skrip: ILHAM ABATA

Cerita Asal : HAZIL IZHAM ISMAIL & NAZIA MUSTAFAR

Lakon Layar : AZIZI ADNAN [FDAM]

Pengurus Produksi: SITI NOR AISHAH SHEIKH ABD KADIR

Pengarah Fotografi: JACK RAHMAD

Penyunting: AKASHDEEP SINGH

Kesan visual: NIKHIL BHIDE

Muzik Skor: DIRECT AUDIO STUDIO

Penata Bunyi: DIRECT AUDIO STUDIO

Pereka Busana: TINA OTHMAN

Penata Tatarias: EKIEN ZAMBRI

Jurugambar: KHAIRUL SYAZREE


SINOPSIS

Melayu


Kampung Latah...The Mummy menyaksikan Kampung Latah kembali kecoh dengan gelagat penduduknya. Kisah bermula apabila kerja-kerja pembinaan untuk membina Kompleks Sukan Kampung Latah terhenti apabila pekerja kontrak terjumpa keranda ‘mummy’ dan apabila di buka ‘mummy’ tersebut bangkit lalu mengganggu penduduk. Seperti biasa, Ajin , Jamilah, Eton, Mansur dan Din terus melakukan sesuatu untuk menghalang kerja jahat mummy tersebut dengan pelbagai cara. Bertambah huru-hara apabila Jamilah didapati telah hilang.  

Darlings Promotion Fashion Files | Shefali Shah

Thursday 18 August 2022


Shefali Shah antara my favorite actress untuk yang berusia 40-an ke atas selain Vidya Balan dan Tabu. Nama dia naik agak lambat berbanding yang lain tapi sejak naik tu, dah jarang lah nak turun ataupun diam dari mata media sebab dia selalu dapat pujian untuk hasil kerja dia. Bila belek Instagram dia, perasan la yang dia pun jaga jugak penampilan depan kamera. 

Kebetulan movie baru dia, Darlings ada promo events, boleh lah update dekat sini walaupun tak banyak tempat dia pergi. 

1. Trailer Launch


Looks pertama untuk trailer launch pun Shefali dah curi tumpuan dengan pant suit dari pereka tempatan, Rishi and Vibuthi. Mengenakan 𝗥𝗩 𝗩𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗔𝗡𝗧 𝗦𝗨𝗜𝗧 yang menggunakan dua kombinasi warna, biru pekat dan putih untuk corak bermotifkan bunga. Pointed heels berwarna ash wood dan pelbagai jenis aksesori dari Misho juga dandanan bersifat natural melengkapkan gaya Shefali. 

2. Neon Vibes


Untuk promo events kedua, Shefali mengenakan maxi dress dari Massimo Dutti  berwarna kuning neon. Her stylist did a great wonder sebab warna neon ni sesuai dengan tona kulit dia. Walaupun pemakaian dia simple tapi details pada bahagian kolar yang panjang, lengan pendek dan belahan tengah yang dramatik berjaya menaikkan aura feminin Shefali. This is where strap heels add volume to an outfit. Jarang nak suka strap heels but this one works!

Gaya Shefali dilengkapkan dengan makeup dengan highlights tebal pada bahagian pipi dan mata juga aksesori ringkas dari butik tempatan, Flower Child By Shaheen Abbas.

3. Matte Black Aura


Warna hitam dah jadi warna wajib ada dalam setiap closet, sama lah macam gaya Shefali untuk promote movie Darlings bila dia padankan kemeja hitam biasa dengan lungi skirt berwarna hitam dari butik pakaian 431-88 milik Shweta Kapur. Walaupun padanan biasa tapi tampak menarik dengan lipatan di bahagian lengan hingga ke siku dan skirt dengan belahan tinggi di bahagian tengah. Selari dengan rambut dibelah tengah juga pointed heels dengan warna yang sama. Ditambah dengan aksesori dari butik tempatan One Nought One One. 

Mungkin nampak lebih menawan kalau Shefali gayakan rambut dengan rambut diikat tinggi ataupun aksesori dramatik di bahagian leher dan telinga. Tali pinggang metal atau bangle bersaiz besar dan lain-lain. Gaya dia okay tapi banyak part boleh ditambah untuk nampak lebih menarik. Tapi kalau Shefali lebih selesa serba ringkas macam tu then I have no complaints hshs

4. Abstract Wrinkies


I personally loved this outfit sebab warna kuning air tu sesuai dengan skin tone Shefali. Even kemeja dan ruched skirt dari Aroka ni ada aura feminin yang tersendiri. Ruched skirt yang menjadi tumpuan utama sebab lipatan rapat di bahagian tengah serlahkan bentuk badan Shefali. Jarang nak suka dengan teknik lipatan jenis ni tapi nampak cantik terletak je dekat Shefali. 

Strap heels pun sesuai digayakan dengan outfit musim panas. Kemeja pun ada stail tersendiri dengan lipatan bahagian tangan dan juga dibiarkan terbuka di bahagian leher dan dada. 

So that's all for this entry. Ada nampak jugak wardrobe Shefali masa promote movie Jalsa, kalau I rajin lah I update yang tu. Kalau tak, kita anggap ayat ni tak wujud. Till, next time byeeee :)

Aiskrim Cornetto Hershey's

Wednesday 17 August 2022

Minggu lepas sakit tekak sebab kurang minum air mungkin. Melenggang lah pergi 7E sebab nak beli aiskrim vanilla tapi tak ada. Bawa diri pergi ke Family Mart pun tak ada. Nak pergi MyNews macam malas so kita beli je apa ada dekat situ. Dalam banyak-banyak aiskrim dekat situ, Cornetto Hershey's ni lah yang ada banyak juga kuantiti vanilla dia. Lagipun tak pernah lagi try aiskrim perisa baru ni. 


Harga Cornetto Hershey's sebanyak 85g ni dalam RM3.50 tapi kalau tempat lain mungkin lebih murah atau mungkin lebih mahal. Dalam aiskrim Cornetto Hershey's ni agak kosong lah sebab ada dua bahan utama je - aiskrim vanilla dan coklat Hershey's. Tak ada kacang ataupun bahan lain. 

Nak kata sedap, tak lah sedap sangat sebab rasa coklat Hershey's tu lah. Siapa yang suka makan coklat dari jenama Hershey's mungkin suka la kot makan aiskrim ni. Nak kata tak sedap pun tak jugak sebab aiskrim coklat kot, siapa je tak suka. Nak repeat lagi mungkin tak sebab I rasa terlampau basic kekeke

By the way lepas makan aiskrim ni makin bertambah sakit tekak dan batuk. Maka ke klinik lah kita makan ubat yang sepatutnya hshs

Drama terkini Astro Ria iaitu ‘Kids Nowadays’ menekankan kepentingan menimba ilmu yang tiada terhadnya kepada pelbagai lapisan umur masyarakat. Malah penceritaan drama ini berpaksikan semangat dan harapan bukan sahaja kepada generasi muda tetapi juga warga tua yang ingin mencapai impian untuk berjaya.

Penceritaan menerusi 20 episod ini mengisahkan Jaafar, seorang bapa dalam lingkungan 50-an yang bercita-cita untuk mendapatkan segulung ijazah. Perjalanan Jaafar sebagai seorang pelajar universiti yang berusia dipenuhi dengan pelbagai kerenah dan cabaran apabila dia berkenalan dengan rakan sefakultinya, Farhan dan juga dua orang senior yang sering membuli, Eddy dan Syafiq. Pertemuannya dengan Hanna, seorang pensyarah muda yang menaruh hati padanya mula dicemburui oleh Eddy. Namun di sebalik impian yang ingin dikejar, terdapat satu sebab yang membuatkan Jaafar terus bertahan.


Siri yang juga mengetengahkan kepentingan adab dan tatasusila terutamanya kepada anak-anak generasi muda ini menampilkan gabungan mantap barisan pelakon otai dan baharu seperti Dato’ Awie, Marissa Yasmin, Alvin Chong dan Wanna Ali. 

