Pengarah : Wregas Bhanuteja
Penulis : Henricus Pria, Wregas Bhanuteja
Pelakon : Shenina Syawalita Cinnamon, Lutesha, Chicco Kurniawan, Dea Panendra, Jerome Kurnia, Giulio Parengkuan, Lukman Sardi, Ruth Marini
Syarikat Produksi : Rekata Studio, Kaninga Pictures
Penyiaran : Netflix
Genre : Misteri / Drama
Tarikh Tayangan : 8 Oktober 2021 (Busan International Film Festival), 13 Januari 2022 (Netflix)
Durasi Tayangan : 130 minit
Trailer :
Suryani (Shenina Syawalita Cinnamon) hilang kelayakan untuk mendapat biasiswa selepas beberapa keping selfie yang dimuatnaik di laman sosialnya sampai ke tangan pihak universiti. Salah satu syarat kelayakan adalah berkelakuan baik. Mana mungkin pihak universiti akan membiarkan duit biasiswa tersebut dilaburkan di kelab malam atau parti untuk membeli alkohol.
Itu pertama kali Suryani minum arak dek kerana permainan Medusa di success party tersebut. Dia bukannya alcoholic atau suka berparti seperti yang dituduh oleh pihak universiti. Suryani cuba mengumpulkan bukti ada sesuatu yang dimasukkan dalam minuman dia pada malam tu menyebabkan dia langsung tak sedarkan diri. Tak mungkin lah 4 gelas sudah pengsan?
Dengan bantuan dari kawan baik dia, Amin (Chicco Kurniawan) yang bekerja di kedai fotokopi, Suryani menggunakan ilmu dan skill dalam bidang sains komputer untuk menjejak siapa dalang yang bersembunyi dalam kumpulan teater Mata Hari.
Sebelum ni ada nampak notification dari Netflix untuk movie Photocopier arahan dan penulisan Wregas Bhanuteja tapi tak sampai mood nak tengok lagi. Bila nampak review dan post blogger Aienieka, terus pilih untuk layan on weekend.
Bertemakan misteri, Photocopier berlatarkan kehidupan mahasiswa universiti di mana umurnya lebih bersifat ingin tahu yang tinggi dan tak berfikir panjang. Baik protagonis mahupun antagonis kedua-duanya mempunyai perkembangan karakter yang diolah dengan bagus oleh penulis.
Masa tengok babak CCTV tu dah mula annoyed dengan perangai Sur yang melulu tuduh Tariq (Jerome Kurnia) masukkan dadah dalam minuman dia. Lagi menyampah bila dia terburu-buru bawa semua bukti berjumpa dengan dekan universiti walhal senior dia, Farah (Lutesha) dah pesan jangan. Menyampah sebab bukti dia tak kuat. Menyampah sebab keluarga dia tak punya duit untuk turun naik mahkamah.
Tapi kita lupa yang trauma tu masih melekat di kepala. Trauma dan persoalan-persoalan yang tak mampu dijawab tu bukan mudah nak tepis. Sedangkan orang pakai barang kita tanpa izin pun kita marah, inikan pula biasiswa ditarik dan dicabul. Trauma yang akan melekat sampai ke mati.
Sememangnya layak naskhah Penyalin Cahaya ni menang anugerah Best Original Story di Indonesia Film Festival tempoh hari sebab tak pernah terfikir mesin fotostat boleh jadi saksi dan medium untuk bercerita. Macam mana mesin fotostat jadi senjata tu kena tengok sendiri lah di Netflix.
Selain menjadi medium awareness untuk kes gangguan seksual, movie Photocopier juga adalah medium spektrum untuk Wregas Bhanuteja mengangkat kisah benar ke dalam naskhahnya bila mangsa dari keluarga miskin diperkosa. Macam mana keluarga pemangsa cuba tutup masalah ni dari meledak dengan menggunakan duit. Keluarga Suryani juga tak kurang toksiknya bila meletakkan beban tanggungjawab orang tua pada anaknya terutamanya ayahnya (Lukman Sardi).
Sinematografi Gunnar Nimpuno mungkin terikat pada genre movie Photocopier yang bersifat misteri tapi kalau kelam sangat pun tak syok juga nak layan kan? Kalau kisah Medusa ditukarkan kepada kisah mitos atau lagenda Indonesia mungkin lebih menarik. Nevertheless, art team did a great job. Music score dari Yennu Ariendra membantu menambahkan impak pada penceritaan.
Kekuatan lakonan Shenina Syawalita Cinnamon dan semua pelakon sampingan membuatkan screenplay dipaparkan dengan cemerlang. Babak Suryani naik atas Amelia untuk dapatkan jawapan dari gambar yang dicetaknya antara babak genting dan mendebarkan. Not recommended for all sebab ada beberapa disturbing scenes but all in all berpuas hati sangat dapat menonton Filem Terbaik 2021 dari negara seberang. Kudos to debutante Wregas Bhanuteja for his bravura project!
1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 9/10
BACKSTAGE Gandingan Adik-Beradik Terkenal Vanesha Prescilla & Sissy Prescillia Temui Penonton Di Malaysia 20 Januari Ini | Penerbit Astro Shaw kembali merancakkan industri perfileman tanah air dengan kemunculan filem pertama di tahun 2022 menerusi drama kekeluargaan, BACKSTAGE!
Istimewanya, filem ini adalah hasil kolaborasi strategik julung kali bersama penerbit terkemuka Indonesia, Paragon Pictures dan Ideosource Entertainment serta membabitkan perusahaan teknologi, Endeavor Content; dan informasi, digital dan telekomunikasi, NFC Indonesia. Buat peminat dan penggemar filem, Backstage bakal menemui penonton di seluruh pawagam Malaysia bermula 20 Januari ini.
Menariknya, Backstage mempertaruhkan gandingan adik-beradik terkenal Indonesia iaitu pelakon dari filem drama romantik no 1 terlaris di Indonesia, Dilan 1990, Vanesha Prescilla dan filem popular Ada Apa Dengan Cinta, Sissy Prescillia. Mereka berdua juga mendapat kepercayaan untuk menyanyikan lagu-lagu di dalam filem.
Lagu ‘Melangkah’ menjadi lagu tema utama filem dan ia hasil kolaborasi antara Vanesha, Sissy dengan komposer ternama Indonesia, Andi Rianto dan lirik oleh Monty Tiwa. Selain lagu ‘Melangkah', lagu lain yang turut menghiasi filem adalah ‘Apa Adanya’, ‘Aku Takkan Berhenti’, ‘Seberapa Pantas’, ‘Terbaik Untukmu’, ‘I Remember’, ‘Bagaikan Langit’.
Filem arahan pengarah Guntur Soeharjanto ini turut dibintangi oleh Achmad Megantara, Aulia Sarah, Karina Suwandi, Ferry Salim, Verdi Solaiman, dan Roy Sungkono. Backstage telah ditayangkan di pawagam seluruh Indonesia sejak 30 Disember 2021 sehingga kini.
“Setelah hampir dua tahun Astro Shaw tidak menampilkan filem di layar lebar, tahun ini kami kembali dengan sebuah filem terbaru, Backstage. Selepas meneliti perkembangan sambutan pawagam di Malaysia yang baru sahaja bermula selepas penutupan di sebabkan pandemik, kami yakin kini adalah masa yang tepat untuk meneruskan momentum positif dan merancakkan lagi perfileman tempatan. Tambahan pula dengan prosedur operasi standard (SOP) terbaru yang membenarkan kedatangan kanak-kanak bersama ibu bapa yang lengkap vaksin untuk menonton bersama, lantas ia menjadi lebih meriah dengan tontonan dari kalangan keluarga.