Drama terbitan pasangan Datuk Rosyam Nor dan Datin Runika Mohd Yusof ini diarahkan oleh sutradara Ejump Mohammad serta didukung oleh barisan pelakon yang berbakat seperti Hasnul Rahmat, Wan Sharmila dan Nafiez Zaidi. 

‘Kids Nowadays’ ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11 malam mulai 15  Ogos hingga 15 September secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel. Dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99 sebulan secara online di astro.com.my untuk menikmati drama ini di Astro.

PETIKAN KENYATAAN RASMI 

Idlan Zahari - Pengurus Saluran Astro Ria

“Kepelbagaiaan dalam stroytelling menerusi apa jua kandungan kami di Astro Ria amatlah mustahak. Storytelling yang dipaparkan haruslah melambangkan lapisan-lapisan atau segmen penonton yang ada. Memang kami dikenali untuk drama romantik tetapi Astro Ria turut menjadi platform dalam memperkenalkan naratif-naratif yang engaging serta berlainan dalam memenuhi kehendak penonton yang berbeza.

Slot drama jam 11 malam merupakan slot yang seringkali mencabar gubahan cerita yang ada. Dari ‘Lockdown 2’, ‘Ratu Tenpin 2: Shalin’ dan kini, ‘Kids Nowadays’ menyelusuri. Dinamik penceritaan slot ini memang memangkin curiosity para penonton di Astro. Jika mereka inginkan kelainan, di sinilah mereka dapat menemui drama-drama yang dipenuhi dengan penceritaan yang berbeza dan compelling. 

‘Kids Nowadays’ berpaksikan pembelajaran, impian dan adab tatasusila antara dua generasi, iaitu tua dan muda. Kebiasaannya elemen sebegini diceritakan menerusi lensa anak muda tetapi dalam drama ini, naratifnya datang daripada seorang lelaki tua. Kelainan ini mampu memberi impak yang baharu kepada para penonton bahawa impian itu boleh dikejar bukan sahaja dari kecil tetapi juga apabila kita dimamah usia. 


Drama ini menggabungkan generasi otai dan generasi muda yang merupakan sesuatu yang baharu. Lakonan Dato’ Awie yang kita kenali sebagai Raja Rock Malaysia serta Alvin Chong yang pasti akan menghiburkan para penonton yang ingin melihat gabungan personaliti yang berbeza. Bukan itu sahaja, kami turut selitkan babak-babak nyanyian Dato’ Awie untuk menambah X-Factor kepada drama ini. Pasti ramai peminat kepada legenda rock ini mengikuti drama lakonannya. 

Naratif yang dibawa kali ini memang berbeza dengan drama-drama kami yang lain di mana kami tekankan kepentingan ilmu kepada semua lapisan masyarakat. Malah kali ini kami ceritakan kepentingannya daripada perspektif warga tua. Drama sebegini mampu memberi para penonton penjelasan tentang dedikasi dan semangat yang perlu ada dalam diri setiap manusia untuk mencapai impian mereka. Kami berbangga bahawa ia berjaya digambarkan dengan hasil pengarahan daripada Ejump Mohammad yang mempunyai bakat tulen. Para penonton mesti akan berasa lebih bermotivasi dengan nasihat-nasihat yang disampaikan menerusi drama ini. 

‘Kids Nowadays’ pasti memenuhi kemahuan mereka yang mahu menonton drama yang bukan berunsurkan cinta semata-mata. Keseimbangan genre-genre yang diterapkan pasti menarik perhatian bukan sahaja peminat drama tersedia ada tetapi mereka yang sering menonton off-beat drama antarabangsa. Lantas kami mengalu-alukan kehadiran mereka ke Astro Ria untuk menikmati drama ‘Kids Nowadays’.” 

Ejump Mohamad - Pengarah Drama ‘Kids Nowadays’

“’Kids Nowadays’ membawa pertaruhan yang sangat besar kerana penceritaan kali ini diekspreskan oleh Dato’ Awie, iaitu seorang otai dalam industri hiburan Malaysia sebagai watak utama. Bagi saya, sesebuah drama itu perlukan kelainan untuk menarik minat penonton dan kali ini, saya bawakan our star value  yang akan membawa watak yang belum pernah ditunjukkan lagi.

Drama bersiri ini menceritakan tentang seseorang yang sudah larut usia tetapi ingin sambung belajar. Jarang sekali kita memperlihat drama yang fokusnya ke arah pendidikan untuk orang warga tua. Bukannya tiada, tetapi ia jarang diceritakan. Oleh itu, drama ini memberi kelainan yang wajar ditonton oleh semua lapisan masyarakat kerana pelbagai kerenah lucu dan cabaran yang berlaku yang saya pasti ramai ingin tahu. 


Belajar itu bukanlah sesuatu yang mempunyai tarikh luput. Semua berhak menimba ilmu, tidak kira pada usia berapa pun. Walaupun sudah tua, anda masih berhak mengejar impian untuk menggenggam segulung ijazah. Ini yang saya ingin gambarkan dalam ‘Kids Nowadays’ dan pengambilan Dato’ Awie sebagai ‘warga tua’ dalam drama ini merupakan sesuatu yang sangat sempurna. Dia mempunyai ‘star value’ yang mengejutkan kami semua. Saya sendiri teruja dengan Dato’ Awie yang kita semua lihat dari kecil lagi. Para penonton pasti akan terhibur dengan lakonannya yang lucu tetapi kena.

Bukan itu sahaja, kali ini saya gabungkan Dato’ Awie dengan pelakon-pelakon generasi baharu buat pertama kalinya. Keserasian antara dia dan Alvin Chong memang hebat. Kerjasama yang mereka berikan membuatkan saya puas hati dengan hasil cerita ini. Saya tidak pernah terfikir akan mengarah Dato’ Awie. Dia sangat membantu dalam babak-babak pergaduhan. Ini juga merupakan pertama kali saya bekerja dengan Wanna Ali dan dia memang berbakat. 

Cabaran utama yang saya hadapi ketika mengarah drama ini adalah penceritaannya sendiri. Susahnya drama ini kerana ia bukan a love story ataupun cerita-cerita cinta Melayu yang biasa. Ini tentang orang tua yang ingin belajar di universiti. Itu adalah cabaran saya kerana perlu idea-idea yang kreatif untuk menghasilkan gambaran yang boleh menarik minat orang ramai untuk menonton. Kalau kita bawa cerita yang lain daripada apa yang orang selalu tonton, kita perlu jadi lebih kreatif untuk membuatkan cerita itu menyerlah. Jadi apabila saya perlu mencari idea baharu untuk menarik audiens ke drama ini, memang susah. 


Saya berharap para penonton akan terhibur dengan penceritaan yang ingin disampaikan. Dato’ Awie dalam drama ini memang kelakar tetapi bersifat bersahaja. Dia adalah star kami dalam drama ini. Saya juga berharap ia akan membuka mata mereka yang mempunyai impian yang sama tetapi malu kerana faktor usia bahawa belajar itu tiada sempadan usia dan mereka berhak untuk mengecapi matlamat mereka. Penonton juga akan melihat pelbagai isu yang diketengahkan termasuk isu-isu kekeluargaan. Dalam kita berhibur, ada terselit beberapa pengajaran dan moral yang berguna untuk semua.”

TRIVIA MENARIK DRAMA ‘KIDS NOWADAYS’

1. ‘Kids Nowadays’ mempunyai gandingan antara pelakon senior dan pelakon baharu yang muda seperti Dato’ Awie, Marissa Yasmin, Alvin Chong dan Wanna Ali. 
2. Gabungan barisan watak utama dalam drama ini merupakan gandingan pertama mereka bersama. 
3. Dato’ Awie kembali ke layar televisyen dengan membawakan karakter yang berlainan dan belum pernah dibawakan sebelum ini.
4. Penceritaan drama ini mempunyai nasihat-nasihat untuk generasi baharu tentang kepentingan ilmu.
5. Penceritaannya juga merangkumi kritikan halus bagi membuka minda masyarakat tentang adab dan tatasusila generasi kini.
6. Memaparkan tentang isu buli yang berlaku di kalangan anak-anak muda sekarang.
7. Dato’ Awie turut menyanyi dalam beberapa adegan, khas untuk drama ini. 

PECAHAN WATAK DRAMA ‘KIDS NOWADAYS’

Dato’ Awie Jaafar
Wanna Ali Hanna
Alvin Chong Eddy
Marissa Yasmin Rafidah
Hasnul Rahmat Bahar
Wan Sharmila Najiha
Nafiez Zaidi Nadzwan

LOGLINE DRAMA ‘KIDS NOWADAYS’


Mengisahkan perjalanan seorang bapa yang sudah berusia dalam mengejar impiannya untuk menjadi seorang pelajar universiti dan menggenggam segulung ijazah.

SINOPSIS DRAMA ‘KIDS NOWADAYS’

‘Kids Nowadays’ mengisahkan tentang Jaafar yang sudah berusia namun membuat keputusan untuk mengejar impiannya dalam menyambung pelajaran di universiti bagi mendapatkan segulung ijazah walaupun pada awalnya ditentang oleh anak sulungnya, Najiha. 

Jaafar melalui pelbagai kejadian yang lucu dan cabaran-cabaran sepanjang menjadi seorang pelajar di kampusnya. Dia berkenalan dengan Farhan yang banyak mengajar cara kehidupan di bandar dan persiapan sebagai seorang pelajar universiti. Walau bagaimanapun, Farhan sering dibuli oleh Eddy dan Syafiq. Jaafar cuba untuk mempertahankan Farhan daripada dibuli oleh mereka sehingga mereka berubah menjadi baik. 

Adakah Jaafar akan mencapai impiannya tanpa terlibat dengan sebarang masalah? 

Radio GEGAR Perkenal Suara-suara Baharu di GEGAR Petang dan Malam

Tuesday 16 August 2022

Radio GEGAR perkenal suara-suara baharu di GEGAR Petang dan Malam | Dengar di udara atau melalui aplikasi SYOK


Gandingan baharu di ‘GEGAR Petang’ dan Personaliti baharu di ‘GEGAR Malam’

Semua peminat GEGAR boleh berhibur dengan gandingan baharu di segmen GEGAR Petang, dihoskan oleh Ewan dan Rea, dari jam 3 petang hingga 7 malam, dan segmen GEGAR Malam bersama Aswad Jalil, personaliti baharu GEGAR, dari jam 8 malam hingga 12 tengah malam. Pembaharuan ini dapat dinikmati sekarang, setiap hari Ahad hingga Khamis di udara dan juga menerusi aplikasi dan laman web SYOK.

Segmen ‘GEGAR Petang bersama Ewan dan Rea’ menampilkan pelbagai pengisian terkini untuk hiburkan peminat, termasuk: 

i. FYP Ter, di mana Ewan dan Rea berkongsi info terkini serta perkara tular dalam kalangan Komuniti setempat.
ii. Jolo Ko Pak Dor, di mana Ewan menggayakan watak Pak Dor yang serba tahu dan berkongsi perkara yang menarik minatnya dalam topik gaya hidup, muzik dan makanan.
iii. Yee Dok?, di mana Ewan dan Rea berkongsi berita antarabangsa yang tular di media sosial. 
iv. Bbual Sek Kito, di mana peminat diberi peluang untuk berinteraksi bersama Ewan dan Rea tentang topik perbualan harian yang menarik.
v. Hello Pegawai Farmasi, perkongsian maklumat perubatan daripada tetamu jemputan yang diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 
vi. Gali Ilmu, di mana peminat boleh bertanyakan soalan dan menerima perkongsian tentang topik kekeluargaan bersama Ustaz Ihsan dan Ustaz Hariri, dua pendakwah bebas di GEGAR. 


Di segmen ‘GEGAR Malam’, para peminat kini ditemani oleh Aswad Jalil, personaliti baharu GEGAR yang berasal dari Marang, Terengganu. Jejaka yang berbakat dalam bidang pengacaraan serta meminati motosikal besar, akan menemani dan berinterkasi bersama peminat dalam: 
  • Filem Soho Kita, di mana peminat diberi peluang untuk mengundi filem-filem terbaik di media sosial GEGAR dan Aswad akan mengupas lanjut tentang filem yang mendapat undian tertinggi dari pendengar.
  • Ngeteh Dulu, di mana Aswad akan membawa artis jemputan untuk perkongsian tentang drama dan filem menarik.  
“Kami teruja untuk memperkenalkan para peminat kami di Pantai Timur dengan gandingan baharu di segmen GEGAR Petang bersama Ewan dan Rea, dan berbesar hati mempelawa kehadiran personaliti baharu Aswad Jalil di segmen GEGAR Malam. Peminat akan terus berhibur dengan pelbagai pengisian menarik yang pastinya menepati pemintaan semua dan berharap mereka dapat menikmati pembaharuan ini. Kami juga berterima kasih kepada semua peminat atas sokongan mereka untuk personaliti-personaliti dan jenama radio GEGAR.” - Raja Nadia Salwana Raja Hisham, Pengurus Kandungan GEGAR

Untuk maklumat lanjut tentang personaliti baharu dan pengisian terkini GEGAR, layari www.gegar.my atau ikuti GEGAR di platform media sosial. 

Drama Review | School Tales the Series (2022)

Saturday 13 August 2022


Director : James Thanadol Nuansut, Mike Phontharis Chotkijsadarsopon, Tum Putipong Saisikaew, Nuttapong Wongkaveepairoj, Songsak Mongkolthong
Writer : James Thanadol Nuansut, Songsak Mongkolthong, Saniphong Suddhiphan
Cast : Kay Lertsittichai, Suppapong Udomkaewkanjana, Thongchai Thongkanthom, Siwat Jumlongkul, Pattadon Jan-Ngern
Production Company :   
Distributor : Netflix
Genre : Horror / Drama
Running Episodes : 8 episodes (49 minutes per episode)
Release Date : 10 August 2022
Trailer :


Antologi kisah seram hasil olahan barisan penulis dan pengarah dari Thailand menjadi bualan baru di Netflix. Tahu pasal drama ni dari Blogger Tiara Sapphire lepastu tertarik nak tengok jugak. Tak banyak info tentang setiap episod macam siapa nama pelakon, pengarah dan penulisnya. Mungkin sebab drama baru kot. Nak Google pun tak kenal mana-mana pelakon. Maaf kalau review ni panjang sangat sebab nak pisahkan ikut episod, banyak pula detail yang tak lengkap. 

1. 7AM - Thanadol Nualsuth


Kelas 6/4 di sekolah menengah ni ada sumpahan bila hantu akan tulis buku teks subjek mana yang perlu dibawa dan mana-mana murid yang gagal akan dibunuh selepas jam 8 pagi. Semua pelajar, rakan sekelas malah guru juga akan hilang semua memori berkenaan murid tersebut. Hantu dalam episod ni memang rajin. Untuk apa? Entah. 

Mesej sosial yang diketengahkan dalam episod ni ialah buli bila Q terpaksa datang awal untuk bagitahu buku teks subjek mana dalam Whatsapp group. Yang peliknya tak tahu kenapa semua pelajar ni tak bawa semua buku teks dan simpan dalam loker dekat belakang kelas. Lagi satu, dari mana diorang tahu tentang sumpahan tu kalau pelajar yang lupa bawa buku teks tu dihilangkan dari ingatan semua orang?  Soalan ketiga, ibu bapa pun lupa tentang anak diorang juga ke? Merepek bukan? Tak sempat nak seram sebab fikir kelemahan plot dalam skrip ni. 