“Filem Backstage mempersembahkan jalan cerita yang dekat di hati penonton dengan mengangkat elemen kekeluargaan, pengorbanan dan kesungguhan dalam menggapai impian ini. Ia turut dimantapkan lagi dengan babak-babak muzikal yang memperlihatkan sisi berbeza oleh gandingan julung kali oleh pelakon adik-beradik popular Indonesia, Sissy Prescillia dan Vanesha Prescilla. Kami mengharapkan kehadiran filem Backstage mampu mencetus keterujaan penonton Malaysia dan sekali gus menjadi penanda aras dan menggalakkan lagi penerbit-penerbit tempatan untuk kembali yakin pertaruhkan filem di pawagam.” - Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif yang juga merangkap Eksekutif Produser Ideosource Entertainment, Andi Boediman berkata “Kami pernah bekerjasama dengan Astro sebelum ini. Menerusi sokongan padu dari pihak Astro terdahulu, ia meyakinkan kami bahawa Astro mempunyai keupayaan dalam menghasilkan konten terbaik, dan jika kami terus berkolaborasi lagi, ia mampu menghasilkan sinergi yang mantap. Kami harap menerusi kerjasama kali ini, ia dapat mengangkat industri filem Indonesia dan Malaysia ke standard yang lebih tinggi dan sekali gus mampu menguasai pasaran Asia. Filem Backstage adalah permulaan buat kami dalam mempersembahkan konten berkualiti kepada penggemar dan penonton filem di Malaysia. Sokongan positif anda pasti akan menyuntik lagi semangat buat kami dalam menerbitkan filem terbaik yang memenuhi cita rasa penonton di sana.”
"Filem Backstage begitu istimewa di hati saya kerana Backstage adalah idea asal daripada saya dan saya turut terlibat dalam penghasilan skrip. Saya berharap penonton di Malaysia dapat menerima dan terhibur dengan filem ini seperti mana kami teruja menghasilkannya. Jadi saya menyeru penonton di Malaysia agar menonton bersama keluarga anda di pawagam berhampiran dan saksikan penampilan pertama gandingan oleh Vanesha dan Sissy di dalam filem. Mereka adalah adik-beradik popular dan di dalam filem ini juga mereka membawakan watak sebagai adik-beradik dengan ‘chemistry’ yang mampu meninggalkan kesan. Malah, Backstage juga mempertaruhkan elemen muzikal dengan drama realiti yang mana ia jarang diketengahkan menerusi filem-filem di Indonesia mahu pun di Malaysia. Sementara itu, menerusi kolaborasi bersama Astro, kami berharap dapat bekerjasama lagi dengan pihak Astro di masa hadapan dalam menghasilkan lebih banyak filem yang mengangkat elemen serumpun dan jalan cerita yang dekat dengan penonton di Malaysia serta Indonesia." - Penerbit Paragon Pictures, Robert Ronny
Nantikan filem Backstage yang akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 20 Januari 2022. Ikuti perkembangan dan info tentang filem Backstage menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.
*****************************
Mengenai Astro Shaw
Astro Shaw adalah sebuah syarikat penerbitan filem Malaysia untuk pasaran tempatan dan nusantara. Astro Shaw juga giat dalam memasar serta mengedar filem-filem tempatan dan serantau sekaligus mengukuhkan kedudukannya di pasaran global. Sejak ditubuhkan pada tahun 1996, kini Astro Shaw telah menerbitkan lebih 90 buah filem dalam pelbagai genre dan bahasa. Antara kejayaan besar Astro Shaw adalah menerusi filem Polis Evo, Hantu Kak Limah, Abang Long Fadil 2, Paskal, Dukun,The Garden of Evening Mists.
Tentang Ideosource Entertainment
Ideosource Entertainment (IDEO), anak perusahaan PT NFC Indonesia Tbk (NFCX), Grup PT M Cash Integrasi Tbk (MCAS), didirikan pada tahun 2017 dengan fokus bisnis dalam penyaluran investasi kesektor Film & Media nasional. Pada periode berikutnya, IDEO telah berhasil memperluas sektor bisnisnya ke bidang Produksi Film & Media, Agensi Pemasaran Digital, dan Platform Analisa Film & Media. Investasi Film dan Media menitikberatkan pada pembiayaan beragam film Indonesia. Model investasi film dibangun dengan kerjasama yang baik dengan para produser ternama nasional.
Tentang Paragon Pictures
Didirikan pada tahun 2019, Paragon Pictures berfokus pada pengembangan, produksi, pemasaran, dan distribusi film IP untuk pasar Indonesia & Global. Paragon Pictures merupakan afiliasi dari Ideosource Entertainment, sebuah perusahaan media yang berinvestasi dalam industri film dan ekosistemnya. Bermitra dengan produser terbaik Indonesia, Ideosource Entertainment berinvestasi dalam berbagai film layar lebar termasuk Keluarga Cemara, Sobat Ambyar, Aruna & Lidahnya, Gundala, Bebas, Guru-Guru Gokil, Backstage, Losmen Bu Broto dan lainnya.
Personally I tak suka sangat rasa biji kopi Columbia ni sebab rasa berlemak kacang tu tak ada sangat pun. Rasa kopi dia pekat jugak lah kalau nak dibandingkan dengan Starbucks walaupun jenis kopi sama je, 100% arabica.
Cheesecake dia pun hmmm dekat bawah tu dah berminyak which I don't know why. Nasib baik lah bahagian yang berminyak tu tak kacau bahagian atas so bearable lah untuk dimakan. Mungkin first and last lah kot unless ada yang belanja Gigi Coffee hahaha
Movie Review | T&F (2021)
Tuesday 18 January 2022
Director : Taranveer Singh
Writer : Taranveer Singh
Cast : Anmol Dhillon, Jhataleka Malhotra, Zoa Morani, Nayan Shukla, Kamini Khanna, Niki Walia, Aashim Gulati, Neha Kakkar
Production Company : SCIPL, Bhansali Productions
Distributor : Hi-Hat Productions, Netflix
Genre : Romantic / Comedy
Running Time : 106 minutes
Release Date : 19 February 2021
Trailer :
Lepas patah hati dengan Jatin Singh (Aashim Gulati), kekasih selebriti merangkap klien pejabat guamannya, Sia (Jhataleka Malhotra) ambil cuti selama 2 bulan untuk melawat ibu dia di London. Di sana dia semakin rapat dengan penulis novel, Varun Sarin (Anmol Dhillon).
Dari perkenalan tersebut mereka semakin rapat dan tertarik dengan each other tapi Varun tak nak bercinta kerana dia takut dengan komitmen akibat trauma melihat ibu bapanya bercerai. Varun buat seven week rules di mana hubungannya akan bertahan selama 7 minggu tanpa bergaduh. Tak payah tunggu 7 minggu pun sebab Varun ni ada perangai susah untuk tepati masa walhal Sia sejenis yang on time.
Sia tak nak hubungan mereka cuma bertahan selama 7 minggu sebab dia betul-betul jatuh cinta dengan Varun jadi dia buat peraturan di mana mereka hanya akan berjumpa setiap hari Selasa dan Jumaat sahaja. Hari lain, masing-masing bebas berjumpa dengan sesiapapun.
‘My sweetheart, love never comes with a guarantee of happiness. But this is the only way to love. To love wholeheartedly. You cannot put conditions on love.’ – Dr. Radhika Malhotra (Niki Walia)
Rules ni macam susah jugak lah nak follow sebab weekdays, masing-masing busy dengan kerja. Walaupun Sia ambil cuti tapi dia tetap kena review agreement dari klien secara online. Kenapa tak tukar pada weekend je, kan senang sebab masing-masing pun cuti so boleh lah fokus dengan partner. Kalau ikutkan bercinta lepas kerja ni macam tu lah, weekdays bukannya contact sangat pun sebab busy dengan kerja.