2. Vengeful Spell

Kisah bermula dengan livestream Mint yang diganggu oleh sesuatu kemudian terjun dari tingkap dan mati dalam keadaan yang ngeri. Pleng lap tapak kaki dia yang dipenuhi dengan tulisan ‘MINT’ setelah berita kematian gadis tersebut tersebar di sekolah dan social media. Rupanya sekolah tersebut mempunyai kotak rahsia yang disembunyikan di bilik stor. 


Kotak tersebut mempunyai beberapa gambar dan juga jampi. Sesiapa yang menulis nama orang yang ingin dibunuh di tapak kaki dan baca jampi tersebut maka hajat dia akan ditunaikan. Sama juga dengan Pleng yang menyampah dengan Mint dan juga Jinnie. 

Jalan cerita Vengeful Spell dari Putipong Saisikaew ni simple tapi padu. Perasaan benci dan suka dari perspektif remaja tu sangat kuat sampai ke tahap maksimum. Kalau suka, suka sangat sampai sanggup buat apa saja. Kalau benci, mati saja jawapannya. 

3. Beautiful - Songsak Mongkolthong

Dao adalah pelajar tercantik di sekolah tersebut dan kerana kelebihan dia ramai pelajar yang suka berkawan dan pilih Dao sebagai ahli kumpulan untuk assignment. Aim menyampah dengan layanan bias tersebut lantas mencari jalan untuk menjadi cantik dalam masa satu malam. Sebaik saja Aim bersetuju dengan semua syarat dan janji yang diutarakan, sebotol cecair berwarna merah jambu sampai di hadapan biliknya. Keesokan harinya Aim menjadi pelajar paling jelita di sekolah tersebut. 


Tapi untuk kekal jelita dia perlu buat sesuatu di luar jangkaan dan dalam masa yang sama perlu menjaga pantang larang yang dijanjikan. Dao syak sesuatu tak kena dan minta ramuan rahsia yang disembunyikan oleh Aim. Tak mungkin ada manusia yang mampu jadi cantik dalam sekelip mata. 

Episod 3 ni tak seram sangat malah menarik olahannya dengan mesej bersyukur diketengahkan. Dalam masa yang sama bagi sindiran tentang pretty privilege baik dalam kalangan pelajar mahupun dari pihak sekolah. Bonus point lah dalam episod ni sebab sebut pasal hantu Malaysia. 

4. The Book of Corpses - Nuttapong Wongkaveepairoj


Episod 4 lebih kurang sama merepek dia dengan Episod 1 bila ada sebuah buku yang penuh dengan hajat yang ditulis oleh mangsa. Nama yang dicatat akan mati dibunuh oleh hantu yang mengerikan. Malas nak explain panjang sebab episode ni banyak plotholes dia dan tak seram sangat. Pengajaran pun tak ada sebab pengarah lebih terarah untuk buat sesuatu yang menggerunkan. Hantu dia dah serupa alien pun ye jugak. Kenapa I cakap sama dengan Episod 1 sebab ibu bapa tak main peranan pun bila anak tak balik rumah sampai mayat mereput terkurung 3 bulan di sekolah. 

5. Headless Teacher - Phontharis Chotkusadarsopon

Cikgu Waiwan (Thongchai Thongkanthom) merupakan cikg yang tegas di sekolah tersebut maka Tim dan Ping selalu mengganggu dia dengan perangai nakal mereka. Malangnya Cikgu Waiwan dibunuh dengan kejam dan kepala dia disembunyikan di tempat rahsia. Badan Cikgu Waiwan minta bantuan dengan Tim dan Ping supaya dia boleh bersemadi dengan aman. Mereka bertiga syak makcik kantin yang sakit hati dan bunuh Cikgu Waiwan kemudian sorokkan kepala dalam peti ais. 


Episod 5 paling menarik jalan cerita dan kelakar walaupun pelik juga lah kenapa pihak polis tak jumpa. Sama ada dirasuah oleh pembunuh ataupun jenis selekeh buat kerja. Tapi nak beria harapkan polis tak boleh jugak sebab level corrupt tinggi jugak dekat sana. Kisah sekolah ni patutnya pengarah buat full movie sebab jalan cerita menarik dengan elemen misteri dan dramatic dimasukkan walaupun genre utama adalah komedi. 

6. Lunch - Songsak Mongkolthong

Kisah bermula dengan Kong yang ingin tahu ramuan rahsia sup babi yang dimasak oleh Mak Cik Jong kerana jualan dia selalu habis dalam masa sekejap saja. Kalau Kong berjaya bongkar mesti followers dia bertambah dan views juga semakin meningkat. Kerana dua perkara tersebut, Kong bertindak di luar batas dan memfitnah Mak Cik Jong bunuh anjing di kawasan sekolah dan masukkan dalam supnya. 

Ramai yang percaya dan elakkan dari membeli sup babi di situ dan Mak Cik Jong kehilangan punca pendapatan. Sejak kes tersebut Kong selalu diekori oleh lelaki misteri yang berpakain serba hitam dan berniat untuk mencederakan dia. Kong percaya lelaki tersebut anak Mak Cik Jong tapi peniaga di tapak sebelah bagitahu anak orang tua tersebut dah sebulan meninggal. 


Episod yang diarahkan oleh Songsak Mongkolthong ni tak lah seram kerana hantu tapi seram dengan perbuatan manusia yang sanggup langar batas untuk dapat apa yang dihajati. Ramuan rahsia tu sebenarnya dah didedahkan pada awal cerita lagi jadi tak terkejut sangat lah bila Kong dapat tahu. 

Kembang tekak jugak lah sebab terbayang kalau kita dok order makanan dari luar rupanya ada bahan pelaris sampai repeat order banyak kali. Tapi tu lah, setakat ni belum ada lagi makanan yang buat gian. Hari ni sedap, esok tak sedap, lusa average je lepastu minggu depan sedap balik. Baik macam tu ye dak daripada sedap semedang rupanya makan benda terlarang. 


Anyway lepas tengok dua episod karya Songsak Mongkolthong ni rasa kagum dengan bakat dia sebagai pengarah. Menjadi betul kalau dia buat naskhah misteri ataupun saspen thriller. 

7. Curse - Saniphong Suddhiphan

Episod 7 mengisahkan tentang sekolah yang mempunyai bangunan lama dan menjadi kawasan larangan kerana kisah seram yang diturunkan dari generasi ke generasi di mana hantu jururawat akan tunaikan hajat sesiapa yang duduk di kerusi roda membelakangkan pintu. Korn (Pattadon Jan-Ngern) yang dibuli oleh A, Bom dan Mint buat hajat supaya mereka bertiga mati dengan ngeri. 


Kesemua hajat ditunaikan tapi dia tetap dibuli oleh pelajar lain. Fucked up betul hidup dia. Sama macam Episod 4, hantu yang tunaikan hajat inginkan ganjaran juga. Mana ada benda percuma dalam dunia ni termasuklah di alam angker. 

Level seram on point, level ngeri juga on point dan pengajaran pun dipaparkan dengan seimbang bila pengarah ketengahkan semua dapat balasan atas perbuatan masing-masing kecuali hantu jururawat yang sentiasa ada di situ tanpa diceritakan kenapa. 

8. A Walk in School – James Thanadol Nuansut

Episod terakhir memang boleh dijangka lah perjalanan cerita sebab watak Boyd (Suppapong Udomkaewkanjana) tak percaya dengan hantu jadi nak buat edisi seekers di sekolah bersama kawan baik dia, Tum. Maka mereka berdua pun diganggu dengan hantu yang ada dan Boyd pun mula percaya dengan hantu. 


Walaupun predictable, cliché tapi menarik juga lah dengan kisah seram yang dihidangkan dan bidasan Boyd berasaskan fakta sains, bukan sebab dia berlagak sombong. Ending lah yang mencacatkan keseluruhan cerita bila watak Tum buka rahsia kisah lama. Kalau dalam kisah lama dia sedih hati dengan perangai Boyd jadi siapa Tum yang sekarang? Nak buat seram tapi jadi merepek. 