Idea untuk movie ni fresh lah tapi macam mehhh jugak sudahnya sebab masing-masing tak boleh nak keep up with the rules itself. Agak kecewa dengan klimaks dia sebab I prefer kalau Varun tu sendiri berubah tanpa mak dia. Sayang lah naskhah cinta tapi tak mampu nak jadikan cinta tu sebagai faktor paling kuat pada pasangan yang datang dari broken family. Cinta tu tak kuat untuk lawan trauma yang diorang hadap.
Movie T&F arahan Taranveer Singh adalah movie debut kepada anak pelakon Poonam Dhillon, yang terkenal masa zaman 80-an dulu. Sayangnya Anmol Thakeria Dhillon nampak kekok dan chemistry bersama Jhataleka Malhotra pun kelihatan hambar. Music album T&F sepenuhnya menggunakan lagu Punjabi jadi tak syok sangat lah sebab tak minat lagu-lagu Punjabi.
Jhatalekha adalah pemenang Miss India yang beralih arah ke dunia lakonan jadi kebanyakan masanya I tertarik dengan kecantikan dia. Compared to Anmol, Jhataleka lebih menyerlah dalam solo screen dan selamatkan relationship mereka dari tenggelam terus ke dasar lautan. Suka scene birthday party Tanya tu sebab Jhataleka pakai sari biru as tribute to Sridevi dalam Mr. India (1987).
Kalau ikutkan dua kali berturut-turut lah Sanjay Leela Bhansali Productions gagal untuk jadi platform kepada pelakon baru untuk debut di Bollywood selepas movie Malaal (2019). Bukan setakat gagal pada skrip, music album malah pada lakonan juga. Mungkin SLB dah boleh buat bengkel lakonan khas kepada newcomer? Macam Sia cakap pasal watak dalam novel Varun lah
‘When it’s about that special someone, then relationships need a little more time.’
Sepatutnya movie T&F ditayangkan pada tahun 2020 tapi disebabkan pandemik terpaksa lah tunda sampai tahun 2021 dan tayang di Netflix sahaja. Mungkin tu antara salah satu sebab movie ni tak dapat perhatian juga lah kot. Kalau nak tengok secara santai, not bad lah movie T&F ni.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 6.6/10
Drama Review | Aranyak (2021)
Sunday 16 January 2022
Director : Vinay Waikul
Writer : Rohan Sippy, Charudutt Acharya
Cast : Parambrata Chattopadhyay, Raveena Tandon, Ashutosh Rana, Taneesha Joshi, Breshna Khan, Anna Ador, Indraneil Sengupta, Vivek Madaan, Zakhir Hussain, Priyanka Setia, Meghna Malik
Production Company : Ramesh Sippy Entertainment, Roy Kapur Films
Distributor : Netflix
Genre : Mystery / Thriller
Running Episodes : 8 episodes (48 minutes per episode)
Release Date : 10 December 2021
Trailer :
Mitos di Sironah, kawasan pedalaman di pergunungan Himalaya dihantui oleh Leopard-Man di mana dia akan memburu perempuan muda sebagai mangsanya. Mereka akan dirogol dan dibunuh kemudiannya digantung di dalam hutan. Leopard-Man akan keluar memburu pada malam bulan gerhana dan mangsanya akan dicakar di bahagian leher.
19 tahun kemudian perkara yang sama berlaku bila mayat Aimee Baptise (Anna Ador) digantung di hutan. Perkara pertama yang terlintas di fikiran pihak polis ialah Leopard-Man tapi SHO baru, Angaad (Parambrata Chattopadhyay) rasa benda tu merepek. Zaman sekarang ni tak mungkin lah ada makhluk separuh manusia separuh lagi harimau?
Inspektor Kasturi Dogra (Raveena Tandon) terpaksa tangguhkan cuti dia selama setahun bila muncul kes besar di Sironah. Tak mungkin lah dia nak biarkan Angaad uruskan seorang sebab dia lebih tahu selok-belok Sironah dan penduduk di situ. Anak perempuan dia, Nutan (Taneesha Joshi) dah faham sangat dengan perangai mak dia. Baik dia yang tolong uruskan rumah daripada tengok Kasturi sepahkan dapur sebab hati tak tenang.