Overall School Tales the Series (2022) ni menarik untuk yang suka tengok hantu ngeri dan kematian yang menggerunkan. Kalau nak sembang bab skrip dan penceritaan tu memang lemah lah kecuali beberapa pengarah juga penulis yang memang hebat dalam bidang mereka. Lakonan pula ada yang kaku, ada juga yang menjadi tapi tak teruk sangatlah sampai mencacatkan penceritaan sebab elemen seram tu dihadirkan oleh barisan hantu. Watch it on your own risk. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.4 = 6/10

Director : Sonam Nair
Writer : Sonam Nair, Nandini Gupta, Anupama Ramachandran
Cast :  Masaba Gupta, Neena Gupta, Ram Kapoor, Neil Bhoopalam, Rytasha Rathore, Armaan Khera, Kusha Kapila, Barkha Singh, Kareema Barry
Genre : Comedy / Drama
Running Episodes : 7 episodes (30 minutes per episode)
Release Date : 29 July 2022
Production Company : Viniyard Films
Distributor : Netflix
Trailer :  


Dalam review Masaba Masaba (2020) sebelum ni I cakap tak sabar nak tahu siapa yang Masaba pilih sebagai teman hidup dia. Tup tup tahun ni keluar Season 2, Masaba in split pula sama ada nak pilih Dhairya (Neil Bhoopalam) ataupun Fateh (Armaan Khera). The same plot again, really? 

Episod 1 menarik perhatian dengan cameo Kartik Aryaan, my favorite actor dalam mimpi Masaba (Masaba Gupta). Walaupun mimpi ngeri untuk Masaba tapi mimpi indah untuk fans Kartik. Turns out Masaba tengah stress sebab dia kemungkinan mengandung tapi tak pasti anak siapa. Gia (Rytasha Rathore) cuba teka semua suspek yang pernah wujud pada fasa flirting Masaba lepas dia bercerai. 


Neena (Neena Gupta) yang kebetulan terdengar perbualan mereka berdua dalam tandas rasa kecewa dengan perangai anak tunggalnya. Bertambah lagi satu masalah Masaba lepas tetamu jemputan fashion show dia lari untuk pergi ke fashion show Qayanat (Kareema Barry), instafamous yang minat dengan street fashion. 

Tertekan dengan keadaan peribadi dan karier, Masaba lantik Nicole (Kusha Kapila) sebagai PR untuk naikkan nama dan imej Masaba dalam dunia Bollywood. Masalah peribadi boleh tolak tepi tapi kalau nama Masaba tenggelam dan semua pelanggan lari dekat Qayanat, macam mana syarikat dia nak survive? Dhairya juga berusaha untuk cari pelabur baru dengan harapan Masaba akan nampak usaha dia sebagai tanda cinta. 


Baik season lepas ataupun season baru, hubungan Masaba dengan Neena sentiasa goyah. Ada saja yang diperdebatkan sampai masing-masing tarik muka. Nasihat Neena ada juga betulnya tapi Masaba tetap keras kepala. Bila ada masalah mula lah stress. Kalau dekat season lepas guna plot yang sama, menarik lah untuk ditonton tapi kalau musim kedua pun repeat balik mula la rasa lemau. 

Mungkin harapan I letak terlampau tinggi pada musim kedua sebab I nak tengok dunia fesyen dan kemunculan selebriti Bollywood tapi dalam musim ni ada Kartik dengan Ram Kapoor je. Macam kelakar Masaba nak tergugat dengan Qayanat sebab networking dia padu. Mungkin penulis takut nak cipta watak pereka fesyen yang sama hebat dengan Masaba sudahnya cipta Qayanat yang bersifat sementara. 


Siapa nak percaya Masaba rasa tergugat dengan anak muda generasi baru? Pelanggan tetap Masaba dari dulu sampai sekarang tu Sonam Kapoor kot. Kalau penulis buat Masaba anxious bila Sonam dah berkahwin dan mula kurangkan kemunculan di mana-mana majlis ataupun berlakon dalam filem, mungkin lebih menarik sebab House of Masaba bergantung dengan selebriti. Tak ramai selebriti yang guna jenama dia, makin berkurang lah minat orang luar. 

Dalam musim ni Masaba cuak tak dapat tempat untuk finale show majalah Flair padahal zaman majalah dah lama habis. Tarun Tahilani dah buat kolaborasi dengan Lady Gaga, dress rekaan Gaurav Gupta dipakai oleh Cardi B dalam music video No Love, dress Abu Jani Sandeep Khosla pergi karpet merah Cannes. Banyak lagi isu boleh diutarakan yang mempunyai ketegangan dan konflik tersendiri. 


Tak masuk akal langsung musim kedua Masaba Masaba berlatarkan masa sekarang sebab tak kena dengan tagline King yang disebut dari awal episod. King celah mana kalau misi dia cuma nak dapat slot finale? Tu belum masuk rekaan dia yang boleh kata ‘basic Masaba’. Tak ada yang wow pun kecuali lehenga Mehek pakai masa majlis kahwin. 

I faham kalau penulis nak ketengahkan dunia peribadi Masaba tapi serlahkan lah juga karier dia dalam fesyen. Tunjuk lah proses dia cipta rekaan baru dengan masukkan monolog cerita pasal kisah di sebalik baju supaya dapat kuatkan connection watak Masaba dengan penonton. Macam kenapa dia pilih warna sekian sekian ataupun motif corak sekian sekian. Baik I tengok dokumentari Sabyasachi design wedding dress Priyanka Chopra. Cara dia cerita lagi seronok nak dengar walhal bridal attire dia lebih kurang sama. Falguni and Shane Peacock come up dengan collection yang jauh lebih menarik untuk pengantin.


Plot Masaba Masaba musim kedua terlampau cliché, predictable dan ringan. Even worst, Masaba yang cari pasal dalam kebanyakan hal. Dia sedar Fateh akan berkahwin dengan Aisha tapi dia layan juga perangai Fateh. Dia tahu Gia depression tapi dia tinggalkan Gia lepastu bagi contact number therapist. Mentor dia meninggal pun dia tak tahu. Musim ketiga nanti elok penulis wujudkan watak personal assistant untuk Masaba. 

Walaupun musim kedua Masaba Masaba makin lemah dari segi jalan cerita tapi I suka dengan lakonan Kusha Kapila sebagai Nicole. Sebelum ni tengok dia dalam comedy show, sekarang dah debut sebagai pelakon. Hopefully lepas ni dia boleh berkembang jauh dalam bidang lakonan. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.2 = 5.6/10

Genre Fantasi Romantik Jadi Pertaruhan Astro Ria Menerusi ‘ASH & AISH’

Friday 12 August 2022

Astro Ria ingin membawa imiginasi para peminat dramanya menerusi pertaruhan drama terbaharunya, ‘Ash & Aish’ yang berunsurkan genre fantasi romantik. Genre unik yang jarang menjadi nadi untuk mana-mana drama yang sedia ada pasti akan mengujakan peminat-peminat drama tegarnya terutamanya dengan naratif pencintaan di antara dua alam yang berbeza.

Penceritaan menerusi 28 episod ini berkisarkan Aisha (Aish), seorang gadis kampung yang membawa diri ke Kuala Lumpur untuk memulakan kehidupan baharu selepas dia sering dibuli oleh ibu dan bapa saudaranya yang mahukan harta keluarga selepas Aish  kehilangan kedua ibu bapanya dalam sebuah kemalangan. Hidup sebatang kera di kota raya, Aish bertemu dengan seorang lelaki misteri bernama Ashrafi (Ash) yang sering membantunya ketika dia memerlukan. 

Pertemuan demi pertemuan membuatkan Ash mengambil keputusan untuk mengahwini Aish, sungguh pun Aish hanya bergurau apabila dia menawarkan diri untuk menjadi isteri kepada Ash. Sebaik sahaja mereka mendirikan rumah tangga, Ash terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan dia berada dalam keadaan koma. Ketika melawat Ash di hospital, Aish yang mempunyai kelebihan melihat roh manusia itu terkejut apabila bertemu dengan roh suaminya yang sedang koma dan disitulah mulanya bibit-bibit percintaan mereka berputik apabila mereka mula mengenali hati masing-masing dengan lebih mendalam. Namun adakah Ash akan mengingati kisah cinta mereka setelah dia kembali sedar?

Siri percintaan fantasi yang dinanti-nantikan ini menampilkan selebriti-selebriti popular terbitan rancangan realiti pencarian bakat yang sedang hangat diperkatakan seperti Meerqeen, Siti Khadijah Halim, Nadhir Nasar dan Anna Jobling sebagai pemain-pemain utamanya. 

Drama terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd ini juga diarahkan oleh sutradara terkenal, Helmi Yusof serta didukung oleh barisan pelakon hebat seperti Norreen Iman, Harissa Adlynn, Asha Merican, Idzham Ismail, Nada Syuhada, Arash Mohd serta Zarina Zainuddin dan penampilan istimewa Dato’ Rosyam Noor. 

‘Ash & Aish’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam mulai 10 Ogos 2022 secara eksklusif di slot MegaDrama melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel. Dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99 sebulan secara online di astro.com.my untuk menikmati drama ini di Astro.

PETIKAN KENYATAAN RASMI 

Idlan Zahari - Pengurus Saluran Astro Ria

“Sebagai peneraju utama kandungan hiburan Melayu, kami seringkali mencabar landskap hiburan dengan membawa pembaharuan kepada penceritaan drama-drama kami sambil mengekalkan keterujaan serta kehangatan genre-genre yang digemari ramai. Astro Ria sekali lagi mengangkat penceritaan romantik yang dramatis dengan mengetengahkan plot-plot fantasi yang bakal menarik minat dan perhatian ramai menerusi drama terbaharu kami, ‘Ash & Aish’.

‘Ash & Aish’ merupakan drama yang paling dinanti-nantikan peminat walaupun masih belum ditayangkan di kaca televisyen. Gandingan baharu Meerqeen dan Siti Khadijah Halim dalam drama ini berjaya meraih reaksi yang positif daripada peminat yang tidak sabar untuk melihat keserasian mereka sebagai sebuah pasangan. Sukses yang dibawa mereka bermula daripada penglibatan masing-masing menyertai program realiti pencarian bakat menyemarakkan lagi penceritaan drama ini. Bukan mereka sahaja, tetapi barisan pelakon ini turut disertai Nadhir Nasar dan Anna Jobling yang mempunyai latar belakang yang sama ketika memulakan kareer mereka. Wajah-wajah pelakon yang mendapat perhatian ramai ini mampu membawa peminat-peminat baharu untuk menikmati sajian terbaik di platform kami. Apakah reaksi peminat terhadap kelainan ini? Para penonton mesti tidak sabar untuk menantikan penyiarannya.


Dari segi naratifnya pula, kami membawa kisah percintaan yang berbeza. Walaupun ia merupakan sebuah fantasi namun kelainan ini mampu menarik minat mereka yang inginkan sesuatu yang baharu. Kami percaya genre sebegini mampu menggerakkan emosi para penonton yang inginkan kelainan dalam pengalaman tontonan mereka. Pastinya drama-drama yang ada di pasaran jarang sekali menggunakan genre seperti ini.

Sentuhan hebat sutradara Helmi Yusof kali ini membantu drama ‘Ash & Aish’ untuk menjadi lebih menarik. Ternyata hasil arahannya itu telah memberi keyakinan kepada para pelakon serta krew untuk memberikan yang terbaik kepada pembikinan drama ini. Menerusi penceritaan yang diilhamkan Helmi, dia menunjukkan dua sisi kisah percintaan antara Ash dan Aish yang berada di dua alam yang berlainan. Kecekapan dan kreativiti yang diperlukan untuk menjayakan watak Ash & Aish ini adalah sangat bermakna dalam memastikan penceritaan mereka ini menjadi. Para penonton pasti meminati kisah percintaan fantasi yang ingin disampaikan ini.


Dengan kombinasi gandingan baharu di antara Meerqeen dan Siti Khadijah, penerapan genre berbeza iaitu fantasi romantik serta penggunaan khidmat pengarah berkaliber tinggi, kami berharap drama ‘Ash & Aish’ boleh menarik minat segmen penonton baharu iaitu golongan muda yang meminati drama-drama seperti K-drama dan Hollywood ke platform kami. Apa yang kami tonjolkan kali ini mempunyai naratif yang digunakan oleh produksi-produksi antarabangsa. 

Kami berharap agar drama ini diterima dengan sepenuhnya oleh para pelanggan dan peminat-peminat drama. Kelainan penceritaan yang menjadi paparan kali ini mampu mencipta fan base di kalangan para pelanggan dalam mengikuti perjalanan watak-watak yang ada sehingga ke akhir episod dengan penuh setia.” 

Helmi Yusof - Pengarah Drama ‘Ash & Aish’

“Pembikinan drama ini merupakan sesuatu karya yang saya sangat suka lakukan. Bagi saya, sesebuah penceritaan yang bergenre love story adalah biasa dan sudah terlalu banyak di luar sana. Walau bagaimanapun, drama ini mempunyai kelainan apabila cinta yang digambarkan berlaku di dalam dua dunia yang berbeza.

‘Ash & Aish’ pada awalnya membawa cinta dalam bentuk jasad manusia yang biasa. Kemudian ia berkembang ketika Ash sudah menjadi roh dan Aish boleh lihat roh tersebut. Heroin di dalam drama ini jatuh cinta dengan heronya yang sudah menjadi roh. 


Antara perkara yang saya amat bangga dengan drama kali ini adalah barisan pelakon-pelakonnya. Walaupun mereka merupakan pelakon yang baharu dan sedang meningkat naik, setiap daripada mereka telah memberikan yang terbaik dan menunjukkan chemistry yang bagus. Ada daripada mereka yang sudah kenal antara satu sama lain seperti Meerqeen dan Nadhir Nasar yang dua-duanya pernah terlibat dalam satu program yang sama. Watak hero dan heroin drama ini mengambil sedikit masa untuk membina keserasian mereka pada awal-awalnya tetapi chemistry mereka menjadi kuat selepas seminggu menghadiri penggambaran bersama. Saya cukup puas hati dengan apa yang mereka telah berikan dalam drama ini. 

Saya turut bersyukur kerana bakat-bakat yang saya dapat dalam projek ini merupakan bakat-bakat yang boleh dididik dan saya pasti mereka akan menjadi wajah yang akan menghiasi televisyen dan panggung wayang pada masa akan datang dengan memeriahkan serta mewarnai industri lakonan. Mereka semua berpotensi untuk pergi lebih jauh dalam bidang ini. 


Dari segi cabaran, tiada yang terlalu berat namun penggunaan CGI untuk babak-babak roh yang dimainkan oleh Meerqeen sebagai Ash mengambil masa yang lama kerana dia perlu bertukar-tukar menggunakan dua pakaian. Teknik untuk shooting babak-babak CGI ini juga mengambil masa untuk mendapatkan hasil yang cantik. Penggambaran drama ini dilakukan pada waktu PKP di mana sesetengah tempat yang kami inginkan tidak boleh digunakan. Cabaran dari segi penjadualan itu memang ada kerana ketika keadaan Covid-19 ini limitasi perlu dijaga dan setiap krew dan pelakon perlu berdisiplin dengan SOP yang ditetapkan. Perkara yang tidak disangka berlaku adalah apabila Meerqeen dijangkiti wabak ini ketika penggambaran.

Terdapat beberapa pengajaran dan moral yang diketengahkan menerusi drama ini. Antaranya, cinta tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Apabila seseorang lelaki jatuh cinta, dia tidak akan berubah walaupun dengan desakan keluarga ataupun kewangan. It’s true love. Itu yang saya gambarkan daripada watak heronya. Terdapat banyak penyelitan pengajaran moral termasuk hasad dengki dalam hubungan kekeluargaan yang boleh membawa porak-peranda kepada sesebuah keluarga.