Sementara penduduk kampung percaya dengan Leopard-Man, menteri Jagdamba (Meghna Malik) lebih risaukan anak tunggal dia, Kanti yang buat hal ketika dalam parol. Dia tahu Kanti ada kaitan dengan pembunuhan Aimee jadi dia perlu minta bantuan dengan DC supaya tutup jejak anak dia. Angaad syak Govind, owner café di Sironah yang culik Aimee sebab dia mesra dengan gadis tersebut malangnya sangkaan dia meleset, tak sama langsung dengan laporan forensik.
'Politics, Inspector. It's very easy to use Kanti to target me at this crucial times.' - Ms Jagdamba.
Manhas (Zakhir Hussain) pula cuba tutup rahsia dan halang pihak polis bila kejadian tersebut bermula di Hotel Bom kepunyaannya. Dia tak nak imej dia tercalar tambah pula majlis perkahwinan anak dia makin dekat. Siapa sebenarnya pembunuh sebenar Aimee antara semua watak yang terlibat di kampung tersebut?
Lepas nampak Kak Sal share pasal series Aranyak ni terus rasa berminat nak layan series yang bertemakan misteri pembunuhan di kampung tersebut. Happy bila Raveena Tandon ikut saranan kawan baik dia, Neelam Kothari dalam reality show Fabulous Life of Bollywood Wives (2020). Sayang lah kalau Raveena peram je bakat lakonan dia sedangkan banyak pengarah dan production house hasilkan movies dan series untuk streaming platform.
Lakonan Raveena sebagai Kasturi pun hebat dan lebih bermutu kalau nak dibandingkan pada zaman glamor dulu yang lebih fokus pada rupa fizikal dia yang cantik. Of course dia struggle untuk deliver tapi kalau bekerja dengan director yang bagus, hasil dia pasti memuaskan. Pertelagahan dia dengan Angaad pun tak lama sebab masing-masing ada misi yang sama cuma cara mereka sahaja yang berbeza. Dekat pertengahan series ni macam ada hint yang dua watak ni macam selesa dan tertarik antara satu sama lain. Not saying it should happen but both of them need their equals.
Penghujung setiap episod antara punca cepat sangat habis layan series ni sebab rasa ingin tahu siapa pembunuh tu meliar dalam kepala bila pengarah tunjuk setiap hubung kait semua watak yang mencurigakan dengan watak Aimee pada malam kejadian. Kita nak percaya pada fakta pun susah bila ada scene yang tak masuk akal atau disorok dan lebih terarah kepada Leopard-Man.
Nasib baik watak sampingan dalam series Aranyak ni tak ramai dan tak susah pun untuk kita cam siapa bila penulis kembangkan dengan baik. Sedikit demi sedikit penulis kupas karakter tanpa dedahkan rahsia dan misteri sehingga di akhir cerita. Equation Kasturi dengan bapa mertua (Ashutosh Rana) pun menarik sebab jarang mertua dengan menantu nak rapat bila mereka berdua ada perbezaan pendapat. Walaupun bapa mertua dia lebih banyak berkias tapi Kasturi boleh faham apa maksud di sebaliknya. Pengalaman bapa mertua dia antara petunjuk yang dia guna dalam kes ni.
Sinematografi yang dipaparkan menggunakan kekuatan lokasi Sironah yang terletak di kawasan hutan dan pergunungan. Misteri pembunuhan yang dikaitkan dengan hutan di mana menyimpan banyak rahsia. Walaupun kawasan Sironah agak berkabus tapi tona warna yang digunakan cerah dan ceria, berbeza dengan tema cerita. Mungkin dalam masa yang sama nak promote Manali sebagai destinasi pelancongan sebab set yang digunakan cantik dengan interior dan senibina.
Walaupun I tak suka dengan ending series Aranyak ni tapi penulisan yang bagus dengan olahan menarik buatkan series ni layak diberi perhatian dan pujian.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.3/10