Saya berharap drama ini akan menarik perhatian setiap penonton yang gemarkan fantasy love story. Kelainan yang dibawa dalam penceritaannya sangat menarik dan ia merupakan sesuatu yang boleh memberi pelbagai perasaan kepada para penonton. Saya yakin barisan pelakon yang ada dalam drama ini mampu menjadi rebutan setiap penonton dengan kehebatan-kehebatan mereka. Yang pasti, para penonton akan sukakan duo baharu antara Meerqeen dan Siti Khadijah ini kerana gandingan mereka memang menjadi.”

TRIVIA MENARIK DRAMA ‘ASH & AISH’

1. Penggambaran drama ‘Ash & Aish’ mengambil durasi selama 84 hari di sekitar Lembah Klang dan Melaka. 
2. Drama ini merangkumi barisan pelakon muda yang sedang menaik termasuk Merqeen, Siti Khadijah Halim, Nadhir Nasar dan Anna Jobling. 
3. ‘Ash & Aish’ merupakan gandingan pertama Merqeen dan Nadhir Nasar selepas menyertai Hero Remaja 2019/2020. 
4. Gandingan hangat Merqeen dan Anna Jobling sekali lagi akan ditunjukkan menerusi drama ini.
5. Penggambaran drama ini dilakukan pada tahun 2021 dan ini merupakan drama pertama Merqeen sebagai hero.  
6. Drama ini disertai penampilan khas oleh Dato’ Rosyam Noor sebagai watak Aziz Irfan. 
7. Penceritaannya berkaitan seorang gadis yang mempunyai keupayaan istimewa untuk  melihat roh manusia yang sedang koma.


PECAHAN WATAK DRAMA ‘ASH & AISH’

Merqeen Ashrafi/Ash
Siti Khadijah Halim Aisha/Aish
Izhan Nadhir Nasar
Paksu Anwar Idzham Ismail
Maksu Jiha Nada Syuhada
Izma Asha Merican
Dalila Anna Jobling
Kak Wati Norreen Iman
Assad Andy Teh


LOGLINE DRAMA ‘ASH & AISH’

Aisha (Aish) kehilangan keluarganya dalam satu kemalangan dan dia hampir dirogol oleh bapa saudaranya sendiri kerana tamak dengan harta tinggalan keluarga. Aish bertemu dengan Ashrafi (Ash), seorang pemuda misteri yang sering membantunya di Kuala Lumpur. Apabila Ash berada dalam keadaan koma, Aish terkejut kerana dia dapat melihat roh lelaki tersebut.

SINOPSIS DRAMA ‘ASH & AISH’

‘Ash & Aish’ mengisahkan tentang seorang gadis kampung yang tabah bernama Aisha. Aisha atau Aish,  kehilangan keluarganya dalam satu kemalangan. Oleh sebab itu, dia pernah hampir dicabul oleh bapa saudaranya sendiri kerana mahukan harta keluarga. Aish melarikan diri ke Kuala Lumpur untuk memulakan kehidupan baharu. 

Ketika sedang bekerja di sebuah kedai serbaneka, Aish bertemu dengan Ashrafi (Ash), seorang lelaki misteri yang sering membeli lolipop dan makanan kucing di kedai tersebut. Selepas mengetahui tentang Aish yang menghadapi kesempitan hidup untuk menyara diri di kota raya, Ash mempelawa Aish untuk bekerja di kafe miliknya sendiri. Pekerja-pekerja di kafe Ash iaitu Sanctuary Café mempunyai kisah hitam masing-masing. Mereka diberi peluang oleh Ash untuk membina kehidupan yang baharu sebagai pekerja di kafenya. Aish yang turut mempunyai impian yang sama seperti pekerja-pekerja yang lain terus menerima tawaran Ash.


Ash sering membantu Aish untuk menyesuaikan diri di Kuala Lumpur. Pada suatu hari, Aish menawarkan diri untuk menjadi isteri Ash sebagai gurauan supaya dia tidak perlu membantunya lagi untuk mencari tempat tinggal. Namun guaraun itu diambil serius oleh Ash dan mereka akhirnya disatukan menjadi suami isteri. Perkahwinan mereka pada awalnya agak kekok namun bibit-bibit percintaan kian berputik apabila Ash sering mengambil berat tentang Aish. Malangnya Ash ditimpa kemalangan dan berada dalam keadaan koma. 

Sewaktu berada di hospital, Aish terkejut apabila dia boleh melihat Ash bangun dan bercakap seperti biasa. Namun apa yang dilihat ternyata hanyalah roh Ash sahaja. Keupayaan istimewa Aish yang boleh melihat roh manusia kembali setelah beberapa tahun terhenti. Oleh sebab itu, Ash bertekad untuk meminta Aish menolongnya sedar daripada koma. 


 INTISARI RANCANGAN ASTRO WARNA  15 – 21 OGOS 2022


Monday, Aug 15

00:00 Temasya Sukan Kelaut 0004

01:00 Redah Kasi Pecah Ekstravaganza 0004

02:00 Di Balik Tawa 0004

02:30 Lawak Ke Der Tak Coverline 0004

03:00 Gegar Lawak 0004

04:30 Ngaroot 0010

05:00 Bocey & Friends Live 0004

06:00 Chapalrela 0001

07:00 Lawak Minggu Ini 0001

08:00 #havocwarna 0011

09:00 Di Balik Tawa 0009

09:30 Lawak Ke Der Tak Coverline 0009

10:00 Sembang Pacak (HD) 0009

10:30 Selera Rasa Seksa 0009

11:00 Muzikal Lawak Superstar Terbaik 0001

12:00 Layan Je! Arena Panas: Pro VS Bro 0001

12:05 Layan Je! Otai Can Do It! 0001

12:10 Layan Je! The Jangan Show 0001

12:15 Motif Viral Junior 0015

12:30 Lawak Solo 0001

14:00 Ngaroot 0005

14:30 Joras & Stars (HD) 0001

15:00 Super Spontan All Stars 0001

16:30 Bas Stop! 0008

17:00 Opera Zero 0009

17:30 Pecah Perut 0009

18:00 Jihan Show S2 0009

18:30 Betul Ke Bohong? S6 (HD) 0008

19:00 Lawak Tak Lagha S2 0001

20:00 MLM Terbaik 2019 0001

21:00 Berita Sangat Serius 0011

21:05 Sepahtu Reunion Live 2022 Part 2 0011

22:05 The Grand Master Asia 0008


Tuesday, Aug 16

00:35 Opera Sabun Boboi 0009

01:05 Temasya Sukan Kelaut 0001

02:05 Kau Rasa? 0011

02:35 Layan Je Maharaja Lawak 0007

03:35 Buana Oh Buana 0007

04:05 Tele Berkembar 0019

05:30 Sembang Teh Tarik S2 0001

06:00 Chapalrela 0002

07:00 Lawak Minggu Ini 0002

08:00 #havocwarna 0012

09:00 Di Balik Tawa 0010

09:30 Lawak Ke Der Tak Coverline 0010

10:00 Sembang Pacak (HD) 0010

10:30 Selera Rasa Seksa 0010

11:00 Muzikal Lawak Superstar Terbaik 0002

12:00 Layan Je! Arena Panas: Pro VS Bro 0002

12:05 Layan Je! Otai Can Do It! 0002

12:10 Layan Je! The Jangan Show 0002

12:15 Motif Viral Junior 0016

12:30 Lawak Solo 0002

14:00 Ngaroot 0006

14:30 Joras & Stars (HD) 0002

15:00 Super Spontan All Stars 0002

16:30 Bas Stop! 0009

17:00 Opera Zero 0010

17:30 Pecah Perut 0010

18:00 Jihan Show S2 0010

18:30 Betul Ke Bohong? S6 (HD) 0009

19:00 Lawak Tak Lagha S2 0002

20:00 MLM Terbaik 2019 0002

21:00 Berita Sangat Serius 0012

21:05 Rock Bro 

23:05 Travel Lawak 0010

23:35 Otai Can Do It! 0001


Wednesday, Aug 17

00:05 Komediri With Douglas Lim (HD) 0009

00:35 Opera Sabun Boboi 0010

01:05 Temasya Sukan Kelaut 0002

02:05 Kau Rasa? 0012

02:35 Layan Je Maharaja Lawak 0008

03:35 Buana Oh Buana 0008

04:05 Tele Berkembar 0020

05:30 Sembang Teh Tarik S2 0002

06:00 Chapalrela 0003

07:00 Lawak Minggu Ini 0003

08:00 #havocwarna 0013

09:00 Di Balik Tawa 0011

09:30 Lawak Ke Der Tak Coverline 0011

10:00 Sembang Pacak (HD) 0011

10:30 Selera Rasa Seksa 0011

11:00 Muzikal Lawak Superstar Terbaik 0003

12:00 Layan Je! Arena Panas: Pro VS Bro 0003

12:05 Layan Je! Otai Can Do It! 0003

12:10 Layan Je! The Jangan Show 0003

12:15 Motif Viral Junior 0017

12:30 Muzikal Lawak Superstar 3 0004

15:00 Super Spontan All Stars 0003

16:30 Bas Stop! 0010

17:00 Opera Zero 0011

17:30 Pecah Perut 0011

18:00 Jihan Show S2 0011

18:30 Betul Ke Bohong? S6 (HD) 0010

19:00 Lawak Tak Lagha S2 0003

20:00 MLM Terbaik 2019 0003

20:55 Kapsul Zon Lawak 0169

21:00 Berita Sangat Serius 0013

21:05 123 Glamour 0007

21:35 Opocot Melatah Mega 0001

22:05 Stand Up Comedy Otai 0003

22:35 Ngaroot 0007

23:05 Travel Lawak 0011

23:35 Otai Can Do It! 0002


Thursday, Aug 18

00:05 Komediri With Douglas Lim (HD) 0010

00:35 Opera Sabun Boboi 0011

01:05 Temasya Sukan Kelaut 0003

02:05 Kau Rasa? 0013

02:35 Layan Je Maharaja Lawak 0009

03:35 Buana Oh Buana 0009

04:05 Tele Berkembar 0021

05:30 Sembang Teh Tarik S2 0003

06:00 Chapalrela 0004

07:00 Lawak Minggu Ini 0004

08:00 #havocwarna 0014

09:00 Di Balik Tawa 0012

09:30 Lawak Ke Der Tak Coverline 0012

10:00 Sembang Pacak (HD) 0012

10:30 Selera Rasa Seksa 0012

11:00 Muzikal Lawak Superstar Terbaik 0004

12:00 Layan Je! Muzikal Lawak Superstar 3 0009

12:05 Apa Cer? Sepahtu Reunion Live 2022 Part 2 0012

12:10 Layan Je! The Jangan Show 0004

12:15 Motif Viral Junior 0018

12:30 Lawak Solo 0003

14:00 Ngaroot 0007

14:30 Joras & Stars (HD) 0004

15:00 Super Spontan All Stars 0004

16:30 Bas Stop! 0011

17:00 Opera Zero 0012

17:30 Pecah Perut 0012

18:00 Jihan Show S2 0012

18:30 Betul Ke Bohong? S6 (HD) 0011

18:55 Countdown Sepahtu Reunion Live 2022 Part 2 0021

19:00 Lawak Tak Lagha S2 0004

19:55 Countdown Sepahtu Reunion Live 2022 Part 2 0022

20:00 MLM Terbaik 2019 0004

20:55 Kapsul Zon Lawak 0170

21:00 Berita Sangat Serius 0014

21:03 (L) Sepahtu Reunion Live 2022 Part 2 0012

22:08 Stand Up Comedy Otai 0004

22:35 Ngaroot 0008

23:05 Travel Lawak 0012

23:35 Otai Can Do It! 0003


Friday, Aug 19

00:05 Komediri With Douglas Lim (HD) 0011

00:35 Opera Sabun Boboi 0012

01:05 Temasya Sukan Kelaut 0004

02:05 Kau Rasa? 0014

02:35 Layan Je Maharaja Lawak 0010

03:35 Buana Oh Buana 0010

04:05 Tele Berkembar 0022

05:30 Sembang Teh Tarik S2 0004

06:00 Chapalrela 0005

07:00 Lawak Minggu Ini 0005

08:00 #havocwarna 0015

09:00 Di Balik Tawa 0013

09:30 Lawak Ke Der Tak Coverline 0013

10:00 Sembang Pacak (HD) 0013

10:30 Selera Rasa Seksa 0013

11:00 Muzikal Lawak Superstar Terbaik 0005

12:00 Layan Je! Muzikal Lawak Superstar 3 0010

12:05 Chia Chia Chia Sepahtu Reunion Live 2022 Part 2 0012

12:10 Layan Je! The Jangan Show 0005

12:15 Motif Viral Junior 0019

12:30 Lawak Solo 0004

14:00 Ngaroot 0008

14:30 Joras & Stars (HD) 0005

14:55 Super Spontan All Stars 0005

16:20 Arena Panggang 0002

17:15 Countdown Muzikal Lawak Superstar 3 0013

17:20 Senario Lagi 

18:50 Countdown Muzikal Lawak Superstar 3 0014

18:55 Senario Lagi 

19:55 Countdown Muzikal Lawak Superstar 3 0015

20:00 Sepahtu Reunion Live 2022 Part 2 0012

20:55 Kapsul Zon Lawak 0171

21:00 Berita Sangat Serius 0015

21:03 Muzikal Lawak Superstar 3 0005

23:33 123 Glamour 0007


Saturday, Aug 20

00:03 Warung Sepahtu 0011

01:05 Temasya Sukan Kelaut 0005

02:05 Kau Rasa? 0015

02:35 Layan Je Maharaja Lawak 0011

03:35 Buana Oh Buana 0011

04:05 Tele Berkembar 0023

05:30 Sembang Teh Tarik S2 0005

06:00 Tele Berkembar 0005

07:30 The Masked Singer Malaysia S2 0001

10:00 Lawak Ke Dik? 0005

10:30 Raja Lawak Junior 0005

12:00 Megat Extend 0013

12:30 Megat Extend 0014

13:00 Megat Extend 0015

13:30 Miss Lawak 0005

14:30 Jep & Judin 0005

15:00 Tunang Pak Lang , Drebar Pak Lang 

17:00 Layan Je Maharaja Lawak 0005

18:00 #havocwarna 0005

19:00 Karoot Komedia 0006

20:00 Opera Zero 0005

20:30 Pecah Perut 0005

21:00 The Grand Master Asia 0009

23:30 Tak Kot 0011


Sunday, Aug 21

00:00 Temasya Sukan Kelaut 0005

01:00 Redah Kasi Pecah Ekstravaganza 0006

02:00 Di Balik Tawa 0005

02:30 Lawak Ke Der Tak Coverline 0005

03:00 Gegar Lawak 0005

05:00 Bocey & Friends Live 0005

06:00 Tele Berkembar 0006

07:30 The Masked Singer Malaysia S2 0002

10:00 Lawak Ke Dik? 0006

10:30 Raja Lawak Junior 0006

12:00 Megat Extend 0016

12:30 Megat Extend 0017

13:00 Megat Extend 0018

13:30 Miss Lawak 0006

14:30 Jep & Judin 0006

15:00 La Diva Laressa 

17:00 Layan Je Maharaja Lawak 0006

18:00 #havocwarna 0006

19:00 Karoot Komedia 0007

20:00 Opera Zero 0006

21:00 Maharaja Lawak Mega 2017 0001

23:00 Life At Thinker 0006

23:30 Tak Kot 0012